Saturday, 3 September 2016

NAJIB, PM PALING LEKEH.....


Sesiapa pun yang menjadi pemimpin, apabila ada dakwaan secara langsung ditujukan kepada mereka, biasanya pemimpin berkenaanlah yang akan tampil memberi penjelasan berkaitan apa yang didakwa itu.

Ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, semua dakwaan terhadap dirinya sentiasa dijawab olehnya dengan logik yang mudah serta hujah yang meyakinkan.

Sama ada ketika berkrisis dengan Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim atau semasa menyerang Najib Razak, semua isu berkaitan dirinya yang dipersoalkan akan dijawab sendiri oleh Tun Mahathir. 

Hanya setelah itu, barulah pemimpin-pemimpin lain menyebarkan jawapannya itu atau memberikan jawapan tambahan bagi mengukuhkannya lagi.

Kekuatan Tun Mahathir, selain logik yang mudah serta hujah yang meyakinkan, bahasa yang digunakannya juga ringkas dan senang difahami.

Tidak pernah sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau mewakilkan kepada pegawai khas, setiausaha akhbar atau mana-mana pegawainya untuk menjawab sebarang dakwaan yang dikaitkan langsung terhadap dirinya.

Tun Mahathir sentiasa ada keberanian untuk menjawab apa-apa persoalan yang ditujukan kepafa dirinya. Beliau tidak lari, tidak berselindung dan tidak juga menyembunyikan dirinya.

Malah, di sebalik Tun Abdullah Badawi yang dikatakan lemah dan selalu tidur, ketika era kepimpinannya sedang dipertikai dahulu, beliau juga punya keberanian untuk tampil menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan khusus tentang dirinya.

Tiada ruang untuk setiausaha akhbar, pegawai khas dan  lain-lain pegawai-pegawai Tun Mahathir atau Tun Abdullah untuk tampil menjawab bagi pihak diri mereka.

Sebenarnya, itulah tanggungjawab moral yang paling asas bagi seseorang pemimpin, lebih-lebih lagi yang memegang jawatan Perdana Menteri. Di situlah terserlahnya wibawa, ketokohan serta keyakinan rakyat. Ia juga menjadikan rakyat merasakan benar-benar mempunyai Perdana Menteri.

Tetapi, di era kepimpinan Najib yang kononnya hebat dan penuh gaya ini, tanggungjawab moral itu sudah tiada lagi. Banyak persoalan yang ditujukan khusus kepada Najib, hanya dijawab dengan diam dan bisu tanpa kata-kata oleh yang empunya tubuh, sebaliknya sang setiausaha akhbar pula yang kerap tampil menjawab bagi pihak dirinya.

Perkara itu pula sudah banyak kali berlaku yang seolah-olah memperlihatkan Najib tidak ada berani untuk mempertontonkan air muka penuh tulus serta sinar keyakinan wajahnya kepada umum. 

Yang memualkan lagi, tidak  saja menjawab, sang setiausaha akhbar itu juga turut melontarkan bidasan atau serangan peribadi kepada mereka yang menyerang "bossnya"  itu seolah-olah beliau juga ahli politik yang sudah beberapa penggal menang pilihanraya.

Jika setiausaha akhbar itu tampil menjelaskan mengenai perkara yang melibatkan kerajaan atau hal-hal umum berkaitan Najib, mungkin ia boleh diterima, tetapi tentulah tidak masuk akal apabila beliau juga yang ke depan memberi jawapan apabila Muhyiddin Yassin menuduh Perdana Menteri mempunyai wang RM1,000 juta sebelum masuknya RM2,600 juta sebelum itu.

Begitu juga apabila Jabatan Kehakiman AS mendakwa wang yang masuk ke akaun peribadi adalah berpunca daripada 1MDB dan bukan derma sesiapa, yang tahu hakikat sebenarnya perkara itu ialah Najib. Oleh itu, Najib tidak seharusnya diam atau setiausaha akhbarnya membangkitkan cerita lama kononnya tiada perlanggaran undang-undang telah dilakukan oleh Perdana Menteri.

