Thursday, 15 September 2016

DI SEBALIK UMNO SEMAKIN MENGECIL, SPR MUNCUL UMPAMA TALIAN HAYAT


Di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO, tidak ramai di antara mereka yang betul-betul mahu mengaku kewujudan PPBM adalah cabaran sebenar kepada kedudukan parti itu dalam pilihanraya akan datang.

Lebih ramai yang terus sombong bongkak dengan mengatakan PPBM bukan saingan yang sebenar, UMNO sudah biasa dengan cabaran, PPBM bakal senasib Semangat 46 dan macam-macam lagi.

Realitinya, dengan bermulanya PPBM mendaftarkan ahli-ahli baru sejak semalam, kedudukan UMNO dengan sendirinya makin mengecil. Pada hari pertama di Kuala Lumpur saja, sebanyak lebih 9000 borang telah diambil. 

Hari ini mungkin ribuan lagi yang telah mendaftar dan oleh kerana permintaan bertambah, walaupun esok merupakan cuti umum sempena Hari Malaysia, pendaftaran terpaksa dibuka untuk kemudahan orangramai.

Serentak dengan itu, penyeleras negeri-negeri turut dilantik untuk memudahkan lagi proses pendaftaran ahli. Beberapa negeri kemudiannya melantik penyelaras di peringkat bahagian-bahagian pula.

Dengan itu, ahli PPBM akan terus bertambah hari demi hari. Sebahagian besar ahli PPBM adalah ahli UMNO. Secara automatiknya, UMNO makin kekurangan ahlinya.

Apabila ahli UMNO berpindah kepada PPBM, bermakna juga mereka tidak lagi mahu mengundi BN dalam pilihanraya akan datang. Jadinya, UMNO  akan berkurangan ahli, BN berkurangan undi.

Proses menjauhi UMNO dan BN ini akan berterusan selagi Najib terkepung dengan isu 1MDB dan Rosmah pula kekal dengan kegemaran suka membeli-belahnya. Dari masa ke semasa, mungkin lebih banyak lagi yang akan didedahkan kepada kita semua.

Semua itu menjadikan UMNO dan BN secara realitinya tidak selamat lagi untuk menggenggam kuasa yang ada. Kuasa yang mereka ada hanya menunggu masa saja untuk ditanggalkan oleh pengundi-pengundi yang semakin bijak dan tidak mudah lagi ditipu dengan bayangan permata, tetapi sebenarnya ia hanyalah kaca.
PPBM bersama Pakatan Harapan lebih diharap dan dipercayai untuk menjadi kerajaan baru menggantikan BN.

Dalam keadaan cemas itu, satu-satunya talian hayat yang tinggal bagi UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasanya ialah SPR. Sebab itu, serentak dengan terttubuhnya PPBM, secara tiba-tiba juga SPR mengumumkan syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihanraya untuk dilaksanakan dalam pilihanraya umum akan datang.

Syor tersebut tidak melibatkan pertambahan bilangan kerusi, tetapi cuma perubahan nama dan sempadan kawasan pilihanraya semata-mata. Dengan yang demikian, ia tidak memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di Parlimen, sebaliknya memadai dengan majoriti mudah saja.

Di setiap negeri, beberapa kawasan akan terlibat dengan perubahan persempadanan itu dengan Kuala Lumpur dan Terengganu menyaksikan semua kawasan akan diubah sempadannya.

Di Selangor, ia melibatkan 18 daripada 22 kawasan Parlimen, di Perak, perubahan melibatkan  17 daripada 24 kawasan Parlimen manakala di Johor,  21 daripada 26 kawasan akan terlibat.

Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menggambarkan tindakan SPR itu lebih bertujuan menambah jumlah majoriti di kawasan yang BN tidak boleh menang dan mengurangkan majoriti di kawasan yang mungkin BN boleh menang.

Mengambil contoh kawasan Parlimennya Petaling Jaya Utara yang akan ditukar kepada Damansara, perubahan persempadanan itu, katanya akan menyaksikan pertambahan sebanyak 76.2 peratus daripada 85,401 pengundi kepada 150,430 jumlah pengundi.

