Thursday, 8 September 2016

NAMA TAK PENTING, YANG PENTING PPBM BAKAL JADI KERAJAAN BARU MENGGANTIKAN UMNO


Pendaftar Pertubuhan, sebagaimana yang dijanjikan oleh Zahid Hamidi,  meluluskan parti baru yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir Mohamad dan diketuai oleh Muhyiddin Yassin hari ini iaitu genap sebulan selepas pendaftarannya dikemukakan pada 9 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak dibenar menggunakan singkatan nama BERSATU, sebaliknya akan dikenali sebagai PPBM.

Tambah Zahid, nama BERSATU tidak dibenar untuk digunakan kerana sudah terdapat enam parti dan organisasi lain yang menggunakan nama "Bersatu" pada nama pertubuhan mereka.
Walaupun mungkin ada yang kecewa dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan tidak membenarkan penggunaan nama BERSATU itu, sekurang-kurangnya kini sudah ada wadah yang sah yang untuk menyertai pilihanraya dan menggiatkan lagi usaha menyingkirkan Najib Razak.

Apa pun nama tidaklah sepenting PPBM itu sendiri yang sudah diluluskan. Apa juga nama boleh disebut dan dikenali, tetapi yang penting ialah perjuangan yang dibawanya.

Tidak guna mempunyai nama yang indah dan baik-baik jika akhirnya menjadi penyangak atau penjenayah. Kadang-kadang nama yang terlalu  indah juga boleh menjadi  suatu tekanan. Baik kepada parti atau manusia, nama yang biasa-biasa sudah memadai sebenarnya.

Asalkan nama yang diberi atau diluluskan itu tidak terlalu buruk dan maksudnya pula tidak mengelirukan, PPBM harus diterima seadanya.

UMNO, PKR, DAP, MCA, MIC, PBS dan lain-lain parti juga menggunakan singkatan berdasarkan nama penuhnya. Maka, tidak ada yang peliknya dengan nama PPBM yang diluluskan itu.

Mungkin pada permulaan ini, nama PPBM agak janggal dan susah disebut berbanding BERSATU, tetapi  lama kelamaan ia akan jadi biasa akhirnya. 

Selain nama PPBM yang harus dibiasakan, yang lebih penting mesti ditekankan ialah perjuangan PPBM itu sendiri ingin membersihkan kekotoran dalam negara yang diakibatkan oleh Najib dan UMNO selama ini.

Ia tidak seperti UMNO yang cenderung mempertahankan Najib meskipun kekotoran dan onarnya menjadi perbualan seluruh dunia, PPBM sebaliknya bersama Pakatan Harapan bakal menjadi sebuah kerajaan baru menggantikan BN.

Jika keyakinan itu dapat diterapkan dengan sebaik-baiknya kepada rakyat, apa pun namanya tidaklah penting sangat sebenarnya. Yang mana ingin keluar UMNO dan mahu melihat Najib disingkirkan bolehlah mulakan langkah dari sekarang.  (SH 08/09/2016).

67 comments:

  1. Tahniah & Syabas kepada Tun M,TSMY & Dato Seri Mukriz .....!!! Rakyat sudah bersedia menyahut seruan "Bersatu"

    ReplyDelete
    Replies

    1. Siratol MusTAQIM...Lurus dan SUCI
      Selurus Se SUCI...Sang Kaseh Mem-BERI
      Mem-BERI Kemaafan...Ke Insafan DIRI
      Kemaafan Se LUAS...Langit dan BUMI
      Sang Kaseh Mem-BERI itu...Sumber INSPIRASI
      Sang Kaseh mem-bERI itu...SELFLESS in INTEGRITY
      Sang Kaseh Mem-bERI itu...SELFLESS Tak PentingDIRI
      Sang kaseh Mem-BERI itu...SELFLESS n Very7 FRIENDLY
      Sang Kaseh mem-BERI itu...SELFLESS Totally like "no-body"
      Sang kaseh Mem-BERI itu...Selfless-FITRAHnya SYURGAWI
      Sang Kaseh Mem-Beri itu...For ONE n Only s d Mission of ILAHI



      Sang Kaseh Mem-BERI Itulah...Seindah7AMANAH-Integrity-n-TRANSPARENCY
      Sang Kaseh Mem-BERI Itulah...d Total SOLUTION-Eternally-Azali & ABADI


      Krn Kaseh Mem-BERI itu...Adalah Semurni7 Sifat"MU" Yaa RABBI


      TAK Wujud lg ddlm HATI.."niat" mmFITNAH & juga menCURI









      Delete
    2. Jgn jgn jgn Sesekali kau melupai
      Fitnah onar liwat Jenalik dan Memali
      jgn kau cuba buat2 lupa Mas PKFZ Perwaja IPP
      insafilah sbnr2 hakikat fitrah mu nan suci

      kembalilah kepangkal jln stelah kau mnyedari

      Bhw kita smua adalah SATU sjak dr Adam & azali

      jgn sesekali kau ulangi lg fitnah rasuah @ mencuri


      Delete
    3. DAP mengakui kesukarannya untuk menang dalam PRU-14 nanti. Begitu juga kedudukan Pulau Pinang yang pasti tidak menentu disebabkan beberapa faktor yang mendatang.

      Sokongan Melayu yang selama ini didapati daripada PAS tidak lagi menjamin kedudukan untuk beberapa kawasan kerusi bercampur. Walaupun DAP berikan sokongan hampir 100% dengan jentera dan pemikir membantu parti PAN tetapi prestasi PAN tidak menunjukkan satu yang dibanggakan.

      Malah kajian terakhir yang dibuat oleh DAP menunjukkan PAN & perang dengan PAS antara faktor besar sokongan Melayu lari. Serangan kepada DAP oleh UMNO tidak dapat dipatahkan dan lebih buruk apabila sebahagian ahli PAS turut menyerang DAP dikala itu.

      Pengundi Cina memang memberikan sokongan masih utuh, tetapi sokongan sebelum ini sudah maksimum tidak menjatuhkan BN. DAP perlu orang Melayu untuk menjatuhkan BN disamping sokongan Cina.


      Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong 21 Jun 2016 lalu ada membuat kenyataan
      "Adalah satu kegilaan untuk pembangkang berterusan memberi tumpuan kepada taktik kuno dengan membentuk satu blok tunggal dan memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya mengalahkan BN"
      "Ada yang berpendapat bahawa pihak pembangkang hanya perlu membentuk satu blok tunggal sekali lagi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang suapaya pertandingan satu lawan satu menenatng BN.
      “Tetapi adakah ini yang pengundi mahu lihat? Adakah keputusan pilihan raya umum akan datang hanya berdasarkan pertandingan satu lawan satu terhadap BN?
      Liew Chin Tong berkata keyakinan kunci kejayaan bukan terletak pada pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya mahupun penubuhan sebuah blok pembangkang tunggal, tetapi dalam melibatkan rakyat dan menulis semula politik Malaysia.

      Jika orang yang 'celik akal politik' akan membaca kenyataan ini bahawa DAP tidak lagi yakin dengan PAKATAN HARAPAN. Antara sebabnya masalah dengan PKR terutama dengan Azmin Ali yang tidak dapat dikontrol oleh DAP. DAP lebih suka menyokong Wan Azizah kerana dia lemah dan boleh dimanipulasikan oleh mereka.

      PAN pula tidak membantu menarik sokongan PAS dan Melayu. Malah PAN pula menjadi beban kepada DAP untuk ditanggung.

      Apa lagi DAP boleh DAP dengan Pakatan Harapan?

      Oleh itu pertemuan Lim Kit Siang dan beberapa orang pimpinan DAP dengan Tun Mahathir mencetuskan idea untuk menggantikan PAKATAN HARAPAN dengan satu lagi blok politik SELAMATKAN MALAYSIA.

      Jangan anda terkejut parti baru itu adalah ciptaan bersama Lim Kit Siang dan Tun Mahathir.

      Delete
    4. Populariti parti politik PKR dan PAS semakin meningkat di laman sosial sehingga menenggelamkan DAP, menurut firma kaji selidik Politweet.
      Laporan Malay Mail Online yang memetik kajian Politweet menyatakan PKR kini diikuti lebih ramai orang di Facebook dengan 1.8 juta pengguna dirapati PAS dengan 1.6 juta pengguna.
      Manakala pengikut DAP turun mendadak kepada hanya 1.1 juta pengguna Facebook berbanding angka kemuncaknya pada Januari tahun ini iaitu 4.6 juta.
      Ini adalah penurunan yang besar memandangkan DAP sebelum Mei mendapat perhatian yang paling banyak di Facebook selepas Umno.
      “Sejak April 2013 DAP adalah parti pembangkang yang paling kuat di Facebook dari segi minat pengguna.
      “Kini, DAP adalah parti pembangkang yang paling lemah di Facebook berbanding PKR dan PAS, dan ini mungkin akan menyebabkan ia berdepan cabaran dalam menyebarkan mesejnya kepada pengikut laman sosialnya,” kata Politweet dalam kaji selidiknya.

      Pada waktu puncak, DAP pernah menyaksikan lebih 3 juta lelaki dan 1.8 juta wanita yang menyatakan minat terhadap parti itu.
      Secara geografi pula, minat terhadap terhadap DAP jatuh di semua negeri termasuk kubu kuat Roket, Pulau Pinang.
      Parti itu kehilangan 69% minat pengguna di Pulau Pinang, manakala PKR, PAS dan Umno menunjukkan peningkatan.
      Kajian itu juga menunjukkan kehilangan penonton antara 45% dan 74% dalam semua kategori usia dan paling buruk ialah kumpulan usia 13-20 tahun dan 31-50 tahun yang membawa pengurangan keseluruhan 62.21%.
      Menurut Politweet, penurunan minat keseluruhan ini berpunca daripada beberapa insiden yang berlaku dalam parti itu sehingga memberi kesan kepada pengguna pelbagai peringkat usia.
      Minat terhadap DAP memuncak apabila parti itu memutuskan hubungan dengan PAS berhubung perbezaan pendapat mengenai hudud pada Mac 2015 namun jatuh selepas ia mengisytiharkan pemansuhan Pakatan Rakyat pada Jun tahun yang sama.
      Politweet dalam kajian Twitter sebelum ini ini menyatakan penurunan minat juga disumbangkan oleh skandal pembelian banglo Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
      “Kejatuhan ketara juga dilihat antara Mac-April 2016 apabila timbul tuduhan terhadap Lim Guan Eng,” kata Politweet.

      Delete
    5. “Kami menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 selepas membuat siasatan ke rumahnya pada lewat petang tadi,” kata Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban kepada Bernama.
      Sebelum itu, Lim Keat Seong, 68, bapa kepada Adun Sungai Pinang dari DAP, Lim Siew Khim, menyerah diri secara sukarela sekitar jam 1 petang tadi untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah untuk rumah mampu milik di Pulau Pinang.
      SPRM sudah mengambil keterangan 8 individu setakat ini.
      Ahad lepas, sebuah laman berita politik, Penang Kini, memuatnaik video memaparkan bapa Siew Khim dimarahi seorang pelanggan yang tidak berpuas hati kerana tidak mendapat rumah mampu milik yang dijanjikan.

      Video itu dirakam secara rahsia di sebuah kedai kopi hujung tahun lalu.
      Seorang pengantara dilihat menguruskan pengembalian wang secara ansuran kepada pelanggan itu.
      Difahamkan “Uncle Lim” antara lain meminta bayaran perunding sebanyak RM260 untuk mendapatkan rumah mampu milik.
      Siew Khim menjauhkan diri daripada dakwaan terhadap bapanya itu, dan berkata tidak tahu menahu akan urusan bapanya. Beliau menafikan sebarang pembabitan, dan berkata Gerakan mencemar namanya dengan menganginkan beliau terbabit dalam kegiatan itu.

