Friday, 16 September 2016

TIADA SALAHNYA MUHYIDDIN MAHU BEBASKAN ANWAR, MALAH IA SENADA DENGAN KEINGINAN TUN M


Apabila Muhyiddin Yassin menyatakan PPBM turut bersetuju untuk menjadikan pembebasan Anwar Ibrahim sebagai agenda bersamanya, pelbagai spekulasi dan andaian timbul daripada kenyataan beliau itu.

Ada yang setuju dan melihat langkah itu akan menjadikan hubungan PPBM dengan PKR dan Pakatan Harapan lebih akrab, tetapi ada juga yang mencemuhnya sambil menyindir, kenapa hanya Anwar yang mahu dibebaskan?

Dalam kenyataan yang disebut oleh Muhyddin, beliau mengatakan usaha membebaskan Anwar itu ialah agenda yang hanya boleh dilakukan selepas PRU 14 akan datang, dengan syarat PPBM menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Lantaran itu, katanya, rakyat perlu membantu menumbangkan BN terlebih dahulu jika ingin melihat Anwar dibebaskan. Maknanya, ia bukanlah perkara yang boleh dilakukan sebelum pertukaran kerajaan.

Kenyataan Muhyiddin itu kalau dihalusi tidak ada yang janggalnya, malah senada juga dengan Tun Mahathir semalam yang mengatakan ia hanya dapat dipertimbangkan jika pihaknya dapat menakluk kerajaan.

"Pada masa ini kita tak boleh janji sebab tidak ada kuasa. Tetapi kalau itu kehendak semua, takkan kita nak kata tak boleh pula. Kita akan lihat kemudian mengenai pembebasan Anwar itu," ujar Tun Mahathir lagi yang baru-baru sudah bertemu dan bersalaman dengan bekas timbalannya itu.
Sebagai Presiden PPBM, Muhyiddin memang kena menunjukkan komitmen dan kebersamaannya dalam isu perjuangan untuk membebaskan Anwar kerana beliau sebelum ini sudah pun diterima "secara politiknya" oleh Anwar sendiri sebagai bakal Perdana Menteri kiranya BN dapat ditumbangkan.

Pada 30 Julai lalu, Muhyiddin dan PKR telah mengumumkan persetujuan untuk mengadakan program jelajah bersama ke seluruh negara berkaitan 1MDB. Dalam sidang media itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali hadir mewakili PKR bersama dengan Munyiddin.

Sudah tentu persetujuan PKR bekerjasama dengan Muhyiddin itu, tambahan pula Dr Wan Azizah dan Azmin turut hadir, adalah atas restu dan mungkin juga merupakan kehendak Anwar.

Kemudian pada 11 Ogos, Anwar turut mengeluarkan kenyataan meminta Muhyiddin agar segera menggerakkan parti yang baru didaftarkan itu. Ketika itu ia masih mahu dikenali sebagai BERSATU sebelum Pendaftar Pertubuhan tidak membenarkannya, sebaliknya mengizinkan ia dikenali sebagai PPBM.

Kenyataan Anwar itu jelas memperlihatkan beliau mahukan Muhyiddin dan parti barunya benar-benar berperanan dan saling bekerjasama dengan PKR dan Pakatan Harapan untuk memenangi pilihanraya akan datang.
Jika difahami, ia juga sebenarnya adalah suatu "endorsment" kepada Muhyiddin sebagai bakal Perdana Menteri akan datang,  dengan syarat PPBM benar-benar berperanan dan menumbangkan banyak kerusi UMNO dalam pilihanraya akan datang.

Sudah tentu, Muhyiddin akan dilihat sombong jika tidak membalas pengesahan Anwar itu yang diakui rakyat lebih dulu memperjuangkan reformasi dan pembaharuan untuk negara ini.

Anwar sedar beliau tidak mungkin dapat bertanding dalam PRU 14 akan datang. Kalau pun dibebaskan lebih awal, masih ada tempoh sekatan tertentu yang perlu dipatuhinya. Peluang Anwar bertanding mungkin hanya muncul pada PRU 15 atau lebih awal daripada itu jika diberikan pengampunan diraja.

Untuk itu, sekiranya BN dapat dikalahkan, calon Perdana Menteri yang nampaknya dipersetujui oleh Anwar tidak lain ialah Muhyiddin. Berdasarkan pengalaman, wibawa, ketokohan dan pelbagai jawatan dalam kerajaan sebelum ini, Pakatan Harapan pasti tiada halangan untuk menerima Muhyiddin.

