Sunday, 22 May 2016

TUAN GURU, NAK LETAK JAWATAN KE TIDAK NI?

Di ketika mengatakan Pas bersedia menghadapi kemungkinan hilang tiga jawatan Exco dalam kerajaan negeri Selangor berikutan tetap mahu meletakkan calon di Sungai Besar, Presiden Pas, Hadi Awang dalam masa yang sama seperti masih mengharapkan perkara itu tidak menjadi kenyataan akhirnya.

Ini berikutan beliau  berkata, soal kedudukan Exco adalah urusan kerajaan negeri, malah perlantikan juga harus mendapat perkenan Sultan.

Hadi Awang menambah lagi, "kalau benar pun dia (Azmin) nak minta Exco letak jawatan, soal perlantikan Exco ialah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihanraya adalah urusan parti."

Apa maksud dan tujuan Hadi Awang berkata demikian?

Adakah beliau cuba memberi gambaran bahawa Azmin tidak berhak meminta tiga Exco Pas tersebut meletak jawatan dengan sesuka hati kerana ia perlu mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu?

Dalam hal ini, adakah Hadi Awang seolah-olah ingin terus meletakkan wakil rakyatnya bergayut kepada jawatan dalam kerajaan negeri meskipun membuat keputusan yang berbeza dengan keinginan Menteri Besar yang juga turut disetujuinya menerajui Selangor?

Apa yang Hadi Awang faham sebenarnya apabila mengatakan, "soal perlantikan Exco ialah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihanraya adalah urusan parti?"

Adakah beliau bermaksud sesebuah parti boleh membuat tindakan yang berbeza dalam hal parti walaupun duduk bersama dalam kerajaan negeri?

Bukankah apabila duduk bersama dalam kerajaan negeri, sesebuah parti itu juga perlu seiring dan senada dengan parti rakan yang lain kerana melaluinyalah terbentuknya sebuah kerajaan?

Jika Pas begitu terbuka dan membenarkan perbezaan, mengapa dalam Pas sendiri tidak membenarkan perbezaan apabila ada yang dipecat apabila cuba berbeza pendapat?

Maknanya, jika ingin berbeza sangat dengan kehendak Azmin yang menjadi Menteri Besar Selangor di mana Pas adalah salah satu komponennya, tidakkah lebih terpuji jika Hadi Awang bertindak mengarahkan tiga Exco Pas di Selangor meletakkan jawatan terlebih dahulu?

Kenapa masih berbelit-belit dengan berselindung di sebalik kata-kata tentang kuasa Sultan, perlantikan Exco adalah urusan kerajaan negeri, hal calon urusan parti dan sebagainya?

Kalaulah benar sedia kehilangan jawatan semata-mata untuk bertanding dalam pilihanraya, umumkan saja tiga Exco PAS itu undur diri daripada kerajaan negeri dengan segera...habis cerita!! (SH 22/05/2016).

81 comments:

  1. Bila pemimpin yang belajar agama tanpa segan silu menerima rasuah dari pemerintah, maka Allah rosakkan otak dan jatuhkan maruah beliau sehina-hinanya. Lihatlah hanya berapa titik maruah dan kehormatan yang tinggal kepada Hadi Awang sekarang..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang Hadi Awang faham sebenarnya apabila mengatakan, "soal perlantikan Exco ialah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihanraya adalah urusan parti?"Soal nak jadi penasihat kepada kerajaan najib adalah urusan peribadi dia, bukan kehendak rakyat yang hendak menolak umngok be end.

      Delete
    2. Anon2328, itu k'jaan negeri ph bukan pr. Pr dah pas kuburkan. Eloknya pas letak lah calon guna tiket bn lawan ph, kan baik. Politik natang, tak gitu. Bab nasihat tu, ibarat bisik nasihat kat telinga badak. Kesian.

      Delete
    3. 1. Bapa Rasuah
      2. Penipu Mega
      3. Penggalak Rasuah

      Delete
  2. Persideng Pas ni pun dah dpt dedak najib sebab tu dah jadi macai najib.
    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sang Takfir Hadi yg telah mengkafirkan berjuta orang Melayu sekarang dia sedang terima bala tindak-tanduk buruknya sendiri. Hampir2 terjadi kafir sebab menyokong raja zalim mappadulung.

      Delete
  3. Tuang presideng past sepenggal x kesah 3 exco past hilang jawatang.Tuang presideng masih kekal sebagai pemegang amanat 1981.Jawatang pelabel barua broker tak luak pong.la nie jawatang penasihat kerajaang bijan angkat bakui sendiri dalam gengaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia lebih rela hilang exconya dari hilang kawan penyamun.

      Delete
    2. Ada aku kesah...??

      Delete
  4. Hadi kata PAS cuma nak jadi penasihat kerajaan saja, so kenapa PAS sibuk nak masuk pihanraya ? Kes najib songlap 2.6billion satu dunia dah tahu , sikit pun dia tak nasihat najib? Janji kat ahli nak buat HUDUD.... mana hudud ? So apa kejadah guna nya PAS ni ? Bubarkan saja PAS ni dah takde makna lagi .

    ReplyDelete
  5. Hee... meluatnya aku dengan Hadi@Laknatullah ni.
    Bagus, kalau semasa dia mencandat sotong dibaham jaw.
    Biar dia mampus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah marah jugak beb. Laknatullah tu makhluk/org yg di laknat dalam quran mcm setan, firaun, haman dll. Tak suka sgt kat org jgnla label pandai2. Kau tu dah janji syurga ke

      Delete
    2. Marah marah jugak beb. Laknatullah tu makhluk/org yg di laknat dalam quran mcm setan, firaun, haman dll. Tak suka sgt kat org jgnla label pandai2. Kau tu dah janji syurga ke

      Delete
    3. Anon 00:07
      Apa yg TGHH dah buat hingga kamu gelar dia laknatullah???Maa Syaa Allah.harap kamu sempat taubat sblm malaikat maut sentap nyawa kamu.kalau tak siksa kamu nk mati nanti.

      Delete
  6. PAS parti yang tak ada maruah. Di luar dia kutuk DAP, tapi di Selangor di berselingkuh dengan DAP demi jawatan dan kuasa. Menantu ada jawatan tukang baca doa makan di GLC la katakan... Kalau tak selingkuh dengan DAP nanti menantu hilang jawatan pulak. Wakakak...

