Friday, 2 September 2016

BILAKAH RAHMAN DAHLAN MAHU DISIASAT?


Sedarkah kita bahawa mengaitkan Najib Razak dengan Malaysian Official 1 rupa-rupanya adalah suatu kesalahan?

Pada 1 Ogos lalu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua terpaksa mengadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM untuk diambil keterangannya kerana mengaitkan Najib Razak dengan Malaysian Official 1.

Menurut Tony Pua, SKMM memanggilnya setelah agensi itu difahamkan menerima lima aduan berikutan tulisannya di laman Facebook yang menuduh Najib sebagai Malaysian Official 1 susulan dokumen saman oleh Jabatan Kehakiman AS sebelum itu.

Siasatan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tidak wajar.
Selepas memberi keterangan, Tony Pua bagaimanapun bertegas bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan serta tidak akan memadam tulisannya yang mengaitkan Najib dengan Malaysian Official  1 itu.

Sehingga ini tidak diketahui apa nasib seterusnya kepada Ahli Parlimen DAP itu, sama ada akan didakwa atau dilepaskan begitu saja.

Tetapi dengan memanggil Tony Pua untuk diambil keterangannya kerana menuduh Najib sebagai Malaysian Official 1, jelas bahawa bagi SKMM perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan atau boleh disabitkan dengan kesalahan.

Dalam erti kata lain, Najib cuba dielakkan sebarang kaitannya dengan Malaysian Official 1 yang didakwa oleh Jabatan Kehakiman AS telah menerima AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta daripada wang 1MDB yang dilencongkan melalui akaun bank peribadinya.

Untuk itu, mengaitkan atau menuduh Najib sebagai Malaysian Official seperti mahu dilihat sebagai suatu kesalahan juga.

Jika ianya tidak salah, sudah tentu SKMM tidak memanggil Tony Pua untuk diambil keterangannya, malah mengabaikan saja lima laporan yang diterima itu.

Oleh itu, jika tidak bersedia berdepan dengan penyiasatan SKMM, orangramai jangan cuba-cuba membuat tuduhan atau gatal tangan menulis di laman sosial mengaitkan Najib dengan Malaysian Official 1.

Tetapi, itu mungkin dulu.

Sekarang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang merupakan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan bahkan dengan bangga mengesahkan Najib adalah Malaysian Official 1.

Beliau bukan lagi menuduh atau mengaitkan Najib dengan Malaysian Official 1, tetapi juga mengesahkannya. Pengesahan pula tidak dibuat melalui Utusan atau TV3, sebaliknya melalui BBC yang berpusat di London serta beritanya tersebar ke seluruh dunia.

Jika menuduh atau mengaitkan Najib dengan Malaysian Official 1 boleh dikaitkan dengan kesalahan di bawah Akta SKMM, bagaimana dengan perbuatan Rahman Dahlan yang mengesahkannya?

Apakah agensi-agensi penguatkuasa lain tidak mahu melihat Rahman Dahlan mungkin telah melakukan kesalahan juga sebagaimana SKMM membuat penilaian terhadap Tony Pua?

Masihkah perbuatan mengaitkan, malah mengesahkan Najib sebagai Malaysian Official 1, suatu kesalahan atau sebaliknya sekarang ini? 

Bilakah Rahman Dahlan akan disiasat atau beliau bakal menerima hukuman secara langsung daripada Najib sendiri tidak lama lagi? (SH 02/08/2016).

21 comments:

  1. puak amno kuat belit bila dapat idea baru
    walau ngaku tapi akan pusing cakap lain pulak
    amno tetap amno

    ReplyDelete
  2. Said Keruak M***sia M***fik (SKMM) pilih buku.

    ReplyDelete
  3. Rahman dahalan ia lah strategic director UMNO.

    dia mungkin sedang meggunakan pendekatan 'reverse psychology'.

    jika dia gagal, maka lubang yg d gali utk najib sudah tentu makin dalam.

    ReplyDelete
  4. Hanya rakyat matang memberontak guling najib bn umno
    Guling najitangkap najib
    Penjara najib
    Merayau merapu dah najib
    KERIS
    mana sprm
    Mana peguam negara
    Mana gabenor bank
    Msna igp
    Mana sprm
    Mana
    Mana semua penguatkuasa?
    Tidor?
    Gaji buta?
    Halakan rasuah?
    Sogokan?


    Seleweng?

    ReplyDelete
  5. Bukti dan dokumen sah nyata dah ada
    Rakyat mesti bangun memberontak seluruh negara

    KERIS

    Semua dah jelas nyata

    Ekonomi terus meleset
    Media bn tipu
    Sara hidup naik
    Bn tipu lagi

    ReplyDelete
  6. Wayang BN dah tak laku

    ReplyDelete
  7. Najib terus tenang menghadapi keadaan yg sangat mencabar ini. Beliau berkata akan terus istiqamah dan berbakti kpd rakyat.

    Semangat juang Najib yg kelihatan begitu tenang amat dikagumi oleh ramai pemimpin luar negara yg sedang memerhati dlm diam.

    Pengkritik Najib dan Umno dicadangkan tidak terlalu ghairah dgn kenyataan terkini Rahman Dahlan kpd BBC.

