Saturday, 28 May 2016

UMNO SEMAKIN GILA, BALU DALAM EDAH (HARAM KELUAR RUMAH) DIPILIH CALON PRK KUALA KANGSAR

Pemilihan Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon BN di Kuala Kangsar benar-benar suatu pemilihan yang gila dan tidak masuk akal serta hanya berlaku di era Najib Razak sahaja.

Di mana agaknya UMNO meletakkan hukum Islam di sebalik keputusan memilih Mastura, seorang balu yang masih dalam edah, sebagai calonnya?

Tidakkah wanita yang baru kematian suami ada tempoh edahnya yang tertentu di mana mereka tidak boleh keluar rumah, kecuali untuk bekerja atau atas urusan lain yang dikategorikan sebagai darurat sahaja demi menjaga kehormatan mereka?

Wanita yang edah juga tidak dibenarkan menziarahi kematian orang lain, pergi ke majlis kenduri, berhias, memakai barang kemas dan sebagainya sepanjang dalam tempoh edah tersebut.

Dari segi budaya pula, edah turut dianggap tempoh berkabung sebagai tanda sedih atas kematian suami.

Jika wanita yang dalam edah tidak dibenarkan atau haram keluar rumah dan sebagainya kecuali darurat, jadi bagaimanakah Mastura yang pastinya akan keluar lebih daripada 12 jam sehari sepanjang tempoh  kempen nanti sedangkan beliau baru saja kematian suami pada 5 April lalu?

Yang Mastura pun satu hal, kenapa ghairah sama untuk dipilih sebagai calon BN?

Tidak simpatikah beliau kepada arwah suaminya di dalam kubur di mana ketika tanah kuburnya masih lagi merah, beliau bukan saja melanggar  hukum Islam yang wajib dipatuhi, malah akan selalu meninggalkan rumah semata-mata untuk bergelar Yang Berhormat, sama seperti jawatan suaminya dahulu?

Dalam hal ini, di manakah ulama-ulama dalam UMNO, apakah mereka sudah jadi bisu semata-mata bersetuju kerana melihat pemilihan Mastura mampu meraih simpati dan seterusnya membawa kemenangan kepada BN?

Apakah UMNO sudah benar-benar tiada calon lain yang lebih sesuai untuk diketengahkan sehingga balu yang dalam edah dan sepatutnya lebih sesuai duduk di rumah, dipilih sebagai calon?

Dalam maksud yang lebih jelas, balu yang dalam tempoh edah dikira haram bertanding kerana ia secara rela hati melanggar peraturan-peraturan edah itu sendiri seperti keluar rumah bukan kerana darurat, menghias diri, memakai barang kemas serta terlibat dengan percampuran yang lebih terbuka dengan kaum lelaki yang bukan muhrim.

Di dalam Al Quran, perkara mengenai wanita dalam edah ini disebut dalam Surah Al Baqarah ayat 228.

Sekali lagi, pemilihan Mastura ini ialah keputusan paling gila yang pernah dibuat oleh UMNO. Terbukti UMNO menjadi parti yang "sakit" sekarang ini. 

Pemilihan beliau sebagai calon adalah haram, bersetuju menerima sebagai calon juga haram, bahkan mengundinya boleh dikira sama hukumnya.

Kalau pun benar ingin sangat kepada kemenangan dan menjaga air muka Najib, apakah hukum Tuhan mahu diengkari?

Jika di Sungai Besar, seorang Adun dipilih bertanding untuk kerusi Parlimen sudah dianggap aneh, di Kuala Kangsar ini kegilaan dalam membuat memilih calon sudah sampai ke tahap tiada taranya lagi.

Lebih mendukacitakan, selain ramai tokoh-tokoh agama dan mufti dalam UMNO, pemilihan Mastura sebagai calon itu pula diumumkan oleh Zahid Hamidi, seorang yang diketahui ada asas pengetahuan agamanya. (SH 28/05/2016).