    ReplyDelete
  7. Dasar DAP adalah pecah dan perintah.Dasar PAS pulak,pecah tapi tak perintah.Parti BEBAS wajib dijadikan calon di 2 PRK nanti,kerana PAS pasti akan tarik diri di saat akhir untuk beri kemenangan kepada Najib.

    ReplyDelete
  8. Antara DSN dan Mat Sabu yg pro Syiah, Syiah lbh bahaya. Ini telah dibuktikan oleh sejarah. DSN perosak bangsa ttp Syiah perosak agama. Carilah alternatif yg lebih baik yg bukan pro Syiah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cakap suka2....ada bukti dia syiah?

      Delete
    2. cakap suka2....ada bukti dia syiah?

      Delete
    3. ...bukti gred A mana? Striker aswaja pun dah sentap. Tak gitu. Kesian

      Delete
    4. Otak tak pakai tak nmpklah bangkai gajah depan mata..msh cari bukti lg..mana ada Syiah mengaku Syiah..mrk kuat taqiyah, asas utama kejayaan Syiah..

      Delete
    5. Sekarang dah keluar PAS, PAN bolehlah ckp byk.. Sblum ni bukan main lg sokong Amanat Hadi Awang, terutama Mat Sabu n the gang termasuklah ahli-ahlinya yg kuat mengutuk PAS..PAS skrg tersepit angkara Syiah..pemecah belah ummat..

      Delete
  9. Perbezaan di antara Haji Hadi dengan Tok Guru Nik Aziz seperti langit dengan bumi..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua-duanya munafik.

      Delete
    2. Terbalik tu. Perbezaan di antara Tok Guru Nik Aziz dengan Haji Hadi seperti langit (Almarhum) dengan bumi (Hadi)

      Delete
    3. Dari langit mahupun dari bumi diorang mengkafirkan orang mukmin - umat melayu terpecah-belah.

      Delete
  10. PaS tersepit antara memilih Syiah-Amanah dan Sunni-Umno. Walau perit tp itu shj pilihan yg ada bagi Muslim yg tahu sepak terajang Syiah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...anon0113, kalau pan tak syiah, takut lak syiah tu balik kat kamu. Bukti gred A dah jumpa belum? Striker aswaja pun kantoi. Kesian

      Delete
    2. Hai machai PAS Chai tak habis2 nak tabur fitnah...kemukakan bukti dulu...jangan jadi macam tuang presideng kau yang suka menuduh tanpa bukti...mabuk pil kuda...

      Delete
    3. Anon 1:14 PAN Syiah? Ada bukti pemimpin dan ahli PAN sembah dan puja Murshidul Am dan Presiden parti bagai manusia mulia lagi suci? Ada bukti pemimpin dan ahli PAN mengkafirkan saudara Islam, solat jemaah dengan dua Imam, mengharamkan sembelihan Muslim lain? Itu ciri-ciri Syiah yang terdapat pada pemimpin PAS dan UMNO. Sunni yang sebenar tidak wujudkan puak-puak atau kabilah-kabilah, tidak angkat manusia selain Nabi, tidak menipu dan bersubahah dalam penipuan, tidak mencuri harta rakyat dan negara, tidak mencela kaum dan agama lain, tidak kejar harta dan kedudukan dunia. Biar bijak bila berhujah

      Delete
    4. Pemimpin2 dan ahli yg keluar PAS dan kini kuat kutuk PAS adalah org yg sama dulu sokong amanat Hadi awang, hudud ala pas, dua imam dan mcm2 lg. Sekarang kuat temberang la...

      Delete
    5. E AH..awak memang cukup sifat munafik. Awak duduk satu longkang dgn Syiah sbb dua parti sunni UMNO n PAS awak musuhi. Cerah parti Syiah sbgi pengganti. Boleh tumpu jatuhkan PKR plak lepas ni spy jln. semua clear utk Syiah..tahniah..

      Delete
  11. Hj hadi memalukan umat Islam.cakap
    berbeli belit,sokong pemimpin rasuah dan
    tak dengar pendapat orang.lebih baik
    letak jawatan.tak layak jadi pemimpin

    ReplyDelete
  12. Syaitan sedang berpesta,

    Si Jahil menipu berdusta,
    Si Alim aminkan bermuka muka,
    Demi kuasa dan harta,
    Nafsu dan emosi bermaharaja lela...

    ReplyDelete
  13. Kami ahli dan penyokong PAS amat berbangga dengan ketegasan TGHH dan kesepakatan serta solidariti pemimpin-pemimpin kami. Kini kami benar-benar rasa kehebatan maruah kami, kejituan kesatuan kami dan kebulatan tekad kami.


    Kami seia sekata dari kepimpinan tertinggi hingga ke akar umbi. Tiada lagi percanggahan kenyataan. TGHH kata lain, Khalid Samad ulas ikut lain. TGHH kata lain, Mat Sabu kata itu pandangan peribadi. Tiada lagi kebocoran rahsia parti. Tiada lagi malaun pembocor rahsia parti.

    Mutakhir ini terdapat 4 konflik yang berkesudahan dengan 4 ketegasan PAS. Keempat-empatnya adalah kebanggaan kami di akar umbi.

    1. Ketegasan dalam pemecatan Husam Musa walaupun ditakut-takutkan dengan dakwaan 10 ADUN Kelantan keluar PAS.

    2. Ketegasan untuk tidak berunding dengan golongan yang menjadi pengkhianat kepada perjuangan PAS.

    3. Ketegasan dalam menyatakan penyertaan PAS dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar sambil bersedia menghadapi siapa sahaja tanpa halangan.

    4. Ketegasan sanggup exco-exco PAS dipecat jika itulah kemahuan dan ugutan PKR.

    Motif tulisan aku kali ini ialah untuk menyatakan istiqamah dan solidariti bersama dengan TGHH dan para pemimpin yang kami sayangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada aku kesah....??

      Delete
    2. hahaha....machai PAS Chai...istiqamah dan walaunta dgn tuang presideng yang suka melabel orang...nama jer parti islam...akhlak mengalahkan orang kafir...

      Ketegasan dengan UMNO mana?? apa dah jadi dengan amanat 1981 di Banggol Perdah?? Hilang terus dengan ketegasan??? WALAUNTA Presideng....

      Delete
    3. Timbalan dan Naib President kata lain, president kata lain... solidarity kat mana tu?!!! Pergi lah PAST... terjun dgn labu labu... penasihat dpt percent. Pembangkang dapat apa?

