Wednesday, 12 April 2017

SAH UMNO SEMAKIN PARAH


UMNO akan menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-71 pada 11 Mei mendatang dan oleh kerana pilihanraya paling mencabar baginya untuk terus mengekalkan kuasa juga akan diadakan pada bila-bila masa, majlis sambutan kali ini mahu dibuat secara besar-besaran dan paling meriah sekali.

Di sebalik Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Najib Razak terpalit dengan skandal kewangan paling besar di dunia yang barangkali tidak pernah terbayangkan oleh Onn Jaafar ketika menubuhkan UMNO dahulu atau juga oleh mana-mana Presiden parti kemudiannya yang mana perlakuan tersebut telah menyebabkan hilangnya rasa keyakinan, parti itu tetap mahu menunjukkan ia tetap dekat serta melekat di hati rakyat.

Untuk itu, sambutan kali ini dibuat dengan menawarkan hadiah cabutan bertuah paling lumayan dalam sejarah. Dikhabarkan enam buah kereta dan 10 motorsikal yang anggarannya bernilai RM1 juta akan menanti ahli-ahli UMNO yang bernasib baik dengan syarat mereka mesti hadir ke majlis sambutan ulangtahun yang diadakan itu nanti.

Syarat lain untuk layak menyertai cabutan bertuah ialah diwajibkan sudah berdaftar sebagai pengund yang sah.

Wahhh...satu lagi sejarah baru tercipta untuk UMNO. 
Selain buat pertama kali dalam sejarah ada Presiden UMNO pernah menerima kemasukan wang sebanyak RM2,600 juta (maklumat antarabangsa lain kemudian mendedahkan angka itu mencecah RM4,000 juta) melalui akuan bank peribadi,  tawaran hadiah yang ditawarkan sempena sambutan ulangtahun ke-71 ini juga merupakan satu lagi sejarah.

Barangkali hanya UMNO dalam dunia ini yang pernah menawarkan hadiah sehingga RM1 juta semata-mata untuk menggamit kehadiran ahli-ahli sendiri memeriahkan majlis yang diadakannya.

UMNO yang falsafahnya sekarang lebih kepada "cash is king"  sejak dipimpin oleh Najib, mungkin berbangga dapat menawarkan hadiah selumayan itu, tetapi hakikatnya ia dengan sendiri menunjukkan kepada dunia bahawa parti itu semakin rosak, parah dan menunggu masa untuk binasa.

Seharusnya kehadiran ahli dalam mana-mana program, apatah lagi majlis ulangtahun, adalah dirangsang oleh semangat perjuangan dan rasa kecintaan, ditambah dengan perilaku serta kewibawan pemimpinnya yang boleh diharapkan sebagai tunjang kekuatan, namun kini ia terpaksa beralih dengan bersandarkan kepada wang dan tawaran lumayan.

Tanpa keraguan, bolehlah disimpulkan bahawa UMNO kini sedar jika tanpa tawaran lumayan yang digula-gulakan, tiada lagi ahli-ahlinya yang sanggup turun untuk memeriahkan sambutan di mana-mana program yang diadakan.

Syarat-syarat yang diwajibkan untuk layak menyertai cabutan bertuah kali ini saja sudah cukup untuk mengesahkannya.

Akhirnya, yang hadir nanti bukan saja kosong semangat perjuangan dan kecintaan, malahan yang lebih diharapkan ialah hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan. 

Tidak mustahil ada yang tiba-tiba menyertai UMNO semata-mata untuk mengharapkan hadiah kemenangan cabutan bertuah berkenaan berikutan kesusahan dan desakan hidup sehingga tidak mampu memiliki kenderaan, sedangkan keinginan dan gelodak jiwa mereka ialah negara memang perlukan perubahan.

Itulah UMNO selagi ia dipimpin oleh pemimpin yang kemaruk dengan wang. Dengan jawatan mereka mengumpul wang dan dengan wang juga mereka membeli sokongan dan ingin menunjukkan kekuatan. (ShahbudinHusin 12/04/2017)

93 comments:

  1. Money is God for most of the people in this world. Sape taknak kereta free? Sure ramai akan datang. Bagi basikal free pun ramai akan datang. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishhh...lshhhh nak buat besar besaran.

      Banyaknya duitttttttt.!!!!!!

      Subsidi rakyat ditarik balik. Bajet jabatan kena potong 30%.

      Delete
    2. Fuyoooooo bapak2 menteri makan busat. Boleh berpesta sakan. Jawi pun tak pergi check bilik hotel mereka.

      Rakyat juga yg chiak boh liaw.

      Delete
    3. Money is the root of all evil..tgk parti lebai pun boleh terbang serban dan jubah bahana gilakan duit. Agama, iman dan maruah sanggup digadaikan.

