Wednesday, 14 September 2016

KEAHLIAN PPBM - 10 PERATUS DARIPADA KEAHLIAN UMNO SUDAH MEMADAI


Sepertimana yang diberitahu kepada umum sebelum ini, pendaftaran untuk menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM akan bermula hari ini.

Buat permulaan, pendaftaran keahlian secara "walk in" boleh dilakukan di alamat berikut - Suite 2.01, Epicure, No 1, Jalan Medan Setia 1,  Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Dalam waktu terdekat ini juga, penyelaras di peringkat negeri akan diumumkan untuk memudahkan lagi proses mendaftarkan keahlian di luar Lembah Kelang.

Selain itu, pada minggu ketiga bulan September pula, pendaftaran keahlian secara online dijangka akan diaktifkan.

Beberapa kelompok seperti Whatsapp grup, Facebook, kumpulan dan individu tertentu turut menampakkan ingin bergerak mencari keahlian secara sukarela dan "demi perjuangan"  bagi memastikan kejayaan PPBM.

Berdasarkan respon hangat masyarakat, pengaruh Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan lain-lain pemimpin yang dipecat, kebencian terhadap UMNO, rasa meluat kepada Najib Razak, menyampah dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang terus sombong dan angkuh, keghairahan ingin menjatuhkan BN dan pelbagai sebab lainnya, adalah dijangka dan tidak mengejutkan kiranya keahlian PPBM akan mendapat sambutan yang luar biasa.

Semua orang tahu PPBM bertujuan ingin mengalahkan UMNO dan memecahkan undi Melayu di kawasan di mana parti itu selama ini bertanding atau bertapak. Sebab itu, PPBM ditubuhkan mirip UMNO kerana ia adalah alternatif kepada UMNO yang ketika ini sudah menjadi parti untuk mempertahankan Najib semata-mata.

Oleh yang demikian, dalam waktu terdekat atau sekurang-kurangnya sebelum berlabuhnya tirai tahun 2016, berapa ahli yang munasabah yang perlu didaftarkan oleh PPBM?

PPBM tidak perlu terlalu tertekan dalam hal ini. Meskipun jumlah ahli yang ramai adalah penting, tetapi yang lebih mustahak ialah sokongan pengundi atau rakyat biasa yang tidak berparti sewaktu pilihanraya.

Banyak parti-parti di dunia ini tidak mempunyai keahlian yang ramai, tetapi dapat menguasai kerajaan kerana matlamat mereka yang bergerak sealiran dengan kehendak serta keperluan rakyat.

Tetapi, jika PPBM dapat mengumpul sejumlah 350 ribu atau 10 peratus daripada jumlah keahlian UMNO untuk dua tiga bulan akan datang, ia sebenarnya sudah lebih dari memadai. Lebih cantik lagi, kalau dapat mencecah sehingga 500 ribu ahli.

PPBM sudah sepakat akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, malah beberapa pemimpin Pas juga menunjukkan keinginan untuk berlawan satu lawan satu dengan BN. Tugas utama PPBM ialah memecahkan undi Melayu di kawasan-kawasan UMNO.

Sebagaimana disebut oleh Muhyiddin sebelum ini, 67 kerusi UMNO sekarang ini berada dalam keadaan terumbang-ambing dan jika berlaku peralihan sokongan sebanyak 4 peratus saja, 45 daripada akan "terbang melayang"  dan terlepas daripada genggaman.

Di kawasan-kawasan tersebut, tidak semestinya semua PPBM yang akan bertanding. Mungkin sebahagiannya oleh PKR atau Amanah dan jika Pas turut bersama, parti itu juga dapat nikmat daripadanya. Di kawasan bukan Melayu atau campuran, sudah tentu DAP dan PKR lebih dominan berbanding parti-parti komponen BN.

Bermakna, buat permulaan ini, dengan PPBM dapat mencuri 10 peratus keahlian UMNO atau seramai 350 ribu atau lagi baik sehingga 500 ribu, sudah cukup  untuk "memercikkan peluk dingin"  buat Najib, UMNO dan BN. 

