Tuesday, 24 May 2016

BILA PEMBOHONGAN CUBA DITUTUP DENGAN PEMBOHONGAN


Isu berkaitan wang sebanyak RM2,600 juta yang diterima Najib Razak melalui akaun peribadinya di Ambank terus mencetuskan versi yang berbeza-beza.

Terbaru, Ketua Pengarah Jasa, Dr Fuad Zarkashi mengatakan bahawa Najib mendapat kebenaran daripada Bank Negara untuk membawa masuk wang tersebut melalui akaun peribadinya.

Tetapi apabila Lim Kit Siang menggesa agar dokumen kebenaran Bank Negara itu ditunjukkan sebagai bukti, tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang berani bersuara.

Sudah dua hari gesaan itu dibuat oleh Lim Kit Siang, baik Najib, Dr Fuad sendiri atau lain-lain pemimpin UMNO, tidak ada yang berani memberikan reaksinya.

Seolah-olah satu lagi versi yang didendangkan oleh Dr Fuad kepada sekumpulan pelajar di Australia, akhirnya kantoi dan sekadar penyedap cerita semata-mata.
Sebelum ini, daripada versi Zahid Hamidi, Nazri Aziz, Ahmad Maslan, Aziz Kaprawi, Wan Adnan Wan Mamat dan lain-lain pemimpin UMNO yang banyak bercakap mengenai wang yang diterima Najib itu, semuanya tidak pernah sama.

Malah, jika dilihat versi Najib sendiri mengenai wang yang diterimanya itu tidak pernah konsisten. Mula-mula beliau nafi sambil mengatakan tidak mungkin beliau menyamun dengan menggunakan akaun peribadi, selepas itu mengatakan wang itu untuk UMNO memenangi pilihanraya, menegakkan Islam, diberikan dengan boleh dibelanjakan sesuka hati dan macam-macam lagi.

Malah siapa pemberi dermanya juga berbagai versi. Sekejap dikata daripada seorang, kemudian dilaporkan lebih daripada seorang pula. Siapa anak Raja Arab Saudi yang begitu pemurah itu terus misteri.

Menteri Arab Saudi yang diminta mengulas mengenai wang itu juga berbeza  jawapannya antara seorang dengan seorang yang lain. Mula-mula Menteri Luar Arab Saudi mengatakan ia adalah pelaburan, tetapi selepas bertemu Najib denganna, beliau menyedari ia adalah derma yang sudah diselesaikan isunya oleh Peguam Negara Malaysia.

Baru-baru ini, seorang lagi Menteri Arab Saudi mengatakan beliau tidak boleh mengulas apa-apa mengenai wang  itu kerana tidak mempunyai latar belakang mengenainya.

Bukankah jika ia benar-benar derma  yang sahih dan diterima daripada  penderma yang sahih juga, jawapannya sepatutnya sama dan senada?

Tetapi mengapa semunya berbeza-beza dan tidak pernah sama?

Jika ada lagi pemimpin UMNO yang bercakap mengenai wang RM2,600 juta selepas ini, percayalah sekali lagi kita akan mendengar versi yang terus berbeza.

Tidak akan ada jawapan yang betul kerana semuanya adalah pembohongan belaka. Dan apabila pembohongan cuba ditutup dengan pembohongan yang lain, maka versinya tidak mungkin sama.

Bukan saja Lim Kit Siang, bahkan kita semua pun tidak akan dapat jawapan yang betul sebenarnya. (SH 24/05/2016).

41 comments:

  1. Apa khabar zeti aziz?? Maruah kamu sedang diperkotak-katik kan..jgn jd saksi bisu!!!

    ReplyDelete
  2. Phoooooaaaaattttt zakar shitt...tu apalah yg dia tahu.
    Tengok orang bodek dia pun teringin nak bodek juga kot kot dapat sagu hati drp mad fool dull long.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita kat sini tak ada guna beb. Tak ada siapa pun yang perlu korang yakinkan. (sekor dua chai pemakan dedak tu korang mahapkan jer lah, terima jer hakikat diorang tu "penagih dedak tegar". buat apa pun tak guna)

      Yang penting makcik FELDA, pakcik di darat, di bendang, kebun, anney di estet, uncle, auntie di kedai kampung sana nun semua yang tak berapa nak paham tu korang kena pahamkan.

      Delete
    2. Jom 1MDB (MAKAN DEDAK BERSAMASAMA)

      Delete
    3. Itu namanya Penipu Mega (PM) kesaysngan rakyat Najiblis atau Najibilion.

      Delete
    4. sudah menjadi adat pencuri takan bercakap benar dengan perkara yang dilakukan ! Penipuan demi penipuan digunakan untuk terus menipu supaya membolehan mereka dilihat bersih dari perbuatannya...itulah tabiat mereka...

      Delete
  3. Pejabat Negara Switzerland sedang menjalakan siasatan terhadap BSI dan sebab utamanya disebut dengan jelas...Penyelewengan MDB.

