Saturday, 8 April 2017

MENGIMBAS KEMBALI UCAPAN ALMARHUM NIK AZIZ MENOLAK PINDAAN AKTA 355 PADA 1984


Berikut adalah teks ucapan perbahasan oleh Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika membahaskan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen pada 11 Oktober 1984, Jam 4.48 ptg.

Tuan Yang di-Pertua,

Berhubung dengan Rang Undang-undang yang dikemukakan sekarang iaitu Rang Undang-undang Pindaan seksyen 2 Akta 23 tahun 1965, saya ingin menyebut sedikit pendahuluan iaitu bahawa Islam sebagai satu cara hidup yang dikemukakan oleh Tuhan yang sama dengan Tuhan yang mencipta manusia. Islam itu telah mengadakan kaedah- kaedah untuk menjaga keselamatan kira manusia. 

Di antara kaedah-kaedah dan peraturan yang diciptanya ialah denda dan hukuman yang mesti dikenakan ke atas hamba-hambaNya yang bersalah. Bersalah mengikut nilai dan kaca mata ajaran Allah dan syariatnya. Mengikut Islam maka denda dan pembalasan yang dikena ke atas pesalah itu adalah dibahagi dua. 

Satu diberi nama "al-hudud", yang kedua diberi nama "al-takzirat",

"Al-hudud" bererti hukuman yang ditetap oleh Allah dan Rasulnya dan dia merupakan perintah tetap yang mesti dipatuhi, tak ada siapa yang boleh berdalih dan berdolak dalik kerana kuasaNya yang mutlak sebagai pencipta ataupun Al-khaliq maka kita sekelian bersama isi alam yang kena jadi dan kena cipta ini tidak ada pilihan lain kecuali terima dan patuh kerana kita menjadi hak kepunyaanNya. Dia berhak menghukum dan memerintah ke atas kita apa sahaja hukuman yang ditentukanNya.

Yang satu lagi yang diberi nama al-takzir iaitu hukuman-hukuman yang Allah berikan kita peluang untuk mengurus dan mengaturnya sendiri asalkan tidak lari dari tujuan mengawal dan menjaga muslihat lima perkara yang telah ditetapkan, iaitu akal fikiran, nasab atau titih barih, harta benda, agama dan maruah atau disebut air muka.

Tuan Yang di-Pertua, 

Saya katakan mukadimah ini sebagai mukadimah penting sebagai melahirkan tidak setuju saya yang amat sangat terhadap ucapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu membentangkan Rang ini. 

Beliau menyebut di halaman 68, walaupun Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menyekat kejadian jenayah di kalangan orang-orang Islam melalui usaha-usaha agama seperti dakwah, ceramah-ceramah agama dan penerangan-penerangan berhubung dengan Agama Islam, namun kes-kes kesalahan jenayah terus berlaku. 

Dari kata-kata itu bolehlah difahamkan bahawa kerja mendenda dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah itu bukan usaha agama bahkan yang disebut sebagai usaha agama itu hanya berkisar di atas dakwah, ceramah dan penerangan- penerangan berhubung dengan agama. 

Sedangkan menjatuhkan denda dan hukuman juga adalah agama sepertimana yang disebut sekejap tadi.

Tuan Yang di-Pertua, 

Rang pindaan yang kita bahaskan ini walaupun tidak disenaraikan butir-butir jenayah dan kesalahan yang akan dipergunakan Rang ini untuknya tetapi pada hemat saya tentunya terdiri dari hanya denda-denda kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam lingkaran altakzir sahaja, bukan al-hudud yang tidak boleh dipinda-pinda itu sekalipun negara kita masih meminda-mindanya.

Tuan Yang di-Pertua, 

Mengikut apa yang diketahui umum bahawa mana- mana kesalahan atau jenayah itu tidak akan dapat disekat dan tidak akan dapat dihapuskan dengan hanya penggunaan undang-undang sahaja kecuali serentak dengan itu disertakan sama usaha-usaha untuk menyekat dan menghapus semua sumber-sumber yang dikira boleh menjadi punca bagi berlakunya kesalahan dan jenayah tadi kerana Islam itu sendiri bergerak secara "syumul" sepertimana yang kita lakukan ke atas penghisap- penghisap dadah, dengan erti bukan sahaja orang yang menghisap dadah itu kita kenakan hukuman berat sampai mati, tetapi kita kenakan juga ke atas yang mengedar dan memproses dadah ataupun sebagainya, mereka pun kita kenakan hukuman berat juga sampai mati.

Lepas itu kalau juga berlaku, bolehlah disebut luar dari ikhtiar kita. Begitu jugalah keadaan kita sekarang, kesalahan khalwat, rogol, mengajar ilmu salah dan sebagainya selagi undang-undang sahaja kita pindakan dan hukuman sahaja yang kita beratberatkan, tetapi punca khalwat dan berdua-duaan secara bebas seperti yang ada semakin ketara wujudnya sekarang melalui perfileman, persuratan, nyanyi-nyanyian yang mengandungi senikata yang menghairah tambahan pula dengan video-video lucah, selagi punca-punca dan sumber-sumber kesalahan ini tidak dipinda selaras dengan pindaan Rang Undang-undang ini maka kejayaan yang diharap-harapkan adalah kabur dan tidak akan sampai ke mana-mana.

Untuk mencegah ajaran-ajaran palsu dan ilmu salah misalnya terdapat negeri-negeri yang tidak membenar langsung pensyarah-pensyarah agama yang bukan sebulu untuk memberi syarahan agama ditempatnya walaupun mereka datang dengan nama kumpulan yang dikenali tidak melibatkan diri dengan mana-mana pertubuhan yang diragui.

Akhirnya rakyat setempat terpaksa hidup dalam masyarakat terkurung dan dengan sendirinya mereka akan senang sahaja menerima apa sahaja ajaran didedah dan diajarkan kepada mereka walaupun gurunya mendakwa dirinya sebagai "Saidina Ali" atau wali Allah dan sebagainya. 