Sebaliknya kata Tony, di kawasan Parlimen Kapar, jumlah pengundi dikurangkan daripada 144,159 kepada 100,456 pengundi iaitu penurunan sebanyak 30.3 peratus.
Perubahan persempadanan yang dilakukan SPR itu dan manfaatnya kepada BN juga mungkin lebih difahami melalui gambarajah seperti yang turut disiarkan dalam blog ini.

Lantaran itu, rakyat bukan saja seharusnya mengemukakan bantahan secara besar-besaran terhadap cadangan SPR itu, malah mesti juga turun beramai-ramai dalam Bersih 5 pada 19 November depan. 

Ini kerana, cadangan SPR nyata bertujuan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.  (SH 15/09/2016).

42 comments:

  1. Celaka babi anak haram betoi spr ni...aku dah hil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kerja, satu ibadah suci kpd Melayu yg bertongkol dlm SPR. PAS spt biasa, bising2 manja je. Sebenarnya sedondon dgn SPR.

      Delete
  2. Bayangkan je lah... 52% tapi hanya 89 kerusi.. bakinye 47% tapi mampu memerintah...

    Pulak tu... majoriti kampung luar bandar dan felda je la yg mampunye memenangkn umno bn tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini yang buat darah aku up,, benaweh betul SPR

      Delete
    2. Arwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????

      Delete
  3. Semua agensi kerajaan dimanfaatkan bijan polis,sprm,peguam negara,parlimen,majlis raja2 skrg spr.adakah mereka mewakili negara dan rakyat atau pemimpin haramjadah?bila hilang kuasa semua harus bertanggungjawab kerna secara langsung dan tidak langsung menjadikan bijan terus bertahan.

    ReplyDelete
  4. Mungkin ada dikalangan pembaca blog ini perneh kerja dg spr dan boleh tolong memberi kefahaman tentang pindaan sempadan dan peti undi?

    ReplyDelete
  5. SPR kalau betul buat kerja haram..rakyat takkan ampunkan dosa ko smpai kiamat..beringat la sape yg keje spr..jgn rosakkan sistem demokrasi demi kpala penyamun

    ReplyDelete
  6. Pengumumam SPR ini bukan mengejutkan kerana ia sudah diduga dari awal lagi, sejak umno berbaik dengan pas, tujuannya supaya pas menyokong bila dibentangkan.

    Mungkin suasana politik semasa, hadi gagal mengawal ahli parlimennya maka cadangan asal untuk menambah kerusi sekadar ditukar kepada persempadanan semula.

    Bagaimanapun ia bukanlah jaminan BN akan memdapat kelebihan 100%.

    ReplyDelete
  7. Tiada apa yang mengejutkan....kalau BN dapat kerusi majoriti bersandarkan pada 40% undi popular pon, tidak mengejutkan. Kalau sabah dan sarawak dapat tambahan 10, 20, malah 30 kerusi Parlimen di setiap negeri pon, tidak mengejutkan.

    ReplyDelete
  8. Apa mau buat tuan-puan cari makan dan mahu hidup,biasalah manusia plan sesatu bagi meneruskan kehidupan dan akan berhenti apabila nyawa bercerai dari badan.lu orang mampuslah apa mau kisah.Polisi yang dipegang olih manusia keseluruhan nya.

    ReplyDelete
  9. Banyak kepincangan dalam sistem kita, seolah olah rakyat diperbodohkan macam lembu...segala agensi kerajaan diperkudakan semaksima mungkin untuk puak petualang mengekal kuasa regim setan mereka.

    ReplyDelete
  10. Bagaiman caranya untuk membantah secara formal kepada SPR? Mohon jika ada diantara pembaca blog ini dapat memberi panduan, template surat, misalnya?

    ReplyDelete
  11. Bak kata isam, kalau pilihanraya boleh tukar kerajaan, dah lama melingkup bn ni. Sbb tu kita turun jalanraya, sbb pilihanraya tak boleh harap! Ya Allah, tarik lah sakinah dari makhluk2 dlm SPR yg tidak amanah, biarkan hidup mereka dlm kegelisahan smpai mati.