Jika sambutan lebih hangat seperti mana kutipan tandatangan Deklarasi Rakyat dahulu, tidak mustahil Najib lebih awal lagi akan "lari malam" dibuatnya. (SH 14/09/2016).

50 comments:

  1. Saudara Budin,

    Memang betul mungkin perlukn 10% sudah memadai. Tetapi untuk safe side lebih byk pengundi melayu umno totok yg dapat ditarik keluar adalah lebih baik. Tentang pengundi cina memang rata2 masih memegang slogan "Ini Kali Lah". Jadi tentang pengundi cina memang ramai yg sok8ng pembangkang. Ayuh semua...gerakan bermula dari ahli keluarga terapat, kawan2 & jiran2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penganalisis politik meramalkan ‘hubungan baik’ yang kembali terjalin antara Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal melemahkan lagi sokongan orang Melayu kepada pembangkang.


      Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid berkata demikian, ekoran melihat kepada penyokong anti-Mahathir terutamanya dalam PKR yang tidak ‘gembira’ dengan keadaan tersebut.

      “Tindakan yang dilakukan (Tun) Mahathir dan (Tan Sri) Muhyiddin saya rasa adalah silap, sekiranya ianya cuba untuk melupakan apa yang berlaku bagi menarik sokongan PKR dan DAP. Kalau betul-betul nak menarik sokongan Melayu secara mutlak kena bincang balik kedudukan selepas PRU.

      “Kalau mereka buat begini, orang Melayu sendiri pun tidak boleh menerima maka sokongan yang diterima akan kecil, dan gagal untuk mendapat dominasi yang besar,” katanya kepada Antarapos.

      Malah katanya, tidak mungkin penyokong kuat bekas ketua pembangkang itu boleh melupakan serta merta kekejaman yang pernah dilakukan bekas perdana menteri itu terhadap Anwar pada tahun 1998.

      “Saya rasa tindakan ini tidak akan menarik sokongan ramai sebab masyarakat sudah nampak, dulu Mahathir sendiri yang memperlakukan (memenjarakan) Anwar, siapa yang mula-mula bertindak terhadap (Datuk Seri) Anwar, Mahathir.

      “Masyarakat masih ingat, seolah nampak sangat demi kepentingan dia dan suatu hari nanti bila sudah berjaya (jatuhkan BN) maka dia akan menolak semula kenyataan itu. Ini mungkin boleh berlaku,” jelas beliau.

      Terbaru Muhyiddin dalam satu program malam tadi menyatakan sokongannya terhadap pembebasan Anwar malah berikrar akan menjadikan ia agenda perjuangannya.

      Sebelum itu, Mahathir membuat kejutan apabila berjumpa Anwar untuk kali pertama dalam tempoh 18 tahun selepas memecat beliau daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998.

      Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno turut menuduh Mahathir sebagai dalang di sebalik hukuman enam tahun yang dijalani beliau atas tuduhan sodomi.

      Malah penyokong tegar Anwar dalam PKR mendesak parti itu waspada dalam menjalin kerjasama dengan Mahathir kerana beliau dikatakan masih enggan mengaku pernah menzalimi terhadap Anwar kerana rakus kuasa.

      Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan sodomi kali kedua, melibatkan bekas pembantunya.

      Mohd Noor juga tidak menolak tindakan drastik Mahathir dan Muhyiddin ini ibarat langkah menyelamatkan diri daripada lemas dalam badai politik.

      “Dalam politik hari ini musuh, dan esok menjadi kawan. Kadang-kadang seperti orang yang berada dalam keadaan lemas perlukan pertolongan, dia akan mengambil apa sahaja yang boleh dijadikan bantuan pelampung, nampak apa sahaja yang terapung dia akan cuba memegangnya. Itu yang saya nampak,” katanya lagi

      Delete
    2. Jika mahu sokongan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hendaklah terlebih dahulu bertaubat dan memohon maaf secara terbuka kata Saari Sungip, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Selangor.


