Tuesday 13 June 2017

MENTERI2 BERBALAH MENUNJUKKAN NAJIB LEMAH


Pada asasnya cukai pelancongan yang sudah diluluskan Parlimen dan akan berkuatkuasa 1 Julai depan adalah kerana kerajaan tidak cukup wang untuk menggerakkan aktivitinya.

Ia diakui sendiri oleh Nazri Aziz yang mengatakan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan perlu mencari sumber baru berikutan peruntukan kementeriannya telah turun mendadak untuk beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan kejatuhan harga minyak dan gas.

"Kita imbas kembali peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada 2014 amat besar, tetapi ia dikurangkan dengan banyak pada 2015 dan 2016," ujar beliau kepada sebuah akhbar Cina.

Rupa-rupanya di sebalik ekonomi negara selalu digembar-gemburkan berkembang baik dengan unjuran 4.3 hingga 4.8 peratus berbanding 4.2 peratus 2016 lalu, negara pimpinan Najib Razak ini masih tidak cukup dana untuk menguruskan negara.

Alangkah sedihnya kita!

Lebih sedih kerana untuk mendapatkan wang itu terpaksa pula diperkenalkan cukai pelancongan bagi mereka yang menginap di bilik hotel, tanpa mengira sama ada kepada pelancong asing atau warga tempatan. 

Sesiapa saja yang menggunakan bilik hotel, dari yang bertaraf lima bintang sehingga tanpa bintang, semuanya perlu membayar cukai pelancongan itu. Makna kata, jika sebuah keluarga miskin di Padang Rengas atau Pekan yang bermalam di sebuah hotel bajet kerana menghantar anak mereka yang melanjutkan pelajaran ke Kota Bharu, mereka juga tidak terkecuali daripada membayar cukai pelancongan itu.

Begitulah daifnya negara kita sekarang. Setelah dikenakan cukai GST dan kos sara hidup rakyat terus meningkat kerana kerajaan lebih gemar menghapuskan subsidi untuk mengelakkan dana kerajaan terus berkurangan, kini cukai pelancongan pula bakal menjerut poket mereka yang memang sedia nipis dan tidak banyak wang.

Bantahan Sarawak dan kemudian oleh Sabah terhadap cukai pelancongan tidak ubah memperlihatkan berlakunya apa yang dikata "rumah siap pahat berbunyi"  dalam pentadbiran kerajaan. 

Kita tentunya hairan bagaimana wakil-wakil BN dari kedua-dua negeri itu sebelum ini boleh menyokong pembentangan dsn kelulusan cukai pelancongan di Parlimen dan hanya ketika hendak dilaksanakan pada 1 Julan depan baru mereka sedar akan kesan buruknya.

Apakah wakil-wakil BN tidak diberi maklumat dan penerangan yang cukup mengenainya atau baru sekarang mereka sedar kesan buruknya kepada sektor pelancongan dan beban hidup rakyat?

Bermula dengan bantahan seorang menteri  Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah terhadap cukai pelancongan itu, perbalahan Nazri kini meleret pula kepada Fadilah Yusof dan Abdul Rahman Dahlan, dua menteri kerajaan Pusat dari Sarawak dan Sabah.

Ia seterusnya membawa kepada penarikan diri Sarawak dalam Lembaga Pelancongan Malaysia, berkuatkuasa serta-merta sebagaimana yang diumumkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak, semalam.

Beberapa menteri di kedua-dua negeri Malaysia Timur juga mula bercakap mengenai perlaksanaan cukai tersebut. Selain mempertikaikan kutipannya, yang lebih menyakitkan hati mereka ialah cara Nazri berhujah balas terhadap sesiapa yang tidak bersetuju dengan cukai pelancongan itu.

Kasar, sombong, angkuh, ala samseng dan memandang rendah kepada orang lain adalah "cara dan trademark" Nazri dalam berhujah. Bukan saja beliau selalu memandang rendah kepada menteri-menteri UMNO dan BN yang lebih junior daripadanya dengan alasan "aku menteri kanan" atau kepada Syed Saddiq yang dilabelnya "budak mentah dan bodoh", dengan Tun Mahathir yang pernah berjasa kepadanya pun ditudingnya sebagai "seorang yang nyanyuk dan baling gelas tak pecah".

Cara Nazri dalam berhujah dan merendah-rendahkan pihak lawan atau  mereka yang tidak setuju dengannya memanglah tidak boleh diterima. Perbezaan pendapat mesti diraikan, tetapi tidak seharusnya dibalas dengan cara samseng atau melabel macam-macam.

Sikap samseng Nazri ini bukanlah juga pertama kali dilakukannya.  Di bawah pimpinan Najib saja, sudah beberapa kali perangainya begitu memualkan dan Najib ternampak hilang kawalan terhadapnya. Walaupun mengakui dirinya sebagai menteri kanan tetapi kementerian yang diterajuinya bukanlah cukup kanan berbanding kementerian-kementerian yang lain, tetapi Nazri terlihat bebas untuk berkata kasar kepada sesiapa saja.

