Saturday, 3 September 2016

"TUHAN JUGA TAHU SAMA ADA NAJIB BENAR2 TAKUTKAN ALLAH ATAU IA HANYA SEKADAR KATA2"


Kalau mendengar Najib Razak berucap atau bertempik di depan audien UMNO yang diketahuinya mereka adalah kelompok yang akan mengangguk dan mengiakan 110 peratus segala kata-katanya, lebih-lebih lagi secara sehala,  memang boleh meremang segala bulu-bulu yang ada di badan dibuatnya.

Bahkan, burung yang sedang terbang juga boleh jatuh dan terhempas ke bumi kerana mendengar "ghau" tempikan beliau ketika menyampaikan ucapannya. 

Malah, mendengar betapa semangatnya Najib mahu mempertahankannya jawatannya, tidak gentar sehingga bumi berkeping dua, gajah pun boleh terbang dan bertukar menjadi jet pejuang.
Di penggulungan Mesyuarat Perwakilan UMNO Pekan hari ini, dengan penuh semangat Najib mengumumkan untuk kesekian kalinya bahawa beliau tidak gentar menghadapi sebarang musuh serta tidak sesekali akan berundur, meskipun menerima tentangan bertubi-tubi dari dalam dan luar negara.

Berbekalkan perjuangan yang dipacu oleh semangat kebersamaan, perpaduan dan sokongan semua pihak, kita akan bangkit semula. Lawan tetap lawan. Saya tidak takut pada sesiapa, saya hanya takut kepada Allah sahaja, kata Najib lagi.

Meskipun Najib mengatakan tidak takut kepada sesiapa, temasuk Tun Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun, kita semestinya belum lupa bagaimana beliau tidak berani turun ke program NothingToHide di PWTC semata-mata kerana bekas Perdana Menteri itu sudah menunggunya di sana.

Selain itu, jika benar tidak takut sesiapa, mengapa cabaran berdebat oleh Tun Mahathir mengenai rasuah 1MDB tidak berani dijawab sampai sekarang?

Jika benar tidak takut kepada sesiapa juga, ingin ditanyakan sama kepada Pahlawan Bugis itu mengapa tidak berani menghadirikan diri dalam persidangan anti rasuah antarabangsa tidak lama sebelum ini?

Bukankah persidangan anti rasuah antarabangsa itu merupakan medan terbaik untuk menjawab segala isu berkaitan rasuah yang dipalitkan kepada dirinya jika benar tidak takut sesiapa dan hanya Allah yang ditakutinya?

Sebagai umat Islam, memang semua orang yang beriman takutkan Allah. Tidak takut kepada mana-mana manusia dan hanya takut kepada Allah adalah 100 peratus sifat terpuji. Ini kerana Allah itu sifatnya maha agung, maha mendengar, maha mengetahui, bahkan maha kepada segala-galanya.

Tetapi, manusia selalunya memang mudah mengucapkan kata-kata hanya takut kepada Allah apabila dalam keadaan tersepit atau ketika dalam keadaan bersalah. Ketakutan kepada Allah bukan boleh dinilai melalui kata-kata atau jerit pekik yang dilaungkan, tetapi melalui amalan dan perbuatan seharian.

Berdasarkan pelbagai perlakuan, masalah, kemelut dan caca marba yang berlaku dalam negara sejak dari awal Najib berkuasa sampailah kepada tercetusnya isu 1MDB dan wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadinya, malah berterusan sehingga berlaku beberapa pemecatan dan kacau ganggu kepada agensi-agensi kerajaan, apakah Najib benar-benar boleh ditanggapi sebagai seorang pemimpin yang takut kepada Allah?

Apakah seorang pemimpin yang mendakwa hanya takut kepada Allah boleh sewenang-wenang melakukan pelbagai pembaziran, kemewahan, membiarkan isteri  bebas menggunakan pelbagai kemudahan kerajaan serta berbangga pula mengatakan wang ribu-ribu juta yang diterimanya adalah merupakan derma?

Audien UMNO atau mereka yang hanya tahu mengangguk-angguk saja mungkin akan bertepuk tangan dan memuji-muji Najib apabila beliau berkata tidak takut kepada sesiapa, lawan tetap lawan dan hanya takutkan Allah saja.

