Saturday, 28 May 2016

ADUN JADI CALON PARLIMEN DI SUNGAI BESAR, APAKAH KEDUDUKAN KETUA BAHAGIAN TIDAK BERNILAI?


Bukanlah amalan biasa bagi UMNO memilih seseorang yang sudah menjadi Adun bertanding di kerusi Parlimen, apatah lagi jika Ketua Bahagiannya tidak pernah bertanding sebelum ini.

Tetapi ia berlaku di Sungai Besar. UMNO meletakkan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zuhdi untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun nanti, dalam masa yang sama mengenepikan Jamal Mohd Yunus, Ketua UMNO Bahagian yang masih muda dan tidak pernah bertanding di mana-mana kerusi sebelum ini.

Apakah Jamal tidak layak dan kedudukan Ketua Bahagian yang disandangnya tidak bernilai satu sen pun untuk dipertimbangkan sebagai calon?

Kalau pun bukan Jamal, tiadakah pemimpin lain di kalangan pimpinan UMNO Bahagian yang turut layak untuk diketengahkan, sehingga Budiman yang sudah pun menjadi Adun dipilih lagi bertanding untuk bergelar Ahli Parlimen pula?

Apakah UMNO sudah begitu ketandusan pemimpin? 

Jika dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini, calon tempatan bukan daripada kalangan pemegang jawatan utama dalam UMNO boleh diketengahkan, kenapa formula yang sama tidak digunakan, kalau pun tidak mahu memilih Jamal atau pimpinan UMNO yang lain sebagai calon?

Dalam masa yang sama, apakah kelebihan yang rakyat atau pengundi perolehi dengan menjadikan seorang Adun sebagai Ahli Parlimen dalam waktu yang sama?

Bukankah jika orang lain yang dipilih oleh UMNO sebagai calon dan kemudian menang, bermakna pengundi Sungai Besar akan mendapat dua wakil rakyat yang berbeza dan ini lebih memberi manfaat kepada rakyat?

Tetapi, berbanding jika Budiman yang menang, rakyat tidak mendapat apa-apa kelebihan, melainkan hanya Budiman yang akan bergelar Adun dan Ahli Parlimen secara serentak.

Tulisan ini tidak sama sekali mempertikaikan kelayakan atau kemampuan Budiman. Beliau adalah rakan lama saya dan saya telah mengenalinya berbelas tahun yang lalu ketika beliau masih berkhidmat dengan Telekom Malaysia lagi.

Ketika itu beliau belum begitu aktif dalam UMNO Sungai Besar, tetapi Budiman selalu bercakap tentang cita-citanya dalam dunia politik, malah turut menyebut tentang pilihan lain jika gagal menyerlahkan bakatnya.

Beliau memang seorang yang baik, banyak idea, ada visi dan setelah bergelar wakil rakyat, selalu menampakkan dirinya turun padang serta membiasakan kedudukannya tidak berbeza dengan rakyat biasa.

Alhamdulillah, beliau kini adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan Adun Sungai Panjang. Sekarang dipilih pula untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar.

Namun, tulisan ini ialah mengenai wajah UMNO di mata rakyat, harga diri seseorang yang berjawatan Ketua Bahagian serta kebarangkalian wujudnya elemen sabotaj oleh pemimpin parti sendiri terhadap beliau.

Di mata rakyat, UMNO seolah-olah tandus pemimpin dan rakyat akan melihat tidak ada kelebihannya bila seorang Adun dibebankan lagi dengan tugas sebagai Ahli Parlimen. 

Jika wujud eleman sabotaj, bersekali dengan sentimen anti Najib yang sedang marak berikutan skandal kewangan melibatkan dirinya, Budiman akan menjadi mangsa yang mungkin membunuh terus masa depannya dalam politik.

Ia juga memperlihatkan kedudukan Jamal sebagai Ketua Bahagian tiada nilai di mata pucuk pimpinan UMNO sedangkan beliau melakukan banyak usaha di peringkat nasional untuk membela dan mempertahankan Najib.

Kesian Jamal...

Jika pengundi inginkan seorang wakil rakyat lain yang mewakili kerajaan negeri pula untuk membela dan membolehkan mereka menumpang lebih banyak kasih,  calon Pakatan Harapan ada kelebihan untuk menang di Sungai Besar.

Ini kerana calon Pas juga seorang Adun iaitu Dr Rani daripada Meru, Kelang. Berbanding Budiman yang merupakan Adun dalam Sungai Besar, Dr Rani sebaliknya adalah orang luar.