      Delete
  14. PAS banyak kali menerima halangan termasuk akhbarnya diharankam. Disekat tak boleh keluar setiap minggu dan macam-macam sekatan. Itu Parti yang dah lebih 60 tahun. Malaysiakini sampai sekarang masih belum diluluskan Akhbar sendiri melainkan akhbar talian. Malaysiakini telah banyak menerima anugerah kewartawan antarabangsa. Kerajaan sekat akhbar mereka. Parti PAN baru tubuh, memohon pada 12 Feb 2016 lalu. Lulus pada 1 Mac 2016. Tak pelik suka benar UMNO@BN kepada Akhbar ini??
    Kalau PAN tak menguntungkan UMNO @ BN takkan BN @ UMNO bodoh mudh-mudah nak lulus. Lihat sahaja apa terjadi pada Malaysiakini dah 2 tahun lebih belum dapat. Itu belum lagi Suara Keadilan sampai hari ini beroperasi tanpa permit.

    Takkan KDN Bodoh dan bengong boleh lulus kalau tak kerana PARTI INI akan memabntu UMNO @ BN untuk merosakkan PAS yang kian lama UMNO @ BN telah cuba belum berjaya.

    TAHNIAH KEPADA PAN ANDA SEBENARNYA PROXY UMNO @ BN!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiii machai PIS Chai...Parti PIS (Parti Islam Semalaysia)...tuang presideng hang yang halau...melabel dengan macam2 gelaran...kamu sebenarnya yang menghancurkan Pakatan Rakyat...tak payah nak menuduh orang...rakyat semua dah cerdik...kamu tu Proxy UMNO...nak jadi penasihat kan kata tuang presideng walaunta kamu...bukan nak lawan umno...nah...sape proxy UMNO???

      Ukur baju kaler pink sedondong kamu ngan UMNO tuh...

      Delete
    2. Anon 8:08 PAN bukan aqbar tapi sebuah parti. IKATAN juga bukan aqbar tapi sebuah parti yang diluluskan dengan mudah. PAN adalah pengaktifan dan penjenamaan Parti Buruh Negara. KDN tiada hak menghalang sebuah parti yang telah lama diluluskan untuk dihidupkan semula. Pemimpin PAN berjaya meminda perlembagaan parti dan Pendaftar Pertubuhan berpuas hati dengannya.

      Halnya Haraqah dan Suara Keadilan adalah pertikaian lain. Manakala Malaysia Kini memang tidak berhajat menjadi penerbit aqbar fizikal. Sudah-sudahlah dengan penulisan bersifat fitnah dan menimbulkan wasangka jahat. Berdosa. Lebih mudarat jika beroleh imbuhan (rezqi) dari pekerjaan fitnah ini.

      Delete
    3. Walau apa cerita yg awak paparkan, itu tidak bermakna topeng yg awak pakai dpt menyembunyikan kepentingan awak disebalik sokongan luar biasa awak kpd PAN...

      Delete
  15. Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng diminta mengemukakan bukti bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan perkataan kesat terhadap DAP.

    Abdul Hadi turut menyarankan Guan Eng merujuk kenyataan media atau ceramahnya sebelum ini bagi menentukan kesahihan dakwaan terbabit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padan dengan muka dulu bersengkokol dengan DAP sampai tak ingat dunia. Masa tu semua cantik....wangi.....sekarang dah kona pulakkkk.

      Delete
  16. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Teratai, Jenice Lee mendedahkan sikap double Jawatankuasa Disiplin DAP dalam mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya.


    Menurutnya, ADUN DAP Teluk Datuk, YB Loh Chee Heng dipecat parti di atas dakwaan salah guna kuasa tetapi YB Tiew Way Keng, YB Lim Lip Eng, YB Ean Yong Hian Wah dan YB Lee Kee Hiong tidak diambil apa-apa tindakan dalam kes yang hampir sama.

    “Lain kali apabila anda mengundi sila lihat juga calon dahulu sebelum memangkah undian anda, jika tidak, anda mungkin telah mengundi calon yang ‘tidak Bersih’.

    “Pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya di bawah sila ambil perhatian!,” dedah Jenice Lee dalam Facebooknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ko susah hati pasal dap ni nape?? Dia orang punya pasal lantak dia orang laaaa

      Delete
    2. DAP parti suci jgn disentuh. Hanya DAP yg boleh sentuh parti lain. Kah kah kah. Kelakar , sorry nak pi basuh berak dulu.

      Delete
  17. Bila saya membaca tulisan Tun Mahathir disiarkan di blog beliau dengan judul The citizens vs Najib saya sah orang tua ini sudah nyanyuk.

    Mahathir menulis "PAS mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat tidak meletak calon, PAS akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding. Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh PAS."

    Mahathir sedar atau tidak bila dia merujuk kepada PRN Sarawak bahawa dia mungkin ingat PAS yang memberikan kemenangan PERCUMA BN di Sarawak??

    Sebab PAS akan berikan alasan LOGIK masuk akal bahawa calon PAS tak hadir atau calon PAS Bangkrap.

    Aku rasa patutlah Anwar Ibrahim menulis surat dari penjara yang panjang lebar macam puisi agar ada orang TIDAK DIBODOHKAN oleh politik "Orang Tua Ini" sehingga pakatan harapan dah jadi tiada HARAPAN dah pecah dua; bukan aku cakap tapi ahli farum Arul dan CikguBard kata.

    Patutlah AMANAH pun jadi makin celaru dengan orang tua ini.
    Semuanya ikut NYANYUK!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikap PAS yg berbelit2 dan bermuka2 dgn kenyataan hadi awang,mahadthir dah blk baca..hanya ko yg bodoh tak blh fikir.

      Delete
    2. Pakai baju pink sedondon atas pentas sambil tersenyum kambing, sesiapa pun boleh baca, kecuali mata buta. Bila ada peluang membentuk kerajaannegeri di Terengganu, peluang itu ditolak.Takkan ini pun tak boleh dibaca, apa ada dalam ogtak Haji Hadi.....????
      Kena letak calon di Sg.Besar. Tak kiralah PAN atau PKR. Yang penting, jangan bagi Haji Hadi membutakan mata kita macam Anon 8.15

      Delete
    3. Sikap PAS yg tak ada pendirian berbelit2....U Turn banyak kali tu yg buat org hilang kepercayaan dan org jadi tak yakin dgn PAS.

      Mana ada istiqomah?? Dulu kafirkan umno buat solat hajat K.O umno tapi sekarang dah sedodon.

      Bekali2 kepercayaan rakyat dipermainkan. Jadi sape yg nak percaya lagi?

