Friday, 2 September 2016

JAMAL SINDIR SIAPA NI?

Persoalan mengenai bagaimana Jamal Md Yunus, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan Ketua Himpunan Baju Merah memperolehi wang untuk diberikan RM1000 kepada setiap seorang kepada 155 ketua cawangan, terjawab akhirnya.

Jamal menjelaskan, wang tersebut diperolehinya hasil sumbangan pihak tertentu serta tabungan yang dilakukan pihaknya.

Aikkk....Jamal sindir siapa pulak ni?

Sebelum ini, Jamal pernah berjanji untuk membawa ketua-ketua UMNO cawangan dalam bahagian Sungai Besar untuk melancong dan berjalan-jalan ke Dubai. Bagaimanapun, oleh kerana hanya 80 daripada 155 ketua cawangan terbabit yang sedia untuk ke Dubai, beliau mengambil keputusan membatalkan program tersebut.

Sebagai gantinya, beliau mahu memberikan ketua-ketua cawangan terbabit wang tunai RM1000 setiap seorang yang bermakna jumlah wang tunai yang perlu dikeluarkannya ialah sebanyak RM155,000.

Ramai yang mempersoalkan bagaimana dan daripada mana Jamal memperolehi wang tersebut atau berdepan kemungkinan disiasat oleh SPRM jika gagal memberi penjelasan. Lantaran itu beliau diminta untuk memberi penjelasan mengenai wang tersebut.

Beliau akhirnya memberitahu wang tersebut diperolehi daripada derma atau sumbangan pihak-pihak tertentu, selain melalui tabungan.

Mengapa Jamal juga mengaitkan wang yang diperolehinya bersumberkan daripada derma?

Tidakkah Jamal seolah-olah menyindir Najib Razak apabila turut mengatakan wang yang diperolehinya juga adalah derma?
Beraninya Jamal main sindir-sindir terhadap Najib sekarang ini?

Adakah Jamal tidak takut menyindir Najib kerana sudah ada pemimpin lain yang mula berani menjanjikannya kerusi untuk ditandingi dalam pilihanraya umum akan datang?

Ohhh.....(SH 02/09/2016)

34 comments:

  1. Tabur duit di selangor takde guna. Bn tetap kalah. Sebelum pru 13 dulu sampai la sekarang ni bn dah habis banyak duit nak rampas selangor tapi makin teruk. Yang kenyang..orang macam jamal dan noh omar. Padan muka najib..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi pelik mereka nak pi tabur duit di Dubai.

      Delete
    2. Itu bukit duit dia, itu duit rakyat yang disonglap !

      Delete
    3. Perniagaan sekinchan ikan bakar pun tutup selepas dia dapat grant kerajaan.

      Kedai ikan segar sekinchan pun bungkus lepas dia dapat grant kerajaan.

      Raja songlap sungguh budak ni. Ada SRP saja tahu ke dia mcm mana nak buat bisnes plan?

      Jadi Raja Songlap pandailah dia

      Delete
    4. 10.46am. Kurang2 Jamal tahu nak merembat duit kot mana walaupun tahap pendidikan dia takat SRP ja. Kita ni yang jadi masalahnya, asyik nak kene bayar itu ini.

      Yang kaya, Najib ngan kuncu2 dia. Yang bodo ialah kita walau habis study degree, kerja berbelas dan berpuluh tahun.

      Delete
    5. Rakyat Diperbodoh2 September 2016 at 20:12

      Walau pun...

      Dgn pendedahan demi pendedahan; pekung-pekung yg kian terselak meluas membusuk; keraguan-keraguan yg makin pasti utk kita sememangnya harus berasa sangsi...

      Tetap...

      Akhirnya hanya kita-kita shj yg seolah-olah hanya SEMBANG KENCANG...

      Yg terdedah, yg berpekung, yg tiada lagi sangsi...

      masih TAK TUMBANG...!��

      Delete
  2. Kepimpinan melalui tauladan.. pro-aspirasi di-U.. tolong jgn ikut perangai haram jadah2 nie yea...

    ReplyDelete
  3. Pemimpin2 umno penuh dgn hikayat 1001 malam dan hidup dgn gurindam sekarang ini.

    Duit yg mereka ada dah boleh jadi tilam dan bantal. Mungkin juga selimut.

    Segala2nya adalah derma.

    Jadi aku nak tanya jamal ikan tongkol tu kali ni raja negara mana pula yg menderma kepadanya?

    Hebat cukup hebat!!! Ketua bahagian nak bawa kesemua ketua2 cawangan melancong ke Dubai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bosanlah pergi Hatyai atau Jakarta asik 2 makan Ayam Serama atau Ayam Penyet, kenalah ke Dubai makan Ayam Turkey, biawak padang pasir, Burung Unta,...uplah sikit rasuah, barulah Melayu is first class

      Delete
  4. Kos bayar semua ketua cawangan sg besar lebih rendah dari nilai jam tangan franck muller zahid. Apa ada hal. Pergi haji pun guna duit curi.

    ReplyDelete
  5. Tak tak silap aku atok kpd zahid ni bergelar kiyai di bagan datoh.

    Hari ni cucu kiyai menjadi penipu besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak pi berjumpa pun raja arab yg dikatakan bagi derma tu.

      Dia tilik dalam mangkuk saja.

      Delete
    2. Atok nya kiyai. Masalahnya sampai kat cucu jadi bingai.

      Delete
    3. iman bukan diwarisi

      Delete
    4. Iman bukan di warisi...bapak pak lah,muhyidin orang2 warak dan tinggi ilmu dan kefahaman agama...wak hamidi semasa hayat pendukong parti pas..begitu jugak arwah bapa kepada khir toyo...Alfatehah kita sedekahkan kepada arwah bapa2 mereka ini..

