Tuesday, 13 September 2016

LEBIH OLIMPIK DARI OLIMPIK


Kita baru dan masih berbangga dengan pencapaian atlit-allit negara di Sukan Olimpik Rio de Janeiro di Brazil.  Atlit kebangsaan telah berjaya mengungguli  empat pingat perak dan satu bangsa, suatu pencapaian terbaik setakat ini.

Atlit paralimpik pula sehingga ini telah berjaya menggapai tiga pingat emas dan sekaligus menyebabkan sudah tiga kali lagu Negaraku berkumandang di bumi Brazil.

Tahniah kepada semua atlit yang membanggakan negara itu.
Namun, di sebalik kebanggaan yang masih berbunga-bunga, semalam kita juga didedahkan oleh WSJ yang beritanya turut dibaca di seluruh dunia berkenaan  "kegemilangan" perbelanjaan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang didakwa berbelanja sebanyak AS$6 juta atau kira-kira RM24 juta untuk membeli pakaian, kasut dan barang-barang kemas.

Berdasarkan dokumen yang diteliti oleh WSJ, perbelanjaan itu didakwa dilakukan antara 2008 hingga 2015 di beberapa butik terkenal di seluruh dunia dan dicaj melalui kad kredit milik Najib Razak yang mempunyai gaji tahunan sekitar AS$100 ribu.

WSJ seterusnya mendakwa kad kredit itu berkaitan dengan dana 1MDB.
Wowww...ini juga suatu pencapaian sebenarnya. Tidak ramai yang kita dengari mampu berbelanja semewah itu. Makcik Felda barangkali tak terbayangkan berapa guni wang RM24 juta itu. 

Kalah pencapaian emas Olimpik dibuatnya. (SH 13/09/2016).

34 comments:

  1. Emas permata intan berlian rosmah mansor (suami kepada najib razak) termasuk beg kulit buaya, kulit badak, kulit rimau dah berkoyan2. Kalau letak atas kapal, boleh senget jadinya. Semua ini penting untuk jaga imej first lady. Nak jumpa obama, nak jumpa pak arab..kena ada kelas. Mana nak cekau duit beli semua ni? Takpe, ada hantu raya yang akan bank in tiap2 bulan. Kalau tak cukup, kad kredit ajaib najib razak kan ada...no limit. Ihsan derma rakyat malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kena mengena minah ni dengan Obama dan Tok Arab.
      Bini Obama dan bini Tok2 Arab ni pun tak pernah keluar untuk berurusan dengan pemimpin pemimpin negara lain dalam urusan resmi negara.

      Delete
    2. Melinda gates bini orang paling kaya dalam dunia pun tak bergaya mewah macam rosmah. Patut la ada beza cari kekayaan hasil titik peluh sendiri dengan kaya melalui hasil curi.

      Delete
    3. Isteri PM Singapore Lee Hsien Loong, Ho Ching, pergi jumpa Obama bawa bag gambar dinosaur berharga $14.00 (Singapore Dollar). Rosmah?????..... SPRM, siasat jangan tak siasat. Jangan ikan bilis saja yang kena. Singapore punya pemimpin berintegriti, Malaysia punya pemimpin tidak bermaruah. Rosmah oh! Rosmah.

      Delete
    4. Kenapa rakyat Malaysia masih ramai lg yg x sedar perkara ini? Adik2..abg2..pakcik2..gaji menteri2 belas2 ribu ringgit setiap bulan. Mana mampu berbelanja mewah sampai tahap ratus ribu @ juta ringgit. Takkan mungkin menteri2 boleh sama tahap kaya raya seperti ahli businessman yg berjaya. Ini semua bukti menteri2 MAKAN RASUAH & MENYAMUN DUIT RAKYAT SERTA HARTA NEGARA! Sudah berpuluh tahun perkara ini terjadi..kenapa masih ramai undi Umno & BN???

      Delete
    5. Arwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????

