Hanya dalam tempoh seminggu yang lalu saja, Najib Razak didapati telah melakukan dua kesilapan fakta yang tidak sewajarnya sebagai seorang Perdana Menteri.
Kali pertama, beliau mengatakan tanah di Forest City adalah pajakan selama 99 tahun dan ia tidak menjejaskan dari segi kedaulatan negara apabila orang-orang dari negara China menjadi pembeli utamanya.
Ternyata kemudian melalui papan iklan, billboard dan laman web Forest City sendiri, fakta Najib ternyata salah.
Tanah Forest City memang pegangan bebas dan ia akhirnya memaksa Bernama memadam fakta pajakan 99 tahun yang disebut Najib sebelum itu dalam berita yang disiarkannya.
Kali kedua, Najib menafikan dakwaan Tun Mahathir bahawa MCA pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sedangkan terbukti pada 3 April 2009, parti Cina komponen BN itu pernah berbuat demikian.
MCA ketika itu menggesa Najib yang baru menjadi Perdana Menteri agar mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN untuk Presidennya bagi mencerminkan "perkongsian kuasa" yang sebenar dalam negara ini.
Bagaimanakah kesilapan fakta sedemikian boleh berlaku kepada seorang Perdana Menteri?
Adakah Najib tidak tahu atau begitu tertekan dan serabut fikiran sehingga "cakap main bedal saja" menafikan sesuatu perkara tanpa mengira apa yang disebutnya itu betul atau salah?
Ataukah Najib memang suka cakap "hentam keromo" apabila fikirannya celaru dan tertekan sepertimana yang pernah dilakukannya mengenai wang RM2,600 juta dahulu?
Ketika itu Najib dengan selamba mengatakan, kalau pun mahu menyamun, takkankan beliau melakukannya dengan memasukkan wang ke dalam akuan sendiri di dalam negara, walhal menyedari perkara itu memang pun berlaku.
Adakah perlakuan-perlakuan Najib yang tidak sewajarnya itu yang membuatkan Zahid Hamidi tiba-tiba mengatakan hanya tinggal 6.6 peratus saja "cybertrooper" yang bersama UMNO dan kerajaan sekarang ini?
Kata Zahid, akibat ketinggalan jauh dalam perang maya itu menyebabkan persepsi negatif yang buruk kepada UMNO dan kerajaan.
Adakah Zahid juga sedang cuba mengatakan bahawa UMNO dan BN di bawah pimpinan Najib hanya menunggu masa saja untuk menemui titik nokhtahnya?
Lalu, apa perancangan Zahid seterusnya? (SH 23/01/2017).
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteDuit berjuta masuk akaun sendiri pun dia boleh nafikan..boleh cakap tak tau sapa bank in..inikan pulak pasal hal lain. Kesian pihak lain jadi tongong kena padam artikel & cuci tahi najib.
DeleteMula2 dia kata itu legacy bapa dia...tetapi Nazir adik kandung dia sendiri menafikannya. Semua orang ingat apa yg dia kata.
DeleteNajib ni mmg raja daripada segala raja penipu.
Dia gunakan umno sebagai perisai untuk keselamatan diri dia.
Dia gunakan semua media arus perdana terutamanya tv3 suku, utusan msia sebagai komando untuk menjayakan propaganda dia.
Dia serang Tun Mahathir dgn bermacam fitnah dan tomahan agar pak cik dan makcik felda serta orang2 kampong terutamanya orang pencen supaya percayakan dia.
Tetapi dia sendiri lari ikut pintu belakang dlm forum nothing to hide sebaik saja dia tahu Tun Mahathir datang untuk menyambut cabaran dia.
Najib kalau kau benar tolong jelaskan kpd rakyat kenapa kau takut untuk berdebat dan bertentang mata dgn Tun Mahathir.????
Ajaklah mat maslan, keruak si karabau. Kj dan nazri aziz temankan kau.
Kenapa kau takut najib?
Tangkap Najib ! Tangkap Semah Gemok ! Tangkap Macai2 Tukang Jilat Bontot Najib ! Siksa diorang dlm Penjara !
DeleteKes puutaarrrr alam ni mengingatkan kita pada al-kesah duit derma kesian 2.6b. Mula2 dia
Deletekata mana ada dalam akaun banyak tu......pastu tetiba ada pulak.....bukan curi.....tapi derma dari Arab.
Tapi dalam satu sessi dengan wartawan......bila ditanya pasal derma 2.6b kepada Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud, (anak kepada Raja Arab Saudi dgn Nazri Aziz ada di sebelahnya).....Raja Salman jawab.....
"I really have no background on this issue. I'm not saying just to brush you off but we really have no background on this issue. This is an internal issue with Malaysia and I am sure, you guys will work it out"
Maksudnya.......Raja Salman sebagai ahli kabinet kerajaan Arab Saudi berkata yang dia/mereka tidak tahu apa2 mengenai isu derma ni. Beliau bukan tak nak jawab tapi memang dia tidak tahu apa2........Isu derma ini adalah satu isu dalaman Malaysia, dia tak nak masuk campur dan berharap rakyat Malaysia mampu selesaikannya.
www.youtube.com/watch?v=Igj4u1DOsIw
Kesah ke2 ialah duit SRC42 juta lesap........jawapannya tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran dana RM42 juta tu.......alih2 tetiba dah ada dalam akaun macam magik.
Soalan: Ke mana perginya RM 42juta duit SRC International yang dikatakan masuk dalam akaun Najib........yang dipercayai duit dari pinjaman Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) berjumlah RM4b tu??
Kesah ke 3.......bermilion2 duit yang dibayar pada Aabar Ciplak.....
IPIC dan Aabar mengesahkan bahawa Aabar BVI adalah BUKAN entiti di bawah mana2 kumpulan (anak syarikat) mereka. IPIC dan Aabar juga mengesahkan mereka tidak ada menerima sebarang pembayaran dari Aabar BVI......atau menanggung sebarang laibiliti bagi pihak Aabar BVI.
Pendek kata - Aabar Investments PJS Ltd, syarikat yang 1MDB buat pembayaran deposit dan pelupusan option tidak ada kena mengena dengan IPIC.
Bermilion2 duit dibayar pada company ciplak yang guna nama ala2 sama dengan Aabar original. Hangus duit rakyat dengan gitu jer dan terus senyap sampai sekarang......tak pulak dicari sape dalang yg melarikan duit tu.
Kesah ke4.......ni lagi thrill.......dokumen penting 1MDB semua disign buta......tandatangan tu untuk formaliti jer.....tak baca apa2 pon sign buta jer. Jadi jangan tanya apa2.....memang tak tau pekebenda pon.
Ada banyak lagi puutaaaarrr dan puuusssing kalo nak list memang paanjaangg.
Tuan2......kalau ada terjumpa penyamun yang kata “seorang penyamun sekali-kali tidak akan curi duit”.........tolonglah percaya....please, please.....tolong percaya dengan sepenoh hati hokayyyy.....
*Nota: Isi petikan diambil dari Blog Din Turtle (pejuang kebenaran). Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Tali gantung menanti bijan Dan smah ketot Dan apundi Ali atas khianat pada negara.. High treason.. Hukuman menanti gantung smpi mati mandatori.. Jd pastikan anda tidak hilang kuasa,jika hilang kuasa..kepala anda akan hilang.. Demi Malaysia.. Siap!!!!
DeleteDia sudah berserabut....jiwa kacau...
ReplyDeleteDalam badan ada segumpul daging dipanggil hati. Kalau daging itu baik maka keseluruhan orang itu ikut sihat. Tapi kalau hati itu busuk maka otak dan jasad orang itu akan mundur dan rosak...
DeleteQalbu qalbi.. Sifat lawammah Dan ammarrah.. Bijan dan smah ketot x belajar tu semua.. Rembat lg rembat.. Negara huru hara lari ke England minta suaka politik.. Tak pun Zimbabwe.. Org khiatnat.
DeleteKecelakaan akan mendampingi si musyrik yang pakai amalan bomoh sehingga masuk ke liang lahad ... Smah & ahjib cuba memperhatikanlah!
DeleteKongres India, Golkar Indonesia...UM NoMore Be End.. Apabila kontraktor yg dilantik Rakyat naik tocang nak jadi mcm parti mereka Tuan Tanah Pemilik hamba abdi (rakyat), maka masa tiba utk hentikan kontrak dan laksanakan hukuman. Makaysia milik Rakyat, buka utk dijual atau digadai. Enough is enough, rakyat jgn main angguk sj lagi...demi cucu cicit
ReplyDeleteTetapi masih ada makhluk makhluk yang kurang akal mempertahankanya dengan hujah yang berjela jela tapi hampeh...
ReplyDelete
ReplyDeleteItu malaysiakini punya auta, sejak 60 tahun bersama UMNO sapatah pun tak pernah cakap TPM.
Malaysiakini memang kaki putar dalam.
Bila nak burukkan kejahatan Mahathir yang lalu, copy paste Malysiakini.
DeleteBila dia berkata, dia dusta. Beliau merasa bahawa rakyat sangat seronok ditipu hidup hidup. Eh kau memang tak boleh harap lah cheta.
ReplyDeleteNajib memang muka tebal bila MENIPU.
ReplyDeleteDekat ceramah TN50,di Dewan Chancelor, UM selamba dia buat cerita dongeng ni kat studen & ngo.
Dia kata, masa kecik dia susah. Gi sekolah kena naik 'PENGANGKUTAN AWAM'.
HEHEHE....Dia kata basikal tu 'Pengangkotan Awam'!
Saya kayoh basikal ke sekolah dengan berbekal duit
30 sen. Ayah saya tak mahu beri lebih. Jadi saya cuma boleh beli nasi lemak takda sotong, makan bawah pokok ceri sebab nasi lemak bersotong harganya 50 sen.
HEHEHEHE.......kat Uk ada jual nasi lemak ke?
Tahun 60han mak saya kata, harga nasi lemak cuma 5 sen sebungkus. Tahun 80han baru naik 20 sen!!!
Kemudain Najib sambung lagi bohongnya. Ayah saya Tun Razak lagi sedih. Dia kaki ayam pergi sekolah sebab atok
saya takda duit nak beli kasut untuknya!!!.
HEHEHEHE......takkan Dato Hussin, MB Pahang dera
anaknya Tun Razak begitu sekali, sampai tak berkasut pergi sekolah.........?????
SELAMBA NAJIB BERCERITA, Kisah dongeng ni.
Memang NAJIB KAKI KELENTONG, jadi mari kita gelar dia NAJIB KELENTONG.
