Monday, 30 January 2017

ELOK BENAR SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUH MENYIASAT KERUGIAN AS$10 BILION FOREX, TAPI....


Kecoh benar laskar maya 6.6 peratus dalam sehari dua ini menjaja cerita mengenai kerugian dalam urusniaga forex sebagaimana yang ditimbulkan kembali oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Tanpa menilai bahawa Abdul Murad sendiri sebenarnya tiada kredibiliti kerana pernah didenda RM500 ribu atau penjara enam bulan atas kesalahan gagal mengisytiharkan pemilikan saham dan 51 hartanah, laskar maya atau cybertrooper 6.6 peratus, senada dengan Abdul Murad yang mengatakan penyiasatan tidak pernah dijalankan terhadap kerugian AS$10 bilion itu, turut sama mendesak perlunya siasatan dijalankan dengan segera.

Dalam banyak-banyak desakan itu terpacul pula cadangan agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhakan untuk menyiasatnya.

Kata mereka, hanya dengan penubuhan suruhanjaya diraja dapat menentukan siapa yang bertanggungjawab terhadap kerugian tersebut. 

Kerugian sebanyak AS$10 bilion itu, tambah mereka, mesti diketahui punca dan siapa yang bersalah kerana dengan wang sebanyak itu berapa banyak rumah, sekolah, masjid, tajaan pelajaran dan sebagainya mampu mendapat manfaat daripadanya.

Walaupun difahami bahawa sasaran sebenarnya yang mahu ditembak oleh laskar maya 6.6 peratus dalam isu kerugian forex itu ialah Tun Mahathir Mohamad, namun ia sebenarnya belum tentu akan mengena. 

Ini kerana ketika itu Menteri Kewangan ialah Anwar Ibrahim, manakala orang yang bertanggungjawab menjalankan urusniaga forex itu difahamkan ialah Nor Mohamed Yakcob, yang kemudian dilantik menjadi Menteri Kewangan Kedua di era Tun Abdullah Badawi. Sekarang pula Nor Mohamed Yakcob ialah Timbalan Pengerusi Khazanah, badan pelaburan utama kerajaan, manakala Pengerusi Khazanah adalah Najib sendiri.

Tun Mahathir cuba dipersalahkan hanya kerana ketika itu beliau adalah Perdana Menteri. Jika Tun Mahathir sekarang ini tidak berbalah dengan Najib, pasti kes kerugian itu tidak diungkit dan Abdul Murad pula tidak akan dipedulikan sama-sekali untuk ditemubual oleh mana-mana media.

Jadi, tidaklah sukar untuk memahami mengapa isu kerugian urusiaga forex yang berlaku pada tahun 1994 tiba-tiba boleh muncul kembali.

Namun demikian, elok benar jika suruhanjaya diraja dapat ditubuhkan kerana Tun Mahathir, Anwar dan Nor Mohamed Yakcob masih lagi hidup dan boleh memberi keterangannya.

Semua orang tentu ingin tahu kebenaran yang sebenar-benarnya dalam kerugian forex itu.

Tetapi, untuk berlaku adil kepada seluruh rakyat, sementara kerugian forex mahu disiasat melalui sebuah suruhanjaya diraja, Najib juga mesti berani berbuat perkara yang sama untuk menyiasat kerugian 1MDB serta pengaliran wangnya yang menjadi bulan di seluruh dunia.

Hanya dengan berbuat demikian barulah ada keadilan dan Najib terlihat benar-benar inginkan kebenaran yang menyeluruh dalam semua perkara.

Apalah gunanya sembang kencang dan cakap berdegar-degar tentang kuman di seberang laut, namun buat-buat tak nampak tentang gajah di depan mata.

Beranikah cybertrooper 6.6 peratus menyokongnya?  (SH 30/01/2017).

126 comments:

  1. Najib bg dedak. Tun mana bg dedak. Jd tak leh la nak back-up Tun.
    Dedak bukan rasuah tau. Dedak cuma inisiatif dlm bentuk derma ja utk stimulate kerja dan sokongan. Org dulu2 pun ada kata "no money no talk" or bak kata Najib "you help me I help you".
    So, benda ni senang ja. Boleh pikiaq.
    Skrg org pikiaq "money" bro.
    Duit tak masyuk..sorry la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju bro.org dok pandang duit dpn mata. Bg brim 5 billion, kutip blk gst 50 billion, tp budget kementerian kena potong.. Hatta hospital gomen pun kena potong. Cer fikir untung atau rugi pangkah bijan? Urus tadbir ekonomi bijan lemah sgt2... Lg duit untung rega petroleum skrg naik pi mana? Habaq mai...

      Delete


    2. Mahathir bagi projek kpd kroni.


      Delete


    3. Bagi brim 5B kutip balik GST 50B

      a. Ada kira 5J keluarga di Malaysia sekarang

      b. Purata nya setiap keluarga membayar GST 50B/5J =RM10,000

      c. Bagi membayar GST sebanyak itu (RM 10000) pendapatan tahunan keluarga tersebut mistilah RM 166,666 setahun. Atau RM13,888 sebulan.

      d. Pada hal keluarga berpendapatan lebih dp RM5000 tidak mendapat brim.

      Tolong beri pencerahan sikit bagaimana bagi 5 billion kutip balik GST 50 billion.



      Delete
    4. Anon 7:16
      Najib baki projek kat sapa? Kak Semah?
      Aku rasa takde pemimpin dlm dunia ni nk bg projek kt org yg tentang depa. Walau apapun, zaman tun rakyat tak sengsara. Kalau semua projek dia bagi kt kroni dia, hangpa dlm umno apahal bagi dia pegang sampai lebih dua dekad??

      Delete
    5. Minta maaf ye, keme sekolah fail matematik, tp jumlah itu di canang oleh menteri propa kata kerajaan belanja 5 billion Bantu rakyat, tunjuk bijan prihatin Dan lg kastam yg kata kutip gst 50 billion keluor dlm utusan.. Keme ni baca utusan dgn nengok tv3.. Bila ada org bg pencerahan, baru le keme tahu yg utusan Dan tv3 tu nipu le ye...smpi ati deme tu ngakal.. Tak pe nnti keme akal kan gomen balik.

      Delete
    6. labu-labi..

      Fail matematik? Setahu saya yang fail tu Felda dek dikerjakan oleh Najib & Isa Samad.

      Tingginya bahasa jiwa bangsa anda tuu...macam pukul dayak sindir koboi jer.....!!!

      Delete
    7. Reverse psychology.. Attack mode.. Bg deme panas sikit.

      Delete
    8. Xpa Budin.. gempaq dulu. Lps ni Najib akan "perhalusi" mcm RUU PAS tu.

      Perhalusi = pegi mampos la sumer ni. Bukan kita x tau perangai UMNO ni.. 60 tahun dah dok perangai gini.