      “Jika dia mahu bekerja dengan kami, adalah perlu bagi Mahathir untuk melepaskan dirinya dari segala kesalahan yang dia lakukan semasa dia berkuasa,” kata Timbalan Presiden Amanah Selangor Saari Sungib dalam temu bual dengan FMT.

      “Dia mesti mengakui kesilapannya dan perlu memohon maaf kepada rakyat dan kepada keluarga Anwar Ibrahim,”katanya lagi.

      Saari turut mengungkit kisahnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalanm Negeri (ISA) di bawah pemerintahan Dr Mahathir.

      Menurutnya, meskipun dia ditahan ISA di bawah pemerintahan Dr Mahathir, namun masih boleh memejamkan mata bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri 22 tahun itu semata-mata untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

      “Kerjasama untuk sebab tertentu boleh dipertimbangkan,” katanya. “Walaupun saya seorang bekas tahanan ISA, saya tidak akan merasa dikhianati kerana menjatuhkan Najib bermakna berjuang untuk rakyat,”katanya lagi

      Delete
    3. Dogma yang perlu difikirkan kembali secara sedar ialah benarkah pakatan pembangkang hari ini lebih berwibawa daripada BN untuk memerintah negara? Penulis lontarkan pertanyaan ini agar kalian mula menilai satu persatu parti-parti yang bercita-cita besar untuk menguasai Putrajaya. Sedarkah kalian bahawa ada perbezaan jelas antara tingkah pembangkang sebelum dan selepas PRU13.

      Pada pandangan penulis, PAS jangan terlalu memberi prioriti terhadap strategi satu lawan satu; sedangkan dengan kewujudan PPBM pertandingan 3 penjuru pada banyak tempat mungkin lebih menguntungkan PAS. Namun fokus perbincangan ini ialah dengan siapa harus kita berkawan dan bekerjasama. Bukan kerana kita tidak mahu berkerjasama dan mengurangkan musuh. Cuma penulis berharap PAS tegas dengan Gagasan Sejahtera sebagai blok ketiga.

      Isu yang sepatutnya dilihat ialah sejauh mana PAS mampu menjayakan cita-cita perjuangan dan merealisasikan citra politiknya yang berpaksikan Islam. Mari kita lihat satu persatu parti-parti yang menagih kehadiran kita kerana mereka baru sedar bahawa PAS adalah parti Islam/Melayu teras.

      Pertama, PKR. Parti ini semacam terbahagi kepada dua pendekatan. Satu ingin bersama dengan PAS dan sebahagian lagi geli melihat janggut kita. Sepihak bersikap terbuka dengan dasar-dasar kita manakala sepihak lagi sinis dan kontradik dengan apa yang kita perjuangkan. Bolehkah kita percaya dengan parti yang bermain kayu tiga? Aku hanya memperingatkan.

      Apakah PKR boleh menjadi gandingan kerajaan pusat yang baik? Kita harus menilai sikap mereka sejak peristiwa penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim dari kerusi MB Selangor dan PKR. Pemimpin yang telus dan berwibawa begitu boleh mereka comotkan dengan dokumen fitnah 90 mukasurat. Bagaimana pula dakwaan rasuah seks yang memalit lumpur di badan kerajaan PKR Selangor? Mampukah nanti pemimpin-pemimpin PKR menjadi role model apabila menguasai Putrajaya?

      Kedua, PPBM. Usah dinafikan bahawa mereka masih membawa cara hidup, fahaman dan pendekatan UMNO. Malah mereka masih sayangkan UMNO sebenarnya. Tengoklah kalau Najib berundur. Jangan pula kita lupa pada sikap Mahathir terhadap syariah dan hudud. Bukankah amat menggerunkan kita? Bukan Mahathir berseorangan dalam hal ini. Perhatilah penjilat sekeliling mereka. Semua ahli PAS boleh kenal perangai dan sikap mereka.