Ni ulasan najib selepas kelentong peserta:
DeleteAlhamdulillah, ia berjaya. Saya simpulkan majlis Dialog Perdana malam ini amat berjaya sekali,” katanya yang disambut tepukan gemuruh oleh peserta.
Terloncat loncat si ketot tu nak support laki no 2 dia.
Deletenajib kat uk menunutut d public school(private school berasrama penuh). dia joli sakan samasa d sana.
Deletesaya berani berkata demikian kerana semasa dia menuntut d sana ,saya bertugas sebagai atase pelajaran d jab penuntut Malaysia d bryanston square London.
cerita yg dia hidup susah adalah cerita dongeng n amat lucu sekali.
Jangan mengharap sesuatu yg ikhlas dan jujur keluar dari mulut orang yg tidak amanah dan munafiq hidup berpura2.
DeleteTerutama orang yg menyamun duit yg diamanahkan.....kemudian bermewah2 dgn duit haram.....dan berlakon berpura2 macam tak ada apa2 yg salah.
Apabila seseorang itu melakukan dosa tapi tidak merasa bersalah......maka itulah orang yg akan membawa kepada kemusnahan.
Jugak orang yg menggunakan jalan kotor dan hina.....dengan berpura2 dan fitnah untuk menaikkan dirinya ke atas.......orang begini akan dijatuhkan oleh Allah dalam keadaan yg terhina.....insya-Allah...ameen.
Kerja sia2 kalo kita percaya apa yg keluar dari mulut orang yg gagal menjaga amanah yg dipertanggungjawabkan ke atasnya.
Kalo duit rakyat pon tak reti nak jaga........macam mana nak jaga satu negara??
Tuan budin, tajuk diatas susah jadi ke sudah jadi..tapi x pe le memang sesuai dengan isi kandungannya..punya le celaru statement najib sampai tajuk artikel tuan budin pun tersasul..tu la, jangan klepet duit rakyat, bila makan dedak, konfirm otak bingai..
ReplyDeletesaya baru pulang melawat kawasan dun chini yg terletak d kawasan parliament pekan.
ReplyDeletesaya d jemput olih penduduk d sana. sebelum itu pemimpin2 drpd kawasan dun lain (pulau manis,peramu jaya n bebar) tlh dtg k kl berjumpa saya.
jgn rasa terkejut kalau saya katakana yg mereka2 ini tahu apa yg najib sudah buat dlm kegairahan nya menipu mereka n rakyat.
saya berani mengatakan bahawa pihak lawan hanya memerlukan sedikit usaha saja utk memenangani hati n sokongan mereka.
saya tlh berusaha juga memberi penjelasan mengenai kesan pentadbiran najib/rosmah terhadap Negara. saya akan terus melaksanakan kewajipan utk menjelaskan kpd mereka betapa penting nya najib/rosmah d turunkan drpd tahta.
saperti mana saya nyatakan terdahulu, fikiran najib sedang berkecelaru sekarang (mcm orang mereng).
lebih cepat beliau berundur lebih baik buat Negara tercinta ini.
ada rakan buat lawak dgn mengatakan bahawa mungkin dia, dlm kecelaruan nya sekarang, selalu bermimpi tentang masa2 manis dgn isteri pertama nya.
saya berani mengatakan bahawa najib adalah seorang yg amat bersopan santun n penuh semangat juang sahingga lah dia membenarkan 'younger brother'nya berfikir menggunaka hati n bukan dia sendiri berfikir dgn otak.
olih kerana 'kesilapan' nya ,maka kita rakyat jelata terpaksa lah menanggung musibah nya.
dia tlh banyak berbohong n tlh d tangkap tangan (caught red handed).
nilai n harga diri nya sekarang d tahap nol (zero).
Pak Rahman.....apa pon ada lebih baik kita jangan over confident....bia kita berendah diri, teruskan usaha keras, kita teruskan perjuangan bagi kesedaran kepada orang2 di luar bandar dan kampong2 hingga berjaya.....insya-Allah, ameen.
Deletebersetuju dgn pendpt 'the phantom'.
Deletemengikut ts muyid semasa saya berjumpa dia tempoh hari, hamper mustahil utk menewaskan najib d pekan kerana dana nya melimpah ruah n tlh memanjakan orang pekan selama 40tahun.
namun dlm keadaan sekarang 'all bets r off' n saya percaya najib/rosmah sedar dgn kedudukan yg mencemaskan mereka.
Saya syorkan Pak Rahman atur kan tun utk datang ke Parliament pekan tengok mcmana sambutan rakyat..Biar kawasan kg najib tu kalau blh.
DeleteTurn ..Turn..Turn..inilah dinamakan Pencuri Turn..dah suka menipu dan membelit..kena diri sendiri tertipu dan terbelit...dah nyayuk...asyik pikir duit haram dalam kepala..cubalah minta pandangan PUNAHSIHAT dari pencacai..kan ada idea baru dan terkini..dari Salleh Biawak Lidah Terjelir ...kan ada Rahman Jembalang pandai temberang...banyak juga turn ..turn..Najis Nazak..penabur dedak👎👎
ReplyDeleteTurn Tun Mahathir jadi Perdana Menteri rakyat hidup penuh harmoni
DeleteTurn najib jadi perdana menteri mencuri lah pulak dia. Umno pun jadi tong taik
Siakap sinohong, gelama ikan duri
ReplyDeleteCakap slalu bohong, lelama jadi pencuri
Dah lama jadi pencuri,tu sebab suka bohong.
Dah bosan jadi pencuri,,upgrade jadi penyamun...
DeletePenjenayah Sempurna-Penyamun, Penipu, Pembunuh, Pengkhianat Bangsa, semua ada
DeleteSiakap sinohong, gelama ikan duri
ReplyDeleteCakap slalu bohong, lelama jadi pencuri
Dah lama jadi pencuri,tu sebab suka bohong.
Robin hood mencuri drp kerajaan bagi kpd kesemua rakyat dia.
DeleteNajib mencuri duit kerajaan untuk bagi kat bini dia dan anak tiri dia sahaja.
Smah ketot...
Delete
ReplyDeleteIni pendapat Rafizi reversed.
A)Peratus penduduk Malaysia adalah
Bumiputra 65%
Cina 28%
India. 7%
B) pada pru13 BN dapat 133 kerusi Parliment Dan 47% popular vote.
C) pemerhati menganggarkan 10% Cina undi BN dan 40-50% India undi BN
(Cina) 10% of 28% = 3%
(India) 50% of 7% = 3%
D) Tetapi pada pru14 ini, pemerhati berpendapat lebih ramai lagi kaum Cina Dan India akan memihak kpd BN,
E)Dari ceramah yg di adakan oleh ppbm , tidak nampak peningkatan yg ketara dari sigi jumlah ahli.
F) Oleh itu BN dijangka akan memang dlm pru14 dg mendapat majority yg lebih lagi dp pru13.
Bro 22:27,
DeleteSudah2 lh tu,,prgi sambung tidur balik...asyik mengigau je krja nyer....
Mimpi terserempak dengan badak kat lubuk emas agaknya.......
DeleteSalam semua.
ReplyDeleteApa yg sedang kita lihat sekarang ini ada lah hukum alam. Setiap yang melampaui batas akan terima akibatnya. Begitu juga dengan PEEEM kita. Ada orang kata KETULLAH di atas perbuatan sendiri, ada orang sebut MAKAN DIK SUMPAH, terlalu banyak yang menyumpah maka jiwa tak tertanggung, ada juga yang kata MAT MERAGAN, jadi sama sama lah kita saksikan perkembangan yang akan berlaku diwaktu terdekat ini. Sesungguhnya Allah itu hanya SATU, MAHA tahu,MAHA bijaksana. Perjalanan PEEEM kita sebenarnya tiada jalan pulang, Syaitan sudah sampai kemata, baik dan buruk hanya sekata. Sama2 lah kita doa Allah menyelamatkan Negara tercinta ini. Insya Allah.
APA yg kita lihat sekarang hukum alam telah di kenakan kepada bekas PM Tun Mahathir. Dan bukannya kpd Najib atau Abdullah Badawi.
Delete
DeleteSekarang satu dunia sudah tahu keluarga Mahathir mempunyai kepentingan dalam lebih dp 400 buah syarikat. Sama ada percaya atau tidak itu tak penting. Tetapi informasi telah belegar.
Kamu dedah satu kejahatan org, Allah dedahkan 400 kejahatan kamu.
Delete22 44
DeleteOooooo....hukum alam dijatuhkan pada Tun,bukan pada najib? Baru saya tahu bahawa anda hilang upaya utk berfikir dgn bijak!
Takpe...ramai lagi org mcm anda,4.4%.....hahaha
Biarlah luncai terjun dgn 42 juta nya nya....hehe
Ko Ada 4 saksi dgn SD sekali yg kata tun ada 400 kompeni, klu x ada mu kapir harbi.. Tu la makan duit haram,badan dh jd haram sama macam anjing Dan babi... Shoo shoo... Nnti org nk kena samak HP pulak.. Cerodik buah pelior..
DeleteTun M anak beranak curi duit rakyat ke? Kenapa tak saman Tun M?
Delete.
ReplyDeleteLagi dekat pilihanraya lagi banyak Najib bercakap hentam keromo.
Untuk mengelak ianya berulang, Menteri seperti Salleh Keruak akan bidas kenyataan Tun Mahatir.
Najib terllau ghairah sebab dapat peluang hina Tun yang selama ini di tunggu-tunggu iaitu mengelar U Turn Mahathir.
Itu yang dia main hentam bila bercakap asalkan dapat sebut U Turn Mahathir.
22.52, hang mai dari dunia mana. Yang aku tau hanya satu dunia saja, mumgkin dunia khayalan.
ReplyDeleteDahulu saya menyangka Najib ini mahu perbodohkan rakyat dengan cerita2 palsu dan bodohnya. Masih terbayang temuramah semasa ia cuba jelaskan tentang 'kehendak penderma yang tidak mahu dikenali dan tidak mahukan apa2 balasan'. Apa dia ingat rakyat ni bodoh mahu telan saja apa yang ia cakap? Itulah telahan saya ketika itu.
ReplyDeleteTetapi kemudian kelihatan Najib berulang2 menipu dengan cerita2 sebegini. Sudah banyak kali kantoi pun ia masih berterusan menipu. Penipuan Najib sudah sampai ke peringkat ia mampu bercerita dengan muka konfidennya 'semalam saya nampak seekor lembu melompat ke atas bulan", dan benar2 menyangka orang akan percaya dengan cerita karut marutnya itu. Rujuk saja kisah Cik Minah di atas.
