Thursday, 19 May 2016

PAS, JIKA MENANG DI SUNGAI BESAR & KUALA KANGSAR LEBIH MENJADI ANCAMAN KEPADA PAKATAN HARAPAN


Pembangkang utama dalam negara sekarang ialah Pakatan Harapan yang mempunyai tiga parti yang meliputi semua kaum iaitu PKR, DAP dan Amanah manakala Pas adalah pembangkang yang bersendirian sejak meninggalkan Pakatan Rakyat dan hanya baru-baru ini saja menubuhkan blok ketiga bersama sebiah parti kecil iaitu Ikatan.

Selain itu, Pakatan Harapan juga adalah gabungan tunggal yang berhasrat untuk menjadi kerajaan alternatif kepada BN sedangkan Pas hanya mahu menjadi penasihat semata-mata.

Lantaran itu, sekiranya ada pilihanraya kecil di mana-mana, Pakatan Harapan semestinya lebih layak meletakkan calon untuk berlawan dengan BN berbanding Pas.

Lebih-lebih lagi dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar di mana pengundi bukan Melayu adalah 33 peratus dan 31 peratus, kesesuaian itu tentu saja lebih kepada Pakatan Harapan.

Sebagai pembangkang yang kedua, Pas boleh memilih sama ada untuk sama-sama bertanding dan membiarkan berlaku pertandingan tiga penjuru atau berunding dengan Pakatan Harapan untuk menjadikan satu lawan satu.

Jika mereka benar-benar ingin bersama dengan pembangkang menumbangkan BN dan menjadikan pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai mesej penolakan terhadap Najib, Pas seharusnya lebih sedia berlembut dan bertolak ansur dengan Pakatan Harapan.

Alasan bahawa Sungai Besar dan Kuala Kangsar kawasan tradisi yang ditandingi Pas sejak merdeka tidak boleh diterima sama sekali kerana ia adalah "kawasan tradisi kalah, bukannya tradisi menang", 

Kawasan tradisi menang mungkin boleh ditolak-ansur untuk orang lain tidak kacau daun, tetapi kawasan tradisi kalah, tolak ansur untuk pihak lain mencuba sepatutnya lebih terbuka.

Dengan itu, tentu saja tidak masuk akal apabila Pas pula yang meminta Pakatan Harapan agar jangan kacau daun dan membiarkan saja mereka bertanding di kedua-dua kawasan itu.

Bukankah yang menjadi pembangkang utama serta benar-benar ingin mengalahkan BN dan menjadi alternatif kepada kerajaan ialah Pakatan Harapan?

Walaupun pimpinan Pas seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad dan Iskandar Abd Samad sebagai contoh, terlihat agak senada dengan Pakatan Harapan, tetapi Hadi Awang, Dr Haron Din dan Nasharuddin Tantawi jelas begitu merendah diri dan seakan-akan lebih menerima Najib.

Sudah pasti, di sebalik ada pimpinan Pas yang kekal dengan iltizam menumbangkan UMNO dan BN, kedudukan Hadi Awang sebagai Presiden dan Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am, jauh lebih dominan dalam menguasai dan menentukan hala tuju parti itu.

Pas juga tidak pernah secara khusus mengatakan mereka akan bersama-sama dengan Pakatan Harapan mendepani BN dalam pilihanraya akan datang. Di sebalik bertahalul siyasi dengan PKR di Selangor, Pas juga amat memusuhi DAP dan Amanah.

Matlamat Pas lebih ingin bertanding bersendirian dalam pilihanraya umum akan datang, malah dalam video yang pernah tersebar tidak lama dulu, Tuan Ibrahim Tun Man mengatakan Pas akan "bernilai tinggi" dalam bersendirian ini dan akan menjadi rebutan selepas keputusan PRU 14 memandangkan sama ada BN atau Pakatan, kedua-dua dilihat tidak mampu memenangi jumlah kerusi yang betul-betul kukuh untuk membentuk kerajaan.

Maknanya apa?

Maknanya tidak lain ialah bahawa Pas boleh bekerjasama dengan sesiapa saja, asalkan parti mana lebih kuat atau yang mampu memberi tawaran lebih baik.

Tidakkah ini sebenarnya merbahaya kepada kedudukan Pakatan Harapan?

Oleh itu, meskipun pertandingan satu lawan satu adalah terbaik untuk menumbangkan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pakatan Harapan juga harus sentiasa berwaspada tentang matlamat dan kiblat sebenar Pas sekarang ini dan semenjak Hadi Awang pandai bersedondon merah jambu dengan Najib.

Kebulatan tekad Pas untuk terus bertanding tanpa kompromi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sama sekali tidak membantu mengukuhkan barisan pembangkang untuk berlawan dengan BN, malah sekiranya mereka menang di salah satu atau kedua-dua kerusi itu, ia adalah ancaman sebenar kepada perjalanan Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN dan menawan Putrajaya dalam pilihanraya akan datang.

Dalam keadaan tradisi kalah pun susah diajak berunding, setelah menang nanti bukan saja segala-galanya bertambah sukar, malah tidak mustahil "warna merah jambu akan lebih menyerlah kemerah-merahannya". (SH 19/05/2016).

86 comments:

  1. Umno itu majikan. Pas itu penasihat. Masuk akal ke penasihat nak berlawan dgn tauke dia??

    Lg pula pas bukan nak menang pun!! Pas kata tk serang umno/bn dlm prk ni. Maknanya apa??

    Nak lawan bn tapi serang dap dan amanah!! Kan bangang tur!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg PAS nak bagi BN menang..

      Delete
    2. Hadi Awang tu kapir. Tu lah nk baik sgt dgn umno. Duit bro....apa2 saje jadi asal duit

      Delete
    3. Kalau marah macam mana pun pada seorang yang mengucap dua kalimah syahadat, jangan sampai hukum dia kafir. Ada tak Hadi Awang melakukan sesuatu yang menjadikan dia ' riddah ' dan boleh dihukum kafir ?. Kalau tak ada, cakap tu baik2....takut terkena diri sendiri !

      Delete
    4. Anon 12.46 tu cybertrooper yg dibayar supaya pembangkang bercakaran sesama sendiri...awas hati2...

      Delete
    5. Hadi Awang mengkafirkan orang Islam lain Boleh pulak ya. Sekarang ni dia Tak Boleh pula dikafirkan. Dia tuduh orang lain kafir sekarang orang lain tuduh dia kafir. So kena la batang hidung sendiri

      Delete
    6. Pas bukan pembangkang,
      Pas adalah punasihat umno/BN.

      Jadi x payahlah masuk prn k.kangsar n sg. Besar. Pru14 pun x payah masok, menghabiskan duit derma je.

      Delete
    7. Entahnye... suke2 je jatuh hukum KAFIR kat org.baik sedare tarik balik atau mintak maaf. Tak pasal2 kang benda yg ditulis kat sini ditanggung sampai hari akhirat..

      Delete
    8. Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.

      Delete
    9. Bukankah dulu PAS mengkafirkan umno hingga tak sah kalau solat diimamkan org umno??