Dengan sama-sama meletakkan Adun sebagai calon di Sungai Besar, tetapi merupakan orang luar, Pas ternyata secara halus sedang memberi kelebihan kepada UMNO yang mencalonkan Adun tempatan untuk memenangi kerusi tersebut sebagai balasan kerana memberi laluan kepada usul berkaitan hudud oleh Hadi Awang di Parlimen, Khamis lalu.

Kenapa Pas tidak meletakkan calon profesional atau ulama tempatan sendiri jika benar ingin memenangi kerusi Sungai Besar?

Mengapa seseorang daripada luar yang sudah bergelar wakil rakyat dan YB mahu dijadikan wakil rakyat dan YB sekali lagi?

Lantaran itu, jika Pakatan Harapan yang mewakili PKR, DAP dan Amanah meletakkan calon yang betul dan bukan daripada kalangan wakil rakyat juga, kelebihan akan memihak kepada mereka di Sungai Besar ini.

Dengan memilih calon Pakatan Harapan, ia bukan saja mewakili rakyat yang mahu memberi mesej penolakan terhadap Najib sebagaimana yang disebut oleh Tun Mahathir Mohamad, malah pengundi juga akan mendapat tambahan wakil rakyat baru yang mewakili kerajaan negeri pula. (SH 28/05/2016).

42 comments:

  1. Terlalu banyak berpolitik dari bekerja. Namapon jawatan Wakil Rakyat, tugasnya mewakili rakyat. Itu definasi MP atau Yang Berkhidmat. Di Malaysia YB adalah wakil parti, bukan wakil rakyat. Semenjak merdeka kita diindoktrin Malaysia dimiliki parti berkuasa bukan rakyat. Dan rakyat dari dulu memilih bendera dari individu. Kerana memilih benderalah rakyat khususnya orang Melayu terus menjadi pengemis di negara sendiri.

    Ungkapan 'siapapon calon yang dipertandingkan pengundi/ahli parti wajib menangkan' adalah bahasa politik yang salah dari dulu lagi. Dan yang mengundi berlandas sentimen itu adalah individu yang bertanggungjawab membesarkan kegagalan negara.

    Bukan parti yang mrnjaga kebajikan rakyat tetapi individu. Bukan parti yang ada belas ehsan tetapi individu. Jika individu itu tulen dalam memperjuangkan nasib dan kehendak rakyat dibawah bendera mana pon dia berada pasti tidak lari dari ketaatannya kepada rakyat. Tidak akan berlaku seperti apa yang berlaku di Malaysia hari ini bilamana kesalahan dan kesilapan pemimpin yang ditegur dan ditegah pemimpin lain adalah taboo manakala yang menegur dan menegah dikecam dan dipersalahkan.

    Sudah tiba masanya rakyat Malaysia membijakkan diri. Cukuplah terlalu lama menjadi balaci individu yang kemaruk kuasa, individu yang berbuat lain dari yang dijanjikannya (sifat munafiq, dan Pesuruh Allah memerangi kaum ini dengan senjata). Pilihlah kerana kebijaksanaan dan ketaatan calon kepada rakyat, bukan kepada pemimpin parti dan kerana benderanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tanya penyokong Umno/Bn....kalau letak kayu getah sebagai calon Bn lawan Hadi dari Pas, apakah pilihan mereka?....mereka tetap akan pangkah Bn

      Delete
    2. Cuba tanya penyokong Umno/Bn....kalau letak kayu getah sebagai calon Bn lawan Hadi dari Pas, apakah pilihan mereka?....mereka tetap akan pangkah Bn

      Delete
    3. Parti Umat Melayu No Otak (UMNO) pimpinan Penipu Mega, Najiblis sudah terbukti tiada muka baru yang layak.

      Delete
    4. Umno calunkan ADUN...di S.Besar
      Pas calunkan ADUN...di S.Besar
      Umno calunkan wanita di K.Kangsar
      Pas calunkan wanita di K.Kangsar

      Memang sedongdong sehati sejiwa.

      Delete
  2. Budin,
    Jamal ikan bakar terserlah hanya sebagai macai atau gurga najib saja tak lebih dari itu, ini terserlah dengan segala kerja amal nya untuk bodek dan cover tahi busuk najib, jadi sesuai lah dengan dirinya kerana UMNO sendiri faham orang ini hanya berguna jadi macai aka pencacai ja, tahap pemikiran terlalu rendah dan memalukan umno untuk ditunjolkan sebagai wakil rakyat.