      Delete
    9. Dh dekat bln februari ni, kad dh diedar, khemah Dan makan dan tempah.. Bas pun dan rombongan dh ready.. Jgn pulak bakal pengantin beralih arah nk perhalusi lg.. Wang hantaran 90j tu kena bayor double klu mungkir janji.. Kompang2..

      Delete
  2. Bagi saki baki 6.6%, batu atau kayu atau apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir, mereka akan balun....

    Hentam sajalah labuuuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bg tau pokcik dan mokcik dikg2 nu,habaq kt depa kata klu nk brim lebih kena bg BN lemah, jgn pangkah BN.. Krn klu depa lemah depa akan tambah brim lg.. Maka pokcik Dan mokcik yg untung... Apa mcm kita propa mcm tu kt Pru Sabah tak lama lg....

      Delete


    2. Tok mooptee kata brim rasuah.


      Delete
    3. 6.6%?

      Tapi kalau dalam blog ni dah sah-sah tinggal kejora ja.

      Kalau kejora wujud dalam sesuatu blog (kecuali blog KD masih kikiki) maka apabila dilihat bbrp anon muncul saling menyokong atau saling berbual maka ketahuilah ia adalah individu yg sama.

      Dengan ketiadaan ASUN yang sudah lama tak muncul maka kejora menjadi peserta tunggal di dalam 6.6% tu.

      Saya lebih percaya angka 2.6% kalau dalam blog ni.

      Delete
  3. Semua yg diungkitkan oleh ayam2 dedak betina najib adalah old news...buang masa siasat, what matter the most is now..1MDB scandal. Kalau dpt balik duit2 yg hilang tu at least dapat jugak lah dimanfaatkan sebaik-baiknya. Kos dedak akan turun, ayam2 ternakan dpt disembelih dan dijual...paling penting captain bijan sparrow dapat dikurung for good drp aktiviti melanun kt malaysia nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman sokong bro 23.59.

      Ooo......kerugian forex nak tau....rugi 1MDB tu apa pasal tak nak tau?? Bukan ke 1MDB disiasat oleh banyak negara dan Singapore court sebut sebagai money laundering?? Maknanya dah terang2 satu kesalahan. Tu sebab 2 bank di Singapore yg terlibat diarah tutop. Apa haram jadahnya nak kata bersih lagi suci??? Woiii.....siasatlah apa buat derk jer??

      Delete
    2. Kawan2, menteri propa Kita nk tunjuk dia bernilai permata dgn kejayaan ungkit citer lama. 😯😯😯

      Delete
  4. Bagi Yang Mencari Kebenaran;
    1)MO1 menubuhkan 1MDB
    2)MO1 adalah menteri kewangan pada masa 1MDB ditubuhkan.
    3)MO1 adalah pengerusi dan penasihat 1MDB
    4)Berbillion masuk ke akaun peribadi MO1
    5)Kes telah di arah untuk di OSA kan...
    ////////////////////////////////
    1)Tun tidak menubuhkan BMf.
    2)Tun bukan Menteri Kewangan pada masa itu.
    3)Tun bukan Pengerusi atau Penasihat BMf.
    4)Tidak ada satu sen pun yang masuk ke akaun peribadi Tun atau secara kebetulan ada Pak Arab yang menderma.
    5)Kes telah dibawa ke mahkamah & dah selesai.
    Allah Ta'ala beri akal berfikir lah sejenak dan buka lah minda wahai rakyat Malaysia.....
    BMf dengan 1MDB, bezanya macam langit dengan bumi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis.. Dulu depa leh klentong Kita, la ni kita klentong depa balik.. Brim bg ambik.. Jgn tak ambik.. Tp jgn pangkah bn. Krn klu bn kuat brim nk kena potong. Klu nk brim jgn pangkah BN.. He he..

      Delete


    2. Hairan juga satu sen pun tak masuk tapi ada 488 syarikat??? Camna tuuu


      Delete
    3. Propa pun propa la.. Goebbel mati sama boss nya.. Menteri propa ada sanggup.. I doubt it, he will save his skin first. For the phsycological profile he fit that position. Prove me wrong, when putrajaya change hand by God will.. Insyallah. Ada bran? Then u will know were the 488 companies comes from.

      Delete
    4. Anon 07:21 ada 488 syarikat wow,, mak dan ayahmu punya belum termasuk lagi.....!!

      Delete
  5. We can rest assured apabila najib memandang berat diatas kehilangan oop sorry kerugian pelaburan forex ini. Macam biasa dengar statement macam ni tapi bila ya dan kes apa ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes zaman Tok Adam dulu.. Nnti org nyanyi kuat2 kes2 bijan masa muda bru tau.. Zaman IT sat je satu Malaya tau... Tak yah g kempen pun.. Kempen Alam Maya lg cepat dan murah.

      Delete
  6. Insyallah..bongkar dan hukum najibrazak segala penyelewengan dirinya..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good one bro.kipidap.. Lg jgn lupa belanja flom dan permata berapa? Utk apa? Bagi siapa? Bila? Tu yg Kita nk ungkit.. Klu depa nk ungkit kisah silam.. Kita ungkit kisah silam depa ramai2.. The thick dossiers are ready to be declassified soon.. Wait for the next change. Full of suspense, drama,love hate material.. Bet u with lots of dancing and singing... The hero is bijan..with various heroine.. Saksikan ye..

      Delete
  7. 6.6 % tu pertengahan January, data dalaman terkini 4.75 %...sikit lagi,dh smpai 2.6 , dah ok la tuu

    ReplyDelete
    Replies


    1. Banyak pun tak guna kalau duk kalah memanjang.


      Delete
    2. Umno kalau waktu pilihan raya jika tak menipu tak sah,,tak lah heran kalau setakat menang menipu....!!

      Delete
  8. Baguslah siasat..tapi kena ingat juga kes depan mata..siasat juga Lembu Kondo..Dedak 90J..2.6 B..4.2M..kes Mara... dll...tubuhkan segera suruhan diraja,siasat..beri juga peluang kepada kesemua ."buka mulut"..jangan pula suruh apandi alien buka lidah jilat bersih ketua lanun..PIRATES of MALAYSIA..@ MOI..yang saya nampak ini cuma isu mengalihkan perhatian rakyat dari kes yg "mendemamkan" UMNokBEEnd sekarang...NAjisBadak ne..jumpa TM pun tak bertelur..apalagi nk siasat..yg tahu dia suruh utusan Meloya..Rancangan Tipu Masyarakat (RTM..Tv3suku..etc) menyebarkan sedemikian....lakonan..skrip dah tertulis...siasat semua kes melibatkan kehilangan duit negara..pemborosan..dari yg kecil smpai ke bilion bilion..itu wang rakyat..jgn pula 2.6B masuk akuan cakap tak tahu...at least TM berani tampil beri penjelasan...bukannya menikus macam ketua lanun.....siasat juga Jho Babi..RosBadak Ketot...dll..saya sokong jika mereka siasat semua pihak...tapi kena beri keadilan..bukan atas dasar politik...mereka yg terlibat pun masih ada DSAI..TM..Nor Mhd Ykob..org yg tak bersalah tak menikus macam MOI...🙄🙄

    ReplyDelete
    Replies


    1. Kondo sudah di siasat Dan lembu telah didenda rm200k


      Delete
    2. Kes zaman pak lah tak berapa minat sgt.. Filem yg hot skrg zaman bijan " 1mdb..aku kaya" kisah dari zero to hero sama heroine nya.. Thriller Kita buat dkt2 Pru 14 nnti ye..filem bersiri akan kuar kt tv3 lps putrajaya tukar tangan insyallah.. Byk adegan nnti.. Syok weh!!!

