Friday, 6 May 2016

MESEJ DARIPADA TUHAN


Semalam, 5 Mei adalah hari terakhir kebanyakan pemimpin pembangkang boleh berada di bumi Sarawak. Adenan Satem dengan keras dan angkuh menggunakan peruntukan autonomi Imigresen bagi menghalang pertandingan sama rata dan sama adil dengan seolah-olah hanya pemimpin BN saja boleh mendekati rakyat menjelang dua hari terakhir sebelum pembuangan undi.

Tetapi dengan berlakunya tragedi helikopter hilang yang melibatkan seorang timbalan menteri, seorang ahli parlimen, seorang ketua setiausaha kementerian dan tiga yang lain, semua pemimpin BN sebaliknya lebih sibuk bercakap mengenai kejadian itu di hari-hari terakhir di mana mereka sepatutnya lebih menggunakan segala usaha untuk meraih undi.

Bagi pemimpin peringkat negeri, mungkin gerak kerja kempen mereka tetap seperti biasa, tetapi bagi pemimpin Semenanjung, terutamanya Najib Razak dan Zahid Hamidi, menteri-menteri dan yang lain-lain, tumpuan tentu saja lebih kepada tragedi malang itu, tambahan pula ia melibatkan nyawa orang-orang penting dalam kerajaan.

Dengan itu, agenda mendekati pengundi di saat-saat akhir sebelum pembuangan undi secara tidak langsung telah hilang fokusnya.

Berdasarkan penemuan awal satu jasad wanita sehingga tengahari tadi dan beberapa bahagian helikopter yang bertaburan setakat ini, adalah dipercayai kesemua penumpang telah terbunuh dalam kejadian malang itu.

Melalui tragedi yang tidak disangka-sangka itu, Tuhan sebenarnya cuba menghantar mesej untuk sebuah keangkuhan dan kesombongan yang selalu menjadi amalan manusia yang berkuasa sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa saja di dunia ini.

Sama seperti pemimpin pembangkang yang dihalau dan dinafikan hak bertemu rakyat, majoriti pemimpin BN juga akhirnya sama-sama tidak dapat menjalankan kerja-kerja kempen pilihanraya di saat-saat akhir.

Lantaran  itu, bagi yang mahu berfikir, berpada-padalah menggunakan kuasa dan jangan sampai lupa bahawa Tuhan sentiasa ada memerhati kita. Tuhan pasti adil kepada kita semua.

Kepada pengundi Sarawak, fahamilah mesej Tuhan itu dalam menunaikan tanggungjawab pada 7 Mei nanti untuk sekurang-kurangnya membuang keegoan dan keangkuhan mereka yang berkuasa itu, kalau pun tidak mampu melakukan perubahan yang lebih menyeluruh.

Lebih penting daripada itu, jika pun BN menang dengan bergaya dalam pilihanraya ini, kesedihannya tetap dirasai oleh ramai orang berbanding mahu bergembira meraikannya.

Tragedi helikopter terhempas yang berlaku di Sarawak ini juga mengingatkan kepada kejadian yang sama kira-kira setahun lalu di Semenyih yang melibatkan kematian Ahli Parlimen, Jamaluddin Jarjis, seorang pegawai kanan di pejabat Perdana Menteri dan beberapa yang lain.

Dijumlahkan dengan tragedi kehilangan MH370 yang masih misteri dan MH17 yang ditembak jatuh Ukraine, bermakna dalam tempoh singkat 7 tahun pemerintahan Najib sudah berlaku empat kejadian berdarah serta menghibakan rakyat yang melibatkan kapalterbang dan helikopter.

Jika helikopter yang terhempas di Selangor itu mengorbankan seorang Ahli Parlimen iaitu Jamaluddin Jarjis, kali ini ia melibatkan dua orang iaitu Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Sungai Besar juga seorang timbalan menteri dan Wan Khairil Anuar Wan Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Kenapakah tragedi demi tragedi ini begitu kerap berlaku di zaman Najib dan tidak di era Tun Mahathir atau Pak Lah?

Apakah ia turut ada kaitan dengan keangkuhan dan keegoan terhadap kuasa yang begitu berleluasa yang dilakukan semata-mata untuk melindungi kesalahan demi kesalahan yang hakikatnya sudah pun menjadi perbualan seluruh dunia?

Sementara kita bersedih dan bersimpati dengan mangsa tragedi dan anggota keluarganya, yakinlah juga bahawa kejadian-kejadian buruk yang terlalu kerap dan tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini pasti ada mesej tertentu daripada Tuhan untuk kita semua. (SH 06/05/2016).