Tetapi, Allah juga sebenarnya maha tahu sama ada Najib seorang hamba yang benar-benar takut kepadaNya, pura-pura takut, takut hanya pada waktu-waktu tertentu atau mengucapkan kata-kata itu untuk maksud lain selain daripada takut kepada Allah.

Usahlah bimbang Najib, Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui segala-galanya. Mengucapkan kata-kata takut kepada Allah belum merupakan jaminan terlepas dari seksaan dunia dan akhirat atas kesalahan yang dilakukan, kecuali bertaubat nasuha dan meminta ampun daripada manusia lain yang pernah dianiaya serta hak-haknya telah diambil secara sengaja.

Jika lain cakap di mulut dan lain pula perbuatan yang ditunjukkan, seperti mana yang sudah banyak berlaku sejak zaman Nabi-Nabi lagi, janji dan balasan Allah pasti akan tiba juga akhirnya.  (SH 03/09/2016).

36 comments:

  1. Najib dgn sepupu dia si shima bapuk tu sama saja.

    Sama2 bapuk.

    Berani bercakap depan penyokong sendiri saja. Kedua duanya jaguh kampong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat Diperbodoh3 September 2016 at 23:15

      Amat bersetuju dgn Anon 22:19...!

      Berani HANYA di dpn penyokong sendiri..!

      Dpn public atau utk ucaptama-ucaptama, kalau x dibekalkan dgn teks dan bantuan 'prompter'; akan kelu 1000 bahasa...

      Nak diajak berdebat....? Dlm mimpi pun hajat sebegitu x kan kesampaian...

      Delete
    2. Nyahkan UMNO dan PAS5 September 2016 at 16:59

      Kita pun hanya takut pada Allah saja. Bukan kepada UMNO atau jabatan jabatan ugama yang umno cipta untuk kepentingan politik mereka.

      Delete
  2. Najib akan keseorangan.

    Tukang kipas Najib ada beberapa ekor sudah berhenti mengipas.

    Kaki kipas sudah kepenatan kerana kejahilan mereka menyokong yang mungkar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ini yg paling kuat mengipas adalah sepupunya yg bercita cita besar untuk menjadi timbalan perdana menteri dan seterusnya menjadi perdana menteri.

      Persoalannya ada kah dia layak?
      Sanggupkah rakyat menerima dia ni menjadi pm? Semua orang tahu masa di kdn dulu dia failed. Dia hanya berkesan menjadi menteri Amaran.

      Selain itu dia ni hanya layak menjadi menteri kebudayaan atau menteri auww...auww sahaja.

      Di luar sana dalam apa saja ucaptamar suara dia berdentum dentum. Suara sajalah....mcm katak panggil hujan, selepas itu dia kembali menjadi auww...auww semula.

      Tak susah kalau nak berucap sebab speech orang lain yg sediakan. Boleh balun sepuas puas hati. Habis tu habislah kembali kepada sifat dan habitat asal auww..auwww...

      Ukur baju dibadan sendiri lah datuk auww..auww

      Delete
  3. Kahkahkah..baik ddk dlm kelambu..periksa dalam seluar tu adakah kemaluan tu berada dlm kondisi yg memuaskan atau tak..rakyat bkn bodoh..
    Atas dasar pemerhatian,najib sbnr nya dlm resah,gelisah,seriau dan sewktu dgn ny..jd para pencacai pengampu dan juga penjilat tegar najib memberi kata2 perangsang dan motibasi bangang kpd najib agar tak menggelabah tapir sewaktu berhadapan dgn para perwakilan dan rakyat..sedar atau tidak najib diperbodohkan oleh penjilat tegar dan dipergunakan oleh pencacai ini agar dedak dari najib dapat disedut sampai kering..ucapan berapi dan ala2 islamik terus ditampilkan oleh najib agar beliau kelihatan spt pemimpin zuhud dan bersih suci murni demi mengaburi mata2 ahli umngok yg sudah tentu mudah cair dgn ungkapan islamik beliau..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Jalan kepit teloq...celakalah engkau laknatlah engkau...aku tak halal walau satu sen pun duit cukai aku yang ngko n para pengampu ngko kedarah....kita jumpa di Ă¢khirat nanti....ciiiiss

    ReplyDelete
  6. Cakap dgn mulut, Dan cakap dlm Hati tak sama. Kita Boleh cakap, ala, Kat kubur mane ada hantu, org dah mati mane boleh jadi hantu, Kat kubur Cuma ada setan, taraf Kita Lagi tinggi Dari setan, cuba pegi 2 3 pagi seorang diri. Ingat kucing melintas je cukup. Selipar tah kemane, motor tah kemane. Silap silap anak bini pun tinggal.

