Thursday, 12 May 2016

KENAPA SAMPAI JADI BEGINI? NAJIB, ZAHID ATAU IGP JANGAN BERLENGAH BERI PENJELASAN


Jika dakwaan ini benar, ia sudah tentu sesuatu yang memalukan dan tidak sewajarnya berlaku kerana Tengku Mahkota Johor adalah pewaris Raja dan bakal menjadi Sultan Johor suatu ketika nanti.

Untuk apa baginda dipantau oleh polis cawangan khas dan telefonnya dicuri dengar?

Tidakkah sepatutnya pemantauan seperti itu hanya dilakukan kepada mereka yang merbahaya dan merupakan ancaman kepada negara?

Dalam hal ini,  apakah seorang Tengku Mahkota dan bakal Sultan Johor boleh diterima akal sebagai ancaman kepada negara atau kepada sesiapa yang berkuasa?

Benarkah juga, sepertimana dakwaan Tengku Mahkota Johor, ayahanda baginda yang merupakan Sultan Johor turut sama dipantau oleh polis cawangan khas?

Meskipun sehingga ini, semunya masih boleh dianggap dakwaan semata-mata oleh Tengku Mahkota Johor, tetapi sudah tentu baginda tidak membuat dakwaan sebegitu jika maklumat yang diperolehinya tidak benar-benar asli atau kurang meyakinkan.

Oleh itu, adalah penting bagi pihak kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Najib Razak, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar untuk segera memberi jawapan dan penjelasan kepada dakwaan yang dibangkitan oleh Tengku Mahkota Johor ini.

Penjelasan bukan saja penting tentang keperluan pemantauan itu dilakukan, bahkan juga mengenai siapa dan daripada mana datangnya arahan tersebut.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dilengah-lengahkan atau didiamkan begitu saja kerana ia telah pun menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan rakyat, bukan saja bagi bangsa Johor, malah rakyat Malaysia seluruhnya. (SH 12/05/2016).

45 comments:

  1. Malaysia negara polis ala rejim nazi?kerabat yg lantang mengkritik cuba disenyapkan melalui scare taktik.jgn sampai rakyat bangkit nahas geng najib.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya sultan dan raja melayu mula menyanggah kepimpinan Najib.

    ReplyDelete
  3. Saya tidak menyokong Najib, tapi jangan lupa apa yang TDM sudah lakukan dizaman beliau!

    Inilah kesudahannya, ibarat lontar batu sembunyi tangan!

    Mahukah TDM buat pengakuan tentang perbuatannya yang kini makan diri.

    Nampaknya orang Melayu sudah hilang maruah diri. Apapun baik-buruk semua tolak tepi...janji perut kenyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tdm lakukan sebab sultan johor masa itu telah memukul rakyat. tapi najib telah salah guna kuasa

      Delete
    2. 10:02 jangan lupa sejarah..adik adam mati kena pukul dgn kayu golf..anak sultan johor pukul pemain hoki dan sultan johor pukul referee hoki. anda sudah lupa semua ini

      Delete
    3. Saya tak lupa...TDM buat lebih dari itu...kes Salleh Abas macam mana pulak?

      Delete
    4. Anon 1100
      TDM bunuh Salleh Abas ke ? Dia kena pukul ke ?

      Delete
    5. Sedara...kenapalah bengap dengan kenyataan.

      Ini bukan soal bunuh ke terajang orang...ini hal memperlekehkan sistem!

      Delete
    6. 12:18 uraikan apa Yg tun memperlekehkan Sistem? Tolong jelaskan

      Delete
    7. Sistem tidak diperlekehkan. Tun Salleh Abbas bukan dipecat oleh Tun M. Tun Salleh Abbas telah melalui sistem keadilan di mahkamah. Dia dihakimi oleh hakim hakim yang lantik oleh Yg dipertuan agung dan di dapati salah. Yang tidak menghormati sistem ialah Tun Salleh Abbas sendiri.