    ReplyDelete
  12. SPR dan BN adalah badan yang berbeza ea. Tolong lah sikit. Persempadanan pilihanraya yang dibuat adalah hak SPR. Tidak ada kene mengena dengan UMNO. Tolonglah buka minda sikit pentaksub madey dan pembangkang. Otak tu biar lah betul sikit. Jangan nak duk memfitnah BN dan SPR pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 8.13,
      Kamu ini sama macam melayu otak kepundek yang tak pernah cerah otak , SPR ,SPRM atau Pejabat peguam negara semua sama aje ,luar kata bebas tapi habis semua badan ini di manipulasi oleh najib ini semua rakyat tahu cuma kamu yang bodoh bangang ,kalau tak masuk campur tak la mantan AG dipecat ,tak la semua pegawai Tinggi SPRM di tukar , ini semua fakta dan bekas pengerusi SPR dulu mengaku ahli UMNO ...kamu tu bukan kena buka minda malah otak bangang kamu itu kena cuci dek najis ROSMAH aka NAJIB

      Delete
    2. Nampak macam sama..tapi x serupa. Ayat keling botol ni kalau ko guna zama 90an dulu mungkin ramai yg masih percaya. Rakyat malaysia dah ramai tau yg bdn berkuasa tu di bwh telunjuk org2 yg berkuasa.

      Delete
  13. Spr sprm semuanya senjata umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahai si bingung, jika SPR,SPRM dan segala sistem yg ada di Malaysia disifatkan sebagai alat dan senjata untuk UMNO dan BN mengekalkan kuasa, bagaimana puak2 serigala itu boleh memenangi Selangor, Penang, dan kelantan ?

      bagaimana juga ada dari kalangan pemimpin UMNO dan BN dihukum atas pelbagai jenayah ?

      dan bagaimana pula ada dari kalangan politikus berhati serigala itu bersandarkan pada keputusan yg memberi keuntungan untuknya ?

      nasihatku, gunakan akalmu

      Delete
    2. Anon 8.45
      aktifkan la akal kau yang lembab tu supaya tak bodoh macam jamal ikan bakar, SPR sasar dikawasan kawasan BN menang sebelum ini agar mereka boleh kekal menang . dinegeri negeri yang mereka kalah memang tak leh buat apa dah jadi BN dan SPR tahu kawasan yang BN menang sudah ada penambahan pengundi muda yang tak sokong mereka jadi satu penipuan wajib di buat.

      Delete
    3. 08.45 cuba kau terangkan apa sebabnya kerusi parlimen baru damansara (sekarang ni pj utara, DAP-Tony Pua) dah naik sampai 150,000 pengundi? Apa ke jadahnya ni? Keadilan bangsat apa namanya ni? Jelas, kawasan kuat pembangkang di tambah undi dari perumahan pro pembangkang, kawasan pembangkang tak berapa kuat ditambah undi kawasan perumahan pro BN.

      Delete
    4. Bertompok2 kawasan pilihanraya tu..macai suka kasi alasan boleh menang 5 negeri... padahal... kalau benar spr tidak keji... dah lama dah bn melingkup dlm lubang taik.

      Delete
    5. Anon 08:45
      Sape org BN yg dihukum sbg penjenayah tu? Ko nak cakap khir toyo? Dia sendiri mengaku yg jatuhkn dia adalah kawan sepolitik beliau. Nak harapkn org2 BN yg buat jenayah ditangkap atas laporan rakyat @ dari parti pembangkang..memang sampai kiamat xkn ditangkap & disabitkan bersalah.

      Nasihatku padamu pula;
      Guna akal yg ada di kepalamu..bukan akal yg ada di kepala butuh mu.