    ReplyDelete
  7. Ramai orang mengaku takut kepada Allah tapi dalam masa yang sama masih melakukan apa yang ditegahNya.....mungkin golongan ini hanya mengenal pada nama ALLAH sahaja tanpa mengenal yang empunya nama....Wallahualam Budin....!!

    ReplyDelete
  8. Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.

    batu tak tipu memang dia takut sungguh pada Allah
    manusia boleh menipu denagn kata kata
    tapi dapat dilihat dengan mata apakah benar seseorang itu takut pada Allah

    kalau dah pernah cakap kami tak akan laksanakan hudud sebab tak sesuai
    adakah ini tanda orang takut pada Allah

    amariak tak iktiraf hamas dia pun tak mau jugak itu tanda takut kat amerika bukan Allah

    cakap suka bohong

    ReplyDelete
  9. Amin moga allah tunjukan segala onar pok jib
    KERIS

    ReplyDelete
  10. firaun kata dia tuhan, pun finish.
    inikan pulak si nojib rojak.
    sikit lagi finish juga macam firaun.
    kita tunggu dan sama-sama lihat.

    ReplyDelete
  11. heheheh..Najib tak takut pada sesiapa!!! betul ka jib!! Takut pada Allah, di gerdik oleh bikmama kecut perut kau jib!!usah pergi jauh lah jib!! perintah Allah menyuruh suami menasihati isteri dan anak ko tu bertudung ko berani ka!!
    BENDA YG SEBEGINI SIMPLE KO TAKUT NAK BUAT!! Apatah lagi bila bikmama klepet duit 1mdb bagi kat anak tiri ko untk buat wayang x-rated di hollywood tu!!bikmama buat selamberger jet sewa jet mahal pergi kesana-kesini!!dia bershopping sakan pakai duit klepet rakyat ko berani tegor ka jib!!! duit rakyat guna duit perbelanjaan permata(kononnya nak jaga kanak2) ikut suka hati makbapak ko!!sedangkan anak pompuan dia sendiri (dgn laki askar dulu) meluat sangat dgn dia.DIA SELALU MENYIBUK KAT PARLIMEN ,siap bawa menantu khzakhistan lagi ko berani tegor ka jib!!.semua isteri2 pm terdahulu tak pernah melantik diri mereka sebagai the 1st lady,tapi bini ko senang2 jer lantik diri sendiri sebagai 1st lady,lepastu pandai2 pula anjurkan meeting ka malaysia guna duit kerajaan,bawa makcik2 negro meeting ka malaysia.Tau tak najib the 1st lady hanya layak pada permaisuri agong sahaja.

    berapa banyak ko cakap ko takut tuhan,seperti ko bersumpah laknat dimesjid duhulu,selagi itulah hidup ko tak tenteram,ko bolehlah beri dedak kat sipenasihat 25%,kat lobai2 tarbus tu,ko umpan mereka dgn ru355,ko menyamar pakai jubah dan ketayap putih.Siap ko panggil lagi ustaz2 indon,buat yahana..yahana..kononnya ko nakkan islam.ustaz2 dan lobai2 macamni senang jer ko mainkan bila ko tabur dedak kat mereka.

    GHOST OF AL-TANTUYA...Where r u najib!!sleeping well!!remember najib,i changed my name to aminah,coz u promised to marry me!!ur 3 months baby in my tommy..that's was the reason why i was C4ed. The god is great,sooner or later,u'll taste ur own medicine.beware of ur "bikmama"

    ReplyDelete
  12. banyak pemimpin2 kita bolih d takrfkan sebagai manusia munafik - cakap tak serupa bikin.

    banyak yg mengaku islam tetapi 'tiada hal punya' melaku kan perkara yg d tegah olih agama.

    sebagai misalan - minumamn keras (alcohol) tidak lekang d mulut.

    senang sahaja. jika mahu tahu cara hidup pemimpin yg kata nya hanya takut pd Allah swt, maka tanya saja pembantu2 rumah mereka. 'body gaurd' atau pengiring2 pemimpin2 ini juga bolih membantu.

    saya bolih jamin bahawa apa yg d tutur tidak selalu nya serupa dgn amalan mereka.