      Delete
    8. 10:02 org yg bodoh. tak faham apa yg belaku d depan hidung nye..ini seorang melayu yg sedar diri

      Delete
    9. Najib jadi penyamun terhormat kerana TDM

      Delete
    10. Itulah FANATIKUN NAJIBUN. Tak ada apa dalam kepalanya kecuali nak selamatkan Najib dari sumpah seranah.

      Delete
    11. MEMANG BETUL TDM DAH BUAT TERLALU BANYAK KESALAHAN, TAPI SEPATUTNYA NAJIB KENA BETUL KAN SEMULA SETIAP KESALAHAN YANG TDM LAKUKAN, BUKANNYA TERUSKAN DAN BUAT KESALAHAN YANG SAMA ATAU YANG LEBIH TERUK DARI APA YANG TDM BUAT.

      Delete
  4. najib berasa dia raja sbb dia pegang banyak cash cash is king.. para badigol akan sokong dia selagi ada upah..

    ReplyDelete
  5. Kalau betul polis sudah melampau.

    ReplyDelete
  6. Habis...ade SB ade pantau telefon Rosmah kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...huuuaa...huuuahhh..Abrmjhid...hangpa buat lawak betoi laaa....Rosmah taik besak yg mengendap tel Khalid Kodek ada...haa..haaahh...haa

      Delete
  7. Ini gurindam Raja Ali Haji fasal yang kedua belas:

    "Raja muafakat dengan menteri,
    seperti kebun berpagarkan duri.
    Betul hati kepada raja,
    tanda jadi sebarang kerja.
    Hukum adil atas rakyat,
    tanda raja beroleh inayat.
    Kasihan orang yang berilmu,
    tanda rahmat atas dirimu.
    Hormat akan orang yang pandai,
    tanda mengenal kasa dan cindai.
    Ingatkan dirinya mati,
    itulah asal berbuat bakti.
    Akhirat itu terlalu nyata,
    kepada hati yang tidak buta."
    ---------

    Duniawi terlebih di cintai
    Wang dan harta di sembahi
    Itu bukan dalil perwira
    Tapi pak lawan terlupa diri

    ReplyDelete
  8. Anon 10.02,
    Ayat "Saya tidak menyokong Najib, tapi jangan lupa apa yang TDM sudah lakukan dizaman beliau!"...macam biasa dengar aje ya.
    Malu nak ngaku Geng Najib ke sedara ?.
    Yang pegi kona sampai balik kat orang yang umur lebih 90 tahun tu tak ke nampak sangat macam mengungkit. Dah kalau betul Najib tu lebih baik dari apa yang TDM pernah buat, kenapa pegi pantau itu pantau ini..abihkan TMJ pun kena.
    Dan kalau Najib tu lebih baik dari TDM, cuba baca komen Prof Univ.Nanyang semalam pasal 1MDB kesayangan Najib tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa punya pemikiran...apa mesti ada udang sebalik batu ke bila orang cakap ni dan itu?

      Terima hakikat ini semua TDM punya angkara sampai orang UMNO semua tidak tahu halal/haram lagi. Wang adalah segalanya....TDM dah terdesak..anak-anak nya semua dalam 'bahaya' sebab apa yang dirancang nampak gaya akan hancur-lebur.

      Ini demokrasi kan. Suka hati gua siapa mahu kutuk dan siapa tidak.

      Delete
    2. jgn layan mangkok haram jadah tu. biar kan dia seorang diri. buang masa aja. org ni srpatutnya kena pergi cium puki rosmah

      Delete

    3. Terlalu dangkal akal 14.38 ni.

      Agaknya budak hingusan lagi.

      Atau pun tak cukup dedak.