      Andai jadi rakan sekutu di Putrajaya, adakah mereka akan berlaga angin dengan dasar PAS? Perangai mereka adalah perangai UMNO. Tak kan begitu mudah lenyap segala kebobrokan mereka semasa bersama UMNO semalam? Aku sama sekali tidak percaya kepada parti yang tertubuh atas dasar benci kepada individu bernama Najib.

      Ketiga, DAP. Senak kepalalah kalau hendak meletakkan harapan kepada kereta kebal pemusnah ini. Mereka boleh u-turn 360 darjah untuk membedil rakan sendiri. Kata Malek Redzuan dalam lagu hitnya, “cukup sampai di sini, sayang”.

      Bukan sekadar itu, apa berlaku kepada CAT sekarang? Apa sebenarnya lolongan kerajaan yang pernah menempelkan kemuliaan Khalifah Umar Abdul Aziz ini? Isu rasuah Lim Guan Eng, isu duit kopi perumahan rakyat, isu tambak laut, isu perobohan premis penjaja kecil dan banyak lagi? Inikah model kerajaan yang mendakwa dapat mengakhiri derita rakyat apabila menawan Putrajaya?

      Keempat, PAN. Tak masuk buku langsung untuk dibahaskan. Ahli PAS tak payah lagi diperkenalkan satu persatu pemimpin PAN yang baru sahaja membuka kamus ‘dosa’ ini.

      Justeru, perlukah PAS meletakkan harapan untuk mempersadakan tuntutan syariah dan kerajaan yang bersih bersama parti-parti dalam blok pembangkang tersebut? Fikirlah masak-masak secara tuntas dan holistik. Jangan terkesima akan jalan untuk dapat kerusi sahaja.

      Adakah semua parti itu akan mengizinkan PAS melaksanakan syariah, membanteras maksiat dan rumah persundalan, penjualan arak secara bebas, menghalang LGBT dan liberaslime agama dan sebagainya apabila masing-masing berkongsi kuasa nanti? Andai mereka mendapat jumlah kerusi yang dominan, tidak mustahil mereka menendang PAS ketika itu. Semua itu akan berlaku jika PAS silap membaca seni politik dan gagal membuat percaturan yang tepat.

      Delete
    4. Setakat cut and paste tak payah masuk berbahas di sinilah.

      Story tu dah basi.

      Delete
    5. hai pencacai PIGS copy paste demi sesuap pulut...kesian...

      Delete
    6. Standard macai umno..benda yg sama dia paste kat setiap entry. Nk bgtau skali lg..blog ini bukan blog Untuk Melayu No Otak. Orang2 kat sini baca skali dah faham. X perlu nak paste benda sama ulang2..ada faham macai2 bijaN???

      Delete
    7. Ayoyo Budin.. blog hang dah nak jadi blog macai ka? Bende diversion pun dah masuk mcm blog omakkau..

      Kalo x delete copy paste ni.. mmg akan jadi blog sampah la lps ni..huwaaa

      Delete
    8. Persoalannya sekarang, betulkah PAS memperjuangkan Islam?

      Dari zahir dan jenama memanglah.

      Contoh hudud. PAS dah betul2 buat homework ke nak laksanakan hudud?

      Jgn salah faham. Dr M bukan menentang hukum Allah. Saya rasa yg ditentang ialah cara PAS yg 'tangkap cincai' ke arah melaksanakan tuntutan agama.

      Banyak perkara dan prosedur perlu diperhalusi sebelum perlaksanaannya.Apa yg PAS lakukan utk mempromosi hudud kpd rakyat bukan Islam?

      Tahu2 fetus nak bentang di parlimen dan nak laksana. Ian bukan perkara mudah nak buat begitu shj. Nampak sangat buat kerja tak berkualiti dan setengah masak.

      Keikhlasan PAS benar2 nak laksanakan hudud sangat2 boleh dipersoalkan. Ianya kelihatan bermotifkan politik semata2.

      Delete
    9. Arwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????