      Delete
    4. Ini merupakan semacam "farewell party" terakhir sebelum Umno dan Barisan national di tamat kan riwayat mereka,,bagus buat sekali Kenduri Arwah juga.........!!!!!

      Delete
    5. bodo punya ramalan lu..

      Delete
    6. Janganlah jeles parti orang Melayu boleh buat gini. Orang melayu mmg suka dedak. Mereka mmg Super Duper Dedakian.

      Mesyuarat Cawangan, bagi anak ayam dan telor ayam pun, mcm nak berkelahi dah pakat berebut. Inikan pulak kereta bagai.

      Eloklah tu, duit dah banyak, sekali sekala berbaktilah pula kpd orang melayu super dedak dgn bgi dedak gred A pulak.

      Nak harap Amanah PAS Bersatu PKR DAP bagi hadiah.. kucng bertanduk la.. kene keluaran duit poket lagi ado la. Jangan jeles ya..

      Delete
    7. Hmm.. Melayu..

      Tak tipu tak Cina,
      Tak klentong tak Melayu,
      Tak kecoh tak Mamak la,
      Tak bagi pening tak India.

      Tudia.. lengkap dok ada.

      Delete
    8. Iye anon 1342
      Tak klepet tak bijan
      Tak nyopping tak semah

      Gituuuu

      Delete
    9. Elok jugak buat besar besaran sebagai ' majlis makan malam terakhir' untuk umno.

      Delete
    10. Tak cukup sekadar motor dan Kereta tu

      Jamal biol boleh sponsor bebelas van jenazah complete set dgn keranda + gayung. Batu Nisan not included.

      Saleh sponsor karabau

      En azalina sponsor chip roulette Vegas (kalau pemenang tu pompuan muda, siap ada pakej extra penginapan dan flight tiket pegi balik dgn dia sekali)

      Ku nan sponsor tali pinggang

      Semah sponsor beg tangan sekenhen

      Malah 'kawan baru' amno leh sponsor fairlady & q7

      Saguhati dapat baucer payperview

      Delete
  2. UMNO..MEAN Ummmmm(makan)....Say NO(tidak)....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak makan ke apa? Tengoklah sorang-sorang, kebanyakannya buncit. mentekedarah benda sendiri mau fahamlah

      Delete
  3. Untuk kali terakhir, penutup, apa salahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kluangman,

      Saya sependapat dengan anda.....Grand finale. LEAVING ON THE JET PLANE, GOODBYE MY LOVE GOODBYE....hahaha

      Delete
  4. Saya melihat bukan saja parti umno bahkan pas semakin parah. Mereka boleh dikumpulkan dalam satu platform membela BANGSA, AGAMA dan NEGARA

    Bangsa melayu telah dibela dan terbela sehingga tempuh tamatnya mahathir menjadi PM ALBEIT IMPERFECTIONS..I am as old as Malaya achieving her independence and later Malaysia (1963). I grew up as a malay, muslim and proud of a nation called malaysia. I knew the history well enough perhaps better than Ku Nan, Mat 3.85 etc

    Irrespective of umno or pas, the malays and muslims seemed to drift away from reality ever since pak lah and nik aziz took over the reign of their respective party.

    But it has gone from bad to worse when najib and hadi awang steered the leadership. Najib destroyed the bangsa melayu, bangsatkan mereka dengan disogoka wang ringgit dan pangkat. Hadi terus memperbodohkan ahlinya dengan melacurkan agama sehingga kafir mengkafir, mencaci, menyumpah konon in the name of agama Islam.

    Negara going to the dogs and the rakyat became the chips on the roulette table.

    What sadden me as a muslim, agamawan langsung bisu. bercakap benar adalah satu kesalahan. bersekongkol dengan perompak penyamun adalah wajib. jika tidak akur ditarik semua kemudahan.

    Maka saya telah ajar anak2 dan isteri saya supaya balik pada ajaran yang diajar oleh guru2 agama yang tak glamour gila wang ringgit dan pangkat. The whole family has become apolitical.

    Sinar Islam, ceramah agama hanyalah sandiwara on the pretext of MENGAJAR HAL2 AGAMA sedangkan apa yang berlaku didepan mata ADALAH SALAH DAN BERDOSA. Nabi ajar kita bertindak bersuara dan marah dalam hati atas kemungkaran semua ini.

    Agamawan sekarang bukan mengajar agama sebenar. Saya masih hormat dan mendengar ceramah dari ustaz kazim, baharuddin dan dr ruzaimi. Kita hanya dipaksa terima yang ini halal yang ini haram namun apabila yang haram itu dilakukan pembesar2...oooohhhh tidak ada kesalahan. RAKYAT DIPAKSA PERCAYAI SEOLAH2 TAK ADA OTAK DAN BODOH MACAM KONDO LEMBU.

