Wednesday, 28 September 2016

GEMBIRANYA PENYOKONG HISHAMMUDDIN DENGAN KELEMAHAN ZAHID HAMIDI, TAPI...


Sekali nampak macam kebetulan, dua kali diperhatikan seperti sudah bermulanya suatu gerakan. Itulah yang berlaku kepada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dalam sehari dua ini.

Mula-mula heboh diperkatakan mengenai ketidakfasihan sebutannya ketika berucap dalam bahasa Inggeris di Perhimpunan Agung PBB di New York. Di media sosial, ramai yang memperkatakan perkara itu dan tidak kurang yang memperlekehkannya.

Kemudian timbul isu satu kajian yang dilakukan Institut Darul Ehsan atau IDE yang melaporkan hasil dapatannya bahawa Hishammudin Hussein lebih menjadi pilihan berbanding Zahid Hamidi untuk menggantikan Najib Razak.

Hishammuddin dilaporkan mendapat 32 peratus undi manakala Zahid 31 peratus.

Semua orang tahu dan faham bahawa jika Najib memilih untuk mengundurkan diri, pilihan untuk menggantikan tempatnya ialah Hishammuddin, bukan Zahid. Zahid pun barangkali faham hakikat tersebut, tetapi pergantungan Zahid tentunya ialah popularitinya dalam UMNO selama ini.

Di dalam UMNO, rata-rata mengatakan hanya keajaiban atau sekiranya Najib mati mengejut saja yang membolehkannya menjadi Perdana Menteri. Hishammudin lebih dijadikan pilihan bukan saja kerana pertalian darah keluarga, tetapi juga disebabkan lebih dipercayai oleh Najib untuk melindungi tinggalan buruknya selepas tiada lagi kuasa dalam genggamannya.

Memang Zahid lebih popular dalam UMNO dan sering mendapat undi tertinggi, tetapi sejarah UMNO telah membuktikan berapa ramai pemimpin popular yang kecundang di tengah jalan kerana diketepikan oleh kuasa yang ada pada seorang Perdana Menteri.

Timbulnya isu ketidakfasihan sebutan bahasa Inggeris Zahid dengan hasil kajian IDE yang hampir serentak masanya mungkin secara kebetulan, tetapi yang menghairankan juga ialah bagaimana kajian yang seolah-olah senada dengan selera dan keinginan Najib itu boleh timbul sedangkan IDE adalah badan pemikir yang terletak di bawah kerajaan negeri Selangor?

Apakah selain membuat pelbagai kajian mengenai isu-isu yang menguntungkan kerajaan negeri Selangor, IDE secara halus sudah mula diresapi oleh unsur-unsur luar untuk kepentingan pihak-pihak tertentu?

Selain itu, bagaimana IDE boleh membuat kajian mengenai pengganti Perdana Menteri sedangkan Najib sudah berulangkali menyatakan sebagai Pahlawan Bugis, beliau tidak sesekali akan berundur daripada jawatannya dan tetap melawan sehingga bumi terbelah dua?

Kajian IDE yang mendapati Hishammuddin lebih popular berbanding Zahid seiring dengan "bencana" yang berlaku kepadanya di PBB, bagaimanapun ternyata amat menggembirakan penyokong-penyokong anak Tun Hussein Onn itu.

Nada kegembiraan mereka sehari dua ini seolah-olah kerusi Perdana Menteri selepas Najib sudah terkhusus khas untuk Hishammuddin serta makin menjauh daripada Zahid.

Ketidakfasihan sebutan Zahid bukanlah suatu kesalahan besar sebenarnya. Beliau hanya menyebut perkataan-perkataan Inggeris dalam slanga Melayu atau Jawa yang lebih pekat di lidahnya. Ia sama seperti orang Arab, orang Korea, orang Jepun atau bangsa-bangsa lain ketika bertutur dalam bahasa Inggeris.