Saya minta supaya dibebaskan rakyat dari sekatan-sekatan mencari ilmu, berilah peluang kepada mereka mendengar, mengkaji dan bersoal jawab dengan mana-mana pensyarah, mana-mana penceramah yang berlandaskan Quran dan Hadis dengan sepenuhnya kerana itulah sahaja ajaran yang sebenar.

Kalau peluang yang begini masih dikenakan syarat-syarat yang ketat di bawah bermacam-macam nama dan istilah maka kesan dari undang-undang ini bukan sahaja tidak sampai ke mana-mana tetapi tambah menebalkan lagi kurungan dan pemisahan di antara masyarakat dan aktiviti ilmiah yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, 

Akhir kata saya minta dengan pindaan-pindaan seperti ini tidaklah hanya setakat atau sekadar membawa taraf Mahkamah- mahkamah Syariah yang ada sekarang akan setanding dengan Mahkamah-mahkamah Majistret sepertimana kenyataan yang dibuat oleh pembentang Rang ini tetapi sepatutnya Yang Berhormat itu membuat kenyataan bahawa pindaan ini boleh menyatukan dua jenis kehakiman yang sedang berjalan sekarang, sivil dan syariah supaya menjadi satu corak kehakiman sahaja iaitu syariatullah sahaja. 

Sekian terima kasih.


Ulasan Blog - Dalam ucapan tersebut dapatlah difahami bahawa asas penolakan Almarhum Nik Aziz terhadap pindaan Akta 355 ketika itu ialah kerana hukuman yang dicadangkan dalam pindaan itu tidak mencapai hukuman yang diperuntukkan dalam Islam.

Soalnya, apakah hukuman yang dicadangkan kali ini sudah menepati kehendak Islam?

Adakah di dalam Islam, misalnya hukuman denda RM100 ribu?

Dalam masa yang sama, jika diperhatikan dalam pembentangan Hadi dan ucapan menyokong oleh Takiyuddin, kedua-duanya juga menyebut bahawa pindaan yang dicadangkan bukan hudud, sebaliknya hanya untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah sahaja.

Jadi, kenapa ada yang kecoh-kecoh dan mengaitkannya dengan rosak iman, gugur akidah, puasa sembahyang tak diterima jika menolaknya Akta 355 itu?

Lagi pun, pastikah juga UMNO akan menyokong dan mengundi usul Hadi itu kerana untuk membentangkannya pun mereka perlu memohon konsensus daripada parti-parti komponen BN terlebih dahulu, apakah untuk mengundi nanti mereka tidak perlu mendapatkan konsensus yang sama? (ShahbudinHusin 08/04/2017).

99 comments:

  1. Aku first, yes...

    ReplyDelete
    Replies
    1. First pale bana kau! FUuCcKkkk kikikikikiki

      Delete
    2. Tidak malukah saudara kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW apabila memaki dan mencarut begitu?
      Kalau itu suatu kesilapan, beristighfarlah, saudara, seandainya saudara beragama Islam. Jika saudara bukan beragama Islam pula, ada baiknya saudara kembali kepada ajaran agama saudara. Nasihat ini ikhlas. Harap maaf jika saya tersilap kata.

      Delete
    3. Kalau nak jadi first pun bagi lah komen yang sepatutnya.. Kalau ada komen tak payah nak sibuk bagitahu dia yang first.

      Sesekali boleh lah layan tapi bila setiap kali menyakitkan hati pulak.

      Sound dia dulu yang jadi penyebab..

      Delete
    4. Macai umno mana ade kemaluan...geng sijahil..

      Delete
    5. Nama pun keris berayon dah cukup untuk kita memahami betapa biadabnya manusia seperti ini.

      Inilah yg dikatakan manusia yg rosak pekertinya. Manusia seperti ini yg sepatutnya disebat terlebih dahulu.

      Gelak terkikik mcm orang gila.

      Delete
    6. Gen Y dan Z, mmg spesis suker LIKE & FIRST, sbb tu boley tgk berpusu2 beratur nak masuk audition ASTRO dan apa2 program hiburan.

      Budak baru nak up, gitulah. Tegur pun, lagi menjadi. Lps ni akan masuk siRosli pulak. Tgk blog BuasirOtak, skrg dah suam2 kuku, sumer gara2 FIRST ni la.

      Delete
    7. BN turunkan harga barang dan naik kan nilai ringgit

      Ini kalilah
      Kita ubah PM najib
      Simen BN

      Delete
    8. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Pindaan RUU 355 adalah drama Sinitron antara Najib dan Hadi.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Aku yg ke....pas pis pus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang takut sangat dengan RUU 355 ni....pan pin pun.

      Delete
    2. Ini bukan soal takut ngook..ini kes mempermainkan ugama untuk kepentingan politik...lembam betul budak ni..

      Delete
    3. 2050 Hoi babi Dapig main ugama cam main pukimak hang ker sial!!!

      Delete
    4. 2039 dan 2115 dah panas punggung..kiikki..pas dah x laku..ameno dah masuk kubur..pas pis pus..mana en somi audi q7 tu? Seronok dpt kereta baru?

      Delete
    5. 2115 babi belaan mca...main2 ugama tak ngaku plak...

      Delete
    6. Maki hamun gelak terkikik kikik ni adap orang melayu yg beragama islam ker?

      Mcm mana kau nak azan dan khamat ditelinga anak anak kau nanti. Adakah dgn kalimah mecarut juga?

      Kata sokong ruu 355. Ini kah wajah sebenar pejuang agama dan penegak kalimah Allah Taala?

      Delete
    7. Pas partai ajaran sesat hadee merengi.. Kikikiki

      Delete
  5. Alfatihah Nik Aziz Tok Guru
    Berbaik Umno dia tak mahu
    Almarhum menolak pindaan Ruu
    Orang2 PAS kena ingat itu

    Ini undang2 ciptaan manusia
    Nak naik taraf mahkamah saja
    Pakat dengan pengkhianat negara
    Untuk modal pilihanraya

    Kini pemimpin bagai kemaruk
    Kalau halang syurga tak masuk
    Asyik tertangguh hari ini ke esok
    Belakang tabir mereka bertepuk

    Orang Pas semasa Nik Aziz
    Tentu fikir PAS dah trajis
    Membolot harta tak jadi kudis
    Sudah tertunduk gesaan iblis

    Islam adalah pegangan kita
    Amalan baik agama dicinta
    Bukan menyokong perompak harta
    Pemimpin sudah bermewah kereta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti selalu. Terbaik Fan Tun..