      Delete
  2. Makanlah duit rakyat tu, penduduk muslim malaysia semua sudah berdoa pada Tuhan. Tunggulah....

    ReplyDelete
  3. saya ingin berkongsi insiden usikan saya terhadap rosmah.

    pd 17 mac 2015, saya tlh menghantar sms yg berbunyi saperi berikut :- "salam dtn sri.
    it is a marvel that u r still able 2 maintain yr god given beauty. I know it bcos I used 2 orientate u during d freshy week in UM. my humble suggestion is 4 u 2 lose at least 10kg.
    if successful,those people that describe u as 'hippo' wil eat their words. do it dtn sri".

    sms saya hantar pd jam 1250 beliau tlh menalipon saya pd jam 1251. olih kerana saya tidak kesempatan utk menjawab panggilan, maka dtn sri tlh merespon melalui sms pd jam 1254.

    saya tlh membalas "its ok if it comes from d opposition faction. however when BN friendly faction start insinuating than something need 2 b done. it is not difficult 2 lose 10 kg which wil make u d envy of most women n men.this is a sincere suggestion. salam d Rahman."

    rumusan yg saya bolih buat ia lah - rosmah amat sensitive mengenai berat badan nya tetapi sahingga kini gagal mengawalnya drpd mengembang.

    'paras muka bolih d pomen dgn segala cara eg botox. tetapi berat badan harus d kawal sendiri'.

    mungkin ia nya bolih d usahakan semasa dlm kurungan nanti !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manalah badan tak mengembang membuak-buak...... setiap kali makan the cost of the food is RM20K!!!......Makan bukan sebarang makan. Dia mencekek barang-barang mewah macam white truffel,daging lembu kobe atau wagayu,ikan tuna blue fin, oyster, bird nest, kopi luwak, saffron, cavier,foie-fgras, ablone to name a fee luxary foods.....

      Delete
  4. Nasi kangkang gred A beras herba ponni sah masuk perut najib hari-hari..tak jadikan kejatuhan marcos dan suharto sebagai pengajaran.

    ReplyDelete
  5. erm, kisah najib bersama isterinya menyonglap duit kerajaan kelihatan hebat .. sehebat kisah TUN bersama kroni2nya "menghilangkan" berbillion ringgit malaysia di zamannya (dengar khabar anwar ibrahim ada 6 kotak pembuktian)..

    anwar ibrahim juga dihiasi dengan kisah bagaimana dia bersama ahli keluarganya membina legasi kekayaan sewaktu menjadi TPM, hatta sehingga kini masih mengumpul kekayaan (dana) demi mengharungi PRU

    demikianlah juga kisahnya apabila berkait harta kekayaan para politikus2 waima yang berlabel agama sekalipun.

    dan akhirnya segala khabar mengenai aktiviti menyamun duit negara oleh mereka2 yg berkuasa menjadi kisah "wajib" dengar .. namun hanya akal dan ilmu akan membezakan antara si jahil dan si bijak.

    erm, jika najib tidak berani menyaman WSJ .. apakata tuan empunya blog memohon pada WSJ agar dipinjamkan pembuktian yg sudah terlalu banyak ( ibarat telenovela) agar memulakan prosiding jenayah pada najib dan isterinya .. kerana menyonglap berbillion melalui 1mdb .. besarlah harapan jangan bersifat laksana "anjing menyalak bukit-perbuatan yg sia2.

    1.mengapa mesti melalui hingga PRU ke-14?
    2.mengapa rakyat yang menjadi penentu dengan kuasa undi?
    3.sejak bila rakyat diangkat menjadi para hakim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prosiding jenayah kat mana? Malaysia?? Kahkahkah...ni lagi sorang sembang kencang. Budin cuma blogger. Dia dah berjaya mainkan peranan sedarkan rakyat politik curi duit pimpinan najib. Kenapa kau nak letak tanggungjawab dakwa najib pada dia? Kau pergi tanya AG kaki ronggeng dan khalid abu bakar kenapa sampai skrg hasil siasatan 1mdb tak nampak jalan? Mana jho low? Mana riza? Mana ex ceo 1mdb? Mana ex ahli lembaga pengarah yg lain hilangkan diri?? Penyamun tetap penyamun la..curi dan cari jalan halalkan harta curi.

