Sunday, 29 May 2016

TUMPOR YEOP, AHLI UMNO NEGERI SEMBILAN TANDING DI KUALE KANGSOR....


Maklumat yang diterima lewat malam tadi mengatakan calon BN pada pilihanraya kecil Kuala Kangsar iaitu Mastura Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad, adalah ahli dan AJK UMNO cawangan Chembong dalam bahagian Rembau, Negeri Sembilan.

Ini bermakna, buat pertama kalinya, bukan saja ahli UMNO di luar Kuala Kangsar, bahkan daripada luar negeri Perak dipilih sebagai calon untuk bertanding di kawasan tersebut.

Tiadakah seorang pun daripada ribuan ahli UMNO Kuala Kangsar yang  sesuai untuk dijadikan calon?

Tiadakah juga seorang daripada ratusan ribu ahli UMNO daripada 24 Bahagian di seluruh Perak yang layak untuk dipertimbangkan menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar?

Kalau pun pemilihan Mastura kerana beliau seorang profesional, apakah di Kuala Kangsar dan Perak tiada seorang pun yang berkelulusan tinggi begitu?

Berbeza dengan parti-parti lain, UMNO adalah parti yang bersifat tempatan dan menguasai kerajaan dan oleh yang demikian, ia mempunyai struktur yang lengkap di setiap bahagian bagi mengisi pelbagai ruang dan peluang yang sudah tersedia sebagai sebuah kerajaan.

Parti-parti lain, disebabkan mereka tidak bermula sebagai sebuah kerajaan, maka soal calon tempatan atau calon luar tidak pernah berbangkit sama sekali.

Mereka yang berjuang atau bersengkang mata dalam UMNO, selain untuk mengekalkan kuasa, matlamat lain juga ialah untuk mengejar kedudukan sebagai wakil rakyat, exco kerajaan negeri, timbalan menteri, menteri serta pelbagai nikmat lain yang ada dalam pentadbiran kerajaan negeri mahu pun pusat.

Lantaran itu, dalam soal pemilihan calon wakil rakyat, adalah kelaziman ahli daripada bahagian itu sendiri yang akan dipilih. Kalau pun calon tersebut daripada luar, ia biasanya masih daripada negeri yang sama.

Hanya dalam kes-kes terpilih seperti Syed Hamid Albar dan Aziz Shamsuddin misalnya, pernah berlaku orang negeri lain bertanding di negeri lain. Syed Hamid ketika mula bertanding di Kota Tinggi adalah pemimpin UMNO di Bukit Bintang, tetapi kemudian terus berpindah keahlian ke Kota Tinggi. Aziz Shamsuddin pula dari Gopeng bertanding di Shah Alam.

UMNO memang merasakan hak untuk bertanding di sebuah DUN atau Parlimen atau hak ahli bahagian tersebut. Kecuali dalam kes-kes tertentu dan jarang-jarang berlaku, calon daripada luar yang dipilih sebagai calon.

Sebab itu, boleh dikatakan 99 peratus calon-calon UMNO dalam pilihanraya adalah orang tempatan, baik yang berjawatan dalam parti mahupun daripada kalangan yang agak dikenali oleh masyarakat setempat.

Lebih-lebih lagi dalam pilihanraya kecil, anak tempatan lazimnya lebih diutamakan kerana merekalah yang lebih tahu dan faham segala-galanya tentang kawasan yang mereka bertanding itu.

Sekiranya benar Mastura masih ahli UMNO dalam bahagian Rembau, ini adalah anjakan paradigma yang mengkagumkan sekali, bukan saja buat UMNO Kuala Kangsar tetapi juga buat UMNO Perak secara keseluruhannya.

Untuk masa-masa akan datang, oleh kerana UMNO Perak mempunyai 24 bahagian dan lebih besar daripada Negeri Sembilan yang ada 8 bahagian, mereka bukan saja boleh terus menerima kehadiran calon-calon luar, bahkan juga mesti mampu mengekspot anak jatinya sendiri bertanding di negeri-negeri lain.

Kalau tidak, naya orang Perak dan Kuale Kangsor yeop..tumpor le kite...

Atau mungkinkah Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO akan segera melakukan "silap mata" mengenai keahlian UMNO Mastura? (SH 29/05/2016).