    ReplyDelete
  13. Jangan percaya kepada orang2 munafik.

    Tau kan ciri2 orang munafik? Tak tahu? Contoh terbaik ialah orang yang disebut dalam artikel ini.

    ReplyDelete
  14. Baru kau orang sedar ke ya kaumku melayu? Aku dahlama jangkakan si kepit telor ni sekadar pandai bermadah...lebih-lebih lagi bila cakap orang putih! Berabuk dan tersedak-sedak depan Obama dulu. Ayuh!Kaumku melayu perbanyakkanlah bacaan dlm pelbagai bahasa tapi jgn mudah cepat taksub supaya tidak mudah tertipu!

    ReplyDelete
  15. IA NYE MENJADI BAHAN LUCU SERTA KETAWA DAN LAGI MENJIJIKAN BILA ORANG SAPERTI NAJIB YANG BERKATA.MANA TIDAK NYE DGN BEGITU BANYAK SALAH LAKU YANG DILAKUKAN YANG SEMUA RAKYAT TAHU ZIANA ZAIN NYE,AL TANTUYA NYE, KAPAL SELAM NYE DAN 1 MDB NYE CURI SANA TIPU SINI.TAPI BIASA SANGAT DAH KITA LIHAT CURI CURI CURI,TIPU TIPU TIPU PERGI HAJI,BERZANJI,PERGI UMRAH,CUTI PERGI BELAJAR QURAN,KEMUDIAN KERJA IKUT AL QURAN.INI LAH MELAYU YAHUDI PENGKHIANAT DURJANA LAKHANATULLAH.BERSELINDUNG DIALAM KEPURAAN PURAAN.RAKYAT TERINAYA HANYA PERLU BERDOA DALAM ERTI KATA BILA RAKYAT MENYEBUT SAJA IA MAKNA NYE MEREKA BERDOA.PADA SEMUA YANG YANG MENINAYA RAKYAT HANYA PERLU TUNGGU DAN LIHAT SAHAJA PENGKHIANAT DURJANA INI.MAKIN HARI KITA BOLEH LIHAT NAJIB DAN RAKAN RAKAN PENGKHIANAT DURJANA LKHANTULLAH INI DGN KEADAAN PERWATAKAN DIRI YANG TIDAK MENENTU WALAU PUN KONON CERTA MENGUNAKAN UBAT PENUAAN BERBILION RINGGIT.BETINA PUAKA TU LAGI LE DAH RUPA GUNI BERAS TUNGGU BUANG AJE.SEDAR LAH DIRI KAMU TAK TERLEPAS DARI DOA RAKYAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuahhhh sikit punya marah ko yea... smpai pakai caption beso.. nie klu bangjib tak baca tak tahu la...

      Nie nak bg tau, dlm the star minggu lepas... diakn dah mintak, agar kita jd mcm nabi Musa (as), ckp elok2 kalau nak tegur... sbb dia tgh samakn diri dia mcm firaun... yg baik jd tauladan, yg buruk biar dia dgn kerajaan dia jawab dgn Allah nnti... plus pengikut dan penyokongnye juga....

      Delete
  16. Najib amat berani dihadapan penyokong yg buta tuli selagi Rosmah ada dibelakangnya. Dgn org luar & bukan ahli Umno, Rosmah tak bolih kelentung.

    Melayu umno adalah jenis kerbau yg dicucuk hidung atau ayam itek yg diberi dedak. Anggok saja lah bila Najib bercakap.

