Monday, 16 May 2016

SALAHKAH BILA TUN M MAHU BN DIKALAHKAN DI KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR?


Ramai pemuja Najib Razak tiba-tiba bagaikan diserang demam kura-kura apabila Tun Mahathir Mohamad secara terbuka meminta agar BN dikalahkan dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun depan.

Bagi Tun Mahathir, hanya dengan kalahnya BN di dua kawasan itu dapat menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat  tidak lagi menyokong Perdana Menteri itu berikutan skandal 1MDB dan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya telah merudumkan namanya dan menjejaskan imej negara di mata dunia.

Sebelum ini, Tun Mahathir sudah melakukan pelbagai usaha untuk mendesak pengunduran Najib, dengan mutakhirnya mengumumkan keluar UMNO, menggerakkan Deklarasi Rakyat dan kemudian menjelajah ke seluruh negara melalui program Selamatkan Malaysia.

Maka, beriringan dengan Deklarasi Rakyat yang sudah mendapat sokongan lebih 1.27 juta penandatangan, kekalahan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar tentu saja relevan dalam usaha berterusan Tun Mahathir untuk mengundurkan Najib yang sehingga ini didapati tujuh buah negara telah membuka kertas siasatan berkaitan penggubahan wang haram melibatkan 1MDB.

Apakah di sebalik Tun Mahathir secara terbuka tidak lagi menyokong dan selalu mendesak pengunduran Najib, para pemujanya masih lagi mengharapkan sokongan bekas Perdana Menteri itu untuk memenangi pilihanraya kecil kali ini?

Tentu mustahil bukan?

Oleh itu, apa yang peliknya dengan gesaan Tun Mahathir agar BN dikalahkan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini?

Lagi pula, kekalahan BN tidak menggoyahkan kedudukan kerajaan secara keseluruhan, cuma ia mampu menjadikan BN semakin tidak selamat dalam pilihanraya akan datang selagi Najib masih kekal sebagai Perdana Menteri.

Kalahnya BN di dua pilihanraya tersebut adalah mesej paling ampuh untuk terus menekan Najib agar memahami kehendak rakyat dengan segera berundur tanpa menunggu keputusan PRU 14. 

Tanpa diberikan mesej yang lebih jelas,  Najib yang dikelilingi pembodek, pengampu dan pemberi gula-gula manis seperti Salleh Said Keruak terutamanya, tentu saja beranggapan beliau sentiasa disokong dan seolah-olah rakyat masih berslogankan "I Love PM" sepanjang masa.

Jika BN tidak dikalahkan dalam dua pilihanraya ini, ia sebaliknya akan terus membuai Najib seolah-olah pelbagai tindak-tanduknya membebankan negara selama ini tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada dirinya.

Malah, lebih  bahaya kerana akan timbul kebanggaan dalam dirinya bahawa tidak saja membebankan kehidupan rakyat dan menambah hutang negara bukan suatu kesilapan, malah membiarkan akaun peribadi penuh dengan timbunan wang juga bukan lagi suatu kesalahan, sekurang-kurangnya dari segi moral sebagai seorang pemimpin.

Sudah tentu, kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan memberi lebih kemegahan kepada Najib dan sekiranya melalui pelbagai propaganda media pula ia boleh membawa BN terus kekal berkuasa selepas PRU 14, bayangkanlah bagaimana beliau memimpin negara ini selepas itu.

Kiranya tidak membuat gesaan kalahkan BN pula, ia menggambarkan bagaikan Tun Mahathir merestui dan merelakan segala perbuatan salah Najib selama ini sedangkan seluruh dunia sudah lama berpendirian sama.

Oleh itu, jika kita ingin melihat semua kemelut dan apa-apa isu berkaitan skandal kewangan Najib berakhir, seterusnya melihat negara boleh bergerak ke hadapan dengan lebih baik, Sungai Besar dan Kuala Kangsar mesti dijadikan titik permulaannya.