46 comments:

  1. Nyer kou pun idok pahea..nok ngatea bendea..yang pelik dan bondoa...najib....peneing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib ni dah sesat lagi menyesatkan.
      Mustahil Allahyarham Tun Razak dan Toh Puan Rahah tak ajar agama langsung kepada anak2 dia.
      Tahu kah kau najib edah tu apa?
      Kemudian prk pula di dalam bulan ramadan. Bulan yg paling mulia dalam kalendar lslam.
      Seorang balu yg masih dalam edah kau suruh bertanding dalam piliharaya.
      Kemudian kau putar belit fikiran rakyat dgn berkata kempen akan dibuat melalui multimedia.
      Adakah mastura tak keluar rumah dan tak berhias masa keluar rumah di hari penamaan calun nanti?
      Kau telah jatuhkan darjat seorang balu ketika dia masih dalam edah.
      Aku tak mahu mengulas panjang.
      Ketua wanita umno dan Ketua puteri umno ibarat manusia yg tidak ada agama langsung.
      Shahrizat lebih baik hang masuk agama hindu sajalah.

      Delete
    2. Kalau kesucian agama dipermainkan oleh orang politik jangan marah kalau umat islam mengecam kamu. Mengecam parti kamu.
      Lahanat punya manusia.

      Delete
    3. Patotler hudud hadi tetiba boleh bentang .

      Delete
    4. Najib mmg jahil agama. Najis besar pun dia tak tau. Ini bukan fitnah tp benar berlaku. Cari dalam youtube budak sekolah tanya dia tntg najis besar dan dia tak leh jawab.
      Sbb tu lah ada org boleh rasa pi umrah boleh cuci dosa macam mandi cuci daki ja.

      Delete
  2. As Salam Budin,

    Duit negara berbillion pun hilang begitu saja, ini setakat keahlian UMNO aje, very small matter lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanat tuang 1981 pon boleh hilang.

      Delete
  3. Nampak sgt, ahli2 Umno semua Yes Man.. ataupon mungkin, buat donno, sbb memang nk tengok Umno kalah di Kuala Kangsor ni... supaya Najib dpt tekanan hebat..

    Mungkinkah mereka mush dlm selimut yg menyokong Mahathir...

    Jangan lupa.. MUNGKINKAH BAKAL BERLAKU SABOTAJ, DAN PROTES OLEH AHLI2 UMNO TERHADAP CALON MEREKA.
    SURAT BANK NEGARA KATANYA DAH TERSEBAR DI MANA-MANA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mufti pun diam. Jamil khir baharom pun senyap sunyi. Fathul bari pun tiba2 jadi bisu.

      Dulu setiap kali keluar kat tv cakap pasal agama sikit punya hebat.
      Haram halal dan segala hukum hakam melekat cukup kuat di bibir mulut dia orang saja. Kat mana2 masjid pun sembahyang sentiasa jadi Tok Imam.

      Delete
  4. Kalau ketuanya, Najiblis dah jadi Penipu Mega dan Najibilion, ahli parti Umat Melayu No Otak (UMNO) pun berlumba2 teladani pemimpin mereka Untuk jadi penipu tegar pulak.

    ReplyDelete
  5. K.j komen sikit... Udah2 la dengan zumba tu!!!

    ReplyDelete
  6. Tolak najib undi pas.pan hanya ulat kacau daun sembur dgn racun seranga.pembangkang tak iklas asyik nak tikam sama sendiri.itu yg najib macam tu juga.pas terus berusaha demi rakyat n agama.pas for all

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas yg kacau daun tu bang oii...!! Guna sikit otak tu. Yg bertawun dgn umno tu pas bukan amanah!!

      Yg nak jd penasihat tu pas bukan amanah!!

      Yg backup najib dlm skandal rm2.6 bilion tu Tuan Hj Gundu Presideng bukannya Mat Sabu!!

      Yg janji tak serang umno dlm PRK ni pas...bukan amanah!! Mmg le betul...kawan tak kan le serang sesama sendiri!!

      Lain kali abang makan nasik byk sikit. Kurangkan makan tahik...takut otak tak berfungsi....!! Kah kah kah..


      Ada nasik...tapi tetap pilih makan tahik...haha

      Delete
    2. Pas for all? Dah lah kafirkan orang sekarang nak suruh orang undi dia pula. Tak kah gila namanya tu

      Delete
    3. Pas ni ingat orang melayu ni semua sama bodoh macam dia.

      Delete
    4. Hudud hadi kacau daun.tetiba boleh juai tapi tuang amanat 1981 minta tanggoh plak.