105 comments:

  1. ...4 bulan 10 hari. Darurat kot. Entah lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib mana tahu agama. Penasihat2 agama mcm jamil khir baharom pun dah cair pegangan agama bila dah masuk umno dan jadi menteri.
      Lain dulu lain sekarang.
      Apa nak jadi dgn hang ni jamil khir baharom oiiii.
      Mau bawa bertaubat. Makin makin lama makin jauh dah hang ni dgn agama.
      Aku dengar cerita la ni jamil khir pun dah pandai betting bila main golf.
      Saja aku nak peringat kat hang jamil khir. Walaupun betting belanja makan pun hukumnya tetap haram juga.
      Lepas ni apa nak jadi pun mampuih pi lah kat hang jamil khir.

      Delete
    2. Orang yang bertuhankan duit memang tak tahu tentang agama.

      Tambah lagi kalau yang hati perutnya dah hitam gelap sebab makan duit haram.

      Ini kan akhir zaman. Yang salah dikatakan benar dan yang benar dikatakan salah.

      Agama diolah mengikut akal dan kehendak manusia. Agama bukan lagi mengikut hukum Allah tapi mengikut hukum manusia.

      Syabas diucapkan...!!

      Delete
    3. apa yg penting bukan di mana kita brmula tetapi di mana kita berakhir.
      jika seseorang asal latarbelakang agama pun jika di senja usia jadi mcm tu tak guna pun. Bertaubatlah .

      Delete
    4. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
      ALHAMDULILLAH..!!
      saya bersyukur kpd Allah SWT.
      atas keberhasilan PENARIKAN UANG
      GHAIB.setelah melalui proses panjang &
      sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
      alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
      kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
      UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
      setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
      dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
      ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
      dengan catatan:
      1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
      2.tidak untuk memperkaya diri
      -PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH
      -MENAKLUKKAN LAWAN JENIS
      -PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLL
      APAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???
      4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA
      5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL
      6.DILILIT HUTANG
      7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS
      8.DILILIT HUTANG
      --------------------------------------------------
      bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
      silahkan menghubungi PAK HAJI RIDWAN diNO TLP 0852-1343-3456
      ATAU KLIK DI http://pesugihanputih45.blogspot.co.id/

      Delete
  2. Kawan baik UMNO iaitu PAS tak nak komen ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak komen apa sebab tengah syok dok romen dgn umno

      Delete
    2. UMNO punya urusan..PAS yg saudara fitnah ye..

      Delete
    3. Apa fitnah? Tolong bagi tahu apa hukumnya kalau orang islam tak undi pas dlm prk kuala kangsar dan sg besar nanti

      Delete
    4. Maaf. Maksud saya ayat anon 19:30 tu

      Delete
    5. bodoh. kalau kata kawan baik kenapa nk belawan dlm prk plak. mmg umno yg bangang dan geng2 dap yang bangang

      Delete
    6. Sandiwara politik Parti Lebai Musang Berjanggut dgn Parti Lanun 1MDB memang hebat....

      Delete
    7. Ayat anon 22.18 senada LGE. Harap saudara bukan ahli seumur hidup

      Delete
  3. Najib adalah Tuhan dia.. apa dia peduli hal2 islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. re: "Zahid Hamidi, seorang yang diketahui ada asas pengetahuan agamanya."

      Mungkin Zahid tidak pernah makrifat kepada Allah. Sebab Zahid tak berusaha kenal dirinya sendiri.

      Delete
  4. Siapa usul?..Siapa calonnya tu?? Wan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti bini dia si rosmah tu

      Delete
  5. Umno terdesak, terpaksa guna sentimen kasihan rakyat. Kalau melanggar hukum Allah demi nak menang mmg tak takut Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencari simpati....

      Delete
  6. Berlaku di negeri perak. Apa kata Tok Peti dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mufti Perak kenalah tegur.

      Delete
    2. Mufti itu huruhara sana sini. Udah, buang watku
      aja ia itu lihat Najib serupa CASH MARI CEPAT.
      ,

      Delete
  7. Pemimpin umno mana kira halal haram bro.

    ReplyDelete
  8. nampak gaya nyer, PKR ke, UMNO ke, DAP ke, semua sibuk dgn kroni. semoga rakyat kuala kangsar selamat hendak nya.

    ReplyDelete
  9. Tok peti perak buat pekak badak.nampak
    kuman di seberang lautan.gajah depan
    mata buat buat tak nampak.dah tua
    masih tak sedar diri.