Kekalahan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bukan saja membuatkan Najib sedar penolakan rakyat terhadap dirinya, bahkan akan menyedarkan banyak pihak dalam UMNO tentang bahayanya mengekalkan Perdana Menteri yang sudah tercemar itu.

Pemuja dan pemakan dedak juga akhirnya akan sedar bahawa suara rakyat adalah suara keramat.

Seterusnya, terserahlah kepada Najib membuat pilihan sama ada mahu mengundurkan diri dan membiarkan Malaysia terus selamat atau negara ini akan diselamatkan oleh kerajaan baru selepas pilihanraya umum nanti. 

Jadi, tidakkah meminta BN dikalahkan itu merupakan satu lagi sumbangan besar Tun Mahathir demi masa depan rakyat dan negara? (SH 16/05/2016).

51 comments:

  1. re: "Seterusnya, terserahlah kepada Najib membuat pilihan sama ada mahu mengundurkan diri dan membiarkan Malaysia terus selamat atau negara ini akan diselamatkan oleh kerajaan baru selepas pilihanraya umum nanti."

    mappadulung ahjibgor sudah terjelma jadi makhluk raja hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. NO RETREAT....NO SURRENDER..AKU PAHLAWAN BUGIS

      Delete
    2. Kita TEPAKSA JATUHKAN BN untuk UNDURKAN Najib.

      Itulah harga yang terpaksa DIBAYAR untuk membuang KUDIS dan TOKAK yang membusuk dalam UMNO dan BN.......sebab jika Najib masih diberi kuasa maka nasib rakyat dan negara akan menjadi LEBIH MALANG dan BURUK.

      Setiap KEJAYAAN perlukan PENGORBANAN. Kita TERPAKSA BERKORBAN demi BERJUANG untuk maruah agama, bangsa dan negara.

      Delete
    3. Tak perlu banyak cerita. PH perlu solid dlm membantu calon2 NYA utk menang. Gerakkan tenaga & perancangan dr skrg. Jangan layan PAS kerana dia bkn komponen PH.

      Delete
    4. Tak perlu banyak cerita. PH perlu solid dlm membantu calon2 NYA utk menang. Gerakkan tenaga & perancangan dr skrg. Jangan layan PAS kerana dia bkn komponen PH.

      Delete
    5. Salam

      Jangan risau..dalam senyap Menteri2 BN akan pastikan BN kalah dalam 2 pilihanraya kecil ni..tak kan la pula mereka akan bising tak sokong Najib..Menteri2 ni bukan bodoh..

      Delete
  2. Budin,
    Kalau kita mengaku mengamal demokrasi ,terima saja la apa saja persaingan yang datang ,sama ada dari pembangkang atau pun dari rakyat yang tak sokong ,ini tidak diluar negara nak belagak macam malaysia pimpinan najib ini pengamal demokrasi macam negara maju tapi bila didalam negara tingkah laku macam negara Afrika mundur asyik nak halang orang lain bersaing dengan guna macam macam cara untuk menyekat pengaruh orang ,jangan la paksa orang lain kalau kamu pengampu dan penyokong buntot Najib aka Rosamh dapati orang lain meluat dan anti Najib/Rosmah, kebanyakan rakyat bukan saja Tun M tidak dapat terima penyelewengan pemimpin yang tak AMANAH ,jadi kalau kamu orang(pengampu dan penyokong najib) nak terus setia terpulang la itu hak kamu , jadi kami menentang dan ini hak kami terima saja la.Mana boleh nak paksa paksa tak boleh macam itu kerana SALAH dan tak betul.

    ReplyDelete
  3. hitam hitam sitampok manggis
    bagi pencacai hitam nya manis
    padat dibank tak boleh kuis
    tujuh keturunan makan tak habis

    Sungai Besar Kuala kangsar
    jadi tumpuan orang mengundi
    baik mufakat jangan tersasar
    bila dah menang tukar apendi..

    bayar mahal nak buat rambut
    duit semua sudah sedia
    apa guna kita berebut
    matlamat sama tumbangkan dia




    ReplyDelete
  4. Tindak tanduk Najib sejak AG Gani Patail dan TS Muhyidin dipacat menampakkan yang beliau berusaha untuk menutup kesalahan dan penyelewengan dalam 1MDB yang rakyat akhirnya kena tangggung.