      Delete
  7. Maruah org Kuale dah di kembiri. Dah jadi pondan semuanya. seorang surirumah dr negeri sembilan berjaya memijak maruah dato maharajalela.

    Mana zahid, mana nazri aziz, mana mamak zamri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surirumah dr n9 la yg plg berkuasa skrg ni..jgn main-main

      Delete
    2. Betul tu...!! Dah terbukti kemampuan kuasa yang sungguh luar biasa.

      Delete
    3. Mmg lah berkuasa sebab tu lah boleh masuk suku saja. Kalau nak masuk habis kena bayar RM2.6 bilion.

      Delete
    4. Apa yg najib buat di kuala kangsar ni maknanya wanita yg baru kematian suami dah tak ada maruah.
      Aku tak hairan kalau shahrizat jalil tu tak ada maruah.
      Tapi jangan buat kat orang lain.
      Jgn dok ingat anak2 allahyarham kata tak pa. Kaum keluarga allahyarham mcm mana? Jgn ingat mereka ni tak ada agama.

      Delete
    5. Yang lain lain tak tau. Nazri tak sedor diri jalan bertongkat tengah praktis digelanggang boxing. Tengah galak nak numbuk orang tua 90 tahun.

      Delete
    6. anom 13:52 he he he....aku mula2 tak faham.....betul2

      Delete
    7. anom 13:52 he he he....aku mula2 tak faham.....betul2

      Delete
  8. Mungkinkah TPM yg arif hal agama dan dikeliling penasihat sengaja memilih calon ini? Memastikan BN tewas boleh memberi lampu isyarat EXIT kpd Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak berpolitik tu berpolitiklah tak ada siapa nak marah.
      Tetapi jgn lah letak hukum hakam dan pegangan agama dalam pajak gadai umno.
      Itu yg orang marah.
      Jadi manusia ni kena berfikir lainlah jadi babi boleh main sondol saja.

      Delete
  9. udah abis ke ketua Caw. kat sana... timbalan bahagian ke... paling tidak pun calonkan la pengerusi masjid ke, nak gelamor sikit cari la tok kadi ke... betul2 dah abis pikior la meeke-meeke nie... lemau betol la...

    ReplyDelete
  10. Cuba pasang sorang calon bebas (ex-umno) di kuala kangsar...pasti bn tak senang duduk.

    ReplyDelete
  11. Kalau the billion dallar man dah putuskan gitu kenala ikot. Yang penting strategi nak menang.

    Soal agama campak ketepi pon tak apa. Lebih pada tu pon boleh buat, nikan pulak pekara kecik gini.

    ReplyDelete
  12. Hebat org nogori siapa berani tegor nanti kena pecat kan ke malaysia ini org nogori yg kontrol mana org perak tak ada yg layak jadi tukang bodek bolehlah mana pergi calon yg diwar warkan hari itu tak kan gigit jari je kita merancang allah yg tentukan lain kali org yg cakap tu jangan takbur bawa mengucaplah aaammmiiiinnnnn

    ReplyDelete
  13. Hebat org nogori siapa berani tegor nanti kena pecat kan ke malaysia ini org nogori yg kontrol mana org perak tak ada yg layak jadi tukang bodek bolehlah mana pergi calon yg diwar warkan hari itu tak kan gigit jari je kita merancang allah yg tentukan lain kali org yg cakap tu jangan takbur bawa mengucaplah aaammmiiiinnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg mengumumnya org peghok gek

      Delete
  14. Perghhh....makin ngarut dah. Kalu letak pak cik bot tambang sg perak tu lagi logik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak korobau pun tak pa. Sebab korobau tak ada edah.

      Delete
  15. Itulah anak-anak KK tamat perkhidamatan tak hendak balik kampong ,tinggal kat Johor dan tempat-tempat lain,sekarang bagai mana entahkah rugi semua.Melepahlah kamu yoap semua putih matalah.

    ReplyDelete
  16. Teringat 30 thn yg lalu, kata2 keramat bila plhraya, 'UMNO ni letak koro (monyet) pun blh menang'. Harap2 itu mindset org melayu dulu dulu lah. Skrg harap2 berubah lah pada yang baik/Amanah.

    ReplyDelete
  17. Teringat 30 thn yg lalu, kata2 keramat bila plhraya, 'UMNO ni letak koro (monyet) pun blh menang'. Harap2 itu mindset org melayu dulu dulu lah. Skrg harap2 berubah lah pada yang baik/Amanah.