Apa yang seorang setiausaha akhbar tahu mengenai kebenaran wang yang ada dalam akaun bank peribadi Najib?

Beliau hanya makan gaji dengan Perdana Menteri dan sudah tentu akan melakukan kerja berdasarkan apa yang diperintahkan oleh Najib saja. Lebih daripada itu, beliau tidak tahu apa-apa. Jauh sekali untuk berani bertanya mengenai wang yang dimiliki Najib.

Dengan sudah beberapa kali Najib seolah-olah mewakilkan kepada setiausaha akhbarnya memberikan jawapan, ia bukan saja menyerlahkan lagi lekehnya Najib sebagai Perdana Menteri, bahkan kadang-kadang membuatkan beliau tidak dirasakan benar-benar dekat dengan rakyat.

Apatah lagi dengan adanya pelbagi saluran media baru sekarang, penampilan dan keberanian memberikan jawapan itu boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana saja. Yang perlu hanya cuma keberanian.

Najib sebaliknya hanya suka tampil membanggakan dirinya dengan angka-angka yang tidak dirasai nikmatnya oleh rakyat jelata. Angka-angka yang selalu diumumkannya hanyalah untuk keseronokan dirinya semata-mata. Sebagai Perdana Menteri, bukan menunjukkan angka itu yang penting, sebaliknya yang jauh lebih mustahak ialah keberanian memunculkan diri dalam susah dan senang, bahagia dan derita, luka dan ketawa serta tidak lari daripada segala bencana yang tiba.

Disebabkan lekehnya Najib itulah kita sebenarnya semakin memerlukan seorang Perdana Menteri yang baru menerajui kita. (SH 03/09/2016).

43 comments:

  1. Pak Budin, Saya pernah membaca.... Telur ni akan hanya tak telur untuk frustratekan Madeer.... Maksud Saya, doing nothing to defeat... Silent War...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab marah punya pasal kt Tun replika burung helang kt langkawi pun nak diroboh!!

      Apa kata jangan robohkan keseluruhan. Cuma tukar kepala burung helang tu je. Badan masih helang tapi kepala tukar jadi kepala pokeMO1..mesti cantek punya...haha

      Delete
    2. Apa besa dgn tugu negara

      Delete
    3. Di langkawi tu se ekor burung helang saja.
      Di Tugu negara berapa ramai patong manusia.???
      Tengok dulu kiri kanan sebelum nak mengata.
      Diri sendiri pun tak betul nak kata orang lain tu buat apa.

      Dah gatal punggong sangat ker

      Delete
    4. Banyak benda lain yang jelas haram. Tak berani pula puak2 ustad ni nak betulkan. patutnya azan sahaja yg kuat. Kini semua dari solat, ceramah, tahlil boleh dengar berkilometer jauh. Ada dia orang ambil peduli, ketenteraman orang sekitar. Macam kuil dah.. Bukan semua tapi sebahagian besar. Lebih sesat dari helang seekor tu. Yang duduk dipejabat agama, pejabat mufti buat apa... ada berani !!

      Delete
    5. Setuju sangat!!
      Ada ke bacaan solat dan ceramah yang lebih kuat dari azan. Sejak ada gadget bluetooth ni lagi teruk. Ustaz syok sendiri, buat mcm karaoke. Ikut logik pun tak masuk akal. Ini tak haram ke..

      Delete
  2. dia mana ada telur. pahlawan bugis bacul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setia usaha akhbarnya tu orang serba tahu.
      Mungkin dia pun ada share juga RM2.6billion
      Lagi pun setia usaha akhbar dia pun bercita cita nak jadi calon dalam pru 14 nanti.
      Calon yg berbibawalah katakan

      Delete
  3. Bijan bukan pendekar tapi pundekar.mengaku sebagai seorang pundekar bukan senang pabila segala pundek-pundekar dibawah pundekar bijan berjuang menangkis segala kebenaran dengan kantong dedak.Bijan diam tapi pemegang-pemegang kantong dedak akan main peranan sebagai pundekar.