    Para pengampu dan penyokong bahalol Najib aka Rosmah berusaha melindungi semua kesalahan ini walaupun tak termampu nak buat apa, yang cilaka nya mereka menyatakan sesiapa yang menentang BN Umno terutama orang melayu adalah pengkianat ,sebenarnya mereka ini bahalol dan bangang cuba nak tunjuk pandai tapi tolol dan biadap pada bangsa dan negara ,sebab memang kita akui jasa BN dan UMNO tapi itu semasa pemimpin yang benar benar nak bangunkan negara .Tapi yang kita nak tentang sekarang adalah orang orang yang memimpin parti ini yang menyeleweng ,tak beramanah dan bermasalah jadi parti BN dan UMNO ini telah rosak disebabkan pemimpin sekarang bila rosak kena repair kalau dah teruk kena buang la nanti bawa pula wabak besar yang taruk dan tindakan ini tak salah dalam apa saja tamadun manusia malah islam sendiri takkan kalau dah mungkar pun masih nak kita ikut amal kena berhenti dan insaf ,jadi bila kita lihat barisan pemimpin dan ahli macam tak insaf jadi kena buang atau berhenti la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nazri keruak dahlan harus mengampu najib. nak hidup bro.

      Delete
  5. Tembelang Najib sudah pun pecah,tiada guna pertahankan dia....!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dah pecah..tapi melayu yg buta dan pekak dlm umno masih menyokong najib.

      Delete
    2. Apa nak di kata,sudah di takdir kan mereka di ciptakan menjadi "Bahlul Bin Tolol" ikut saja apa Najib perintah..!!

      Delete
    3. Tambelang sudah pecah tapi ada lagi puak sedondon yg cuba pecahkan undi tolak umno bn.kate tak nak ke putrajaya tapi tindak tanduk nak melebihi peranan sebagai punahsihat yang diangkat bakul sendiri.

      Delete
    4. Kalau semua langkah tidak berhasil ,"redha" jelah kot.

      Delete
  6. Saranan Tun WAJIB disokong walaupun ULAMAK/tuan penasihat kata tak perlu(abaikan kata2 Ulamak macam ni). Negara Malaysia bukan hak Mutlak Individu berjawatan PM?(Boleh buat sesuka hati)Sampai masa dan ketika mereka semua akan disumbatkan dalam perut Bumi Malaysia.tak kira apa jawatan sekalipun kita tak boleh lari dari Peraturan (HUKUM BERAGAMA). Kecualilah Golongan ni rasa hidup mereka tak akan MATI sampai bila2.... wallahhuaklam.

    ReplyDelete
  7. Saranan Tun WAJIB disokong walaupun ULAMAK/tuan penasihat kata tak perlu(abaikan kata2 Ulamak macam ni). Negara Malaysia bukan hak Mutlak Individu berjawatan PM?(Boleh buat sesuka hati)Sampai masa dan ketika mereka semua akan disumbatkan dalam perut Bumi Malaysia.tak kira apa jawatan sekalipun kita tak boleh lari dari Peraturan (HUKUM BERAGAMA). Kecualilah Golongan ni rasa hidup mereka tak akan MATI sampai bila2.... wallahhuaklam.