Tetapi semua itu boleh diatasi dengan mudah. Sebagai pemimpin nombor dua dan banyak berurusan dengan negara luar, tidak dinafikan penguasaan bahasa Inggeris yang baik adalah penting. Dengan wang yang dimilikinya, Zahid bukan saja boleh mengambil guru persendirian untuk memahirkan sebutan bahasa  Inggerisnya  dengan cepat, malah boleh juga memilih sama ada cara sebutan gaya Amerika, United Kingdom atau Australia untuk dipelajarinya.

Kesalahan tidak fasih sebutan juga tidaklah sebesar dosa rasuah atau menyonglap ribu-ribu juta wang rakyat. Oleh itu, mengambil kira latar belakang keluarga Zahid yang merupakan orang kampung biasa dan tidak belajar di luar negara, kesalahan  beliau itu seharusnya mudah kita maafkan. Yang kita tidak maafkan ialah sekiranya Zahid turut mencuri wang rakyat.

Meskipun kajian IDE mendapati Hishammuddin lebih popular berbanding Zahid dan ia telah merangsang keseronokan di kalangan penyokong-penyokong Menteri Pertahanan itu, sesuatu yang harus mereka sedari juga ialah pendapat majoriti rakyat lebih mahukan penyingkiran Najib melalui pertukaran kepada sebuah kerajaan baru berbanding penggantian dengan pemimpin daripada UMNO juga.

Siapa pun diuar-uarkan sebagai pengganti, menggantikan kerajaan UMNO dan BN tetap menjadi keutamaan kerana itulah satu-satunya cara untuk menyingkirkan Najib, sekaligus memungkinkan kebenaran 1MDB, wang derma beribu-ribu juta dan bagaimana Rosmah Mansor mampu berbelanja mewah di seluruh dunia, dapat diketahui oleh rakyat jelata. (SH 28/09/2016).

46 comments:

  1. Aaawwwww...gembira???

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. apo lagi ei pak salah kairop (alamat) ko. nak meniago bukan sini.

      Delete
    3. Budak budak pun ketawa dgn sebutan bahasa english zahidi yg tak betul.

      Dengan riak wajah yg cukup terseksa mcm orang kena sembelit setiap kali zahid nak sebut sesuatu patah perkataan.

      Betul betul komedi zahid ni.

      Delete
    4. Dari tgk Zahid berucap, lebih baik tgk Hillary-Trump punya debate.

      Betul kata Budin, xkesah la xpernah study UK ka, US ka.. dah ramai budak2 sekolah dah boleh bergaya dgn mcm2 accent.

      Menteri2 kita ni mmg bodoh dan bebal, x reti nak belajar dari lawak2 social media. Budak2 lepasan SPM pun dah mcm cendawan tumbuh perli gila2 perangai bangsawan2 UMNO ni. Mujur blom lagi ada yg berani buat lawak pasal raja dan sultan yg pemalas.. mentekendarah harta rakyat ja tau.. tugas2 langsung x nampak batang hidung.

      Delete
  2. The findings of IDE needs to be corroborated by my ministry....(big wide smile)

    ReplyDelete
  3. English Anwar cakap mcm biji getah tersangkut dalam mulut, Muhyidden cakap mendata takdo irama dan merabam rabam, Muhkriz mano boleh lawan Khairy, memang ei Hisham terbukti cekap dan hebat Englishnya dlm pengkendalian soal jwb pesawat hilang sungguh, Piji sotong pun mcm gurunya Anwar tapi tak boleh lwn Khairy. Mat Sabu org kias bahasa Melayu diyo tak faham apo lagi English pakat molopong jo la. Pepehal Mahathir memang terbaik tapi terlobih belit berkontroversi dan konfrantasi sama ranking dgn Najib tapi Najib Englishnya amat bersederhana tuturan dan byk berlapih terutama dgn negara luar tu sobab selalu diperlecekan. Alang bagus kalu Mahathir masih 30 tahun dulu sobab skrg fikirannya skrg tak menentu dan badab selalu lotih. Kesimpulannya Umno masih ado tak Khairy Hisham tak Hisham Khairy menjadi takdir satu hari nanti memegang tampuk pemerintahan. Yang lain2 mlm sikit ei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tulis bahasa melayu pun macam pendatang haram indonesia, lagi ada hati nak ulas pasal politik malaysia. Sama tongong macam zahid hamidi.