      Delete
    2. Terbaik bro fan tun..

      Almarhum Nik aziz sendiri telah berkata
      Hukum ruu 355 ni hukum manusia
      Bukan hudud dan takzir dalam agama
      Sekadar menaik taraf mahkamah syariah sahaja..

      Apahal pula bila almarhum tiada
      Para pemimpin baru buat cerita
      Andai di ingkar ruu 355
      Mati ditanam dijirat cina..

      Siap berhimpun dipadang merbuk
      Berceramah sakan terlebih syok
      Adakah pemimpinnya telah mabuk
      Kerana dedak dalam tembolok??..

      Pulanglah balik ke pangkal jalan
      Hayati semula asas perjuangan
      Tidak kekal lama segala kemewahan
      Ingatlah diakhirat nanti mengadap tuhan..

      Delete
    3. Tuan guru nik aziz tidak pernah mengkafirkan orang. Apa hukumannya pula kpd orang yg mengkafirkan orang lain. Ada ke tidak tercatit dalam ruu 355?

      Delete




    4. "Berbaik Umno dia tak mahu"

      betul... sebab zaman tu ketua UMNO ada org jahat



      Delete
  6. Masa tu tak ada 90 juta ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa hukumnya pula orang yg ambil duit RM90 juta tu?

      Apakah hukuman kpd pemimpin islam yg bersekongkol dgn pemimpin yg makan rasuah dan pecah amanah serta mengkhianati amanah rakyat kpd nya?

      Delete
  7. Masa tu PM siapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu ta ade pakatan untuk mempermainkan ugama untuk kepentingan politik pas dan umno ngook..

      Delete
  8. Yang Tersurat Dalam Air Sirap Drama RUU355

    Sesiapa yang tengok sidang parlimen baru ni, ketika Haji Hadi membentangkan usul persendirian untuk meminda RUU355, cuba ingat balik betapa hebatnya ucapan Haji Hadi walaupun dengan suara terketar-ketar dan wajah terpinga-pinga, seperti sedang mengingat-ngingat skrip yang perlu dipatuhi, tetapi nampak kebanggaan pada dirinya kerana telah berjaya melakunkan sandiwara itu dengan baik.

    Perlu diingat, bahawa sebelum bentang pun Haji Hadi sudah tahu tidak ada perbahasan.... Skripnya memang begitu.... MP PAS tahu dan MP BN pun tahu... Speaker lebih tahu... Semua ini telah diatur. .

    Bahkan, pagi itu Haji Hadi datang ke parlimen naik satu kereta dengan Zahid Hamidi...! Orang-orang penting PAS yang bukan ahli parlimen pun ramai yang datang ke parlimen hari itu, termasuk Satiful Bahri PJ PAS Terengganu, sehinga bergema laungan takbir di perkarangan parlimen; padahal sehari sebelum hari terakhir sidang itu, Usul RUU355 berada di nombor 16.... .

    Selepas Haji Hadi bentang usul, Takiyudin pun bangun menyokong.... Bukan setakat menyokong, dia menyampaikan syarahan yang panjang lebar.... Rupa-rupanya, sebelum Takiyudin bangun menyampaikan khutbah menyokong usul Hadi itu, banner untuk menyambut Takiyudin yang diberi gelaran wira RUU355 telah siap...!! Apa makna semua ni...? Bukankah kerana semua ini telah diatur dan perlu dilakunkan sahaja dalam parlimen...?.

    Apa yang paling ditakuti oleh semua MP PAS dalam parlimen tentang usul pindaan RUU355 ialah sessi perbahasan.... Wakil Rakyat PAS sangat tahu akan kelemahan Haji Hadi dalam berbahas.... Rupanya selama ini mereka mengambil masa untuk memikirkan bagaimana cara nak bentang usul RUU355 tapi tak mahu perbahasan..... Maka, itulah yang memerlukan rundingan di belakang tabir dengan Najib dan speaker dewan..

    Sejak Zahid Hamidi baru dilantik jadi TPM dulu lagi, Harun Din telah pergi berjumpa Zahid dan memintanya mempengaruhi speaker supaya usul RUU355 dapat dibentangkan.... Katanya, bentang saja pun tak apa, selepas bentang baru fikir balik macam mana nak laksanakan, yang penting bentang saja dulu, cukuplah..... Zahid tanya, kenapa PAS nampak macam terdesak sangat dengan RUU355 ni...? Harun Din berikan 2 sebab... Pertama, senang nak menjawab dengan penyokong PAS di peringkat bawah bila mereka tanya apa usaha PAS untuk melaksanakan hudud.... Yang kedua, kita tak nak kena hentam dengan parti baru ni (Amanah) pasal hudud......... Inilah yang berlaku sekarang.

    Haji Hadi bentang usul untuk meminda RUU355.... Sepatutnya dibentang sajalah, dan tujuan dibentangkan sesuatu usul sepatutnya untuk mendapatkan persetujuan majoriti ahli parlimen bila dilakukan undian, selepas dibahaskan..... Tetapi Haji Hadi bentang usul dengan memberi amaran berupa ugutan bahawa ini adalah urusan orang islam, orang bukan Islam jangan masuk campur.... MP UMNO pun pakat tepuk meja tanda menyokong ucapan Hadi itu..... apa benda ni...?

    Seperti yang saya katakan, MP PAS akan sedaya-upaya untuk menghalang atau mengelakkan Hadi disoal oleh MP lain, terumatama DAP dan Amanah.... Selesai Hadi bentangkan usul, menurut skripnya, speaker akan tanya ada sesiapa yang menyokong, maka Taqiyudin pun bangun membaca skrip yang telah ditulis awal-awal, memberi syarahan yang panjang lebar, dan dapat mengheret masa supaya speaker terus menangguhkan sidang selepas itu.