      Delete
    6. Isu patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah

      Barangkali rasa "pedih telinga",sekonyong-konyong Timbalan Mufti Kedah merasakan ianya merujuk kepada Lang Merah Langkawi.Beliau menyimpulkan 2 perkara tentang Lang Merah :

      1) Patung Lang Merah dibina dahulu tidak merujuk kepada Jabatan Agama(Jabatan Mufti tidur ke?)Sudah puluhan tahun dibina.Jabatan Mufti tidur ke?
      2) Jika mahu roboh perlu kepada runding dahulu.(Kerajaan Negeri,Mufti tiada kuasa? ) Sesuatu yang jelas haram perlu rundingan.

      Jika kita lihat isunya,sebenarnya semuanya untuk Dr Mahathir.Apabila Mahathir keluar UMNO dan menentang UMNO,maka perlu cari kesalahan dan kejahatan Mahathir.

      Sebelum ini isu tandatangan untuk masuk Kem Kemunting jadi isunya.Mahathir didakwa sebagai penentu berjaya atau tidaknya untuk masuk Universiti ISA Kemunting.

      Kini timbul pula isu patung.Tentunya untuk Mahathir lagi.Kerana semasa patung itu dibina,Mahathir sebagai PM tengah rancak mempromosikan Langkawi sebagai destinasi perlancongan.Antara projeknya membina patung berhala Lang Merah.Ketika itu semua orang termasuk Mufti "kenyang" makan dedak Mahathir.Tiada bantahan kerana kenyang makan dedak Mahathir.

      Apabila Mahathir keluar UMNO,berbunyilah para segala mufti.

      Inilah antara perkara yang menjatuhkan imej mufti.Digunakan orang politik untuk periuk nasi mereka.

      Mengapa hingga kini patung di Tugu Negara belum dirobohkan lagi ?Adakah mufti kata ianya dibina tanpa rujuk kepada mufti?Perlu berunding.

      Apa agama rasmi negara yang memerlukan perundingan untuk roboh patung berhala Lang Merah dan Tugu Negara?

      Wahai mufti dan majlis fatwa seluruh negara,perjuangan kamu sekarang bersidang untuk seru kerajaan agar robohkan Lang Merah,patung Tunku Abd Rahman di Parlimen dan Tugu Negara dengan segera.Buatlah sekarang dalam keadaan kerajaan PMNajib lemah sekarang.

      Dulu semua salah Anwar kini giliran Mahathir..rasakan !"

      Delete
    7. Umno kini berasa gelisah ekoran pertemuan bersejarah antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

      Ujar Azmin, pertemuan tersebut telah menyatukan parti-parti pembangkang dan rakyat Malaysia dengan pada masa yang sama mencetuskan suasana panik dalam kem Umno.

      Ada dikalangan kumpulan reformasi mengucap tahniah kepada Mahathir dan Anwar kerana sanggup melupakan persengketaan silam. Katanya marilah kita bergabung di bawah panji-panji Pakatan Harapan menuju kejayaan dengan satu tekad meruntuhkan tembok dan benteng besi terakhir Umno/BN dalam PRU-14 dan Putrajaya semakin dekat di hati kita pahlawan rakyat berbilang kaum, satu bangsa dan satu negara.

      Katanya gabungan Mahathir-Anwar akan meruntukkan krorupsi Najib dan kroninya. Negara Malaysia akan selamat daripada 'perompak wang rakyat'.

      Saya menjadi bingung dengan sesetengah kumpulan reformasi yang dulu sanggup bermandikan gas pemidih mata, masuk longkang, balai dan lokap tapi kini macam hilang pedoman bila agenda reformasi telah bertukar menjadi agenda peribadi nak jatuhkan Najib semata-mata.

      Agaknya antara Najib dan Matahir siapa RAJA PEROMPAK?

      Saya tak perlu menjawab persoalan ini. Untuk jawapan terbaik ialah Anwar Ibrahim kerana dia pencetus reformasi rakyat. Mari kita dengar apa kata Anwar yang disediakan oleh kawan saya.



      Kalau mengikut apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim, Mahathir lagi banyak sapu duit rakyat berbanding dengan Najib. Kenapa kita boleh bersama dengan RAJA PEROMPAK bersalam dan memaafkannya dan menyerang TIMBALAN RAJA PEROMPAK? Dimana rasionalnya?

      Jangan jadikan politik ini untuk kepentingan dan tujuan peribadi dengan menepikan masalah sebenar rakyat.

      Delete
    8. PENYOKONG tegar Najib begitu obses dengan lontaran kutukan terhadap Dr Mahathir seolah-olah hanya Dr Mahathir yang mahukan beliau meletakkan jawatan sebagai PM negara ini. Dr Mahathir telah menjadi bahan makian oleh kumpulan yang menyokong Najib ini dengan menyebut dan menyelongkar segala perkara yang mereka anggap sebagai jenayah yang dilakukan oleh Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

      Jika pun benar segala tuduhan mereka terhadap Dr Mahathir mereka tidak terlepas dari dosa-dosa yang dilakukan oleh Dr Mahathir kerana Najib, Anwar Ibrahim dan semua mereka itu ada di dalam Jemaah Kabinet Dr Mahathir. Jika Mahathir melakukan jenayah ia bermakna Najib, Anwar dan yang lain-lain itu bersama-sama bertanggungjawab diatas dasar ‘collective responsibility’ sebagai ahli Jemaah Kabinet Dr Mahathir.

      Pendeknya mereka yang bertelagah dengan Dr Mahathir merupakan mereka yang bersama-sama berdosa dengan tindakan ala penjenayah jika benar dilakukan oleh Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

      Perlu diingat Perdana Menteri dan Jemaah Kabinet itu sama tarafnya, hanya seorang Perdana Menteri itu adalah ‘first among equal’ dikalangan ahli-ahli Jemaah Kabinet itu. Jika membuat sesuatu keputusan baik atau sebaliknya ia adalah tanggungjawab semua Menteri termasuklah Najib, Anwar Ibrahim dan yang lain-lain.