Muhyiddin bersetuju untuk membebaskan Anwar tidak lebih sebagai isyarat bahawa beliau menyahut dan bersetuju dengan apa yang Anwar sedang lontarkan sebelum itu. Ia tidak salah apa-apa, yang salah hanya jika kita masih mahu mengekalkan Najib, UMNO dan BN lagi dalam PRU 14 akan datang nanti.  (SH 16/09/2016).

42 comments:

  1. Adakah Tun manfaatkan pengampunan diraja utk anwar ketika berjumpa Agong smlm..pertemuan 4 mata selama satu jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????

      Delete
  2. bebaskan juga semua pelaku liwat yang dihukum penjara.. kenapa hanya Anwar bin Ibrahim begitu istimewa?

    sedangkan dia berkongsi sifat songsang itu seperti kaum Nabi Luth a.s .. nauzubillah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa ada lagi org Bodo Dlm dunia cyber
      Bole tolong liwat jubo bini hang dulu kalau dah kawin kalau blum liwat je jubo org muda yg sihat
      Simpan skit bangang ko Utk di warisi ke anak cucu
      Jgn gelojoh pakai semua

      Delete
    2. Bodo punya komen.takdak standard langsung...ko gi main polis sentri ngan bebudak tadika lg baik..shhuusshhhh

      Delete
    3. 2036 knapa ta bgitau hang juga pernah di liwat dsai ceh cuma saiful juburi je femes bru hang crita.mgkn tanya nasihat bijan dn sapi barua bole saman dsai.ptuui

      Delete
    4. Memang air mani DNA Anwar yang terjumpa 40mm dalam saloran dubur Saiful ... kalau bukan peristiwa liwat maka siapa yang buat kerja sulit itu?

      Delete
    5. Salam pagi, yg menyabitkan Anwar bin Ibrahim atas kesalahan meliwat adalah atas pembuktian melampaui keraguan.

      1. DNA berupa air mani yg berada di salur dubur pengadu, sepadan 99% dengan DNA yg diambil di sel lokap dimana Anwar bin Ibrahim ditahan (tuala good morning, bekas air mineral) yg digunakan Anwar bin Ibrahim.

      2. Anwar bin Ibrahim tidak membawakan saksi alibinya (Wan Azizah) sebagai saksi pembelaan. sedangkan dia mendakwa berada bersama isterinya pada tarikh dan masa kejadian liwat diadukan.

      3. Anwar bin Ibrahim tidak membantah pada rakaman CCTV yg menunjukkan dia berada di tempat kejadian liwat dilaporkan (tarikh dan masa).

      para peguambela yg handal,berbelas-belas orang hanya berjaya menangguhkan perjalanan kes sehingga menjadi rekod Malaysia (lebih dari 7 tahun dan 50 penangguhan).

      sekalian peguambelanya juga tidak menggunakan hujah kaki lima yg ditempikan oleh para pentaasub Anwar bin Ibrahim

      1. kenapa si pengadu tidak melawan?
      2. Anwar bin Ibrahim dah tua.
      3. kenapa bawak ky jelly ?
      4. kenapa dah lepas tiga hari baru report ?

      sekalian peguambela itu bekerja keras untuk menggugurkan kes liwat dan mengelak dari membuktikan tidak berlakunya perbuatan liwat.

      bersandarkan ia adalah konspirasi politik,kelompongan teknikal, laporan awal M.A hospital Pusrawi, kredibiliti hakim, pendakwaraya dan si pengadu.

      sadisnya di saat-saat tatkala para peguambela sudah mengetahui akan terhukumnya Anwar bin Ibrahim atas jenayah liwat, mereka berpakat menggunakan hujah "perbuatan liwat antara Anwar bin Ibrahim dan sipengadu adalah bersifat suka sama suka" dan hukuman 5tahun penjara adalah terlalu berat.

      Kuasa Allahswt, akhirnya pasukan peguambela Anwar bin Ibrahim, hatta majlis peguam (Bar Council) yg diketahui merupakan lidah pembangkang sendiri yg mengakui tanpa sedar yg Anwar bin Ibrahim adalah seorang yg bersifat biseksual.