    Speaker menangguh sidang seawal jam 4.00 petang, bermakna usul itu tidak dibenarkan untuk dibahaskan... Perlu diingat, sehari sebelum itu persidangan dilangsungkan sampai jam 5.00 pagi....

    . Ketika MP DAP dan Amanah mempersoalkan tindakan speaker, MP PAS dan MP BN hanya tersengih-sengih mempersendakan MP yang membantah speaker.... Dan Haji Hadi hanya duduk diam dengan muka bangga kerana tidak perlu perbahasan, jadi Hadi merasakan dia telah menang.... Semua orang PAS berasa mereka telah memenangi game ini, dengan kerjasama UMNO.... RUU355 seperti satu pertandingan pada mereka, pertandingan siapa yang lebih licik dan lebih pandai menipu....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penipu berkerjasama dengan penyangak...dlm heboh 1 mdb penipu tak pernah persoalkan penyangak...budi 90 juta tetap dikenang..

      Delete


    2. RUU 355 melalak

      RUU BABI bisu


      Delete
    3. Saya doakan semua pelakon pelakon RU355 mendapat petunjuk dari Allah Robbulalamin......Amin..

      Delete
  9. Buat himpunan ungu lagi le nakpak gayenye. Ungu 2.
    Jng jadi dungu udah le.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Ungu melalak, kuning bisu


      Delete
    2. oren sondol

      Delete
  10. *Satu observasi*

    PAS sambut baik pelawaan Dato Seri Jamil Khir berkaitan EKJS II Kelantan - *"UG!"*

    Kelantan - Persekutuan bentuk J/K Teknikal Hudud - *"UG!"*

    YB Marang (PAS) hantar usul persendirian - *UG!*

    Usul Persendirian diletakkan urutan paling bawah - *"PAS kena kencing dengan UMNO"*

    Usul Persendirian dinaikkan ke nombor atas - *"UG!!"*

    YB Marang bentang. Tangguh huraian - *"Bodoh! Nanti kena tipu dengan UMNO.... Blank cheque!!"*

    Usul Persendirian disenaraikan di aturan bawah - *"Kena tipu!!! UMNO tak bagi bentang nanti"*

    Usul Persendirian dibenar bentang - *"Ini tandanya UG!!"*

    TGHH ubah frasa usul sebelum ini. Tangguh huraian - *"Hadi politikkan RUU"... "Sesi akan datang UMNO tipu, tak boleh bentang!!"*

    TPM bayangkan akan ambil alih bentangkan RUU 355 - *"UG!!"*

    PM umum kerajaan tak bentang - *"Kah... Kah... Kah... Lebai kena kencing!!!"*

    Usul disenaraikan. TGHH sambung dengan huraian - *" UG!!! PAS dan UMNO jadikan RUU bahan politik!"*

    Speaker tangguh perbahasan ke sesi akan datang dengan alasan lebih 20 jam beliau dan pegawai parlimen bekerja tanpa tidur. Blh jd jg pimpinan BN cuba sabotaj - *"Speaker ayam. PAS dan UMNO berpakat. Hari PAS dan UMNO!"*

    Saban masa itulah kulihat PAS bersabar dan berikan penerangan, tiupkan semangat agar umat kembali kepada Islam.

    Di sana pula kita lihat satu lagi gopoh dan gelojoh. Isti'jal. Hingga kadang-kadang memperlihatkan seakan prinsip itu digadai.

    Bersabarlah. Masakan Nabi hanya menasihati sahabat Baginda agar bersabar di saat mereka diseksa hanya kerana beriman kepada Allah. Melainkan untuk dijadikan pedoman bahawa kesabaran dengan keimanan yang kukuh adalah kunci kepada kemenangan yang akan dinikmati kelak.

    ReplyDelete
  11. wahai lidah' pembawa fitnah, adu domba (Shahbudin.com) kenapa sampai hujah orang yang telah meninggal dunia pun kamu ambil sebagai sandaran ?

    Intipati dari al-marhum adalah supaya dakwah Islamiah turut diperkasa selain dari pindaan RUU355, juga menuntut agar undang-undang sivil diserap kepada undang-undang syariah (termasuk HUDUD).

    Era dan zaman itu - syariat ISLAM masih ketinggalan (bahkan iklan ARAK bukan kesalahan, ilmu masih tertutup, kemiskinan masih berleluasa, negara masih MUDA).

    Pokoknya - cermin dan muhasabah pada sifat dan keadaan Pakatan Harapan BAHARU, apakah urusan ISLAM akan diredhai oleh puak kafir di dalamnya ?

    Sedangkan UMNO yang diberikan bai'ah didalam Barisan Nasional - puak kafir yang berada didalamnya jelas terlihat kebencian mereka (kafir yang begitu sombong, walaupun nyawa berada di halkum - MCA dan MIC)

    Si jahil bersorak riang dengan sukarnya perjalanan RUU355 - apakah nilai akidah kalian lebih rendah dari redha DAP dan sekutunya ?

    RUU355 bukan seni dan rentak politik PAS ataupun UMNO - RUU355 adalah syara' yang wajib setiap ummat Islam bersatu bersamanya - Allahuakbar.

    Pakatan Harapan BAHARU adalah fitnah yang paling hebat waktu ini - Umara' dan ulama' dicerca dan difitnah dan jeleknya kamu sendiri tidak mampu diangkat sebagai Umara' ataupun ulama.

    Akhirulkalam - cukup-cukup lah wahai lidah' yang jelik (Shahbudin.com).

    Salam ya salam
    Ikhlas dariku unknown aka sahabat

    ReplyDelete
    Replies



    1. Puak2 PH yang meroyan sakan ni hanya kerana satu sebab saja : iaitu PAS TIDAK MAHU SERTAI PH...

      Kalaulah PAS masuk PH... TGHH lah org pertama menerima pujian Dari segenap lapisan anggota PH.