      Delete
    2. Anon 11.37,
      Kau ni bagi kenyataan syok sendiri macam dak ikut perkembangan dan bangang,Tun ini kalau dah ada bukti seleweng mcm najib dah lama najib dan pak lah seret ke penjara .

      Untuk pengetahuan kau beza nya najib dan PM lain ialah kerana tak ada PM lain ada duit berbillion ringgit dlm akaun pribadi ini najib sendiri akui jadi jgn bangang.

      Kerana najib kawal semua jentera undang undang dan menteri semua dah kuat beriman dgn beliau maka kuasa rakyat yg boleh jatuhkan beliau.Kau punya kwnyataan semuanya diatas macam beruk bodoh,WSJ menuduh najib penyamun wang negara pasai apa pula en shahbudin yg kamu suruh bawa najib kemakamah patutnya najib la saman WSJ untuk bukti dia tak salah ini duduk diam jadi salah tu.kamu tu otak kepundek...iaitu melayu yg selalu mudah ditipu oleh org politik dlm umno

      Delete
    3. Anon 11.37...
      Lebih baik jadi anjing menyalak bukit, sekurangnya anjing ini jalan tugas dia menghalau bukit.
      Nasib malang jadi 'Anjing Kurap' kemana pergi di sumpah orang kerasa busuk, sedangkan anjing itu tidak berbau dirinya busuk.
      Beginilah hidup manusia bila dibenci Tuhan, seluruh makhluk turut membenci.

      Delete
    4. Erm, tiada seorangpun hatta perdana menteri kebal dari undang-undang, benar peguam negara yg akan menentukan sama ada sesuatu kes akan diteruskan ke makamah atau digugurkan.

      persoalannya tiada sesiapa dari kalangan politikus,penulis blog atau ribuan burung kakak tua (yg mengulang2 tanpa mengerti) berani memulakan langkah pertama
      -buat laporan polis-

      kerana itu aku katakan jangan bersifat bagai peribahasa Melayu
      -ibarat anjing menyalak bukit-

      lucu kan,Tun Mahathir diwaktu menjadi PM tersimpan sisi hitamnya,

      kuasa Allahswt "memperlihat" kepada umum bagaimana kisah sebalik tabir baik buruk pemerintahannya.

      Dengan kehendakNya juga para pencela,pemfitnah TUN diwaktu berkuasa .. memuliakan dan mengakui "jasa baktinya" diwaktu Tun bukan lagi seorang lelaki yg memegang kuasa sebuah pemerintahan.

      bukankah aku pernah mengatakan betapa urusan mereka2 yg memegang kuasa, tidak dibebankan kepada si marhean (org awam) dan tidak mengetahuinya melainkan sedikit.

      18 tahun lalu Anwar mengajak kepada para pentaasubnya supaya menumbangkan UMNO,atas kezaliman dan fitnah Tun M terhadap diri dan keluarganya. serta menuntut keadilan buat semua "rakyat" atas pelbagai kejahatan UMNO dan BN sebagai pemerintah waktu itu-meletakkan dirinya sebagai penyelamat ulung-.

      bukankah waktu itu para pentaasub Anwar ibrahim sangat berduka cita, meletus amarahnya, berkobar semangatnya yg kemudian membentuk gelombang "reformasi".

      ada yg dipenjarakan, ada yg kehilangan jawatan dan kuasa, ada yg bermandi darah, ada yg berkorban wang, masa dan keringat.

      itu kisah 18 tahun yg lalu, kini segala rahsia, fitnah,adu domba,maruah diri,dosa dan pahala,hanya sekadar tak lebih dari mainan politik
      -secebis kisah Tun dan Anwar-

      percayalah andai kelak, dengan kuasa Allahswt, najib kembali "bersatu" atau kelihatan bersatu dengan musuh politiknya.. segala kisah 1MDB akan hanya sekadar menjadi satu lagi kisah politik.



