Tiba-tiba saja isu pertukaran Menteri Besar muncul kembali. Malah kali ini diberitakan Najib Razak mahu menukar empat ketua kerajaan negeri iaitu Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Selain faktor kesihatan dan sudah lama berkhidmat, Najib juga difahamkan merancang pertukaran itu kerana memerlukan pemimpin baru untuk menerajui parti dan kerajaan di negeri-negeri yang terbabit itu.
Sementara isu pertukaran ini mungkin menyebabkan penyandang sedia ada, terutama yang sedar memang ada masalah tertentu membelenggu mereka dalam menjalankan tugas seharian, mula menghitung hari-hari terakhir di puncak kuasa peringkat negeri, pemimpin yang lain barangkali mula mencatur strategi untuk mengisi kekosongan yang ada itu.
Tidak mustahil sudah ada yang mula berangan-angan, memasang badan dan menempah baju Melayu baru ketika ini. Yang melobi, merapatkan diri atau lebih kerap mencium tangan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga tentunya bertambah ramai kebelakangan ini.
Menteri Besar sedia ada mungkin turut merasakan mereka sudah kekurangan penyokong dan pengampu sehari dua ini. Biasanya begitulah, bila pokok sudah mula senget mahu tumbang, kera dan monyet pun tidak lagi berminat bergayut di dahannya.
Menukar Menteri Besar adalah proses biasa bagi mana-mana kerajaan negeri. Pertukaran boleh dilakukan atas pelbagai sebab dan kadangkala juga direka sebab-sebabnya.
Tetapi sebelum Najib mahu menukar keempat-empat Menteri Besar itu, apakah UMNO dan BN begitu yakin akan terus berkuasa di negeri-negeri tersebut?
Apakah sokongan rakyat makin bertambah atau kian berkurangan dengan rancangan pertukaran Menteri Besar itu?
Begitu juga dengan peranan Menteri Besar-Menteri Besar yang tahu jawatan mereka akan ditanggalkan, apakah mereka akan bekerja bersungguh-sungguh sewaktu kempen PRU 14 nanti atau hanya bersikap sambil lewa sahaja?
Tidak mungkinkah juga berlaku lebih banyak unsur sabotaj, tidak mahu bekerja atau lepas tangan di kalangan penyokong atau orang kuat Menteri Besar yang digugurkan itu?
Lebih tidak mustahil ialah bagaimana jika sementara Najib merancang melakukan pertukaran pemimpin, rakyat atau pengundi pula membuat pertimbangan untuk menukar kerajaan di empat negeri terbabit?
Jika UMNO dan BN terumbang-ambing, hilang banyak kerusi dan mungkin juga gugur kuasa di peringkat negeri, tidakkah ia secara langsung akan menyukarkan lagi Najib mengekalkan kuasanya di Pusat?
Akhirnya, empat Menteri Besar yang dirancang untuk digugurkan itu mungkin juga merupakan sebab untuk Najib sendiri lebih mahu ditukarkan. Berbanding pertukaran empat Menteri Besar, lebih ramai sebenarnya yang mahu Najib digantikan.
Bahkan, pasti lebih ramai yang gembira jika Najib dan keempat-empat Menteri Besar itu dapat digugurkan secara serentak. (SH 19/09/2016).
Saya buat kenduri kesyukuran sekurabya NR dpt d nyahkan bro.
ReplyDeleteSusah rakyat marhaen mcm ni meneruskan kehidupan.
Orang yg paling berkuasa ialah kak semah. Mendiang lee kuan yew pun mengadap kak semah atas nasihat perisikan singapura. Siapa pegang jawatan menteri/menteri besar mesti dapat restu kak semah dulu. Kalau tak percaya..di mana ada kak semah, di situ kita boleh nampak menteri tak putus2 cium tangan first lady mintak restu. Laki kak semah cuma boneka..hari2 mulut kena sumbat nasi kangkang. Dah sebati ilmu kak semah. Malaysia dalam keadaan bahaya..hehe
DeleteArwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????