      Bencinya PAS kpd umni hingga buat solat hajat berjemaah KO UMNO/BN. Dah lupa ke?? Sekarang apa dah jadi??

      Kenapa dulu PAS tak sokong umno?? Tapi kenapa sekarang PAS sokong umno sedangkan umno bergelumang dengan skandal juta/bilion yg menjadi tumpuan satu dunia?

      Delete
    10. Bukankah dulu PAS mengkafirkan umno hingga tak sah kalau solat diimamkan org umno??

      Bencinya PAS kpd umno hingga buat solat hajat berjemaah K.O UMNO/BN. Dah lupa ke?? Sekarang apa dah jadi??

      Kenapa dulu PAS tak sokong umno?? Tapi kenapa sekarang PAS sokong umno sedangkan umno bergelumang dengan skandal juta/bilion yg menjadi tumpuan satu dunia?

      Delete
    11. 1639, AHLI PAS DAN PEMIMPINNYA adalah SUPER-HUMAN dan ULTRA-NABI.

      Mereka mencaci orang mendapat pahala jihad berganda2. Kita x boleh kata apa pada derang, sbb Allah akan ikut arahan mereka. Lu x takut ka? Jgn cakap apa2.

      Delete
    12. 1) tengok dasar Pas hukum tertinggi Al-Quran & Sunnah, menentang Pas bererti menentang Al-Quran & Sunnah yg merupakan Rukun Iman, Rukun Iman tak sempurna bermakna murtad/kafir

      2) walaupun Umno bergelumang dgn banyak skandal rasuah kenapa Pas berbaik dengan Umno? Umno majoriti ahlinya Melayu-Islam. DAP majoriti ahlinya bukan Islam/kafir. antara UMNO dgn DAP , Pas patut berbaik dgn siapa?

      mungkin ini bukan jawapan yg tepat sekadar pandangan.

      Delete
  2. Dah semakin mengarut. Kami rakyat yang akan menanggung beban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sokong parti yang menyokong atau menghalalkan merembat dan melesapkan duit rakyat.

      Delete
  3. Kalo undi PAS lebih tinggi dari calon Pakatan Harapan dan kalah kepada UMNO. PAS akan bangga,besar kepala, lebih angkuh, bongkak dan penyakit hati laen. PRU 14 biarlah jelas kepada rakyat untuk memilih sesiapa yg layak jd khadam rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak cari yang ikhlas jadi khadam rakyat. Yang ramai ialah penyamun rakyat. Yang jadi bapak penyamun pon ada.

      Delete
  4. Assalamualaikum,,

    Akibat terdidik oleh pendidikan barat jadilah manusia yang membelakangkan suruhan ugama, menolak panduan yang disampaikan oleh Baginda Nabi dan manusia yang mengagung agungkan semua carahidup yang datang dari barat aka dari yahudi dan nasaran, itulah tipikal Zaid Ibrahim yang pernah menyaman kerajaan PAS Terengganu kerana Hudud.


    Hari ini dalam kritikannya kepada Mahathir, dia meyifatkan PAS sebagai sebuah parti yang menyokong perkahwinan kanak kanak sebagai tanda jelas Zaid Ibrahim adalah penyokong kepada pemitnah Baginda Nabi.Inilah satu pendapat yang jelas datang dari golongan yahudi dan nasaran yang menuduh Nabi mengawini kanak kanak bawah umur dengan membawa undang undang mereka yang menyatakan umur di bawah 18 tahun itu dianggap kanak kanak.Inilah undang undang yang mereka gunakan untuk menfitnah Baginda Nabi dan inilah juga undang undang yang dirujuk oleh Zaid ketika menuduh PAS parti yang menyokong perkahwinan kanak kanak.Zaid namanya saja Islam tetapi ikutannya yahudi dan nasaran.

    Itu kesimpulan yang boleh diambil apabila membaca pendirian Zaid mengenai PAS.Pada Zaid mungkin itulah cara PAS berjuang untuk menyokong perkahwinan kanak kanak tetapi Zaid jelas tidak faham bahawa cara dia mengambil pembahagian kanak kanak itu adalah cara yahudi dan nasaran.

    Dan Zaid bermati matian mempertahankan cara yahudi dan nasaran ini seolah olah hanya itulah cara yang betul sedangkan Zaid ialah orang Islam, Ugama yang ada carahidup yang lengkap.Undang undang kanak kanak yahudi dan nasaran dibuat semata mata nak menfitnah Baginda Nabi dan amat malang ada di kalangan orang Islam yang turut percaya dengannya seperti Zaid.

    Umumnya apa yang Zaid kata tentang PAS ialah sebuah parti yang ingin menghidupkan carahidup Islam yang tidak disetujui oleh Zaid kerana Zaid lebih percaya carahidup yahudi dan nasaran itu lebih betul.Malang bagi Zaid kerana tidak sedar apa yang dikehendakinya itu bukanlah sepatutnya dikehendaki oleh seorang Islam, seorang Islam yang sepatutnya faham benar bahawa bukan umur yang menentukan pembahagian antara kanak kanak dan dewasa tetapi had akil baligh yang menentukan perkiraan dosa pahala seseorang itu dan sekaligus memberikan kelayakan seseorang untuk berkahwin atau tidak.Begitu juga dengan Hudud, Hudud itu dari ALLAH, Hudud itu perintah ALLAH yang menjadi kewajiban setiap muslim menyokongnya.Itu yang PAS sedang lakukan maka sewajarnya setiap mukmin menyokongnya.

    Itu yang Zaid tidak faham, betapa dangkalnya Zaid pada ketika dia perasan dirinya cerdik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lari tajuk oi,....karangan panjang, ada isi, bernas....tapi orang cerita lain dia cerita lain

      Delete
    2. Saya membaca darisudut akademik. Pendapat anon 942 ini membawa mesej yg baik tanpa menggunakan bahasa biasa. Jika diolah secara kasar biasa melayu akan dikutuk sebagai bodoh bangang tidak berakal tinggi longgar bangsa dan jauh dari agama. Itu antara tersirat dlm penyampaiannya. Saya menghargai jasa tulisan tuan dan minta izin utk gunakan antara bait tulisan ini sebagai rujukan akademik.

      Delete
  5. Bekas pengerusi Bersih Datuk S Ambiga menolak tanggapan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mengatakan pembangkang hilang pertimbangan apabila sanggup menyokong PAS dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk menewaskan BN.


    Ambiga berkata sokongan tersebut demi memastikan pertembungan satu lawan satu bagi menewaskan BN.

    “Bagi saya tidak penting parti mana yang bertanding, walaupun secara tradisinya PAS yang meletakkan calonnya di dua kerusi itu.




    “Sesiapa saja yang bertanding, sama ada PAS, PKR atau parti mana sekalipun, ia haruslah satu lawan satu. Itu saja yang kami tekankan,” katanya ketika ditemui dalam satu acara di sini semalam.