    Berkenaan calon yang ditawarkan untuk mewakili umno atau pas bagi saya dah tak guna ,calon la siapa pun kalau setakat untuk mewakili penyeleweng dan pelaku mungkar iaitu Najib lebih baik pergi bertaubat la daripada bertanding ,taubat kerana tidak mau lagi bersubahat dengan penyeleweng dan penipu rakyat , Dosa terlalu besar kerana tidak AMANAH dan menindas melalui penipuan kalau dosa dengan allah swt kita boleh mohon ampun dan taubat ini dosa dengan rakyat yang ramai insaf la siapa yang nak wakil UMNO itu juga PAS yang nak bantu Najib.

    Rakyat juga kena insaf dan sedar terutama orang melayu kalau tak mahu nagara ini dipimpin dengan perasuah,kita juga kena ubah diri jangan bermanteliti rasuah iaitu kita boleh ambil tak kisah dengan penyelewengan /penipuan Najib dan rasuah yang diterima oleh barisan pemimpin atas umno yang  mempertahankan najib. perubahan ini wajib dilakukan dari SEKARANG di Sg Besar dan Kuala kangsar.

    ReplyDelete
  3. Kalau Jamal tidak bertanding....aku x kan undi umno....bagi aku hidup matiku adalah umno!!!!takbir....hidup umno...takbir...hidup umno

    ReplyDelete
  4. Jamal awal2 kata x nak tandingg parlimen. PRU14 calon adun sg panjang..dia ada visi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarik pengundi tu, kalau pilih si Jamal mungkin yang bukan melayu tak sokong dia....

      Delete
  5. Sedar lah wahai pengundi yg bijaksana....cukup lah....tak perlu lagi mengundi parti2 yg amal & menyokong rasuah . Berdoa sangat2 kita. Taubatlah.

    ReplyDelete
  6. Budin,
    Jamal ikan bakar terserlah hanya sebagai macai atau gurga najib saja tak lebih dari itu, ini terserlah dengan segala kerja amal nya untuk bodek dan cover tahi busuk najib, jadi sesuai lah dengan dirinya kerana UMNO sendiri faham orang ini hanya berguna jadi macai aka pencacai ja, tahap pemikiran terlalu rendah dan memalukan umno untuk ditunjolkan sebagai wakil rakyat.

    Berkenaan calon yang ditawarkan untuk mewakili umno atau pas bagi saya dah tak guna ,calon la siapa pun kalau setakat untuk mewakili penyeleweng dan pelaku mungkar iaitu Najib lebih baik pergi bertaubat la daripada bertanding ,taubat kerana tidak mau lagi bersubahat dengan penyeleweng dan penipu rakyat , Dosa terlalu besar kerana tidak AMANAH dan menindas melalui penipuan kalau dosa dengan allah swt kita boleh mohon ampun dan taubat ini dosa dengan rakyat yang ramai insaf la siapa yang nak wakil UMNO itu juga PAS yang nak bantu Najib.

    Rakyat juga kena insaf dan sedar terutama orang melayu kalau tak mahu nagara ini dipimpin dengan perasuah,kita juga kena ubah diri jangan bermanteliti rasuah iaitu kita boleh ambil tak kisah dengan penyelewengan /penipuan Najib dan rasuah yang diterima oleh barisan pemimpin atas umno yang  mempertahankan najib. perubahan ini wajib dilakukan dari SEKARANG di Sg Besar dan Kuala kangsar.

    ReplyDelete
  7. Bro, aneh juga ya. Kalau x silap BN ada standing instructions se org calun boleh tanding 1 kerusi saja.
    Dah ketandusan calun ka?
    J

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangar tegur bro nanti tak pasal pasal saja kena tumbuk

      Delete
  8. Haram mengundi penyamun, penzina, perasuah, pembunuh, penipu.....Fikirkan

    ReplyDelete
  9. Haram mengundi penyamun, penzina, perasuah, pembunuh, penipu.....Fikirkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok guru Hadi apa hukumnya kalau orang islam di kuala kangsar dan Sg Besar tak undi pas?