    Tak apa.....semga Allah balas setimpalnya baik hakim2, pm, menteri2 orang berkuasa sebelum hari kiamat. Rakyat akan pasti tahu siapa manusia2 ini....wallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu nak pergi lah. Dapat selfie dengan PM pun cukup la..

      Delete
    2. Di Msia ada ramai AgamaWang.

      Delete
    3. Aiman pun nk pergi jugaaakkk!!!

      Delete
  5. Tiba masa rakyat WAJIB mengguna fikiran/ akal yang tuhan anugerahkan untuk kesejahteraan diri...nilailah dengan perbuatan pelaku, bukan dengan kata- kata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. mana ada orang nak pakai akai lagi waktu2 gini. Kalo bab hiburan dan nasib untung, sumer pakat terpa punyerlah.

      Berapa kerat sangat yang nak guna otak dan akai ni??

      Delete
  6. Syabas kepada UMNO kerana buat julong kalinya adakan cabutan bertuah.

    Lupa sekejap orang melayu masalah kos barang naik, harga rumah naik, biasiswa tak dapat, GST, Bil letrik naik, toll akan naik dan hujan turun.

    Dapat lupa sekejap pun kira cukup bagus apatah lagi dapat hadiah pertama cabutan bertuah.

    Patutnya jemput sekali PAS datang, sama-sama pakat hentam DAP sama-sama kerana sekarang ini nampaknya PAS dan UMNO sudah senada dan seirama.

    ReplyDelete
  7. Kikikiki

    AKUI AJER UMNO LE LEMAH...KIKIKIKI...
    DAH MEROYAN SUNGGUH BLOGGER NI
    KITE TENGOK JER PRU 14 NIH ..KIKIKIKI....

    ..nk tgk barua singapork@dap menangih yeopp ooi...!!

    .....B.E.R.A.M.B.U.S SINGAPORK@DAP....
    SAPA YANG NAK KENA SELIGI..KIKIKIKI....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10.13,

      Bahasa apa awak pakai?????

      macam orang mabuk?????

      kena dadah?????

      Delete
    2. Anon 10.15

      Apabila DEDAK dah campur bijaN , jadi lah begini . Macam mabuk KETUM

      Delete
  8. Mungkin diadakan utk kali terakhir

    ReplyDelete
  9. UMNO di bawah Najib sememangnya sudah hilang segala rasa malu apabila melantik wang menjadi raja mereka. Apa sahaja yang mereka buat mestilah didorong oleh dan demi wang.

    Segala perlakuan Najib dan UMNO membenarkan kata-kata Tun M bahawa Najib pernah menyebut 'cash is king'. Disebabkan ingin kekal menjadi 'king' maka Najib merasakan ia perlu mempunyai banyak 'cash'. Bila cash tak cukup, apa nak buat? Curilah..

    Dahulu Bani Israel telah meminta kepada Nabi mereka untuk memilih seorang raja di kalangan mereka, maka dipilihlah Thalut melalui lidah Nabi mereka (Al-quran tidak menyebut nama Nabi berkenaan tetapi sumber israiliyat ada menyebutnya), maka berkatalah orang-orang kaya di kalangan Bani Israel 'kami lebih berhak menjadi raja memandangkan kami mempunyai harta yg banyak berbanding Thalut yang langsung tidak berharta'. Allah menjawab balik melalui lidah NabiNya 'Thalut mempunyai kecergasan jisim dan akal yang diperlukan oleh Bani Israel untuk menjadi raja kamu'.

    Itu di zaman dahulu apabila kekuatan fizikal diperlukan di dalam setiap perjuangan. Di zaman sekarang?

    Harta dan wang ringgit sejak dulu dan kini tidak pernah menjadi ukuran kelayakan seseorang utk menjadi raja. Dinisbahkan kepada sifat2 Nabi, seorang pemimpin mestilah mempunyai sifat2 benar, amanah dan bijaksana.

    Kesemua ini tiada pada Najib. Yang ada padanya hanyalah wang, wang dan wang.

    Gaji PM yang besar itu sudah cukup untuk hidup senang lenang dan terhormat tapi tidak cukuplah untuk hidup super mewah dan merasuah.

    Di Kedah setiap kampung yang Tun M mahu lawati Najib akan tabur wang dahulu di dalam berbagai bentuk untuk membeli sokongan.

    Kini cabutan bertuah ahli UMNO pula akan diadakan. Memang benar kata tuan Budin, UMNO sudah semakin parah. Ia sudah sakit tapi tidak sedar dirinya sakit dan menyangka-nyangka bahawa 'kesakitan' itu sebenarnya adalah nikmat.