DeleteSdr budin,
ReplyDeleteSaya tak nampak apa faedahnya nak ditukar MB atau pun kekal MB sedia ada ...kerana apa saja perkembangan dalam pentadbiran kerajaan dan rejim najib dah tiada membawa fedah kepada pembanguan dan kesejahteraan rakyat...apa saja yang dilakukan oleh Najib dan rejim beliau semua adalah tertumpu untuk mengekal beliau berkuasa untuk elak daripada beliau dan Rosmah terheret ke makamah dan Sg buloh.
Kalau pun untuk umno terus berkuasa.. ia bukan lah umno yang sdr dan saya biasa campuri kerana umno sebenarnya telah pun terkubur ini adalah parti United Malay Najib Organisation ( UMNO) ....apatah lagi kalau untuk melayu agenda itu sudah jadi rektorik dan penipuan bagi raih undi sekarang pula sudah trend demi agama ini semua helah memperbodoh melayu yang boleh di BRIMkan.
Dalam tempoh terdekat kita akan saksikan rejim najib akan berusaha dengan pelbagai cara penipuan dan penyelewengan untuk parti najib kekal kuasa sekarang melalui SPR yang sudah di lama dibelangu BN mungkin esok lusa jentera kerajaan akan di gerak dengan belanja banyak untuk manipulasi rakyat agar minda dapat dibelengu kemudian ....(tak leh heboh sudah OSA) yang pasti PRU akan berlaku sebelum 2018 sekarang ini pun suasana dan angin angin sudah mula tiup kearah perkara tersebut.
Obama dah tak lama ....kes DOJ pun semakin hampir.. sampai najib pun dah tak berani atau malu nak ke PBB di New york samapai kena hantar Zahid komidi..Nak fikir pasal pembanguanan dan kesejahteraan rakyat sorry la Najib dan rejim tak ada masa sebenarnya mereka terpaksa mengejar masa yang masemakin nak tinggalkan najib dan rejimnya...ha ha ha ....Parti Bersatu boleh kayuh laju sikit dak masa semakin ligat..dan pembangkang kamu pun jangan leka dengan perkara perkara karut marut ( desak Tun M mohon maaf dan bebas si anu dan si ani) sekarang tumpuan jatuh BN dan pasti pemilihan pengundi sentiasa dibuat review. Doa semoga kerajaan di tukar baru dan sistem pentadbiran "Di reform" kepada lebih tulus dan bebas dari Rasuah.
kau boleh terjun sungai dengan labu2 kau sbb berangan benda yang mustahil akan berlaku..rejim2 parti kau yang tak bersatu tak sedar ke..parti bersatu tu kerusi sapa yg dia nak kebas..semua mengarut..
DeleteMengarut ke tidak tunggulah pru14 nanti bro 13:59
DeleteKalau umno tak pilih ko boleh bertanding atas tiket bebas. Atau pun ko boleh ambil upah tampal bendera umno dan gambar najib.
Jgn asyik kata pembangkang berpecah belah. Dalam umno pun berpecah belah. Umno pun tunggu masa untuk rebah.
Jadi sebelum kata mengarut ko tengok rumah tangga ko sendirilah. Berantakan ker tidak.
Kalau ko nak terjun dgn telor telor ko pun tiada siapa nak larang. Itu ko punya sukalah. Tak ada siapa yg nak ambil tahu.
Jangan risau, MB yang dilucutkan jawatan itu tidak akan melawan. Ganjaran yang sewajarnya akan diberi sejajar dengan "usaha mereka yang telah berkhidmat pada bangsa dan negara" atau lebih dikenali sebagai "Cash is King". Masyuuuuuk and enjoy. End of story.
ReplyDeleteSdr budin,
ReplyDeleteSaya tak nampak apa faedahnya nak ditukar MB atau pun kekal MB sedia ada ...kerana apa saja perkembangan dalam pentadbiran kerajaan dan rejim najib dah tiada membawa fedah kepada pembanguan dan kesejahteraan rakyat...apa saja yang dilakukan oleh Najib dan rejim beliau semua adalah tertumpu untuk mengekal beliau berkuasa untuk elak daripada beliau dan Rosmah terheret ke makamah dan Sg buloh.