      Delete
    4. TDM sudah terkutuk pun. Dia tu dalam ketagori pemimpin yg zalim
      Nanti Pengagum TDM akan balas kau tuhan ke?
      Kih kih kih

      Delete
  9. perkara ini harus diteliti dengan baik kerana melibatkan sensitiviti keselamatan negara..mengapa harus mempersalahkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri walhal mereka hanya menjalankan tugas mereka untuk kepentingan rakyat.. Apa yang paling penting adalah seseorang tidak bersalah sebelum disabitkan salah dan merupakan suatu dosa besar apabila sesuatu tuduhan dilemparkan tanpa mengemukakan bukti yang kukuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen terbaik bro 14.02. Kihkihkihkih. Berapa guni dedak dah dapat???.

      Delete
  10. Semua nak pantau termasuk sultan johor
    dan anak seperti didakwa tmj.patutlah
    sultan johor dan wakil tak pergi persidang
    an raja raja di seremban.

    ReplyDelete
  11. Nsjib semakin takut kepada johor
    !!!!!!!!!!!!!!
    Johor tadbir malaysia pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...takut bank of Johor kot.

      Delete
  12. Jangan buat maca ni pada raja. Tanpa raja tiada lagi tonggak bangsa kita.
    http//:usryabdullah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...bangsa bangsa bersatu kan ada.

      Delete
    2. Tonggak bangsa? Melayu tak boleh berdiri sendiri ke, terpaksa bertonggak? Kan Rajasegaran, Rajamaniam Rajamanickam ada!

      Delete
  13. Sikap tamak DAP Sarawak yang meletakkan calon melebihi keupayaan sebenar parti merupakan punca tujuh calon DAP kalah dengan kehilangan wang deposit.


    Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011, DAP negeri mengamalkan dasar yang lebih realistik iaitu meletakkan calon 15 calon di kerusi yang dijangka boleh menang parti itu.

    Daripada 15 DUN yang ditandingi DAP, parti itu memilih 13 DUN kawasan majoriti pengundi Cina dan dua DUN yang pengundi Cina mempunyai 30 peratus iaitu Simanggang (Iban) dan Bukit Kota (Melayu).

    Pada PRN 2011, DAP memenangi 12 DUN di kawasan majoriti pengundi Cina iaitu Padungan (Wong King Wei), Pending (Violet Yong Wui Wui), Kota Sentosa (Chong Chieng Jen), Meradong (Ting Tze Fui), Bukit Assek (Wong Ho Leng), Kidurong (Chiew Chiu Sing), Batu Kawa (Christina Chiew Wang See), Repok (Wong Hua Seh), Dudong (Yap Hoi Liong), Pelawan (Wong Kee Woan), Piasau (Ling Sie Kiong) dan Pujut (Fong Pau Teck-kemudian dipecat parti).

    Namun, DAP turut tewas di satu lagi kawasan majoriti pengundi Cina iaitu DUN Bawang Assan apabila calonnya, Alice Lau Kiong Yeng tewas kepada calon BN, Dato’ Sri Wong Soon Koh dengan majoriti 1,808 undi.

    Begitu juga percubaan DAP meletakkan calon di kawasan bukan majoriti pengundi Cina menemui kegagalan.

    Calon DAP, Leon Jimat Donald tewas kepada Datuk Francis Harden Hollis di DUN Simanggang dengan majoriti 2,447 undi.

    Begitu juga calon DAP, Leong Kwang Yew tewas kepada Dr Abdul Rahman Ismail di DUN Bukit Kota dengan majoriti 5,061 undi.

    Walaupun DAP tewas tiga calon daripada 15 calon pada PRN itu, namun tiada seorang pun yang kehilangan wang deposit.

    Tidak mengambil pengajaran PRN 2011, DAP Sarawak meletakkan calon lebih ramai di kawasan bukan majoriti pengundi Cina pada PRN 2016.

    Daripada 31 calon yang diletakkan parti itu, 16 calon diletakkan di kawasan pengundi majoriti bukan Cina dan 15 calon diletakkan di kawasan majoriti pengundi Cina.