60 comments:

  1. Komen yg menginsafkn org yg ego fgn kuasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh insaf ker depa ni?

      Delete
    2. Hahaha.. reti insaf ke ha? Mlm ni togok arak lagi ada.. yahoo... bangun pagi besok, berkira2 lagi berapa banyak lagi nak merembat masuk poket?

      Insaf? Tuhan? Agama? Hahaha.. pada UMNO dan BN, ini sumer boleh pergi mampos la.

      Kita rakyat saja boleh dibodoh2kan dgn sebut-sebut ayat agama, nama2 tuhan ni je jadi kecut perut. Derang menteri anak beranak sumer, kalo boleh, nak lawan dan ambilalih tugas tuhan. Petunjuk ka.. mesej ka.. sumer UMNO bolayan ja..

      Delete
    3. Sabda2 Rasulullah saw yg TERBUKTI sudah berlaku pada masa ini.

      Sabda2 Rasulullah saw:-

      “Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin yang mengancam kehidupan kalian. Mereka berbicara (benjanji) kepada kalian, kemudian mereka mengingkari (janjinya). Mereka melakukan pekerjaan, lalu pekerjaan mereka itu sangat buruk. Mereka tidak senang dengan kalian hingga kalian menilai baik (memuji) keburukan mereka, dan kalian membenarkan kebohongan mereka, serta kalian memberi pada mereka hak yang mereka senangi.” (HR. Thabrani).

      Dari Abu Hurairah ra yang berkata bahwa Rasulullah bersabda:

      “Akan ada di akhir zaman para penguasa sewenang-wenang, para pembantu (pejabat pemerintah) fasik, para hakim pengkhianat, dan para ahli hukum Islam (fuqaha’) pendusta. Sehingga, siapa saja di antara kalian yang mendapati zaman itu, maka sungguh kalian jangan menjadi pemungut cukai, pegawai kanan, dan polis.” (HR. Thabrani).

      Akan datang kepada masyarakat tahun-tahun yang penuh tipuan. Pada tahun-tahun itu pembohong dipandang benar, yang benar dianggap bohong; pada tahun-tahun tersebut pengkhianat diberi amanat, sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu yang berbicara adalah ruwaibidhah.” Lalu ada sahabat bertanya, “Apakah ruwaibidhah itu?” Rasulullah menjawab, “Orang bodoh yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik.” (Dalam riwayat lain disebutkan, ruwaibidhah itu adalah “orang fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik” dan “al-umara [pemerintah] fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik”)
      (HR Ahmad, Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Bazzar).

      Siapa berkenaan yg disebut oleh Rasulullah saw ni harap sedar-sedarkanlah diri tu.
      Sape makan cili terasalah pedasnya.
      Cukup2 lah membohong, berpura2, munafik.
      Wang ringgit hanya duniawi saja.
      INSAFLAH sebelum terlambat.

      Terima kasih kpd Petunjuk Zaman Blogspot yg berkongsi pengetahuan agama dgn pembaca2 internet.
      Syukran.

      Delete
    4. Kena minta fatwa punasihat lebai musang berjanggut dulu...
      ke guaner ding???

      Delete
  2. Komen yg menginsafkn org yg ego fgn kuasanya.

    ReplyDelete
  3. Takziah kpd waris...

    ReplyDelete
  4. Yakin lah bahawa giliran bapa koruptor, pembelit, pembohong dan penyamun duit negara akan tiba jua dengan kehendak Allah. Manusia haloba dan kejam bertopeng "pemimpin no 1" ini akan terima akibat yang tidak sedikit dari maha Pencipta yang adil lagi mengasihani. Sejarah akan tercipta di Malaysia tidak lama lagi andai Allah kabulkan doa dan aduan rakyat jelata yang teraniaya oleh pemimpin yang rakus dan lupa tanggung jawab sebagai makhluk ciptaan Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mappadulung ada 15,000 tok bomoh mendukungnya lah... musyrikin!

      Delete
  5. PRK...nak tengok sejauh mana hebatnya BN.

    Salahguna kuasa menghalau pemimpin lawan..akhirnya dapat balasan.

    Allah nak tunjuk siapa lagi berkuasa.

    ReplyDelete
  6. Apa yang berlaku sebenarnya untuk orang semenanjung jangan kacau Serawak. Yg kena orang semenanjung bukan orang Serawak.

    ReplyDelete
  7. Apa yang berlaku sebenarnya untuk orang semenanjung jangan kacau Serawak. Yg kena orang semenanjung bukan orang Serawak.