Sementara Nazri mungkin sudah wataknya begitu dan tidak boleh diperbetulkan lagi, tetapi dengan berbalah secara terbuka dengan menteri-menteri BN sendiri dengan cara mirip budak rempit berkelahi dan seolah-olah hanya dirinya yang betul dalam negara ini, kelemahan paling ketara ialah terletak pada Najib sebagai ketuanya.

Kenapa Najib membiarkan saja Nazri dengan aksinya yang menjengkelkan itu berterusan lagi dan lagi?

Baik tentang perbalahan terbaru ini dan beberapa kejadian sebelumnya, kenapa Najib tidak pernah memberi teguran kepadanya?

Mengapa Najib begitu untuk segan memberi teguran seolah-olah ada rahsia atau kelemahannya yang tersimpan rapi dalam poket Nazri?

Sampai bila Najib mahu menyimpan Nazri sedangkan lagi lama beliau disimpan dalam kerajaan, lagi terserlah nyata kelemahannya? 

Tidak cukup dengan pengenalan cukai-cukai baru untuk mendapatkan wang yang jelas menampakkan kelemahan Najib dalam mengurus negara, terus menyimpan Nazri yang ala samseng dan gemar berbalah itu hanya menggandakan lagi lemahnya Najib di mata rakyat. (ShahbudinHusin 13/06/2017).

86 comments:

  1. Bila menteri2 bn berselisih pendapat dengan cara samsing itu menandakan ketuanye tidak dapat mengawal dan tidak dihormati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca dan menulis jawi? Kalau boleh anda termasuk di dalam golongan-golongan manusia special yang masih hidup di bumi Malaysia.

      Kenapa saya kata begitu?

      Berani saya kata, pengetahuan bahasa jawi terutama di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia kini sebenarnya semakin tenat. Buktinya, pada tahun 2012 seorang pakar dalam bidang tulisan jawi berbangsa Korea pernah menzahirkan kebimbangannya terhadap tulisan jawi yang dikatakan semakin dilupakan terutama golongan muda di Malaysia.

      Cuba tengok, orang luar pun risau terhadap tulisan jawi di Malaysia. Tidak mustahil suatu hari nanti hendak cari orang yang mahir membaca dan menulis jawi di Malaysia susah. Sedangkan, dahulu inilah tulisan yang menjadi sebahagian daripada sumber ilmu.
      Seperti yang kita tahu, tulisan jawi dahulunya merupakan salah satu medium komunikasi penting yang digunakan zaman sebelum dan selepas merdeka.

      Buktinya sangat banyak, contoh seperti penemuan semula batu bersurat, surat beranak datuk anda, surat-surat jual beli dan sebagainya. Selain itu, dulu terdapat juga surat khabar yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Generasi 90an pasti masih ingat lagi.

      Dahulu, tulisan jawi merupakan satu pelajaran wajib di sekolah. Namun, sejak kebelakangan ini minat dan penguasaan masyarakat terhadap tulisan jawi dilihat semakin berkurangan.

      Mungkin kerana setelah semua mata pelajaran di sekolah secara rasminya sudah di alih ke bahasa rumi termasuk Pendidikan Islam. Apa yang boleh saya kata, tulisan jawi kini seperti dianak tirikan.
      Perkara ini pernah saya bincang bersama kawan dahulu. Antara faktor penyumbang kepada masalah ini mungkin kerana:

      1. Kurangnya pendedahan tulisan jawi kepada generasi sekarang. Ibu bapa yang pandai mungkin tidak lagi mahu mengajar atau melatih anaknya kemahiran bahasa jawi.

      2. Seperti yang dinyatakan di atas, selepas bahasa rumi secara rasminya mengganti tulisan jawi.

      3. Kurang sumber bacaan dalam bahasa jawi. Ialah, sekarang Vocket sendiri pun ditulis dalam bahasa rumi. Tetapi jangan lupa, buat anda yang mahu teruskan membaca jawi masih boleh layari portal Utasan Melayu. Laman web berbahasa jawi sepenuhnya yang masih wujud.

      Oleh itu, demi mengelak bahasa jawi terus terkubur saya kira masih belum terlambat untuk kita sama-sama menyemarakkan semula bahasa warisan Melayu ini.

      Buat anda yang berminat, pada peringkat awal boleh cuba layari laman web Ejawi. Di situ anda boleh mengalih tulisan rumi kepada jawi sebagai pengenalan dan pembelajaran.

      Tidak dinafikan, terdapat banyak perkataan jawi yang telah berubah ejaan. Semuanya dikemaskini mengikut peredaran zaman supaya bersesuaian dengan masyarakat dan lebih mudah untuk dieja dan dibaca.

      Saya tahu, mungkin sekarang masih ramai lagi masyarakat Malaysia yang boleh dan pandai dalam tulisan jawi. Tapi, bagaimana dengan nasib tulisan jawi dikalangan generasi akan datang? Maksud saya 30 tahun ke hadapan mungkin.

      Jawapannya ada pada kita hari ini.

      Sekurangnya, nanti taklah malu nak mengaku ‘pejuang melayu’ tapi tak reti jawi.

      Delete
    2. Tak berbalah pun lemah... Hanya guna kuasa duit dan amanah memimpin ditidakkan...