      Delete
  9. Kes apa pun yang umno nak selongkar..nak bongkar..buatlah...itu yang rakyat mahu....tetapi jangan lupa...kes 1MDB jangan terus didiamkan pulak...

    Kes lama lama boleh pulak korang korek dan panggil semua saksi ..sekiranya itu korang mampu buat...tentu tak jadi masalah korang juga boleh dedahkan kes siasatan 1MDB secara detail...dari awal pembongkaran sampai sekarang...

    Barulah adil....baru tak berat sebelah... dedahkan semua....kes lembu laki sharizat....kes felda...kes risda..kes jabatan air sabah...kes yapeim...kes tabung haji...dan lain lain...

    Kalau umno boleh berani dan ada kemampuan buat...buat lah...itu barulah boleh dipanggil cakap serupa bikin....

    Dan yang paling baik...kalau umno boleh dedahkan secara terang terangan pada rakyat...open trial....kita tengok punggung siapa yang bernanah.....baru kita boleh tahu...siapa yang lebeh lanun dalam melanun harta negara dan rakyat....

    ReplyDelete
    Replies



    1. UMNO yg memerintah, yg lain kena ikut arahan


      Delete
  10. Wan Emdibi TTATAP dihati Rakyat Jelata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye bro.tatap di hatiku Dan hati mu jua 1mdb..sia jamin itu urang mmg Sgt jahat bkn hero.. Hero kena lempang dgn heroine.. Aduh!!!

      Delete
  11. Waaah tuan Budin aktif betul sehingga masuk entry baru di awal pagi ni (kalau orang Melayu disebut malam2 buta ni).

    Betul forex rugi di atas idea TS Nor Mohamed Yaakob ketika Tun M jadi PM. Tapi ia bukan kes wang hilang tanpa dikesan. Ini kes rugi meniaga bukan rugi kena curi macam 1MDB.

    Paling penting kalau nak sebut kerugian Forex di bawah hidung TS Nor Mohamed Yaakob ketika Tun M Perdana Menteri kena banding juga jasa kedua mereka ini ketika krisis matawang kita dulu dan keputusan di luar kotak menambat ringgit dengan dolar yang selamatkan negara dari jatuh teruk sehingga terpaksa merelakan campurtangan IMF dalam hal dalaman ekonomi negara seperti yang berlaku di negara-negara lain.

    Meniaga forex itu pun guna lebihan wang dalam belanjawan. Ketika keputusan dibuat, mereka sudah tahu risikonya dan sedar sekiranya gagal pun ia tidak akan menambah beban rakyat. Tiada GST dikenakan, kadar cukai tidak dinaikkan, subsidi dan belanjawan juga tak perlu dipotong.

    Terimalah hakikat lebihan ini pun boleh wujud adalah kerana pentadbiran kewangan yang baik selain selamat dari dicuri. Daripada sebuah negara biasa Malaysia muncul menjadi harimau ekonomi Asia, juga disebabkan pentadbiran yang baik lagi selamat dari kecurian. Sekirnaya hasil yang dijana mencecah trillion USD maka apalah sangat kerugian USD10B tu. Untung jauh lebih dari rugi.

    Yang 6.6% tu pun dah rasai nikmat pentadbiran yang cekap dulu tu tapi apa nak buat, mereka ni terpaksa ikut arahan pengarah cyber mereka ja sedangkan si pengarah ni dan 6.6% ni juga dah biul dan tak tahu erti terima kasih, (setuju 6.6% ni pun dah menurun sebenarnya tapi wak Jahid dah terketar lutut nak umum lagi, takut kena tindak balas lain plak. Lagipun kedua-dua kem masih mengukur kedalam air kolam masing-masing sebelum tindakan berikutnya).

    Yang rugi seringgit untuk untung seribu mereka heboh-hebohkan. Yang rugi beribu ringgit tanpa untung mereka OSAkan.

    Samalah macam kutip GST dan kemudian bagi BRIM. Yang sauk disenyapkan walaupun banyak, yang beri dihebahkan walaupun sedikit.

    Paling kelakar ialah terpaksa guna individu haprak yang integritinya telah pun jatuh merudum untuk tujuan ni.

    Kalau nak tubuh RCI untuk kerugian akibat forex ni dipersilakan sangat2lah. Boleh kita tengok apa tindak balas TS Nor Mohamed Yaakob.

    Silap haribulan TS Zetti Aktar pun nak masuk gelanggang seperti keputusan ramai bekas2 penjawat awam lain seperti Dato rahman jpc kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Sdraku john doe..

      Ayat Power yang memang Amat Power:

      Yang rugi seringgit untuk untung seribu mereka heboh-hebohkan. Yang rugi beribu ringgit tanpa untung mereka OSAkan.
      Samalah macam kutip GST dan kemudian bagi BRIM. Yang sauk disenyapkan walaupun banyak, yang beri dihebahkan walaupun sedikit.

      Malaysia is now ruled by neither justice nor morality. Crime..yesss sir, the greatest crime record in history (robbery, murder, bribery, corruption & treason) gone unpunished. Those in power are untouchable and unaccountable.

      Salam Perjuangan Without Fear And Favour....!!!

      Delete
    2. Salam perjuangan jua pd kawan2..brim adalah senjata ampuh bijan.. " cash is king" tp kekadang senjata boleh makan tuan. Barang di ingat, yg manusia ni tamak,Kita bg tau pokcik dan mokcik utk nk brim lebih lepas ni, kena bg BN lemah.. Bila lemah,lg banyak depa kena tambah.. Both way pokcik dan mokcik untung.. Lg la lepaih ni, negara jual timbang Kati..

      Delete


    3. Kalo nak komen panjang2, to long buka blog sendiri.


      Delete
    4. Bro, kalau alami defisit penghadaman selepas pembacaan skip je lah bro.. Hehe

      Delete
    5. John...

      Looks like Kejora been overwhelmedly pushed to the edge, castrated & buried in excrement up to his neck & dumbfounded. Poor soul....!!!

      Delete
  12. Kes apa pun yang umno nak selongkar..nak bongkar..buatlah...itu yang rakyat mahu....tetapi jangan lupa...kes 1MDB jangan terus didiamkan pulak...