      Delete
    6. Anon 6:47

      Dengan terkinja-kinja membangkitkan cerita liwat/konspirasi akan dapat mengukuhkan pembangkang dan memulihkan sokongan pendokong reformasi kepada Dr Mahathir Mohamad? Tidak, komen saudara/i tidak lain hanya mahu memecah belahkan kesatuan pembangkang yang mahu menjatuhkan Regim yang zolim. Skrip saudara/i sama tidak ubah cerita 'roadshow' Pendakwaraya Shafie.

      Tidak cukupkah paparan berbulan-bulan di Utusan, Berita Harian, Harian Metro, NST, The Star sehingga terpaksa menggunakan blog ini untuk meraih simpati rakyat terhadap pekerjaan jijik majikan saudara/i?

      Jika benar Anwar Ibrahim meliwat beliau telahpon mendapat habuannya (hukuman penjara). Si kena liwat mendapat habuannya juga (wang ringgit dan harta benda dari musuh Anwar). Bagaimana pula dosa rasuah dan pecah amanah? Mengapa pengadilan terhadapnya selalu tertangguh? Apa kurang beratkah dosa pecah amanah berbanding zina/liwat?

      Delete
    7. sejujurnya, kekal diangkat Anwar bin Ibrahim sebagai "pemimpin" adalah dari kalangan politikus yg berhati serigala dan juga hanya mereka2 yg jahil dan taasub.

      jika mahu merujuk persoalan pecah amanah, rasuah dan kemungkaran, secara zahirnya puak politikus berhati serigala itu juga terpalit di negeri-negeri yg dikuasai.

      jauh lebih membinasakan mereka hanya "terikat" untuk menumbangkan pemerintah, lalu kemudian mereka akan saling berkhianat demi untuk memenuhi matlamat asal masing2.

      Kerana itu mereka tidak melantik nakhoda dari kalangan mereka.dan itulah kecelakaan yg paling nyata.





      Delete
    8. Budin, be warned. Pemakan dedak dah mula rajin post komen kat blog hg ni. It shows your blog is under the radar of Ahmad Maslan's team.

      Delete
    9. Keluarkan serigala songsang dari perangkap untuk mengatasi biawak kelas atasan!!!

      Delete
    10. nope my friend, i'm not take a part of your fantasy about cybertrooper who work for government.

      but for your information, i'm just a part from my race and my religion.

      did i ever mention UMNO and BN was like an a angel ?

      all the rumours about Malaysia going to bankrup, not a new idea's, but, its always heared again and again from the beginning in early 70'.. sorry to say .. only the dumb will be believe it.

      Delete
    11. Apa saja yang dikatakan tentang Anwar dan Tun Mahathir tidak akan dapat memadam fakta berbilion-bilion duit rakyat telah dirompak dan lesap. Juga tak dapat menghalalkan duit haram
      itu.

      Rakyat tetap persoalkan ke mana perginya duit yang berbilion-bilion tu? Sila pulangkan balik!!

      Delete
  3. kerosakkan umno dari ketua hingga ke ketua2 bahagian perlu dihentikan... semua kena lancarkan serangan dari sekarang... gerakkan semua dari lamunan tidur...

    ReplyDelete
  4. bebaskan juga semua perasuah yang ada dalam penjara macam ctoyo ok jugak
    selagi amno memang akan banyak lagi kerosakan
    didaratan n lautan
    amno mesti dpelingkup

    ReplyDelete
  5. Negara kita menuju ke arah failed state, negara gagal. Walau pun ada pelbagai sumber, kita gagal menguruskannya secara saksama. Ada pelbagai dasar membantu bumiputera, ada agenda melayu, ada proses transformasi umno.....masih gagal membantu rakyat meningkatkan taraf hidup.

    Kaum cina terus ke hadapan, setiap kali projek perumahan dilancarkan, kuota non bumi habis dulu. Setiap kali cuti sekolah, kaum cina yang bercuti diluar negara, KLIA penuh dengan cina, MATTA fair penuh cina. Kolej swasta penuh cina.