      Delete
    3. Kepala butuh la.. tetiba mai tulis jawi pulak.. mmg haramjadah sungguh la kerja kopipes ni.

      Delete
    4. Apasal la kau ni tiba2 masuk topik tulisan jawi pulak ni? Tapi takpela...aku mahir baca jawi walaupun aku aliran sekolah cina (sjkc). Menengah dan Universiti pulak english medium.

      Cuba tanya najree dan najip..mereka pandai baca jawi tak? Sebab tidak nampak sedikit pun ciri2 pemimpin bijaksana dalam diri mereka. Sekian.

      Delete
    5. Sudah tular di media sosial berkenaan struktur baharu organisasi Pakatan Harapan (PH) yang dicadangkan oleh PPBM di mana Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bakal dilantik Pengerusi PH, manakala Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menjadi Presiden PH.

      Manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah hanya dilantik Timbalan Pengerusi PH dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dilantik Timbalan Presiden PH.

      Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu masing-masing dicadangkan memegang jawatan Naib Presiden PH.

      Sementara itu, Wan Azizah dilaporkan berkata barisan struktur organisasi baharu PH akan diumumkan pada minggu hadapan.

      “Pakatan Harapan akan mengumumkan selewat-lewatnya minggu depan barisan kepimpinan utama untuk dihantar kepada pendaftar pertubuhan bagi tujuan pendaftaran,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.

      Perkara itu sekaligus mengesahkan PH sudah mempunyai barisan kepimpinan utama yang telah dipersetujui oleh keempat-empat parti komponen gabungan tersebut.

      Sementara itu Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada sidang media yang sama menafikan struktur organisasi sebagaimana yang tersebar sebelum ini.

      Jelas Mukhriz lagi, format yang dicapai pada mesyuarat hari ini adalah jauh berbeza dengan struktur yang tersebar itu.

      “Yang pertamanya senarai itu tidak dimunculkan atau didedahkan oleh mana-mana wakil daripada PPBM, yang keduanya ini soal perundingan atau perbincangan dalaman dalam PH tak sepatutnya didedahkan oleh mana-mana pihak.

      “Saya yakin yang kita ada struktur berbeza daripada yang asal seperti yang telah kami dibincangkan.

      “Dan insyaAllah dalam masa seminggu lagi kita akan dapat kata sepakat,” katanya lagi.

      Delete
    6. Pas menafikan mengeluarkan arahan kepada ahlinya untuk bertukar tempat mengundi ke Parlimen Shah Alam bagi memastikan kemenangan kawasan itu pada PRU14.

      Ini berikutan tersebarnya surat yang meminta ahli Pas di kawasan Shah Alam yang berdaftar sebagai pengundi luar kawasan itu menukar tempat mengundi dari kawasan sekarang ke dalam Parlimen Shah Alam.

      Antara lain kandungan surat itu menyatakan proses ini penting sebagai usaha melebarkan kemenangan Pas bagi Parlimen Shah Alam dan memastikan sasaran Pas memenangi minima 40 kerusi Parlimen pada PRU14 dapat dicapai.

      Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, arahan sedemikian tidak pernah dikeluarkan pihaknya.

      “Dari segi parti tidak ada arahan. Kita juga tidak mengisytiharkan lagi kerusi yang Pas tandingi,” katanya mengulas mengenai kesahihan surat tersebut.

      Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena program Munaqasyah Rakyat Peringkat Kebangsaan anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat di Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini.

      Bagaimanapun katanya, adalah tanggungjawab ahli Pas untuk memenangkan semua kerusi Parlimen yang ditandingi parti pada PRU ini.

      “Di Selangor ini, banyak kerusi yang akan ditandingi Pas, maka tanggungjawab ahli memastikan kemenangan Pas,” katanya.

      Delete
    7. Gerakan Evangelis di Malaysia ini dipercayai sememangnya didalangi dan turut ditaja dari luar negara kata, Presiden Hindu Sangam Malaysia, Datuk RS Mohan Shan dalam satu sesi temubual bersama Menara.my, semalam.

      Menurutnya, pihak Malaysia Hindu Sangam tidak boleh berbuat apa-apa untuk menyekat gerakan tersebut kerana semua itu di luar bidang kuasa mereka.

      Beliau berkata, perkara ini hanya kerajaan sahaja boleh mengambil tindakan dalam memainkan peranan membanteras kegiatan yang sedang rancak dijalankan oleh pihak evangelis ini.

      Datuk RS Mohan berkata, pihak evangelis ini bijak mengatur strategi seperti mendaftar gerakan mereka ini di atas nama syarikat tertentu atau pertubuhan NGO dan menjadikan gereja yang dibuka di rumah-rumah kedai ini sebagai salah satu pusat untuk mereka menjalankan operasi dakyah mereka.

      “Perkara ini sebenarnya berpunca daripada kerajaan sendiri yang tidak meneliti dan menyiasat secara terperinci terlebih dahulu ketika meluluskan permohonan NGO mereka yang berselindung di sebalik sebuah pertubuhan tertentu,” katanya.

      Menurut Datuk RS Mohan, walaupun pihaknya telah berkali-kali membuat laporan polis, namun tidak ada tindakan tegas diambil sehingga kini bagi membenteras kegiatan tersebut.