    ReplyDelete
  17. Kalau takut pada Allah kenapa kata "Cash is king"? Perkataan itu menunjukkan Ajib tidak takut pada Allah. Boleh jadi Ajib fikir Allah tidak melihat perbuatannya. Tapi kalau nak taubat mesti dari sekarang; jangan 'last minute'. Dalam Quran ada mengatakan yang Firaun hendak bertaubat 'last minute' tapi tidak diterima Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang mcm tu biar mampus dipanah petir

      Delete
    2. Mati di-panah petir terlalu mudah dan tidak kena
      dengan perbuatan nya....sebaik nya biar dia di=penjarakan sampai akhir hayat...di-Sungei Buluh.

      Setiap hari biar rakyat belikan duit kertas
      cina mati berguni2...supaya dia boleh bayangkan
      dan kira dengan tangan nya sendiri...itulah
      duit 1MDB yang dia songlapkan. Ramai yg jadi gila
      bila mereka jatuh miskin...dan dia pun tidak
      terkecuali.

      Delete
  18. Tidak takut. Tapi berkokok dalam reban saja. Itulah pahlawan bugis yg paling berani di Alam semesta

    ReplyDelete
  19. Najib tak de lancau.

    ReplyDelete
  20. Najib lebih takut pada Rosmah dari takut kpd Allah.

    mencuri duit rakyat adalah satu dosa besar disisi Allah. Najib terpaksa curi duit 1MDB atas arahan Rosmah yg tamak tu.

    ReplyDelete
  21. Encik Najib...
    Kalau takut kepada Allah dan mungkin beriman kepada hari akhirat...Tengok-tengok balik kesalahan encik kepada manusia islam lain yang encik telah fitnah dan penjarakan tu!!!!Saya risau jika kesalahan encik tu Allah balas bukan kepada encik seorang,,,malah satu Malaya ni dapat bala dari Allah. Tak kira mereka tu berserban atau tidak, makanya fikir-fikirlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut kepada Allah mesti dari dulu dah tarbiahkan
      anak isteri supaya tutup aurat??

      Siapa sahaja penjenayah kalau gunakan hujah agama
      macam ni dan boleh ke polis...hakim...rakyat terima?

      Bukti nya dah nyata...dia memang tidak takut pada
      Allah TAPI TAKUT pada Tun M...di-ajak berdebat "Nothing to Hide"...cabut lari...bila ada event
      sedunia mengenai rasuah yg di-adakan awal tahun ini
      dia tidak hadir tetapi menghantarkan menteri cap ayam nya...baru2 ini di-UNAG Zahid pulak kena galas
      tugas nya...dia hanya menjadi PM di-dalam Malaysia.
      Bukan luar Malaysia.

      Delete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. Lafazan/doa rakyat Malaysia entah berapa juta mengangkat tangan,"Aku tak redhai walaupun 1 sen wang 1MDB yang dicuri" tu hang tak takut ke?

    Depa buat lafazan/doa begitu bukan sebab tiada sebab, tapi berasas sebab tak pasal-pasal depa kena bayar selama 25 tahun hutang 1MDB yang chairmannya ialah awak. Sangat mudah tapi masalahnya ada kah hang betul-betul faham?

    Cuba hang tanya ulamak/mufti, kecuali tuang halaji haladi yang dah tak boleh pakai tu, apa kah yang hang bakal hadapi akibat lafazan/doa tersebut?

    Semasa perjumpaan pemimpin-pemimpin Asia kat Mongolia tu 2 bulan yang lalu hang tak pi pun. Yang mana satu hang lebih takut, Allah atau Mongolia?

    Kalau Allah maknanya hang ni memang lah MO1 seperti yang didakwai DOJ, iaitu munafik officer number 1.

    ReplyDelete
  24. Manusia ini di mulut saja takut pada allah tetapi perangai ada yg macam syitan cakap lain buat lain perasuah penyamun penyangak jadi kita tak payah percayalah biarlah dia melalak jawab diakhirat

    ReplyDelete
  25. Manusia ini di mulut saja takut pada allah tetapi perangai ada yg macam syitan cakap lain buat lain perasuah penyamun penyangak jadi kita tak payah percayalah biarlah dia melalak jawab diakhirat

    ReplyDelete
  26. kah kah kah ... bapok memang cam tu. runtuh busut kalau dengarkan laungan diorang tapi bila balik rumah kena jeling ngan bini je dah terkencing dalam seluar... bapok dajjal haram jadah

    ReplyDelete
  27. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...