      Pendeknya kutukan Najib terhadap Dr Mahathir itu merupakan kutukan terhadap dirinya sendiri. Begitu jugalah kutukan penyokong Najib terhadap Dr Mahathir itu adalah kutukan kepada pemimpin yang mereka sokong itu.

      Oleh itu elok Najib dan penyokongnya bercakap diatas landasan yang betul jika mahu mengutuk dan mengkritik Dr Mahathir itu.

      Tidak boleh Najib mengatakan yang Dr Mahathir adalah penyebab kepada kecelaruan hari ini kerana Najib sendiri adalah ahli kepada Jemaah Kabinet Dr Mahathir. Begitu juga Anwar Ibrahim, beliau merupakan penyokong Dr Mahathir yang paling tegar.

      Kalau tidak masakan Anwar berucap di PWTC suatu ketika dahulu seraya berkata ‘seandainya boleh ku putar awan dilangit aku akan tuliskan nama mu Dr Mahathir Mohammed’.

      Tetapi apabila sudah bertengkar dan berselisih faham mereka ini mengutuk Dr Mahathir yang mereka sokong dengan begitu kuat, seolah-olah tidak ada pimpinan yang lain yang layak untuk memimpin negara ini.

      Tidak mungkin Dr Mahathir boleh melakukan apa yang beliau telah lakukan seandainya pemimpin-pemimpin dibawah beliau seperti Anwar, Najib dan lain-lain menteri tidak bersetuju dengan tindakan dan apa-apa keputusan yang hendak dilakukan oleh Dr Mahathir. Bagi Najib dan yang lain mengatakan yang buruk tentang Dr Mahathir adalah serupakan memburukan dirinya sendiri.

      Bagi rakyat yang ingin mereka lihat ada usaha untuk memperbaiki keburukan yang dilakukan oleh Najib dan kabinetnya, tidak kiralah usaha dilakukan oleh mereka yang pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.

      Yang penting sekarang jika Najib masih berkuasa dengan sewenang-wenangnya negara ini akan hancur lumat dan tidak akan lagi berada dalam keadaan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

      Delete
    9. Yang penting sekarang jika Najib masih berkuasa dengan sewenang-wenangnya negara ini akan hancur lumat dan tidak akan lagi berada dalam keadaan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

      Pembunuhan Umno asal oleh Dr Mahathir adalah diatas sokongan semua pemimpin Umno yang menganggotai jawatankuasa penaja parti baru itu. Ingat alamat parti tersebut terdaftar di Seri Perdana dan diantara mereka yang menganggotai jawatankuasa tertinggi penajanya ialah Abdullah Badawi, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak dan yang lain-lain yang telah menyeleweng itu.

      Justeru yang dikutuk dan yang mengutuk adalah dari kumpulan yang sama yang sudah tidak sehaluan lagi. Mereka sanggup memusnahkan institusi politik orang Melayu dan sekarang ini mereka ini jugalah yang bercakap tanpa malu tentang perjuangan Melayu dan agamanya.

      Politiknya tiada, agamanya pun hancur dan tidak keruan hala tujunya. Itu sebabnya blog ini sejak bertahun-tahun dahulu meramalkan barangan tiruan tidak akan tahan lama. Umno yang ada pada hari ini adalah Umno tiruan dan tidak mungkin sama kualitinya dengan Umno yang pimpinan bunuh dahulu. Pembunuhan Umno lama dahulu bukan sahaja melibatkan parti Umno itu sahaja, malahan ia telah menjahanamkan semangat pengasingan kuasa dalam negara kita.

      Politik dan eksekutif telah menguasai badan kehakiman serta legislatif. Sejak itu kuasa tertumpu ditangan Perdana Menteri Dr Mahathir dan PM-PM seterusnya, dan yang lebih buruk sekali keadaannya ialah dibawah Perdana Menteri Najib.

      Perdana Menteri Malaysia sekarang lebih kuat kuasanya dari Presiden AS kerana PM negara ini boleh memasukkan dan mengeluarkan orang dari penjara. Mahkamah hanya merupakan ‘rubber-stamp’ sahaja dan tidak tahulah bagaimana generasi yang akan datang menerima keadaan ini.

      Bagi blog ini isu 1MDB ‘is a done issue’ dan segala yang wajar dilakukan oleh rakyat wajar dilakukan dengan sepenuhnya. Tetapi yang lebih penting lagi ialah kehancuran ‘struktur’ politik dan kerajaan merupakan satu perkara yang besar dan jika ia tidak ditangani dengan segera dan cara yang betul, negara akan musnah dan ia tidak akan lagi mempunyai ‘form’ dan budaya yang sepatutnya ada bagi sesebuah negara yang maju atau negara yang ingin maju seperti yang dilaungkan oleh ramai pemimpin tetapi tidak memahami apa yang mereka laungkan itu.

      Tidak mungkin pemimpin-pemimpin dari dalam kabinet hari ini boleh dan mempunyai kemampuan untuk melakukan ‘structural changes’ ini kerana mereka adalah penyumbang kepada kerosakan struktur politik dan kerajaan hari ini. 'To the ethics of democracy once there is a change in the country's leadership the entire current cabinet should resign as they have failed as the managers of the country as mandated by the people'.

      Mereka yang ada pada hari ini hanya akan melebarkan lagi masalah ketegangan antara kaum dan impian untuk mencapai ‘ultimate’ kita iaitu perpaduan nasional tidak mungkin tercapai sampai bila-bila.

      Delete
  2. No hal.

    maknanya, secara rasmi, PPBM tidakboleh guna perkataan BERSATU, tetapi, akan ada akal kreatif yang akan find the necessary loophole. After all, necessity is the mother of creation/creativity

    Ini adalah kemajuan yang baik, insyaAllah, Malaysia akan pulih kembali selepas kita undi dan tolak Najib dan kepimpinan serta penyokong dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelantan dah di beri pada PAS....
      Penang dah di beri pada DAP...
      Selangor dah di beri pada PKR....
      apakah keadaan ekonomi dan kehidupan rakyatnya terutamanya org Melayu semakin bertambah baik..???
      tok sah mimpi lah Malaysia ni akan pulih kembali....
      baru mengurus negeri pun dah tonggang langgang & haru biru....piiiirahh...!!!