      “Maka terpaksalah kami melindungi sendiri orang-orang Hindu dari terus dimonopoli oleh mereka,” katanya.

      Beliau berkata, halangan dan keadaan ‘double standard’ ini jelas ketika penganut agama Hindu berhasrat membina kuil dan disebabkan itu jugalah kuil-kuil kebanyakannya dibina secara haram.

      Persoalan mengenai adakah penganut Hindu terkesan dengan kewujudan gereja yang semakin banyak beliau berkata, gereja yang banyak di rumah-rumah kedai ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap penganut agama Hindu di Malaysia dan beliau mengakui memang pihaknya mempunyai masalah dengan kewujudan gereja-gereja yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan akhir-akhir ini.

      Menyentuh soal program Jerusalem’s Jubilee oleh puak Evangelis Pro Zionis di Malaysia yang dilihat tidak menghormati sensitiviti umat Islam negara ini beliau berkata, perkara yang sama juga dilakukan terhadap kaum Hindu di Malaysia ini.

      Beliau berkata, ramai penganut agama Hindu memeluk agama Kristian disebabkan termakan pujukan dari pihak-pihak gereja yang bertindak menjalankan dakwah dari rumah ke rumah selain turut mengedarkan risalah-risalah dengan pelbagai tawaran yang sangat menarik dalam usaha memujuk penganut Hindu ini meninggalkan agama nenek moyang sebelum mereka secara rela memeluk agama Kristian.

      “Pihak berkenaan jarang membina gereja-gereja baru dan lebih memilih beroperasi di rumah-rumah kedai yang disewa sehingga sukar dikesan,” katanya.

      Ditanya adakah terdapat gereja yang dibina di kawasan penduduk majoriti Hindu beliau berkata, memang terdapat gereja yang dibina di kawasan penduduk majoriti Hindu.

      Menurutnya, walaupun tidak berapa banyak namun ianya sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap penganut agama Hindu sendiri.

      “Pihak berkenaan mengambil kesempatan untuk memaksa penganut Hindu memeluk agama Kristian.”

      “Ada juga dengan secara terus menggunakan kata-kata pujukan yang mampu memukau, termasuk janji-janji manis bagi memikat penganut Hindu memeluk agama mereka,” katanya.

      Datuk RS Mohan berkata, setakat ini pihak berkenaan menjalankan kerja-kerja dakyah mereka dengan mensasarkan golongan Hindu yang mudah dipengaruhi.

      Beliau menyarankan kepada puak evangelis ini supaya jangan lagi memaksa kaum Hindu untuk memeluk agama Kristian.

      “Jangan lagi ganggu agama kami, mereka tidak sepatutnya galak untuk mengkristiankan semua orang, bukan sahaja penganut Hindu tetapi penganut Buddha dan Islam sekalipun,” katanya.

      Menurutnya, masing-masing dengan agama sendiri sudahlah dan buat sahaja dakwah untuk kumpulan sendiri cukuplah, tidak perlu mengganggu gugat agama lain.

      “Apa yang pasti gerakan evangelis ini sememangnya ditaja oleh pihak yang berkuasa dari luar negera yang mempunyai agenda dan muslihat tersembunyi,” katanya

      Delete
    8. Kalo masing2 dah kukuh pegang ajaran agama kenapa kita mesti sekat ugama lain...kalo orang nak kristiankan kita kenapa kita tak boleh islamkan mereka?...lemah sangatkah kita?...ato kita yg bodos...

      Delete
    9. Kita yg bodos...
      Tambah lagi - sombong pulak tu...

      Delete
    10. Fitnah low class jenis tak lepas srp...

      Delete
    11. Tak payah nak salahkan pihak evangelist dll, inilah masalahnya bila asyik nak salahkan org lain. Kalau agama kita sudah cukup bagus maka tak perlu risau agama lain mempengaruhi penganut kita. Jaga saja penganut anda itu dgn baik. Biarlah agama lain mempraktekkan agama mereka sendiri. Tolong jangan kacau. Sebab agama lain pun tak ganggu anda. Jangan rosakkan keharmonian dalam masyarakat yg pelbagai kaum bangsa agama ini. Jangan angkuh sombong sgt. Anda sendiri belum tentu lagi masuk syurga bila senantiasa menyalahkan evangelist atau agama hindu dll atas malang yg anda fikir menimpa penganut anda.

      Delete
    12. Sensitiviti semua orang semua agama harus dijaga bukan sekadar satu agama sahaja. Belajar menghormati bukan merasakan diri saja yg superior drpd bangsa dan agama org lain.

      Delete
    13. Itu la pasalnya.iman sendiri yang lemah nak slah agama lain.tak sudah2 puak ni.melayu sendiri yang hanyut dengan godaan dunia nk salah orang lain.sentiasa cuba cari alasan untuk lepas salah sendiri.klau agama islam dipraktik dengan betul dan diamalkan sepenuh hati takkan lari pegangan akidah dek evangelist,buku hannah ,paderi luar,yahudi,bomoh teropong,jamal tongkol,sami buddha,samo siam dan sebagainya..