      Delete
  2. Ada 4 majority bumiputera
    1) umno totok- Felda org kampung Sabah Sarawak , mat rempit, pemuda masuk angin
    Jkkk,contractor, ibu tunggal,Warga Tua
    2) majority rakyat org Muda , kawasan bandar
    3) walaun
    4) atas pagar - pengundi hantu yg sebenar tentera polis rela pendatang asing yg Ada ic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polis & Tentera kalau pangkah pembangkang...consider sbg UNDI ROSAK. Apa x betul semua badan2 berkuasa dlm Malaysia ini x bebas & dibwh telunjuk Umno & bijaN?

      Delete
  3. Saya memang benci dan meluat dengan Najib dan UMNO dan geng Najib yang sombong bongkak. Bersedia mendaftar ahli PPBM

    ReplyDelete
  4. Keahlian tidak mencerminkan sepenuhnya sokongan kerana sokongan daripada ahli umno yang tidak mahu kekuar umno secara terangan atas keoentingan peribadi masih ujud.
    Begitu juga akan ada sokongan daripada mmereka yang terus di atas pagar atau enggan terikat dengan mana mana parti politik.
    Sokongan dari beberapa NGO juga turut menanti.

    Psikologi kalau dapat keahlian purata 500-1j... Memang bagus.
    Doakan bersama.

    ReplyDelete
  5. Mahathir berjumpa dan telah bersalam-salaman dengan Anwar. Bermakna Mahathir telah mendapat keampunan Anwar atas apa yang telah berlaku. Orang UMNO yang mula ragu-ragu atas tuduhan liwat ke atas Anwar yang dulu bertegas menuduh Anwar, di kira mendapat keampunan dari Anwar sekiranya mereka meninggalkan UMNO dan kerana mereka bersama-sama Mahathir yang bukan sahaja untuk menjatuhkan Najib tetapi untuk menebus dosa mereka ke atas Anwar.

    Kemaafan yang di beri kepada Mahathir juga diberi kepada ahli UMNO yang menjadi ahli PPBM.

    Fikirkan lah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      aduslah..dah lama anwar kata maafkan tun..tapi tun tak pernah pun kata dakwaan dia kata nuar buat benda tu adalah satu kesialapan...

      tun hadir sokong sbb injuksi untuk akta mkn pun d belit2 sbb takut ramai tau tun datang sbb tak suka najib hijack kuasa ydpa...tun yang gubal kuasa tu dulu pun tak hijack kuasa ydpa yang banyak tu....

      gie7

      Delete
    2. Semekom, terbaik Dan sokong 26 ribu juta persen. Harap jgn sia sia kan, ini masa terbaik untuk menebus kesilapan kerana menyokong kemungkaran.GO PH. Kami rakyat akan sokong selagi anda dilandasa yg Benar. Amin.

      Delete
  6. dah sampai masa,to give Umno a good fight and boot them to the moon once and for all..

    ReplyDelete
  7. Bro, i like the last part: lari mlm.
    Tapi saya x fikir Najib will do that: dia pahlawan Bugis yg mahir mencuri wang.
    Status kena jaga bro.
    U nakal lah.....

    ReplyDelete
  8. salam

    ini cadangan kepada ahli umno 2.6 bilion yang nak masuk bersatu...

    kebanyakan dari kita mempunyai wasap n kebanyakan pemimpin kita mempunyai wasap...jadi nak jadi ahli bersatu tu jangan lupa patahkan kad keahlian umno 2.6 bilion n antar gambar kepada ketua bahagian ketua cawangan ketua pemuda ketua puteri...

    gie7

    ReplyDelete
  9. Strategi paling berkesan di kawasan kampong ialah bagitau pakcik makcik bahawa: kerana 1mdb, kerana najib, maruah negara dan bangsa kita dah masok longkang. Shock and awe strategy. Orang kampong ni sensitif pasal maruah dan agama. Cerita terang terang kat dia orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik kata madey tak bermaruah sembah peliwat yg dia sendiri dulu suruh rakyat percaya,dulu kata agama tak terima perdana menteri peliwat,skrg nak suruh makcik terima pulak