      Delete
    5. Laa..laporan polis?? Kau duduk hutan mana? Bukan hanya laporan polis, sprm pun dah byk buat tapi takde hasil. Bila tanya khalid, jawapannya masih dalam siasatan. Sampai la skrg ni...sembang lebih..mcm bagus2

      Delete
    6. awak ni nak buat kelakar ek,..hehe
      laporan polis yg berdegar2 sehingga melibatkan PAC dan SPRM,subjek utamanya adalah 1mdb.

      yang saya maksudkan laporan polis yg mensabitkan najib dan isterinya menyonglap dana dari 1mdb

      erm,seperti Lim Guan Eng,Khir Yoyo,Muhd Taib (ex MB selangor)dan banyak lagi .. harap saudara lebih menggunakan akal dari nafsu.. heehe

      Delete
    7. saya percaya tun m n ds anwar tidak selalu nya lurus semasa berkuasa. beza nya mereka tidak d tangkap tangan atau tangkap basah (caught red handed)

      najib saperti abu nawas modern. selepas mencuri lupa nak tutup lubang. dia rasa memadai saja dgn menimggal kan nota yg dia tidak mencuri - perbuatan yg amat tidak bijak n cermat.

      Delete
    8. Haa..yg ni cerdik. Sebab tu sy cakap Umno & Rasuah berpisah tiada. Dulu,Kini & Selamanya.

      Delete
  6. Katakan lah Puan Rosmah telah menabung sejak kecil lagi hingga lah sekarang sebagai dalil beliau bahawa RM24,000ribu itu (kita panjangkan fahaman Budin yang makcik Felda bukan hanya tak faham istilah biliyon, malah juta) adalah hasil penabungan beliau.

    Katakan lah umur Puan Rosmah sekarang ialah 65 tahun. Katakan lah jua ada 350 hari dalam 1 tahun.

    Maka, RM24000000÷65÷350 menghasilkan lebih-kurang RM1,050 iaitu jumlah wang yang Puan Rosmah kena tabung tiap-tiap hari sejak beliau dilahirkan hingga sekarang untuk mendapatkan RM24,000ribu.

    Untuk perhatian makcik-macik Felda, Tuan Haji Awang Hadi sendiri pun akan berkata, "Fikir-fikirkan lah!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan rosmah bersuamikan pencuri. Hari-hari suami rosmah curi.

      Delete
  7. Obama masa dia beckap dgn Najib dan Rosmah masa jamuan makan diLaos pun dh tahu, semua yg Rosmah dan Najib pakai semasa function tu dibeli dgn duit 1MDB.

    Obama kelihatan terkejut besar sbb pencuri mcm ni pun bolih lagi jadi PM Msia. Obama anggap rakyat Msia kurang bertamadun dan semua jakun dan sakai...berPMkan seorang pencuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa jamuan makan di Laos tu, Najib yang bangun tergesa-gesa bila Obama lalu. Media Malaysia memainkannya, describing it as "Perbualan Mesra", padahal mungkin Najib cuma sempat tegor, "Hello Mr.Presiden.....". Obama dah chow, takut dia mintak tolong pasal DoJ."See U later Kelptoc..." HEHEHEHE

      Delete
    2. Mahathir salam Anwar. Ertinya mereka mahu singkirkan Najib. Rakyat pun mahu juga singkirkan Najib. Pembangkang perlu bersatu, rakyat pun begitu juga. Najib harus disingkirkan termasuk konco-konconya. Malaysia mesti diselamatkan. Kita sebagai rakyat mahu membina Malaysia maju dan bersatu padu, bukannya tiap-tiap hari nak fikirkan 1MDB saja, takda perkara lain. Ayuh, semua rakyat Malaysia cintakan Malaysia mari kita sama-sama berganding bahu bersama Mahathir dan Anwar menumbangkan Najib. Krisis antara Mahathir dan Anwar yang lepas biarkan berlalu, jangan dikenang. Ada Najib Malaysia dilaknat. Tiada Najib Malaysia (insyaalah) selamat.