      Delete
    2. Anon 2154. Ko gi balik ni bukak Tatabahasa Dewan DBP. Lepas tu belajar cakap depan cermin. Tak pun bljr mengarang surat cinta pada mana2 awek yang ko berkenan di hati. Jangan marah ea anon 2154. Gurau je..hidup ni kena happy mcm aku..

      Delete
    3. Oklah hamba setuju

      Delete
    4. Anon 21:54

      Baru lepas makan taik!

      Delete
    5. 23:54 memang ei budak terencat

      Delete
    6. 21:54 la bukan 23:54

      Delete
    7. Secara amnya , tiada satu pun pemimpin UMNO/BN yang berkaliber utk jadi peneraju Negara ini .

      Hishamudin ? Jadi menteri dalam negeri , kadar jenayah terus meningkat . Usah pedulilah dengan statistic yang mengatakan kadar jenayah turun tiap2 tahun ... semuanya ouata . Pergilah mana2 balai polis dan bertanya ..macam macam berlaku berlambak hari2 .

      Hishamudin ? jadi menteri pertahanan , penculik menceroboh kawasan apa tu ? esscom guna motorboat pun tak bolih kesan ..buat perabis duit rakyat je .

      Khairy ? menteri sukan . Apa benda yang dia buat selama ini ??? Duit yang patut di guna utk memajukan sukan pun di rembat olih pegawai atasan dia . Mat langun sorang ni memang lah pandai berkata kata tapi ibarat 'tin kosong' je ..bak kata orang putih " empty can makes the most noise " .

      MCA ? sudah hancur ...
      MIC ? sudah basi ...
      Lagi satu komponen BN .. apa tu ?? Makkal sakti .. abok pun tarak tapi ketua nya dapat anugerah Tan Seri ... Tan Seri Dato Nalla adeyappa !!!!!

      Delete
  4. Mana mungkin zahid tak curi duit mcm najib?? Kita org melayu senang sgt simpati walaupun pada musuh. Macam cerita hindustan. Zahid dgn hishamuddin yg berebut jawatan, kita sibuk tumpang sekaki pilih mn lbh bagus. Tengok jam tgn zahid sahaja nilainya ratusan ribu...franck muller, richard mille, iwc. Gaji tpm, elaun ahli parlimen cukup ke nak beli? Bukan 1, berlambak. Sejak dia pegang kdn, peruntukkan polis naik memuncak sebaliknya peruntukkan ipt dipotong. Imigresen di sub pada sykt kroni. Negara dipacu jadi negara polis untuk jaga kepentingan mereka. Kalau zahid dah mmg belacan, dia memang patut dikritik sbb dia pemimpin negara. Bukan rakyat biasa. Dan dia harus terima kritikan. Kita tak perlu simpati pada musuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada Org dalam amno yg sesuai dah utk ganti najip?

      Mereka lebih sesuai utk temankan najip dalam jel je Macam geng penyamun dok dalam lokap dengan ketuanya komeng dlm cerita do re mi

      Delete
  5. Tak fasih english bukan isu, kerana ianya berhubung kait dengan latar belakang keluarga, persekitaran dan pendidikan individu. Tapi yang lebih dipersoalkan dalam isu zahid ialah, kenapa berucap dalam english, dan bukan bahasa melayu? Dia mewakili kepentingan negara di dalam persidangan, mesyuarat, dialog atau rundingan dengan pemimpin2 asing. Mereka perlu faham apa dia cakap, dan juga sebaliknya. Jangan guna english kalau tak fasih, nanti ada banyak la pulak alasan berbentuk miscommunication, misunderstanding, etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diyo dulu akrab dgn Anwar yang cakap English mcm totolan biji getah tosangkut-sangkut tu pasal sedikit sebyk terikut-ikut. Ei marah plak 22:01 tuduh den mcm tah2 diyo pendatang seberang.