    ReplyDelete
  8. agak2 boleh menang ke? Najib akan arahkn semua undi2 palsu akan dimasukkan.polis dan spr akan bekerjasama dlm penipuan undi.blackout akan terjadi.pengiraan undi yg lama.prk terancang ini dlm genggaman BN.(unit rahsia dr bkt.kayu hitam)

    ReplyDelete
  9. Dear Shah, in several paragraphs you have encapsulated correctly several reasons why the other side need to be defeated in the by elections. Allow me to add another one that would really mean more suffering not just for the people of KK and Sungai Besar but also the rest of Malaysians in case that side is not defeated: the great possibility that their win would only mean to them that the GST rate is to be increased from 6 percent to 10 percent or even to 16 percent! After all, even with all that they have inflicted upon us rakyat due to among others 6 percent GST, the 1MDB's endless saga, etc., the rakyat in KK and Sungai Besar continue to give them the vote. And the country is sure in need of more public funds to pay the 1MDB’s debts, etc. So, as far as they are concerend, what is really the problem in raising the GST rate? So, what say you the voters of KK and Sungai Besar?

    ReplyDelete
  10. Pencacai Najib menyangka Tun Mahathir masih ahli UMNO Baru.....

    Itu pasallah mereka terkejut bila Tun kata.....sokong calon pembangkang tak kira dari parti mana, Najib dan BN mesti dikalahkan....

    Kita tunggu....hadiah dari Najib, dan Zahid.....beras hancur 25%, milo, satu tin, susu, sardin satu tin. Kain pelekat sehelai, Baju T berlogo I love PM dan duit RM50.

    ReplyDelete
  11. Sdr,

    Isyu PRK Kuala kangsar dan Sg Besar menarik perhatian politik Tun Dr Mahathir. Inlah kali pertama dalam sejarah politik beliau menggesa agar BN dikalahkan. Tiada peliknya pendirian atau gesaan beliau, kerana pertamanya dia sudah keluar sebagai ahkli UMNO, dan kedua beliau mengepali Gerakan Selamatkan Malaysia dengan agenda utama mahu Najib letak jawatan atau diberhentikan sebagai PM. Isu lain tidak penting. Ini hasrat Tun M, tetapi bagaimana pula reaksi PH atau pembangkan dalam menentukan kedua-dua PRK ini Bn kalah? Apa strategi yang dirancang bersama oleh PKR, DAP dan Amanah bagi mencapai kemenangan? Sehingga kini saya belum nampak persepekatan yang padu. Walaupun PAS sudah tidak lagi dalam barisan pembangkan (PH) tetapi parti ini nampaknya masih digeruni oleh Azmin (PKR) sehingga dia sanggup menjemput PAS sertai PH. Semuanya takut kepada pertandingan 3 penjuru. PAS juga demikian, tetapi tegas mahu bertanding kerana dua kerusi ini kononnya miliknya. PAS berkata dia kuat, tetapi sebenarnya kekuatan PAS seperti umum tahu ialah kerana ia ketika itu bersama PR. Ia disokong penuh oleh DAP dan PKR. kalau sendirian, sejarah sudah jelas. PAS tidak pernah menang walau berkali-kali bertanding, bukan sahaja di dua kawasan in tetapi di seluruh Selangor dan lain-lain negeri juga seperti Perak, Kedah, Johor dll. PH seharusnya berani mengambil pendirian tegas, tidak perlu peduli angan-angan PAS. Jadi saya kira jalan terbaik ialah meletakkan calon PH dalam kedua-dua PRK ini. UNtuk menjadikan PAS kelam kabut dan dalam kedudukan terdesak, elok PKR betanding di Sg Besar dan Amanah di Kuala Kangsar. Di Sg Besar PKR dan DAp ada kelebihan sebagai kerajaan negeri. PAs walaupun berkongsi dalam kerajaan Selangor akan berdepan masaalah melawan `rakannya' di selangor iaitu PKR. Masa inilah tembelang politik sebenar PAS akan muncul. Kita akan lihat sejauh mana keikhlasan PAS bersama PKR di Selangor, hanya semata-mata untuk mendapat kemudahan dan peruntukan kewangan untuk menguatkan pengaruhnya. PKR dengan dibantu ioleh DAP dan Amanah serta disokong oleh kelebihannya sebagai Kerajaan selangor akan pasti membuat PAS terkapai-kapai. Tidak lagi boleh berjanji kepada ahli dengan projek bantuan. semuanya dalam tangan Azmin sebagai MB. Inilah sifir mudah politik yang mesti difahami oleh semua anggota dalam PH. Sokongan kepada PAS di kalangan ahlinya pun sudah berpecah. dengan sokongan pengundi Cina, penyokong PKR dan ahli UMNo (rakyat) yang menghadapi kesulitan hidup akibat GST, rasuah, penylewengan !MDB dan iemg Najib yang semakin buruk, sudah cukup untuk PH memenagi kedua-kedua PRK ini. PAS tiada isu. Ia tidak akan menghentam UMNo, dan ini rakyat akan tahu.