    Zaid dalam satu tulisan di blognya semalam turut menyifatkan sokongan ditunjukkan tokoh pembangkang seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Ambiga kepada PAS sebagai ‘bodoh’ dan ‘sia-sia’.

    Beliau berkata, tokoh pembangkang ini terlalu dikuasai rasa kebencian terhadap BN, sehingga sanggup menyokong PAS yang disifatkannya sebagai “tidak lebih baik daripada BN”.

    Ambiga berkata ia taktik untuk mengalahkan BN, bukan memenangkan PAS.

    “Kedua-duanya berbeza, fahamkannya,” kata peguam itu.

    ReplyDelete
  6. Surat kritikan pedas oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terdedah kepada umum semalam dipercayai bersangkut-paut dengan persengketaan dalam PKR sendiri, kara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.


    Bagaimanapun, beliau yang dilihat kuat menyokong gerakan 'Selamatkan Malaysia' pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan muncul 'warkah dari penjara' itu.

    "Saya tidak tahu apa yang telah berlaku. Mungkin ekoran perbalahan antara puak Azmin Ali (Menteri Besar Selangor) dengan Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR).

    "Saya tidak mampu untuk menolong anda," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

    Zaid turut mengelak untuk mengulas lanjut mengenai hal itu.

    Dalam surat dengan lapan halaman itu, Anwar mengejutkan banyak pihak dengan kritikan terbuka terhadap Mahathir dan Deklarasi Rakyat selain menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan dalam politik Malaysia.

    Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar.

    Antara inti pati amanat Anwar itu ialah terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Tun Daim melalui Deklarasi Rakyat sehingga menggugat perjuangan parti itu.

    Mahathir juga disifatkan sebagai pemimpin zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan sambil memetik memetik ungkapan oleh penyair Inggeris terkenal, William Shakespeare : “ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota”.

    Hari ini, beberapa pemimpin telah memberikan maklum balas mengenai kesan surat tersebut.

    Antaranya, Wan Azizah sendiri atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan yang sekadar mengatakan surat itu bukan untuk tatapan umum.

    “Ia hal dalaman, hal dalaman,” jelas Kak Wan ketika diminta menjelaskan kesahihan surat tersebut.

    Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula menyifatkan nukilan Anwar itu sebagai peringatan pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat adalah tepat pada masanya.

    Ia meletakkan kembali konteks asal dan rangka kerja bagi sebarang kerjasama lanjut hendak diteruskan dan tidak ada jalan pintas dalam mengalahkan BN dan supaya tidak tersasar dari agenda reformasi, kata Rafizi kepada Malaysiakini.

    DAP pula menegaskan untuk terus bekerjasama dengan Mahathir kerana menyifatkan keprihatinan yang ditunjukkan Anwar itu adalah perkara biasa.

    "Ia adalah reaksi yang biasa. Selain Anwar, masih ramai di luar sana yang sangsi dengan Mahathir. Sama seperti mereka meragui ketika Anwar menyertai pembangkang banyak tahun yang lalu.

    "Kebimbangan beliau itu ada rasionalnya seperti kami jua. Kami juga takut dipergunakan (oleh Mahathir demi agenda peribadi)," kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

    ReplyDelete
  7. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang tidak mampu menang di mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan.

    Perkara itu dinyatakan beliau selepas mengambil kira kegagalan pembangkang bersatu dalam pakatan dan buktinya ketara ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, yang mana PKR hanya memperoleh tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala DAP pula tujuh kerusi.
    Mengulas lanjut, beliau berkata, perpecahan pembangkang itu akhirnya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memenangi pilihan raya.

    "Pembangkang tidak boleh memang jika mereka berpecah-belah, tindakan mereka berpecah semasa sendiri menyebabkan mereka kalah di Sarawak.

    "Jadi, pembangkang akan selamanya kalah, BN pula akan menang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Dewan Centennial Sultan Abdul Halim di Kolej Sultan Abdul Hamid, dekat sini, pagi tadi. Majlis itu disempurnakan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

    Yang turut berangkat ialah Tunku Puan Temenggong Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff; Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.

    ReplyDelete
  8. Sokong pembangkang menang....
    Najib kalah....

    ReplyDelete
  9. Pada penulis,Amanah sudah pun ukur baju dibadan sendiri. Kalau tidak mana mungkin presidennya Muhammad sabu bertegas untuk meletakkan calonnya di parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.
    Ukur baju badan sendiri itu bukan untuk menang dalam pilihanraya kecil di kedua dua parlimen yang akan diadakan pada 18 Jun ini.Akan tetapi untuk mengkhianati Pas dan tolong mempertahankan kerusi milik umno.



    Bukan setakat itu sahaja, malah Muhammad Sabu berkata partinya bersedia berdepan dengan mana-mana parti, konon. kecuali PKR dan DAP.

    bermakna, parti Amanah restu dan redha PKR dan DAP masuk bertanding PRK tersebut.

    Ini menunjukkan realistiknya minta Amanah ukur baju di badan sendiri yang dimaksudkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.Lebih lebih parti Amanah sudah kena KO dalam PRN Sarawak.

    Pada hemat penulis peringatan yang dibuat oleh Presiden Pas itu suatu sinis yang membuat Muhammad Sabu tidak ada ubah pendirianya untuk masuk bertanding jugak pada PRK tersebut.

    Presiden Amanah bukan setakat tidak mempendulikan dengan peringatan yang diberi oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, malah menjadi cabaran untuk uji sokongan pengundi di Semanjung setelah dapat ujian KO dalam PRN di Sarawak baru baru ini.

    Yang penting baginya Amanah masuk bertanding agar Pas kalah lagi dalam PRK di kedua dua parlimen tersebut.

    Kalau Amanah tidak masuk bertanding di kedua dua kerusi parlimen itu, bagaimana hendak mengukur kemampuan partinya yang setahun jagung ini untuk berhadepan dengan PRU 14 nanti.

    Oleh itu, inilah masanya untuk menguji pengaruh dan sokongan parti yang di terajui Mohammad Sabu di parlimen Kuala kangsar dan Sungai besar.

    Sebab itu, awal awal lagi Muhammad Sabu, isytihar yang partinya akan meletakkan calon di kedua dua parlimen tersebut.

    peringatan kepada parti Amanah yang mahu meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar mengukur baju di badan sendiri tidak diperdulikan miskipun dah kena KO di Sarawak.

    Yang menjadi perhitungan parti amanah yang diterajui Muhammad Sabu, bahawa Pas mesti di KO kan dan umno dapat mempertahankan di kedua dua kerusi parlimen tersebut.Tidak lebih daripada itu.

    Haji Subky Latif, penyokong tegar Datuk Husam Musa meramalkan pas kalah di kedua dua parlimen itu nanti dan akan menang semula selepas ini.

    Itulah matlamat Amanah disamping dapat mengukur pengaruh parti yang baru setahun jagung itu sebagai persediaan untuk menghadapi PRU 14 nanti.

    Sehubungan dengan itu. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menegaskan pertembungan antara blok pembangkang dalam kedua-dua PRK tersebut hanya akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang.