      Cermin diri sendiri dulu....

      Delete
    4. 8.15 adalah seorang gay.

      Delete
  18. ”Akhirnya terbongkar juga,” dedah Che Murad Abdullah sambil melampirkan poster dan keterangan di atas berkenaan propaganda DAP menipu umat Islam di Malaysia.


    Dalam poster di atas, media DAP sengaja memilih untuk menghebahkan peruntukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Tahfiz yang berjumlah RM40,500.

    Tetapi tidak menghebahkan peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Mubaligh yang berjumlah RM328.00 dan peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berjumlah RM289,00.

    “Bagus dan bijaknya DAP bodohkan umat Islam..

    “DAP merancang tapi Allah jua merancang. Terbongkar jua dengan izin Allah..

    “Moga tiada lagi yang terpedaya dengan tipu muslihat DAP, ” ulas Zubaidi Udin

    Pendapat yang sama turut dikongsi Abu Hanzalah.

    “Bagus ni bagi puak-puak cai yang suka sangat backup DAP yang terang-terang anti-Islam yang suka guna gambar tahfiz ni sekeping.

    “Padahal memang patut pun dia bagi duit untuk bantu Islam yang merupakan Agama Persekutuan. Memang KEWAJIPAN dia,”katanya. - AIDCNews

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP pun tak pernah dalam sejarah nak masuk bertanding kawasan majoriti melayu, tak ada yang melayu yg akan lihat kertas undi DAP .kemudian DAP paling banyak bertanding pun 50 kerusi ,melayu ada 140 kerusi jadi tak yah la nak gempaq bro

      Delete
    2. Kertas tandas dah beli ke belum?

      Delete
  19. Semalam secara tidak sengaja , aku terserempak dengan seorang kawan yang memang tegar PAN ( Kuali hangit ) yang suatu ketika dulu aku pernah bersembang dengan nya mengenai politik semasa PAS-PAN . Dia memang penyokong Pas sebelum berubah angin kepada Parti PAN ( Kuali ).

    Dalam perbualan yang dahulu , ternyata benci benar dia pada Tuan Guru Abdul Hadi Awang .

    Kata beliau , " Haji Hadi tu bukan maksum , dia dah tua , dengan apa yang dia buat menunjukkan dia dah tak mampu nak jaga Parti , letak lah jawatan ! , tak larat bagi peluang orang lain ! "

    " PAS bawah tok guru hadi awang ni dah jumud !!! BN dah nazak , pegi pecahkan PAKATAN RAKYAT ! PAS gila kuasa nak rebut kuasa gabung dengan UMNO , sambung nyawa UMNO ! Mana ada parti boleh menang lawan BN kalau gerak sendirian ?? "

    " kita nak tawan putra jaya perlu kan undi cina , perlu gabung dengan DAP , tapi kerana pemikiran pimpinan baru ustaz2 muda ni lah yang rosak kan PAS , fikiran lebai otak jumud dan terkebelakang , orang2 ini lah yang rosak kan PAS , Tok Guru Hadi jadi pak turut penasihat2 ni "

    Segala cercaan beliau selama ini tak pernah salah kan DAP dalam isu runtuhnya PAKATAN RAKYAT, yang salah hanya PAS . Hanya PAS punca segala nya , segala sakit hati dari runtuhnya PAKATAN RAKYAT dituju pada PAS .
    PAS lah yang jumud .

    - Namun segalanya kembali berubah -

    Kali ini aku terserempak dengan sahabat aku ini kali ke dua , beliau menyapa aku dan tersenyum dan cepat-cepat panggil aku datang dekat .

    Semacam ada sesuatu yang ingin dikatakan , selepas order air teh o , aku pasang telinga untuk dengar celoteh mamat ni .

    Dia start membuka mulut , " Faisal , kali ini aku betul- betul hormat kat Tok Guru Hadi Awang , berdosa nya aku selama ni , aku maki dia teruk- teruk Sal padahal aku yang buta "

    Aku agak terkejut , " Aik ?? Tiba2 je kau kata camni ? Kau sindir aku ke apa? Jawab aku .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu ini kalau nak sentimental buat novel aje la tak yah buang masa komen dalam blog politik.

      Delete
    2. Direktor 9.39....bagus drama kamu tu.....bila nak keluar tv?? Jangan lupa akan datang buat drama bapak penyamun dan 40 orang penyamunnya pulak.

      Delete
  20. Sambung nya lagi ,

    " Begini Sal , selepas aku lihat apa yang dah berlaku hari ni , baru aku faham . Aku rakyat , bodoh2 aku pun , aku memerhati apa yang berlaku Sal ..

    Satu demi satu Allah tunjuk kan kat aku kebenaran yang Tok Guru Hadi Awang buat selama ni . Segala keputusan yang dah Tok Guru buat itu lah yang aku maki , aku hina dia macam2 .

    Petunjuk pertama yang Allah tunjuk kat aku Sal , bermula dari PRN Sarawak baru2 ni kat situ lah aku nampak betapa goyah nya PAKATAN HARAPAN yang aku agung kan sangat selama ni ...

    betapa bongkak nya DAP yang aku bela sangat selama ni .. aku muliakan DAP , aku maki dan hina kan Tok Guru Hadi Awang ...

    Bayangkan Sal , masa PH bertanding PAS tak ada . Tapi betapa hancur nya pengurusan Pakatan Harapan yang berebut sesama sendiri buat aku kecewa , buat aku kenal siapa DAP .. sanggup rebut kerusi PKR .. sanggup ketepikan kawan sebab nak kuasa ..

    Akhirnya semua tak dapat baiii !! Semua BN sapu !! Dulu PR goyah aku salah kan PAS , sekarang PAS tak de brooo ... jadi sape BERMASALAH ??? segala dalang selama ni semua timbul .. ! Yang bermasalah keangkuhan DAP .. dengan PKR pun degil ????

    Pasal isu nak turunkan NAJIB RAZAK , kau tau kan semua pemimpin pembangkang bising tak sabar2 nak turunkan Najib kan ?? Masa tu apa Tok Guru jawab ? Tok Guru kata kekalkan Najib , biar Najib selesaikan masalah . Time tu aku juga aku maki Tok guru dasar penjilat Najib kata aku .

    Tupp2 keluar statement Anwar Ibrahim , pun setuju kekal kan Najib jadi PM .. Terpinga2 aku pemimpin idola aku jawab senada dngan Tok Guru Hadi . Kaji punya kaji baru aku paham Sal , sekarang nama Najib busuk .. kalau Najib turun sekarang , jawabnya PRU14 UMNO selamat !!