    ReplyDelete
  10. Tidak menjadi masalah bagi Najib untuk melakukan apa sahaja.Najib sudah lama melantik dirinya sendiri sebagai Raja yang paling Agong.Najib is above the law.We the rakyat have to adjust our life to Najib's Rules.Utusan Malaysia sudah bertukar ke warna hijau,mengalahkan Harakah.Wahai si Najib,...kamu akan jatuh dengan penuh kehinaan.

    ReplyDelete
  11. 2:234. Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan istri-istri (hendaklah para istri itu) menangguhkan dirinya (beridah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis idahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.

    puak amno mana ambil berat sangat pasal Ugama Islam dalam kehidupan harian kecuali bagi tujuan
    tertentu.
    amno tetap amno sampai bilo bilo
    terus usaha tewaskan amno

    ReplyDelete
  12. Tektik mencari simpati masyarakat sehingga halal & haram bercampur aduk

    ReplyDelete
  13. Salam bro. Tq kerna menulis mengenai perkara ni.
    Juta pun x percaya bila Awan: mengumumjanya.
    Di Sabah pernah terjadi 2 kali d mana balu2 menhadi calun BN dan menang.
    Mungkin Najib belajar dari Sabah, kebetulan dia ada d sini.
    Umno x boleh d harap untuk menjaga ugama,kiblat mereka RM.

    ReplyDelete
  14. Salam bro. Tq kerna menulis mengenai perkara ni.
    Juta pun x percaya bila Awan: mengumumjanya.
    Di Sabah pernah terjadi 2 kali d mana balu2 menhadi calun BN dan menang.
    Mungkin Najib belajar dari Sabah, kebetulan dia ada d sini.
    Umno x boleh d harap untuk menjaga ugama,kiblat mereka RM.

    ReplyDelete
  15. Bodoh bergantang2...agama di candu kan...matlamat halal cara.

    ReplyDelete
  16. Kes ini mesti mahu tanya sama itu tuan MUFTI Perak,bagaimana hukumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mufti Perak amat sangat berpihak kepada puak UMNO sejak dahulu lagi...jawatan di-pegang berpuloh tahun dah...naik sedap tak mahu turun kasi lain orang.

      Pasal buat Fatwa...ah dialah yg champion habis. Kena pasal Najib dan Rosmah dia buat dek aja...inilah ulama akhir zaman apabila berdepan dengan pemimpin akhir zaman...betol2 sehati sejiwa.

      Delete
    2. mufti Perak no cina dok Bela dia.

      Delete
    3. mufti Perak no cina dok Bela dia.

      Delete
  17. 1Umno 1mufti perak...didedakkan oleh Najib

    ReplyDelete
  18. come on la bro ... isu ni tak harus didebatkan. Saya rasa ini pun jatuh dalam kategori cari rezeki juga.

    orang baru kematian suami. Mungkin dia juga dalam keadaan "darurat" sekarang.

    Tapi of coz la.. BN nak undi kesian. itu dah pasti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alasan yang sangat lemah...balu yang sudah ada anak2 lelaki yang dewasa dan dia sendiri adalah se-orang loyar kalau tak silap...

      Delete
    2. ok... tq atas info.. aku tak tau dan tak kenal calon pun. cuma bersangka baik. :)

      Delete
    3. dan lagi satu isu ni tidak membantu langsung dalam kempen nanti mungkin lebih teruk akan makan balik.

      tapi kalau isu ini dibangkitkan kerana mmg menjaga sensitiviti agama teruskanlah.

      tapi kalau untuk tujuan kempen politik saya tak setuju.

      Delete
  19. Isu pokoknya skrg klau pembangkang masih nak test market dan menjatuhkan sesama sendiri; bermaksud mrk memang mahu BN menang.. Samada di K Kangsar ataupon Sg Besar..itu saja kemungkinannya..Dulu LKS pernah kata yg PAS bertanding di luar bandar dan Amanah di kwsn sub dan bandar..kenapa Amanah masih nak bertanding? Test market bukan di PRK ini..Sepang atau KT atau Kuala lebih sesuai

    ReplyDelete
  20. DAP nak kalahkan BN tetapi x mahu PAS menang..siapa sahabat DAP di sini tlg nasihatkqn parti itu buat satu pilihan..kalahkan BN atau lwn PAS..itu saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halie-kopter lebai musang berjangut. Suruh lah PAS kau berhenti berpolitik. Agama ni susah kalau mau bercampur aduk dengan politik. Politik dan agama bukan warna pink. Ia tak sedondong.