    Kes lama lama boleh pulak korang korek dan panggil semua saksi ..sekiranya itu korang mampu buat...tentu tak jadi masalah korang juga boleh dedahkan kes siasatan 1MDB secara detail...dari awal pembongkaran sampai sekarang...

    Barulah adil....baru tak berat sebelah... dedahkan semua....kes lembu laki sharizat....kes felda...kes risda..kes jabatan air sabah...kes yapeim...kes tabung haji...dan lain lain...

    Kalau umno boleh berani dan ada kemampuan buat...buat lah...itu barulah boleh dipanggil cakap serupa bikin....

    Dan yang paling baik...kalau umno boleh dedahkan secara terang terangan pada rakyat...open trial....kita tengok punggung siapa yang bernanah.....baru kita boleh tahu...siapa yang lebeh lanun dalam melanun harta negara dan rakyat....

    ReplyDelete
  13. Betul tu..tubuhkan Suruhanjaya DiRaja manakala Tun masih hidup..dia orang boleh makan Tun ke? Yahudi pun surender .Ada berani..kita tengok siapa yang kena...

    ReplyDelete
    Replies


    1. Tak payah ajar, kami tau apa nak buat


      Delete
    2. Bro cass & 1:07..

      Amerika patuh & tunduk pada Yahudi. Najib jilat Amerika sampai hampar permadani merah mengalu-alukan Obama. Rosmah konon buat cerita Trump telefon Najib pukul 3.00 pagi.. tapi last2 kena main belakang bila Trump humban ke longkang Perjanjian Syaitan TPPA yg Najib dewa2kan.

      Hanya Tun Mahathir satu2nya pemimpin Islam yg berani kutuk Israel, Amerika, Britain & Australia di Perhimpunan Bangsa2 Bersatu. Malah beliau dengan tegas & beraninya membawa usul agar Presiden George Bush Jr dihadapkan ke Tribunal Jenayah Perang atas tuduhan pembunuhan kejam ratusan ribu rakyat/wanita/kanak2 Iraq ketika Amerika & sekutunya menyerang negara itu.

      Najib ada telur kah berbuat demikian, Kejora? Menjilat lagi adalah....!!!

      Delete
  14. Ya..Gajah bukan jauh di depan mata tetapigajah di atas hidung Najib dan para pengaih dedaknya. Kalau depan mata tapi jauh, mungkin kurang kelihatan, tapi dah memang atas hidung, kalau mata punb masih tak nampak, tak mungkin berat gajah tak boleh terasa. Begitulah pekaknya (dan bukan peka) para pengampu Najib Razak serta dirinya sendiri. Hampeh punya PM

    ReplyDelete
  15. saya baru menyaksikan pengaiban secara terbuka(public humiliation) k atas pasanagn ini d acara perayaan tahun baru cina yg d kelolakan olih parti gerakan.

    tarian singa (lion dance) yg seharus nya meyambut kedatangan mereka enggan membuat persembahan.

    apa yg d paparkan melalui u tube tersebut, pasangan tersebut terpaksa beredar tanpa menerima penghormatan.

    jika ia nya perbuatan penghinaan yg jelas d rancang, maka sudah tentu parti gerakan akan menrima padah nya.

    utk kejadian ini, tak payah kita tunggu RCI kerana penghinaan yg d alami pasangan ini amat menusuk kalbu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dato' rahman jpc...

      I reckon their skin is too thick for any humiliation at the rate of what they've shown the entire world they are capable in siphoning billions of public fund. Lagi pun Najib kan dah pakar main tanglung pada satu perayaan tahun baru cina sedikit masa dulu.

      Malangnnya, ada cina kisah? Undi tetap 100% kpd pembangkang.....!!!

      Salam Perjuangan.

      Delete
    2. Pak Rahman......kriteria untuk jadi penyamun mesti bermuka tebal dan tak ada rasa malu.

      Kalo ada rasa malu memang tak layak jadi penyamun.

      Delete
    3. Salam both otais..

      Pak rahman, saya tgk kejadian tu sejam lepas ia berlaku di FB coz saya ada dalam satu grup fb penyokong Tun M. Memang kelakar habis singa tak nak bangun menari pada pasangan ni. Bagus juga pak rahman kongsi cita ni.

      Pak othman, totally agreed with what u have just said. Najib kan dah putus urat malunya. Setakat singa tak bangun apalah sangat baginya. Lagi dahsyat dari itu pun dia boleh buat muka selamba.

      Satu lagi, otaknya lambat respon untuk adapt situasi sehingga menyebabkannya memalukan diri sendiri aja.

      Masih ingat kejadian ia menjemput uppa gangnam mai menari di Han Chiang Penang. Bila dia jerit 'are u ready for BN? ', crowd jawab 'nooooo'. Kalau orang lain mesti sengap di situ tapi si najib ni kekal dalam skrip dia gi ulang lagi 2 kali genapkan 3, maka genaplah tiga kali dia diberi jawapan nooo untuk soalan yang sama.

      Lebih kelakar lagi ialah semasa di Sabah, dia jerit 'rakyat Sabah sokong..... ' crowd jawab 'mahathiiiir', dia boleh ulang lagi soalan yg sama dan jawapan sama diberikan. Bila dia tersedar dia terus cakap 'ini bukan suara rakyat Sabah ni'..

      Kalau orang lain di tempat Najib sudah lama sorokkan muka dalam cengkerang tapi najib tetap najib, selamba tanpa rasa malu apa2.

      To both otais salam perjuangan.

      Delete
    4. Tadi masa saya mula menaip the phantom belum appear. Salam perjuangan to the phantom too.

      Delete
    5. Salam perjuangan John Doe....dan semua yg sehaluan.

      Ni teman nak nanya.....yg dulu pongpang2 meletop macam petir pasal BMF tu apa ke hal tak bebunyi lagi?? Pasal apa tekan brek?? Baru kejap laajuuuu menyondol alih2 dah senyap?? Aiiikk teruskanlah. Pelik bebenor teman.

      Delete
    6. The Phantom.

      Jawapnnya sebab Hisham dan Ku Li dah sound.. Hehe

      Delete
    7. Oh tu pasal la senyap gigil lutut rupanya,kalau setakat ku li dan hisham da gigil camna pulak kalau dgn yang baling gelas pun tak pecah...boleh terkucil dalam seluar dibuatnya.

      Delete
    8. Gerakan berkata video itu FITNAH yang diviralkan oleh blog outsidethebox. Menurut Gerakan, bukan singa tak maw menari, sebenarnya masa tu singa tengah kopek limau manderin untuk dipersembahkan kepada Najib. Kononnya ada gambar menunjukan singa serahkan limau yang dikopek itu kepada Najib. Jika sesiapa ada nampak gambar singa serah limau manderin kepada Najib, sila tunjukkan.