Kalau pun untuk umno terus berkuasa.. ia bukan lah umno yang sdr dan saya biasa campuri kerana umno sebenarnya telah pun terkubur ini adalah parti United Malay Najib Organisation ( UMNO) ....apatah lagi kalau untuk melayu agenda itu sudah jadi rektorik dan penipuan bagi raih undi sekarang pula sudah trend demi agama ini semua helah memperbodoh melayu yang boleh di BRIMkan.
Dalam tempoh terdekat kita akan saksikan rejim najib akan berusaha dengan pelbagai cara penipuan dan penyelewengan untuk parti najib kekal kuasa sekarang melalui SPR yang sudah di lama dibelangu BN mungkin esok lusa jentera kerajaan akan di gerak dengan belanja banyak untuk manipulasi rakyat agar minda dapat dibelengu kemudian ....(tak leh heboh sudah OSA) yang pasti PRU akan berlaku sebelum 2018 sekarang ini pun suasana dan angin angin sudah mula tiup kearah perkara tersebut.
Obama dah tak lama ....kes DOJ pun semakin hampir.. sampai najib pun dah tak berani atau malu nak ke PBB di New york samapai kena hantar Zahid komidi..Nak fikir pasal pembanguanan dan kesejahteraan rakyat sorry la Najib dan rejim tak ada masa sebenarnya mereka terpaksa mengejar masa yang masemakin nak tinggalkan najib dan rejimnya...ha ha ha ....Parti Bersatu boleh kayuh laju sikit dak masa semakin ligat..dan pembangkang kamu pun jangan leka dengan perkara perkara karut marut ( desak Tun M mohon maaf dan bebas si anu dan si ani) sekarang tumpuan jatuh BN dan pasti pemilihan pengundi sentiasa dibuat review. Doa semoga kerajaan di tukar baru dan sistem pentadbiran "Di reform" kepada lebih tulus dan bebas dari Rasuah.
kita akan tukar PM tahun depan jika pru14 diadakan. klu PH memerentah agenda utama adalah mwnggantikan DSAI di sg buluh diganti dg najib disitu utk tempuh 20 tahun.
ReplyDeleteotak kau dah bertambah sewel..
DeleteDak aihhhh tak sewel aihhhh. Tak tahulah kalau anon 1401 yg sewel
DeleteKalu temakan dedak memang org boleh jadi sewel tapi malangnya org yg sewel tu tak sedar dia tu sewel.
DeleteAzeez Abdool Raheem, Pengerusee Taboong Hajee sesuai untuk jadi MB Kedah. Tapi kena jadi ADOON dulu.
ReplyDeletehahaha lawak betoi ejaan hang bagi kat dia
Deletetp melawak melawak jugak
kami org kedah tak mau aih org ni ntah dari mana dia mai
kami mau melayu jd mb
Bila rakyat sudah mulai membenci, tiada lagi tempat untuk bersembunyi. Tunggulah hukuman dari rakyat dengan takdir yang sudah tersurat untuk kamu wahai semua puak puak pengkhianat amanah rakyat.
ReplyDeleteAla...tukar semua sekali lagi bagus...
ReplyDeleteEmpat mb itu ibarat lembu korban untuk jadi alasan kelemahan najib. Najib mahu rakyat lihat bn sentiasa prihatin pentadbiran negara. Mb yg lemah mesti diganti. Najib lemah siapa ganti?
ReplyDeleteIni lakonan talian hayat terakhir untuk hidup.
Mappadulung mahu menukar macai. Mappadulung mahu membela mas dan mutiara
DeleteBerita terkini .... United Nations (PBB) telah mansuhkan anugerah kepada Rosmah & Permata nya, akibat FLOM terlibat dengan penyelewengan MO1! hoohooo mahu ki mana?
DeleteMana boleh tukar ahmad bashah? Dia sihat....tak aci laaa. Lagi pon dia berpengaruh di seluruh kedah, boleh menyatukan umno kedah.....kih kih kih
ReplyDeletedia akan buat u-turn... dia dah belajar di pondok hj...
DeleteTu la dulu wat kat mukriz, kan dah kena balik skang..
DeletePilihan raya akan datang, kita tukar semua.