    Kesakitan inilah yang akan menjadi punca kematian UMNO.

    Innallahai wainna ilaihi roji'un.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakatan kau pakatan kafir laknat tu tak sedar ke dari asyik dengan parti orang lain..sama lah dgn admin kaki fitnah kaki hasut macam dajal..

      Delete
    2. BN tu pakatan apa?.,mic MCA gerakan sabah. Sarawak batuk je dah menggigil kecut srgalanya,fitnah fitnah fitnah je Yg tau... Saman tak juga

      Delete
    3. Sebenarnya saya perlu berterima kasih kpd anon 12:29 kerana mengesahkan kenyataan saya bahawa UMNO sedang sakit tenat dan tidak menyangka ia sedang sakit dan menyangkanya sbg satu nikmat.

      Sebarang percubaan untuk merawat kesakitan mereka akan dianggap sebagai cuba mengambil nikmat mereka dan akan ditentang dengan maki hamun dan takfir.

      Tiada keraguan lagi kesakitan ini akan menyebabkan kematiannya.

      Innalillahi wainna ilaihi roji'un.

      Delete
  10. kalau xde cabutan bertuah agak agak berapa ramai ahli yang betul betul cintakan parti..sedih nya

    ReplyDelete
  11. Si raof punyer laa tkjot sbb ramai yg dftar ahli.... pasai apaaa? Geliga betoiii noo otak puak si musibat. Dia org Xmain pancing2 dahh pakat tadah pukat harimau teross!!! Tentu angka keahlian umno naik mencanak juta2an pas2 nie. Yea laaa kann ramai rakyat yg dah jadi dungu angkara sogokkan dedak yg ditaruh dadah.....boleh gian beb! Dlm dok berkhayal tuuu dgn muka hrga seposen tpksa tebalkan muka pekakkan telinga hadir ke program umno.... memaksa diri hingga terlopong mulut mndgor si bibir pink berbuih2 'berfatwa & berhelah'..... menganga mulut hingga tamat mjlis. Usai mjlis X bimbang nk isi perut sbb mknan yg disediakan penganjur melimpah ruah kot2 boleh tapau pulak lagi. Klu blik awal tkut tlps pulak peluang cabutan no.bertuah kot2 laaa ada rezeki dpt hadiah proton dll. Paling cekkai pun dpt laa gak rm10 masa bersalam ngn vvip umno. Duit tuu boleh laa beli stgh kilo ikan termenung..... Bhaaahaaahaa si raop ketawa terbahak2 sambil guling2 atas katil empok tebal 10inci.... rupa2nya aku bermimpi.... lantas raop menarik selimut dan menyambung tidur....

    ReplyDelete



  12. Betul ke UMNO makin parah?
    Keh keh keh

    Sebenar2nya UMNO tak perlu berkempen pun pada pru ini.

    Sebab umno guna PH untuk screw PH

    Rafizi boleh tolong screw PH berkaitan kekayaan anak2 Mahathir

    Mahathir boleh screw LKS berkaitan dg rasis

    Ahli Dap boleh screw Mahathir.. Ular & bapa ayam

    Anwar boleh screw Mahathir berkaitan kroni2nya

    Superman Hew boleh screw kebodohan malayu PH

    Laaa banyaknya korang pakat2 screw diri sendiri.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan ayu rasa mca dah screw umno dan pas pasal ruu..

      Delete
    2. Itu cerita lame...rafizi tak bagi bikti pon..macai tak berani repot sprm..hik4..berangan lah ko..

      Delete
    3. Awak ni ter hik4 banyak sangat . Nak report SPRM buat apa ?? Rafizi dapat berita pun dari sumber2 siasatan SPRM . Hanya SPRM je tak ambil tindakan sususlan .
      Mengapa jadi bagitu ??? Tanya sama Najib .

      Delete
  13. ya.. tuang lagi minyak bijaN dlm kuali bersama serdak dedak.. pffttt.. ape ade hal dedak simpan bergudang2.. sekali termakan senak otak.. sape yg x makan nnti melalak

    ReplyDelete
  14. Wang raja segala gala nya
    Pancing orang wang diguna
    Ingin pula kita bertanya
    Wang banyak dapat dimana?

    Kini umno jalan tak rata
    Pemimpin hanya nakkan harta
    Rosak umno tak boleh nak kata
    Takut tak ramai, hadiah kereta

    Sudah dekat pilihanraya
    Pemimpin umno dah turun ke desa
    Jalan merah diturap bergaya
    Lepas mengundi ghaiblah dia!