    ReplyDelete
  4. Nahjib tido bwh ketiak rosma & selalu kencing atas tilam. Pm plg haprak

    ReplyDelete
  5. Bila PAS nak saman SR pasal derma 90 juta...ari tu bukan main lagi nak saman...

    ReplyDelete
  6. Xde siapa nak jual najib dgn rosmah dkt kedai besi buruk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantar dua2 tu kat kandang panda..

      Delete
  7. Dia ada buat sidang media kat TV 3suku tapi soalan dan jawapan dah ditetapkan,sidang dengan pelajar yang dipilih kat dalam rumah rasmi, soalan dan jawapan pun dah disediakan oleh penulis ucapan@balaci dan yang terbaru buat ucapan yang dirakam dalam web sendiri..sepanjang ingatan tidak pernah pedek'akal bugees in buat live press conference dengan media malaysia lebih-lebih lagi media antarabangsa
    Dahulu masa Tun M media antarabangsa berebut-rebut nak menemuramah serta nak mengenakan Tun M tapi dengan berani dan petah beliau mematahkan hujah mahupun memperjelaskan sesuatu isu berkaitan Malaysia
    Silap Tun M juga kerana tidak interview semua bakal bakal pemimpin UMNO masa berkuasa dulu untuk pastikan kelayakan serta i.q dia orang, banyak sangat yang bengong naik jadi pemimpin UMNO

    ReplyDelete
  8. saya berani menyatakan bahawa sebahagian besar kepincangan yg berlaku ke atas najib sekarang berpunca drpd rosmah.

    sebelum isu 1MDB ini meletup, saya tlh berusaha utk mendamai kan d antara tun m n najib melalui rosmah. saya gagal olih kerana rosmah begitu angkuh dlm menolak nya.

    segala usaha saya tlh saya catit kan melalui satu artikel bertajuk - 'sengketa d antara ds najib n tun m - usaha ikhlas yg tak kesampaian'. saya tlh menyiarkan nya dlm blog sdr addy - 'just my thoughts' awal tahun lepas.

    harap sdr budin sudi menyiarkan nya semula dlm blog ini. sungguh pun semua nya sudah terlewat sekarang, namun kemelut 1MDB ini mungkin bolih d tangani dgn lebih berkesan jika ia di teraskan kpd 'nasihat' tun m ketika itu.

    ini lah akibat nya jika kita terlalu taksub utk mengikuti kehendak isteri yg jelas menyalah gunakan pengaruh.

    saya hanya bolih bersimpati keatas 'tekanan mental' yg mungkin d tanggung olih najib. namun kesalahan tetap kakal sebagai kesalahan.

    olih demikian pasrah n terimalah balasan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penjelasan tuan jelas menunjukkan pm seorang yg bacul.

      Delete
    2. Memang Rosmah tu angkuh.

      Kampong halaman tempat tumpah darah dia sendiri pun dia tak pernah balik lagi.

      Sebab geli.

      Tengoklah apa komen mak2 saudara dia tu dalam laman web.

      Adik dia sendiri pun dia halau.

      Kenduri kahwin anak kandong dia pun dia tak datang. Sanggup dia pulaukan.

      Tengoklah dalam laman web komen2 mak2 dan saudara mara dia sendiri.

      Delete
    3. Nak tanya.....(1) adakah Najib curi duit 1MDB berjumlah US$3,5billion dgn JLow atas arahan Rosmah???

      (2) Apa yg kau nak damaikan diantara Mhdir dan Najib. Ni bukan kes politik tapi kes rembat duit rakyat???? US$3.5-4billlion wang 1MDB dicuri olih Najib dan JLow dan US$1.05billion darinya masuk akaun Najib. Damai mcm mana???

      Delete
    4. sebagai jawapan sila baca komen saya betul2.
      selepas itu d jemput baca artikel saya.

      kalu masih belum jelas, saya akan cuba perjelaskan lagi.tk.