      Delete
    14. Sekadar nak cari populariti aku rasa geng yg isu kan benda2 ni.sembahyang nk kena jaga,hasil rezeki kena halal.perbuatan ikut sunnah nabi baru berkat hidup..ini tak bila msuk waktu sembahyang tapi dok depan tv lagi tgok artis nyanyi.yang kaya dok kelab tgh pukul bola golf,yang muda merempit di tgh jalan...masih nak salah agama lain????

      Delete
    15. Aku tak tau sampai bila Budin boleh benarkan budak tak lulus SRP buat kopipes kat sini. Cam haramjadah ja divert tajuk berita. Phuiii..

      Camni je ke standard berita2 Meleis..

      Delete
  2. Najib anak betina, Nazri anak jantan...itu punca Najib diamkan saja tuan! Dan lagi...betina perlukan perlindungan jantan yang gagah apatah lagi dalam situasi diamcam bertalu talu sekarang. Daripada hilang jantan yang ada disamping, lebih baik kekalkan untuk keselamatan diri. So..Nazri boleh bermaharaja lela kerana betina yang terdesak memerlukannya.

    ReplyDelete
  3. Dlm dewan rakyat semua mp umno kna ikut perintah whip...kalo whip sudah order setuju mp kena ikut setuju...mungkin mp serawak dan sabah tidak bincang dengan kerajaan negeri...
    Nazri sepatutnye bincang dulu dengan ketua2 negeri bn seblm bentang undang2 cukai gila ni.

    ReplyDelete
  4. Sekarang serawak dibawah abang johari berani tunjuk garang kpd najib....serawak dah mula tunjuk garang pada masa adenan satim lagi...
    Najib sudah tidak ditakuti lagi...hanye sabah tak segarang serawak kerana netua menteri dilantik oleh najib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan Tak MunaSABAH penuh dgn penyelewengan, rasuah & dungu gara2 Najib melantik Pendekar Amin Bapok, Salleh Ketiak Busuk, Musang Tak Amanah, Reman Dahlancau & si kepek Bung Mokhtar.

      Delete
    2. Beriyani Daging13 June 2017 at 18:01

      Najib penakut ! Dia takder telo bro. mana si bapok tua tu berani nak sound Nazri. Ada jugak kena lempang dgn Nazri genster tuh ahahah.

      Delete
    3. Orang mulot laser ni memang diperlukan oleh bapak lanun. Apa idoknye.....semua keroje melanun boleh dia tolong coverkan....tolong jawab.....tolong sembur orang.

      Delete
  5. Najib, telur dia sendiri pun dalam genggaman Rosmah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss...Malaysia's version Bonnie & Clyde, o.e. Mr. Rosmelda Rakus and his spouse Mrs. Najis Nazak.

      Delete
  6. Kdnk yg diwar warkan tidak mencerminkan keadaan ekonomi se enar...hanye wayang umno....najib semakin miskin kerana nak bayar banyak hutang....subsidi dah dihapuskan tapi masih tetap miskin kerana najib tidak cekap dlm pengurusan kewangan...perbelanjaan jabatan perdana menteri terlalu besar...lebih tinggi dari sebuah kementerian..jika najib boleh potonng separuh bajet pmo kerajaan tak perlu kenakan cukai hotel....gst najib dah sapu masih tamak nak kenakan cukai hotel plak...lepas ni cukai kincin berak ditandas awam plak akan diperkenalKan oleh najib kalo masih miskin....
    Srawak Patut nilaikan semula ape faedahnye kpd rakyat serawak bila bersekutu dengan najib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa???

      Kenapa????

      Kenapa????

      Kenapa bagi dekoder ??

      Aku lapar ni..anak bini nak makan sedap2. Bagi lah vaucher tesco ke,vaucher giant ke ?
      Dapat jugak aku beli makanan berkhasiat untuk keluarga ku

      Delete
    2. Kalau tak cukup lagi, lepas ni cukai tv satelit dan cukai wifi akan pula dikenakan. Pak Cik kayo..pak cik kayo..

      Delete
    3. Top-up bill tel semua dah dicukai... Cukai kepala he belum lg...

      Delete
    4. Dengar2 cukai tandas pun akan dikenakan di seluruh negara.klau 50sen.. 6% kena bagi gomen

      Delete
    5. Pekerjaan takda kena usaha sendiri tapi cukai semakin menjadi bertambah2. Memang nak kasi mampos rakyat kerajaan BN Najib ni mendera asalkan penuh perbendaharaan negara utk dia org ni pakai dan pakai lg utk diri sendiri. Cilaka utk kerajaan yg menghisap darah rakyat.