      Delete
    2. Dulu pun haji hadi ckp umno tak baik.. Tapi sekarang dah berbaik. Kalu hadi dan najib boleh sepentas dan sedondon.. Salam dan berpelukan. Kenapa bila mahathir dan anwar salam dan berbaik berkejasama utk kebaikan semua kita tak dpt terima.. Soal salah betoi mahathir itu hanya anwar dan Allah yg tau.. Kita hanya bersangka baik pada mereka sama mcm kita bersangka baik pertemuan haji hadi dan najib.. Kalu nak kalahkan umno.. Kalahkan najib.. Itu ja.. Umno takda duit berbilion. Yg ada duit dan kuasa adalah najib.. Fokus kalahkan najib.. Jatuh najib semua tumbang.. Kalu muhyiddin boleh bertanding di pekan. Bertanding.. Semua pakatang pembangkang kena bersama dlm menjatuhkan najib di pekan.. Kat mana najib kempen di pekan.. Muhyiddin kena p kempen situ.. Kempen cara baru.. Fokus pada kelemahan kepimpinan najib dan bahaya rasuah.. Juga bahaya kuasa agong yg dirampas

      Delete
    3. salam

      13 ogos aji adi kata nak saman dalamn masa sebulan..tup2 13 september ntah ke mana saman aji adi..

      macam orang tu lupa kewujudan selasa sbb tu tak saman2

      gie7

      Delete
    4. anon 11:13 kau ingat kau ni tuhan ker?

      Delete
    5. Saya save screen tajuk utusan najib nak saman wsj. Saya tunjuk kat sedara di kampong dan tanya mereka, apa dah jadi? Jawapan mereka sendiri, "dia takut kot?" Simple....and effective. Dengan orang kampong, tak payah cakap banyak2. Bagi bukti yang mereka faham, senang

      Delete
  10. Salam Tuan Budin,,bagi menjayakan Parti Bersatu,setiap individu yang sokong Parti Bersatu wajib memainkan peranan dan ambil tanggungjawab masing-masing untuk "all out" perkenalkan parti baru ini kepada masyarakat tentang Hala tuju & visi parti ini, insya'allah Allah Azza Wajallah akan kabulkan hasrat kita semua,Amiiin

    ReplyDelete
  11. Aritukan da ada 1 juta,tu da 1/3 spatutnye..oh lupa keahlian tak dibuka utk org mati..hehe..kuarga anwar suh madey mintak maap tu..bila madey nak mintak maap scara tebuka ?

    ReplyDelete
  12. Jangan lupa, Najib dan kroni-kroninya wajar diheret ke mahkamah untuk di adili, sebaik sahaja BN ditumbangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul...RAMPAS HARTA2, DUIT DALAM BANK LAKI BINI menteri2 yg terlibat dalam mkn dedak & korupsi. Ini adalah PERKARA PERTAMA YG WAJIB DIBUAT SEJURUS MENANG PRU14!

      Delete
  13. Na borang bersatu
    Send kan
    jatidiri12345malaysia@gmail.com

    KERIS
    pahang

    ReplyDelete
  14. Penduduk malaysia @ rakyat baru mencecah 30 jota tapi berbajet belanja sakan sampai berhutang 50 billion.Tumbang regime kleptokrasi bermakna tumbangnya penyamun-penyanggak politik Malaysia.

    ReplyDelete
  15. kita sebagai rakyat yg tertekan dgn GST,amat bersetuju jika pembangkang bersatu,parti melayu bersatu,pkr,amanah dan dap,memang layak dan sesuai untuk bekerjasama.Lupakan pas ,selagi ada hadi/haron,mereka2 ini tak boleh dipercayai langsung,sedangkan perjanjian bertulis dlm PR dulupun mereka boleh belah macamtu sahaja,dgn umpan hudud oleh umno.Hadi kaki ponteng,kaki kencing,dia boleh tukar fatwa 1981,sehingga ramai mati katak peristiwa memali.sekarang ni dia boleh sedondon dgn parti yg dijihadkannya dulu.100% dia tak boleh dipercayai.Tambahan lagi hadi/haron tak saman2 SR tentang dedak najib 90juta tu.