      Delete
    5. Salam Datok Rahman jpc.
      Saya susah payah cari artikel yang disebut dalam blog Eddy: just my thought - bertarik 23 July 2015. Saya dah baca semuanya.
      Saya setuju dengan Anon 16.17 - memang takda tujuan untuk mendaqmaikan Tun Det dengan Najib. Dosa Najib kepada negara dan rakyat Malaysia terlalu besar untuk diselesaikan melalui perdamaian. Tapi, elok juga kalau artikel itu disiarkan dalam blog ini to clarify the matter terutama bila Najib menuduh Tun Det marah sebab tak mahu jadi budak suruhan buat itu dan ini untuk Tun Det, padahal, selama 2 jam yang Tun Det cakap dengan dia, bukan mintak dia buat itu dan ini, just NASIHAT bagaimana mengurus negara. Agaknya masa tu kes 1MDB belum meletup. Kalau dah meletup, tentu Tun Det pun tak mahu bertemu dia lagi.
      Sekian, wasslam

      Delete
    6. Kalau datuk rahman jpc boleh kemaskini artikel lama tersebut dan disesuaikan dengan perkembangan semasa, saya tidak ada masalah untuk menyiarkannya.

      Delete
    7. tk kerana tlh membaca artikel tersebut.

      selama 36 tahun dlm perkhidmatan kerajaan, n pernah juga mengenali pak2 menteri secara dekat termasuk semasa berkhidmat d luar negeri, saya berani memberi pandangan bahawa semua yg berkuasa (terutama absolute power) tlh menyalah guna kuasa.
      apa yg penting adalah cara sesuatu masaalah d kandalikan n d atasi.

      saya bersetuju nasi sudah menjadi bubur sekarang. 'd duel between them now is 2 d death'. ini lah yg saya amat khuatiri.

      saperti tun ling, najib sepatut nya menyerahkan penglibatan nya dlm 1MDB d bicarakan olih makhamah.

      kuasa mutlak d tangan najib. dia tahu bahawa dia tlh membuat kesalahan. jadi dia terpaksa menggunakan 'military strategy' ie offence is better than defence'. jadi dia tlh menyerang tun m secara terang2 sekarang.

      atau pendirian nya sekarang adal umpama 'alang2 menyeluk pekasam biar sampai k pangkal lengan'.

      bak kata rakan2 saya "he is willing 2 die standing". kita lihat sahaja apa kesudahan nya.

      Delete
    8. tk sdr budin atas respon.

      saya tidak berhajat utk kemaskini artikel saya. namun saya tlh membuat janji utk membantu memberi pencerahan lanjut apabila ada pihak2 NGO menggempur Pekan nanti.

      ini lah yg harus d usahakan sekarang. banyak yg masih lena d sana ekoran drpd perhatian khusus yg d beri olih najib serta kuncu2 nya.

      saya kelahiran Pekan. jadi sedikit sebanyak saya thau juga apa yg sedang berlaku d sana. 'war cry' saya masih kekal ie "utk mengeyahkan rosmah drpd persada pemerintahan, najib wajib d korbankan".

      salam.

      Delete
  9. paling kuat pun dia akan jawab secara logikny isu ini... buat apa dia ada setiausaha akhbar kalau tak jawabkan... jawapan standard mat3.80

    ReplyDelete
  10. asyik gunakan nama bapak dia aje..tun abd razak.....utk publicity konon nya mewarisi kepimpinan yang berjiwa rakyat..poodah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mana ada modal.
      Itulah sebabnya dia terpaksa gunakan nama bapa dia allahyarham Tun Razak

      Delete
    2. Selama ini pun bini dia yg dok bagi modal

      Delete
    3. Benar bini nya "puaka" jadi-jadian...!!

      Delete
  11. Tak bolih salah Najib sbb remote control terhadap Najib dipegang olih Rosmah.