    Yang kaya di kalangan bumiputera ialah golongan ada kabel, faham lah maksudnya. Nak harap BR1M untuk bantu rakyat? Ikut logiknya, kaum cina patut terus undi BN, sebab mereka selesa dengan sistem sekarang. Tapi cina yang nak berubah, dah 2 kali PRU mereka tak sokong BN. Kenapa? Mereka mahu melihat kesaksamaan di kalangan bumiputera. Jurang kekayaan di antara bumi dan non bumi semakin jauh, dan ianya adalah satu social timebomb di negara kita. Kini tiba giliran melayu dan bumiputera untuk berubah. Lingkupkan BN. Agenda utama pembangkang ialah bawa semula FDI ke malaysia, seperti di zaman Tun dulu. Bandar2 seperti shah alam, bangi , serdang dipenuhi middle class melayu kerana FDI. Tanya diri anda, berapa hutang bank sekarang, mampu beli rumah tak? Kenapa tahap ekonomi terbantut, walhal kos semakin tinggi? Undilah pembangkang ke arah perubahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. totally agree with your thinking.. Want to be a winner, follow the Chinaman brain in economic thinking..

      Delete
    2. Next GE, if there is satu lawan satu, the chinese will vote for pakatan. If there is gonna be multi corner fight, the chinese wil vote for BN, except in Penang. The chinese will say, "why bother with change if the malays still worship umno, and chinese will continue to make more money under umno anyway".

      Delete
    3. Bangsa Cina rata2nya diberi fahaman sejak dari kecil betapa "istimewanya" mereka.

      mereka juga tiada berkiblat selain dari kekayaan,pangkat,kuasa adalah simbol bangsa yg berjaya.

      bangsa Cina juga dikenali sangat pandai mengambil kesempatan demi keuntungan bangsa dan diri sendiri.

      mereka boleh kekal bersama UMNO selagi tiada "tawaran" yg lebih memberi keuntungan untuk mereka berubah haluan.

      tsunami yg melanda sejak dari PRU ke-12, adalah disebabkan ada dari kalangan bangsa Melayu yg sudi "berjual beli" terhadap hak yg berhak untuk generasinya yg bakal menggantikan mereka.

      lihatlah bilamana PKR dan PAS tidak lagi sanggup menjadi teras@nakhoda didalam "pakatan" yg dimeterai demi untuk sokongan bangsa Cina.

      sejujurnya bukan bangsa Cina itu yg harus dipersalahkan, sebaliknya sifat bodoh dan khianat bangsa Melayu didalam PKR dan PAS yg menjadi puncanya.

      Delete
  6. Muhyiddin Yasin perlu berdepan halangan rakan-rakan PKR seperti DAP dan Amanah untuk berada di kerusi PM sekiranya pembangkang menang PRU14. Amalan Barisan Nasional tidak terpakai dalam Pakatan Harapan, Presiden Bersatu atau parti dominan tidak semestinya automatik menjadi PM. Seperti ditegaskan Presiden Amanah, dalam PH tiada 'abang long'. Di sinilah ujian demokrasi sebenar bermula.

    Individu yang mendapat sokongan terbanyak wakil rakyat di Dewan Rakyat bakal menjadi PM. Jika amalan tersebut benar-benar diamalkan maka tidak mustahil Dr Wan Azizah menjadi PM. Begitu juga Azmin Ali atau Mohd Sabu atau Sallahuddin Ayub atau Lim Guan Eng. Dan tidak juga mustahil Muhyiddin menjadi PM dengan sokongan UMNO dan PAS, bukannya PH.

    'Suspicious' penyokong PH khususnya pendokong reformasi sangat tebal terhadap usaha menjadikan Bersatu rakan pilihanraya dan Muhyiddin sebagai PM. Mereka khuatir Bersatu akan berpaling tadah selepas memenangi PRU14 sepertimana dilakukan PAS terhadap Pakatan Rakyat pasca PRU13.

    Bersatu bakal mendapat manfaat besar jika pembangkang menewaskan BN. Menumbangkan UMNO menjafikan Bersatu pemilik kerusi terbanyak dalam Grand Coalition. Dan sekiranya PH tidak setuju Muhyiddin menjadi PM maka tidaklah sukar untuk Bersatu meraih sokongan UMNO dan PAS untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Melainkan Bersatu benar-benar mahu melaksanakan tuntutan reformasi selepas dimenangkan, Insha'Allah tidak berlaku pengkhianatan.

    Adakah Bersatu boleh dipercayai? Mampukah Bersatu mengubah persepsi penyokong pembangkang(selain ahli dan pemimpin UMNO/BN yang kecewa) yang tidak berapa yakin dengan hala tuju Bersatu kerana dilihat lebih terarah untuk menumbangkan Mohd Najib Abd Razak semata-mata?