      Delete
    2. Bukan nama parti yang terpenting tapi nilai peribadi2 para anggotanya. Para pengampu dan kayu2 yang gantung pada organinasi demi cari makan dedak itu yang memusnahkan rakyat.

      Delete
    3. anon 1415

      balik rumah, makan ubat dulu. Tidur lama sikit, buang mabuk, buang pening sebab makan dedak.

      Masa aku kecil dulu, kami beri ayam makan dedak campur nasi basi. Bila dah moden, ada Melayu tak cukup akal, mengaji tak khatam, asyik berkokok sana, berkokok sini

      Ini simptom makan dedak

      Najib dah di beri kepercayaan untuk mentadbir Malaysia dari 2009. Kau buta? Buta mata, buta telinga buta hati?

      kceil kecil dulu, taj nak mampus, dah besar meyusahkan orang aje kau ni....

      haikk tuihhhh

      decaf guest

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Nak borang daftar ahli BERSATU
    rakyat ramai nak serta
    Nak ceramah bersatu
    KERIS pahang

    ReplyDelete
  5. Kalau BERSATU x lulus, BERHANTU bleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhantu hanya sesuai buat parti penuh saka dan puaka...UMNO. United Malay No Otak

      Delete
  6. Waah, memang pandai si Zaid ni. PPBM juga akronim untuk "Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia" sila layari www.ppbm.org

    Mesti dia tersenyum sinis bila meluluskan PPBM ni...Takpe lah, bila kita dapat Menteri Dalam Negeri yang baharu nanti, lain lah ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ada pada nama....ada orang nama Mohamad tapi mencuri, merompak, menipu.......ada orang nama sempena nama nabi2 tapi perangai lebih buruk dari iblis menipu mengguna nama Allah. Gadai apa saja agama dan bangsa janji diri dapat lepas.

      Delete
  7. Yg penting rakyat bersatu kuburkan bn umno kerana merekalah negara ini terkenal sebagai juara begara rasuah dan pujangga ada mengatakan perasuah itu lebih hina dari pelacur fikir2kanlah hidup tun teruskan perjuangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan takbur sangat..kau ni jenis pelacur politik..

      Delete
    2. Eh btol la yg nordinabilah tu cakap. Tang mane yg ayat dia ade unsur2 takbur? Ayat simple camni pun ko bole slh tafsir ke anon 17:58? Ke mak anon 17:58 ni yg pelacur...sbb tu terasa sgt bila org sebut ttg "pelacur"? Saje nk tanye..jgn marah, kahkahkah

      Delete
  8. Yg penting rakyat bersatu kuburkan bn umno kerana merekalah negara ini terkenal sebagai juara begara rasuah dan pujangga ada mengatakan perasuah itu lebih hina dari pelacur fikir2kanlah hidup tun teruskan perjuangan

    ReplyDelete
  9. Jika BERSATU tidak boleh digunakan malah jika PPBM masih dipanggil BERSATU kemungkinan ROS akan membatalkan pendaftarannya maka bagi pendapat saya molek PPBM dipanggil Parti Pribumi atau Pribumi Bersatu sahaja.Yang penting, matlamat menang PRU14 dan BN menjadi pembangkang.

    ReplyDelete
  10. PRIBUMI BERSATU! Dan boleh joint venture dengan pribumi sabah dan sarawak sekali.

    ReplyDelete
  11. Nama tu dah cukup molek cuma kene ubah sikit supaya lebih jelas tujuannya... kepada PPBN..GO GO BN..pergi lesap dari muka bumi

    ReplyDelete
  12. Takda masalah.. Andai kerajaan baru terbentuk tukar la nama apa pun.. Bersatu ka.. Berhantu ka. Berdua ka. La ni yg penting lulus. Huhu

    ReplyDelete
  13. Dalam percakapan harian guna saja istilah BERSATU merujuk kepada PPBM.PKR pun masih banyak orang guna perkataan Keadilan

    ReplyDelete
  14. PEKEMBAR asal nama parti mane lak...diorang MALU dgn asal jatidiri ker!!!!

    ReplyDelete
  15. Tahniah3...TUN M dn barisan kabinet yg berusaha gigih mnubuhkn ppbm ni, kita boleh ja panggie PERIBUMI xkesahlah...asal prjuangan,kita tepat mengikut matlamat

    ReplyDelete
  16. Tahniah3...TUN M dn barisan kabinet yg berusaha gigih mnubuhkn ppbm ni, kita boleh ja panggie PERIBUMI xkesahlah...asal prjuangan,kita tepat mengikut matlamat

    ReplyDelete
  17. Yang penting parti baru untuk pilihan rakyat berbangsa bumi islam atau bumi bukan islam menggantikan umno yang telah rosak akibat perbuatan pemimpin dan ahli umno dan rakyat mahu melihat umno terkubur di bumi malaysia pada pru14 nanti

    ReplyDelete
  18. saya bersetuju dgn pendapat bahawa buat masa sekarang nama bukan lah perkara yg terpenting.

    insya'allah bila mempunyai kuasa nanti ia nya bolih saja d ubah menjadi BERSATU. lebih afdal lagi jila ia nya d tukar kpd nama 'UMNO BERSIH' bagi tujuan kesinmabungan n bagi memperingati pejuang2 tulin melayu/bumi yg terdahulu.

    yg penting sekarang gerakan mendaftar ahli d peringkat akar umbi wajib d laksanakan malalui sesi2 utk menjelaskan niat,visi n missi parti.

    sudah tentu relawan2 yg commited d perlukan. saya menrancang berbuat demikian.

    selamat berjuang d mana juga anda berada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A,kum, sokong sesangat, lepas Jadi kerajaan tukar la ape pun, Dan Takde Sape yg bleh merayu Jgn luluskan nama bersatu. Cuma yg guna U##O bersih tu tak berape setuju. Kalau Bleh lupus kan terus nama U##O Dari kamus negara, Cuma guna name yg berjasa pada negara sahaja untuk subject sejarah. Nama parti Jgn disebut pun. Benamkan terus Dari lipatan sejarah.