    Kini satu dunia....entah ketawa besar atau terkejut besar...tapi di Mesia macam ramalan cuaca aje...semua diramalkan baik.

    ReplyDelete
  4. Pembutulan...Pejabat Peguam Negara Switzerland....

    ReplyDelete
  5. Maka meloncat loncat la kepanasan mereke itu..akhirnya

    ReplyDelete
  6. Peguam negara kita ni poyoooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peguam Negara kita belajar undang2 entah di mana boleh lulus. Dia belajar agama pun entah di mana.

      Delete
  7. sistem amano tidak ada yang berani lawan
    semua ikut bapak sihaprak
    sebab tu banyak yang kuat tipu
    sepatutnya ketua ketua jabatan walau dilantik mesti berani pertahankan kebenaran kerana Allah
    dalam menjalankan tugas harian
    belum sampai tahap yang dharapkan

    ReplyDelete
  8. Kini, dulu dan selamanya haprak amno

    ReplyDelete
  9. Sumpah jawatan hanya tinggal sumpah.....maka jadi lah sesumpah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Porak Den .... Sumpah jawatan bukan hanya tinggal sumpah ... tapi dah jadi SAMPAH !!

      Delete
  10. Singapura menutup bank BSI ini hari kerana bekerjasama dan menyorokkan wang yang Najib curi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello AG Apandi. Apa macam?

      Delete
    2. AG Pariyah Dog tak ada guna satu sen pun .!!

      Delete
  11. Sumpah jawatan hanya tinggal sumpah.....maka jadi lah sesumpah....

    ReplyDelete
  12. Seolah2 kita lupa atau kita buat2 lupa..musonnif juga buat2 lupa memasukkan ...apa sebenarnya yg berlaku sejak ...dahulu ...kini ...selamanya..cita2 umno..bukan kah pemimpin2 dan ahlinya..adalah pengamal fiqh ....MATLAMAT MENGHALALKAN CARA...jadi mafhomnya..cerita2 bohong atas bohong
    ..bohong berlapis lapis pun tak kisah bagi mereka dan perangai mereka cuba di calit kepada pas..

    ReplyDelete
  13. Oiiiii phooooooooaaatttt zakar shit kau ni dah terlambat dah nak membodek si najib tu. Orang lain dah membodek dulu.
    Najib sikit pun tak teringat kat kau.

    Lain kali saja lah kau membodek dia. Lagi pun najib tahu perit bau kentut kau tu macam mana.

    Kalah tu buatlah cara kalah. Buat malu saja kau ni kat ali tinju dan jamal ikan tongkol.

    Najib lagi sayang kat mereka berdua tu.
    Kau dok diam diam saja lah. Makan saja gaji kat jasa tu. Harapan kau nak bertanding semula di Batu Pahat pun dah malap. Betenggek sajalah kau kat jasa tu. Hari Raya ni kau pergilah beraya kat rumah najib mana nak tahu kalau2 dapat angpow. Tapi dedak dah pasti kau tak dapat melainkan kau pakai khidmat bomoh antarabangsa tu.

    ReplyDelete
  14. King Cobra sedang menjulur keluar lidah,Bagaimana bentuknya lidah dia?.

    ReplyDelete
  15. Maka dengan terkuburnya BSI adakah just unit itu akan dikembalikan kepada tuannya. Atau, wujudlah cerita baru tentang just unit.. Kuangkuangkuang

    Semenjak PAS dah jadi PIS-s, asyik kono kencing je lah...

    ReplyDelete
  16. Yg bercakap tu pun mangkok juga tak tahu cerita tetapi nak berlagak tahu semua sebab itu dlm pru 13 dahulu lingkup hai pemakan dedak begitulah ceritanya macam2 cara hidup org umno

    ReplyDelete
  17. Yg bercakap tu pun mangkok juga tak tahu cerita tetapi nak berlagak tahu semua sebab itu dlm pru 13 dahulu lingkup hai pemakan dedak begitulah ceritanya macam2 cara hidup org umno

    ReplyDelete
  18. Sebenarnya 2.6b itu adalah utk Najib membuat bom nuklear...tapi oleh kerana bom tersebut gagal dihasilkan maka dipulangkan baki 2b yg belum belanja..sekian harap ada yg percaya..

    ReplyDelete
  19. Dari dulu lagi sudah dibilang ... Doktor sekor ni bukannya bolih membawa kebaikan tapi membawa penyakit lagi adalah .

    Tapi apa bolih di buatnya lagi ?? PRU 13 pengundi dah tapau . Jilat Najib punya pasal bolihlah dapat jawatan ketua pengarah Jasa . Dapat gi luar Negara dgn di tanggung rakyat Malaysia . Buat apa ?? Untuk menjelaskan bahawasanya dia tu ikut menipu rakyat Malaysia !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah jasa Puad JASA kepada nusa dan bangsa???