    Baru aku cam , betapa jauh nya pandangan politik Tok Guru Hadi Awang ni .. ! Aku respect dia Sal !!!

    Memang hanya bergabung je boleh kuat dan tawan Malaysia , tapi kalau bergabung dengan kawan yang degil dan sombong macam DAP , sanggup bertanding sama sendiri makin kuat ke makin lemah ??? Apa jadi kat Sarawak ? Rakyat makin tolak, 5 kubu kuat pun jatuh !

    Dari tingkah laku terbaru DAP , baru aku terasa ... memang tepat sangat2 keputusan Majlis Syura Ulama Pas selama ni ...

    Sekarang baru aku faham ,

    Memang susah untuk tawan Malaysia jika sendirian ,

    Tapi lebih susah tawan Malaysia tapi jatuhkan sesama sendiri !

    PAS je jsangat berprinsip skang Sal ! Istiqomah lah !! , respect Tok Guru Hadi Awang "

    Aku angguk khusyuk mendengar luahan panjang lebar mamat ni dengan nada bersemangat , tak dapat dia sorok mata nya yang berkaca .

    Perhh dengan aku sekali jadi sebak , teringatkan TG Hadi Awang ..banyaknya cercaan dan fitnah terhadapnya , hanya kerana sudi memimpin kita semua . K bai :'/

    Psstt :

    DAP , PAN dan PKR semua dibelakang Tun Mahathir sekarang ?? PAS je tak mau ?? Tiba2 sampai surat dari penjara , ANWAR IBRAHIM pun tak setuju bhaii , pe cite ?? Buat orang Anwar masuk PAS aje laaaa abes cite !

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS hantar 3 orang wakil, Setiausaha Dewan Ulama, Pengarah Pilihanraya dan bekas Naib Presiden menyokong Deklarasi Rakyat Dr Mahathir Mohamad. Sila perbetulkan fakta anda.

      Buat pembaca-pembaca berhati-hati dengan strategi Regim Najib yang mula melaga-lagakan parti-parti dalam PH dengan PAS. Cybertrooper ini mula mengada-adakan cerita yang tidak pon wujud demi mengalih tumpuan asal rakyat terhadap kerugian berbillion 1MDB kerana salahguna kuasa dan kemesraan pembangkang PAS ke atas UMNO. Strategi mereka membunga-bungakan PAS agar kelihatan PAS sangat mulia dibandingkan PAN, PKR dan DAP demi menutup segala kesilapan, kejahilan dan persekongkolan UMNO dan PAS selama ini.

      Delete
    2. 9.40 pandai ko membelit. Sorry kami tak makan dedak makan nasi jer.....kami ada baju tapi tak sedodon.

      Delete
    3. 9.40 pandai ko membelit. Sorry kami tak makan dedak makan nasi jer.....kami ada baju tapi tak sedodon.

      Delete
    4. Buat mat anon 9.40,

      Memang satu kelaziman kita menyembang dengan kengkawan di Kedai kopi..

      Yang tak lazimnya bila kita ingat sebijik2 setiap tutur kata member kita tu..

      Yang lazimnya yg jadi tok selampit pengarang skrip ala drama radio ni ialah puak2 yang dah kenyang dengan dedak..

      Yang kami tak tau ialah lazimnya berapa sen dedak u dapat dengan karangan macamni..

      Delete
  21. Ulama Parti Amanah Negara (PAN) Syaikh Abd Ghani Shamsuddin yang juga Timbalan Penasihat Umum parti berkenaan telahpun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara, lapor Norani AbgMarzuki BangiKuching


    Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara yang diterajui Abd Ghani adalah salah satu cawangan Kesatuan Uama Dunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi.

    Pemberitahuan tentang pemecatan Abd Ghani dimaklumkan oleh Wan Norhaziki Wan Halim yang melawat pimpinan Kesatuan Ulama’ Seduniat di Doha baru-baru ini.

    Kenyataan lengkap Wan Norhaziki dilapirkan seperti di bawah :

    Pesanan dan Amanat Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi, SU Agung Kesatuan Ulama’ Sedunia & Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah

    Selesai mesyuarat Lembaga Syariah bersama Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi di sebelah pagi, saya telah meluangkan masa melawat Ibu Pejabat Kesatuan Ulama’ Sedunia serta menziarahi beliau di rumahnya sebagai memenuhi jemputan peribadinya.

    Alhamdulillah, banyak isu semasa yang melanda ummah yang beliau kongsikan kepada saya, berserta beberapa pesanan dan amanat agar saya menyampaikannya kepada mereka yang tidak hadir.

    Beliau memulakan pesanannya dengan menyebut tuntutan syarak ke atas nasihat-menasihati antara sesama Muslim tanpa mengira darjat, yang seharusnya diamalkan dan dihidupkan. Setiap insan sentiasa memerlukan nasihat termasuklah ulama’ sendiri, berdasarkan hadith Nabi SAW, “Agama itu (tertegak) dengan nasihat…”

    Khusus buat umat Islam di Malaysia, beliau berpesan agar bersungguh-sungguh dalam memelihara aqidah ahli sunnah wa al-jama’ah dan berwaspada terhadap segala ancaman Syiah.

    Beliau memberikan iktibar terhadap gerakan penghapusan etnik ahli sunnah yang sedang berlangsung dengan giatnya hari ini di Iraq dan Syria serta segala ketidakstabilan politik yang berlaku di lain-lain negara Teluk hari ini merupakan konspirasi puak Syiah yang berpusat di Tehran.

    Mereka dikatakan mempunyai perancangan yang penuh rapi lagi strategik dalam merealisasikan misi Syiahnisasi dan Iranisasi.

    Menurutnya, puak Syiah sanggup berbuat apa sahaja bahkan bekerjasama dengan kuffar demi memerangi ahli sunnah.

    Tambah beliau lagi, Syiah kini sudah mula melebar luaskan pengaruhnya di Afrika bahkan di Indonesia.

    Menurut beliau, salah sebuah parti politik di Indonesia hari ini telah dipimpin oleh para penganut Syiah dan kini menganggotai dewan permesyuaratan rakyat.