    ReplyDelete
  8. Jangan lupa, sepupunya nyaris hilang nyawa melibatkan helikopter pada petang hari pru13.

    ReplyDelete
  9. setiap yang bernyawa pasti menemui mati, marilah kita sama-sama menginsafi diri tentang hakikat kehidupan di dunia ini

    ReplyDelete
  10. InnalilahiWainaialihirojiun.
    Allah menentu segalanya.

    Ada kebenaran apa yang sdra sebutkan dalam tulisa sdra kali ini. Hanya kita selalunya tidak menginsafi disebalik tragedi atau memang tak mau ambil iktibar.

    Masa untuk Najib pastinya akan sampai jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yg mahu ambik iktibar akan INSAF.
      Tapi malang bagi yg keras hati tak mau terima pengajaran yg ada.
      Lebih malang yg pikir wang ringgit, harta, pangkat dan kuasa boleh selamatkan dirinya.
      Duit berbilion tak ada makna dalam alam barzakh.
      Cash is NOT GOD.

      Dulu Khalifah Islam menangis apabila dilantik menjadi Khalifah kerana takut tak dapat laksanakan tanggungjawab sebagai yg dituntut Allah.
      Tapi akhir zaman hari ini manusia BEREBUT2, TAMAK dan menjadi JAHAT semata kerana KUASA, WANG RINGGIT dan PANGKAT.
      Sedangkan SEMUA itu akan DITINGGALKAN.

      Sedarlah kamu seorang pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas semua kawajipannya oleh MAHKAMAH ALLAH swt.
      Satu MAHKAMAH yg tak mungkin sama sekali boleh LARIKAN diri darinya.

      Delete
    2. Bagi yg masih bernyawa dan bagi mereka yg ANGKUH dan MEGAH dgn KUASANYA......menganiaya hamba Allah yg lain dgn KUASA yg dia ada......maka tunggulah anda, ALLAH akan tunjukkan kepada anda KUASA yg SEBENAR.

      Wallahualam.

      Takziah kpd mereka yg terkorban dlm nahas helikopter Sarawak, moga Allah ampunkan mereka dan tempatkan mereka di tempat yg baik di sisiNya....amin.

      Delete
  11. Dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai segala semua yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa buruk pada hari kiamat, setelah ternyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah sangkakan. (47)
    Dan sudah tentu akan nyata kepada mereka keburukan perkara-perkara yang mereka telah usahakan, dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah mengejek-ejek itu. (48)
    [surah al-Zumar]

    ReplyDelete
  12. Takziah diucapkan kepada waris mangsa semoga roh mereka ditempatkan bersama para suhada dan orang2 soleh ia juga mengingatkan kpd yg hidup mati itu pasti dan janganlah angkuh cepat2lah bertaubat dan berundurlah

    ReplyDelete
  13. Salam takziah kepada seluruh keluarga kenamaan terlibat..Allah maha besar..ittaqullah semoga kita semua dilindungiNya..

    ReplyDelete
  14. Salam takziah kepada seluruh keluarga kenamaan terlibat..Allah maha besar..ittaqullah semoga kita semua dilindungiNya..

    ReplyDelete
  15. Salam. Zaman Tun highland tower Dan jeti feri runtuh di Penang. Zaman paklah tsunami juga di Penang. Zaman apai besaq 2 kapai 2 heli...
    Maknanya apai ni memang masuk jel. Balasan Allah swt. Munafik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gempa bumi.. banjir besar luar biasa.. kena serang lahad datu.. culik2 byk.. apa lagi la lps ni

      Delete
    2. Panaih el nino ni x kira ka?

      Delete
  16. Sah dedak Noh Omar
    dan Jamal Ikan Tongkol
    akan ditambah untuk
    memastikan P93 Sungai Besar
    terus jadi milik BN/UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup Lumayan pendapatan jamal ikan tongkol kali ni

      Delete
    2. Jgn lupa, kmenangan bn majoriti yg kcik skitar 300 je di kaw almarhum/allayarhamah .kita bg ingatan skit umno/bn dgn mmenangkan pkr/pas

      Delete
  17. Takziah diucapkan kepada waris mangsa semoga roh mereka ditempatkan bersama para suhada dan orang2 soleh ia juga mengingatkan kpd yg hidup mati itu pasti dan janganlah angkuh cepat2lah bertaubat dan berundurlah

    ReplyDelete
  18. Salam dan takziah.
    Bayangkan apabila mati dalam keadaan bersubahat dengan pemimpin yang pembohong dan penipu. Lupakah kita tentang peringatan Allah swt.?