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, awak sendiri mengakui tiadanya nakhoda@dominan didalam (Pakatan Harapan plus PPBM).

      lalu dimana letaknya akal dan ilmu yg menyatakan urusan yg paling utama apabila melibatkan sesuatu tujuan@matlamat adalah dilantik nakhodanya.

      sedangkan syariat meletakkan "setiap anak adam itu adalah pemimpin@nakhoda, dan sekecil-kecil pemimpin itu adalah kepada diri sendiri".

      bukankah kamu juga mengakui pasti akan terjadi pengkhianatan diantara puak2 yg berpura-pura tatkala mereka saling "berpakat" secara rahsia dan meninggalkan sebahagian lagi.

      demikian Allahswt memperlihatkan sifat sebenar betapa jeliknya keadaan politikus berhati serigala. mereka juga dikerumuni seburuk2 penolong (LBGT,plurisme agama,gerakan Syiah, SIS, hak asasi total,etc).

      sedarlah, lantiklah ketua Pakatan Harapan, kemudian barulah diusahakan urusan yg lain.

      Delete
    2. 08.42 awak pi jilat nakhoda bugis awak...dapat juga dedak

      Delete
    3. erm, awak juga harus lebih mencari ilmu agar kelak awak tidak menyesali diri atas perbuatan dan tindakan awak dimasa depan.

      Delete
    4. Isu "NAKHODA" ko ni da dijawab dlm byk entry, tapi masih benak ko nk faham kn? Camni la..isu nakhoda ni ko bwk bersembang ngan opah ko petang kat bwk pokok ciku sambil mkn cekodok & kopi o ya dik.

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. pendirian tun m mengenai 'isu moral' anwar amat jelas.

    saya percaya anwar serta wan azizah juga mengetahui nya.

    olih demikian ada lah mustahil n tidak menguntungkn (counter productive) utk memaksa tun m menukar pendirian.

    sebalik nya kita harus menumpukan segala kudarat yg ada utk menjatuh kan kerajaan kleptocracy najib agar Negara akan berpeluang utk melangkah ke era baru.

    mari lah kita sama2 membantu selamat kan keadaan pentadbiran yg semakin hilang focus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..kalau jelas buat apa nak bersekongkol dgn orang yg tak de moral?????? ni pendirian yg amat tidak jelas dari Mahdir.

      Pendirian Mahdir mengenai isu moral anwar adalh berdasarkan ckp Azizan dan Umi Felda. Mahdir pun tahu Azizan tidak diliwat tetapi menggunakan isu tu utk menjatuhkan Anwar sbb Mhdir agak dia akan dicabar. Azizan hidup lagi. Apasal tak tanya betul2. Kalau Mhdir ada ckp dia berani bersumpah, dia bleh suruh Azizan bersumpah.

      Saya tengok isu ni dari segi perundangan dan nfakta. kamu tengok dari ketaksubat kamu dgn Mhdir.

      Delete
    2. Dalan kes Anwar, orang Melayu kat Malaysia ni terbahagi kepada 2..1 percaya Anwar buat semua tu dan 1 lagi mati2 tak percaya. Tun chief kumpulan pertama tapi Tun perlu sokongan kumpulan ke-2 untuk jatuhkan parti Najib. Anwar tak mungkin jadi PM tapi pengaruh masih besar. Najib pula bisa menghancurkan masa depan Malaysia.

      Delete

    3. 08.53

      "..kalau jelas mengapa nak bersekongkol dgn orang yang tak de moral?????? ni pendirian yg amat tak jelas dari Mahdir."

      Ok, memang jelas Anwar ada isu moral yang amat nyata.

      Dan ia sedang membayar segala 'hutangnya' itu.

      Bagaimana pula dengan Najib, Rosmah, Nazri dan yang lain-lain dalam kabinet sekarang?

      Hebat dan suci ke mereka ini?