    15 calon yang yang diletakkan di kawasan majoriti pengundi Cina adalah; Wong King Wei (Padungan), Violet Yong Wui Wui (Pending), Chong Chieng Jen (Kota Sentosa), Abdul Aziz Isa (Batu Kitang), Christina Chew Wang See (Batu Kawah), Yong Siew Wei(Repok), Ting Tze Fui (Meradong), Irene Mary Chang Oi Ling (Bukit Assek), Yap Hoi Liong (Dudong), Chiew Sung Ngie (Bawang Assan), Wong Kee Woan (Pelawan), Chien Chiu Sing (Tanjong Batu), Alan Ling Sie Kien (Piasau), Ting Tiong Choon (Pujut) dan Dr Bob Baru Langub (Senadin)

    Manakala 16 calon yang diletakkan di kawasan majoriti pengundi bukan Cina adalah; Mordi ak Bimol (Tasik Biru), Leslie Ting Xiang Zhi (Stakan), Sanjan Daik (Mambong), Andrew Nyabe (Kedup), Edward ak Andrew Luwak @Edward Luwak (Bukit Semuja), Leon Jimat Donald (Simanggang), Rinda Juliza ak Alexander (Pakan), Richard ak Lias (Ngemah), Frankie Bedindang Manjah (Pelagus), Paren ak Nyawi (Katibas), Larry Asap (Bukit Goram), Agop Linsong (Baleh), Mathew Silek (Murum), Leighton ak Manjah (Kemena), Baba ak Emperan (Samalaju) dan Paul Anyie Raja (Mulu).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo ase xboleh dan ade sedikit tamak..DAP bertanding 2 dan PKR 3..kat cun kalo mcm tu...sape Dr Xavier nie.....

      Delete
    2. ...tapi dap tak kata nak buat kejutan. Kesian. Kalau parti yang baru hilang deposit boleh faham lagi, parti penasihat pun hilang deposit, teramat kesian. Tak gitu.

      Delete
  14. Assalamualaikum,,,

    Kupasan yang menarik, hujah yang munasabah untuk memperkatakan tentang kenapa PAS perlu membentuk semula kerjasama dengan DAP dan PKR dalam membentuk barisan pembangkang kepada BN seperti di zaman PR.Umumnya, hujah yang kuat diberikan ialah kerana pembangkang perlu bersatu untuk menewaskan Umno/BN.


    Tak ada hujah lain selain kemenangan yang diingini dan ianya dikuatkan lagi dengan hujah bahawa BN sekarang tidak boleh diselamatkan lagi sebab kejahatnya berlapis lapis sehingga sukar dimaafkan.Inilah pujukan yang sedang dialunkan oleh kumpulan orang yang inginkan PAS berbaik semula dengan DAP dan PKR sekaligus mahu PAS menerima Amanah sebagai rakan pembangkangnya.Kumpulan orang ini kelihatan diketuai oleh MP PAS sendiri yang beria ia sangat mahukan PR dibentuk semula.

    Hujahnya tetap sama, mahu menewaskan BN, tak lebih dari itu.Kenapa BN perlu ditewaskan, kerana kejahatan mereka tidak boleh dimaafkan.Walaupun keputusan PKN Serawak menunjukkan BN yang jahat itu masih disayangi oleh rakyat Serawak sehingga kesemua pembangkang termasuk DAP dan PKR hilang wang pertaruhan.Serawak masih menjadi fixed deposit kepada BN, masih menjadi benteng kukuh kepada Najib dari serangan Mahathir tapi bagi kumpulan orang tertentu dalam pembangkang, BN mesti dikalahkan.

    Untuk mengalahkan BN PAS harus dibawa kembali kedalam Pakatan.Lupakan yang lain, PAS mesti dibawa masuk dulu, sebab kita mahu menang, Islam letak belakang dulu, hukum bincang kemudian dan soal DAP mahu menghidupkan kehidupan liberal dalam masyarakat Islam sekiranya berkuasa nanti biarkan dulu, BN mesti ditewaskan dulu.Soal menentang cita cita DAP itu hanyalah soal ego yang perlu diketepikan dulu.