ReplyDeleteTukar parti,tukar PM dan tukar semua menteri kabinet dapur yang mencuri harta rakyat.
mengapa lah mentaliti puak2 ni kronik sangat..luah lah sepuas2nya dalam blog2 realitinya kau orang semua akan terlopong di pru14..
DeleteKepada anon 14.05, kami berjuang bersungguh sungguh sungguh untuk mencerdikkan orang2 macam kau....dan keturunan kau.
DeleteANON 14:05..Menang cara PENYAMUN, nak adil, buat PRU macam pemilehan President US, kira undi ikut kepala, bukan kerusi, mana achi, satu kerusi di Perlis atau Serawak cuma 1000 undi dapat satu kerusi, tapi di KL yang undinya 400,000 satu kerusi, sampai kiamat PEROMPAK Menang !!!
DeleteUntuk orang SPR, kau ingat Rakyat nak lepaskan kau orang di Padang Masyhar, kami akan pastikan semua orang SPR mereput dalam neraka Jahanam sebab subahat dengan PENIPU dan PEROMPAK..kau ingat ALLAH boleh terima alasan nak bantu UMNO Islam Munafik. Allah boleh kenal siapa Islam atau PEROMPAK.Kami juga tak akan halal walau sesen duit gaji yang kau orang muntah kedarah tiap2 bulan hasil dari cukai yang kami bayar!
aminnn
DeleteYang kronik ialah orang yang menghalalkan rasuah dan duit haram. Kronik hingga akan disoal di akhirat kenapa bersubahat menyokong penipuan hasil haram.
DeleteFiraun n namrod pun mampoih jugak. Macai ni tk baco sejarahh ker? Kesian bodoh selama nyer. Hihihi
ReplyDeleteSalam Sdr. Budin,
ReplyDeleteMaaf lari topik sikit. Mohon Sdr. Budin buat ulasan sedikit tentang berita anugerah UNESCO Rosmah ditarik balik.
Satu lagi kemaluan buat 1st. Family of Malaysia.
Laporan NY Times:
http://mobile.nytimes.com/2016/09/19/world/asia/award-malaysia-children-group-unesco.html
..berita malaysian press putar belit. Unesco beri anugerah pd Permata dan bukan Rosmah yg suaminya adalah pencuri duit 1MDB.
DeleteMalaysia press sebut Rosmah bini pencuri yg belanja sakan dgn duit curi 1MDB. Terkejut beruk semua orang.
Unesco tarik anugerah pd Permata kerana kuatir sumber kewangan Permata adalah dari duit curi.
Tukar mb bernaksud mb baru dari parti lain
ReplyDeleteIni zaman kejatuhan
Zaman melupus sejarah umno bn
Sejarah hancurnya rasuah dan skandal
peristiwa penting kuasa baru malaysia
KERIS
pahang
Dalam negara dunia ke tiga
ReplyDeletetidak pernah berlaku
kerajaan zalim diganti
melalui pilihanraya.
Bukan saja MB nak kena tukar, orang BERNAMA pon agaknya.....kakakakaka kih kuh
ReplyDeleteKat tingkat 14 BERNAMA pun ada sorang samseng.
DeleteBerlagak macam BERNAMA tu dia yg punya.
Sebenarnya bukan sekadar menkar mb bn/umno saja yg lebih penting rakyat tumbangkan kerajaan yg penuh dgn rasuah ini pd keseluruhannya itu yg lebih baik tak perlu separuh2 tukar tukar tukar bn/umno utk selama2nya hidup DAP
ReplyDeleteSebenarnya bukan sekadar menkar mb bn/umno saja yg lebih penting rakyat tumbangkan kerajaan yg penuh dgn rasuah ini pd keseluruhannya itu yg lebih baik tak perlu separuh2 tukar tukar tukar bn/umno utk selama2nya hidup DAP
ReplyDeletekejap ye..
ReplyDeleteDAP tak main la..
MB penang lim guan eng eng pun pelahap juga..
pantang ada tanah kosong.. baluuun.
drpd sokong DAP baik makan dedak najib boleh juga tuang minyak petrol kapcai..
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com
ReplyDeleteAsa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com