Tuesday, 17 May 2016

BETULKAH UMNO BERANI PECAT MUHYIDDIN, MUKHRIZ DAN SHAFIE SEBELUM 18 JUN INI?


Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan akan mencadangkan pemecatan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan hujung bulan ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah pun mempunyai laporan daripada Jawatankuasa Disiplin UMNO berkenaan tingkah laku Muhyiddin dan Mukhriz.

Pada saya, saya mahu pecat mereka, katanya lagi.
Bagaimana pun, menurut Tengku Adnan, Shafie Apdal mempunyai harapan untuk terlepas daripada sebarang tindakan kerana tidak dilihat bersama dengan pembangkang.

Sebelum ini, orang yang paling ghairah mahu mencadangkan pemecatan Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie ialah Nazri Aziz, malah sudah beberapa kali beliau menyebut mengenainya.

Empat hari lalu, Nazri sekali lagi mengulanginya dengan berkata, "Tetap (akan bawa usul pemecatan), apabila saja diberitahu tarikh mesyuarat MT, saya akan bawa usul untuk buang mereka."

Bagaimanapun, berbeza dengan Ku Nan yang menyifatkan Shafie masih ada harapan untuk terlepas daripada tindakan, Nazri sebaliknya menganggap Naib Presiden UMNO itu sudah melanggar peraturan parti apabila turut hadir bersama-sama Tun Mahathir dalam program Bicara Isu Semasa di Jitra, Kedah, baru-baru ini.

Kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu, Mahathir sekarang sudah berada di pihak pembangkang dan kehadiran Shafie dalam program tersebut menunjukkan beliau juga sudah melampau batas serta perlu ditendang keluar daripada UMNO.

Kenapa Ku Nan dan Nazri kelihatan seolah-olah saling berebut untuk mencadangkan pemecatan Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie?

Mengapa perlu Ku Nan juga mahu mencadangkan pemecatan itu sedangkan beliau tentunya tahu bahawa Nazri sudah  beberapa kali menyebut secara terbuka akan membawa usul tersebut?

Mengapa perlu berebut-rebut? Mahu membodek Najib atau sebenarnya secara halus mahu membebankan lagi Perdana Menteri dengan kebencian massa?
Kalau pun Ku Nan sudah mempunyai laporan Jawatankuasa Disiplin, bukankah sebagai Setiausaha Agung, beliau hanya perlu membentangkannya saja dan kemudian membiarkan mana-mana Ahli MT yang lain untuk mencadangkan tindakan selanjutnya?

Sebagai Setiausaha Agung UMNO yang dilantik, tidakkah Ku Nan seharusnya lebih berperanan menguruskan pentadbiran parti berbanding turut menjadi watak utama dalam hal pecat memecat pemimpin?

Satu persoalan lagi, benarkah UMNO betul-betul berani untuk memecat Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie dalam mesyuaratnya hujung bulan ini sedangkan pengundian pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah pada 18 Jun?

Jika sebelum ini tindakan terhadap tiga pemimpin itu ditangguhkan berikutan pilihanraya negeri Sarawak, apakah dalam berhadapan dua pilihanraya kecil ini UMNO betul-betul berani berhadapan dengan risiko?

Bagaimana jika dengan pemecatan itu nanti, ia diikuti dengan kekalahan calon UMNO di kedua-dua pilihanraya kecil tersebut?

Atau dalang-dalang sebenarnya sedang berperanan dengan licik untuk menghenyak lagi imej Najib dengan gambaran beliau memang benar-benar sedang ditolak rakyat? (SH 17/05/2016).

36 comments:

  1. UMNO pun ada team A dan B jugak kot. Aku rasa Tunku Nan akan menang kalau lawan dgn Nazri. Tunku dekat dgn api. Nazri pulak mencarut dari jauh saja...

    Heh heh heh... Baru teringat... Nazri tu rimau UMNO, sekali mengaum habis satu Malaysia (termasuk orang UMNO sendiri) meluat dgn carut marutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu Musibah Dedak Beracun (1MDB) telah melanda politik dlm negara Malaysia.
      Ada yg termakan dedak lupa nilai agama, lupa nilai nilai moral, lupa segala gala.

      Delete
    2. Nazri ini ingat UMNO tu makbapak dia punya.
      Boleh pecat sesiapa saja yang tak sebulu dengan Najib.
      Patut dia yang kena pecat kerana kurang ajar.
      Bila jawatan takda barulah si Nazri ni
      tau langit tu tinggi atau rendah.
      Bapak kurang ajar anak pun kurang ajar.
      Mana tak kurang ajar makan dedak banyak sangat.

      Delete
    3. Nazri hanya 'anjing salakan' Najib. dia kuat menyalak shj kalau tuan dia suruh. Kalau disergah, dia terus lari.

      Ni bukan aku yg ckp. Mahathir, boss Nazri dulu yg ckp. Tonton video clip Mahathir. Apa punya 'anjing' Nazri tu, adake mahdir umor 90 th dia ajak bertumbok.