      Tanpa PAS , PH akan menjadi PTH ( T= tanpa )



      Delete
    2. Ph dah tak perlukan pas yg berbelit2 ..makan rasuah 90 juta...akar umbi pas dah bagi warning kpd lobai pas bila lobai 37 krcundang dikandang sendiri...

      Kepada sahabat jshil ruu 355 bukan undang2 islam sebenar...hanya salinan sebahagianye dan dah jadi bahan mainan politik pas dan umno..
      3 tahun tak boleh selesai lagi...dah bentang tak bpleh bahas plak..
      Dalam sidang parlimen akan datang sandiwara akan muncul semula...sihajil otak lembam tak paham ape berlaku...

      Masa cina mca gertak najib dimanakah sijahil berada?...mengapa sijahil bisu?

      Delete
    3. Kepada Brader AKA sahabat,

      Nak tanya sikit , RUU 355 tanggungjawap PAS atau BN?

      Kalau kipas sekolah rosak, tanggungjawap siapa?

      Kalau rujuk surat Nik Aziz, BN yang bawa RUU355.

      Memang tanggungjawap BN kerana 355 adalah pindaan di Parlimen dan kerajaan yang ada sekarang adalah = BN.

      PAS yang bawa Ruu355 adalah untuk PRU14. Ini adalah sebahagian dari cerita hindustan atau Sinetron.

      Selepas PRU14 nanti, sepertimana di PRU13 orang sibuk dengan Hukum hudud, lepas pilihanraya, sudah hilang cerita hudud.

      Ini adalah skrip, dengan pelakon utama, pelakon pembantu, untuk tayangan akhir pada PRU14.

      Tak payahlah nak temberang lagi.

      Cuba lihat balik siapa yang bawa Ruu355 pada tahun 1980'an. BN yang bawa. Kenapa BN tak bawa sekarang?

      Delete
    4. 22:42 - RUU355 perlukan pindaan mengikut peredaran masa dan sebagai ummat ISLAM mengapa kamu memilih untuk mencari redha politik kafir ?

      Ke mana menghilang politikus yang mengaku sebagai MUSLIM di dalam Pakatan Harapan BAHARU ? bahkan mereka mengadu domba dan memperolok
      dengan hujah berbaur politik untuk mengejar redha puak kafir DAP dan sekutunya atas dasar konsesus PH.

      Allahurabbi - apa untungnya kamu menolak usul RUU355 ? sesungguhnya jika para politikus Pakatan Harapan BAHARU yang bersyahadah, 'memilih' untuk menyokong RUU355 atas nasab AGAMA beranikah puak kafir Pakatan Harapan BAHARU dan Barisan Nasional menunjukkan permusuhannya ??.

      RUU355 - bukan berkisar keuntungan politik semata-mata, tetapi ia menguji iman dan iktiqad seorang MUSLIM.

      Apa masalahnya jika hukuman dipinda menjadi lebih berat dan para hakim yang akan mempertimbang hukuman mengikut ilmu,ehsan serta panduan syara'.

      Tidak perlu berpura-pura, kerana Allahswt itu Maha Mengetahui apa yang ada di dalam dada hamba-Nya.

      Aku amat malu pada kejahilan mereka yang berselindung di sebalik hujah RUU355 bukan bersabit pada ISLAM - tidak salah atau berdosa jika ingin menolaknya atas pertimbangan ruas politik - Nauzubillahiminzalik.

      Ingatlah pada pesanku ini - setiap urusan yang baik itu walau seberat zarah secara zahir atau bathin ia bersabit pada kesempurnaan ISLAM.

      Salam ya salam
      Ikhlas dariku unknown aka sahabat

      Delete
    5. Nakhoda sewel bekokok dah..

      Goreng2 jual nama Allah..

      Konar2 jual nama akidah..

      Macamla Malaikat Aqib & Ratid tu dia boleh kow-team

      Nak temuntah nengoknya

      Delete
    6. Pru14 kita buang BNPAS.

      Delete
  12. pas denagn perjuangannya
    amno pakatan pun ada perjuangan jugak
    pakat berjuang smapai mati
    hukum hukum Allah dalam bidang kuasa sang peguasa
    itu jawap sendiri depan Allah
    orang bawah jaga diri sendiri n ahli keluarag dari sambaran api neraka

    ReplyDelete
    Replies


    1. Ko pakar bab Agama ke??


      Delete
    2. Pru14 kita buang BNPAS.

      Delete
  13. Komen Nyonya Mansor melihat Tontonwi al Germany menangis dalam parlimen ketika YB Marang membentang Aryoyo 355.


    Nyonya Mansor :

    Huhhm....menangis konon...jantan tak tahu malu. Dah tonton porno satu sen tidak keluar wang, malah MP DAP yang terpaksa bayar.

    Kemudian kau biar rakyat tertipu dan terseksa dengan GST bawah Najib.

    Pergi kau bersekongkol dengan dia di sana. Buat apa kau menangis di sini ?

    Sekarang barulah aku tahu segala-galanya. Aku hairan. Mengapakah kau dicipta Allah menjadi manusia. Kan lebih baik kau menjadi haiwan ?

    ReplyDelete
    Replies




    1. Aku hairan. Mengapakah kau dicipta Allah menjadi manusia. Kan lebih baik kau menjadi haiwan

      -----------

      KO JAHIL , Allah mencipta apa yang di kehendakiNYA




      Delete
  14. Sebodoh-bodoh saya, saya tidak pernah menggunakan perkara kotor dan kesat. Memang terserlah sikap buruk pembangkang. Ada yang menggelar saya dubok pemakan bangkai. Inikah suara penentang kezaliman?? Saya amat kesal sekali apabila melihat pengkomen memaki hamun apabila saya dan penyokong UMNO lain bercakap. Saya sendiri tidak pernah melemparkan kata kata kesat pada kalian. Jika beginilah sikap kalian, jangan haraplah hendak memenangi PRU14 nanti.