    ReplyDelete
  18. minta maaf....tapi saya tak nampak kat mana salahnya umno mencalonkan puan mastura. selagi puan mastura menjalankan hukum ugama, dan juga jikalau ianya tidak bercanggah dengan hukum pilihanraya...then, proceed ajelah jadi calon. walaupun janggal, selagi ianya tidak melanggar mana mana peraturan ugama atau kerajaan malaysia, biarlah puan mastura bertanding.

    mungkin ini adalah strategi untuk menang umno. then, sesiapa yang bertanding melawan puan mastura, buatlah strategi juga untuk kalahkan puan mastura.

    i hope puan mastura kalah dan calon pas juga kalah sekiranya pas bertanding

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana sependapat dgn ante punya pendapat. Harap umno kalah. Pas pun rebah....hihi

      Delete
  19. Ini nasihat tuang amanat kapirkan umngok atau nasihat lakinya kok semoh?

    ReplyDelete
  20. Begini punya penghinaan terhadap kesucian agama tambah2 lagi di dalam bulan yg seluruh umat islam muliakan dgn menunaikan ibadah puasa nak suruh orang sokong?
    Lainlah kalau orang yg tak ada agama.

    ReplyDelete
  21. Ini secara tersirat yang memilih ialah kak mah bukan Zahid atau suami ros.

    ReplyDelete
  22. Ini secara tersirat yang memilih ialah kak mah bukan Zahid atau suami ros.

    ReplyDelete
  23. Yang mencadangkan calon tue memang kak mah lah.. Nak bagi laluan kepada org kampung dia.. Najib kan takut kat bini.. Apa kak mah cakap, apa jib boleh buat?? hahahaha..

    ReplyDelete
  24. Letak wakil bangla pun be end kalah punya. Asalkan bukan umngok pemakan dedak. Pakat2 DOA bagi be end kalah DLM 2 prk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu alaikum yang punya room melalui internet ini,saya ibu fatma di malaysia mengucapkan terima kasih banyak sama AKI karena AKI sudah banyak membantu saya dan saya kepengeng memberitahukan kepada teman-teman semua bahwa apakah anda memerlukan TUYUL supaya anda cepat kaya kalau anda membutuhkan monggo telepon KI KONCORO di number 0823,1332,9888 karena saya sudah membuktikannya,trima kasih ya KI atas bantuan tuyulnya saya sudah jadi kaya sekarang itu semua berkat bantuan AKI.

      Dan apakah anda butuh angka TOGEL KI KONCORO mulai dari angka 2D,3D,4D,5D,6D….?

      DENGAN ANGKA GHOIB ATAU ANGKA RITUAL YANG DI BANTU DENGAN MAHLUK HALUS DAN RAJA JIN TOGEL JADI ANGKA BELIAU DI JAMIN 100% BISA MENGHANCURKAN BANDAR TOGEL.

      Angka Ghoib Singapura.
      Angka Ghoib Hongkong.
      Angka Ghoib Malaysia.
      Angka Ghoib Toto magnum.
      Angka Ghoib Laos.
      Angka Ghoib Macau.
      Angka Ghoib Sidney.
      Angka Ghoib Brunei.
      Angka Ghoib Arab saudi.
      Angka Ghoib Kudalari.
      Angka Ghoib Super Toto.
      Angka Ghoib Thailand.
      Angka Ghoib Taiwan.
      Angka Ghoib Tokyo.
      Angka Ghoib Taipei

      Apakah anda membutuhkan bantuan yang ada di bawah ini.

      1.Angka togel 2D 3D 4D 5D 6D yang bisa di jamin tembus 100% tembus.
      2.Bank Ghoib artinya uang bisa datang secara ghoib dalam jumlah besar.
      3.Anda memerlukan Pesugihan Tuyul supayah anda bisa kaya mendadak.
      4.Setress karena bertengkar sama suami atau istri anda.
      5.Guna-guna,mantera,pelet,santet
      6.Di pecat dari tempat kerja anda.
      7.Perusahaan anda bangkrut.

      Jangan kwatir saya yakin KI KONCORO bisa mengatasi semua masalah anda karena saya sudah membuktikannya jadi tiba giliran anda untuk membuktikan kalau kata-kata saya tidak bohong jadi kalau anda kepengeng bergabung dengan beliau silakan hubungi di 0823,1332,9888 atau bisa anda >>>KLIK DI SINI <<< kalau anda mau menang angka dari KI KUNCORO karena saya sudah membuktikannya,terima kasih.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...