    hidup front pembangkang,bersatu,pkr,amanah dan dap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 90 jota ada hati nak saman SR? POKEMO1 dah meliwat berbilion-bilion pun bachul nak saman.Apa punya mickey mouse la

      Delete
    2. Amat bersetuju,diperingkat awal ni pemimpin2 dan hardcore parti masing2 kena duduk semeja,berbincang habis2-habisan,kalau boleh baling buku,balinglah sekarang,crack kepala cari penyelesaian yg menyeluruh,benda2 yg kecik/dan remeh cepat2 diselesaikan,gerakkan tenaga kerja parti pembangkang,desak ros,untuk satu bendera,sekarang ni,umno bn dan blok ketiga pas,sedang terumbang-ambing,umno/pas,ramai kehilangan ahli,jika propaganda front pembangkang dapat bersatu hati,tak bergaduh,tak mementingkan diri,win-win situation,insyallah,front pembangkan akan tewaskan umno/bn.Yg penting sekarang kena bersatu..tanpa pas.Jika pembangkang menang nanti bila bersama pas,nanti ada problem,dia boleh kianati pembangkang dgn mengunakan islam/hudud.

      Delete
  16. Tahniah PPBM teruskan perjuangan jgn terlalu fikirkan ahli macam umno konon ramai tetapi hampas pemakan dedak ada yg jadi ahli tetapi mereka tak tahun yg dia itu ahli yuran dibayarkan dedak diberi yg penting kita hendakkan ramai penyokong dan pengundi dan umno berkubur dlm pru14

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu UMNO

      UMNO terus mara akhirnya masuk neraka!!!!

      Delete
  17. Tahniah PPBM teruskan perjuangan jgn terlalu fikirkan ahli macam umno konon ramai tetapi hampas pemakan dedak ada yg jadi ahli tetapi mereka tak tahun yg dia itu ahli yuran dibayarkan dedak diberi yg penting kita hendakkan ramai penyokong dan pengundi dan umno berkubur dlm pru14

    ReplyDelete
  18. Tak perlu ahli berjuta macam umno kalau majoriti tak aktif. Ahli tak penting dan yg penting penyokong yg mengundi parti kita bila pilihanraya nanti. Umno claim banyak ahli tapi yg aktif berapa kerat je. Yg jadi ketua dan ahli2 ajk yg dapat contract buat longkang. Yg selebihnya hanya ahli tak aktif. Tak tentu pun sokong dan setuju dgn presiden penipu dia tu. Kira bodoh jelah kalau 40% je yg tak sokong najib dah kira bagus utk parti baru ni. Yg lebihnya generasi y aka pengundi baru. Tak banyak sgt nak buat kerja tu pasal majoriti pun dah betambah jijik dengan najib dan barua2nya. Conclusion ialah permulaan yg amat baik utk bersatu. Kalau dapat Pas lagilah bagus.

    Arcadia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu pas bro. Semua dah makan duit haram. Hj hadi, haron din, nok abduh dan banyak lagi. Tak percaya tanya brokee maut nasharudin mat esa.

      Delete
    2. tentang PAS...lau x caye cuba tanye Al-Fadil AL-Ustad Al-Hafis Ton Ton Wee Al-Porno Germany

      Delete
  19. lantiklah nama2 besar sebagai pengerusi negeri baru lah bersatu akan lebih dipercayai.

    ReplyDelete
  20. Hari ni dah mula pendaftaran ahli parti bersatu... Tun m ahli pertama

    ReplyDelete
  21. Kalau lebih ramai lebih bagus, UMNO pun dah usang, dipimpin pulok orang orang puok siTanggang lupa daratan.
    Kito gen muda nak berubah kpd lebih baik, UMNO bukan tempatnya. BERSATU ada perjuangan yg sama mcm.UMNO tapi pemimpinnya nampak berani lawan maksiat Ketua pemimpin UMNO.