      Delete
  10. Kah kah kah.kesian jamal pak tongkol.nampak sangat ko ni takde nilai satu sen pun di mata pok jip.lebih baik ko gantung diri la.kedudukan ko tinggi sebagai ketua bahagian.tapi ko tak dipilih.kesian ko jamal.PRK ni ko kempen utk PKR atau amanah lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiyaaaa penat saja dia bagi burger free orang lain pula yg najib pilih

      Delete
  11. Saya rasa umno ada masalah unik, tarak sapa mau jadi calon. Semua wait and see. Kalu menang pertandingan 3 penjuru dengan undi lebih kecil dari PRU dulu, below 50%,tak ada apa nak dibanggakan, sebab jelas lebih 50% tolak umno. Kalu kalah, lagi malu. Menang besar jauh sekali. Habihh, sapa nak tanding? Lagi pon, ingat senang ka calon umno nak jawab isu semasa. Sarawak lain citer, semua isu negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu jangan tak segan
      pilu angan-berangan
      wang sebukit umur tersekat
      orang seksa dosa selangit

      Delete
    2. Najib Mad Fool Dull Long dah longgar lutut.

      Delete
  12. Pilih Jamal jd calon alamat awai lg tau dah kalah. Sapa nak sokong orang macai mcm dia. Melayu tolak cina pun tolak. Budiman ni sekurang-jurangnya pengundi dia akan terus undi dia. Peluang masih ada. Malangnya parti lawan pula tak bersatu. Kalau tak, pasti Parlimen Sg Besar bertukar tangan.

    ReplyDelete
  13. BERSIH CEKAP DAN AMANAH.
    UMNO Tak pegang Dan hayati slogan ini.
    PAKATAN HARAPAN wajar gunakan slogan in Untuk menang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sememang cash tidak berjiwa
      hanya hati busuk jadi raja
      kalau manusia sudah didusta
      alangkah siapa jadi hamba?

      Delete
  14. Sdr Budin, sorry to say, siapa saja calon BN sewajibnya TIADA NILAI.

    ReplyDelete
  15. Sdr Budin, sorry to say, siapa saja calon BN sewajibnya TIADA NILAI.

    ReplyDelete
  16. Anda sayang Malaysia?Kalau anda tidak sayang Najib sekali pun,sayangilah Rosmah dan UNDILAH BN!

    ReplyDelete
  17. Bn letak calon dari seorg adun menekala pas pun letak calon juga seorg adun adakah ini satu kebetulan atau satu pakatan fikir2kanlah
    Apakah org melayu umno sg besar bodoh2 belaka cuma sorg saja yg boleh buat kerja
    Apakah org jawa sg besar pun bodoh juga nak bawa calon pas org jawa dari meru amat memalukan
    Ayuh pakatan jadilah anak jantan letakan calon yg berwibawa jangan toleh belakang lagi lawan tetap lawan

    ReplyDelete
  18. Bn letak calon dari seorg adun menekala pas pun letak calon juga seorg adun adakah ini satu kebetulan atau satu pakatan fikir2kanlah
    Apakah org melayu umno sg besar bodoh2 belaka cuma sorg saja yg boleh buat kerja
    Apakah org jawa sg besar pun bodoh juga nak bawa calon pas org jawa dari meru amat memalukan
    Ayuh pakatan jadilah anak jantan letakan calon yg berwibawa jangan toleh belakang lagi lawan tetap lawan

    ReplyDelete
  19. ketua umno tuu bukan saja tak bernilai malah tak berguna langsung termasuk semua yb BN... PRU14 ku tunggu mu sampai tahu ler aku nak pangkah apa nt

    ReplyDelete
  20. Kita tengok dan lihat siapa calon pakatan harapan di sungai besar dan kuala kangsar antara amanah dan pkr.kalau masih bertelagah nak letakkan calon masing-masing,saya doakan bungkus dan hilang wang pertaruhan.

    ReplyDelete
  21. Jangan main2 jangan tak undi calon umno nanti kena tumbuk.
    Cukup samseng sekarang ni.
    Duduk diatas dia merompak turun ke jalan raya dia pukul orang.

    ReplyDelete
  22. ...ayak mata Jamal samseng kg...rasanya kalau bukan Jamal samseng kg yg jdi ketua bhgn...x jatuh heli Dan tentu x berlaku prk sg besak Ni...terang Lagi bercahaya punya sial Jamal samseng kg Ni... jd samseng kg pun kalau ditelti...dihalusi...x layak...

    ReplyDelete
  23. Ini politik simpati yg amat terdesak oleh umno...apa dia kira balu ke balung,edah ke bedah...asal dpt meraih simpati,pengundi pun jgn jd bangang mengundi calon edah

    ReplyDelete
  24. Jamal? Kah...kah...kah!!!!

    ReplyDelete
  25. X kuat cium tgn org tu, tu yg x dpt restu kot....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...