      Delete
  14. khabarkan sesuatu kepada golongan yg jahil, maka kamu akan mendapati si jahil itu akan lancar lisannya dengan segala macam celaan dan doa yg aib.

    persempadanan semula dibuat selepas setiap 10 atau 15 tahun untuk dijadikan DUN yg baru sebagai satu langkah ke arah negara maju.

    dan ia akan dipertandingkan melalui PRU untuk pengundi memilih calon mereka.

    tetapi lihatlah bagaimana politikus berhati serigala memulakan fitnah. andai persempadan semula dibuat hanya untuk memenangkan UMNO dan BN. nescaya puak serigala itu tidak akan memerintah selangor, Penang mahupun Kelantan.

    sememangnya puak serigala itu akan menimbulkan adu domba agar ia menjadi alasan bilamana ia kalah, tetapi menyombong diri apabila ia menang.

    bukan sekali persempadan dibuat yg kemudiannya ia menjadi milik puak serigala itu.

    alangkah sedihnya apabila melihatkan sijahil yg tidak mengetahui, tetapi sangat keras celaannya pada apa yg ia tidak ketahui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Msia ada serigala ke?

      Delete
    2. Jangan kata serigala, buaya dan ular sawa pun ada. Lagi pun ayam tunggu nak patuk, itek nak sudu....

      Delete
    3. Anon 08:38
      Fakta dari mana yg ko dapat persempadanan semula dibuat sebagai suatu langkah ke arah negara maju???

      Org jahil ni nak tau sangat2 daripada org yg berilmu.

      Delete
  15. Persempadanan ini hanya untuk ketua-ketua bahagian umno nak mengekalkan jawatan2 dalam kerajaan dan glc...

    ak tengok dah macam beruk dapat bunga...

    menjahanamkan sahaja...

    dia org nie, baik umno, mca dan mic dan yg lain2 same je... asal dapat jd calon MP, menang ke.. kalah ke, yg ak tengok dah macam gergaji, kalah pun dapat menang apatah lagi...

    tpt sendiri tak reti nak berkhidmat...

    mari kita tumbangkan mereka, keseluruhannya...





    ReplyDelete
  16. Persempadanan semula adalah doa terakhir Umno demi mengekalkan kuasa yg bersifat sementara. Buatlah apa saja, Umno InsyaAllah tumbang akhirnya. Rakyat marhaen kena menilai semula pemberian BRIM yg kununnya meringankan beban hidup. Semua itu satu pembohongan terhasil dari fikiran sempit n bodoh. Tiada keadilan langsung dlm hal pengagihannya.

    ReplyDelete
  17. Mat Saleh cakap 'gerrymandering'. Cubaan untuk mengekalkan kuasa. Selagi mereka memegang kuasa, mereka boleh buat apa saja. Orang macam kita ni hanya mampu terlopong dan ternganga. Tak mampu untuk berbuat apa-apa.
    Depa dah ada data dan statistik pola pengundian berdasarkan PRU lepas. Depa dah dah ada list peti-peti undi kawasan mana yang banyak pangkah pembangkang. Undi mereka akan dipecahkan. Penyempadanan akan distruktur semula, diubah dan diletak nama baru. Pusat-pusat pengundian akan berubah. Jangan terkejut apabila tiba hari buang undi, pusat mengundi telah bertukar. Oh Malaysia tanah airku.

    ReplyDelete
  18. There are lights at the end of the tunnel after all!

    If we take Kadir Jasin's latest posting by its merit, then the audience granted for Tun M to present the Citizens' Declaration by the Agong, is not a futiled effort to say the least.

    This could be just why Nek Tempoyak went berserked nothing short like a mad dog spraying all expletives at Putramerdeka!

    I digressed a little from the current topic but I apologise.

    MLN

    ReplyDelete
  19. Salam Budin,

    Saya peminat tegar sdr dan ingin mendapatkan buku Menbongkar Skandal Deepak & Bank Rskyat.

    Saya tinggal di Shah Alam dan bukan OKU (orang kurang uang) tidak juga mintak derma tapi mintak beli buku ni.