    Kesemuanya pasal mencapai kemenangan, malah untuk tujuan itu, kumpulan orang ini sanggup melupakan pasal UG PAS dan Umno yang pernah menjadi dakwaan mereka dulu.Mereka mendakwa PAS sudah ketepikan cita cita menghidupkan Islam kerana inginkan kuasa menerusi UG dengan Umno, PAS sudah lupakan Hudud kerana nak UG dan berbagai bagai tohmahan lagi.Tapi hari ini mereka tak mahu sentuh pasal UG sebab mereka mahu PAS menyertai Pakatan bersama DAP dan PKR.PAS sudah tidak tergila kuasa lagi tetapi PAS mahu diarah mengikuti mereka tergilakan Putra Jaya.

    PAS dah tak mahu UG, PAS dah tak lupa cita cita perjuangan mereka kerana tak mahu UG dengan Umno tetapi PAS diminta melupakan prinsip perjuangan mereka semata mata mahu menang bersama mereka.

    Sekali fikir, bukankah tidak munasabah bagi PAS untuk tidak melupakan cita cita perjuangan mereka dalam menolak UG dan mengabaikan prinsip perjuangan mereka untuk bersama Pakatan? Bukankah lebih baik kalau PAS tidak melupakan cita cita perjuangan mereka untuk menolak UG dan tidak melupakan prinsip perjuangan mereka untuk bersendiri menjadi pembangkang bersama rakan baru mereka dalam blok ketiga?

    Jangan lupa, selain kumpulan orang yang cuba mempengaruhi PAS untuk bersama Pakatan, masih ada satu kumpulan yang giat memprovokasikan agar PAS UG dengan Umno khususnya dari Umno.

    Yang pasti PAS tidak akan UG dengan Umno dan tidak akan bersama Pakatan selagi pendirian Umno dan Pakatan tetap sama, menolak carahidup Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...dalam blok pakatan, siapa yang tolak Islam. Siapa yang tolak Islam agama rasmi. Tapi jangan paksakan Islam terhadap bukan Islam, itu saja yang di pinta. Yang nak menasihat, ada kah yang di nasihat itu nak kan Islam, nak kan hudud dengan sebenarnya atau sekadar nak cium mulut. Apa dah jadi dengan private bill.

      Delete
    2. Tak payah bercerita banyak lah. Kan Eddie A- Wang dah kata PAS tidak akan rebut kuasa dari umno! Politik rebut kuasa! PAS cuma nak jadi Punaisihat!!!

      Delete
  15. IGP dan Ketua SB bangang. Patut Najib dipantau 24 jam utk mengetahui dimana duit 1MDB yg dicuri disimpan..dan adakah dia berhubong dng JLow dan semua pencuri2 duit 1MDB dan apa2 perbualan telephone mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu orang dapat dedak sebungkus seorang

      Delete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. Ramai rakyat dah menyampah dengan Pas.
    Wan Azizah dan Azmin Ali masih lagi
    terhegeh-hegeh nak berbaik dengan Pas.
    Tak sujud Pas, Pkr tak boleh hidup ke?
    PKR-PAS
    DAP-PAN
    Dalam PRU14 nanti, kau orang semua punah ranah.
    BN/Umno akan menang besar, penuh bergaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tidak diperbetulkan dari sekarang.
      Deposit pun dijangka boleh hilang.
      Gua fikir di Sungai Besar dan Kuala Kangsar
      BN/Umno akan menang, pembangkang gigit jari.
      PRU14...???

      Delete
  18. Byk cerita boleh difilemkan oleh produser antarabangsa berkait negara ku ni, rasanya boleh capai box office , daripada kesah 1MDB, MH, Altantuya, dan byk lagi , yg terbaru kesah lanun dgn polis berhubung wang tebusan yg tak sampai , semua nya di ketahui dan dituntut oleh penduduk dunia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...