      Delete
    2. puak2 yang kecewa memang cakap merepek2 tak berpijak di bumi nyata..

      Delete
    3. apa juga nama yg nak d gunakan adalah hak mutlak pengasas parti.

      amat malang sekali jika UMNO hanya tinggal dlm kenangan n perlu d dpt d rujuk dl buku sejarah sahaia. itu lah sebab nya mengapa TR n tun m bermatian utk mengekal kan nama sahingga UMNO Baru d lahirkan.

      saya berpendapat bahawa UMNO adalah organsasi yg mantap. masaalah nya sekarang ia lah ia nya d terajui olih pemimpin yg sudah hilang arah. serupa lah macam agama Islam -- ia nya sempurna tapi d anutu olih banyak umat yg melencong.

      saya masih berharap UMNO akan d pulih n hidup segar selama Negara Malaysia masih kekal saperi :-

      partu GOP USA - sejak 1880

      parti democrat - sejak 1830

      parti conservative uk - sejak 1834

      party labour uk - sejak 1900

      semua parti2 d atas masih segar n relevant.

      itu lah harapan saya n jika kita lihat niat, misi n visi Bersatu, ia nya hampir serupa dgn UMNO sekarang.

      wallahuaklam.

      Delete
    4. kita move on la
      takmau dah nama umno tu bersih suci pun
      buat apa dok sentimental lagi
      masa depan generasi kita seterusnya yg lebih penting dan cuba kita selamatkan la ni

      Delete
  19. Mulai sekarang panggil je sebagai PARTI PRIBUMI. Nama itu lebih jelas merujuk kepada parti baru tersebut.

    ReplyDelete
  20. As Salam
    Alhamdulillah. Dah diluluskan. Kpd pemimpin PPBM jadikan UMNO satu tauladan. In Shaa Allah kita akan menang. Rakyat menaruh harapan pada anda. Selamat Berjuang!!!

    ReplyDelete
  21. As Salam
    Alhamdulillah. Dah diluluskan. Kpd pemimpin PPBM jadikan UMNO satu tauladan. In Shaa Allah kita akan menang. Rakyat menaruh harapan pada anda. Selamat Berjuang!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, siapa nakhodanya?
      lagak seperti BERSATU adalah nakhoda baru..jika benar baguslah dan ia perlu dibuktikan dengan BERSATU akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding PKR,DAP dan si comel PAN.

      lantik juga BERSATU sebagai pengerusi PH, sebuah kapal yg berjaya tidak dilihat pada gahnya ia sewaktu tertambat di limbungan .. ia diuji tatkala berada di samudera luas dan hanya akan berjaya dengan adanya juragan .. bukannya juragan-juragan.

      kemudian setelah diangkat nakhodanya PH, segeralah ia diikat melalui undang2 (didaftarkan serta ditaati dan dijayakan bersama nakhodanya).

      jadikan bahtera yg tenggelam dahulu sebagai pengajaran.. dan ingatlah belayarnya Barisan Nasional selama puluhan tahun di lautan luas bukan kerana kezalimannya tetapi kerana adanya nakhoda.

      jadilah manusai yg mahu gunakan akal .. awak sudah baligh kan .. hehe

      Delete
    2. Org yg sgt berakal & da lama baligh mcm anon 17:35 ni mesti sgt pandai & matang kn? Apa komen anda ttg hutang negara yg makin menimbun & menteri2 yg ada skrang tanpa segan silu menyamun duit rakyat? Saje nk tau pendapat dari org yg da lama baligh ni...jgn marah, hehe

      Delete
  22. Kalau nama pasrti TEMPOYAK skalipun aku tetap undi asalkn bukan Umno. Ingat semua..bukan stakat si bijan saje yg kaya raya melantak duit rakyat. 85% pemimpin dlm Umno yg ade skrang x kira la menteri ke hatta ajk kecil skalipun da byk mkn duit rakyat. Andaikata menang nnt...semua pemimpin dlm Umno dari jawatan plg besar hingga jawatan plg kecil kita semua kena rampas harta mereka agih2kn pada rakyat. Jgn ada timbul sikit pun perasaan kesian. Ingat ya adik2..abg2..pakcik2 semua..perkara ni adlh PERKARA PALING UTAMA YANG WAJIB DIBUAT SELEPAS MENANG PRU14!!! Ingat baik2 & hadam baik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnya mulut bangkai ni cakap..berpada2 lah sikit..kalau ilmu cetek jangan terikut2..

      Delete
    2. aku setuju harta depa kaut tu kita rampas tapi guna utk byr hutang negara dan pendidikan rakyat

      Delete
    3. Ilmu kalau tinggi langit skalipun tetapi masih mkn rasuah & menzalimi rakyat...pun x guna gak. Umno & Rasuah berpisah tiada...Dulu,Kini & Selamanya

      Delete
  23. hehe... realitinya pakatan serigala (PH) tidak akan memberikan kerusi untuk ditandingi oleh BERSATU pada PRU akan datang ( melainkan sedikit ) atas ehsan PAN .. dan akan bertumpu di kerusi yang ditandingi oleh PAS (kerusi majoriti melayu)..

    bukankah hukum yg mengikat PH adalah bersifat(non leadership only "muafakat" antara ketua2 puak).. juga dikenali sebagai hukum rimba winner take it all.

    kelihatan lucu tatkala melihatkan bekas2 penjenayah peringkat tertinggi dari UMNO punyai angan2 ia akan diberi untuk bertanding lebih banyak kerusi secara one by one untuk menumbangkan UMNO atau PAS.

    sedangkan ketua2 puak yg diikat melalui PH juga saling bertikam dalam diam kerana berebutkan sebuah kerusi. sila rujuk PRN sarawak,PRK sungai besar,PRK kuala kangsar serta ura2 untuk membuat snap-election di penang.

    pakatan serigala mendakwa UMNO adalah bapak segala rasuah dan raja segala kezaliman. kemudian pakatan serigala diuji dengan sedikit kuasa.. mereka berkelakuan jauh lebih zalim dan turut melakukan rasuah.

    dan lebih buruk pakatan serigala berdusta tatkala mereka berkata "kami sedang bertahuf siasyi" .. kemudian tatkala ditanya siapa nakhodanya ? lalu pakatan serigala menjawap "kamilah nakhodanya"

    sudah berapa kapal yg dibina oleh pakatan serigala yg karam tanpa menuju ke destinasi?