    ReplyDelete
  10. Dimana2 PRU, PRN dan PRK PAS tetap melawan Umno@ Bn kerana PAS berhajat menumbang Kezaliman Kerajaan Umno@Bn serta menegakkan Keadilan.

    Tapi dimana2 PAS bertanding di situlah Pan @ AMANAH berkampung.. Kerana Pan adalah penyambung nyawa Umno@Bn.. Maka Pan sememangnya sebenar2 Penghianat Kepada Rakyat Malaysia dan perjuangan Gerakan Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm....macai PAS Chai lagih...yang halau Pan@AMANAH keluar dari PAS sape??? tuang presideng mabuk pil kuda kan??? yang label ahli parti sendiri sape?? tuang presideng mabuk pil kuda kan??? Jebon...Anwarinas....serigala...anjing...barua...sape yang labelkan??? tuang presideng kan?? akhlak apa macam tuh?? mengaku parti islam....perangai mengalahkan orang kafir...lebih baik guna parti kafir semalaysia....akhlak tak macam orang islam...lebih baik orang kafir....akhlak lagi elok dari orang yang mengaku parti islam...tepuk dada tanya iman...kuang kuang kuang....pedasssss...sape makan cili dia terasa pedas....kelantan pun belum tentu boleh kekal....

      Delete
    2. TGHA kata pas bertanding bukan untuk menang....nak jadi penasihat saja. TGHA munafik, dlm pru13, janji tak letak calon di 5 kawasan....tiba2 dia bagi watikah suruh bertanding

      Delete
    3. Setuju salah satu ciri munafik ada pada TGH, berjanji tapi di mungkiri
      TAPI pasal pandai belit dgn alasan berbau agama, walaun pun bertakbir,
      Pening orangramai kecuali si pentaksub melayu si malaysia tak kira siapa pun pemimpin nya dari kalangan ada kuasa, wang dan skg sudah sudah pakai ugama supaya tak boleh menyanggah

      Delete
  11. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu mendakwa cadangan mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri dipersetujui kepimpinan parti dan terkandung dalam ikrar DAP sebelum pilihan raya umum 2008.

    eh semasa mendedahkan salinan ikrar dalam bahasa Cina itu kepada pemberita, berkata bagaimanapun tempoh yang disebut dalam ikrar berkenaan adalah selama tiga penggal.
    "Dalam ikrar itu menyebut jika DAP membentuk kerajaan di Pulau Pinang tempoh jawatan ketua menteri harus dihadkan kepada tiga penggal sahaja bagi mengelakkan salah guna kuasa," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang di sini hari ini.

    Katanya, beliau berpegang kepada ikrar itu dan berpandangan pelaksanaan had tempoh jawatan ketua menteri wajar dipertimbangkan kerana ia memang sudah sedia ada dalam ikrar DAP.

    Minggu lepas, usul mengehadkan jawatan ketua menteri kepada hanya dua penggal yang dibawa Teh pada sidang DUN ditolak atas alasan terdapat masalah teknikal.

    Ini merupakan kali kedua Teh cuba membawa usul yang sama, selepas kali pertama pada persidangan Dun November 2015.

    Sementara itu Setiausaha Organisasi DAP negeri Wong Hon Wai ketika mengulas dakwaan itu berkata salinan yang ada pada Teh itu hanyalah draf semata-mata.

    "Ia (mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri) tidak diluluskan kepimpinan DAP selepas mendapat pandangan pelbagai pihak termasuk peguam.

    "Teh tidak hadir pada hari ikrar tersebut dibaca pada 6 Mac 2008 di Esplanade (Padang Kota) dan tiada klausa dalam ikrar itu menyebut tentang penggal (khidmat ketua menteri)," katanya.

    Wong turut menyifatkan Teh membuat tuduhan itu semata-mata untuk meraih publisiti terhadap isu berkenaan. - Bernama

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduss....
      tersalah bas pulak...

      Delete
  12. Masalah 2 pilihanraya kecil di antara pembangkang:

    1. Kedua-dua kerusi Sg Besar dan Kuala Kangsar adalah kerusi tradisi yang ditandingi PAS sejak 1959, dan kerana itu, PAS tidak mungkin dapat mengundurkan diri.



    2. PAN merasakan mereka adalah pengganti PAS di dalam Pakatan Harapan, dan oleh itu, mereka turut ingin bertanding untuk ‘test market’ dan terus dilihat sebagai pengganti PAS.



    3. PKR, terutamanya Menteri Besar Selangor, tidak mahu berasa serba-salah siapakah yang harus disokong di Sg Besar sekiranya berlaku tiga penjuru, di mana dua pembangkang bertanding melawan BN yang bakal mengundang kekalahan.


    Cadangan penyelesaian:


    Selangor adalah kerajaan milik pembangkang. Sg Besar yang terletak di dalam Selangor sewajarnya dilihat sebagai medan pertempuran antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan pusat yang diterajui BN.


    Oleh itu, calon yang diturunkan di Sg Besar mestilah calon yang dapat dilihat sebagai mewakili kerajaan Selangor. Memandangkan kerusi itu sentiasa ditandingi PAS selama ini, maka pembangkang wajib memilih salah seorang Adun PAS daripada kerajaan Selangor untuk mewakili pembangkang bertandign di Sg Besar.


    Semua pihak wajar menghormati keputusan ini kerana wakil PAS yang dipilih bukan sahaja mewakili PAS, tapi juga kerajaan negeri Selangor secara keseluruhannya. Sesiapa yang menyokong kerajaan Selangor perlu menyokong keputusan ini. Biarlah ini ditentukan melalui rundingan antara Menteri Besar Selangor dan PAS.


    Dengan ini, PKR dan Menteri Besar Selangor tidak perlu pening kepala kerana tidak berlaku tiga penjuru di Sungai Besar – dan boleh menyokong sepenuh hati calon PAS yang mewakili kerajaan Selangor.


    Situasi di Kuala Kangsar pula berbeza. Pembangkang tidak berkuasa di negeri ini. PAN boleh bertanding tiga penjuru di sini melawan PAS dan BN, bagi memenuhi keperluan mereka untuk ‘test market’ dan menunjukkan bahawa mereka ada kemampuan menggantikan PAS di dalam Pakatan Harapan.


    Cadangan penyelesaian ini mampu menyelesaikan masalah (1), (2) dan (3) seperti yang disebut di atas.


    Halangan:


    Namun begitu, ego, keangkuhan dan juga misi tersorok puak tertentu yang lebih mementingkan agenda peribadi dan dendam akan menjadi penghalang terbesar kepada cadangan ini.


    Rumusan:


    Daripada kedua-duanya menyaksikan pertandingan 3 penjuru, lebih elok mengambil jalan tengah ini di mana hanya Kuala Kangsar akan berlaku pertandingan 3 penjuru manakala Sg Besar yang berada di negeri kekuasaan pembangkang sekadar pertandingan 2 penjuru – antara kerajaan Selangor yang diwakili seorang Adun PAS dan kerajaan pusat BN.