      Delete
    2. Haa3..warna jugak yg disalahkan..

      Delete
    3. Halie-kopter lebai musang berjangut. Suruh lah PAS kau berhenti berpolitik. Agama ni susah kalau mau bercampur aduk dengan politik. Politik dan agama bukan warna pink. Ia tak sedondong.

      Delete
    4. Maap saudara tatang. LGE suka warna apa? Haa3

      Delete
    5. Sokong tatang ka halie ni barua eddy ah wang

      Delete
  21. Pas pun kalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lihat smula pru 13.kota damansara. Tiga penjuru pkr (psm) pas dan bn.. Siapa yg menang..belajarlah dari episod lalu klau benar2 nak menang

      Delete
    2. Episod kali ni pas kalah.
      Dulu boleh lah sebab pas ada ayam sabung.
      Skrng ayam lapeh.
      Terkona lah ekau

      Delete
    3. Ayam sabung asik kalah wpon dikubu sendiri...mungki boleh menang klau di bagan atau kota melaka

      Delete
    4. Tak ada ayam sabung tok aji kulop kau tu pasti kalah.
      Jgn dok syok sgt dgn keputusan piliharaya 13.
      Lepas pilihanraya tu lah pas bercerai berai. Rumah tangga pas jadi porak poranda
      Ajal pas bakal tiba....

      Delete
    5. Itu yg LGE nak tengok

      Delete
    6. Bukan LGE saja. Kesemua rakyat yang pandai mau tengok. Cuma halie-kopter yang otak pusing tdk pandai tengok.

      Delete
    7. Bukan LGE saja. Kesemua rakyat yang pandai mau tengok. Cuma halie-kopter yang otak pusing tdk pandai tengok.

      Delete
    8. Paling Pandai LGE..Ada peluang bunuh 2 ekor burung gunakan ayam sabung

      Delete
    9. Jgn lupa heli - kopter pun jatuh ke dalam sungai

      Delete
  22. Pemimpin UMNO yg hebat. Dah teruk sangat. Dahlah abaikan bab agama, cuba pulak lagi nak perguna orang untuk dapat undi simpati untuk menang. Ulamak dalam UMNO terus menikus. Jamil Khir tak payahlah. Dia lagi risau swing golf dia yang tak jadi. Yg lain tu buat apa. Berat dah parti yg pernah aku sokong bagai nak giler ni. Memang tak lama lagi UMNO ni tinggal kenangan insyaallah.

    ReplyDelete
  23. Kuala Kangsar balu di calon
    Sebagai wakil pilihanraya
    Peduli apa orang nak balun
    Taburlah dedak bos kan kaya?

    Suami calon baru dimakam
    Sedih dan duka belum terpadam
    Peduli apa halal dan haram
    Harta negara bos pun terkam

    Cari lah calon yg lebih wibawa
    Atau yg muda tenaganya ada
    Nanti kalah tak takut kecewa?
    Apa nak kisah, dedak kan ada..

    ReplyDelete
  24. Terima kasih atas pantun yang ada isi dan menghiburkan...

    ReplyDelete
  25. Terima kasih kembali Tuan Budin,
    Kalau nak kasi, berapa persen..?

    Kita bukan pencacai dedak,
    Negara selamat ITU yang hendak..