    Justeru beliau memberikan peringatan kepada umat Islam di Malaysia agar jangan sesekali memberi ruang, peluang dan kuasa kepada mana-mana politikus yang disyaki cenderung kepada fahaman Syiah (tasyayyu’) kerana mereka amat ‘berbahaya’.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini macam nak memburokkan parti AMANAH

      Delete
    2. Roslan
      Pecah PAS dr PR krn isu Syiah. Pan yg pro Syiah lalu muncul utk ganti parti sunni (UMNO dan PAS). Kini PKR ada skandal yg dibocor oleh 'ahlinya' yg mgkn akan menggoncang PkR..Lalu kini yg line clear PAN seorg. Nampaknya cerah masa depan puak Syiah yg amat berbahaya di negara ini..Baghdad hancur ditangan Hulagu Khan (Tartar) angkara khianat Menteri Pertahanannya(seorg Syiah). Kini Baghdad hancur ke-2 kali angkara Syiah Iran yg boleh kerjasama dgn Kafir bunuh sunni.Padahal kononnya mrk(Iran-Syiah) anti Israel..Syiah adalah musuh Islam yg ada dalam pagar..lebih bahaya..

      Delete
  22. Bersabit isu Syiah ini juga, beliau menyatakan bahawa Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi (Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia) sedang dalam proses menyiapkan penulisan sebuah buku khusus berhubung penyelewengan fahaman Syiah. (Saya terlupa judul buku yang dinyatakannya)

    Pesanan beliau yang kedua ialah agar umat Islam bersungguh-sungguh dalam menerapkan nilai-nilai Islam di dalam segenap aspek kehidupan, baik politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan sebagainya.

    Berhubung isu-isu politik terkini di Malaysia, beliau ada menyatakan kepada saya bahawa nama beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah diputarbelit kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah memberikan sokongan dan pengiktirafan (mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia) ke atas penubuhan sebuah parti politik baru di Malaysia.

    Ini bermula melalui program ziarah delegasi parti politik berkenaan ke rumahnya dan salah seorang dari delegasi tersebut telah bergambar kenangan dengannya.

    Syaikh Ali telah mensyaratkan padanya agar tidak mendedahkan foto tersebut kepada umum kerana khuatir seandainya pertemuan tersebut disalah anggap dan diputarbelit oleh pihak-pihak tertentu.

    Malangnya, pemimpin tersebut telah berbuat ‘khianat’ dengan mendedahkannya kepada umum, lalu diada-adakan cerita kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia telah memberikan pengiktirafan ke atas penubuhan parti tersebut!

    Menurut beliau, Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi enggan bertemu dengan delegasi parti politik baru dari Malaysia itu biarpun telah dimohon.

    Sehubungan dengan itu juga, Syaikh Ali meminta saya memaklumkan kepada sahabat-sahabat di Malaysia bahawa Syaikh Abd Ghani Shamsuddin, Timb. Penasihat Umum parti berkenaan telahpun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara atas faktor-faktor tertentu.

    Syaikh Ali menegaskan bahawa pendirian beliau ini adalah persis sebagaimana pendirian Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi serta pendirian rasmi Kesatuan Ulama’ Sedunia.

    Sebelum pulang, Syaikh Ali telah menghadiahkan saya sebuah buku terbaru beliau yang baru diterbitkan dalam bulan ini berjudul, “Ijarah al-A’yan wa Tatbiqatuha al-Mu’asirah: al-Ijarah al-Muntahiyyah bi al-Tamlik wa Sukuk al-Ijarah”, berserta dua lagi buku beliau yang masing-masing berjudul “Hukm al-Istithmar fi al-Islam” dan “Ahkam al-Mabit fi Ayyam al-Tashriq”.

    Sesungguhnya coretan ini adalah benar dan ianya merupakan amanat beliau kepada saya untuk disampaikan.

    Wan Norhaziki Wan Halim
    19/01/2016; 2:51 AM
    Doha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan Nor,
      Saya faham tulisan kamu ini cuba nak kaitkan AMANAH dengan syiah ,memang ini kerja rejim Najib(Termasuk PAS) untuk menipu orang melayu. Saya bukan penyokong dan ahli AMANAH tapi biar la kita berpolitik secara islam iaitu kerana allah swt. Berpolitik secara menipu minda orang sama la juga seperti pihak zionis berpolitik dengan menanam semangat bermusuhan sesama Arab sehingga berkonflik sampai hari ini .

      Kalau kita anggap sesuatu kumpulan atau kita tu ulama maka contohi la ulama tersohor zaman gemilangnya islam seperti imam syafei ,imam malik dan sebagainya mereka menjauhi urusan siasah politik kerana perkara itu dibiarkan haknya kepada orang yang lebih berhak ,kalau imam tersohor ini nak berpolitik mereka dah lama boleh memerintah bumi arab zaman itu kerana pengikut mazhaf lebih ramai melangkaui sempadan negara tetapi mereka tak mau berpolitk sebab urusan politik boleh dengan mudah menghitamkan hati bersih mereka yang cintakan dakwah islamiah . Jadi jangan la sewenang menyebut perkataan ulama kerana ini terlalu umum dan dalam quran pun perkataan ini diberi kepada ahli kitab cuma sekali saja allah swt menyebut secara umum ulama itu dalam surah Al Fatih ayat 27 dan 28 yang saya faham ulama melibatkan saintis geologi ,saintis biologi ,saintis kemasyarakat ,saintis botani dan saintis astronomi tapi allah swt mengakhiri ayat itu dengan perkataan mereka ini adalah ulama kerana makin banyak mereka mengetahui ilmu dan rahsia alam mereka lebih takut dan beriman dengan allah swt jadi bagi saya ulama ialah individu yang suka menyelidik ilmu dan seorang yang kuat beriman kepada allah swt ,tak kiralah ilmu apa pun kerana ilmu itu hak allah swt.

      Delete
    2. Dalam Islam hanya ada muslim, tak ada syiah, sunni apa lanchow sumer.. yg pepandai cipta dan label orang selain muslim, sendiri jawap dengan Allah kelak.

      Dalam Quran dan Hadis, xder pulak label2 gini. Nak sembah Allah cara tersendiri atau berjemaah masing2, sendiri jawab la.

      https://www.youtube.com/watch?v=M7kTCc7PUjk

      Jika ada komen, pergi berdebat dgn Zakir Naik sendiri..

      Delete
  23. MIRI: Masalah penduduk yang tinggal di lereng bukit yang kurang diberi perhatian oleh pihak kerajaan perlu ditangani segera. Ramai antara mereka sudah berpuluh tahun tinggal disitu tetapi ada yang masih belum diberi hak milik tanah oleh pihak pemerintah dan mereka sukar untuk mendapatkan bantuan untuk membina rumah yang lebih selesa dan selamat untuk tempat tinggal.