Tapi itu pun belum peringkat tertinggi lagi iaitu peringkat di mana seseorang itu boleh percaya dengan penipuannya sendiri. Ini adalah peringkat denial syndrome. Saya percaya Najib sudah pun sampai ke peringkat ini. Tidak mustahil beliau mampu membayangkan apa yang ia ceritakan seolah-olah kejadian itu benar-benar berlaku padahal ia tidak pernah berlaku pun.
Kini saya tidak lagi menganggap Najib suka menganggap rakyat kebanyakan bodoh, tapi hakikat sebenarnya saya setuju dengan pak rahman jpc bahawa ia benar sudah mereng dan tak boleh berfikir secara waras lagi.
Apabila pak rahman jpc pula beri komen sedemikian seperti di atas maka makin kelihatan benarlah telahan saya Najib memang dah hilang akal.
Samalah juga macam cerita Rosmah ia menjadi perantaraan perbualan telefon di antara Najib dan Trump. Entah siapalah yang ia sangka akan percaya ceritanya itu tapi tidak mustahil Rosmah sendiri yang percaya cerita itu.
Firaun misalnya apabila mengaku dirinya Tuhan kebarangkaliannya ialah ia benar-benar merasa dirinya sudah menjadi Tuhan. Para pengikutnya tahu bahawa Firaun sudah hilang akal tetapi demi dedak mereka teruskan sokongan.
Najib hentam keromo? Saya percaya Najib sudah jauh meninggalkan peringkat menipu dan hentam keromo ini.
Kita tunggu dan lihat sajalah nanti bagaimanakah kesudahan self acclaimed pahlawan Bugis ni.
Tunggulah sikit hari najib pasti jatuh longkang
DeleteJENAKA POLITIK TUN MAHATHIR
ReplyDeleteTUN Mahathir belum puas dengan gaya kepimpinan diktatornya. Kini beliau mahu menguasai PH. Memang beliau boleh menguasai PH dan PH dilihat sangat perlukan orang seperti Tun Mahathir untuk kekalkan survival politik mereka. Tetapi tidak PAS.
PAS tidak perlukan pemimpin angkuh seperti Tun Mahathir. Tun Mahathir sebenarnya bukan merendahkan PAS tetapi gerun dengan keupayaan PAS.
Target utama Tun Mahathir bukan untuk mengalahkan Umno tetapi sasaran utama beliau ialah PAS. Hasil dendam dan keangkuhan beliau yang gagal menundukkan PAS agar menurut kemahuannya menyebabkan beliau meletakkan PAS sebagai musuh utama.
Serangan beliau sering dihala kepada PAS. Namun mereka cuba bersembunyi di sebalik tohmahan yang mereka cipta kononnya PAS akan bergabung dengan Umno dan memenangkan Umno melalui pertandingan 3 atau 4 penjuru.
PAS tidak akan pernah berganjak dari pendiriannya. Sejak dulu kita konsisten menentang kemungkaran politik dan ekonomi negara tanpa mengira dari blok mana kemungkaran itu berlaku.
Saban kali pilihan raya umum menyaksikan PAS menentang Umno sama ada di peringkat parlimen mahupun Dun. Satu lawan satu. Malangnya sehingga kini beberapa parti lain seperti PAN membuat pengisytiharan bahawa mereka akan bertanding di kerusi yang ditandingi oleh PAS.
Maka inilah yang akan membuatkan berlakunya 3/4 penjuru. Kenapa mereka nak salahkan PAS? PAS akan pertahankan kerusi kerusi tradisi yang ditandingi oleh PAS sejak sekian lama.
Jika benar mereka mahu satu lawan satu, sepatutnya mereka bahagi-bahagi kerusi di kalangan komponen PH tanpa ganggu kerusi PAS.
Malangnya mereka gagal selesaikan pembahagian kerusi sesama mereka, mereka nak masuk bertanding di kawasan PAS bertanding, kemudian mengisytiharkan bahawa PASlah punca berlakunya 3/4 penjuru dan memberi kemenangan kepada Umno. Jenaka kelas mana Tun Mahathir lakukan ini?
Sebagai contoh saya kemukakan di sini ialah kerusi Dun Semantan. Sejak sekian lama kerusi itu ditandingi oleh PAS vs Umno. PAS menang 2 penggal di Dun Semangan. Malangnya Adunnya lari menyertai PAN.
Apapun PAS akan kembali mengambil Dun Semantan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang untuk menentang Umno di kerusi tersebut. Sekali lagi malang berlaku, PAN dilihat berminat untuk bertanding di Dun Semantan.
Persoalannya, siapa yang membuatkan berlakunya 3 penjuru? Kenapa mereka salahkan PAS?
Tidak mungkin PAS akan menyerahkan kerusi Semantan kepada PAN atas beberapa sebab yang sangat kukuh.
Pertama, kerusi itu adalah kerusi PAS sejak sekian lama dan memenanginya sejak dua penggal yang lalu.
Kedua, PAN tidak mempunyai kekuatan dan jentera yang baik untuk menentang kekuatan Umno di Semantan.
Selayaknya nafsu besar ingin bertanding di satu-satu kerusi mestilah diselarikan dengan kekuatan dan jentera parti bagi menghadapi parti lawan. Baru nampak kejujuran berjuang. Ini tidak, hanya tahu dan mahu menyalahkan orang lain bagi menutup kelemahan sendiri.
Sorry, tak masuk akai. Tak baca sampai habis, buang masa saja. Apa jadi dengan 90J daaaa?
DeleteKarangan budak pas yg tak lulus spm
DeleteTok Kadok.....sila bukak blog sendirilah tok....dari menumpang wall Shahbudin ni.
DeleteApa takot sangat nak bukak blog sendiri. Kalo Tok bagus tentu ramai lapar nak masuk blog tu. Apa nak risau?? Blah....bukak blog sendirilah......
Kalo kerusi dulu pas menang, kira orang lain tak boleh kacau la..macam budak2, itu semasa pas dalam ph bolehla.. Sekarang tidak lagi, dah kena syndrome pelupa mcm najib ke 23:57.
Deletegeng walaunta parti PIS sambil memakan dedak dacing senget
DeleteKACAU KERUSI PAS TAPI PAS PULA YANG DISALAHKAN
ReplyDeleteTuduhan terkini dari pemimpin PAN adalah Blok Ketiga merupakan proksi BN untuk melemahkan pembangkang.
Tuduhan ini seperti banyak tuduhan-tuduhan dan dakwaan-dakwaan parti itu adalah meleset.
Sekiranya terdapat 2 pakatan pembangkang maka serangan-serangan terhadap BN akan bertambah.
Dengan 2 pakatan pembangkang, lebih banyak pendedahan penyelewengan-penyelewengan BN yang akan dapat dilakukan.
Maka ini tidak mungkin akan menguatkan BN tetapi disebaliknya akan melemahkannya.
Sementara tentang pertandingan 3 penjuru semasa pilihan raya umum akan datang, PAS juga tidak seharusnya dipersalahkan jika ia berlaku.
Apabila berlaku 3 penjuru kerana parti Pakatan Harapan memasuki kawasan yang dimenangi oleh PAS atau kawasan yang ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum yang lepas, tidak wajar untuk menuding jari kepada PAS.
Adalah tidak masuk akal PAS yang bersalah apabila parti-parti lain yang mengacau kerusi PAS.
Tambahan pula jika konsep 2 penjuru ini tidak lagi dihormati oleh parti-parti lain maka kenapa pula PAS perlu menghormatinya?
Saya menasihatkan pemimpin PAN agar hentikan serangan terhadap PAS tetapi tumpukan perhatian kepada usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka
Kehadiran PAN telah menimbulkan kecelaruan kepada suasana politik negara.
Oleh itu, memang tepat saranan agar PAN bergabung dengan parti lain tetapi bukan dengan PKR seperti yang disarankan. Saya mencadangkan agar PAN bergabung dengan DAP kerana mereka kelihatan lebih rapat dengan DAP.
Jika ini berlaku maka pemimpin-pemimpin PAN boleh diperuntukan kerusi-kerusi selamat DAP dan ini akan dapat menyelesaikan banyak masalah.
Dato’ Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
Sudahlah dato' buntal. Apa kemajuan yg kau bawa ke dun cempaka tu.
DeleteHujjatul ayatollah kata bertanding bkn nk menang, tp dia tamak kerusi.. Woi sape2 pun leh label dia parti Islam.. Islam pas tu Islam syiah yg dh thaghut Dan assobiyyah.. Klu ikut lobai sedonia amanatnya semua ahli pas dh jd kapir harbi krn sokong thaghut Dan dh amalkan assobiyyah.. Mu fahe molek2.. Lg satu ijtihad lobai sedonia jgn kacau kerusi parlimen dan DUN dia.. Ni lah ulamak donia guna Islam utk dpt pitih Dan boleh tambah atau tukar Bini... Demi Malaysia... Siap!!!!
DeleteSaya juga ingin mencadangkan agar pas bergabung dengan umno kerana mereka nampak lebih rapat dengan umno.
DeleteJika ini berlaku boleh le pemimpin pas dipilih sebagai menteri..
Datuk 2 cucu sedara.
Rakyat biasa
Negara malaysia
tak perasan ke??? kau menang kerusi tu pun atas sokongan penyokong pakatan rakyat....boleh berambus laaa....next pru tak payah mimpi nak menang laaa...
DeleteSALAHUDDIN DAN KOMPLOT SULITNYA UNTUK BERSAMA BN
ReplyDeleteSaya baru membaca kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Saudara Salahuddin Ayub, PAS yang membentuk blok politik alternatif kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) terlibat dalam perancangan sulit dan rapi yang akan menyumbang kepada kemenangan BN.
Tuduhan tersebut sudah pastilah salah satu strategi serkap jarang Saudara Salahuddin yang sebelum ni memang berpengalaman buat perancangan sulit dan rapi untuk bersama BN semasa beliau dalam PAS.
Di sini saya ingin mendedahkan satu perkara yang diberitahu oleh seorang pimpinan PAS Pusat yang masih beristiqamah dengan parti. Dia memaklumkan, dia terlibat bersama Saudara Salahuddin Ayub, Dr Dzulkifli Ahmad dan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyiapkan kertas cadangan supaya PAS menerima langkah Konsensus Nasional yang dipelopori oleh Dato Seri Anwar Ibrahim semasa ketiga-tiga mereka aktif di dalam PAS.
Kertas cadangan tersebut mencadangkan supaya PAS menerima langkah Dato Seri Anwar bersama PKR dan DAP membentuk kerajaan perpaduan dengan BN, sedangkan Presiden PAS kuat menolaknya ketika itu.