      Delete
    2. Bukan isu? Baik dia cakap jawa je. Sebagai pemimpin no 2 negara, zahid harus lengkap. Ukur baju badan sendiri sebelum tawar diri. Ini tak..lobi duit untuk menang naib presiden dengan undi terbanyak, bila jadi menteri bagi kroni telan duit rakyat, bila gagap berucap, bagi alasan prinsip lebih penting. Ucapan tak penting..kahkahkah. Pandai najib wakilkan si gagap di pbb. Penyudahnya..zahid kena kutuk. Kahkahkah

      Delete
    3. Baik hantar rosmah berucap. Lepas berucap, boleh shopping 1 kapal pakai duit curi.

      Delete
    4. Zahid takat ni jo org no 2 serupa Anwar tak boleh panjek lagi, tak boto goyo kono tuing jugak,

      Delete
    5. tpm bukan untuk jadi pm..zahid sedarlah diri sebelum dikuis.

      Delete
    6. 22.08 saya katakan tak fasih english bukan isu, kerana jalan penyelesaiannya ialah zahid menggunakan bahasa melayu (berserta khidmat jurubahasa). Ini adalah dalam konteks zahid di pesada antarabangsa.

      Tapi dalam konteks pemimpin tertinggi harus lengkap sebelum tawar diri, saya setuju dengan anda.

      Delete
    7. Saudara 22.06...anwar can read, write, communicate and articulate his argument very well in english. International tv networks have carried live interviews with him before, no hiccup on his part at all. Kalu nak perlekehkan orang pon, biar lah bertempat.

      Delete
    8. What my comment only with his vokal style not fluent like Mahathir but I know his excellent in English everything all issues, visions and hopes. Org Nogori cakap telo diya terkumam-kumam.

      Delete
    9. Anon 23:25, I like your England..

      Hehehe..

      Delete
    10. 23: 25....england mu membujur arus melintang pukang, mu wang to komen anwar spiking england? Mu better spik minang la my freng. Vokal style tu untuk nyanyi lagu, like lagu apo nak di kato...

      Delete
    11. Anon 23:47,

      ...me lap you loong time... one awer ok?

      Sawadeekapp....kap kap kap...

      Delete
  6. Kalo org dah x mau mat saleh pun kata melayu...kalo berkwn dengan penyangak, sampai masanya kamu dilanyak..there is no trustworthy in umno anymore...zahid will got his share of what he has done...wait n see..

    ReplyDelete
  7. Penulisan tuan admin amat hebat dan menembusi ketulang hitam....

    ReplyDelete
  8. Tak silap Zahid ada gelaran Dr?

    ReplyDelete
  9. Sharifah Aini belajar bahasa Inggeris demi kariernya sebagai penyanyi. Jika ketika itu Zahid pun belajar bahasa Inggeris mungkin dia lebih baik dari sekarang.

    ReplyDelete
  10. Sekali lagi dasar pendidikan akan di ubah kan oleh Zahid kepada sebelum me'inggeris'kan sains dan matematik.

    Zahid sepatutnya ditawar berlakun dalam 'Oh! My Englis'

    ReplyDelete
  11. Walaubagaimanapun, DSN tetap petah berbahasa Inggeris daripada DZH. Madey memang petah. Tetapi belit-belit. Sama dengan Nuor Al-Juburi. Dua2 kaki belit macam sawa lapar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat apa setakat petah, bibir merah tutur kata dan gaya lagak true gentleman tapi tubuh syarikat hutang berbillion?? Dapat dana pegi enjoy joli,berjudi,shopping tak ingat dunia lepas tu pandai pulak suruh rakyat tanggung hutang melalui gst dan segala mcm campurtangan kerajaan dlm ekonomi negara..haram jadah punya keturunan. Satu masa nanti bila rakyat betul2 menyampah/benci/meluat/dendam, keluarga puaka sepupu sepapat penyamun kami halau, kami hambat keluar dari malaysia!