      Delete
    5. Iman bukan di warisi...bapak pak lah,muhyidin orang2 warak dan tinggi ilmu dan kefahaman agama...wak hamidi semasa hayat pendukong parti pas..begitu jugak arwah bapa kepada khir toyo...Alfatehah kita sedekahkan kepada arwah bapa2 mereka ini..

      Delete
  6. kenapa punya bahlol pemimpin2 melayu ni bagi percuma brim, melancong, haji,saguhati bila hadir perjumpaan,janji pemberian wang dan berbagai semuanya mengalakkan melayu jadi malas dan mentaliti makan percuma.

    Bila dah percuma,senang dapat, senang la berbelanja atau joli duit orang la katakan. sepatutnya pemimpin mengajar rakyat berdikari. Apabila wang dapat dari hasil keringat dan usaha sendiri, baru rakyat bolih berdikari dan punya harga diri.
    Bila pemimpin berjoli sakan duit rakyat dan nak kaburi mata rakyat atas perbuatan buruk mereka itu, mereka akan suapkan rasuah dalam berbagai bentuk sumbangan supaya rakyat juga akan terbuai dan terlena sehingga tidak dapat bangun untuk menentang pemimpin2 durjana ini.
    pemimpin durjana pergi berambus
    mereka wajib ditentang!

    ReplyDelete
  7. Jamal Yunus hanya ingin melakukan yang terbaik sebagai seorang pemimpin di kawasan beliau.. tidak ramai yang sanggup lakukan apa yang beliau lakukan dan ramai pihak hanya pandai mengkritik daripada melakukan kebaikan kepada rakyat..beliau berjuang untuk mempertahankan hak rakyat namun ramai yang memperlekehkan perjuangan beliau dan sanggup mengiyakan apa sahaja tindakan dari pihak yang cuba membuat kekacauan dalam negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaya sangatkah Jamal pak tongkol tu..? Jika benar kaya, ada baiknya tolong orang² susah. Yang perlukan duit utk pembedahan. Berapa ramai rakyat Selangor yg tak punya rumah. Lebih baik duit tu didermakan. Sekurang²nya boleh jadi saham akhirat. Apa faedahnya tabur duit kepada perwakilan, selain daripada maksud merasuah dengan tujuan hendak jawatan.

      Delete
    2. Knp tak ajak semua yg mengundi umno/bn pi dubai sekali.
      Knp ajak 155 orang tu saja.

      Delete
  8. PM Najib lama dah tak gi oversea. Ada je kat Kl ni. Selalu tak sampai berapa haru je duduk Malaysia. Kejap ke London ..kejap ke Australia ..ni kira lama gak Kak Mah duduk Kl. Takut ke cekup ke bro ..hahahaaa

    ReplyDelete
  9. Pertahan hak rakyat apa ke bende nya. Salah ajaran ko ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madpudullong dah jadi sotong...auwww

      Delete
  10. Dari kepala sampai ekor semua bercerita pasal duit. Takde duit semua tak jalan. Macam ni ke yang dikatakan pembela bangsa....

    ReplyDelete
  11. Rugi tak dapat pi dubai...kalu tak boleh tengok tarian gelek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skg ni kt Kelantan pun dh ada, xyh g Dubai dah.

      Kalau dia bg puteri yg dok bgelek tu sorang seribu lg jimat xsampai 155 org pun.

      Kalau dia upkan jadi 2 ribu sorang silap2 tarian bogel pun budak2 puteri Kelantan boleh buat

      Delete
  12. Budian,

    Kalau jadilah dan kesemua 155 ketua bahagian jadi melancong ke Dudai,kira2 berapa lah pulak Jamal ni nak peruntukan duit.
    Mau ratus ribu.
    Harap SPRM siasat jamal ni.Dari mana hasil sumber jamal ni.

    Harap pengundi Sungai Besar fikir fikirkan kalau nak si malaun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPRM sudah jadi Suruhanjaya Pengedaran Ringgit Malaysia.

      Delete
  13. Betul ke ni atau spin terbaru ? Baru dengar ni ..
    Derma utk MO1 RM600m++ ja... tersilap hantar dlm USD. Tu sbb RM2B dipulangkan...
    Klu benar knp x kata dr dulu ...

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. apa lagi siasat la pulak budak ikan ni
    macam mana dapat duit tu
    mana tau dari duit hasil haram
    puak ni bukan kira duit halal ke haram
    janji duit

    ReplyDelete
  16. Kos sorang ke Dubai rasanya tak kurang daripada RM8K. Itu lah peruntukannya. Maka berapa kah nilai songlap keseluruhannya?

    Tak kan 155 KB semuanya lurus-lurus macam bendul je kot?

    Kalau derma itu datang dari sumber songlap maka ciri songlap tu pun terus memanjang je lah.

    Maka semua orang, kecuali orang-orang U---, faham dengan gambaran "hingga mulut belemuih dengan taik pun tak sedar", kan?


    ReplyDelete
  17. Pujangga ada mengatakan perasuah adalahebih hina dari pelacur kerana pelacur berdosa dgn pelaku dan allah tetapi perasuah lebih buruk dari itu ia merosakan negara agama rakyat dan bangsa fikir2kanlah wahai perasuah

    ReplyDelete
  18. Pujangga ada mengatakan perasuah adalahebih hina dari pelacur kerana pelacur berdosa dgn pelaku dan allah tetapi perasuah lebih buruk dari itu ia merosakan negara agama rakyat dan bangsa fikir2kanlah wahai perasuah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...