Semasa dalam perbincangan pimpinan PAS yang menjadi sumber berita ini menyatakan, saudara Salahuddin telah memberitahu: “Kita tidak boleh berlengah lagi sebab Saifuddin Nasution telah menghubungi saya melalui telefon lalu berkata: PAS bila lagi nak buat keputusan ni, kami (PKR) dah nak join kabinet”.
Akhirnya selepas perbincangan, satu kertas cadangan kemudiannya telah dibawa ke Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat pada bulan Januari 2014. Mesyuarat tersebut bersetuju mempertimbangkan langkah Konsensus Nasional dan mahu mendapat maklumat lebih lanjut untuk PAS membuat keputusan.
Apa yang kau merepek meraban ni Setannnn !
DeleteSetannnn makan upah
DeleteKomen panjang2 pun Salah Najib juga. Dah sah kepala longgar.
DeleteSuara Anwar Sudah Tidak Diperdulikan Dalam Pakatan Harapan
ReplyDeleteejak lebih 18 tahun yang lalu, nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim nyata cukup dominan dalam pakatan pembangkang. Juga selama 18 tahun, nama Anwar kerap kali dicalonkan sebagai Perdana Menteri pilihan utama buat pembangkang andai mereka berjaya menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional.
Tidak terhad sekadar itu sahaja, apa sahaja arahan mahupun kemahuan Anwar pasti akan dituruti oleh pembangkang walaupun beliau merengkok di dalam penjara akibat salah laku seksualnya. Hal ini kekal bertahan sehinggalah kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tiada siapa menduga bahawa hubungan dingin antara Anwar dan Mahathir akhirnya terlerai tahun lalu setelah Mahathir hadir keperbicaraan Anwar di Mahkamah Tinggi. Tidak pernah terlintas difikiran bahawa Anwar akhirnya menyambut huluran salam Mahathir dan sekaligus menyaksikan, untuk kesekian kalinya, Mahathir menjilat ludah dan kahaknya sendiri.
Setelah acara “jejak kasih” berkenaan berlangsung beberapa bulan yang lalu, hari ini, Mahathir seperti sudah mendapat “restu” besar Anwar, tampil kekancah politik dengan deretan fitnah, dakwaan serta kenyataan-kenyataan yang adakalanya memeningkan rakan pembangkangnya sendiri.
Mahathir seperti sudah mendapat kuasa penuh untuk mengawal Pakatan Harapan dan walaupun ada pendapatnya disanggah oleh rakan pakatannya sendiri, namun Mahathir kekal dengan kenyataan seperti orang gilanya dalam politik Malaysia. Seperti langsung tiada rasa bersalah, Mahathir secara perlahan-lahan mula menenggelamkan pengaruh Anwar dalam Pakatan Harapan.
Siapa sangka, populariti Anwar dalam Pakatan Harapan akhirnya dirampas Mahathir. Malah, sejak lebih 18 tahun yang lalu, buat pertama kalinya, nama Anwar untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri pilihan Pakatan Harapan, akhirnya dicabar oleh Mahathir. Malah, apa sahaj arahan Anwar dari penjara kini sudah tidak diperdulikan oleh segelintir pemimpin PKR, Pakatan Harapan dan PAN.
Mahathir dalam hal ini, cuba membawa PPBM untuk berkuasa penuh dalam Pakatan Harapan. Namun begitu, bukan semua impian dan kehendak Mahathir ini dipersetujui bulat-bulat oleh pemimpin Pakatan Harapan. Datin Seri Wan Azizah contohnya, sehingga kini masih belum dapat melupakan segala dosa-dosa Mahathir sepanjang beliau berkuasa.
Kerap kali kita dapat melihat bagaimana beliau begitu lantang menyanggah apa sahaja pendapat Mahathir yang pada perkiraannya, bertentangan dengan pendapat PKR. Malah, DAP sendiri adakalanya bertelagah dengan PPBM berhubung calon Perdana Menteri dan komposisi kerusi yang bakal mereka tandingi pada PRU ke 14.
Sedikit demi sedikit, pengaruh Anwar semakin hampir ditenggelamkan oleh Mahathir setelah buat kesekian kalinya, Mahathir menabur janji palsu kepada Anwar dan PKR, kononnya, Anwar kekal di landasannya untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. Walhal, Mahathir sendiri mempunya calonnya sendiri dan nama Anwar kini sudah boleh disimpan dalam peti bersama-sama impian dan harapannya.
Apa pas ni, banyak sangat cerita. Sat king maker lah, sat itu dan ini. Pening pening. Bye bye pas. Sapa nak ikut parti yg takdak komitmen dan hala tuju yg jelas.
ReplyDeleteTanpa PAS, PH tiada upaya gugat BN
ReplyDeleteDAP berpecah dua. Sebahagian menyalahkan pemimpin mereka merosakkan keharmonian nasional antara agama dan antara kaum oleh tindak tanduk DAP. Ini tidak bagus untuk kepentingan kaum bukan Melayu. Tidak bagus untuk keselamatan dan perniagaan. Ramai yang bantah permusuhan dengan PAS. Tapi tidak ramai berani bersuara. Ada unsur diktator, tekanan dikenakan jika berlawanan.
PKR pun berpecah dua. Ramai pemimpin bakal tenggelam jika tiada sokongan undi dan jentera PAS. Tidak banyak kawasan yang boleh bertahan semata mata dengan sokongan DAP.
PPBM yang lantang bersikap negatif kepada PAS cuma Mahathir. Kadang-kadang nampak lebih masalah peribadi Mahathir dengan PAS yang tidak rasional. Yang lain seperti Muhyiddin Yassin, Mukhriz nampak sangat berhati-hati dan tahu hayat PPBM bergantung sokongan orang Melayu yang perlu diraih dari kalangan ahli dan penyokong Umno. PPBM bukan sasarkan kawasan bukan Melayu.
PPBM belum ada rangkaian cawangan yang meluas. Jentera jauh sekali. Wang mereka mungkin ada. Mereka bekas pemimpin tertinggi Umno! Untuk itu perlu bantuan jentera PAS. Bawa jentera DAP untuk berkempen membantu PPBM akan beri akibat buruk.
Mengutamakan DAP berbanding PAS yang juga dekat dihati orang-orang Melayu sekalipun Umno buruk akibatnya kepada PPBM. Ahli dan penyokong Umno sejak merdeka sudah didoktrinkan membenci DAP sebagai musuh agama Islam, musuh orang Melayu.
Berbeza dengan PAS yang menilai berasaskan sikap 'leaders and leadership of the day'. Jika tidak mengganggu urusan dan perjuangan Islam dan kepentingan orang Melayu, boleh bincang kepentingan bersama. Jika hormati perjanjian boleh bincang.
PAN pula kelihatan gagal. 2 peratus sokongan dengan segala pelaburan oleh para penaja adalah sangat kecil. Terlalu fokus mencuri penyokong PAS yang ternyata PAN gagal bila kurang 1 peratus yang keluar PAS. Ia tidak produktif bila sasaran sepatutnya memikat penyokong Umno untuk bersama buat perubahan. PAS ternyata lebih berjaya dengan Budaya Politik Matang Sejahtera. Angka permohonan keahlian PAS yang baru meningkat luar biasa. Berlipat ganda lebih besar dari angka bilangan yang keluar dari PAS.
PAN mula dinilai liabiliti bila pemimpin PKR dan PPBM mula mencadangkan PAN dibubarkan. Dengan angka cuma 2 peratus sokongan diperolehi PAN yang didedahkan kajian bawah Rafizi Ramli yang dianggap genius oleh PH, ditambah analisa keputusan pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar serta PRN Sarawak, adalah tidak pelik jika dalam usaha memujuk PAS, DAP akan bersetuju dengan saranan bubarkan PAN atau mempelawa PAN menjadi sayap Melayu dalam DAP.
Berbeza dengan PAS yang menilai berasaskan sikap 'leaders and leadership of the day'.
DeleteMacam tak percaya statement ni. Geli hati baca.
Apa sudah jadi dengan najib? Sumpah di Pematang Pauh.
ReplyDeleteAkhirnya mereka melutut juga
ReplyDeleteBAGAIMANA PAS sudah masak dengan sepak terajang Umno/BN, PAS juga dah masak dengan sepak terajang DAP. Tawaran Lim untuk bekerjasama dengan Tuan Guru Presiden PAS secara tiba-tiba ketika Tun M terus angkuh dalam soal kerjasama di antara PPBM dan PAS dilihat tidak ikhlas dan hipokrit.
Malah tepat sekali telahan PAS bahawa mereka akhirnya akan 'melutut' untuk merintih sokongan dari PAS di sebalik keangkuhan untuk terus menerus mencerca, memfitnah dan mengherdik PAS seperti bangkai binatang busuk di tepi jalan.
Seluruh Rakyat Malaysia memahami bahawa PAS hanya diperlukan DAP kerana sumber tenaga dan undi Melayu Islam. Selepas PAS dipergunakan, sekali lagi PAS akan dipijak dan dihina seperti sampah.
Begitu banyak pengkhianatan DAP terhadap PAS dan Islam. Begitu banyak kerosakan yang mereka lakukan terhadap gabungan pembangkang yang akhirnya menguntungkan Umno/BN serta merugikan Rakyat.
Sayonara DAP. Sayonara PAN. Keputusan PAS sudah muktamad. Cukuplah PAS yang acapkali terpaksa berkorban untuk sediakan tangga kepada mereka untuk naik ke atas.
Tiba sudah giliran PAS untuk naik ke atas melalui GAGASAN SEJAHTERA bersama-sama mereka yang ikhlas menghormati tiga prinsip asas tahaluf siyasi PAS, iaitu Islam dan PAS memimpin, kerjasama di atas dasar Islam semata-mata dan kerjasama yang menguntungkan Islam sahaja.
Bunga kemboja putih berseri,
Putihnya melur dihujung dahan,
Setelah sekian lama bantuan diberi,
Selamat tinggal DAP kami ucapkan
Woiii tengoklah kemajuan di pulau pinang pimpinan DAP mcm mana dan kemajuan parti PAS pimpinan ulama di kelantan mcm mana
DeleteBerapa ramai mek mek kelatan yg datang ke pulau pinang untuk kerja kilang.
Paling ramai yg jadi GRO di kl.
Hahahaha..sudah sudah lah tu.. merapu. Asyik nak jual agama je. Lain modal takda ka ?
DeleteOrg yang berfikiran waras tak akan sokong parti yang berkomplot dgn Najib Si Penyamun .
Pas mmg sudah masak diperbodohkan Umno,...namun begitu Pas masih lagi rela memperbodoh kan ahli2 nya demi Umno,..seakan akan Pas sudah lali menjadi bodoh hanya untuk Umno,...