    Sekadar cadangan syok sendiri. Nak buang boleh saja. Nak terima tak perlu bayar. Kalau tersinggung, tiada ganti rugi.

    Oleh
    Timmy Say

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. buat apa pun, sumer nak polok kat PAS jugak. Ulamak apa sampai buncit perut2 makan gaji duit rakyat?

      Dulu duduk dlm PR elok2, cari pasal nak keluar. Lps ni, mana2 komponen PH, x payah bertanding lagi.

      Biar 222 kerusi PRU, hanya PAS TOLOL yg lawan BN. Mcm celaka punya parti. Tidak jujur.. memalukan Islam sahaja.

      Delete
    2. Ingatkan Umno saja parti celaka.
      Rupa-rupanya Pas pun celaka juga.

      Delete
  13. PAS termakan pujuk Umno dan dr zakir..
    Matlamat pas dapat kerusi jika bersama umno..tapi itu tipu muslihat umno untuk terus kekal
    PAS tetap rugi sebab pengundi sokong bn juga

    HARAPAN lebih dominan..PKR.DAP.AMANAH
    jentera yang kukuh...strategi bijaksana
    Pasti dapat tumbangkan BN

    ReplyDelete
  14. ISU..gst je..semua benda kena cukai
    Rm50 sekarang =rm10 dulu. Mane pegi rm40? Gst la

    Negara dapat duit. Rakyat dapat sengsara...berbaloikah otang kampung dapat BRIM?

    ReplyDelete
  15. Kerajaan kutip duit?. Rakyat kutip sampah

    ReplyDelete
  16. Ramalan saya.. Akan ada 3 penjuru.. Bn (parti yg wajib bertanding).. Pas (sbb depa nak juga bertanding).. Ramalan saya parti amanah selaku parti ketiga.. Pendapat saya..kalu undi pas tak ubah apa2 sbb pas tak minat memerintah hanya setakat jadi penasihat sahaja.. Bn pula kita sedia maklum dgn barisan kepimpinan yg teruk.. Amanah adalah harapan yg realistik.. Tapi kena tgk sapa yg bertanding.. (dap tak minat.. Pkr pula masih mejaga hati dan berharap pas kembali).. Bn akn teruskan kempen cara tabur janji.. Pas dgn cara beragamanya.. Saya cadangkan amanah kempen la dgn cara selesaikan masalah rakyat kawasan itu... Bawak deklarasi rakyat.. Inilah masanya kalu amanah nak tunjuk yg mereka adalah boleh diharap.. Biar pkr dgn anuar yg tak suka deklarasi rakyat.. Amanah kena jadi juara dlm ni..anwar (pkr) tak suka deklarasi rakyat takpa (walauapa pun alasannya).. Tapi rakyat suka.. Dap sertai deklarasi adalah kerana takmau dilihat parti cuvanis.. Tapi adalah patut diberi pujian kerana tahu masalah rakyat.. Deklarasi rakyat adalah isihati rakyat. Bukan denyut nadi rakyat.. Mungkin tak sempurna.. Tapi hanya dgn jatuh najib baru bn kan lemah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makin berubah keadaan skrg
      rakyat mahu yb yg dpt selesai masalah rakyat
      bukan pas yg dok jaja agama
      bukan bn yg korup
      bukan juga dap yg chauvinis
      amanah perlu pamerkan jatidiri
      biar ramyat mnilai berbaloikah anda bpisah dgn pas

      Delete
  17. Boleh najib tunjuk bukti atas kertas dokumen..rm2.6 billion
    1mdb
    Src
    Altantulya
    Ghani patail
    Muhiydin
    Mukhriz

    ReplyDelete
  18. PAS cuma ancaman pada DAP, bukan pembangkang..Sokong PAS bermakna sokong pembangkang

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAH..., sokong pas=sokong umno/bn. Pas nak jadi penasihat saja, pas tak kan tembak umno, pas sedondon dgn umno, hadi tak berani sumpah tak terima dedak najib......Fikirkan

      Delete
  19. BN dan PH sedar 3 penjuru BN akan menang..sebab itu LGE kata DAP akan sokong pembangkang..bukan Amanah. TDM juga senada ttg calon PRK

    ReplyDelete
  20. PAS masih komponen pakatan di selangor..Amanah boleh uji populariti di Kuala Kangsar..

    ReplyDelete
  21. Budin,
    Dulu maksud saya tahun lepas setelah isu 1MDB terborai keluar dengan bermacam skandal penyelewengan yang dilakukan najib muncul,ramai rakan rakan dan kenalan yang biasa menjadi penyokong BN terutama golongan atas pagar bertekat tidak akan mengundi BN pada PRU akan datang,mereka ini ramai yang telah bertekad untuk memilih PAS konon faktor tidak bersama DAP.

    Kemudian setelah sekian lama ,sentimen untuk mengundi PAS sekarang sudah jadi berbelah bagi apabila melihat tindak tanduk presiden PAS serta kenyataan pemimpin pemimpin mereka yang mengelirukan.Saudara budin sebenarnya ini lah masalah dengan PAS sejak sekian lama.Nak buat macam mana asal parti ini pun ikut sejarah adalah dari serpihan umno akibat ketidak puasan hati sesetengah golongan agama tak diberi jawatan oleh Tengku , kemudian parti ini pun ditubuh atas muslihat penjajah untuk melemahkan umno sebagai altenatif tapi sejak 55 tahun dulu PAS tak pernah mendapat tempat dihati rakyat untuk mereka memerintah jangan salahkan rakyat tapi saya rasa Allah swt dah mengtakdirkan begitu jadi reda saja la.

    Kalau kita pergi keseluruh negara islam kita dapati cuma dimalaysia saja perti politk duniawi yang mengunakan nama parti mereka islam ,dinegara arab walaupun mereka ini berbahasa arab tapi tak ada kita lihat parti parti politk mereka nak melacurkan nama islam kerana nak dapat habuan dunia melalui politik walaupun parti itu mempunyai dan membawa fahaman perjuangan syariat islam ini termasuklah jiran kita indonesia ,kerana mereka diluar negara sana tahu akan besar dosanya menguna label kesucian islam yang hendak dikotorkan dengan politik dunia , tapi hanya dimalaysia saja parti ini mengunakan nama islam kononnya mereka saja pandai agama islam dan terlalu alim dalam islam tapi bergelumang dengan politik kotor dunia contoh klasik bersedondon dengan perasuah no 1 negera dan mahu jadi penasihat pula.Nama parti ini sebenarnya disokong dan diluluskan sendiri oleh British untuk kelabukan orang melayu (Cuba cari sejarah penubuhan PAS oleh Tuan HJ Fuad yang kemudian diberi gula gula dedak oleh British untuk dilantik jadi yang dipertua majlis perbandaran pulau pinang)