    Kes sivil DOJ mungkin akhirnya menguntungkan Najib yg akan dilihat sebagai penyelamat. Sama2lah kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah kemunduran yang tertimpa kedaulatan perundangan negara kita....amalan hitam itu di katakan putih, dan hal yang benar dan sah itu tidak di akui dan tidak digalakkan oleh para pentadbir yang telah menyeleweng pada tanggung-jawab jawatan mereka.

      Delete
  8. Biar masa menentukan. Tunggu keputusan DoJ. Pembangkang jangan cepat melatah. Sabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita tidak berdaya lagi menangani suatu masalah, hanya Allah tempat kita mengadu. Biar Allah tentukan nasib SEMUA PENGKHIANAT NEGARA.
      Allah maha bijaksana.
      Tugas semua 'buat solat hajat'.
      Lihatlah Abd Rahman Dahalan sudah mengaku secara tak sengaja.
      ALLAH MAHA ESA.

      Delete
  9. Usah nak harap 5 pengadu U--- tu akan buat aduan yang sama kepada SKMM untuk meminta tindakan yang sama dilaksanakan ke atas Rahman Dahlan.

    Mat Keriau dan Rahman kan rakan-rakan sekampong. Selepas Apdal tak kan giliran Rahman pula menyusul kot.

    Saya syorkan 5 pengadu bukan dari U--- sebaliknya membuat aduan yang sama dan kita tengok akei SKMM tentang Rahman supaya kemeriahan polemik MO1 ini mempunyai nilai tambahan.

    ReplyDelete
  10. Saudara Budin
    Rahman Dahlan wajar di siasat oleh SKMM
    Kerana membuat kesalahan yang sama dengan Tony Pua.

    Kita akan lihat samada Salleh keruak akan mengmbil tindakan terhadap rakan beliau dari sabah. Keruak ini kalau di lihat daripada personalti dan penampilan beliau memang tak layak jadi menteri kerana MP2 dari sabah banyak yang lebih layak dan cerdik daripada beliau. Saya lebih kagum dan tertarik dengan Datuk Gapur Salleh dan beliau memang jauh lebih layak daripada keruak cuma beliau tidak pandai membodek dan mengampu boss nya untuk membolehkan beliau menjawat jawatan menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dgn anda. Datuk Ghafur Salleh adalah antara pemimpin terbaik dari Sabah. Beliau seorang pemimpin berani dgn pendirian yg lebih menyakinkan.

      Delete
  11. Sudah 59 tahun rakyat Islam Melayu di Malaysia ini telah dikhianati oleh pengkhianat durjana lakhnatullah Umno ini.Bermula dgn pemberian hak kerakyatan bangsa india dan cina kemudian bergadai tanah reseverd Melayu dan seterus nye kini menyapu dana rakyat negara ini.Jadi pada semua Rakyat Malaysia terutamanye yang berugama Islam buatlah sembahyang hajat dan seterus buatlah bacaan yasin beramai ramai untuk pengkhianat pengkhianat Durjana lakhanatullah ini serta mohon doa kepada Allah dgn tanpa belas kasihan saperti kita doa kan yahudi terhadap pengkhianat durjana lakhantullah ini.

    ReplyDelete
  12. Apa nak jadi melayu ni. Bodoh2 belaka yg memegang jawatan awam. Baik kehakiman, kepolisian, SKMM dan semua jawatan penting dipegang olih melayu yg bodoh.

    Melayu2 bodoh diSKMM buat kerja bodoh. Satu dunia tahu MO1 adalah Najib. Yang himpunan Tangkap MO1 tu yg dianjurkan olih pelajar2 ialah suruh polis melayu tangkap Najib lah..

    apa ke bodohnya melayu diSKMM ni. Dh lah ahli2 Umno dan Menteri2 Umno bodoh, yg pegang jawatan awam jugak adalah melayu2 bodoh....

    ReplyDelete
  13. Enbudin
    Lambatla ulas politik
    Media prima ulas cepat dan bodek pok jib
    KERIS

    ReplyDelete
  14. Isu ekonomi meleset dalam akhbar china betul?
    Isu ketua polis cakap tunggang tebalik
    Macai macai umno merapu
    KERIS

    ReplyDelete
  15. Isu keluar terus publis di sini en budin
    Bior rakyat cepat dapat
    Medis prima bankrap tu
    KERIS

    ReplyDelete
  16. Ismail sabri makin lama makin gila nak berkuasa.
    Skrng ni dia tengah mengidam sgt nak jadi vice president umno.

    Sebab tu dia cakap pun gila gila. Minta mandat drp rakyat p.pinang untuk umno/bn memerintah semula.

    Sedarlah diri kau ismail sabri oiii..mandat yg kau ada skrng ni pun adalah mandat drp rakyat.

    Mandat apa lagi yg kau nak?

    Mandat yg rakyat bagi bukan suruh kau bersenkongkol dgn lanun yg merompak duit rakyat.

    Dengan mandat yg dah ada ini pun kau tidak berbuat apa apa. Malah kau sokong lagi lanun tu.

    Apakah kau fikir rakyat ni bodoh. Jgn jadi gilalah lsmail sabri!!!

    Jgn kau ingat rakyat tak ada pelajaran, tak ada fikiran untuk ikut telunjuk kau secara buta tuli saja.

    Simpanlah dedak kau tu untuk bagi makan anak bini kau. Masa kau berkuasa pun sudah berlalulah lsmail sabri.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...