DeletePimpinan ulama tu zuhud, rakyat Kelantan miskin krn Islam pas tidak mau mereka lupa tuhan, tp pemimpin pas berebut kerusi Dan dapat kerusi berebut tukar keta, tukar Bini dan buat Umah lg.. Smpi skrg masaelah banjir saban tahun tak selesai.. Pas tu parti ajaran syiah dan lobainya hujjatul ayatollah al. Hardy al merengi yg ujub, takabur lg riak.
DeletePAS tak gerun dengan segala ‘hantu yang menyeramkan’
ReplyDeleteUSTAZ ROSLI ABDUL JABAR Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Adun Tanjung Lumpur.
Siang malam DAP, PAN dan sekutunya mencongak kira-kira, operasi matematik mereka sentiasa mendapat jawapan bahawa PAS akan kalah teruk pada PRU14 jika sekiranya PAS tidak bersedia menjadi nilai tambah kekuatan untuk bersama mereka dalam PH.
Ketegasan PAS untuk tidak bersama selagi adanya DAP dan PAN menjadikan setiap hari dan saat kantung perjuangan PAS sarat dengan caci maki, sindiran dan bermacam tambunan sampah-sarap yang meloyakan. PAS dianggap parti 'lebai' yang serba serbi bersalah bila jawapan congak matematik mereka ialah BN tetap menang jika PAS tidak bersama mereka.
PAS akan kalah di semua kerusi, inilah congakan mereka jika berlakunya tiga penjuru. Tiga penjuru dianggap mereka sebagai hantu paling seram untuk menakutkan PAS, sehingga berulang kali ugutan PAN nak bertanding dikerusi PAS bertanding supaya jadi tiga penjuru lalu PAS dianggap bersalah jika sekiranya berlaku tiga penjuru.
PAS bukan boleh dihantukan, Al-Qur'an yang menjadi dasar PAS adalah syifa’ paling mujarab untuk menghalau segala jenis hantu yang cuba menghalang perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam. Sekian lama PAS diugut dan ditakutkan oleh BN dengan segala macam perhantuan, semuanya tak pernah PAS peduli.
PAS tetap dengan cita-citanya untuk mendaulatkan Islam, walaupun jawapannya PAS dibenci oleh mereka yang bencikan hasrat PAS. Datanglah musuh dari segenap penjuru sekalipun atau datang untuk melutut supaya PAS tinggalkan dasarnya, tidak mungkin PAS akan tinggalkan dasarnya yang sentiasa sujud kepada Allah SWT.
Tuan anon 0030 bodoh mu ni.
Deletebukankah pas bersahabat dgn
hantu syaitan jadi nak takut buat apa.
.
DeletePAS tidak kisah kena kencing berulang kali ..
Pas dasar islam tapi pemimpinnya memalukan islam saja..
DeleteBetulkan muafakat supaya untungkan Islam dan Melayu
ReplyDeleteSEPERTI pernah saya tulis banyak kali, muafakat politik baru yang ditawarkan untuk menggantikan BN perlu dilihat meletak Islam memimpin, kepentingan orang Melayu terpelihara, barulah boleh menewaskan BN yang teras kekuatannya kerusi dan undi orang Melayu yg membentuk 65% populasi rakyat Malaysia.
Menonjolkan muafakat yang malu alah dan tunduk pada DAP adalah kesalahan strategi yang fatal, merosak usaha menumbangkan BN.
Kesemua parti politik yang menentang BN mempunyai senarai panjang kepentingan bersama yang boleh dipersetujui bersama. Halangan yang ada cumalah PAS tertubuh atas prinsip perjuangan Islam yang PAS minta dihormati dan jangan dilawan, dikhianati jika mahu berkawan. Tak sokong tak apa. Tapi jangan lawan. Mesti hormat menghormati.
Begitu kita jayakan Pakatan Rakyat sebelum ini.
Perhati kajian yang dibuat oleh mereka sendiri (PAS pun punya hasil kajian profesional juga).
Jika begitu kedudukannya, parti parti dalam Pakatan Harapan yang diketahui mempunyai ramai orang Islam adalah PKR 8%, PPBM 4% dan PAN 2%. Jumlah mereka adalah 14%. DAP cuma 10%.
Jika sudah diketahui kunci menumbangkan BN adalah mendapatkan undi dari pengundi Islam dan Melayu, mengapa memilih untuk membiarkan muafakat politik yg ditentukan acuan oleh DAP?
Mempertikai hal-hal yang sensitif tentang agama Islam. Lawan usaha tingkatkan syariah. Hal-hal lain kita serupa sahaja. Kita sama menentang penyelewengan. Lawan rasuah. 1MDB, GST, TPPA, MRT, royalti. Kita sama saja cakap perkara yang sama.
Tidakkah lebih bijak yang 14% mengambil sikap menghormati perjuangan PAS yang sudahpun punya 21%? Jadikan ia 35%.
DAP yang perlu ubahsuai sedikit jika mahu bersama. Ini tidak, dipilih bersetuju dengan DAP, ditekan PAS yang punya 21% sokongan pula supaya gugurkan prinsip perjuangan.
Mengapa memilih DAP lebih dari PAS?
Mengapa memilih bersetuju dengan tindak tanduk DAP yang 10%. Mengangkat mereka sehingga diperhatikan rakyat sebagai de facto leader?
Pada pandangan saya, muafakat yang ada jika dengan segala kepentingan bersama yang dipersetujui seperti menegakkan prinsip hak demokrasi, ketelusan, urustadbir yang baik, menentang rasuah, keadilan dan pelbagai jika dapat disekalikan dengan persepsi harmoni dalam menghargai prinsip perjuangan parti rakan, tidak khianat dan sabotaj, dan mesej yang kuat Islam dan Melayu pada kedudukan memimpin akan merubah peratusan yang ada menjadi lebih positif lagi kepada muafakat pembangkang.
PAS akan menambah beberapa peratus lagi. PKR, PPBM malah PAN pun akan berjaya memperoleh tambahan beberapa peratus lagi.
Betul, mungkin DAP akan sedikit terjejas.
Tetapi kesan kumulatifnya, peratus sokongan kepada muafakat sebegini akan lebih diyakini dan mencatat undian yang lebih besar dari kedudukan sekarang yang ditunjuk oleh kajian INVOKE.
BN akan menderita besar jika ini berlaku. Mereka akan hilang peratus yang besar dari pengundi mereka sebelum ini dari kalangan orang melayu.
Jatuhnya Umno, jatuhlah Barisan Nasional sekalipun MCA, MIC dan GERAKAN mungkin memperoleh sedikit faedah bila DAP tidak lagi dilihat menjadi ketua yang menentukan dasar pembangkang seperti dalam Pakatan Harapan sekarang.
Itupun bukan susah dijangka, jika benar BN tumbang, banyak dari parti yang berada dalam BN akan memilih untuk bersama muafakat baru yang membentuk kerajaan.
Sentiasa ada yang akan memutuskan untuk bersama pemenang.
Sekali lagi seperti penegasan yang dibuat berulangkali oleh PAS, politik PAS adalah untuk mengangkat Islam. PAS tidak akan bersama muafakat yang akan merugikan Islam.
Kalau terpaksa bersendiri, biarlah. PAS rela bersendiri. Insya-Allah Allah, akan terus memelihara PAS. Bukan PAS yang akan mati. Bukan PAS yang akan rugi.
Dulu kahwin dgn umno kena cerai
DeleteKemudian kahwin pula dgn dap pun kena cerai.
Apatah sial nasib kau ni pas?
Pas pandai muafakat ke?,...dengan parti Amanah sedara y semuslim pun di caci maki,...duduk semeja pun x berani,...muafakat konon,...cukup la sekadar blok ketiga duduk bersama Ikatan,..Pas Ikatan gagasan sejahtera (PIGS),...x pyh sebuk la dengan PH,...masa telah tamat kata Tun,...
DeleteAda juga betul jika undi melayu dan Islam cukup untuk menumbangkan BN.
DeleteTapi oleh kerana PAS sudah bersuka-suka dengan UMNO apa kata PAS pujuk perlahan-lahan supaya UMNO pecahkan sempadan supaya kerusi melayu Islam lebih banyak dan kerusi untuk cina bagi lah 20 kerusi je yang boleh menang.
UMNO boleh tentukan semua persempadanan ini .
Kalau PAS berkerjasama dengan AMANAH dan PPBM teori tersebut tak boleh pakai sebab kawasan undi mempunyai satu corak sahaja iaitu untuk parti keris.
Jangan terus jual, tunggu harga lagi tinggi
ReplyDeleteDENGAN pelawaan DAP berbaik semula dengan PAS (setelah mengkhianat), ini menandakan parti tersebut sudah berpatah arang dengan pihak lain. Mereka sudah kebuntuan, baru tersedar sudah tersilap pilih jalan.
Dahulu mereka sangka dengan menaja beberapa pemimpin PAS keluar parti dan menubuh PAN, mereka sudah tidak lagi perlukan PAS. Tapi sangkaan itu meleset. Strategi tidak mengena. Tidak sampai 5% ahli PAS berjaya ditarik keluar. Sebaliknya, berduyun-duyun pula yang mendaftar masuk sebagai ahli.
Mereka cuba pula mendekati Bersatu, parti baru serpihan Umno. Harapannya parti itu boleh menyaingi Umno, menarik sebahagian undi melayu supaya mencukupkan sasaran untuk mereka menguasai Malaysia. Namun hampa, harapan itu juga jauh dari realiti. Tun M sudah tidak lagi didengari dalam Umno. Baki dedak yang boleh ditabur tidak setanding dedak khazanah negara.
Siapa lagi boleh diharap. PKR? parti itu sendiri hidup bertongkatkan PAS. Mana pernah dalam sejarah mereka berdiri atas kaki sendiri?
Takkan mereka mahu berbaik dengan Umno pula? MCA nak letak di mana? Lagipun mustahil parti kebangsaan melayu itu bokeh terima cauvinis cina.
Mahu tidak mahu, tebalkan muka, sorongkan pipi, hulur salam perdamaian. Nak lagi syahdu, tambah sedikit dengan airmata buaya ala-ala Obama.
Begitu mudah menjual maruah demi cita-cita politik. Yang berhati tisu mesti terus menyangka si tua licik ini sudah insaf, macam mereka lupa kerakusan Tun M selama ini. Itulah melayu.
Tapi kita bukan sekadar melayu. Kita melayu yang beriman. orang beriman tidak mudah jatuh di lubang sama dua kali.
Apa yang boleh dikatakan, kini harga PAS menjulang naik. Dengan Umno tidak habis-habis berusaha untuk bersatu, pembangkang juga sudah tiada pilihan lain. Keduanya mahu lamar PAS, berebut-rebut sampai bercakaran.