      Delete
    2. Lantak ker nk kata apa psal DSN. Yg pntg ku tetap sokong DSN. Pedulikn lh penyokong madey nk kt apa..

      Delete
    3. 3.36 termakan nasi kangkang big mama

      Delete
    4. Orang mcm 3.36 mmg banyak dimalaysia..kalo kebenaran depan mata sekalipun, tak nak diterimanya ..nak gak sokong sibibir merah with golden frame spec tuh..Insafler bro..

      Delete
  12. Isu gagal kuasai bahasa inggeris nampak remeh pada sesetengah orang tetapi amat penting dalam kelompok umno. Ingat mat taib dan ali rustam? Dulu diorang nak bertanding timbalan presiden..bersama2 TSMY. Ali rustam kena tindakan disiplin, tinggal mat taib. Kemuncaknya TSMY menang. Antara isu dibangkitkan? Penguasaan bahasa inggeris..bukan kata penyokong hishamuddin sahaja yg perlu mainkan isu ni, kita sebagai rakyat yg tak berpuashati dengan kerajaan, pembangkang khususnya harus mainkan berulang kali walaupun kita tau ianya remeh. Zahid tak layak, hishamuddin pula lembik. Ya..kita serang habis2an. Biar hancur parti penipu bangsa.

    ReplyDelete
  13. Zahid kurang menyakinkan. Masih ingat tak beliau meninggalkan Anwar pada saat Anwar memerlukan sokongann beliau.

    Zahid mementingkan diri sendiri. Mungkin memang itu resam Umno.
    Jgn terlalu memberi harapan kpd pemimpin spt ini.

    Jika di suatu hari nanti orang2 Melayu diserang stay berlaku penghapusan dan pembunuhan etnik Melayu, antara orang pertama yg akan repairman diri ialah Zahid Hamidi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan: melarikan diri
      Bukan repairman diri

      Delete
  14. Najib kaki curi wang 1MDB. Berbilion US$ dikebasnya.

    Zahid masih menyokong pencuri ni. Tu lah dosa dan kesalahan Zahid. Credibility & integriti dia rendah. Jadi org tengok kelemahan2nya.

    Kalau arwah Nik Aziz ckp English di UN, rakyat tak akan kritik sebb integriti dan kejujurannya mengatasi kelemahan2 yg remeh spt tak tahu berbahasa english.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz zahid. Apa hukumnya orang mencuri?

      Delete
  15. Nak jadi PM??Jadi menteri AMARAN tu yg dia boleh .Tak ingat ke waktu dia jadi menteri KeAMARAN dulu ?? Undang undang dia letak dalam spender dia

    ReplyDelete
  16. PM lebih bijak dengan mendedahkan TPM di pentas antarabangsa bukan untul promote tp sebenarnya untuk rakyat malaysia melihat keupayaannya....jadi bila semua rakyat malaysia memperlekehkan TPM maka PM tiada pilihan melainkan menggantikannya dgn DS HIshamudin

    ReplyDelete
  17. Tu la Oden dah kato tak Hisham Khairy Hisham, dah tontu Hisham ngonang jasa ayah diyo Bapa Perpaduan secocok dgn Khairy yang tahu diyo di groomkan copek sgt montang montuwo ea dulu pm yg crossline org lama, tompi diyo pandai break sikit dan mancu balik bial lambat asal togap. Ek ang jgn pikir pulak Hisham, yo ang mano tahu kot2 pokakeh diyo boleh timang 2 buah kelapo mudo, berat tu di tambek bilo bonka kuek pokakeh diyo. Jgn pandang lembut bukan sebarangan lembut. Lembut melibas tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...