    1. barisan alternatif - tiada ketua
    2. pakatan rakyat - tiada ketua
    3. pakatan harapan - tiada ketua

    bukan dengan "muafakat" ketua2 puak (majlis presiden) kerana itu sifatnya bukan bertahaluf siasyi.. itu adalah "ikatan" bersyarat antara musuh demi menghadapi musuh yg lebih kuat.

    sedang di alam haiwan juga punyai kuasa pemutus untuk kelangsungan hidup kawanannya.

    dengan hadirnya BERSATU, besar harapan agar ia mampu menjinakkan pakatan serigala .. supaya membentuk hearaki seperti BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko dah panik...ngaku jerrr

      Delete
    2. bukan panik saudara .. cuma meninggalkan pesan atas asbab agama dan bangsa... jika benar politikus dari pembangkang jujur .. mereka tidak akan memperbodohkan org awam ..

      1. Lantiklah ketua Pakatan Harapan
      2. Daftarkan mengikut undang2

      Sedih kan bila dikhabarkan kejahilan dan kesombongan diri kita.

      Ada apa selepas PH andai menjadi pemerintah pusat?

      Lama selepas PRU 13 - baru pecah khabar pakatan serigala waktu itu tidak mampu untuk melantik PM dan barisan kabinet andai menang PRU.

      Mereka merancang untuk memijak antara satu sama lain - bagaikan kawanan serigala melahap daging buruan. dengan sifat siapa kuat dia yg jadi ketua (hukum rimba) .. masing2 ketua puak akan mempertahankan setiap kerusi yg dijangka boleh menang. untuk berebutkan habuan paling lumayan.

      Selangor, Penang dan kelantan waktu itu dipecahkan mengikut puak yg paling kuat kuasanya (kerusi yg dimenangi).. lucunya PAS dibuang kerana engkar pada "muafakat" sulit antara PKR dan DAP.

      pakatan serigala boleh bercerai di utara tetapi masih mengikat di selatan, pakatan serigala boleh bersama di timur tetapi bermusuh di barat. kerana tiadanya ketua .. kerana sejujurnya ketiga2 puak itu bukan bertahaluf siasyi tetapi hanya berpakat untuk memperoleh sebanyak mungkin kuasa untuk puaknya sendiri.

      Hebat kan lakonan para politikus.. mereka mampu bersalam sambil menghunus belati ...

      Delete
    3. Itu semua x jadi mslh la saudara. Bila dpt mandat memerintah nnt..adlh nnt yg akan mengisi segala jawatan2 itu nnt. Saudara tulis pjg lebar tu, da tutup mata ke dgn perangai menteri2 yg menyamun duit rakyat sesuka hati mereka?

      Delete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. Nama memang memberi kesan kepada kehidupan seseorang.Jika namanya islam tapi perangainya sangat teruk memenangkan kejahatan @ kemungkaran itulah talibarut syaitan dalam kalangan manusia.Jika namanya bukan islam tetapi perangainya elok dan membawa kebaikkan kepada sesiapa sahaja itulah manusia sebenar.Manusia berbagai ragam dan perangai yang baik itulah manusia dan yang jahat itu ialah syaitan bertopengkan manusia.Dalam 30 juta rakyat malaysia mungkin ratusan ribu mungkin punyai nama yang sama, kalau setakat 10 sama nama tu alasan saja.

    ReplyDelete
  26. pkr pas pan dan berjela2 lagi parti melayu selain dapigs..ppbm yang macam bayi baru lahir tak layak ganti umno..kerusi mana yang mereka tanding nanti sedangkan di 2 prk baru2 ni pembangkang tak sefaham untuk bertanding akihirnya kecundang..akan nanti mereka tidak akan 'BERSATU' seperti nama nya.. parti2 sedia ada takkan nak bagi kerusi pada parti yang belum tentu ada pengaruh yang kuat selain 'mencuri' ahli2 umno yang keluar parti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko peduli apa? Pi la naik bahtera bugis kebanggaan ko tu

      Delete
  27. Budin,,apa cerita doj yg korang sangat banggakan sebelum ini seolah-olah bn boleh tumbang terus? Sekarang kau khayalkan penganut ph dgn parti baru tun mahathir boleh gantikan umno pulak! Teruk la korang,,memang meroyan dahagakan kuasa teruk ni. Utk keadilan ka?? Kat ppinang apa jadi dgn nasib keturunan korang yg dulunya penuh kat tepi Pantai yg nilainya betbilion ringgit? Sekarang mana pergi diorang tu? Telus sangat ke Tokong Dap korang tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk tanye..mak ko beli lampin pakai buang yg dia pakai tu kena GST...mak ko x marah ke @ dia redha je dgn kezaliman? Saje nk tanye..jgn mrh hihihi

      Delete
  28. Asmin yg susah payah nak satukan bloq pembangkang walaupun tdk disuka oleh pro dap lalu dikatakan dia sebagai pro pas.jika asmin dpt bertahan dgn asakan dap n pronya maka biar sj dia jd ketua.kak jijah dilihat terlalu memihak atau lemah kpd dap.walaupun asmin dikatakan pro pas dia masih pkr.persoalan lain dpt ke pas berkerjasama dgn tun m.itu perlu kpd kebijaksanaan yg ingin jd ketua bloq pembangkang.apa yg pelik kita tak punya suara kaum india yg kuat spt kaum cina di dap.walaupun bn mempunyai parti kaum yg berbeza tp mpunyai kesatuan yg kuat.kita pula mempunyai satu parti utk srmua kaum tapi masih ingin bertikam sesama sendiri.kesatuan itu yg kita perlukan dlm bentuk yg bagaimanapun barulah kita dpt menciptakan negara yg lebih baik