    ReplyDelete
  12. UMNO tidak akan tumbang di kedua-dua tempat kerana ada PAS.

    Pertandingan UMNO - Amanah /PKR tak akan berlaku kerana PAS tetap nak menamakan calun.

    Pertandingan antara UMNO - PAS, PAS akan kalah kerana tak dapat sokongan bukan Melayu. Pengundi Melayu yang muak dengan UMNO dan PAS tak akan keluar mengundi.

    Pertandingan 3-penjuru UMNO-PAS-Amanah / PKR, PAS tetap dapat undi kurang. Amanah / PKR akan dapat undi pembangkang yang muak dengan PAS tapi tak cukup untuk tumbang UMNO. Jika pengundi bukan Melayu keluar mengundi dan sokong Amanah / PKR, UMNO + PAS akan menuduh kaum bukan Melayu anti-Islam dan anti-Melayu dan mengadakan perarakan merah-hijau secara besar-besaran.

    Sebab tu, pengundi bukan Melayu tidak akan keluar mengundi.

    ReplyDelete
  13. Bijaknya umngok.Walaupun rakyat tidak mengundi umno tapi undi mereka akan pecah dan memberi peluang kepada umngok kemenangan mengatasi segala kebencian rakyat terhadap mereka.Semoga rakyat bersatu menolak sedondon sehati sejiwa dalam kemungkaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktik yang bagus untuk melambatkan proses pereputan parti yang sudah lama mati.

      Delete
  14. Tok Nan nak bawak usul pemecatan Muhyidin dan Mukhriz kahkahkah..jujur sungguh kepala Penyangak nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sprm, bila lagi nak siasat rumah anak
      Adnan@TunkuDapur, Nadira Adnan, yang bagaikan
      istana dan segala kemewahan di Indonesia tu.
      Jangan asyik sebuk dengan rumah Lim Guan Eng saja.

      Delete
  15. Dalam dunia carcamabra politik kalaupun anda seorang penganggur paling malas didunia yang tiada kerja dan 24jam berkhayal gara2 anda seorang penghidu gam tegar, kehidupan anda akan lebih baik daripada seorang petani yang berkerja keras membanting tulang empat kerat untuk sesuap nasi.Tiada jaminan rakyat akan hidup aman damai makmur jika politik gagal dalam ekonomi tapi berjaya dalam sentimen agama dan bangsa.

    ReplyDelete
  16. pendapat saya,
    Biarlah calon prk bg kuala kangsar dan sg.besar adalah milik pas kerana dr pengalaman saya disana memang kubu kuat pas dan byk cawangan2 pas disana.dari dulu lg mmg calon pas bertanding.harap pihak pembangkang memberi ruang yg terbaik untuk kemenangan dan bukanny nk menunjuk parti mana yg hebat.bg amanah saya syorkan mereka menarik diri daripada bertanding kerana populariti mereka masih kurang dan jika kalah dlm pertandingan 3 penjuru nnti akan lebih menjatuhkan status mereka.Harap di pru14 mereka boleh meletakkan calon mereka bertanding dikawasan kawasan mereka sebelum ini semasa dlm pas(sekarang amanah).Insyaallah kemenangan atas tiket amanah kepada mereka.cuma pru ini tidak sesuai perlawanan 3 penjuru yg akan merugikan pembangkang.jika terjadi juga pertandingan 3 penjuru kemenangan adalah sgt tipis dan mungkin berpihak kepada BN atas undi awal(polis,tentera,dll)yg bykny undi tipu.buka la minda dan lapang dada.Harap pembangkang memenangi pru ini untuk membuktikan kezaliman dan penyalahgunaan kuasa najib dlm pemerintahan.sekian terima kasih-Haji Murad kuala kangsar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Pak Haji,
      yakin ke Pas boleh menang situasi sekarang nie..
      pengundi bukan melayu dah fed up dengan kluk klek presideng..hmmm