    Semua bro bro yg tentang kemungkaran,
    Terima masih byk ahlan wa sahlan..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kasi 100% sokongan kepada usaha Tun Mahathir Mohamad.
      Kita juga berterima kasih kpd encik shah

      Delete
  26. Hebat pantun en FanTun. Mana pi mufti nikah kawen en. Harussana? Biase cepat dio keluor fatwa harammm. Ke mulut penoh dedak?? Hihihihi

    ReplyDelete
  27. Di hujung zaman ni banyak org terus membuat tuduhan tanpa usul periksa, Datin Mastura mmg bertanding tp beliau x akan turun berkempen malah watikah pelantikan pun diterima melalui anaknya. Jgn terburu2 membuat tuduhan berdosa besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab agama bukan perkara mainan.
      Cuba faham dulu edah tu apa dan perkara2 yg dilarang semasa edah.
      Jaga adab dlm edah.
      Perkara surat watikah pelantikan apa lancau sekalipun bukan satu dalil ia cuma taklik manusia saja.
      Jadi jgn tuduh orang lain terburu buru membuat tuduhan dan menghukum orang lain berdosa besar.
      Kalau kita tidak faham bab edah kenapa tak tanya guru agama yg mursyid.
      Pejabat agama kan ada kalau ikhlas nak minta pencerahan.

      Delete
    2. Kalau tak turun berkempen macamana nak jd wakil rakyat? Tiada seorang pun ke penduduk kk yang berkemampuan dr beribu Ribu ahli umno di situ

      Delete
    3. Helo Mojarean kah mohican kah mohawk kah setahu saya yang tidak usul periksa tu kerja pemakan dedak. Menyokong membabi buta. Apa sudah jadi dengan uuumno memilih calun yang tidak boleh keluar berkempen. Kita ni di abad keberapa skrng. Politik matang kah begini. Tidak tahu malukah kita dengan dunia yang melihat. Ini betul betul fikiran Banana republik. Karut betul.

      Delete
    4. Helo Mojarean kah mohican kah mohawk kah setahu saya yang tidak usul periksa tu kerja pemakan dedak. Menyokong membabi buta. Apa sudah jadi dengan uuumno memilih calun yang tidak boleh keluar berkempen. Kita ni di abad keberapa skrng. Politik matang kah begini. Tidak tahu malukah kita dengan dunia yang melihat. Ini betul betul fikiran Banana republik. Karut betul.

      Delete
  28. Tuang Presideng lebai pil kuda kan nak jadi penasihat .....nasihatkan lah umno tu ..,

    ReplyDelete
    Replies
    1. LGE pasti bangga klau baca komen arouse

      Delete
    2. Halie-kopter kalau kau ada perbalahan dgn LGE kami tdk mau tau. Tlg jgn campurkan semua komen dgn LGE. Pergi buka blog sendiri. Jgn kacau blog Budin.

      Delete
    3. Halie-kopter kalau kau ada perbalahan dgn LGE kami tdk mau tau. Tlg jgn campurkan semua komen dgn LGE. Pergi buka blog sendiri. Jgn kacau blog Budin.

      Delete
    4. Saudara Tatang kajilah semula punca PR berpecah sehingga menjadi PH. Mujur PKR Selangor masih rasional..

      Delete
  29. Di hujung zaman ni banyak org terus membuat tuduhan tanpa usul periksa, Datin Mastura mmg bertanding tp beliau x akan turun berkempen malah watikah pelantikan pun diterima melalui anaknya. Jgn terburu2 membuat tuduhan berdosa besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka hati kau lah margerin planta oiii.

      Delete
    2. SheikhMas'UdAlbuaya28 May 2016 at 22:51

      Ini lgi satu perkara gila zaman najib.. Bertanding tapi tak tunjuk muka dan tak turun kempen..

      Delete
    3. mentaliti sama mcm sarawak......ingat lg tak calon pkr...nak jadi calon, tapi tak dtg masa pendaftaran pencalonan, duduk rumah.....akhirnya,lwn menang percuma

      Delete
    4. mentaliti sama mcm sarawak......ingat lg tak calon pkr...nak jadi calon, tapi tak dtg masa pendaftaran pencalonan, duduk rumah.....akhirnya,lwn menang percuma

      Delete
  30. Tuang Presideng lebai pil kuda kan nak jadi penasihat .....nasihatkan lah umno tu ..,

    ReplyDelete
  31. UMNO sekarang bukankah sudah ada penasehat mungkin juga penasehat sudah nasehatkan pada najib kematian suami itu perkara biasa bagi isteri cumanya cara kematian itu yang mesti diambil kira ,hentam sajalah labu asalkan ada calun .