Tapi barang diingat, mereka mahukan kita bukan kerana dasar kita, tapi untuk menumpang kelebihan yang ada pada kita, tidak ada pada mereka. Mereka semua ada sudah punya agenda, dan kita juga ada agenda tersendiri.
Justeru jangan terus terima harga yang ditawar, walau tampak mahal sekalipun. Kerana jangkaan pasaran politik sekarang, akan datang lagi bertambah mahal. Bagus PAS kekalkan dengan status quo sekarang; boleh didekati tapi sukar dikuasai.
'Jual mahal!'
Jual mahal bukan sahaja dengan pihak di luar sana, malah turut jual mahal dengan pihak yang ada kita hubungan sekarang. Dengan nilai semasa kita sekarang, sekufukah lagi kita bersama mereka?
Jangan takut kalau terpaksa berputus hubungan dengan pihak yang kini dianggap rakan. Bukankah DAP yang kini datang melutut, dahulu kita tegas berputus dengan mereka?
"Harga PAS menjulang naik...Umno tak habis-habis berusaha nak bersatu...DAP datang melutut'
DeleteSemua tu statement takbur daripada manusia yang tak sedar diri. Tanpa sokongan DAP dan PKR dalam PRU lepas, agak-agak berapa kerusi yang Pas boleh menang? Kalau terjadi pertandingan 3 penjuru, BN memang untung - tapi hanya di kerusi luar bandar. DAP tak akan rugi kerana undi bandar tetap memihak pada mereka. PAS? Kalau tinggal satu atau dua kerusi Parlimen pun dah cukup besar. Itu pun kerusi yang mungkin 'disedekah' oleh Umno.
.
DeleteIni kah yang di ajar oleh Rasulullah saw?
Bila orang minta maaf dan salam perdamaian di katakan orang itu melutut. Astagfirrullah.
Tinggi sangat kah darjat pemimpin Islam dari Nabi saw?
PPBM ditubuhkan bukan untuk memberi undi melayu kepada pembangkang tetapi kerana penyelewengan Najib yang memudaratkan negara. Apabila di tubuh barulah PPBM mensasarkan ahli UMNO.
Mempersoalkan kenapa tidak berdamai dengan UMNO .. menunjukkan keangkuhan se hingga akal di tahap rendah.
Jika harga PAS mahal apa yang PAS boleh lakukan untuk menyelamatkan negara? Samada PAS terus ikut cara UMNO atau kalau bernasib baik PAS bersama PH/PPBM maka selamat lah negara.
Di mana letaknya maruah PAS kalau sekadar menentukan untuk berpihak kepada BN atau PH/PPBM ?
Ya, saya maksudkan PKR. Rasanya setiap negeri, setiap peringkat sudah terlalu banyak menyimpan rekod hitam dalam kerjasama dengan PKR. Dan sehingga kini mereka terus menyombong, sanggup melakukan perkara-perkara yang mengguris hati kita sebagai kawan. Kerana percaya kita tak berani lepaskan mereka.
ReplyDeleteRasanya ahli sudah lama bersedia mahu berpisah dari PKR. Mereka sudah bersedia ditendang keluar dari kerajaan Selangor, sebagaimana PAS Penang bersedia letak segala jawatan berkait kerajaan negeri.
Buat apa takut di Selangor. Kita kan ada sultan? Dengan rekod Langkah Kajang, kita yakin Duli Yang Maha Mulia Sultan akan berperanan.
Dedahkan segala pengkhianatan mereka yang kita terpaksa telan sebelum ini. Benarkan ahli bawahan bersuara meluah segala rasa di dada. Biar semua tahu. Biar warna sebenar PKR terdedah.
PAS kenalah berani berjual mahal. Kena ada izzah sebagai pejuang Islam. Selain tuntutan Islam, ini juga salah satu strategi politik agar pihak lain mengalah.
Ingat dulu, PKR pernah ugut untuk buang PAS dari kerajaan negeri kalau PAS tekad nak bertanding di PRK Sungai Besar. PAS bertanding juga tanpa peduli, dan mereka tak buang pun PAS.
Acah saja lebih!
Mereka cuma acah berkuasa dan hebat. Sama macam Rafizi acah dengan kajian gempaknya. Jangan terkesan. Teruskan mencatur langkah penuh seni. Seluruh negara sedang memerhati penuh hati-hati.
Setiap bulan ahli PAS bertambah ribuan orang. Petanda paling jelas, Allah muliakan kita, Allah angkat nama kita selagi kita berpegang pada prinsip dan dasar yang bertepatan dengan agama-Nya.
PAS sombong? Rasa diri terlalu kuat? Bukan begitu. PAS cuma mahu mengajar orang hormat dan terima perjuangan kita. Sudah acap kali PAS ditipu kerana baik sangka terhadap rakan tahaluf. Tiba masa PAS perlu bertegas.
Dulu masa Umno lemah, mereka pelawa kita bersama. Tapi bila sudah kembali kuat, kita ditendang pula.
Dulu bila DAP terdesak mahu sokongan melayu, mereka ajak bersama dengan janji tidak akan ganggu perjuangan syariat PAS. Tapi bila sudah dapat sokongan yang diperlu, mereka jadi yang paling hebat mengganggu.
Dulu masa perlukan tenaga PAS, PKR kata Langkah Kajang tak ada kaitan dengan MB. Namun setelah menang di Kajang, paksa PAS tolak MB pula.
Ibaratnya, habis madu sepah dibuang.
Cuba perhatikan situasi kini pula. Bila PAS bawa agenda RUU355, parti politik lain tak ada kuasa menghalang. Yang ada kuasa pun tak berani menyekat. Yang awalnya menentang, kini berkendur dan kelihatan terpaksa sokong bimbang dibenci.
PAS bebas menumpukan cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah negara, tanpa perlu terikat dengan sesiapa. Bukankah ini lebih baik?
Kali yang pertama, Nabi SAW terima perjanjian bersama musyrikin Quraisy dalam peristiwa Hudaibiah. Namun setelah dikhianati, tiada lagi peluang kali kedua walau melutut merayu.
Dalam tempoh perjanjian, Islam beroleh manfaat melebarluaskan dakwah di Mekah. Ancaman arab tidak lagi berlaku. Maka alangkah rugi kalau perjanjian ini dibatalkan.
Tapi Nabi tegas tidak lagi memberi muka pada pengkhianat. Islam perlu ada maruah. Dengan tekad baginda menunjuk izzah sebenar Islam. Nasib masa depan diserahkan kepada Allah.
Lalu apakah kesudahannya? Fathu Makkah! Sebuah negara jatuh ke tangan Islam. Orang masuk Islam berduyun-duyun. Semua kerja Allah Taala. Subhanallah!
Agenda PAS cukup mudah; martabatkan Islam. Sesiapa mahukan dokongan PAS, mereka perlu dokong agenda perjuangan ini dahulu. Kejujuran itu mungkin boleh diukur sekiranya semua parti yang melutut bersetuju menyokong RUU355.
PAS masih terbuka untuk sebarang kerjasama. Tapi perlu hafal kata kunci yang cukup mudah ini; letakkan PAS sebagai nakhoda, bukan lagi sebagai anak tangga. Biar PAS pacu bahtera kerjasama itu dengan syariat, bukan lagi ideologi dan akalan sesat.
Sama-sama tengok bagaimana PAS selesaikan masalah umat ikut cara Islam
'Setiap bulan ahli PAS bertambah ribuan orang.'
Deleteribuan orang?,...orang utan ke orang halus tu?,...minta pencerahan diserta kan dengan bukti dan 4 saksi,...
'Sama-sama tengok bagaimana PAS selesaikan masalah umat ikut cara Islam'...CAKAP BESAR! Masalah parti sendiri pun tak selesai sehingga PAS berpecah-belah sehingga akhirnya muncul AMANAH, ada hati nak bercakap 'selesaikan masalah umat Islam'. Lalok ke apa?
DeleteOpera DAP
ReplyDeleteSoalan: Apa sikap PAS terhadap kenyataan Lim Kit Siang bahawa DAP boleh bekerjasama dengan PAS jika Hadi sedia memberi komitman untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara kleptokratik.
Jawapan: YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, pemimpin PAS dan seluruh ahli PAS telah mempunyai komitmen yang tinggi terhadap dasar dan prinsip perjuangan PAS iaitu berjuang untuk menegakkan sebuah negara yang sejahtera dan selamat berasaskan keadilan yang sirna dari pelaksanaan Syariat Islam.
PAS tidak pernah berganjak dari dasar dan prinsip ini. Berjuang untuk membina negara yang bebas penyelewengan, korupsi, penindasan dan penyalahgunaan kuasa. YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi selaku Presiden PAS tidak pernah mengheret PAS dan ahlinya lari dari landasan perjuangan suci ini.
Malah kerana mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan inilah DAP lari meninggalkan PAS, DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, DAP menyerang PAS tanpa henti dengan semangat anti Islam yang tebal dan melampau.
Inilah fokus perjuangan PAS, iaitu melakukan perubahan secara total dan menyeluruh. Bukan memimpin agenda individu tertentu yang mabuk kuasa. Bukan sekadar ingin melampiaskan dendam kepada individu tertentu untuk dijatuhkan.
Fokus perjuangan PAS ialah memimpin gerakan perubahan secara total. Meruntuhkan jahiliah dan membina kesejahteraan, keadilan dan kedamaian dibawah pedoman dan petunjuk wahyu Allah swtSWT Tuhan Yang Maha Mencipta manusia dan alam semesta ini.
PAS senantiasa berlapang dada dan membuka pintu untuk bekerjasama dengan semua pihak, selama mana mereka menghormati dan tidak menentang dasar dan prinsip perjuangannya.
Justeru itulah, PAS pernah menjalinkan kerjasama dengan DAP dalam Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR). Malangnya, sikap tidak jujur dan tidak sabar DAP membuatkan dua kali mereka meninggalkan PAS malah menikam dan menyerang PAS. (Sekali semasa bersama BA dan kali kedua ketika bersama PR)
Kali ini, sekali lagi DAP mahu menghulurkan salam kerjasama? Kenapa? Apakah DAP benar-benar terdesak?
PAS tidak akan teruja dengan wayang opera bernilai murah yang sedang dipersembahkan oleh DAP hari ini. Cukuplah pengalaman dua kali diperlakukan DAP sedemikian rupa.
PAS telah siap berjuang mencapai cita-cita perjuangan tanpa DAP yang dikenali hari ini. PAS telah merangka roadmap menuju gerbang jaya PRU14 tanpa DAP yang telah mengkhianati PAS.