      Delete
  2. Tunku dah pulak???? Dia tu title Tengku pun tidak, Engku pun tidak, Ku pun tidak!!

    Dia tu Engkau saja...Engkau Adnan bin Engkau Mansor.

    ReplyDelete
  3. Betul lah bro. Aku tengok muka dia pun tak macam Acheh tapi sebijik muka belanda.

    ReplyDelete
  4. Nincompoops . . .
    Whacking good men are their preoccupations.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno politicians are the lowest race of thieves in existence

      Delete
  5. Bila masa pula adnan mendapat tengku?

    ReplyDelete
  6. Tengku taik kucing..hari-hari dia tido mimpi cium tangan najib & rosmah

    ReplyDelete
  7. Apa lagi yg boleh diharapkan dari kalangan ahli parti Umat Melayu No Otak ni...

    ReplyDelete
  8. Tanya Itu Tengku,,apa dia buat setiap dua bulan sekali ke Chiangmai ...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke ni Salwah? Boleh citer sikit sebab aku pun bukan tau sangat hal tungku nih...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Sprm patut siasat juga istana anak
      Tunku@Fraud, Nadia Adnan, di Indonesia tu.
      Mana dia dapat duit sebanyak itu?
      Jangan-jangan dedak 1mdb tak.

      Delete
  9. Adnan apa kau buat di Chiangmai tu sampai kl pun banjir

    ReplyDelete
  10. Apa nak hairan nak pecat buatlah cepat2 kerana anjing2 umno suka menyalak lagi banyak menyalak lagi na yak masukkk umno pun tak lama lagu akan dikuburkan ayuh pecatlah cepat rakyat pun dah meluat kat umno

    ReplyDelete
  11. Apa nak hairan nak pecat buatlah cepat2 kerana anjing2 umno suka menyalak lagi banyak menyalak lagi na yak masukkk umno pun tak lama lagu akan dikuburkan ayuh pecatlah cepat rakyat pun dah meluat kat umno

    ReplyDelete
  12. usul tersebut akan diputuskan oleh ahli-ahli dalam UMNO dan diputuskan secara kolektif dan bukannya ditentukan oleh seseorang individu. Lagi pun mereka-mereka ini sudah berpaling tadah daripada perjuangan asal mereka.. walaupun mereka-mereka ini banyak memperbodohkan menteri-menteri dalam Malaysia, mereka tidak sedar yang menteri inilah pejuang sebenar yang sanggup menggadaikan maruah demi satu perjuangan untuk generasi akan datang iaiitu untuk keamanan negara dan bangsa.

    ReplyDelete
  13. Podahhhhhh...kubur besar di kuala kangsar dan sg besar dah menunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. JANGAN sokong PARTI yg MENYOKONG RASUAH dan jenayah. Ini sokong membawa REBAH.

      Allah tidak akan REDHA atas parti yg MELINDUNGI PERASUAH, penjenayah dan MUNAFIK di hadapan Allah dan rakyat.

      Yg BATIL TIDAK AKAN BERTAHAN LAMA......dia pasti DIJATUHKAN ALLAH TAALA.

      Delete
  14. Adnan ke Chiengmai untuk Thai massage dan thigh massage

    ReplyDelete
  15. Patutlah dia dok cakap merapu aje. Sapa yg massage dia? Pompuan, jantan atau pondan?

    ReplyDelete
  16. Org aceh nak pecat org Malaysia? Hina sungguh Malaysia ni..aceh kaki jilat pulak tu..

    ReplyDelete
  17. Tongku denang kenapa mulut ko mcm sampah.rakyat menderita korang sebok pecat picat.takde keje ka jadi menteri duk korsi besar dlm pejabat dok melamun mcm mana mau nyamun ke??tgkbadan korang semua overweight silap hari besok tak bangun semua untuk pecat allah pecat kmu buat selamanya..

    ReplyDelete
  18. Wak Denan dan wak nazri nie saje bikin panas... Ke tak terpikir kesan tindakkan bongong mereka tu..

    ReplyDelete
  19. Saudara2ku penyokong Najib, sedarlah... banyak perbezaan antara menyokong Najib dan menyokong UMNO. Selama ni korang menyokong Najib yg kurap korup tu, dan sedikit demi sedikit kebenaran mula kelihatan. Najib dah tak mampu menutup kemaluannya, telor tembelangnya juga akan pecah satu demi satu. Sebanyak mana pun wang yg dia ada tak akan upaya menutup kesalahan yg dia lakukan.

    Jika korang masih sayangkan UMNO, mintak dia turun secepat mungkin, biar ada peluang penggantinya baiki kerosakan yg dia dah buat. Kalau tiada jalan atau dia masih berdegil, gunakan 2 PRK yg akan datang ini sebagai petanda dia sudah tidak dikehendaki menerajui UMNO. Biar undi UMNO/BN susut hingga ke lantai. Biar MT sedar dan lakukan sesuatu utk betulkan keadaan.