    Saya perbendapat saudara budin sekiranya beginilah tindak tanduk PAS seperti kata saudara yang akhir akhir ini menunjukkan tindak tanduk muslihat yang kurang jelas saya rasa lebih baik lagi parti DAP kerana mereka terang terang tonjolkan diri melalui perjuangan yang mereka gariskan cukup jelas dan terpulang pada rakyat sama ada mahu menerima atau menolak ,tapi pas dari dulu sehingga sekarang asyik sandiwara dan muslihat tapi konon nya golongan agamawan dalam pada itu nak jadi juga macam "Political Animal"yang bergelumang dangan muslihat politik yang penuh dengan kemunafikan ,sudah lah PAS insaf la ,hentikan la lagak alim kalau nak bermain politik takut nanti orang melayu naik muak dan kamu akan pupus bila generasi baru mula faham benar apa bezanya antara Islam dan Parti Islam Semalaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak daripada tahun 80an lagi kaum pemimpinan PAS telah menyebarkan akidah ibn Taymiyyah dan bin Abdul Wahhab...mereka berpolitik untuk menegakkan Islamic State yang mirip dengan pentadbiran negara Saudi-Wahhabi. Nasib baik untuk ibu pertiwi kita, dengan kudrat Ilahi musibah terrorisme yang sudah hancurkan tamaddun negera2 diTimor Tengah, tidak dapat memperdayakan masyarakat Malaysia...

      Delete
    2. Roslan, awak betul.
      Sebenarnya ramai yang berazam untuk beralih arah menyokong pas setelah meninggalkan umno. Penyingkiran anwarinas dalam pas adalah langkah tepat dalam mengukuhkan hala tuju pas. MALANGNYA, harapan untuk beralih arah itu hancur lebur bila hadi dayus sebagai pemimpin. Hadi kecewa bila tertubuhnya amanah dan atas sebab itu hadi terus hilang keyakinan diri. Pas jadi lintang pukang. Satu dunia tahu yang najib korup, dan hampir seluruh rakyat malaysia memekik telolong meminta najib undur, boleh pula hadi "bersaudara" dengan najib. Apa yang ada dalam otak hadi pun tak tahu. Sepatutnya hadi kena bersama rakyat, bersama tun, menolak dan memberi tekanan pada najib untuk undur. Baru lah pas jadi juara dalam pembangkang. Ramai yang akan sokong pas biar pun pas bersendirian.
      Dalam keadaan pas sekarang, kena fikir semula dan tangguh dulu niat untuk undi calon pas.

      Delete
  22. Budin,
    Dulu maksud saya tahun lepas setelah isu 1MDB terborai keluar dengan bermacam skandal penyelewengan yang dilakukan najib muncul,ramai rakan rakan dan kenalan yang biasa menjadi penyokong BN terutama golongan atas pagar bertekat tidak akan mengundi BN pada PRU akan datang,mereka ini ramai yang telah bertekad untuk memilih PAS konon faktor tidak bersama DAP.

    Kemudian setelah sekian lama ,sentimen untuk mengundi PAS sekarang sudah jadi berbelah bagi apabila melihat tindak tanduk presiden PAS serta kenyataan pemimpin pemimpin mereka yang mengelirukan.Saudara budin sebenarnya ini lah masalah dengan PAS sejak sekian lama.Nak buat macam mana asal parti ini pun ikut sejarah adalah dari serpihan umno akibat ketidak puasan hati sesetengah golongan agama tak diberi jawatan oleh Tengku , kemudian parti ini pun ditubuh atas muslihat penjajah untuk melemahkan umno sebagai altenatif tapi sejak 55 tahun dulu PAS tak pernah mendapat tempat dihati rakyat untuk mereka memerintah jangan salahkan rakyat tapi saya rasa Allah swt dah mengtakdirkan begitu jadi reda saja la.

    Kalau kita pergi keseluruh negara islam kita dapati cuma dimalaysia saja perti politk duniawi yang mengunakan nama parti mereka islam ,dinegara arab walaupun mereka ini berbahasa arab tapi tak ada kita lihat parti parti politk mereka nak melacurkan nama islam kerana nak dapat habuan dunia melalui politik walaupun parti itu mempunyai dan membawa fahaman perjuangan syariat islam ini termasuklah jiran kita indonesia ,kerana mereka diluar negara sana tahu akan besar dosanya menguna label kesucian islam yang hendak dikotorkan dengan politik dunia , tapi hanya dimalaysia saja parti ini mengunakan nama islam kononnya mereka saja pandai agama islam dan terlalu alim dalam islam tapi bergelumang dengan politik kotor dunia contoh klasik bersedondon dengan perasuah no 1 negera dan mahu jadi penasihat pula.Nama parti ini sebenarnya disokong dan diluluskan sendiri oleh British untuk kelabukan orang melayu (Cuba cari sejarah penubuhan PAS oleh Tuan HJ Fuad yang kemudian diberi gula gula dedak oleh British untuk dilantik jadi yang dipertua majlis perbandaran pulau pinang)

    Saya perbendapat saudara budin sekiranya beginilah tindak tanduk PAS seperti kata saudara yang akhir akhir ini menunjukkan tindak tanduk muslihat yang kurang jelas saya rasa lebih baik lagi parti DAP kerana mereka terang terang tonjolkan diri melalui perjuangan yang mereka gariskan cukup jelas dan terpulang pada rakyat sama ada mahu menerima atau menolak ,tapi pas dari dulu sehingga sekarang asyik sandiwara dan muslihat tapi konon nya golongan agamawan dalam pada itu nak jadi juga macam "Political Animal"yang bergelumang dangan muslihat politik yang penuh dengan kemunafikan ,sudah lah PAS insaf la ,hentikan la lagak alim kalau nak bermain politik takut nanti orang melayu naik muak dan kamu akan pupus bila generasi baru mula faham benar apa bezanya antara Islam dan Parti Islam Semalaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. parti pas patut tukar nama.
      parti islam semalaysia
      kepada parti sundal semalaysia.
      sesuai dengan hadi yang jadi
      penasihat (bapak ayam) bn/umno.
      aku berani kata, dap lebih
      bermaruah dibandingkan pas.

      Delete
    2. sokong...memang DAP lagi bermaruah...nama jer parti islam...akhlak mengalahkan bukan islam...

      Labelkan orang Jebon...anwarinas....barua...komunisme...serigala dan bermacam lagi gelaran...tak patut jadi naib presiden ularmak...akhlak mengalahkan bukan islam...

      Delete
  23. Jangan biarkan Pas lawan Bn/Umno
    di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
    Pan mesti masuk biar jadi tiga penjuru.
    Kalah pun tak mengapa, lawan tetap lawan.
    Kerana Pas proxy (barua) Umno.
    Mat Sabu hendaklah kempen kaw-kaw.
    Nak lihat juga berapa undi Pas dapat.
    Inilah akibatnya jika pembangkang tak bersatu.
    Terutama Pas yang khianat dan laknat.
    Menyusahkan rakyat saja.

    ReplyDelete
  24. Salam semua.

    Melayu memang hebat politiknya. Menang sorak kampung tergadai lumrah politik melayu. Kalau sesuatu perkara menekan mereka sepantas kilat menyalahkan bangsa lain. Melayu tak pernah silap dan sentiasa menangkan diri untuk memiliki segala keinginan. Islam itu diempunya melayu sehingga mualaf pun dikira masuk melayu.