PAS punya harga diri dan maruah yang tidak mungkin sesiapa lagi boleh memperdaya dan memperkotak-katikkannya.
Namun dalam masa yang sama, sekali lagi saya tegaskan bahawa PAS senantiasa bersedia membina kerjasama dengan pelbagai pihak yang sedia memahami, menghormati dan tidak menentang dasar serta prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Sampaikan salam perjuangan kami buat YB Lim Kit Siang bahawa prinsip dan dasar perjuangan PAS bukan kostum untuk diperagakan di pentas opera DAP
Kalau lepas togok ketum... jgn komen kat blog sini... gi lalok kat blog macai PAS ke atau BN ok... lahanat.
DeleteAntara teori 21% dan pertolongan Allah SWT
ReplyDeleteUSTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Rafizi dengan teori kajiannya terhadap keputusan atau senario politik Malaysia pada PRU14 telah meletakkan PAS mendapat keputusan yang amat sadis dengan kehilangan semua kerusi yang pernah dimenangi dan tidak mampu untuk menang walau satu pun kerusi.
Angka dan peratus yang dikemukakan, dapatannya adalah PAS kalah, lakaran sejarah perjuangan politik PAS kelihatan hitam di atas kanvas teori kajian Rafizi, saya menghormati beliau dan tidak berhajat untuk mencanggahi beliau berkaitan dapatannya itu.
Siapapun pun boleh membuat kajian dan kemukakan dapatannya, dapatan itu memerlukan solusi, kelihatan dapatan kajian Rafizi itu lebih nak menunjukkan kepada PAS bahawa inilah hasilnya jika "PAS tidak mahu bersama dengan PH". Solusinya, PAS mesti kembali menjilat ludahnya supaya kembali bersama DAP dan PAN di dalam PH.
Teori, kajian dan strategi adalah usaha manusia, ia sangat perlu di dalam batalion perjuangan apatah lagi perjuangan Islam yang sarat dengan pelbagai mehnah. Pergantungan kepada teori bukan menjadi syarat mutlak untuk mencapai kemenangan, ada sesuatu yang wajib ada dan di luar dari ilmu teori iaitu 'pertolongan dari Allah'.
Saya yakin 'langkah Kajang' adalah satu strategi yang bukan pengakhirannya dengan 'DS Anwar Ibrahim dipenjara', namun itulah hakikat yang mesti diterima, manusia merancang dan Allah sebaik-baik perancang, sesuatu yang berada di dalam ilmu Allah tidak mungkin diketahui oleh manusia.
Saya juga yakin bahawa keputusan PRN Sarawak bukan sahaja DAP tidak boleh menguasai Sarawak malahan hilang pula 5 kerusi yang pernah dimenanginya bukan keputusan strategi yang dikehendaki oleh DAP sehingga sanggup memutuskan hubungan dengan PAS Sarawak kerana berteori bahawa DAP sukar untuk menang di Sarawak jika bergabung dengan PAS.
Ketegasan PAS untuk tidak bersama dengan DAP dan PAN adalah ketetapan, meskipun ketetapan itu menghasilkan dapatan kajian seperti kajian Rafizi. PAS tidak beriman dengan dapatan kajian sehingga sanggup gadaikan prinsip perjuangan untuk menegakkan agama Allah SWT, PAS hanya akan menuai hasil dari penat lelah pengorbanannya untuk agama Allah, walau apa jua hasilnya.
DAP Sedar, Tanpa PAS, Pakatan Harapan Tidak Kemana
ReplyDeleteSusah untuk menggambarkan keadaan Pakatan Harapan yang diketuai DAP sekarang ini. Kesemua parti yang ada di dalam Pakatan Harapan sendiri sedang bercelaru dalam banyak perkara antaranya, pembahagian kerusi, calon Perdana Menteri mahupun keinginan dan penolakan sesama parti gabungan Pakatan Harapan tentang isu membabitkan PAS.
PAS kini dilihat oleh pakatan pembangkang berkenaan sebagai antara kunci utama pakatan berkenaan untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Manakan tidak, DAP dan Pakatan Harapan sedar, sokongan kaum Melayu yang merupakan pengundi terbesar di negara ini terhadap PAS masih tinggi dan akan mempengaruhi kemenangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.
nyoroti kejayaan yang diraih pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, jika tanpa bantuan PAS, DAP dan Pakatan Rakyat pada waktu itu, tidak mungkin akan memperolehi sokongan yang agak tinggi sehingga mampu meraih 88 kerusi pada waktu itu.
Menariknya, setelah PAS berpatah arang berkerat rotan dengan DAP pada 2015, baru-baru ini, Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang cuba menggunakan helah lama mereka untuk memujuk PAS menyertai mereka semula. Ia sebagai reaksi balas terhadap seruan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta Pakatan Harapan supaya melupakan sahaja kerjasama mereka dengan PAS.
Bagi pihak PAS, sejak tahun lalu, mereka menyatakan pendirian untuk kekal sebagai blok ketiga pakatan politik di negara ini. PAS lebih senang untuk bekerjasama dengan Ikatan dan sejak setahun yang lalu, buat pertama kalinya sejak hampir 39 tahun yang lalu, PAS kini lebih mesra kerajaan berbanding sebelumnya.
Hal ini telah menimbulkan perasaan bimbang buat DAP yang merasakan, kedudukan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti bakal goyah. Ditambah pula dengan ikrar Parti Amanah Negara (PAN) yang mahu melenyapkan PAS dari peta politik negara dan hasrat utama PAN yang mahu mengambil alih kuasa di Kelantan.
Semua ini bakal menyaksikan PAS seolah-olah parti yang penting buat Pakatan Harapan dalam survivor mereka pada PRU ke 14 nanti. Tidak dapat dipastikan pendirian terkini PAS namun jika dinilai dari sudut kecenderungan PAS kini, selagi mana mana-mana parti di dalam Pakatan Harapan masih bekerjasama dengan DAP, PAS lebih senang untuk berdiri sebagai kuasa blok ketiga bersama-sama Ikatan.
Kalau lepas togok ketum... jgn komen kat blog sini... gi lalok kat blog macai PAS ke atau BN ok... lahanat.
DeletePas Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS) blok ketiga akan mengembleng kekuatan bersama menyondol tanah demi mengorek lubang untuk dikuburkan selepas PRU14 nanti.
DeleteMelayan Karenah seorang , semua menteri bengong jadinya..
ReplyDeleteItu sebab lah amat benar dakwaan yang mengatakan hanya ahli ahli bodoh saja yang tinggal dan terus bagi sokongan kepada UMNO BN dan Najib, yang bijak cerdik dah lama tinggalkan UMNO BN. Kalau ada pun yang cerdik, mereka terus kekal sokong kerana ketagih dedak atas kepentingan peribadi.
ReplyDeleteNajib secara jelas, terang lagi bersuluh berbohong, auta dan cakap berbelit mengenai banyak perkara termasuk 1MDB puluhan kali, tapi ahli ahli bodoh dan penagih dedak dalam UMNO BN terus boleh kekal menyokong Najib, raja kelentong dan munafik maha besar di negara ini. Masih nak harap pimpinan dan parti jenis "haram jadah" macam ni terus memimpin Malaysia???. Memang baghal dan pandir tahap gaban lah mereka mereka yang terus memberi tongkat kepada Najib Razak dan UMNO BN. Tidak salah lagi bahawa rakyat jenis begini sebenarnya adalah musuh kepada mereka mereka yang mahu negara keadilan ditegakkan dan rasuah dan penyelewengan diperangi habis habisan. sudah ke tahap WAJIB Najib Razak dan UMNO BN ini ditumbangkan.
amno dah busok tapi ramai lagi ynag hidung tersumbat tak dapat nak bau busok tu
ReplyDeleteapa nak buat
kalau lah bogel ramai ramai dalam training tu berlaku di penang atau selangor...tak tahu betapa gegak gempitanya blog ini diserbu...
Deletenasib baik berlaku di negeri kelahiran pejuang terhebat bangsa melayu terkini...pejuang yang disokong semua lapisan rakyat....
secara sinis.....najib telah dibogelkan daam bab 2.6 bil, mca minta jawatan dpm, tanah dijohor untuk china komunis ada freehold, tak kenal jho low, tak kenal altantuya, kalau nak songlap buat akaun kat luar negara dan....dan....dan....
DeleteAllah maha mengetahui
blog shahbudin ni dah jadi blog umno ke?...berjela jela karangan...
ReplyDeleteapa pendapat anda sekelian kalau lah kes bogel ramai ramai dalam sessi traning di bentong tu berlaku di pulau pinang atau selangor....?
bagus juga berlaku di pahang kan....negeri lahirnya pejuang melayu terkini....
aku hairanlah dengan umno dan bn serta penyokong umno dlm blog ni...dorang tuduh Tun M macam2...perasuah, pemfitnah..songlap duit..anti kaum..pelingkup negara...tua tak sedar diri dan berbagai lagi...
ReplyDeleteitulah tuduhan yg selalu dilemparkan pada Tun M...yang peliknya....tak ada satu pun tindakan yang mereka berani ambil keatas Tun...sedangkan Tun dah cabar...tangkaplah ...bicara lah...
sedangkan umno dan bn ada kuasa sekarang sedang menerintah...semua dibawah arahan dan kawalan...polis..hakim..peguam..kkementerian berbagai...hubungan luar dalam...semua dibawah bn...
tunggu apa lagi tangkaplah...gunakan segala fasiliti...buat apa menyalak diluar...kan umno dan bn hebat...kalau Tun M fitnah ...samanlah...penjarakan dia...
tunggu apa lagi...takkan umno bn tak boleh nak tangani seorang lelaki tua nyanyok macam Tun M....
tak payah tolak ...hembus pun jatuh....tapi sampai sekarang satu tindakan pun tak dapat diambil keatas Tun M....umno kata Tun M ada kekayaan 1000 juta...kenapa umno tak dedahkan...dedahkan lah semuga rakyat dapat tahu...dan tentu tentu rakyat akn pilih umno dan bn...
pada aku semua cakap kosong...umno dan bn...dan penyokong tegar umno dalam blog ni...begitu informatif korang terhadap kesalahan dan kepincangan Tun M...kenapa tidak korang hantar surat ke email ke kepada boss dan kepimpinan umno supaya diambil tindakan keatas Tun M...buat apa tunggu lagi...
buat semak blog ni saja...cakap tak serupa bikin....senua yang bercakap tentang buruk Tun M tetapi tak berani bertindak adalah pengecut...BACUL...tak dak teloq...Poorahhhhhh!!!!! pegi main main jauh jauh kalau setakat berani dibelakang....