      Delete
  16. BMF, Forex mahu digali
    Walau se zaman Hang Kasturi
    Mencari bukti malam ke pagi
    Esok mahu bagi kat menteri

    Tun Mahathir, mesti dikeji
    Panggil penulis, upah dikasi
    Jasa Mahathir usah dipuji
    Kerana menentang si kleptokrasi

    Laskar upahan sibuk mencari
    Segala benda, kononnya bukti
    Tun Mahathir wajib dikeji
    Dalam PRU, jangan diundi

    Menghina orang, busuk tak mandi
    Hanya dia bersih dan suci
    Tak malu, di badan kudis menjadi
    Bernanah membusuk semakin hari

    Orang umno fikir berkali
    Tun Mahathir tidak sendiri
    berbanggalah konon 3 juta ahli
    6.6 peratus rendah ke tinggi?

    Dicarinya orang sanggup terima
    Walau dah hilang sekian lama
    Senang pulak dia terjumpa
    MH 370 apa cerita?


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Sdraku Fan Tun....

      Persembahan lawak bodoh bertemakan cerita surat khabar lama 'BMF & FOREX' yg didendangkan oleh Najib serta kumpulannya amat jauh ketinggalan & tidak mencuit hati langsung berbanding dgn gelagat Ajis yg jual surat khabar lama dalam filem Seniman Bujang Lapok. Bak kata Apek Karung Guni itu, "Wa beli sulat khabar lama pakai timbang kati punya, tatak baca belita lama. Lu suka itu belita lama, lu angkat balik".
      Kesudahan.. surat khabar lama Ajis hanya laku $0.30 Sen aje.

      Begitulah nilai cerita surat khabar lama BMF & FOREX yg nak dibangkitkan oleh Najib & geng2 samsengnya. Ini juga peringatan untuk Kejora @ Kojolla.

      Salam Perjuangan.

      Delete


    2. CIA suruh kami gali



      Delete
    3. Seperti biasa fan tun dengan pantun yang menghiburkan dan berisi.

      Keep it up bro.

      Delete
    4. Sulat khabar lama...sulat khabar lama....!!!!

      Delete
  17. Orang politik Malasia jenis manusia tak tahu erti hidup.dinegara maju hanya 2 penggal sahaja, tapi kat Malasia sampai 30 tahun takda bawa kemajuan kekal kepada orang selain Dari anak beranak dia.jenis malas Jual agama&bangsa nak hidup , Negara maju 2 penggal, kena kat politik malasia nak buat Kerjaya keturunan dia.lawak sangatlah ahli politik malasia yang bacul letak jawatan kalau terpalit scandal

    ReplyDelete
  18. Perasaan dihina dan di keji sudah tidak memberi kesan keatas pasangan ini . Kulit mereka terlalu tebal untuk merasai segala pengaiban itu .

    Jika pengaiban di perhimpunan parti Gerakan , ia hanya bersifat local . Ia nya hanya di tujukan keatas pasangan klepet sahaja .

    Penghinaan yang berlaku di pentas global , walau pun di tujukan ke atas Pencuri Mega ini , juga memberi impak yang kurang enak sebagai rakyat Negara ini . Apa yang berlaku di Davos , Switzerland baru baru ini ketika berlangsungnya Economic Forum sungguh memalukan Malaysia . 'Screen shot ' dengan caption membandingkan Trump dan Najib ... bermaksud lebih kurang begini ..

    Billioner yang jadi Presiden (Trump) / PM yang jadi billioner (Najib) .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well-said.
      Salute.

      Delete


    2. Betul

      Kaluarga 488 syarikat memang muka tebal



      Delete
    3. Forbes sepatutnya masukkan najib dalam list billionaire dunia dengan details camni:-

      Jumlah kekayaan : AS1B

      Sumber kekayaan : derma.

      Dan Najib akan anggap ia satu penghormatan pulak.

      A good one. Keep it up sis.

      Delete
    4. Anon 0740 kipidap.. Good job, try harder to convince us to join your camp.. But good job. Sincere encouragement ni.

      Delete
  19. Politik bukan Kotor tapi sebenarnya DOSA.akan dituntut hak² RAKYAT marhaen yang telah diseleweng dengan sewenangnya² oleh manusia gagal cari kehidupan selepas 2 penggal diberi mandat.

    ReplyDelete
  20. Diny Yusuf,

    Tepat sekali, kekayaan yang ada untuk menjadi president, dan jawatan president untuk menjadi kaya.sindrom pemimpin lebih bodoh Dari pengundi yang diperbodohkan untuk mengundi

    ReplyDelete
    Replies


    1. Betul

      Kena miliknegara kan semua 488 syarikat ITU



      Delete
    2. Satu lagi salakan anjing kurap dari Kejora @ Kojolla. Takde siapa nak menahan mana2 pihak untuk buat laporan atau memiliknegara 488 syarikat itu.
      Toksah cakap ajer..pergilah buat tindakan. Ada telur ker.....???

      Delete
    3. Ye betoi tu.. Berkokok kt sini nk buat apa.. Report jgn tak report.. Ayam betina jgn berkokok nnti kena taji..

      Delete
    4. Haha..mana tak kurap ..sumbat dedak gred "C"..😂😂...ayam betina dapat dedak basah campur " kencing " NajisBadak..

      Delete
  21. En. Shahbudin , out of context to the topic ... it looks like my good friend "Outsyedthebox" has been awarded a sick leave by Salleh Keluak with a double MC !!!

    If it is true , I just hope for him to be brave which I am sure he is . I wish for him to make a comeback with more gut .

    ReplyDelete
    Replies
    1. What do you mean? OSTB ostracised? How?

      Delete
  22. Kalau aku kaya aku nak Jadi pm Malaysia macam kat America , billionaire trump Jadi president America.kita Di Malasia kena walak kepada orang yang Jadi pm untuk mengundi kekayaan Dunia.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Indonesia ada memjual pulau2 kecil, ko boleh beli dan jdi PM kat situ.


      Delete
    2. Sorry...pulau2 kecil di Jawa pun dah Jokowi/Ahok serahkan kpd syarikat2 dari negara Tembok Besar China (juga projek k/api letrk). Kini jadi isu besar dgn kebangkitan pak kiayai2 & persatuan2 Islam membantah kerana projek2 berkenaan dimonopoli habis oleh Syarikat China itu serta kedatangan 1 juta rakyat termiskin China sebagai buruh kasar. Apakah kita di Malaysia tidak khuatir dgn bala yg sama bakal menimpa dek ulah Najib.....????

      Delete

    3. Mana ada Cina di benua Cina yg miskin sekarang, zaman Tok Kaduk dulu sungguh la.


      Delete
    4. Kejora Punk..

      Tuu lah...asyik baca utusan, berita harian, tengok tv 3 suku, rtm 1/2 ajer. Jelajah satu dunia. Naah baca nie.....

      Jan 12, 2016 ... China is now facing rich country problems on a poor country budget. ... China's new year headlines are all about the economy. Official plans Official plans call for slower growth in 2016 and beyond, with the 7.5 percent growth target reduced to 6.5 percent. A run of poor results in the manufacturing sector calls even that more modest target into question. China's ultimate slowdown, once barely visible over the horizon, has now arrived. The era of easy growth based on China's reintegration into the global economy is now over. - Al Jazeera.