    Rosmah dh bagi arahan supaya Najib berdiam diri akan segala tohmahan atau tuduhan yg dilemparkan terhadap najib. Arahan rosmah ialah supaya anjing2 Najib spt Nazri, Rahman, Ismail, Keruak, Tengku tu, Azalina bersuara & mempertahan Najib walaupun kelihatan bodoh.

    rosmah juga sudah arahkan Ali Tinju dan Jamal Ikan buat kacau klau ada demonstrasi menentang Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah dia la bro... yg ngoi sngat, tp nak jd pm...

      Delete
  12. Betul ke umno masih ada 3 juta ahli lagi?
    Adnan mansor ular sawa umno tu memang cukup bodoh.
    Dia ingat ahli keluar umno nak hantar surat kat dia.

    Oiiiiiii...buat rugi stem sajalah!!!
    Bodoh punya setia usaha agong.

    Kerusi lama kau di wilayah pun tak selamat lagi dah.Jgnlah buat buat tak tahu....

    Pi mampuslah kau adnan mansor tengku palsuuuuuuuuuu. Orang2 kampong baru semua kenal bapa kau tu siapa. Dulu dok angkat tong gas saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas pru 14 ku nan angkat tong taik. Itu bisnes baru dia lah.

      Kali ni baru betul2 dia buat bisnes secara serious.

      Delete
    2. Inilah yg dinamakan menjalankan tugas berkonsepkan cari makan. Hanya Hasan Arifin yg berani berterus-terang, itupun secara tak sengaja dan terlepas cakap.

      Cuma yg peliknya Najib ini semakin dikritik semakin kuat pula nampaknya.

      Mungkin spt katanya beliau istiqamah dan berazam utk terus berbakti kpd rakyat.

      Sebagai perumpamaan berkaitan enpayar hiburan Hakkasan di Las Vegas yg disyakki dpt modal dari dana 1mdb:
      Bolehkah sebuah kelab malam dangdut di Malaysia menghidang minuman keras tetapi ada notis utk pelanggan bukan Islam shj; dan pelanggan lelaki akan ditemani GRO perempuan yg berpakaian sopan serta berhijab dan boleh menari dgn mereka juga.... dianggap kelab malam patuh syariah atau dangdut Islam?

      Delete
    3. Budak tu bodoh. Tumpang tuah bapa saja.

      Delete
  13. Sdra Budin

    Najib bukan setakat PM paling lekeh...beliau juga tak de Maruah, Munafikin dan mewarisi dna badak yang kulit tebal 6". Kita lihat Rosmah dan Najib macam montok je...bukan setakat botox...tapi sebenarnya kulit mereka terlalu tebal.Kulit muka je dah 3"...mana makan sindir lagi...ditampar pun menyakitkan tangan!

    Idi Amin, Marcos, Shah Iran tidak setanding Najib!

    Kita doakan Najib dan Rosmah panjang umur...untuk menerima pengadilan dan merengkok di penjara bersama talibarutnya sekali.

    ReplyDelete
  14. Saya amat TIDAK SETUJU dengan tuduhan shahbudin PM najib paling lekeh...ini tuduhan yg tak setimpal....NAJIB ADALAH PALING PEMGECUT DAN TAK ADA STANDARD.

    ReplyDelete
  15. Najib adalah paling bangsat akhlaknya...paling dayus.... paling keji....paling lembik... ha..ini baru setimpal...

    ReplyDelete
  16. Itu lah kelebihan NAJIB yg buat orang Malaysia serta orang SERANTAU DUNIA jadi BODOH dan MALU sendiri.
    KEHEBATAN NAJIB juga buatkan PELEMBAGAAN UNDANG UNDANG NEGARA jadi KALOT.
    KALAU BERANI orang Malaysia cuba BUKTIKAN DAN BERIKAN PERBANDINGAN KEHEBATAN NAJIB DGN PEMIMPIN DUNIA LAIN.

    ReplyDelete
  17. telah dibuktikan oleh RD bahawa najib memang MO1. keberanian najib menerima masuk duit RM2.6B ke dalam akaun peribadinya
    yang presiden amerika pun takut melakukannya.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. Perdana menteri pandai bergelek...

    ReplyDelete
  21. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...