    Melayu oh melayu.
    UMNO juga Melayu
    PAS juga Melayu
    PKR juga Melayu
    Amanah juga Melayu

    Aku juga Melayu... yang hilang kepercayaan
    UMNO yang korup
    PAS yang taksub
    PKR yang sempit
    Amanah...adakah benar benar amanah?

    Wahai bangsaku melayu...sampai bilakah kita berpecah belah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu dulu UMNO nmpk jgk cerdik... tp sjk termkn dedak haram ni dh jd bodoh mengalahkan PAS yg sjk dr dulu tk prnh cerdik cerdik... nk harapkn parti yg lain mmg dah sah bangang... tk taw la lg di mana org melayu boleh bergantung harap... mgkn akan hanyut di bumi sendiri... ya Allah... jauhi la kami dari pemimpin2 melayu yg membangsatkan bangsa sendiri...

      Delete
    2. Bayangkan .....PAS tak ada....semua masalah selesai.

      Delete
  25. Assalam semua. Bangsa Melayu mudah lupa,mudah disogok oleh habuan dunia(Harta&Pangkat), bangsa yg penuh hasad-dengki,fitnah sesama sendiri,adu domba,bangsa yg berpegang dengan sentimen kenegerian (pahamam asobiyah) itulah Kenyataannyan (sama ada dari UMNO/PKR,PAS perangai lebih kurang sama),ada yg sanggup mengkhianati sahabat/kawan asal Hajat tercapai,sanggup berbunuhan demi untuk kuasa,pangkat & Harta.Bangsa melayu akan berubah jika Agama ISLAM di amalkan dalam kehidupan berkeluarga, masyarakat seterusnya Negara,hanya Penerapan Islam menyeluruh yg dapat mengubah nasib Bangsa Melayu menjadi bangsa yg berwibawa.Selagi dalam diri mereka (pemimpin)tiada rasa takut dengan Ancaman ALLAH tentang hari pembalasan(Azab Neraka),jangan mimpilah Melayu akan jadi bangsa yg dihormati dan disegani?Sekarang Allah menguji bangsa Melayu( yg beragama Islam) dengan berbagai-bagai Kes yang berlaku (dalam Negara), dari sebesar-besar Kes sampailah sekecil-kecil kes, Allah suruh bangsa Melayu berfikir? Kerosakan yg berlaku di Malaysia ini disebabkan tangan-tangan kamu (manusia) itu sendiri."Allah telah memberi peringatan "Apabila Amanah (kepimpinan)di beri kepada mereka yang bukan ahli" tunggulah saat-saat kehancuran pasti akan tiba".kita tunggu PRU akan datang adakah bangsa Melayu (dari Pas,Umno,) boleh berubah? Atau Allah akan Menggantikan bangsa yg lain untuk mentadbir Malaysia? Rakyat bawahan (khususnya bangsa melayu) bertambah pelik dengan sikap Parti Islam (PAS)yg terus bermusuh dengan saudàra islam sendiri tetapi dlm masa yg sama menyokong PM Najib yg terang-terangan melakukan pengkhianatan ke atas Negara Malaysia& Rakyat.Apalagi yg rakyat harapkan dari mereka (PAS/Pkr,Umno)ini semua? Nawaitu mereka jadi pemimpin hanyalah SATU berebut Kuasa&Pangkat, kumpul seberapa banyak harta selagi belum MATI.Rakyat Malaysia pada mereka hanyalah pelepas lelah ketika mereka tercungap & kelemasan sahaja.

    ReplyDelete
  26. DSAI bermusuh dgn TDM ..kita tahu
    Mat Sabu berselisih dgn Hj Hadi..kita maklum
    Rakyat membenci siapa..adakah politikus memahami?
    Adakah agenda peribadi lebih penting dari rakyat? Dahulukan aspirasi rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annuar ada agenda tersendiri... Hajat nak jd pm tak pernah padam...sebab itu tdm nak Najib turun n bukan umno tidak disenangi annuar...

      Delete
  27. AYUH KITA UJI PH DENGAN AMANAH CALUN DI KEDUA PRK
    LIHAT BAGAIMANA PILIHAN RAKYAT

    ReplyDelete
  28. Amanah hanya dapat sokongan majoriti pengundi cina sub dan urban..PRK kwsn luarbandar..yg pasti klau 3 penjuru.pembangkang memang pilih untuk BN menang

    ReplyDelete
  29. PAN mesti masuk bertanding...test market...

    ReplyDelete
  30. PAN mesti masuk bertanding...test market...

    ReplyDelete
  31. Sebelum mana2 parti nak lawan bn di Kuala Kangsar dan Sg Besar cuba ambil sedikit masa untuk menghayati senikata lagu Ayam Den Lapeh terlebih dahulu.

    Ada pengajarannya di situ.
    Jgn sampai berakhir dgn kata2 ...
    "Pagar Ruyung Jo Batu Sangkar
    Tampek mandaki dek urang baso
    Duduk tamanung tiok sabanta
    Ai takana juo
    Oo ooi ayam den lapeh."


    ReplyDelete
  32. Sebelum mana2 parti nak lawan bn di Kuala Kangsar dan Sg Besar cuba ambil sedikit masa untuk menghayati senikata lagu Ayam Den Lapeh terlebih dahulu.

    Ada pengajarannya di situ.
    Jgn sampai berakhir dgn kata2 ...
    "Pagar Ruyung Jo Batu Sangkar
    Tampek mandaki dek urang baso
    Duduk tamanung tiok sabanta
    Ai takana juo
    Oo ooi ayam den lapeh."


    ReplyDelete
  33. Satu je kita kena pegang, Pakatan Harapan wajib bertanding sb kl Pas lwn BN, mlm sebelum pilihanraya, dedak bertaburan, SAH BN menang tanpa bertanding

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah kena dedak kangkang alamat akan jadi serupa najid lah

      Delete
  34. aik agent dah mula cucok paling layak

    ReplyDelete
  35. Klu pun Pas bertanding dia bukan saja kalah tetapi undi yg akan dapat pun akan turun cina dah tentu tak akan pangkah maka janganlah bermimpi disiang hari tambah pula mereka hanya penasihat umno dan bn jadi janganlah berangan2

    ReplyDelete
  36. Nama saja pakatan pembangkang tapi tak pernah berpakat pun.

    Yang jadi mangsa adalah rakyat.

    Nak tumbangkan najib sorang pun dah jadi terlampau susah sangat. Berbalah tak habis2 sesama sendiri. Semua nak bertanding sedangkan masa semakin suntuk.

    Susah sangat ker YB YB Tuan Tuan Presiden nak capai satu persetujuan?
    Susah sgt ker? Jangan kamu semua nampak bodoh sgt di mata rakyat.