      China Faces a Debt Crisis. - Bloomberg

      Why China’s growth could be over - CNBC
      Independent analyses by both the University of California macroeconomist James Hamilton and the Bank of England have fingered weak demand as the chief cause of low oil prices. Given that China is the driver of incremental demand for most commodities, weak prices must therefore be principally attributed to weakness in the Chinese economy.

      Delete
    5. Kejora - For your reading digest & English lesson too.

      Despite the rapid growth of the Chinese economy in the last decade, more than 482 million people in China – 36% of the population – live on less than $2 a day.

      In total 85% of China’s poor live in rural areas and extreme poverty forces many of them to leave the countryside in search of employment in urban areas. Often referred to as the FACTORY of the world, China’s industry-oriented economy relies on these migrant workers who make up the majority of the workforce.

      There are approximately 150 million internal migrant workers in China who, because of their status, do not receive any state benefits or protection. They have to endure poor working conditions such as excessive and forced overtime, denial of social security rights and failure to provide employment contracts, as well as severe health risks.

      Delete



    6. Mula2 negara ke 2 paling kaya ialah Germany, kemudian di potong oleh Jepun Dan sekarang dipotong balik oleh China. Dan dijangka pada tahun 2045 China akan mengatasi USA dalam GNP.


      Delete
    7. Klu China kaya Kita nk gadai negara. Ini je lah satu2 negara yg Kita ada. Mana maruah Dan kedaulatan Kita sebagai sebuah negara. Dulu Kita tak berpihak pd mana2 negara, skrg jd sepai singapura dan China.. Kena game mcm2.. Pesawat hilang smpi skrg baru intro je tu.. Tunggu tayangan akan datang..

      Delete
    8. labu labi..

      Perhatikan Kejora tulis sembrono pakai tembak pistol-pistolan (mulut bunyi bang-bang). Agak2 dia kutip source dari mana yer..sos kicap ker sos tomato..??

      Delete
  23. Alkisah 1MDB bermulalah cerita
    Berbillion hilang rakyat berkata
    Namun jawapan senang saja
    Itu semua pembohongan belaka

    RM2.6 billion heboh kedengaran pula
    Dikatakan masuk akaun perdana menteri
    Dituduh mencuri dijawabnya derma
    Pak Arab yang sangat baik hati

    Bila berita tersebar luas dimana-mana
    Cerita didendang adalah fitnah belaka
    Konon konspirasi dibuat dijaja
    Diterajui TDM yang sudah bersara

    Hari hari cerita basi dijaja
    Lgbt, pro yahudi, dapig punya angkara
    Konon nak jatuh pemimpin melayu
    Rakyat dah syak ternyata penipu

    Kini cerita fitnah dah tak jalan
    Asyik asyik tiang gol dialih pula
    Lapuran CIA konon cuba dijualkan
    Dibentang fakta malu ternganga

    Terkini forex loss jadi umpanan
    Konon perlu siasatan rapi
    Juga gagal tarik perhatian
    Akhirnya rakyat dah lali

    Walau apapun hidup mesti diteruskan
    Kes saman sivil Pua jadi tumpuan
    Moga najib berani tampil ke depan
    Baru kita tahu lelaki atau perempuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good job bro.. Sape makan cili padi, mulut nya pijor.. Merah.. Tu yg bersembor ayo lior.. Lap jgn lap.. But good one bro.. Kipidap.

      Delete
  24. 6.6 % belum bangun ...

    ReplyDelete
    Replies


    1. Ko sapa nak ajar Forbes!!!






      Delete


    2. 6.6% solat berjamaah di masjid



      Delete
  25. Saya rasa bijan tak takut berdepan dengan sesiapa pun...tetapi mestilah dia kena rujuk dengan beberapa penasihat 25% umno dia dulu seperti nan acheh... naz rengas...salleh belud dan apandix...sementara penasihat wajib komponen dia pulak...teong apple mca dan siong sang gerakan...setelah mereka ini dirujuk dan dinasihati...sampai langit tujuh pun bijan berani .. kalau kurang berani juga lagi...jgn lupa bijan juga ada lagi senjata sakti dia iaitu mah hipo.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Kami ada 88 org, ko ada berapa org gang


      Delete
    2. 88 orang team mykemut dan mydedak ka (ini DS Shahidan Kasim yang sebut noo).

      Memang korang boleh kira sebab korang bergerak bawah 1 pengarah.

      Kitorang semua sukarela je.

      Kalau 88 jumlahnya, hairan juga kenapa semuanya beranonymous. Tak gitu?

      Delete




    3. Org becakap pasal kerusi parliament ... Tak reti2.




      Delete
    4. La .ye ke 88 suara kerusi parlimen ke? Maaf ye.. Patut le meriah kt dalam ni.. Sori lg sekali.

      Delete
  26. Risau nnt, plan si najib nya nak malukan Tun M akan terbalik pada muka tebalnya sendiri..dia ingat Tun M jenis macam dia kot, sain dokumen tarak baca..silap le ko najib...

    ReplyDelete
  27. ..

    Aku bertaruh ayam putih 3 ekor. Hihihi ...

    Lain yang di tanya lain yang di jawab oleh Tun Mahathir. Ingat sindiran dia sesekali.. Tapi boleh makan dalam.

    Jadi aku setuju tubuh RCI untuk siasat .. Nak kata apa? Kehilangan ? Kerugian ?

    Lepas tu bukan tubuh RCI untuk 1MDB sahaja .. kena tubuh untuk MAS, TH, FELDA, MARA ..

    ReplyDelete
  28. Technically, strategically, legally Najib and gang has no more scuds to fire as "attack is the best defence". All bullets are peluru kapur. Mahathir has no firewall. He does not engage a BOMOH to protect him unlike someone. His protector is Allah swt, and Allah blesses him with good health. InsyaAllah, he will see Malaysia returns to what a country should be before he closes his eyes....

    The rakyat is with tun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp....well said bro.

      Delete
    2. Saya tak terkejut kalau Rosmah nie dulu satu kaum dgn Mona Fandey.

      Delete
  29. Salam semua rakan seperjuangan,
    ada macai yang dihantar untuk menepis segala komen dgn auta.

    Seawal 7.18 dia da kepanasan...
    dia sorang je jap lagi berdrama konon ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro betul bro....teman pon perasan jugak.....pepagi bute udah punch-in masuk koje. Tetiba udah hangat pijor...tambah dengan John Doe siram minyak lagi marak betasap le jadinya.

      Bro sabor....kejap lagi sama2 kita tengok drama bersiri....sindrom syok sendiri.....sendiri komen sendiri balas.....aaaiiii ni yg thrill ni....tak sabor nak tengok.

      Tuuuugguuuu.......