      Delete
    2. Anon 15:07
      Itu Pas zaman hormati Nik Aziz.
      Itu Pas zaman dibayangi Anwar.
      Itu Pas zaman berkawan Dap.
      Pas kini dah tak relevan.
      Ramai rakyat menyampah dan meluat.
      Pan dan Pkr mesti masuk bertanding.
      Wan Azizah dan Azmin Ali kena ingat tu.

      Delete
  17. Apa yg dicadangkan oleh Ybhg Tun tepat sekali wahai orang melayu ayuh ubah dan tenggelamkan bn demi masa depan rakyat malaysia yg tertindas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang nak diharap pada Pas
      jika mereka jadi calon Sungai Besar
      dan juga Kuala Kangsar.
      Parti celaka@laknat@khianat tu
      akan jadi proxy (barua) Umno.
      Pas kini bukan Pas zaman Nik Aziz.
      Ph jangan biarkan Pas lawan Umno saja.
      Inilah masanya Pan masuk gelanggang.
      Mat Sabu mesti jadi taruhannya.
      Insyaalah Pan boleh menang bergaya.

      Delete
  18. Tindakan AMANAH beria-ia untuk bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar ialah bagi mewujudkan pertandingan tiga penjuru dan menyebabkan kekalahan PAS.

    Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata jika PAS menang di kedua-dua PRK tersebut, ia sekali gus menguatkan keyakinan rakyat.

    Pada masa sama, katanya, AMANAH akan dilihat sebagai parti yang kononnya mampu menggantikan parti Islam itu dalam Pakatan Harapan, sudah tidak relevan lagi.

    “AMANAH memang tidak mahu PAS menang dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana ia akan menaikkan imej PAS di mata masyarakat dan menyebabkan kehadiran AMANAH tidak lagi relevan dalam Pakatan Harapan.

    “Sebab itu AMANAH akan berusaha keras mencipta alasan untuk bertanding tiga penjuru di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar,” katanya kepada FMT.








    Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata jika Pakatan Harapan benar-benar mahu UMNO dan BN kalah dalam PRK itu, mereka sepatutnya memberi sokongan penuh kepada PAS untuk menguburkan parti pemerintah itu.

    “Jika Pakatan Rakyat benar-benar mahu UMNO dan BN kalah mereka mesti memberi sokongan penuh kepada PAS untuk bertanding di kedua-dua Parlimen tersebut,” katanya.

    Sebelum ini, Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abdul Samad menyarankan PAS berunding dengan semua wakil Pakatan Harapan jika tidak mahu pertandingan tiga penjuru berlaku, dan bukan berunding dengan PKR saja.

    Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu akan memastikan tidak berlaku pertembungan calon pakatan pembangkang atau Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan DAP pada dua PRK itu.

    Sementara itu, di Parlimen hari ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu akan meletakkan calon di kedua-dua PRK dan menerima apa jua keputusan yang dibuat rakyat, malah Majlis Syura dikatakan meluluskan nama calon yang dicadangkan.

    ReplyDelete
  19. Nampaknya sukar mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, apabila Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir hari ini mengesahkan PH akan tetap meletakkan calon.

    “Tentulah, sudah pasti kita (Pakatan Harapan) akan bertanding,” katanya ketika dihubungi.