    ReplyDelete
  19. Salam dan takziah.
    Bayangkan apabila mati dalam keadaan bersubahat dengan pemimpin yang pembohong dan penipu. Lupakah kita tentang peringatan Allah swt.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diaorg lupa, dengan Tuhan 'Cash is Not a King'

      Delete
  20. Apa yang saya mushkil, apakah kuasa Adenan untuk menghalang pemimpin2 pembangkang masuk ke Sarawak? Bukankah apabila DUN Sarawak dibubarkan, Adenan sudah tiada jawatan dan kuasa sebagai Ketua Menteri! Jadi, kenapa pula perlu merayu kepada dia untuk masuk sedangkan dia hanyalah rakyat biasa sahaja yang tidak mempunyai kuasa (selagi belum menang pilihanraya dan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri)?

    Sememangnya Malaysia ini negara yang mengamalkan demokrasi terbalik! Duit rasuah boleh di fatwakan sebagai derma. Ahli politik dianggap sebagai pemilik negeri atau negara sedangkan sepatutnya mereka itu tidak lebih dari orang gaji dan orang suruhan rakyat (bukan VVIP).

    Hanya di Malaysia sahaja, demokrasi itu bukan mengikut suara majoriti tetapi mengikut kehendak pemimpin2 yang tamak serta ulamak2 yang sangat cinta kepada jawatan, pangkat dan harta. Mungkin inilah contoh nyata "demokrasi terpimpin" yang diceritakan oleh Arwah P. Ramlee dalam cerita "3 Abdul"! Penyangak dan penjahat yang pegang kuasa manakala mangsa dan yang lemah (rakyat) hanya wajib taat, tunduk dan walak sahaja macam makhluk ternakan.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah org byk cakap yg sarawak ini bapak adenan satem yg punya.. Dia masih guna undang2 rimba.. takder telur.. klau pemimpin pembangkang semua turun pun, tak mungkin sarawak jatuh ke tangan pembangkang..

      Delete
  21. Manusia merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah jualah yang terbaik..Alfatihah buat mereka yg terkorban,moga roh mereka diterima oleh Allah s.w.t.Mati itu pasti cuma kita tidak tahu cara bagaimana kita akan mati???Bergantung kepada amalan masing2 selama hidup di muka Bumi Malaysia ini.Harap ianya menjadi pedoman untuk membuka/mengetuk pintu2 hati pemimpin yang rasa hidup ingin menongkat Langit Dan Bertuhankan Nafsu.Rakyat sentiasa memohon DOA kehadrat Allah Taala agar memberi Pengajaran yg berguna kepada pemimpin yg sombong,Bongkak dan Angkuh ini,masa dan ketikanya PASTI AKAN TIBA!!!!.

    ReplyDelete
  22. Manusia merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah jualah yang terbaik..Alfatihah buat mereka yg terkorban,moga roh mereka diterima oleh Allah s.w.t.Mati itu pasti cuma kita tidak tahu cara bagaimana kita akan mati???Bergantung kepada amalan masing2 selama hidup di muka Bumi Malaysia ini.Harap ianya menjadi pedoman untuk membuka/mengetuk pintu2 hati pemimpin yang rasa hidup ingin menongkat Langit Dan Bertuhankan Nafsu.Rakyat sentiasa memohon DOA kehadrat Allah Taala agar memberi Pengajaran yg berguna kepada pemimpin yg sombong,Bongkak dan Angkuh ini,masa dan ketikanya PASTI AKAN TIBA!!!!.

    ReplyDelete
  23. Adakah nasib Najib seperti Firaun yg mati tenggelam di dasar laut merah?????? Bertaubat sebelum ajal menjelma..

    ReplyDelete
  24. Bagus Adenan.. Bagus..

    Biar si Baghal dan Si Bangang dan sekaum dengannya sedor seket... dah lama bodoh nak mampuih tak sedar.. tak belajar... tak sama semenanjung dan sarawak dan sabah.

    tak puas hati..menangis lah..

    ReplyDelete
  25. najib rosmah nazri kruak dahlan adenan aziz(tbg haji) zaid n others.
    yr time will come. awak semua menipu rakyat. awak semua tak amanah. awak curi duit negara
    the rate u guy doing. awak semua tak takut pada ALLAH.
    duit haram semua awak telan.
    saya SALUTE dua belah tgn pada awak semua. sebab awak tak takut dgn kuasa dan perintah ALLAH..
    semua rakyat malaysia memaki hamun kamu semua setiap haribdan setiap saat.
    SEDAR DIRI KAMU SEMUA.
    ambil iktibar kemalangan heli yg berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa merepek2 ni..macam bagus sangat..bla la kau..