      Delete
    4. 08.53...dosa anwar tak rugikan rakyat. Itu antara dia dengan Allah. Dia pon dah bayar harganya di penjara. Yang buat dosa lebih besar ialah puak penyamun yang merugikan rakyat, duit rakyat kena curi, hutang negara rakyat yang tanggung. Dosa anwar lebih kecil berbanding dosa penyamun ni. Memang kita doa pada Allah supaya penyamun2 ni mampos cepat, tapi kita harus buat sesuatu untuk tumbangkan mereka. Mereka belum bayar harganya di penjara. Ber joint venture dengan anwar adalah jalan cara yang tepat untuk mempercepatkan penyamun ke penjara.

      Delete
    5. pd tanpa nama 8:53.

      saya pernah berkhidmat d treasury semasa anwar menteri kewangan. jadi saya tahu sedikit apa yg sedang berlaku ketika itu.

      anwar sudah dpt menghidu yg perbuatan keji nya tlh d ketahui olih tun m. beliau tiada pilihan melainkan merancang utk melancar serangan 'pre emptive'. sedih nya belaiu gagal.

      rakan2 saya d rekrut k dlm 'inner circle'.

      d jemput juga membaca buku autobiography tun - the doctor in the house. banyak maklumat tambahan dpt kita perolihi.

      jadi lah insan yg PRO KEBENARAN n bukan pro tun atau pro jib.

      Delete
    6. Rahman jpc 1400

      Didn't I say explicitly that I based my opinion of the law and on facts.

      You may be privy to his sexual proclivities. But sodomy with Azizan n Saiful?????? Only a fool with believe it. Not others if you go on facts and law. And I'm not his supporter or admirer.

      Let's face it. In Azizan's case, Mahathir directed both Mohtar and Eusoffe Chin to lock him up based on that trumped up charges. Eusoffe Chin is still alive for you to confirm.

      Delete
    7. Dah baca judgement yg beratus muka surat tu ke? Based on facts, law konon

      Delete
    8. to anon 14:29.

      it was based on Malaysian law that he was incarcerated twice 4 sodomy.

      he had d best lawyers that money can buy.

      they knew of his guilt n using their skills decided 2 frustrate d legal process.

      tak payah nak debat lah !!! surat aduan wan azizah setabal 18 muka masih tersimpan dgn tun m.

      sayang ia nya tak mungkin tun m akan mendedahkan sekarang utk memastikan musuh bersama/utama d tumbangkan.

      wth regards 2 tun eusof chin,why don't u c him n get his confirmation.

      OR WE WILL WAIT 4 HIS AOTOBIOGRAFY.

      Delete
  9. cybertroper umno berjuang habisan hingga darah terakhir namun tidak berjaya menawan hati rakyat juga, segala alasan adalah dangkal, isu 1MDB dan najib umpama ibu pada masalah sebenar yg rakyat sedar skrg ini

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Sdr Budin,

    Alhamdulillah gerakan pendaftaran keahlian PPBM telah bermula dan kami telah selamat melaksanakan tanggungjawab menyelamat bangsa dan negara dua malam yang lalu dalam satu majlis yang dihadiri oleh DS Mukhriz.

    Pendaftaran telah dijalankan secara fizikal iaitu pengisian borang keahlian dengan menyertakan salinan KP (atau whatsapp kan imej) dan bayaran berikut berdasarkan pilihan masing-masing (pilih salah satu) ;

    a. Ahli Biasa
    >>Pendaftaran - RM 2
    >>Yuran Tahunan - RM 2
    >>Kad Keahlian - RM 10
    ▶▶Jumlah [ RM 14 ]

    atau

    b. Ahli Biasa Seumur Hidup
    >>Pendaftaran - RM 2
    >>Yuran Seumur Hidup - RM 100
    >>Kad Keahlian - RM 10
    ▶▶Jumlah [ RM 112 ]

    Untuk keterangan lanjut sila hubungi ibupejabat PPBM seperti no telefon yang tertera di Borang Permohonan Keahlian iaitu;

    Tel : 03-9222 3322
    Fax: 03- 2011 5665

    Selamat mendaftar keahlian..
    Selamatkan tanahair sekalian..

    Jom beramai2 kita pergi mendaftar keahlian demi anak cucu kita!

    PPBM Berjaya..
    Rakyat Terpelihara..
    PPBM Berjaya..
    Rakyat Sejahtera..

    Sekian wasalam.

    ReplyDelete
  11. apa pun memang amno ni cukup busuk
    dengan bermacam salah laku
    tapi maseh bertahan dek kuasa yang ada
    itu saja
    dah lama dah amano memang tak guno

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...