    ReplyDelete
  37. Bayangkan yg dingin, jika hadi tak ada mungkin Pas lebih cool bdg dgn jika beliau masih di tampuk lagi,

    ReplyDelete
  38. Skrang adalah masa yg tepat untuk menghantar mesej yg rakyat bersedia untuk menolak bn. Ttpi jika berlaku 3 penjuru dan bn menang...pembangkang mesti terima hakikat yg mrk belum layak mentadbir malaysia...prn swak sbg contoh..

    ReplyDelete
  39. Pru13 dun kota damansara bn menang krn 3 penjuru pkr(psm) pas dan bn..maseh nak test market lagi ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramalan nujum akulah, parti-parti
      pembangkang semuanya akan hancur lebur.
      Bn/Umno akan jadi kerajaan sampai kiamat.
      Dalam Pru14 Bn/Umno akan sapu semua kerusi.
      Rakyat dah meluat terutamanya Pas celaka.

      Delete
    2. Akibatnya.
      Kerana pertelingkahan antara
      parti-parti pembangkang.
      Simpati aku terhadap Anwar
      kini sudah jauh berkurangan.
      Kenapa, ya?

      Delete
  40. Klu pun Pas bertanding dia bukan saja kalah tetapi undi yg akan dapat pun akan turun cina dah tentu tak akan pangkah maka janganlah bermimpi disiang hari tambah pula mereka hanya penasihat umno dan bn jadi janganlah berangan2

    ReplyDelete
  41. jangan harap la pas pkr amanah dap nak menang
    amno tak yah susah hati menang punya
    pas dah jadi khadam amno
    orang pas ucap 2 kalimah syahadah orang amno pun ucap sama
    cukupkah hanya denagn ucap tapi tak beramal denagn apa yang diucap
    setakat ucap tapi tak yakin pun denagn apa yang Allah perintahkan apa he
    jangan tipu diri sendiri nanti rugi

    ReplyDelete
  42. Tolak Pas dah tak relevant lagi lah....!!!

    ReplyDelete
  43. Parti yg ada aqidah Islam...ialah PAS..yg lain semua mengarut..dan serabut..

    ReplyDelete
  44. Che li dah masuk surga pas ker?

    ReplyDelete
  45. Pening2 dgn perangai Pas sekarang yg diterajui hj hadi, ke hulu dan ke hilir tak tahu apa diperjuangkan dlm negara yg mempunyai berbagai bangsa dan agama nak kata berdakwah pada bukan Islam pun tidak sebalik memusuhi Dap, dengan masyarakat Islam pun sendiri pun mencerca , membebel, dgn gelaran tak masuk akal bagi seorang bertaraf ulama

    ReplyDelete
  46. Aku lihat setiap komen,em seorang pun tak leh pakai.kalau nak jadi penyelidik apa yang perlu di tinggalkan adalah rasa simpati kepada mana-mana parti,samada yang disokong mahu pun tidak,,percayalah akan ada jawapan sekurang2nya 50%.

    Kekuatan BN di dua PRK adalah terletak kepada perpecahan pembangkang ,jika pembangkang bertembung sesama pembangkang atau digelar tiga penjuru,bermakna undi pembangkang berpecah dan undi BN sebaliknya.

    Dalam situasi Sungai besar,walaupun itu kerusi tradisi PAS,namun begitu ia patut digelar tradisi kekalahan PAS sejak 1959.

    Sepatutnya pembangkang berpakat dan melihat parti mana yang layak bertanding setelah PAS yang kalah sejak 1959 di kawasan itu.

    Bagi PAS,mungkin akan mengalah jika Pakatan Rakyat masih Wujud apa lagi rekodnya di kawasan sungai besar tidak pernah dapat memetik hasil.

    Setelah Harapan Baharu yang ada didalamnya DAP,Pas dilihat kurang berminat apa lagi Amanah yang lahir dari benih Pas juga bersama.

    Situasi pembangkang sukar untuk diperbetulkan,berikutan semua parti bertanding diatas tiket masing-masing,ini bermakna satu bendera satu tiang dengan warna berlainan.

    Setiap parti yang layak bertanding dalam pilihan raya ada tujuan bukan sahaja melalui dasar perjuangan,malah dasar berteraskan cita-cita juga berbeza walaupun matlamatnya sama iaitu untuk menumbangkan BN.

    PAS berhak bertanding di atas tiket nya,dan begitu juga PAN,DAP,PKR,jika rundingan untuk bertanding satu lawan satu tidak menjadi kenyataan.apa kata kesemua parti pembangkang turut mencalonkan calon masing-masing kalau dah tak boleh tundukKAN ego masing-masing.

    Dengan keadaan semasa Umno-BN yang penuh isu hangat,kenapa masih takut dengan parti itu,kata juru kempen yang benci BN,rakyat akar umbi bersama dan menyokong jatuhkan Najib.

    Kalau Najib jatuh,ERTINYA BN tidak apa-apa,tetapi jika BN tumbang bukan sahaja Najib yang hilang jawatan PM,malah kerajaan juga turut berubah.

    Hari ini pembangkang turut terpengaruh dengan kempen jatuhkan NAJIB bukanya bersungguh-sungguh kempen tumbangkan BN.

    Jatukan Najib dengan kempen tumbangkan BN adalah satu perbezaan seperti langit dan bumi jauhnya.

    Matlamat tumbangkan BN sepatutnya di utamakan bukanya berhabisan modal dengan kempen sia-sia tumbangkan Najib.

    Kalau BN tak tumbang selepas keputusan PRU 14,makanya Najib lagilah PM negara ini.

    Tidak terpikirkah pembangkang,kempen turunkan Najib hanya matlamat orang-orang yang ada agenda sendiri,kerana dia sendiri tidak mahu BN tumbang,

    Pembangkang mahu tumbangkan BN,dan apabila BN tumbang bukan sahaja Najib yang jatuh malah yang lain juga turut terguling.

    Tapi hari ini pembangkang lupa matlamat untuk tumbangkan BN apabila dipergunakan oleh orang lain untuk jatuhkan Najib bukanya tumbangkan BN.

    Nak jatuhkan Najib dan nak tumbangkan BN macam mana kalau siang malam asyik bertekak sama sendiri. selamat berfikir,yang mana elok ambil dan fikir dan yang tak elok boleh buang ke longkang

    ReplyDelete
  47. Tun M kata atas pentas PAN masa kempen di PRK, saya hanya benci Najib, bukan UMNO. So, mmg terkena kali ke-2 la PH kali ni. Nnt bila Najib umum pengganti. Tun M tinggalkan mereka. Yg paling sungguh2 nk kaut keuntungan Tun M ni adalah parti DAP. Guan Eng sokong TPPA xpa plak ye? sampai NZ blh follow. Jd, itu bukan belut, tapi jd pengikut seketika. Beringat! ada golongan bila ada saja keuntungan dipihak mereka, sesiapa pun dia ikut walaupun pakatan mereka menentang. Itu dedak yg Guan Eng ambik. Blh plak kita diam ya? Kesian sungguh parti majoriti Melayu, mudah sgt kna tipu.

    ReplyDelete
  48. nasib seorang nelayan...

    ReplyDelete
  49. nasib seorang nelayan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...