    Teguran Ikhlas Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng2 ko guna perkataan yg baik2?... Fuck..anjing babi dan barua...banyak baik...nasihatkan dulu geng2 ko tu..kalo nak komen jangan bagi komen bodoo..

      Delete
    2. Alahai kota baru...tau plak dia bodoh yer...mana ada orang kata kat ko camtu depa cuma kata macai jibbo aje, tapi kalo ko terasa nak wat cemana..

      Delete
    3. Terima kasih anon 22:07 akhirnya kamu berani juga mengaku bahawa kamu ini bodoh.

      Delete
    4. Pra-syarat nak jadi balaci najip ialah mesti jadi bodoh

      Kalau siap ngaku bodoh ada elaun khas gamaknya

      Delete


    5. Pra-syarat nak jadi balaci DAP ialah cium tangan LKS



      Delete
  15. Benarkah dap tidak membenci islam seperti mana yang didakwa oleh pemimpin mereka? Benarkah jika pakatan harapan memerintah negara, na'uzubillah, mereka akan memeprjuangkan islam?

    Dap tidak membenci islam, itulah juga yang diwar-warkan oleh pemimpin pan.

    Namun dalam parliment semalam, lim kit siang, govind deo dan beberapa mp dap, beria-ia mempertaikaikan peraturan mesyuarat parliment, dengan tujuan tak lain tak bukan supaya rru355 tidak dibentangkan.

    Allah sentiasa menunjukkan talam dua muka dap ini. Setiap kali mereka berbohong, setiap kali itulah pembohongan mereka terserlah. Dan Allah juga sentiasa menunjukkan talam dua muka sesetengah pemimpin pkr. Pemimpin pan tak payah ceritalah, pembohongan semacam telah menjadi darah daging.

    Penulis telah lama mengetahui dap ini memang bencikan islam. Sejak penulis mula mengundi pada tahun 1986 lagi. Tak payahlah sesiapa nak memberitahu penulis bahawa dap tidak bencikan islam. Dan penentangan kit siang terhadap pembentangan rru355 sdalah bukti paling jelas, paling mantap, paling jitu.

    Katanya tidak bencikan islam, tapi untuk menaikkan kadar hukuman mahkamah syariah ditentang. Mahkamah syariah adalah sinonim dengan islam di malaysia, maka menentangnya akan memberikan erti menentang islam kerana mahkamah syariahlah nadi memutuskan soal pertikaian dan permasalahan perundangan masyarakat islam.

    Apa lagi yang dap hendak menipu rakyat islam? Apa lagi auta lim kit siang hendak menipu rakyat umum?

    Penulis yaqin, hampir 100% rakyat islam malaysia akan menolak dap dalam pru14 akan datang. Dap jangan harap akan mendapat satu undipun dari rakyat islam yang punya mata hati yang celik. Dap hanya akan dapat undi dari orang yang sealiran dengan mereka seperti zaid ibrahim, siti kassim dan zainah sis.

    Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai le ko nak putar undi rakyat..ko ingat tektik takfiri ko ni boleh pakai lg ker..waktu pas join pakatan dap, takde plak hadi kata dap benci islam...nampak bebeno kelentong ko..

      Delete
    2. Allahurabbi - semoga Pakatan Harapan BAHARU dijauhkan dari memperolehi kuasa pemerintahan dengan Qudrat-Nya. semoga ummat ISLAM dan Bangsa Melayu segera sedarkan diri dan terhindar dari tipudaya Pakatan Harapan BAHARU.

      22:44 - iktiqadmu didalam urusan ini benar-benar membuatkan aku merasa tenteram dan aman - bagai mencurah air ke daun keladi tapi janganlah kamu berputus asa pada saudara yang sama nasab akidah dan bangsa, datangi mereka berbekal hujah yang benar kerana yang HAQ itu pasti mengatasi yg BATHIL.

      Mereka yang masih mengikut pada Pakatan Harapan BAHARU, hilang di dalam terang dan jahil walau berilmu.

      Salam ya salam
      Ikhlas dariku unknown aka sahabat

      Delete
    3. Melayu rosak kerana UMNO.
      Islam rosak kerana PAS.

      Delete
    4. Nakhoda sewel pulak rosak kerana dedak

      Delete


    5. PH rosak kerana LKS and Madey


      Delete
    6. JOM TENDANG BNPAS

      Delete
  16. Terbaek dari bro Perak Man
    Kena selepuk puak Wak Simen
    konon ulamak dia pun eksyen
    taknak komen khalwat Port Diksen?

    Bro 21.30 si nyonya Mansur
    sindiran baek filem yang mashur
    walau kelakar banyak menegur
    wanita berkuasa, suami ke kubur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun..

      Cite khalwat di port diksen
      Cite pemimpin yang gila nafsu
      Isa ke felda mengutip persen
      Sahabat diam umpama setan bisu..

      Kalo ditonton p ramlee movie
      Mesti ada pengajaran yang tersembunyi
      Memang tepat sketsa tu untuk tontonwi
      Masa nangis tu,terkenang tak germany??..

      Delete
    2. JOM TENDANG BNPAS

      Delete
  17. salam ya salam unknown sahabat
    kita Pakatan sokong bertempat
    kamu menyokong pemimpin musibat
    nama Melayu Islam peralat

    ramai Pakatan dulu menyokong
    tak tahu sungguh pemimpin pembohong
    Guna Melayu tempat bergantung
    orang Melayu, Melayu kelentong

    berjuta berbillion guna emdibi
    konon berniaga untuk negeri
    tapi masuk poket sendiri
    semua siasatan arah berhenti

    Ramai disini berhenti menyokong
    keluar umno berbondong bondong
    unknown sahabat jangan kelentong
    bersama DAP kita tak bengong

    orang yang bengong adalah kamu
    ikan keli dikata puyu
    Peralat agama tak jemu jemu
    setiap hari takutkan Melayu...

    masyarakat Melayu kamu takutkan
    Pakatan menang DAP juragan
    BN sendiri umno ditekan
    menentang RRU, MCA tak segan?

