    ReplyDelete
  29. Hehehe,meriah hari ni..ramai pencinta najib bagi komen/hujah/pandangan begitu begin..ada yang meberi fakta kegagalan pewaja/Kes PKFZ,insiden memali dan Banyak lg..ni baru betul..ada pro n kontra.
    PPBM ni parti bayi mcm komen kat atas tu..jadi kena yang korang meracau tak tentu arah..bagilah kami peluang dan ruang untuk menyambut kehadiran bayi ni dlm pentas politik Malaysia..UMNO kan parti lama dan matang..jadi berperangai lah seperti org yg matang.
    Setiap peminpin ada kekurangan dan kelemahan walhal TDM sendiri,itu lah lumrah Allah jadikan manusia yang serba kekurangan..tapi sekurangnya beliau dam peminpin dlm PH tidak terangan menyamun duit rakyat..nahkoda yang kamu puji/puja dgn terangan dan muka selamber badaknya menyamun Wang rakyat ditambah dgn keborosan kak rossey kita..
    Allah memberi kita akak fikiran untuk berfikir..dh tahu zaman TDM berlaku masalah semua tu,pemimpin yang mewarisi pemerintahan seterusnya harus melakukan yg lebih baik daripada peminpin terdahulu..bukan sebaliknya..
    Iya PPBM dan PH mungkin tak mampu menumbangkan rejim najib pada PRU 14..Tapi kelahiran PPBM memberi rakyat harapan yang bila tiba masanya ALLAH akan memberi kemenangan kepada PPBM dibebankan rakyat menolak UMNO yang korup disebabkan najib..dan went the time comes,ckp kat peminpin korang puja tu..face it like a man..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, jika mahu menumbangkan kezaliman jangan bersifat seperti serigala mengembala biri2 ..

      Korup - ingatlah satu jari menunjuk empat jari lagi kembali kepada kita.

      Korup-

      1. DAP- kes banglow,tanah taman manggis, terowong bawah laut, bapa adun mengutip duit kopi (si adun mengetahuinya),ketirisan,kroni,
      penjualan hartanah,kenaikan cukai, penyelewengan CEC

      PKR - penukaran status tanah paya, rasuah seks, pintu gerbang yg melambung kosnya, kroni, ketirisan, penyingkiran Khalid Ibrahim dengan fitnah dan adu domba, etc.

      Pas - penggondolan hutan lojing, rasuah, ketirisan, projek lebuhraya rakyat, etc.

      kelihatan kecil kerana mereka hanya punyai kuasa sebagai kerajaan negeri.

      Erm, Presiden Obama telah mengarahkan pembatalan saman DOJ menerusi sidang media bersama Najib. mahukah kamu mengatakan Presiden US juga termakan Dedak?

      Delete
    2. Wahhh..nak Aku senaraikan juga salahlaku dan salahguna najib?
      Tak cukup page ni Kang..
      Aku tak cakap pun PH tu perfect..but it more better dari najib yang dah terang2 samun duit rakyat..
      Zaman TDM dulu pun ada merugikan/ketirisan tp at least Wang rakyat tak hilang mcm ahli silap mata buat..
      Pencinta najib bertepuk Tangan/bersorak Obama bayaran zaman DOJ,yg diaorg lupa,duit yg DOJ guna tu sah2 duit rakyat.now hilang harapan nk tgk duit kembali kepada rakyat. takkan bangang tu..
      Blum masuk bab penjualan tanah,silap bayar kepada company palsu dan banyak lg..siapa yg tanggung semua tu.. rakyat juga yg kena.. Susah nk betcakap dan bagi faham kat org yang makan dedak ni.kewujudan 1MDB tu pun kalau dikaji memang dari asal nk menyamun Wang rakyat..untuk apa ia ditubuhkan? sedangkan kerajaan mempunyai syarikat khazanah untuk megurus pelaburan Negara..
      Fikir2 kan lah

      Delete
    3. Kepada anon 20:45...mcm mane ya cara yg terbaik utk tumbangkn kezaliman? Sbb nye rakyat da x tahan dgn kezaliman pemerintahan yg sedia ada skrang ni. Tolong la jwb ya..sbb nk tau sgt2 cara yg terbaik tu

      Delete
  30. selamat datang PPBM kekelate, Pas bakal kurang kerusi kerana diambil oleh ppbm juga amanah. selepas ni adun tak boleh tido lena,

    ReplyDelete
  31. Takut sangat dinamakan bersatu sebab dalam umno ada bersatu. Tapi, sejak bila pula org panggil umno tu bersatu. Ahli umno sendiri panggil ameno.

    umno takut sangat parti madey dipanggil bersatu macam nampak hantu.

    ReplyDelete
  32. Timbul perasaan kesian tgk komen2 penyokong najib ni.. kekadang terfikir Ya Allah macam ni pemikiran generasi yang akan mewarisi bumi Malaysia ni..bermatian cuba untuk spin,menyalahkan TDM atas kesalahan najib buat,sanggup butakan mata,pekak kan telinga sedangkan dengan nyata dan jelas najib mencuri harta Negara/Wang rakyat,salahlaku dan salahguna kuasa..
    Kesian sungguh..cuba korang renung dan fikir sekejap..cari punya kenapa peminpin pujaan korang dikecam oleh rakyat sendiri..atau korang tak faham kronologi 1MDB tu sendiri.bagaimana nahkoda kapal kamu berbohong dgn selamber dan mudabya..orang yang begini korang puja sebagai peminpin,maka betul lah pepatah melayu
    Siakap senohong gelama ikan Duri
    Betcakap bohong lama2 mencuri..

    ReplyDelete
  33. pas pis pus ade 1 juta ahli setakat tahun lepas.selepas krisi yg parah melanda mereka kini tinggal 800 ribu je semuanya.sedangkan pas pis pus pun boleh hilang 200 ribu ahli inikan plk krisis yg melanda bn umno najib?setakat 300-500 ribu tu takde masalah nak belah join bersatu,huhuhuhu

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...