    Sebelum ini terdapat usaha daripada pembangkang bagi memastikan pertembungan ‘satu lawan satu’ dengan BN pada dua PRK yang akan diadakan pada 18 Jun ini.

    Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pakatan Harapan supaya mengelak daripada menurunkan calon sekiranya tidak mahu mengganggu usaha PAS melawan BN, manakala Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak mahu parti-parti pembangkang berkompromi dalam soal satu lawan satu.

    Anuar berkata, sebarang usaha untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru tidak akan berhasil jika PAS tetap mahu meletakkan calon di kedua-dua kawasan Parlimen itu.








    “Harapannya tentulah satu lawan satu. (Tetapi) Saya tidak boleh bercakap bagi pihak PAS, kerena mereka kini sudah bergerak sendirian,” katanya lagi.

    Beliau juga memaklumkan Majlis Presiden Pakatan Harapan dijangka mengadakan mesyuarat dalam masa ‘satu atau dua hari’ lagi bagi memutuskan parti komponen yang bakal bertanding di dua kawasan Parlimen itu.

    “Tentulah kena cepat (buat keputusan) kerana kita tidak ada banyak masa, penamaan calon 5 Jun ini. Selepas itu barulah kita akan putuskan calon,” katanya lagi.

    Beliau turut menafikan laporan sebuah portal berita hari ini yang mendakwa Presiden AMANAH, Muhammad Sabu dijangka bertanding di Sungai Besar dan menyifatkannya khabar angin semata-mata.

    PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandangnya, berikutan kematian Ahli Parlimen Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak dua minggu lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pakatan Harapan supaya mengelak daripada menurunkan calon sekiranya tidak mahu mengganggu usaha PAS melawan BN"

      -USAHA PAS MELAWAN BN-??

      Tak tahu pulak ustaz PAS pandai buat lawak ;-)

      Delete
  20. Kalahkan je kat Kuala Kangsar dan Sg Besar. Itu saja yg dapat sedarkan Umno ni. Kalau handal sangat, pru14 ambiklah balik. Cakap kuat sangat. Nak sedar dan buang najib je. Kalah pun takde apa. Masih lagi maintain majority tipis. Hahaahaa

    ReplyDelete
  21. Queen gambit! Terpaksa korbankan dua Parlimen untuk menyelamatkan negara. Moga dipermudahkan urusan kalian.

    ReplyDelete
  22. Pas, pkr, amanah dan dap kerana bermensyuarat dengan melantik tun sebagai penasihat. Keputusan menang-menang harus dicapai.

    ReplyDelete
  23. Pendapat saya PAS boleh menang di Sg Besar..PH di Kuala Kangsar

    ReplyDelete
  24. Dengar sini keruak raja karabau.
    Antara ko dgn Tun Mahathir kami orang2 Melayu tetap taat setia dgn Tun Mahathir tak payah lah kau menghasut kami membenci Tun Mahathir.
    Ko boleh pergi mampus keruak

    ReplyDelete
  25. sukar amno dikalahkan selagi pas jadi
    tukang pelingkup

    ReplyDelete
  26. Apa yg dicadangkan oleh Ybhg Tun tepat sekali wahai orang melayu ayuh ubah dan tenggelamkan bn demi masa depan rakyat malaysia yg tertindas

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Shah.....miss vee ni guna topik semasa untuk tarik perhatian orang buka website bisnes dia. Tolong pantau your blog from people taking advantage bro.

      Delete
  28. Haramjadah punya miss vee

    ReplyDelete
  29. Apa jenis rakyat di Sg Besar dan K. Kangsar ji
    ka masih mahu memilih Umno/Bn pd PRK nanti. Bodoh tak makan diajar, cerdik tak boleh diikut.

    ReplyDelete
  30. Sekarang adalah masa yg sesuai utk menjatuhkan UMNO dan BN. Pemimpin dalam UMNO dan BN dan pemakan dedak tak boleh di kawal sekarang ni. Sudah masanya untuk berubah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...