      Delete
    2. lancau lu 19:37..lu apa tau. itu org 17:56 ada cakap butul.
      lu ingat najib sama dia punya org ada bagus ka..
      lu bodoh la...mata ada buta ka baba punya org

      Delete
  26. Kita mintak Najib dan Adenan sedarlah dengan apa yg berlaku. Keangkuhan mereka ni semua yg buat negara ditimpa macam2 malapetaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan kita orang Sarawak kata bahwa pemerintahannya Adenan jauh lebih saksama dari CM dulu. Akan tetapi orang Sarawak memang sedar sangat terhadap kejelekan tindak-tanduk Najib cash-is-king.

      Delete
  27. Kemungkinan sekiranya pilihan raya diadakan ditempat yang kosong maka ini satu ujian pada orang Melayu sama ada mereka sedar atau tidak apa yang telah berlaku semasa pemerintahan Najib,tunggu dan lihat apa tindakan pengundi akan ambil.

    ReplyDelete
  28. Budin, sy admire komen u. Ayat tersusun, nyata dan telus. Tiada kompromi dan slambe

    ReplyDelete
  29. mesej dari Tuhan yang tak mudah bagi manusia biasa terjemahkan kepada manusia di muka bumi.. kejadian yang berlaku memberi ikthibar kepada kita semua agar saling sayang menyayangi dan hentikan sifat fitnah-memfitnah antara satu sama lain.. walaupun kita berbeza, namun hakikatnya kita adalah sama di mata Tuhan.. Salam takziah kepada keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  30. Ngarut blog ni..hormat sikit keluarga mangsa kemalangan..mungkin famili kau org tak terlibat..nak dipolitikkan fikir2lah dulu..maka yg seronok komen2 yang tak beradap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu ngarut nape dok baca dn komen di sini..g cari blog aji adi ke atau blog aji harun din ke.
      Ini blog politik..da ttu ianya berkisar politik

      Delete
    2. Anon 19.42 jangan dok buang masa kat sini. Sini hanya untuk orang yang boleh berfikir. Kau baik pi layan mykmu atau tv3

      Delete
    3. 19.42 apa yg tak beradab??
      Baca dan paham betul2 maksud blogger dalam artikel di atas.
      Jangan sikap taksub kau mengatasi minda LOGIK kau.
      Dalam artikel ni ada PANDANGAN, PERINGATAN dan PENGAJARAN yg logik yg boleh diterima AKAL.
      Tak ada apa pun yg menghina mangsa yg terkorban dalam nahas heli tu.
      Kau pahamkan ISI ARTIKEL dan cara PENGOLAHAN BAHASA blogger ni betul2 dan tafsirkan dgn AKAL bukan dgn EMOSI.
      Ada paham??

      Delete
    4. 1942 ni ularmakk instant klu blog ni ngarut kmu memang goblok.takda sapa kutuk korban tpi memperingatkam geng lanun alloh yg maha kuasa dan maha adil memberikan tun mahathir kepada kita.

      Delete
  31. Ikan bakar n ahli tinju setuju dgn apa yg Tok Nan buat..jgn bagi masuk swak

    ReplyDelete
  32. Ikan hangus....

    ReplyDelete
  33. Penguasa negara lupa bahawa alloh berkuasa untu segalanya.wlupun berlaku segala mcm penipuan wang rakyat malaysia masih bersabar bkn seperti negara2 lain dgn segala mcm rusuhan dan demonstrasi mereka tau kerajaan dari langit pasti balas semua kejahatan ini cepat atau lambat tpi pasti.

    ReplyDelete
  34. Tanya si Najib, apa cerita dengan kotak hitam yang dia ambil daripada tangan pejuang militan Ukraine dengan cara memberi wang derma yang banyak kepada militan itu?

    ReplyDelete
  35. Insaf? Taubat? Perrrrghhh jauh ikan panggang dari bara

    ReplyDelete
  36. Askum... tuan tuan
    jom jual produk terpakai atau baru di jual2u.com

    terima kasih

    ReplyDelete
  37. Najib dan kuncu-kuncunya adalah se jenis species yang tak makan saman dan jenis tak reti ambil iktibar.......!!!! Hukum karma

    ReplyDelete
  38. AWAS !!
    Budak Budak Dilarang Masuk !!
    >>> KLIK HERE !! <<<

    ReplyDelete
  39. sukar sangatkah menjadi pemimpin yang adil?..apa hati 2 kita perlu di bedah di buang yg hitam2
    baik jadi anutan
    jahat jgn jadi ikutan

    ReplyDelete
  40. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...