    ReplyDelete
    Replies



    1. berjuta berbillion guna emdibi

      Awat BMF tak ada org guna???





      Delete
    2. Terbaik bro fan tun

      Anon kosong empat lima dua
      Penyokong tegar perampok negara
      Hal BMF diputar jua
      Disuruh tubuh RCI, membisu pula..

      Bro fantun, memang tepat seperti dikata
      Ini macai 6% sudah nak pupus
      Bila mengomen dipusing fakta
      Karangan takde isi bodoh nak mampus..



      Delete
    3. Bmf masuk akaun saoer?
      AWAT Tak siasat?
      .CIA dah tanye mat bongok bila nak siasat..

      Delete
    4. Tg razali tak tanye pon bmf...Awat ko yg bongok plak melalak..

      Delete
  18. RUU hadi tu berkisar pada wang saja. Untuk jutawan atau pemakan dedak, klu didapati bersalah sekalipun, apa kisah, bayar sajalah dendanya waima seratus ribu sekalipun. Bapak ayam pun apa kisah, bayar denda pun masih masyuk beb. Inikah yg dituntut oleh Islam?

    ReplyDelete
    Replies



    1. RUU babi di PP bberkisar pada apa??



      Delete
    2. Berkisar otak lembam ko...ade salah ape dengan ruu babi dioenang?
      Ooo baru aku tau ki marah sebab tak buat kandang babi kat rumah ko yeer...ko boleh bela babi mca yg ko takut ...kene sekeh sikit dah bisu...sekarang baru nak melalak..

      Delete
    3. JOM KITA TENDANG BNPAS

      Delete
  19. parti Audiq7porshevelfirerangrover samalaysia


    walunta yg bawa kapcai ajerr

    isle bersama porshe

    ReplyDelete
    Replies


    1. porshe ke mahal , private jet ke mahal ???



      Delete
    2. Beli jet ade oerniagaan..
      Beli pircshe pakai duit rasuah najib...
      Kalo ko tak puashati kenapa tak siasat?...asik melalak jer..

      Delete
  20. Pengajaran dari RUU355: kalau takde duit nak bayar denda jangan buat salah. Sejak bila Islam ni jadi agama dua darjat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM90 juta bukan duit ker?
      Hari ini nilai duit 1 riyal pas lebih besar drp nilai duit 1 ringgit msia.

      Mustahil ahli2 pas terutama di pantai timur tak tahu.

      Delete
  21. hukum ada sekarang pung apa kurangnay denda jugak
    tak de pun sorang komplen apa sebab?
    sejak amno perintah 60 thaun dah pakai

    ReplyDelete
  22. FAN TUN - tak perlu berkokok namun ekor bergelumang tahi, nyiru tak akan mampu menadah seisi dunia. BATHILnya UMNO dan Barisan Nasional tidak menjadikan Pakatan Harapan BAHARU sebagai HAQ.

    Kamu yang sedang 'berjuang' untuk demi menyelamatkan Malaysia dari kezaliman UMNO dan Barisan Nasional - apakah ROH dan JASAD Pakatan Harapan BAHARU ?.

    DAP adalah juragannya jika diukur pada jumlah kuasa yang berada padanya, walau kamu bermati-matian menafikan - gunakan akal,iman dan ilmu sebagai pedoman.

    AGAMA dan BANGSA bukan ROH dan JASAD yang menghidupkan Pakatan Harapan - ia hidup dengan sifat konsesus berdalil ukuran kerusi yang dimiliki.

    Kamu mahu berceritera kisah rasuah dan kezaliman UMNO dan Barisan Nasional ? lalu apakah ia mampu menghalalkan pada kisah rasuah dan kezaliman Pakatan Harapan BAHARU ?.

    Sampai bila kamu mahu mengheret kisah 1MDB dan ke mana kamu mahu bawakannya ?

    Aku tidak memaksa kamu mempercayai​pada hasil siasatan SPRM dan PAC, namun atas dasar apa kamu 'mempercayai' khabar yg berlegar selama 7 tahun tanpa di bawa ke muka pengadilan - sekiranya tiada keadilan di Malaysia, apakah di luar juga sama keadaannya​?

    Soalan siapa yang bingung - jawabnya bukan padaku tetapi kamu perlu kepada muhasabah diri.

    Nauzubillahiminzalik - sekiranya kamu mampu memberitahu kepadaku bukti dan hujah yang benar pada sifat Pakatan Harapan BAHARU - nescaya aku akan akur dan menurut kepadanya.

    Nasihatku - jangan terpedaya lagi pada Pakatan Harapan BAHARU.

    Salam ya salam
    Ikhlas dariku unknown aka sahabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu nasihat kau. Nasihat aku lebih baik kau pergi sekolah balik.

      Delete
    2. Rumah nakhoda sewel xada cermin gamaknya

      Takpe.. Dalam jamban baru speaker dewan ada cermin. Apa lagi pegi la cermin diri tu dulu cepat2

      Delete
    3. Sijahil kecewa 1 mdb blm selesai..
      Hutang 1 mdb 50 billion ...
      Aset 20 b... Hutang 39 billion saper kena bayar ooooit di jahil...

      Delete
    4. Tuntutan IPIC 26 billion saper kena tanggong oooittt sijahil..mak bapak ko dengan najib yg bayar ker?

      Delete
  23. Anonymous8 April 2017 at 21:15

    That can goes both way.

    ReplyDelete
  24. Dengar lah nasihat orang dulu dulu, jangan berak depa pintu rumah, bau dia akan masuk kedalam rumah. Berapa banyak (bahasa) bunga bunga pun tak akan dapat menghilangkan nya. Dah banyak sangat taik. Dah terlampau busuk.

    Say TIDAK to a kleptocratic govt and whores

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa hukum undang2 lslam dlm kes kleptokrasi ni?

      Harap hadi awang dapat bentang untuk pembahasan ruu 355 nanti.