    ReplyDelete
  22. Kak Mah stress berat dok pikiak siang dan malam tentang "BERSATU" yang menghantui hidupnya...........!!

    ReplyDelete
  23. insya'allah saya akan mendaftar esok.

    bersetuju angka tidak penting tetapi mutu (quality) yg perlu d tekankan.
    namun, lebih ramai lebih meriah.

    apa yg amat d perlukan sekarang ia lah relawan sejati utk mengaktifkan program2 (termasuk 'membership drive) d peringkat akar umbi.

    saya akan memohon utk aktif d tempat kelahiran saya ie kawasan parliament Pekan dgn harapan gempuran yg d buat akan membantu penduduk nya sedar bahawa pemimpin mereka yg d pengaruhi isteri yg 'evil' adalah seorang pencuri murahan.

    ayoh !!! maju k depan tanpa ragu2.

    ReplyDelete
  24. salam, orang malaysia ni setia pada jenama. nak tukar jenama payah walaupun nak cuba yang baru. itu orang lama. orang baru belum pasti sebab mereka lihat kualiti dan popular, tapi tertipu dengan jaguh cakap jenama. tapi pemimpin umno dah hilang kekuatan intergriti dan dilihat lebih kepada selamat diri sendiri. pemimpin pas pulak takut nak songsang arus, dan selesa dengan pak turut dan sanggup bergaduh mempertahankan pemimpin walaupun salah. lebih kurang umno juga. pemimpin lain nampak ok, harap pemimpin dap dapat tukar jadi lebih terbuka dalam isu kaum untuk mengurangkan tekanan ketakutan oleh umno. nak haeap satu lawan satu nampak sukar kerana pas nampaknya berkeras. harap pemimpin pkr, amanah, bersatu dan dap dapat bertolenrasi dalam pembahagian kerusi dengan fokus selamatkan malaysia. tak perlu tembak sesama sendiri dan dok ungkit kisah lama yang tak mungkin diselesaikan dalam masa 1 minit masa sekarang.

    ReplyDelete
  25. asalkan bukan umno bn.

    harap Bersatu dpt bekerjasama dgn Amanah dan DAP.

    hati2 dgn pkr. jgn percaya pas.

    ReplyDelete
  26. Saya tertarik dengan komen yang minta tun mohon maaf secara terbuka kepada anwar.
    Perkara telah berlaku dan anwar telah pun dibicarakan dalam mahkamah terbuka. Cuma ada pro dan kontra terhadap keputusan mahkamah mengikut fahaman masing2.
    Jika niat mahu tewaskan BN dalam pru14, semua pihak harus mengalah dan hanya tumpu pada satu isu iaitu najib. Tanpa PPBM, pembangkang tidak akan dapat undi dari bekas penyokong BN. Mereka mungkin tidak keluar undi atau terus undi BN. Begitu juga PPBM mesti bekerja sama dengan pembangkang. PPBM tidak akan berjaya tanpa sokongan ahli pembangkang.
    Isu2 yang lepas harap ditutup begitu saja tanpa diungkit2. Sekiranya penyokong anwar terus mendesak supaya tun mohon maaf secara terbuka, ini akan menguris hati penyokong BN/TUN. Mereka juga akan mendesak anwar untuk mohon maaf secara terbuka atas apa yang dia lakukan. Sebab dalam soal ini, kebenaran yang sebenar hanya terletak dalam hati tun dan anwar serta ALLAH yang maha mengetahui.
    Seperti apa yang saya katakan dari awal, setiap orang ada fahaman masing2 mengikut sumber yang dia dapat. Ada yang setuju anwar dianiayai dan ada yang setuju yang yang melakukan nya.
    Jika tanpa PPBM, hayat politik anwar boleh dikira berakhir. Dalam isu ini semua pihak mesti menang-menang.

    ReplyDelete
  27. ## ada yang setuju anwar dianiayai dan ada yang setuju anwar melakukannya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...