    Perhimpunan besar mahu dibuat
    Hadiah lumayan,sokonglah kuat
    Himpunan BERSIH kita dah lihat
    Ratusan ribu, hadiah tak minat

    Tetiba pulak Wak Simen masuk
    Baru bangun Wak, gigi dah gosok?
    Kikiki tak dapat nak sorok
    Dia kominis China,bukan Singapork




    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun..

      Sibuk sungguh hari ni
      Baru sempat menjengah sekejap
      Trend hadiah cabutan, fesyen umno terkini
      Untuk menggula penyokongnye yang bengap..

      Kalau umno gagah perkasa
      Kenapa perlu ada cabutan
      Tidakkah najib terasa
      Tanpa hadiah tiada sokongan

      Memang umno sudah lemah
      Menunggu masa untuk rebah
      Eloklah kita sebut Innalillah
      Semoga Allah percepatkanlah..

      Delete
  15. Tu pun geng UMNO tak mengaku lagi yg depa dah tahap kena dedak.

    Hai Rakyat, tak nampakkah dedak.....

    Kemuncaknya UMNO adakan parti Dedak supaya ahlinya terus ketagih 3A : KuasaA HartA dan WanitA.

    ReplyDelete
  16. UMNO DAH LEMAH PULAKKK DAH...
    KIKIKI... ATAU NAK SEDAP ATI YG GUNDAH
    ATAU ISU TAK DE NK SPIN DAN FITNAH
    PRU 14 NNTI KASI MATI BARUA HARAMJADAH

    ..... BRAMBUS SINGAPORK@DAP.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah lemah...kalo kuat najib tak beli pas 90 juta...tp pas pon harubiru..

      Delete
  17. Sapa yang pi dan semata2 harapkan cabutan bertuah cukup bangang kerana hanya disebabkan hadiah yang belum tentu, depa yang hadir ni sah tak ada maruah dan harga diri kerana bersekongkol memberi talian hayat kepada regim perasuah mega dalam sejarah politik negara Malaysia. Bayangkan berapa sangat nilai hadiah keseluruhan berbanding 2.6 billion yang PM Najib Razak lesapkan entah ke mana danb tau tau anak beranak dia termasuk anak Rosmah, Riza Aziz kaya raya, mampu membeli aset bernilai ratusan juta di luar negara serta biayai filem lucah di Amerika yang juga ratusan juta modalnya. Memang bengap dan bodoh sangat laa sesiapa yang hadir kerana mereka ni hanya membantu Najib menampakkan dia diterima oleg ramai rakyat Malaysia walhal dia lah penyamun dan pengkhianat maha besar negara Malaysia.

    ReplyDelete
  18. Mungkin ahli pas akan berpusu pusu kesana untuk meraikan bersama dan menyertai cabutan bertuah ,maklumlah dah dapat izin hadi, tapi fatwa kapir pada UMNO tak tarik balik ke?, yang ini umno boleh ke memaafkan hadi pulak sbb takut pahala byk hadi nanti kena bayar hutang orang UMNO dahulu diakhirat nanti. Kesian ahli2 pas dapat driver yg panas baran, mulut bechok

    ReplyDelete
  19. RUANG CHE DET MASIH FITNAH 1MDB
    DULU FITNAH FOREST CITY TUNJUK PIC LAGI
    KUTTY X BRANI NNTI DITUDUH BARUA SINGAPORK@DAP....
    AJAR MARINA GEREJA SYAHADAH KEMBALI
    KAN TU LAGI ELOK SEBLOM PERGI MATI


    ... brambus Singapork#dap.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kena fitnah cari peguam untuk saman..ko kena fitnah meroyan dan merapu..fitnah amenda tu..fitnah atok ko...hik4..

      Delete
    2. Ko kena bersyahadah jugak...merapu meroyan

      F1 sepang najib nak tutup asik rugi..F1 singapore untung besar..singapore lebih bijak dsri ko dan najib yg bodooh...pandai songlap jer..

      Delete
    3. F1 Singaporkk dah tutup dah ... bodooo punya macai... tarak baca punya macai... kikikikiki

      Delete
    4. Wak simen tu bodoh. Apalah yg dia tahu.

      Delete
    5. http://www.singaporegp.sg/

      dtg lah ke singapura utk bersama2 meraikan 2017 Formula 1 pd 15, 16, 17 Sept 2017.

      harga tiket ialah ... mungkin diluar kemampuan anon 12:20.

      Delete
    6. Macai boddoh..kuat auta...macai dah parah dama parah dengan umno...hari2 ratib fitnah tapi takut nak saman..hari2 ratib samun tapi takot nak tangkap...
      Jadi gila babi dah macai ..
      ..