      Delete
  20. Doktor yg kuat kentut masyarakat dgn angin yg tersepit...Phoooooooaaaatttt...

    ReplyDelete
  21. Hebat betul Republik singapura,tegas menangani isu pengubahan wang haram bank di paksa tutup,andaikata perkara ini dilaksanakan di malaysia sudah pasti lanun-lanun besar takut untuk mengambil dan memberi rasuah lagi,Maka bidang politik tidak lagi menjadi bidang kerjaya yang lumayan selepas ini.

    ReplyDelete
  22. Mereka pemakan dedak yang bertaraf pencacai angkat najis ini semuanya beragama Islam termasuk budak sekolah agama Zahid, tetapinya semuanya meloyakan jawapannya. Macamlah rakyat Malaysia ini masih lagi duduk atas pokok.

    ReplyDelete
  23. ehwah...tersalah salurkan ke akaun syarikat yang salah konon? jadi tak payah berusha cari dan siasat sampai dapat? cantik muka kau jib? atau memang sengajakan tersalah masuk...lepas tu cepat2 tutup
    dan terus ghaib.

    AG Switzerland sedang siasat di-Singapura...Bank BSI dah di-arahkan tutup...4 billion dollar wang IMDB di-dapati hilang. 6 pegawai di-remand. Memang tak lama lagi kes 1MDB akan selesai. Dan penyangak akan
    di-tangkap...paling lama 8 bulan lagi.

    ReplyDelete
  24. Andai 1 Juta harga kepada satu Temberang......maka, Temberang Temberang yang perlu dihasil kan berupa....

    2,600 /-

    Masih banyak ruang temberang lagi tuh....kan?

    Cuma, jika sampai ke angka satu-peratus (1%) sebelum terakhir, temberang sudah pun jadi TEMBELANG!

    ReplyDelete
  25. Ingin betul saya untuk tahu perasaan pemakan2 dedak macam mana mereka melalui hidup harian mereka.
    1. Menatap muka ibu-bapa,anak isteri, saudara mara, kawan karip dan warga asing yang tahu mereka adalah manusia yang antara terhina.
    2. Mengenangkan kemaluan dan tekanan yang terpaksa anak isteri mereka hadapi.
    3. Apakah perkataan yang keluar dari mulut apabila pergi sembahyang.
    4. Kesedihan apabila membaca komen2 rakyat yang mencaci dan memaki.
    5. Berapa tertekannya bila terpaksa mencari alasan bodoh dan karut untuk membela boss mereka.
    6. Apabila terkenang apa akan terjadi sekiranya pembangkang menang di PRU 14 nanti.
    7. Terkenang semasa disekolah apabila berjanji dengan cikgu berikrar mahu menjadi seorang yg berguna apabila dewasa nanti.
    8.Terkejutkah apabila terlihat petir dan terdengar guruh.
    9.Apakah perasaan berbelanja mewah sedangkan mereka sedar berjuta yang susah.
    10. Apakah harus dicakap apabila bertemu dengan pencipta mereka.
    PERASAAN BERCELARU AGAKNYA.

    ReplyDelete
  26. Ingin betul saya untuk tahu perasaan pemakan2 dedak macam mana mereka melalui hidup harian mereka.
    1. Menatap muka ibu-bapa,anak isteri, saudara mara, kawan karip dan warga asing yang tahu mereka adalah manusia yang antara terhina.
    2. Mengenangkan kemaluan dan tekanan yang terpaksa anak isteri mereka hadapi.
    3. Apakah perkataan yang keluar dari mulut apabila pergi sembahyang.
    4. Kesedihan apabila membaca komen2 rakyat yang mencaci dan memaki.
    5. Berapa tertekannya bila terpaksa mencari alasan bodoh dan karut untuk membela boss mereka.
    6. Apabila terkenang apa akan terjadi sekiranya pembangkang menang di PRU 14 nanti.
    7. Terkenang semasa disekolah apabila berjanji dengan cikgu berikrar mahu menjadi seorang yg berguna apabila dewasa nanti.
    8.Terkejutkah apabila terlihat petir dan terdengar guruh.
    9.Apakah perasaan berbelanja mewah sedangkan mereka sedar berjuta yang susah.
    10. Apakah harus dicakap apabila bertemu dengan pencipta mereka.
    PERASAAN BERCELARU AGAKNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iblis dan syaitan tak peduli semua itu.

      Delete
    2. benar kata2 mu anon...
      muka tebal ni x kan rasa ape2. fulus priority nya...
      kao org. nak mampus.., lantaklah. yg penting syoru anak bini aku jngn miss...

      Delete
  27. Eh? IGP tak pergi ke Switzerland menyiasat? Kan money laundering berkaitan Malaysia suatu jenayah?

    ReplyDelete
  28. Your Article Is This Very Helpful Thanks For Sharing...!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...