    ReplyDelete
  32. Hebat pantun en FanTun. Mana pi mufti nikah kawen en. Harussana? Biase cepat dio keluor fatwa harammm. Ke mulut penoh dedak?? Hihihihi

    ReplyDelete
  33. Apa ada pada agama dalam politik semuanya halal aaaaammmmmmiiiiiinnnnn selamat mengundi

    ReplyDelete
  34. Apa ada pada agama dalam politik semuanya halal aaaaammmmmmiiiiiinnnnn selamat mengundi

    ReplyDelete
  35. En mojarean. Ini bkn tuduhan. Bila jd calon kena turun kempen. Berdosa besar? Cuba tanya najib. Duit derma rm2.6b tu halal ke haram?? Derma konon. Takde arab yg bodoh nk derma byk tu. Ya Allah berilah hidayah kpd sdr ku umno yg ditipu najib dan konco nye. Aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan maegerin planta tak boleh nak fikir ker?
      Knp tok arab tak bagi derma RM2.6 bilion kpd pas sdgkan pas parti islam.

      Delete
  36. Tak patut marah kat haru sana sini atau si kucing suka main golf sebab dalam hal ini yang buat keputusan ialah dari pemberi deda..oops sori, nasi kangkang. Apa pemakan-pemakan nasi kangkang boleh buat (termasuk mat gangsta), depa tu sekarang dah hoyong-hayang macam zombi. Jelas di sini mahu kekalkan undi wanita dan peranan wanita dalam umno kk nampak menyerlah.

    ReplyDelete
  37. Patutnya calon terpilih respectfully decline pemilihan oleh parti. Bab agama satu hal. Nak bantu rakyat banyak cara lain. Legasi arwah suami boleh dilaksanakan melalui NGO atau organisasi lain. Kita semua tau arwah org baik dan banyak bantu rakyat. Kalau bab duit rasanya tak mungkin kot. Bakal calon bukan dari keluarga susah macam kita semua. Belajar dan tinggal lama di UK dan ada law firm sendiri. Bapa pun bekas org politik tersohor dan pernah jadi EXCO kerajaan negeri sembilan. Tak silap pakcik dia tan sri rashdan baba. Tak payahlah nak bersetongkol dengan pemimpin lain yg sokong Najib. Tak perlu biarkan diri tu dipergunakan oleh pemimpin umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau siapapon yg jadi calon bn, klau pembangkang bersatu dan menghormati prinsip perbezaan; bn pasti boleh dikalahkan;

      Delete
    2. Ano 23.41 datok yazid baba bks exco ns, rashdan baba abg dia.

      Delete
    3. Ano 23.41 datok yazid baba bks exco ns, rashdan baba abg dia.

      Delete
  38. Pak Lobai2 dlm umno ni agak nye ramai pemakan dodak. Tabur yo dodak semua hangguk.....hukum hakam entah kemane.

    ReplyDelete
  39. Pak Lobai2 dlm umno ni agak nye ramai pemakan dodak. Tabur yo dodak semua hangguk.....hukum hakam entah kemane.

    ReplyDelete
  40. Sama2 kita berdoa agar perang jamal tidak berlaku di k kangsar dan sg besar

    ReplyDelete
  41. Klau nak menang 2 prk ini; PKR mesti memainkan peranan agar satu calon pembangkang dan LGE buat pilihan nak kalhkan bn

    ReplyDelete
  42. https://www.youtube.com/watch?v=rcLrvYUcBPE

    ReplyDelete
  43. http://www.malaysia-today.net/calon-wanita-berkempen-pilihanraya-dalam-keadaan-beriddah/

    ReplyDelete
  44. Bismillahirrahmanirrahim

    Assalamualaikum...