      Delete
    7. Alooo bodo.. Singapork tak sambung kontrak F1 apa yg dibuat utk memenuhi agreement F1 yg lalu.... tahun ni Mesia pun anjur F1 jugak... mongokk

      Delete
    8. 1329 -aku rase koyang mkn pork ngam air semah al badaki tu yg merepek..dah kutip duit kat ameno cawangan belum?

      Delete
  20. Sampai ke tahap gunakan cabutan bertuah utk mendorong penyertaan, berapa inci tebal kulit muka utk hadir? Maruah letak tepi dulu,dapat hadiah objectif utama!

    ReplyDelete
  21. Lobai pas akan jadi tetamu istimewa...pakai sedondon plak lah 2 presiden...
    Sama2 penakut nak saman tukang fitnah..

    ReplyDelete
  22. Saya nak mendaftar jadi ahli UNMO tapi untuk tempoh cabutan undi sahaja
    Untung-untung dapat kereta.Lepas tu cabut...
    Umno nk bodohkan saya,rupanya dia yang kena main.
    Kah...Kah...kah

    ReplyDelete
  23. Apala 1 Juta RM kalau dibandingkan dengan Berbillion2 USD???!!!

    ReplyDelete
  24. Anonymous12 April 2017 at 11:40

    Awat lah hang ketegaq sangat ari tu aku dah suruh hang pi dapatkan rawatan. Lani dah semakin parah nampaknya. Otak hang nampak macam tak berkembang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbilion najib dah rompak..

      Delete
  25. CHE DET 1MDB WANG BESO MESTI ADA REKOD
    FOREX DAN BMF BAILOUT ADA REKOD KA..?
    KRONI ANAK BERANAK BAILOUT PUN TAK REKOD
    INI MANAK KUTTY CAKAP TAK BOLE CAYA LA...

    ..... KIKIKIKKIKI.... BODO PUNYA MAMAK.. KRONI DAN ANAK BERANAK BAILOUT DAN JUDI FOREK ADA REKOD KA.... BAIK REPAIR BALIK SYAHADAH MARINA GEREJA LAGI BAGUS LAAA....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha2...CIA dah lama tanye bila nak siasat bmf..
      Forex bila nak selesai siasat..
      Tg Razali yg lebih tahu tak bising pon..Macai bodooh plalk hari2 malalak...ape punye gila babi macai sekor ni..

      Delete
  26. Anonymous12 April 2017 at 12:12

    Sorry kawan, borong umno dah habis. Depa tengah dok cetak yg baru.Sambutan tak diduga.

    ReplyDelete
  27. Anonymous12 April 2017 at 10:35

    Yang sayang parti tu ramai tapi yg benci pemimpin lagi ramai. Betoi kata saudara John Doe, depa ingat duit segala segala nya. Yg senang yg berjawatan saja, ahli biasa dok hidup susah macam orang lain juga.

    Nampaknya depa ni masih tak mau berubah.
    Nampak gaya kami lah kena berubah.

    ReplyDelete
  28. ada org kerja dia dok merapu dlm blog ini. dia tak ada kerja lain ke? tak cari nafkah utk sara keluarga?

    atau makan gaji buta mcm presideng kaki ponteng tu. adake tahnik anak kecik dia anggap lebih penting dr hadir sidang parlimen yg dibyr oleh rakyat.

    ReplyDelete
  29. MAMAK KUTTY TELO DAH GOYANG YANGGG.....
    FITNAH 1MDB SELALU DIDENDANG
    SYAHADAH MARINA GEREJA PATUT ULANG TAYANG AGAR DIA BOLEH MATI DALAM.IMANN....

    ...... KIKIKIKIKI..... BERAMBUS SINGAPORK@DAP...

    ReplyDelete
  30. Ini Wak Simen fitnah segala
    Tuduh Marina kafir gereja
    Nanti Wak Simen ditimpa bala
    Memfitnah orang itulah kerja

    Masuk gereja bukan berdosa
    Lainlah sembah patung Isa ke
    Tuduhanmu jahat mulutmu bisa
    Entah kamu yg masuk neraka

    Tun sembahyang pasti selalu
    Agama Islam Tun pun mampu
    Sebab tak serban dituduh melulu
    Pemimpin berserban kerja menipu

    Boleh dikata setiap bulan
    Marina Mahathir Simen kafirkan
    Akhirat nanti dosa ditelan
    Orang menuduh kuat ke iman?

    Wak Simen tidak kah kerja
    Bancuh simen jangan ketawa
    Solat zuhur sudah ke brother
    Jika tak buat masuk neraka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun..

      Wak simen bekerja bersungguh sungguh
      Tapi tidak mengeluarkan peluh
      Sebab kejenya maki dan menuduh
      Hatinya hitam, dah tak boleh disuluh..