Tun M adalah PM terbaik yang Malaysia pernah miliki...selepas ini tidak akan ada lagi.
Buat Tun M...teruskan berjuang...kami tetap menyokong Tun M...walau sampai je titisan darah terakhir...
Doa kami agar Tun M dveri ALLAH kesihatan yang baik..jiwa yang tenang dan dipermudahkan segala urusan...Ameen.
Amin,..
Deleteterima kasih banyak Tun M,...jasa2 mu amat besar pada negara,..
Tun Mahathir Mohamad - Bapa Penyelamat Malaysia.
terima kasih banyak Tun M.
Aamin, kita mohon pertolongan Allah,bagi nyahkan malaysia dari penyamun penyonglap pemakan dedak tahi low bersalut nanah Eric Tan yg tinggal 6% ini. Moga Tun M dibantu dlm usaha murni demi anak cucu cicit kita. Aamin
Deleteaku dah cakap dulu...umno kena berhati hati dengan mca dan gerakan....
ReplyDeletebaca dalam malaysia kini....hari ini....tiong lai siap ugut umno lagi...kalau teruskan juga RUU355...bn akan berpecah...dan mca siap minta kaum cina bersedia menentang RUU355 ini....
Hebatkan negara kita....nak tubuhkan undang2 yang berteras islam :
1.dihalang
2.kena dapat kelulusan kaum cina.
3.cendiakawan islam...termasuk menteri..mufti dan ulama sampai sekarang membisu.
4.sultan dan raja melayu belum memberi titah
5.pentadbiran islam diuruskan oleh yang bukan ahli/kafir.
jadi...melayu....tunggu apa lagi....nak tunggu sampai masjid diganti tokong?
DeleteSebab melayu suka bergaduh sama sendiri, maaf zahir & batin hanya pada hari raya sahaja. Pastu, tiada lagi maaf bagi mu!!! Gong gong gong, gendang perang di bunyikan.... Bersedia semua.
kepada umno dan penyokong umno...tatang lah lagi ...ciumlah lagi..usaplah lagi telor tiong lai..kepala besar mca tu...
ReplyDeletekalau kali ini melayu umno masih tak mau bertindak..lebih baik buang saja identiti melayu ...kikiskan nama melayu dari keturunan kamu...biar langsung tidak berbangsa dalam keturunan .
Macai2 pas dapat lah nasi bungkus sorang satu, lobai sedonia makan bariani anak Bini krn Ada hadis dan ayat Quran yg menaikkan tarafnya.. Ingat macai2 pas semua hujjatul ayatollah boleh bawa anda semua ke syurga.. Bidadari menanti.. Ana g dulu la naik Mercedes dgn Bini muda ambo. Bye2 macai2
ReplyDeletewahai labu labi...saya perhatikan tulisan anda banyak berkisarkan pas...nampak anda jadi lancang dengan pas ni..saya pun tak suka juga pas ni...makin kita layan makin sakit hati kita dgn kebengapan pemimpin pas ni..biarlah mereka berbahagia bertopengkan serban mereka....payah kalau pacat nak jadi lintah...serba serbi canggung.
DeleteNajib is a boy who cried wolf.
ReplyDeleteMelayu memang suka folk lores...
Fantasy, falsity and fictions daily menu gor umno/bn
TN50 - 50 dalil temberang najib
Dia macam tak faham apa dia cakap !
ReplyDeleteGST bukan punca harga barang naik!!!!!!!!
Tak cerdik langsung
Ko betul
DeleteAda jenis org melayu ini nama saja beragama islam tapi perangai menipu mencuri makan duit haram anak bini pun tak tahu nak jaga penuh dgn rasuah mana ada niat jujur duit harta jadi tuhannya nanti bila mati kapankan saja dgn duit colok itu saja mengajanya nanti akhirat jawab perangai macam sytan iblis tu
ReplyDeletePok jib fikiran dah keliru dan celaru..Kebenaran tetap akan menjelma.. lambat atau cepat pasti akan timbul...Perancangan Allah swt mengatasi segalanya...!
ReplyDeletebetui tu pak pandiaq perancangan ALLAH mengatasi segala...tapi disebabkan kedurjanaan dan kemunkaran yang depa depa ni dah buat kita akan kena sama sebab ALLAH kalau dah murka kat seseorang ALLAH akan laknat satu kampung...itu janji ALLAH...sebelum laknat ALLAH tu tertimpa atas kita...kita kena selanatkan diri dan keluarga kita dan org lain yang tak berdosa...ini yang ALLAH tuntut dari kita....
Deletedalam lumpur dipenuhi belacak
ReplyDeletelari sembunyi datangnya kilat
cina mca dah berani berpencak
tidakkah umno berani bersilat
berenang tenggiri bersama yu
jauh terpinggir anak gelama
bukan sekadar mencabar melayu
keturunan melayu dicabar sama
burung punai hinggap dipagar
terbabg dihalau sigagak hitam
tiong lai semakin kurang ajar
agama islam hendak dilatam
kain jemuran kering disidai
bakul dipikul diatas bahu
hampir semua sudah tergadai
apa lagi mca mahu
turun kebandar menaiki kereta
bawa rombongan siti zaleha
benar pepatah ada berkata
diberi betis hendakkan paha
buat buaian dipohon sena
kayu diraut dibuat gitar
kalau begini jahatnya cina
terbelah bumi melayu tak gentar
minum kopi sambil berangan
dari malam sampai ke fajar
melayu tak kira parti dan perjuangan
cina biadap perlu diajar
Ayoh, ranai2 nyanyikan lagu ni pulak
DeleteLAGU WARISAN -
Anak kecil main api.
Terbakar hatinya yang sepi,Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa di antara kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tanggan yang lain
Kita kan merintih sendiri.
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara.
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia.
KAH...KAH...KAH...KAH KAH KAHHHHHHHHH
Ini dari huffington post, akhbar on line Amerika yg memetik ungkapan dari sebuah karya 40 tahun dahulu:
ReplyDelete"You know, the very powerful and the very stupid have one thing in common. They don’t alter their views to fit the facts. They alter the facts to fit the views."
Tajuk artikel shah kali ini adalah "APA SUDAH JADI DENGAN NAJIB?"
ReplyDeleteSaya tujukan komen saya ini pada pro tun especially bloggers to comment on the article. Please, ignore comments (especially dari pro najib and bloggers) not connected to the topic.
Saya suka topic the atas sebab ianya telah mengenengahkan STATUS najib pada terkini. Najib sememangnya in a mess. He will continue to lie until one day he will be pouring out only saliva....wordless.
To PutraKaren,
PBB is oblivious to the strength of umno. Just wonder whether Jo and gang still believe in the leadership of najib?
Being a sarawakian myself, its most disappointing for us either to choose the current devils (federal) and known angels (state). Whislt we hate MO1(Najib), we love SOI (Jo)....
Sarawakians and those familiar names like john doe, dato rahman, rahman2, othaman and others, please feel free to comment.
Salam 1 Malaysia...:))))
Sarawakians talk with thunder, but it Sarawakian and Sabahan who prop up BN. Thunder no rain, get it?
DeleteTuan Shah...sebagai pengikut setia blog tuan ni...saya minta tuan buangkan komenx merapu panjang lebar dari puak Pas tu..menganggu. Saya dulu pun Pas jugak...masa zaman TGNAla
ReplyDeleteAssalammuallaikum.
ReplyDeleteDari Anak Melayu Singapura.
Pandangan dari luar gelangang.
Untuk PAS; keadaan nya.
BEGITU BEGITU BEGINI JUGA
BEGINI BEGINI BEGITU JUGA
Kita hikmah Dari majallah GILA GILA
Untuk UMNO.
THE MORE THEY CHANGED
THE MORE THEY REMAINED THE SAME
petikan Dari buku MECHANIC OF BOILER
salam untuk semua Dan mohon maaf.
betul tu apa yang en ismail tulis...tak payah minta maaf...memang pun lagi banyak kita mengubah lagi banyak bertambah musibah....
ReplyDeletemungkin diseberang sana masalahnya lain dari seberang sini...disini sistem pemerintahan baru...dan sistem ini akan berterusan sampai bila bila...akan diperkenalkan di sekolah dan seluruh pelosok negara dan semua lapisan masyrakat....sistem utamakan bangsa asing dari bangsa sendiri...dan sistem kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan...dan yang terbaru akan diperkenalkan nanti...sistem ada laut ditambakkan...bina rumah bagi jutawan...
pity najib. semakin tertekan nampaknya.. menjadi mangsa keadaan kerana kerenah anak tirinya. congrat to riza aziz, rosmah and also to her ex lovely hubby..
ReplyDeleteHalo, nama saya Aishyah Bin syafiq, saya masih shock karena saya tidak pernah dalam hidup saya percaya bahwa ada pinjaman pinjaman online nyata akibat pengalaman buruk saya terhadap saya ditipu oleh perusahaan palsu di filipina, tapi saya Teman Sharifah Amirul mengenalkan saya pada dr Robert, permata langka dan pemberi pinjaman pinjaman sejati yang meminjamkan pinjaman sebesar Rp150.000.000 Sharifah Amirul kepada saya tentang dr. Robert. bagaimana dia mendapat pinjaman dari dr. Robert finance firm dan menunjukkan bukti transfer pinjaman dari dr. Akun perusahaan Robert saat pinjamannya disetujui
ReplyDeleteSaya masih ragu sampai saya menghubungi dr. Robert dengan sangat ketakutan di hati saya, tapi kejutan terbesar saya adalah untuk berhasil dan menerima pinjaman dan memulai bisnis yang baik dan mengejutkan saya, permintaan pinjaman saya disetujui oleh dr, Robert dan dalam waktu 48 jam setelah diproses, saya mendapat pinjaman saya. ditransfer ke rekening bank saya dan sampai sekarang saya masih shock dan saya telah bersumpah bahwa setiap perusahaan pinjaman yang meminjamkan pinjaman kepada saya, saya akan bersaksi tentang perusahaan pinjaman itu.
Jadi saya menggunakan kesempatan ini untuk memberi nasehat kepada seluruh saudara laki-laki dan perempuan indonesia saya yang membutuhkan pinjaman untuk menghubungi dr. Robert lewat
email: robertwestradefinancefirm@gmail.com
dan Anda juga bisa menghubungi saya via saya
email: aishyahsyafiq1985@gmail.com atau anda juga bisa menghubungi teman saya yang mengenalkan saya ke dr. Robert lewat
email: sharifahamirul05@gmail.com untuk informasi lebih lanjut
semoga Allah Yang Mahakuasa terus memberkati dr. Robert untuk mengubah kondisi keuangan saya menjadi lebih baik dan saya ingin dia berumur panjang