      Delete


    2. 2.6 B 1MDB melalak

      30.0 B FOREX bisu


      Delete
    3. 2,6 b masuk akaun oeribadi najib

      Firex masuk akaun saoe
      30 tahun baru nak melalak

      KO BONGOK ..HEARSAY ANGGUK2..
      BMF BILA NAK SIASAT...CIA DAH TANYER...BILA BINGOK NAK SIASAT?
      .

      Delete
  25. unknown sahabat berbunga merapu
    bagi nasihat seolah guru
    pada Pakatan dia cemburu
    parti disanjung sudah tak laku

    siapa berkokok ekor bertahi
    orang menentang diajak kelahi
    Melayu semua dia bohongi
    agar kekal mendapat undi

    konon tak pernah masuk mahkamah
    membaca menganalisa dia tak pernah
    bicara asing tamatlah sudah
    ada terhukum mengaku salah

    mengaku salah kerana apa
    money laundering terus didakwa
    yang belum kena hanya kepala
    tapi dikenali seluruh dunia

    dia bertanya sifat Pakatan
    siapa ketua tolong sebutkan
    busy body tak boleh tahan
    kutuk DAP, tidak tak makan

    diberi amanah buat don't know
    wang Felda jugak dikapor
    duit Mara bola dilabur
    semua perbuatan pemimpin Umno..!



























    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih wahai fan Tun
      Pulangkan paku penuh bersantun
      Sampai nakhoda jatuh melantun
      Ayat bebunga dah jadi katun

      Delete


    2. "semua perbuatan pemimpin Umno..!"


      Yang jahat memang ada tetapi yang baik jauh lebih banyak lagi, UMNO bukan nya malaikat.


      Delete
    3. Berapa kali mau cakap da
      Ini sahabat banyak auta
      Berapa kali diberi fakta
      Tak terima, konar guna alasan agama..

      Knape dia begitu pasti
      Tuan politiknya tiada kleptokrasi
      Walau di tunjuk link untuk bukti
      Masih lagi dia menafi nafi

      Bila berbicara, Allahurabi sahaja
      Berkata orang jahil tak ingat pula
      Adakah agamamu dimulut untuk dijaja
      Mana akhlakmu wahai gembala serigala..


      Delete
  26. Oh rupa-rupanya PAS mengikut cara dan stail Najib dalam bab saman-menyaman ni. Najib dulu kata nak saman SR Kata hari Selasa, tapi dah berpuluh Selasa berlalu, tak juga saman itu dilakukan.

    Kini giliran PAS, dulu Presiden PAS kata nak saman dalam tempoh sebulan, tapi kini dah berbulan-bulan.... habuk pun tarak.

    Pe'el dan perangai PAS dah sama dengan UMNO, dan dari hari sehari pekung semakin terdedah.

    Dato Husam Musa sudah pun membuat kenyataan ada wang yang mengalir melalui Affin Bank ke akaun beberapa orang pimpinan PAS.

    Kelmarin, rafizi pula mendedahkan ada dana berkaitan 1MDB yang dipindahkan dan sampai kepada seora ng tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS sekarang.

    Seperti biasa Setiausaha Agung PAS menafikan dan begitu juga Pengerusi Lajnah Penafian PAS, Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar " memperlekehkan Rafizi dengan menyoal "Siapa Rafizi?"

    Katanya, melayan kerenah orang yang ada masalah yang kronik dalam mengatur strategi yang sentiasa gagal, adalah satu perbuatan yang amat membuang masa dan anti-logik,

    Rakyat ingin bertanya pula, "Siapa Samsuri?' Apa kredibiliti yang dia ada berbanding Rafizi? Sekurang-kurangnya Rafizi adalah seorang wakil rakyat yang telah berjaya membongkar banyak isu penyelwengan dan ketirian UMNO BN, tetapi apa kedudukan Samsuri selain dari menjadi seorang setiausaha politik yang makan gaji daripada seornag presiden parti yang kini telah dipertikaikan integritinya dengan kerap ponteng parlimen dan bersekongkol dengan UMNO?

    Cukup-cukuplah PAS. Hukum kebenaran dan keadilan akan terus mendedahkan dedak yang diterima. Pekung tidak boleh selama-lamanya ditutup.
    fakhruddin yusoff at 7:00 AM

    ReplyDelete
  27. Soalnya, adakah kalau nak bentang hudud 100% ada peluang? Adakah memperkasakan mahkamah syariah melalui RUU355 secara beransur ansur itu jelik dlm Islam?

    Atau itu langkah bijak ke arah mendidik umat melayu melalui undang2 supaya umat melayu memikir dua tiga kali sebelum buat dosa? Kerana sifat manusia lemah yg mudah dipengaruhi syaitan ke arah buat dosa Allah meletakkan hukuman berat kepada pendosa besar.

    Kalau RUU355 ni pun sesama islam bertelagah dan ada yg akan halang terlaksana, maka adakah hudud 10o% jika dibentang akan disokong oleh PAN, Mujahid, Khalid, DAP, MCa, UMNO dll?

    Lihatlah dr sudut kebaikan jgn cari alasan menghalang sbb akan ada seribu alasan dari syaitan utk pengikutnya boleh beri kpd kita utk gagalkan sesuatu yg baik. Bukankah kalau kita mulakan dgn RUU355 ini nanti akan rugi pusat judi, pusat hiburan arak, pusat pelacuran?

    Bukankah Yg penting kesan positifnya? Kesannya ialah anak2 melayu akan mula berfikir betapa kerasnya akibat kalau mrk berniat mahu melakukan kesalahan jenayah dan dosa? Kesannya Fikir fikirkanlah.

    Arjuna perak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesan paling buruk bila Islam mula diperalatkan, diperdagang jd pekakas politik. Hukum Allah dipermain2kan dan dilengah sesuka hati oleh puak2 parti ajaran sesat utk menagih undi org melayu setiapkali pru.

      Melayu rosak kerana UMNO.
      Islam rosak kerana PAS.

      Delete
  28. Terima kasih bro Tajul
    Pantun bro tepat menonjol
    Itu nahkoda otak dah benjol
    Tanda partinya dah nak kojol..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...