      Delete
  8. WSJ sepatutnya mengemukakan bukti yg lebih jelas. Tanpa bukti facts and figures akan memudahkan Salleh Said Keruak menyerang balas.

    Tak salah kalau orang tertanya2 dgn tindak tanduk WSJ itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saman je WSJ... apa susah... ke takut....? Takut kalah ke..?

      Delete
  9. Mahathir salam Anwar. Ertinya mereka mahu singkirkan Najib. Rakyat pun mahu juga singkirkan Najib. Pembangkang perlu bersatu, rakyat pun begitu juga. Najib harus disingkirkan termasuk konco-konconya. Malaysia mesti diselamatkan. Kita sebagai rakyat mahu membina Malaysia maju dan bersatu padu, bukannya tiap-tiap hari nak fikirkan 1MDB saja, takda perkara lain. Ayuh, semua rakyat Malaysia cintakan Malaysia mari kita sama-sama berganding bahu bersama Mahathir dan Anwar menumbangkan Najib. Krisis antara Mahathir dan Anwar yang lepas biarkan berlalu, jangan dikenang. Ada Najib Malaysia dilaknat. Tiada Najib Malaysia (insyaalah) selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun salam anwar - benar mereka mahu jatuhkan najib,umno dan bn.

      hmm frasa "rakyat" tak sesuai dirujuk pada kehendak golongan marhean yg tidak mahu menggunakan akal. lebih sesuai ditambah sebagai pengikut Tun dan pengikut anwar @ pengundi puak2 serigala dari kem pembangkang.

      selamat berjaya. hehe

      Delete
    2. Kepada ANON 17:00

      Aah btol tu saudara. Hanya pengikut tun & anwar je nak tumbangkn si bijaN. "Rakyat" yg lain semua nak julang si bijaN sampai kiamat. Lebih kurang 25 hingga 63 org je yg menyampah & marah dgn si bijaN. Lau x caya..cuba dari selatan bawak sampai utara..topik2 apa yg biasa di kedai2 kopi x kira di bandar @ di kampung. Semua nya memuji2 kebijaksanaan si bijaN mentadbir negara betol x saudara? Nak tanya sket la..bini saudara keluar haid kena pakai pampers kan? Beli pampers kena GST memang lagi syok daripada x kena GST ey? Saje nak tanya..takut buat fitnah hihihi

      Delete
  10. KEHANCURAN DEMI KEHANCURAN DANA NEGARA DAN RAKYAT.BERMULA MELAYU YAHUDI PENGKHIANT DURJANA LAKHANTULLAH KINI TIMBUL PULA CERTA BETINA PUAKA DARI NERAKA MENGKHIANATI RAKYAT NEGARA INI. TIDAK BERLAKU SEBARANG TINDAKAN DIAMBIL. BANYAK CERTA SAJA MATHIR DAN MAHYUDIN ITU DAN INI.RAFIZI ITU DAN INI.TETAPI KEPUTUSAN NYE SEMUA GAGAL.NAJIB MASIH BERKUASA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Najib masih berkuasa.
      Tapi kita harus ingat.
      Firaun mengaku Tuhan pun tumbang.
      Inikan pula Najib penyamun negara.
      Tunggu masa saja lah tu...

      Delete
  11. Jangan banyak cakap le Salleh Burung Keruak.... saman je WSJ...
    Oppss... your lawyers kata hari Selasa, eh tak Rabu...ehh tak... Ahad le uolls nak saman WSJ... bulan & tahun bila ek...nak saman tu..?

    ReplyDelete
  12. Luar biasa betul berita ni..lebih luar biasa dari kejayaan atlit paralimpik negara...gaji 100k, belanja 6m..wow, luar biasa,luar biasa..

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...