      Delete
    2. saki baki 6.6 %...awal keluar reban ..kelaparan dedak😂😂 mlm tadi td dia ne awal tdo..mana tak menghadam dedak basah...

      Delete
  30. Najib and his Megalomania

    Najib has no vision and any goals he has are aimed purely at personal gain

    --- (1MDB was given birth by him)

    He only tells and does not do things that he asks others to do

    --- (1MDB Board/Jho Low)

    He evades responsibilities if things go wrong

    --- (Blame it on CEO/1MDB Board)

    Najib lies, sometimes out of spite, always because it’s easier

    --- (RM2.6 billion/he did not meet jho low)

    He demands that work be done his way, or no way at all!

    --- (release of 1MDB/SRC money/Goldman Sach involvement)

    He encourages conflict and enjoys observing his “experiments in human behavior.”

    --- (bringing old stories like CIA/BMF/FOREX Loss etc)

    Najib has no shame and unwittingly disrupts the people he leads

    --- (sacking of AG, transfer of officers, sacking of muhyiddin, muhkriz etc)

    He likes to drive his teams past the point of no return believing that his soldiers are expendable

    --- all MTUs and the unsuspecting rakyat are his victims

    He prefers to remain aloof and mysterious

    --- (nothing to hide fame)

    Najib promotes linear thinking and risk avoidance

    --- (appointment of Arul)

    He steals the credit whenever he can - feeding his underlying megalomania

    --- the infamous BRIM

    ReplyDelete
  31. Wahai protun teman sejati
    Cerita dongeng jom dikongsi
    Kisah lama trend terkini
    Orang suka mula mencari

    Alkisah, sebuah kampung
    Ada Penghulu tetapi ' mengong'
    Penduduk kampung dia berbohong
    Depan baik belakang polong

    Penduduk kampung Penghulu pun panggil
    Ada yg takut datang menggigil
    Penghulu marah mata terjegil
    Sebab bini dah habis sentil

    Bini suka sentil tembakau
    Bukan yg murah tapi kaw kaw
    Kampung kecik mana nak cekau
    Bini shopping Hong Kong dan Macau

    Orang kampung menjual tanah
    Penghulu beli, tersangatlah murah
    Dijual mahal pada Wong Ah Wah
    Taukeh balak, sawit dan getah

    Dapat duit Penghulu pun suka
    Bini sudah tak masam muka
    Ke Hong Kong pergi serata dunia
    Amerika tak pergi sentil tak ada

    Orang kampung mula berfikir
    Penghulu dan bini banyak membazir
    Joli sakan ke hulu ke hilir
    Penghulu balik, terus disingkir..






    ReplyDelete
  32. just wonder why nur jazlan was so quick to speak up on the FOREX LOSS vis his FIL's statements in the OLD NEWSPAPER? Was he persuaded to respond by someone upstairs?

    Hisham has been relatively cool on BMF's case although his dad was the then PM before passing the baton to TDM. So has been prince TR....something "uneasy" probably???

    John Doe, Dato Rahman jpc and the gang may have some good reasons for this deafening silence by these two personalities?

    ReplyDelete
  33. GONG XI FA CAI

    BMF and the forex losses....when did it happened? Loooong time ago. Did anyone benefited personally from the fiasco?...or any monies went into personal bank account?...

    Nadai...illek...kosong!...It was all business losses. One good citizen of the nation became collateral casualty...alfatihah to him. Forex losses...though unfortunate...it happened during the asean curency crisis...In hindsight..people can always say anything...but at that very moment...forex trading is one of the options to support the currency under attack....You can be a hero or get burnt by forex trading.

    If you really need the answers...go and ask the persons directly involved..they are still breathing....Murad for one is not one of them...he has a selective memory syndrome.

    As for BMF...though Lorraine is no more...KU Li is still a member of Parliament.

    BTW...how much is BNM trading on Forex to prop up the sliding Ringgit currently?...jangan cakap tak de...and for those who think they are superb...try the online forex trading...don't have to be the "real" one...just try the free training account.

    Meanwhile, these questions remain unanswered and unresolved :

    RM 2,600,000,000.00 was received and spent by MO1.
    RM 42,000,000.00 was received and spent also by MO1.

    1MDB is dead...accumulated losses and accumulated debts of over 50 billion...but the Chairman of the Board of Advisor, who hold the Article 117 power is still active.

    These are all CURRENT issues and the rakyat has to bear the burden.

    Those smart alecs...you can dig old graves and tell how the dead died...surely you can answer the above questions.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau berapa rezab kita spent nk stabilized ringgit baru2 ni.. Pun merundum jgk currency Kita banding dgn jiran.. Tp puak berbayor ni mana faham.. Jd Kita ikut je lah rentak cerodik deme tu.. But well said bro.bull eyes.

      Delete
  34. Umno bukan lagi satu wadah perjuangan agama, bangsa dan negara tetapi satu perniagaan memperdagangkan agama, bangsa dan tanah warisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman najib je.. Dulu idok. Dulu mmg juang utk alif, ba,ta.. Skrg rembat dan gadai selagi boleh. Beli Rumah kt negeri sejuk, kacau bilau dlm negara.. Deme cabut dulu.. Masing2 ada private jet.. Kita ada proton.. Pun alhamdullilah.

      Delete
  35. All said and done, why is there no indication or signal from the recently installed YDP to set up RCI. At least it can be seen above partisan politics. Afterall it is the rakyat that should be YDP's concern and priority!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ydp power now had been removed to pm under the new security act. We all can go to jail anytime soon at his pleasure and no longer at ydp pleasure..

      Delete
  36. Allahswt memuliakan bahkan Allahswt jua yang menarik kembali kemuliaan setiap dari hambaNya. Sesungguhnya Allahswt tidak menzalimi hambaNya tetapi hamba itu yang menzalimi dirinya sendiri.

    demikianlah Tun Mahathir yang dahulunya dimuliakan Allahswt, kini hampir terbuka aib dan penyelewengan sewaktu kuasa didalam genggamannya selama 22 tahun, sedih sekali Tun bagaikan mahu menongkat langit seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi. sisa-sisa hidupnya masih berkiblat pada urusan dunia (politik).

    Maha Suci Allahswt yang menetapkan hati bahkan membolak-balik hati para hambanya. sesungguhnya Allahswt tidak menzalimi hambaNya tetapi hamba itulah yang menzalimi dirinya sendiri.

    Demikianlah Tun Mahathir, pasti tiada sesiapa pun dari kalangan manusia akan menyangka bahkan menjadi saksi mata betapa Tun Mahathir kini menjadikan para politikus berhati serigala sebagai "rakan" lalu menjadi pengembala kepada golongan yang jahil lagi menyombong diri.

    Kisahnya bukan mengenai soal 1MDB kerana ia telahpun disiasat oleh SPRM dan PAC. tetapi matlamatnya adalah untuk melindungi anak dan kroninya agar terus diberikan hak istimewa untuk menghisap darah kerajaan.