      Nasihat bro fan tun dia tak endah
      Malah ketawa berdekah dekah
      Kerna dihilangkan diri rasa bersalah
      Itu tanda hatinya hitam dah tahap parah..


      Delete
  31. Mcmana ek arwah sudin nampak visi seawal-awal 60an lagi bahawa ALIF-MIM-NUN-WAU tendang ialah ejaan uutk sarkas?

    ReplyDelete
  32. SUPER BAPAK KRONI SEDUNIA MR LEE KWAN YEW
    SUPER NEPOTISMA FAMILY LEE KWAN YEW JUGA
    DAH LA NEPOTISMA BAPAK SINGPORK KIASU
    KRONI DAN BERANAK PULA MAMAK DI MALAYSIA

    ..... BERAMBUS SINGAPORK@DAP.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarkan dia meroyan..dah makin parah gila nye...haa4

      Delete
    2. Yg pentingw kena wala ..kiki..hidup semah al badaki

      Delete
  33. Muzakarah PAS tak ada cabutan bertuah ke?

    Patut PAS perlu ikut sama dengan UMNO. Buat cabotan bertuah, bagi hadiah. Nanti ramai yang akan masuk PAS. Wala Unta sama Hadi Awang.



    ReplyDelete
  34. Akan geli-gelemanlah teman tengok orang2 umno yang x reti malu berbondong bondong hadir demi cabutan bertuah.

    Kah kah kah umno umno, macam mana ler nak banding ngan datuk nenek korang yang bergadai golok mencari kemerdekaan. Depa tersungkur kat medan perang, korang dok asyik leleh air lior ngan cabutan tiket bertuah.

    Sekali lagi kah kah kah, umno betul-betul dah haprak.

    ReplyDelete
  35. Esok terbongkarlah nama bekas pemimpin Pas yang makan duit 1MDB?
    TERKINI

    Seperti mana yang dijanjikan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, beliau akan mendedahkan nama bekas pemimpin kanan Pas yang dikatakan menerima dana haram dari 1MDB yang mengalir ke akaun peribadi Najib Razak ke akaun bekas pemimpin Pas berkenaan.

    Beliau akan membuat pendedahan itu dalam sidang akhbar khas yang akan disiarkan secara langsung menerusi Facebooknya tengah hari esok.

    Sementara itu keesokannya Rafizi akan membuat laporan SPRM bersama dengan maklumat yang diperolehi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

    Beliau menyatakan perkara itu dalam satu imel yang diterima oleh blog ini sekejap tadi.

    Berikut adalah sebahagian kenyataan akhbar itu:

    "Saya akan menamakan tokoh bekas pimpinan PAS yang menerima dana 1MDB dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang disiasat dalam satu sidang media pada jam 1tengahari esok (Khamis, 13 April 2017) yang akan disiarkan secara #FBLive di laman Facebook saya.

    "Pada hari Jumaat, 14 April 2017 jam 11 pagi saya akan membuat laporan SPRM bersama-sama dengan maklumat yang saya perolehi di Ibupejabat SPRM, Putrajaya.

    "Saya serahkan segala-galanya kepada Allah SWT dan rakyat Malaysia untuk menghakimi tindakan saya kerana niat saya adalah jelas: rakyat berhak mendapat maklumat yang jujur mengenai niat dan kedudukan setiap parti politik berhubung penyelewengan negara seperti skandal 1MDB agar mereka dapat membuat keputusan di peti undi secara adil."
    Sebelum ini banyak pihak mendesak agar Pas membuat pengakuan berhubung dakwaan beliau itu. Beberapa pemimpin Pas termasuk presidennya Hadi Awang menafikan tuduhan Rafizi itu dan menganggap Rafizi berbohong 300 peratus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pucat lah muka lobai pas..

      Delete
  36. yang powernya, mereka akan melantik internasionasional auditor untuk mengendalikan pertandingan ini. ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  37. Diversion

    1. HAS THERE BEEN ANY WRONGDOINGS BY NAJIB?
    - 10th April 2017

    Read more: chedet.cc

    2. AG clarifies he never ordered probe into SRC to be stopped
    - 11th April 2017

    Read more: https://www.malaysiakini.com/news/378709#ixzz4e0wqfHPq

    3 Police have completed 1MDB probe, report with AGC
    - 12th April 2017

    Read more: https://www.malaysiakini.com/news/378856#ixzz4e0xGROD8


    Just wonder is there any connection between these 3 pieces of news in the media? I dare not speculate this moment in time but there is definitely a connection viz the upcoming Swiss, DoJ and Singapore court actions from late april onwards!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. DR M: SIAPA ARAH APANDI SUPAYA TAK JELASKAN SALAH FAHAM? 12th April 2017




      Apandi dan Khalid rasa takut dan gulity conscience kut?