    Sebuah rumah usang yang terletak di pinggir lereng bukit memerlukan bantuan pihak kerajaan tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan sehingga berita ini sampai ke pengetahuan PAS Miri.

    Puan Rosia Usop seorang ibu tunggal tinggal bersama dengan dua orang anak lelakinya Azman dan Ariz. Ayah mereka sudah lama meninggal dunia lebih kurang lima tahun yang lalu. Mereka sudah tinggal dirumah peninggalan arwah ayah mereka lebih dari 15 tahun. Mereka pernah memohon bantuan dari badan kebajikan untuk membina rumah baru tetapi tiada sebarang tindakan diambil memandangkan mereka hanya menumpang di tanah peninggalan arwah datuk mereka.

    Keadaan rumah mereka sebelum ini amat teruk iaitu lantai rumah sudah reput, atap bocor dan beranda di luar rumah pun hampir reput. Pernah suatu ketika mereka terjatuh dari tangga akibat tangga licin.

    Mereka mengadu masalah ini kepada pihak PAS kerana harapan mereka untuk mendapatkan bantuan dari pihak kerajaan terlalu sukar dan penuh dengan birokrasi. Mereka masih memerlukan bantuan untuk membina sebuah rumah baru yang selesa dan selamat untuk tempat tinggal.

    PAS Miri dengan insiatif bersama NGO Khidmat Malaysia telah menyumbang sedikit bantuan membaiki lantai, atap yang bocor serta membuat tangga beranda baru untuk rumah beliau.

    Walaupun PAS gagal memenangi sebarang kerusi DUN semasa pilihan raya yang lalu ini bukan bermakna PAS berhenti memberi bantuan khidmat masyarakat kepada mereka yang memerlukan. Dengan sumbangan yang tidak seberapa ini, PAS tetap memberi bantuan semaksima mungkin kepada mereka yang memerlukan bantuan. PAS akan sentiasa turun padang bersama dengan masyarakat setempat demi untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan bantuan kebajikan.

    PAS mengesa kepada pihak kerajaan dan wakil rakyat yang sudah terpilih rajin-rajinlah turun padang dan berjumpa dengan rakyat seperti mana mereka sibuk masa berkempen bertemu rakyat semasa pilihan raya tempoh hari.

    Mereka ada peruntukan dan elaun sebagai wakil rakyat maka sewajarnya mereka datang membantu rakyat yang memerlukan khidmat mereka sebagai wakil rakyat. Janji mereka semasa kempen seharusnya ditepati dan jangan setelah dipilih adalah sukar untuk dilihat selepas memenangi pilihan raya.

    Kita juga mengesa pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan boleh membantu keluarga Puan Rosia membina semula rumah mereka agar mereka dapat hidup aman dan selesa kerana rumah mereka sekarang perlu dibina semula di tempat yang lebih selamat.

    Seharusnya pihak kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat dapat melaksanakan tugas dengan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah ini amat dihargai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu nak berkempen utk PAS kamu rasa ada orang nak faham ka apa yang kamu tulis ,walaupun dengan ayat dan bahasa mudah tapi isi yang kamu nak sampai tiada siapa kesah.

      Delete
  24. Perbualan dalam kumpulan Whatsapp yang disertai Majlis Pimpinan Pusat (MPP) termasuk Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bocor lagi!


    Kali ini ia membabitkan pergaduhan antara Rafizi dan Ahli Majlis Tertinggi PKR Latheefa Koya.

    Menerusi pemahaman rakam layar pergaduhan yang menjadi viral, Rafizi mencabar Latheefa untuk berdebat.

    Dalam masa yang sama, Rafizi turut menyatakan bahawa Latheefa sebagai seorang peguam yang penakut kerana tidak berani berdebat dan mahu membiarkannya ‘melalak’ seorang diri.




    Bagaimanapun, Latheefa membalas bahawa Rafizi telah menarik balik debat antara mereka dan mengarahkan Rafizi untuk menyusun debat berdasarkan topik-topik yang dibincangkan.

    Latheefa juga mendakwa Rafizi akan menjadi orang yang paling ‘bodoh’ di negara ini.

    Bagaimanapun Latheefa enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu ketika dihubungi FMT

    “Ooh tak boleh lah… saya tak boleh komen. Sorry,” katanya ringkas.

    Dalam satu lagi percubaan mendapatkan komen Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung pergaduhan Rafizi dan Latheefa juga gagal selepas dia enggan memberi sebarang kenyataan.

    Terdahulu, Rafizi mengesahkan telah menulis mesej di WhatsApp mengenai dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor.

    Mesej yang bocor daripada kumpulan tertutup disertai anggota parti dan penyokong Reformasi pula mengancam untuk mendedahkan dakwaan bahawa wujud permintaan wanita dan wang dalam urusan kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  25. Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menafikan dakwaan kononnya PAS ditolak pengundi bukan Islam terutamanya di kawasan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


    Sebaliknya Ketua DHPP, N.Balasubramaniam berkata, sokongan bukan Islam kepada PAS semakin meningkat, kerana mereka menerima perjuangan yang dibawa parti itu ketika ini.

    “Dakwaan kononnya bukan Islam terutamanya pengundi Cina sudah lagi tidak menyokong PAS tidak benar. Kami sudah mula turun padang berjumpa dengan pengundi bukan Islam, mereka menyambut baik PAS. Kami juga mendapati bukan semua orang Cina menyokong DAP, ada juga yang tidak suka DAP,” katanya.




    Dia juga menyifatkan pengundi bukan Islam di kedua-dua Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah pandai menilai dan dia yakin sokongan tersebut kini berdasarkan penerimaan bukan Islam kepada PAS,” katanya kepada FMT.

    Mengulas kehadiran sekutunya dari Pakatan Harapan (PH) iaitu AMANAH dalam dua PRK pada 18 Jun ini, N.Balasubramaniam yakin, ia langsung tidak mengugat kedudukan parti Islam itu.

    “Kehadiran AMANAH menerusi PH tidak akan menjejaskan kedudukan PAS, malah kita tidak akan putus asa dan akan terus lawan. AMANAH sebenarnya nak tunjuk ego mereka sedangkan mereka tahu kedua-dua kerusi tersebut milik PAS.