    Aku tidak merintih atau mencela Tun Mahathir kerana telah menyelewengkan duit kerajaan dengan pelbagai niat dan tujuan serta helah, (kata si jahil yg sombong, setiap sen dari duit kerajaan itu adalah duit mereka atas asbabnya sebagai marhean).

    tetapi yg lucunya tiada seorang pun dari kalangan si jahil itu yang sanggup menumpang kereta rasmi tuan2 politiknya atau bermalam di kediaman rasmi atau mengambil apa2 jua harta benda kerajaan untuk manfaat diri dan kaum kerabatnya.

    bahkan segala jasa dan kejayaannya - menerima tampuk kuasa dan "menyerahkan" kepada penguasa seterusnya dalam keadaan yg lebih baik, membuktikan Tun Mahathir adalah penguasa yg secara zahirnya termasuk didalam kalangan penguasa yg berjaya.

    namun Tun Mahathir kini turut diperlihatkan segala pekungnya betul-betul dihadapan mata dan diatas ubun-ubunnya sendiri.

    Apakah telah dimaabulkan doa2 si polan yang mendoakan agar diberikan kepada Tun Mahathir untuk melihat segala kerosakkan hasil dari usaha tangannya sebagai penguasa, sebelum Tun menyahut panggilan Allahswt melalui malaikat maut.

    Allahuakbar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun bukan tuhan
      Tun bukan nabi
      Tun bukan maksum
      Tun manusia biasa
      22 tahun berjasa pada negara albeit imperfections

      11.38,

      apa JASA anda pada negara?
      makan dedak?
      rasuah?
      fitnah tun?
      menjual agama?
      bangsatkan bangsa?
      kafir sesama islam?

      Lailla hailla anta subhanakainni kuntuminazzalimiin

      Delete
    2. 11.38,

      Serangan tubi najib tak berkesan
      BMF, CIA, FOREX LOSS tak juga jalan
      Nampak kebodohan juga kegagalan
      Kepalsuan tak mungkin kalahkan kebenaran

      Yang tinggal hanya kutukan demi kutukan
      Disasarkan pada mantan Perdana Menteri
      Ingatkan boleh menutup kesalahan
      Berhentilah berfantasi terimalah realiti

      Jangan suka hina menghina
      Air ditepuk takut memercik
      Senantiasa berfakta jauhilah auta
      Allah benci orang munafik

      Delete
    3. Si arif ke tu? Ye kami ni jahil. Sgt jahil utk menilai intan permata daripada kaca.. Ye Si tua kutuk itu lah pernah memerintah negara 22 tahun, rakyat mewah dan hidup aman damai adanya. Adapun Si dajjal itu menjanjikan syurga, maka berbondong2 la org masuk ke syurga nya.. Tp hampa neraka rupanya.. Knp? Bg 5 billion,mintak balik 50 billion.. Buruk siku tau tak!!! Ni ubat spital bila nk hantar.. Budget kena Potong, bila rakyat bertanya, di suruh nya menipu.. Ada betoi ka INI mcm punya sorang?? Chit.. Tipu jugak!!!

      Delete
    4. Kejora...

      Apakah si polan itu berjaya dalam kerjayanya dan ketokohannya diiktiraf & dikenali oleh penduduk dunia, khususnya di kalangan negara2 yg bermajoriti Islam? Apakah dia diberkati kesihatan & kecerdasan sampai mencecah usia 92 tahun? Apakah semasa hayatnya menjadi tumpuan wartawan & media baik dari tempatan maupun asing untuk jadi tajuk berita? Apakah sumbangan bermakna Allahyarham yg dapat dinikmati & dikenang oleh Melayu Islam sepanjang zaman?

      Last...apa sumbangan kamu pulak...berapa Income Tax yg dah kamu bayar kepada negara.....???

      Ada hati nak beri komen konon...what you wrote @ 11:38 is not Write-up..but simply A WRITE-OFF,
      got it.......??????

      Delete
    5. Dah jadi anon pun kebodohannya tetap sama.

      Delete
  37. Tiba2 MO1 Yang muncul sebagai juara dari penyiasatan...

    ReplyDelete
  38. Anon 11:38 ,
    Saya sentiasa mencuba sebolihnya memberi ulasan dengan cara 'lembut' dan berhemah walaupun sedar diri ini merasa adakalanya geram dan panas baran .

    Tetapi tulisan 11:38 serta makhluk2 seangkatannya betul2 membuat saya hilang sabar !!

    Janganlah membuat tuduhan dan fitnah tanpa bukti kukuh dengan bersandarkan komentar2 dari pencacai , pemakan dedak termasuk marhaen2 munafik saperti RPK ,Abdul Murad , Apandi serta yang sekapal dengannya .

    Awak bilang penyelewengan ... apa yang di seleweng ? berapa banyak yg di seleweng ?

    Being in the corporate world for 3 decades , my understanding of 'penyelewengan' is money laundering , Correct me if I am wrong ! So please tell me where and when did Mahathir laundered the government money ?

    If you and those similarly thinking idiots judge BMF and the Forex Loss as a "penyelewengan" , I can tell you , you are dead wrong . Both were just plain business ventures gone wrong ....wrongly managed by idiots like you .

    By the way , I am surprise to know the CIA made remark on BNM forex loss as reported by RPK ? Normally the jurisdiction falls onto the FBI ..
    I might be wrong , but one thing for sure is this RPK guy ..... whom I categorised as a drunkard monster and mobster from long time ago . He will bow to his master ( whoever feed him more dedak )!

    Please stop at mentioning Mahathir's family members 488 companies . I went through some of the companies listed on several blog posting . I do not know what to say ... not due to the listed names ,instead toward the idiot who posted it ! I can't deny Mokzani's business acumen , but to say Khazanah , SIC , Yayasan Siti Hasmah and many others as Mahathir family business entities is just plain ignorance , plain stupidity .

    ReplyDelete
  39. Spot on, ma'am & well done....!!

    ReplyDelete
  40. Spot on, ma'am & well done....!!

    ReplyDelete
  41. 11.38

    kejora baghal penjilat rupanya
    bila menulis meghapu sentiasa
    kes 1mdb dah clear katanya
    kejora penyokong penyamun negara


    kejora biul penjilat rupanya
    demi dedak penyamun dibela
    bila menulis tiada isinya
    sibodoh piang pun geleng kepala


    kejora bengap penjilat rupanya
    menentang najis jahilkah kita
    berbilion lesap tak salah katanya
    kejora lahabau hatinya buta

    akhir kata untuk kejora
    dan juga yang seangkatan dengannya
    bukalah minda celikkan mata
    Pemyamun Malaysia jangan dibela






    ReplyDelete
  42. GPS robot [10x increase of the deposit and investor access]

    I just got done with a webinar with Mark and his partner, Antony, two days ago and it was AWESOME.

    During the webinar MARK and ANTONY shared their secrets to success and answered questions about their new version of the GPS Forex Robot that CAME OUT TODAY!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...