    Tetapi jika masih mahu menunggu PRU14, bukan saja Najib akan tersungkur, tetapi UMNO juga hancur. Dah tak terubat lagi barah yg semakin parah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya siapa yg layak dlm umno bingai yg boleh ganti naji$?

      Delete
  20. Kancah politik malaysia makin menarik.
    1. Tun membentuk team B menggunakan pelbagai cara untuk memberi tekanan kepada najib untuk najib berundur. Ada orang umno yang menyokong terang-terangan usaha tun. Namun bagi yang ada kepentingan masih memilih jalan selamat agar dipilih menjadi calon dalam pru14. Dan jika tidak terpilih nescaya mereka akan berpaling tadah menyokong tun secara terbuka. Agenda tun adalah menurunkan najib yang korup untuk menguatkan kembali umno dan kerajaan.
    2. Pembangkang pula nampak semakin gusar dengan usaha tun. Jika najib undur, dan umno dipulihkan, adalah amat sukar untuk pembangkang mengalahkan bn. Bagi pembangkang, najib yang korup harus dikekalkan hingga pru14, menambah benci rakyat, maka senang untuk pembangkang berkempen dalam pru14 nanti
    3. Atas faktor itu anwar telah mengeluar surat memperingatkan penyokongnya tentang "permainan licik" tun. Alasan anwar tun ada agenda. Namun dalam pembangkang pun mempercayai yang anwar juga ada agendanya yang tersendiri. Bebas dari tahanan dan menjadi pm.
    4. PAS yang sudah serik diperkotak-katik dalam pakatan memilih jalan bersendirian.
    5. AMANAH yang lahir dari serpihan PAS, sedang cuba mengambil alih tempat PAS dalam pakatan yang didominasi oleh PKR dan DAP.
    6. Situasi ini memberi kekebihan kepada najib untuk "memperjudikan" masa depan politiknya dalam umno. Najib tahu rakyat benci padanya tapi rakyat juga benci pada pembangkang.
    7. Ketidak yakinan rakyat pada najib dan pembangkang, mungkin ramai yang akan boikot undi dalam pru14. Pertandingan lebih 2penjuru akan membolehkan bn meneruskan kuasa walaupun peratus sokongan menurun.
    8. Jumlah pengundi yang menyampah dengan najib seimbang dengan pengundi yang menyampah dengan anwar dan lim guan eng.
    KEMANA HALA TUJU PENGUNDI.???
    9. Jika PAS tidak menjadi lalang, pas ada kelebihan untuk mendapat jumlah kerusi yang melebihi umno seterusnya membentuk kerajaan bersama umno yang diterajui oleh PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pulihkan umno bukannya senang.
      Mereka yg berak merata rata kita yg nak kena cuci ker?
      Suruh keruak hantu gigi jarang dgn adnan tengku palsu tu cucilah.

      Delete
  21. Umno ni syarikat hak milik penuh menteri2 dan ketua2 bahagian saja.
    Ahli2 umno yg lain ni ibarat tukang tolak kereta mereka saja.
    Dulu rakyat sokong umno sebab ingin membalas jasa dan berterima kasih.
    Skrng ni menteri2 dan ketua2 bahagian BUKAN sokong umno lagi dah.
    Mereka sokong najib sahaja semata2 berkehendakan dedak emas.
    Yg ahli umno ni hanya jadi tukang tolak kereta mereka saja.
    Kita ni ada pistol air saja. Kalau kena tembak jadi orang. Mereka tu ada pistol betul kalau kena tembak boleh mati .

    ReplyDelete
  22. Harap pemimpin umno masih waras.
    Pesanan ikhlas
    http//:usryabdullah.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. Siapa yg belot kpd parti umno dan bn hari ini?
    Kalau bukan najib, menteri2 1MDB ciptaan najib dan ketua ketua bahagian umno yg disogokkan najib.
    Siapa yg BOLOT? kalau bukan penyamun penyamun ini sendiri.
    Penyamun2 yg mudah dibeli undi dan ketaatannya terhadap parti umno itu sendiri.
    Umno hari ini semata mata politik wang.
    Siapa yg mungkar terhadap agama bangsa dan negara selama ini kalau bukan mereka ini semua.
    Siapa yg menipu rakyat? Mereka ini lah.
    Oleh itu wahai menteri2 wahai ketua2 bahagian umno tak payahlah bermuka muka nak tunjuk baik dan nak tunjuk alim.
    Tidak payahlah nak ajar rakyat untuk bersubahat dgn kamu semua. Cukuplah kamu saja yg bersubahat dgn ketua kamu sahaja.
    Rakyat ada akal rakyat ada mata rakyat ada telinga. Kami belum lagi buta hati dan buta perut mcm kamu semua.
    Dalam parlimen kamu berpeluk cium dgn pembangkang. Boleh makan setalam tidur sebantal.Di luar parlimen berpura pura dan bersandiwara untuk memperbodohkan rakyat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...