      Delete
  7. Zaman Mahathir 22 tahun dulu tak ada GST, tak ada cukai tourism tapi boleh buat KLCC, KL Tower, lebuh raya Plus, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya, Litar Sepang, KL Sentral, STAR LRT, Putra LRT, Monorel, ERL dan bermacal lagi projek infrastruktur mega.
    Jika ditakdirkan Mahathir jadi PM untuk 5 tahun lagi jika tak serah jawatan kepada Pak Lah, Malaysia sekarang sudah pun ada landasan keretapi berkembar elektrik bermula dari CIQ di Johor ke Perlis, LRT dalam Putrajaya dan scenic bridge menggantikan causeway. Zaman Pak Lah projek-projek ini dibatalkan.
    Sekarang ni habuk pun tadak. Nak kata makin senang, makin menyusahkan lagi ada. Serba-serbi mahal. Subsidi dihapuskan. Ringgit makin menyusut. Hutang makin bertambah. Mahasiswa ramai menganggur. Cukai baru diperkenalkan. Marilah kita bertepuk tangan dengan PENCAPAIAN kerajaan pada hari ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betool bro...hasil sekarang lebih banyak dari zaman madey...tapi aper yg ade?...brim berapa peratus sangat dari kutipan gst...hutang banyak tapi ape yg dibuat dengan duit hutang?...

      Delete
    2. Talking about premiership, The Grand Old Statesman is still the best compared to The Sleeping Tun Dol and The Pirate-Sleazy Mrs. Borosmah Mansuh.

      Delete
    3. Hahah.. masih lagi ko ingatkan zaman Bodolah Bodowi tu. Pada aku, dia mmg real MAYAT HIDUP. Bangkai biawak pun lebih tinggi maruah dari Bodolah Bodowi ni.

      Tiap kali Bodolah Bodowi ni bagi ucapan, terase sangat la gua nak kasi pelempang saja. Langsung x bermaya.

      Najib kalo berucap pun sama la. Mcm org taik sembelit tak boleh nak berak 5-6 hari.

      Delete
    4. Bila la nak mampos si Najib ni . Lama sangat laa .

      Delete
  8. Ini nasa terbaik bagi PH menghampiri pemimpin2 serawak untuk tinggalkan bn dan bersama PH... PH boleh tawarkan serawak bajet dan keistimewaan lebih baik jika bersama PH...BN tidak memberikan kehendak orang serawak kerana bn dipenuhi perompak...
    Jika serawak tinggalkan najib....najib boleh bayangkan kehidupan yg seronok dlm bamboo river inn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kalilah serawak kasi ajar sikit nazri samseng najib perompak ....kasi tahu sama nazri kerana serawak dia dapat jadi menteri...najib dapat jadi pm...elok serawak kluar dari bn dan berunding dengan ph apekah keperluan serawak menuju negeri maju..

      Delete
    2. Tak mungkin PH boleh menang di Borneo. Gua berani bertaruh 500k simpanan TH gua, 900k KWSP gua dan dgn nyawa gua sekali. Terjun menara telekon pacak kepala sekali pekej.

      Bukan nak cakap besar. SPR dan jabatan2 gomen kesemuanya adalah BARUA UMNO BN, dari Perlis hingga ke Sabah. Inilah penghalang utama hak2 rakyat mengundi ditipu semahunya oleh UMNO BN dan ketua2 pegawai2 lantikan UMNO BN.

      Cuba listkan mana sekor ketua jabatan yg sokong PH. Kahkahkah.. bila la nak sedar dari kerja bohong UMNO BN ni ya? Masih lagi menaruh harapan utk PH menang.

      Hantukkan saja kepala anda ke dinding. Ini mungkin ubat kebodohan. Jika x berubah atau mampu sedar juga, hantukkan lagi kepala ke bucu dinding dgn kuat sebanyak 100x. Moga2 dapat manfaatnya. Anda mampu pulih dari mamai PH menang PRU14 atau seterusnya. Kahkahkah. Brengsek..

      Delete
    3. Boleh pakai ker cakap si Tikus/anonyMOUSE Pengecut lagi Penakut yg sampai kini masih sembunyi identitinya di sebalik samaran2 dgn pelbagai nama.

      Betul ker dia nie ada simpanan RM500 ribu Tabung Haji & RM900 ribu KWSP..?? Kalau betul, sila bukti dan sebutkan no. ahli dalam akaun tersebut. Setahu saya, selama ini nama, asal usul, pendidikan dan pekerjaan dia pun mencurigakan. Gaya bahasanya pun tidak mencerminkan seorang akademik malah macam puaka kikiki..hihihi..sundal jalang di Cow it Road.

      Delete
    4. Ph tak perlu menang diserawak....parti serawak bekerjasama dengan ph untuk tumbangkan najib...umno pon tidak bertanding diserawak
      ..

      Delete
    5. Klau ada ketua jabatan sokong ph alamat dunia dh tebalik la tu.sebab semuanya dah ditapis senipis2 penapis hahahaha

      Delete
  9. Apeda punya kerajaan..

    Kalau nak cukai...cukailah pelancong2 dari luar negara iaitu warga asing. Depa tu memang dtg nak melancong pun..

    Yg warga tempatan ni bukan semuanya hanya nak melancong. Anak2 sekolah / kolej/ universiti jauh..apatah lagi yg dari sabah/sarawak...

    Ada yg dapatkan rawatan kesihatan/menemani pesakit sebab hospital pakar jauh..