    “Dalam masa sama, saya akui sedih bila AMANAH mahu bertanding. Ia melumpuhkan tujuan kita untuk mengalahkan BN. Penyertaan AMANAH menjadikan pertandingan tiga penjuru bukan untuk berjuang untuk rakyat. Malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri mengakui hanya PAS boleh tewaskan BN dalam pilihanraya,” katanya.

    N.Balasubramaniam menambah, jentera DHPP juga telah bersedia untuk turun berkempen bagi membantu calon PAS memenangi pilihan raya dan menjadikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksakan kerajaan BN menjadi agenda utama kempen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid hamidi kata PAS je yg boleh tebang BN?

      Sebagaimana dia kata yg dia pernah jumpa wakil tukang bg derma 2.6 beliun tu?

      Buat apala nak dirujuk statement kaki putar Alam ni..

      Bak dialog dlm Madu 3:

      "Aah.. Itu semua Jamil punya auta.."

      Delete
  26. Dari Segi Bahasa

    .........................

    PAS : Diambil dari Bahasa Arab Al Pas ( Alif Lam Pa alif Siin ) - Erti Kapak

    Kata Guruku Kapak Untuk Orang Islam menegakkan Daulah Islamiyah Kat Malaysia Melalui Demokrasi.



    PAN : Merujuk Surah Ar Rahman Ayat 26 Pan ( beerti akan binasa/perisable )

    PAN: Dalam bahasa English dirujuk pada Kuali Leper

    Komen : Kita pun tak tau apa pasai diaorang pilih kuali mungkin nak goreng rakyat .

    PAS : Dalam Bahasa English takdak makna tapi boleh rujuk pada power steering component

    PAN dalam Bahasa Jawa tak ada makna

    PAS Jawa kata Sesuai

    Dari Segi Sejarah

    .......................

    PAS serpihan Umno .PAS keluar kerana Umno tak nak Jalankan Undang-Undang Islam di Malaysia .

    PAN serpihan PAS.PAN keluar kerana kepimpinan PAS yang menang dalam muktamar terlalu beriya nak Laksana syariat Islam Di Malaysia.

    Dari Segi Kepimpinan

    .............................

    PAS: Dipimpin oleh majoriti kumpulan Ulamak yang berkopiah & ilmu diiktiraf oleh ulamak muktabar sedunia.

    PAN : Dipimpin oleh Otai demontrasi & sebahgian ustaz kepala bogel ( tak berkopiah ) yang diiktiraf DAP & rakan Pakatan Harapan

    Fikir

    .......

    Fikir pimpinan PAS : Kalah Menang no 2. First priority ,Menegakkan Hak Allah mencari Redho Allah

    Fikir pimpinan PAN : Menang sangat penting First priority ,Menumbangkan UMNO Mencari Redho pengundi terutama Non Muslim

    Dari Segi Politik

    .....................

    PAS diakui semua kawan & Lawan Sebagai Parti yang penting untuk menyuarakan Isu Islam & Hak Orang Melayu

    PAN pada pendapat Saya sebagai (Parti Amanlah Najib) coz pemimpin PAN dah kata dimana PAS bertanding dia akan bertanding : Jadi akan berlaku pecah Undi di pihak opposition dan Najib boleh tidur lena coz secara logiknya PRU14 2/3 dah dalam tangan termasuk boleh rampas Selangor.

    Hidden Issue

    ..................

    PAS ditakuti DAP coz kalau PAS berkuasa Bisnez judi ,arak pelacuran & riba akan dicantas sikit sikit .Yang mana tokenya majoriti dari kaum mereka

    PAN jadi salah satu senjata untuk Screw Orang Melayu.Agar Orang Melayu ( majoritinya muslim ) Pecah Undi.Jadi Boleh jadi macam Singapore.Fokus utama adalah di Selangor sekiranya PAS semua kalah kerajaan negeri terkaya iaitu Selangor akan didominan DAP kerana PKR sediri kita pun tau kekuatannya dalam menyatakan hak melayu & Islam ( rujuk apa berlaku di Pulau Pinang )

    ReplyDelete
  27. eknik yang sama DAP guna untuk timbulkan fitnah dan kebencian terhadap Parti Islam.Kalau perhatikan teknik yang sama digunakan ketika PRN Sarawak.Cuba untuk timbulkan persepsi buruk supaya masyarakat cina lihat PAS seperti sebuah parti yang 'Racist' pada bangsa / agama lain.

    Semakin dekat PRK kita akan nampak seribu macam fitnah.Inilah sunnah perjuangan sahabat yang dirahmati Allah semua.Jangan kita rasa tergugat atau sedih..yakinlah..selagi mana kita berpegang teguh dengan apa yang Allah tetapkan..kita tidak akan kalah selama-lamanya!

    ReplyDelete
  28. Dimana2 PRU, PRN dan PRK PAS tetap melawan Umno@ Bn kerana PAS berhajat menumbang Kezaliman Kerajaan Umno@Bn serta menegakkan Keadilan.

    Tapi dimana2 PAS bertanding di situlah Pan @ AMANAH berkampung.. Kerana Pan adalah penyambung nyawa Umno@Bn.. Maka Pan sememangnya sebenar2 Penghianat Kepada Rakyat Malaysia dan perjuangan Gerakan Islam

    Kredit
    Mohd Noor Ori‎

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung jd pas bang. Klu menang menang lawan umno jd wakil rakyat. Kalau kalah jd penasihat!

      Lawan umno dln pilihanraya. Tapi masa kempen belasah dap dan amanah!

      Kat mana Islamnya tu...ekk?

      Delete
  29. sakit hati juga dgn PAS ni. Hebat Mappadulong dlm permainan politik, awa2 dia sudah pegang presideng PAS. klu lwan 3 penjuru..org2 kg akan pilih UMNO atau PAS/PKR. kemungkinan UMNO akan mennag disitu krna mereka ade pengundi tegar. Undi atas pagar rmai tetapi akan brpecah kpd PAS/PKR. hmmm.

    ReplyDelete
  30. PAS patut buang nama islam dr parti itu supaya bole di nilai tanpa prejudis setiap keputusan politik di nilai atas kebijaksanaan pemimpin dan bukan di nilai dr perspektif agama. Apa yang PAS buat hari ini meletakkan imej agama terkebawah. Islam jadi hina di bawah kepimpinan PAS sekarang. ramai yg terlalu mengharapkan tokoh seperti TGNA. Sayang anaknya bukan carbon copy

    ReplyDelete
  31. PAS, parti yang terkenal dengan pusingan U nya....boleh percaya ke? Kita saksikan kesudahan episod seterusnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...