    Cuba lah semua fikir kalau kakak atau saudara sendiri menerima nasib yang sama kematian suami tetapi perlu dalam edah sehinggakan x perlu pergi bekerja dan terperuk sehingga habis edah .. islam atau Allah sendiri tidak pernah zalim kepada kita sebagai hamba Nya yang hina tetapi kenapa perlu kita menghukum dan bersifat seperti Tuhan dalam perkara ini . Menghukum itu kerja Allah SWT kita cuma datangnya drp tanah dan suatu hari nanti pasti merasai MATI .. Usah lah memfitnah .. saya x berpihak kepada sesiapa di sini tapi saya sedih melihat komen anda semua .. lebih2 lagi komen itu datangnya drp umat Islam sendiri ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar bekerja tu dah jatuh darurat namanya bongok..

      Keluar berkempen tu darurat apakejadahnya macamla takde pompuan lain yg boleh diambik buat calon?

      Ammo memang nak telingkop dipimpin dek lanun dan dianggotai beruk2 bodoh mcm kau ni..

      Delete
  45. Assalam, para malaikat..

    sy x berapa ambil port tentang politik semasa, tp sy jelas faham "bg menghormati tempoh Edah seluruh puteri UMNO di gerak kerjakan bg membantu beliau"

    sy rasa tak langgar hukum Islam pun.. ke mcmn ? lain kali kalau fasik bwk berita kaji dulu

    ReplyDelete
  46. Kesian awak...BUAT tuduhan bodoh.Orang lain lebih cerdik agama . Islam tu mudah dan banyak jalan...Anda memfitnah...nampak bodoh agama.

    ReplyDelete
  47. Mungkin Ini Yang Anda Mahu ....
    >>> KLIK HERE !! <<<

    ReplyDelete
  48. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu alaikum yang punya room melalui internet ini,saya ibu fatma di malaysia mengucapkan terima kasih banyak sama AKI karena AKI sudah banyak membantu saya dan saya kepengeng memberitahukan kepada teman-teman semua bahwa apakah anda memerlukan TUYUL supaya anda cepat kaya kalau anda membutuhkan monggo telepon KI KONCORO di number 0823,1332,9888 karena saya sudah membuktikannya,trima kasih ya KI atas bantuan tuyulnya saya sudah jadi kaya sekarang itu semua berkat bantuan AKI.

      Dan apakah anda butuh angka TOGEL KI KONCORO mulai dari angka 2D,3D,4D,5D,6D….?

      DENGAN ANGKA GHOIB ATAU ANGKA RITUAL YANG DI BANTU DENGAN MAHLUK HALUS DAN RAJA JIN TOGEL JADI ANGKA BELIAU DI JAMIN 100% BISA MENGHANCURKAN BANDAR TOGEL.

      Angka Ghoib Singapura.
      Angka Ghoib Hongkong.
      Angka Ghoib Malaysia.
      Angka Ghoib Toto magnum.
      Angka Ghoib Laos.
      Angka Ghoib Macau.
      Angka Ghoib Sidney.
      Angka Ghoib Brunei.
      Angka Ghoib Arab saudi.
      Angka Ghoib Kudalari.
      Angka Ghoib Super Toto.
      Angka Ghoib Thailand.
      Angka Ghoib Taiwan.
      Angka Ghoib Tokyo.
      Angka Ghoib Taipei

      Apakah anda membutuhkan bantuan yang ada di bawah ini.

      1.Angka togel 2D 3D 4D 5D 6D yang bisa di jamin tembus 100% tembus.
      2.Bank Ghoib artinya uang bisa datang secara ghoib dalam jumlah besar.
      3.Anda memerlukan Pesugihan Tuyul supayah anda bisa kaya mendadak.
      4.Setress karena bertengkar sama suami atau istri anda.
      5.Guna-guna,mantera,pelet,santet
      6.Di pecat dari tempat kerja anda.
      7.Perusahaan anda bangkrut.

      Jangan kwatir saya yakin KI KONCORO bisa mengatasi semua masalah anda karena saya sudah membuktikannya jadi tiba giliran anda untuk membuktikan kalau kata-kata saya tidak bohong jadi kalau anda kepengeng bergabung dengan beliau silakan hubungi di 0823,1332,9888 atau bisa anda >>>KLIK DI SINI <<< kalau anda mau menang angka dari KI KUNCORO karena saya sudah membuktikannya,terima kasih.

      Delete
  49. Hello guys; This is a HD movie site kindly visit I am sure your will really enjoy. Thanks
    Watch Online Movie Free

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...