    Ni aku nak beri cadangan ni...janganlah pukul rata. Check mykad...jika alamat rumah lebih dari 90km dengan hotel tu...maka tak perlu lah dikenakan cukai pelancongan pada warga tempatan tersebut..tak kisahla depa melancong ke tidak..warga tempatan yg terpaksa menginap di hotel yg jaraknya 90km ke atas perlu dikecualikan..musafir la katakan...

    Yg bawah 90km tu..kenakan aje la sebab takut digunakan utk buat maksiat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde2..Tak ada pengecualian..Kena kutip semua sekali..hujung tahun bini aku nak shopping banyak ni..

      Delete
  10. Nazri bermuka bongkak dan perasan dia bagus...orang macam ni tak layak jadi wakil rakyat dan menteri..ramai rakyat meluat dengan perangai angkuhnya...Dia ni menteri pemalas dan suka goyang kaki jer kerjanya...suka enjoy,pasang bini 2,3,...kerjanya tak seberapa tapi bodek dan kipas PM kuat.

    Minta Najib kalau ada telorlah,usah calon dia ni lagi kat Padang Rengas pada PRU14 nanti,dia dah jadi liabiliti dan rakyat semakin menyampah dan meluat dengan sikap dan perangainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk pemimpin UMNO begitu. Tajuddin Pasir Salak pun sama. Pun, masih rakyat Msia ni buta...

      Delete
    2. Atas nama melayu yang buruk akhlak dan perangai pun di sokongnya

      Delete
    3. Pemimpin melayu yg memalukan bangsa melayu sendiri - Tajuddin pasir salak, nazri aziz, jamal tuala, mahdzir khalid, noh omar, najib razak, rahman dahlan, salleh said keruak, all the bastards of umno.

      Delete
    4. Lina pengkid tu xde dlam list?

      Delete
  11. Setiap benda yang kita bayar di premis atau pusat-pusat pelancungan termasuk resit hotel sudah dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)........ditambah lagi cukai pelancongan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul..dasyat regim Jibby kutip cukai..selagi boleh pow, pow sampai kopak..

      Delete
  12. Jangan angkuh sangat Nazri! Without support from BN Sarawak,you are not as Minister now...

    BN loses without BN Sarawak...Muhasabah diri..mind your mouth..walaupun ko kaya ke?,ko ada bini-bini cantik ke?...jangan lah perelekeh orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape hal nak pikir pasal jasa orang sarawak. Dia ni antara memteri2 golongan mewah harta sebaris dengan tan sri ramli ngah talib.ape barang menteri jagung nak bising.bijan pun tak penah tanya mana di korek harta karun byk sgt

      Delete
    2. Bijan pun tak bersuara isu nazry vs menteri jagung...

      Delete
  13. Ekonomi kita di landasan yg betul weeeihhh, bagus di asean weeeihhh, bank dunia pon puji weeeihhh....tapi duit tarak weeeihhh, cukai apa lagi lepas ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melihat pd perangai samseng musibat & prestasi si Kepek ini selama ini, portfolio paling pantas adalah Menteri Pelencongan taik lancung....!!!!

      Delete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Why don't you approach Rosmah & Najib as they are in dire needs of cash for their non-stop extravagant-lavish spending.

      Delete
    2. I believe Rosmah & Najib are already members of this society of the rich and famous. That's why they're so confident hanging on to power. Someone or something is taking care of everything for them. Perjanjian tetap perjanjian. The exchange of which is never cheap.

      Delete
  15. Nazri tak layak jadi wakil rakyat. Angkuh dan sombong merasa dirinya lebih hebat dari orang lain. Kata-katanya tak pernah dijaga. I think your time is up la Nazri. U punya jantan pun takat u punya dick saja. Di belakang saja berani. Depan Tun M langsung bisu seribu bahasa. U jangan main-main dengan orang Sarawak. Sampai hari ini Umno tak bolos ke situ. Sabah boleh lah kau kotak katik. Tapi tiba masa mengamuk juga bobohizan Sabah. Mungkin kepala kau jadi idaman mereka. Ini bukan cakap saja ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang padang renggas suka...dh berpengal2 kasi dia menang

      Delete
  16. Bayangkan bagaimana tahap keangkuhan nazri bila jadi PM..

    ReplyDelete
  17. Kalau dalam komuniti kami dah lama org mcm Nazri Aziz ni kena belasah hidup-hidup.

    ReplyDelete
  18. Surat terbuka untuk pemimpin pembangkang Malaysia
    SURAT ini ditujukan untuk semua pemimpin parti pembangkang di Malaysia termasuk PAS walaupun PAS sendiri tidak tahu dan tidak jelas adakah mereka pembangkang atau mesra kerajaan atau blok ketiga di Tanjung Rambutan.

    Untuk pemimpin PAS, saya tiada perkataan yang baik untuk parti anda. Jadi mengikut arwah ibu saya, jika tiada perkataan yang baik untuk diluahkan maka lebih elok diam saja. Cuma saya berpendapat parti anda sudah ke laut, sama seperti hobi tuan presiden anda.

    Untuk pemimpin Bersatu, walaupun parti anda masih baharu tetapi nafsu anda membuak-buak untuk menjadi perdana menteri Malaysia lebih gelojoh daripada parti lama anda, Umno yang sudah merogol dan meliwat negara ini selama hampir 60 tahun.