      Delete
  38. MELAYU SINGAPURA DITINDAS DIDERA
    MELAYU SINGAPURA SUSAH CARI KERJA
    LEE KWAN YEW DAN KRONI PUNYA ANGKARA
    CARIK MAKAN DI MALAYSIA JADI BARUA PULA

    MAMAK SUPER KRONI ADA DI MALAYSIA
    SUPER NEPOTISMA ADA DI SINGAPURA
    KEDUA DUA PUNYAI WAJAH YG SAMA
    JADI BARUA PENJAJAH YAHUDI SEDUNIA


    BERAMBUS SINGAPORK@DAP

    ..... BERAMBUS SINGAPORK@DAP......

    ReplyDelete
  39. What is happening?

    Najib appoints Hisham as special functions minister

    Any idea, guys?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kena mengena dengan di bawah ini ke???

      Najib will fall in next election, Mahathir predicts

      Read more: https://www.malaysiakini.com/news/378852#ixzz4e15TqYxY

      Delete
  40. Maharaja lawak KPN

    DEBAT BUKAN DI BALAI POLIS, TAPI PARLIMEN

    Tapi di parlimen debat pasal 1MDB tak dibenarkan oleh pendekar bujang lapok...hahahaha

    ReplyDelete
  41. Alhamdulillah. UMNO semakin hari semakin diterima dikalangan golongan muda. Ini menunjukkan masyarakat sudah sedar bahawa anak-anak muda sebenarnya ditipu DAP komunis dan liberalisme. Di N9, kita lihat betapa ramai orang PPBM keluar dan menyertai UMNO. Begitu juga berdasarkan laporan yg saya terima drp Kuala Ketil, semakin ramai ahli PPBM sudah muak dengan Tun M. Mereka lebih berminat dengan UMNO yang kekal memperjuangkan Melayu. Hidup Melayu..

    Nukilan Ikhlas Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang muda sokong UMNO pala bana ko!! Dah lah bodoh.

      Delete
    2. perasannnn......tapi dia tak tahu hari2 makin bertambah org yg dah nak muntah dgn umno.......

      aku umoq dah lebih 50 thn.....tapi kali nila banyak aku jumpa melayu yg terang2 anti umno.....klu dulu tu pas aja....ini dah org umno sendiri makin umno.....yg newcastle ni tulis nak persedapkan hati.......adoiiiii

      Delete
    3. Anon 16.00 tak tanya pulak berapa ramai orang umno yang menyokong PPBM dan berapa ramai pulak yang keluar umno dan masuk PPBM?

      Delete
  42. BERJALAN JALAN DI KOTA SINGAPURA
    WARGA EMAS TUA BANGKA MASIH BERKERJA
    BARUA DAN MACAI RIUH RENDAH d'MALAYSIA
    MAMAK JIDIN BOBOI JADI HAMBA SANG SINGA

    ...... berambus singapura#dap......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kalau dah yua Bangka masih ada kerja .

      Kat Malaysia , graduan pun berterabur yang menganggur .... itulah kehebatan BN .

      Delete
  43. UMNO dan rasuah berpisah tiada.

    ReplyDelete
  44. Perhimpunan Funfair..

    ReplyDelete
  45. Khabarnya ahli pun tambah banyak, betol ka x @hanya untuk mnyedapkan hati dan tjk pd rakyat maaih disokong orang muda

    ReplyDelete
  46. pada pendapat saya,barisan nasional (umno) pas pkr amanah dgn bersatu dua kali lima kaki kelentong penipu semua.jgn percaya sngt smua2 parti trsebut sbb smuanya masing2 ada kepentingan diri.matlamat umno bersatu amanah pkr pas mmprjuangkan kepentingan diri masing2 dari bagi pangkat kekayaan harta dan bg kt kroni anak2 buah.sebenarnya depa bkn nk mmpertahankan agama Islam.kita tgklah parti di malaysia terutama parti kerajaan (umno) atau pembangkang (pas bersatu amanah pkr) org indiea dgn cinak mnghina islam knapa mereka x nk tngkap.sebab apa masing2 nk mnjga hati org kafir.itulah saya sedih tgk org kita hari ini.klau tegur ketua ini kna tngkap saman klau hina Islam isu Murtad x nk brsuara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kah Islam boleh dihina?
      Lemah kah Islam sampai ia BOLEH dihina?.
      Cukup kuat kah iman dan keyakinan sendiri sampai boleh percaya yg Islam boleh dihina?
      Sangkaan Islam perlu ditongkat utk dimaju itu sendiri, sudah melonggarkan akudah.
      Mana boleh ISLAM dihina?!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...