    ReplyDelete
  20. Sebagai rakyat Msia orang islam dan bangsa Melayu yang amat merasakan begitu jijik terhadap peminpin Umno dan gerembolanye diatas perbuatan mengsonsangkan urusan petadbiran negara serta menzalimi rakyat Msia.Naluri dalaman yang sudah hilang pertimbangan sebagai ehsan kemanusiaan.Sebagai yang begitu merasakan Pengkhianat Durjana anak bangsa ini tidak harus diberi ruang,simpati baik secara individu mau pun kumpulan harus tidak diberi ruang dalam bentuk apa sekali pun diatas perbuatan penginayaan,kezaliman serta salah laku terhadap rakyat Msia.Rakyat yang tak berkemampuan untuk bertindak hanya mampu berdoa dalam apa jua sekali pun sitiuasi.Walaupun tidak dipedulikan.RAKYAT CUKUP YAKIN DAN PERCAYA SERTA PENUH KEYAKINANAN AKAN DATANG BANTUAN DARI ALLAH UNTUK MENGHAPUSKAN PEMINPIN MELAYU YAHUDI DURJANA PENGKHIANAT ANAK BANGSA INI SERTA MENDOKONG PENDOKONG NYETAUPUN TIDAK.Peminpin pengkhianat durjana melayu yahudi lakhanatullah ini dgn pendokong pendokongnye yang sanggup merelakan salah laku terhadap pengkhianatan terhadap rakyat Msia ini PASTI AKAN MEMNERIMA BALA.SAPERTI YANG KAMU LAKU KAN TERHADAP RAKYAT YANG DIBELENGGU BEBAN DIATAS KAMU HINGGA KE ANAK CCUCU CICIT KAMU BEGITU JUGA LAH KAMI DOAKAN KEPADA KAMU MOGA MAK BAPAK KAMU Pengkhianat MOGA DICAMPAK DALAM NERAKA JAHANAM,ANAK ANAK PENGKHIANAT BINI BINI PENGKHIANAT INI DAN TAK DILUPA KAN JUGA ZURIAT SERTA KETURUNAN PENGKHIANAT DURJANA INI DIBALA,DIBENCARA DAN DIAZAP OLEH ALLAH KAMI DOAKAN Aamiin,Aamiin Aamiin

    ReplyDelete
  21. Mari kita teliti strategi malaysian official number one (mono) n the gang. Kita lawan permainan mereka dengan strategi. Jgn kita asyik merungut tanpa usaha berkesan. Kita teliti persempadanan dan perkukuhkan keyakinan pengundi untuk jatuhkan mono n the gang. Perhebatkan serangan dengan isu2 nasional. Perjelaskan dengan lebih baik kesalahan mono kpd rakyat dan negara.
    Kita gunakan prinsip peperangan Rasulullah. InsyaAllah kejayaan akan berpihak kpd kebenaran.

    ReplyDelete
  22. persempadanan semula (gerrymandering) d benarkan undang2.

    semua kerajaan democratic melakukan nya dgn harapan dpt mengekal kuasa.

    parti serta pengundi berhak juga mencabar nya d makhamah jika berasa 'rationale' tindakan tersebut keterlaluan.

    olih kerana ia nya sah, maka SPR sukar d tewaskan.

    saya rasa tindakan yg paling berkesan ia lah utk mengatur strategi bagaimana mengatasi nya d peringkat aakar umbi(grass roots). usaha utk memenangi 'hearts n minda' rakyat wajib bermula drpd sekarang.

    selamat menjadi agen perubahan secara sukarela.

    ReplyDelete
  23. Sebenarnya buat je lah camna pun. Kalau majoriti dah menolaknya dan ditambah pula penolakan kali ini datang dari kaum Melayu sendiri, maka sukarlah untuk BN pertahankan kuasanya.
    Tak mustahil Sultan Najib al-penyamun akan isytihar darurat dan perintah secara dekri melalui Akta MKN.

    ReplyDelete
  24. Sebenarnya buat je lah camna pun. Kalau majoriti dah menolaknya dan ditambah pula penolakan kali ini datang dari kaum Melayu sendiri, maka sukarlah untuk BN pertahankan kuasanya.
    Tak mustahil Sultan Najib al-penyamun akan isytihar darurat dan perintah secara dekri melalui Akta MKN.

    ReplyDelete
  25. Hidup rakyat!!!..tumbangkan kera jaan itik gembo gembo @ Semah.

    ReplyDelete
  26. Padan muke korang...saper suruh pilih laki aku

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  29. hah ha siapa punya kerja disebalik pensempadanan semula.arahan siapa...siapa yang suka guna tekti ini sebelum ini.kenapa dibuat selepas PPBM diluluskan.kenapa tak sebelum ni lagi...lu fikirlah sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...