    Dengan bekas perdana menteri yang merosakkan segala perundangan negara selama 22 tahun, anda berharap orang ini akan memimpin aspirasi anak muda?

    Dengan bekas timbalan perdana menteri yang tidak berani melawan pahlawan Bugis dari Pekan yang busuk dengan korupsi, anda fikir orang ini mampu berdepan dengan kuasa luar yang sedang membeli Malaysia dengan rakusnya?

    Dengan bekas menteri besar Kedah yang dilahirkan dengan "sudu perak" dan "dulang emas", anda fikir orang ini mampu merasai kesusahan marhaen yang tidak cukup wang untuk membeli susu bayi dan bekal anak sekolah?

    Untuk anda semua, berhentilah daripada dunia politik Malaysia kerana tiada siapa pun yang memerlukan bantuan anda.

    Untuk Mukhriz Mahathir, masa anda lebih elok digunakan untuk menambah kekayaan keluarga anda.

    Untuk Muhyiddin, gunakan wang yang anda kumpul; secara sah atau tidak sewaktu menjadi menteri besar Johor untuk kebaikan fakir miskin.

    Untuk Dr Mahathir Mohamad, negara ini tidak lagi memerlukan anda, cukuplah 22 tahun kami dirogol dan diliwat, anak cucu anda mungkin tidak mempunyai masa yang lama lagi untuk bermain dan bermesra dengan anda. Luangkan masa yang masih berbaki untuk mereka. Itu lebih berfaedah.
    Untuk pemimpin Pakatan Harapan, sampai bilakah anda harus faham untuk memerintah Malaysia anda harus tumbangkan Umno bukan PAS?

    Lupakan mereka dan kisah lama yang indah sewaktu berumah tangga dengan PAS dulu. Anda tidak layak memerintah Malaysia kerana tidak berjiwa besar dan amat mudah beremosi dengan serangan nyamuk yang kecil.

    Jika mereka yang gila talak pun tidak mampu anda tangani, adakah anda mampu tangani masalah kelaparan dan kesusahan rakyat?

    Untuk pemimpin DAP, yang terlalu biadab dan tidak berhenti-henti membodohkan Melayu, sampai bila anda harus sedar anda memerlukan undi Melayu untuk memerintah Malaysia?

    Cukuplah dengan kedangkalan video murahan Teresa Kok. Cukuplah dengan kesombongan Lim Guan Eng walaupun hanya memerintah sebuah pulau yang kecil. Cukuplah dengan kebejatan Lim Kit Siang yang membangkang segala apa pun tanpa mendatangkan apa-apa faedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Return to sender.

      Delete
    2. Kau ni mesti pentaksub PKR..parti pentaksub Anwar..Kalau ditakdirkan Pas atau Bersatu menang paling banyak kerusi di Malaysia berbanding PKR, Walau macam manapun Anwar WAJIB dilantik sebagai PM. Atas dasar apa Anwar dilantik sebagai PM kalau PKR sebagai parti minority?
      Tiada dasar kata mereka. Kalau pembangkang menang PRU, kerusi PM adalah hak mutlak manusia bernama Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dilahirkan di dunia ni untuk menjadi PM..

      Delete
  19. FUYOOOO ...

    POSTING BLOGGER BARUA GEBANG SAJA
    ISU DAH TAK ADE ASAL SIKIT ISU KAUT AJER
    BEREBUT NAK JADI 'PM' TAK NAMPAK PULA
    ALAHAI SPIN BODOH RAKYAT BAHAK2 KETAWA


    KIKIKIKIKIKI... BARUA DAP@SINGAPORK BERAMBUSSS...

    ALAHAIIIIII......!!!!

    INI KALI HAAHHH....

    ReplyDelete
  20. Dan nombor 4 dikhaskan untuk kamu kerana ia bermakna mati dalam dialek Tiong Hua; parti kamu yang akan mati dulu sebelum kamu dapat melihat Umno jatuh kerana kebobrokan dan kedegilan kamu sendiri.
    Untuk pemimpin PKR, sampai bila perjuangan parti kamu berpaksikan atas seorang manusia dengan melupakan masalah rakyat Malaysia yang lain? Ya, saudara Anwar Ibrahim merupakan ikon kebebasan.

    Tetapi, hakikat pahit yang harus ditelan ialah Anwar di dalam penjara. Adakah kamu merasa tiada manusia lagi di Malaysia ini yang mampu menggalas tanggungjawab besar sebagai perdana menteri Malaysia?

    Jikalau Abdullah Badawi yang tidur sepanjang memerintah Malaysia mampu bertahan empat tahun, saya berpendapat ramai lagi insan di luar penjara yang mampu menjalankan tugas ini.
    Cukuplah, diletakkan Dr Wan Azizah Ismail di mana-mana kawasan Parlimen atas alasan menjaganya bagi Anwar. Kami tidak memerlukan boneka, kami perlukan manusia.
    Cukuplah kamu mengamalkan nepotisme dalam parti kamu dengan meletakkan mereka yang berbinkan Anwar dalam jawatan penting.

    Mereka ini tidak layak jika tidak berbinkan Anwar. Cukuplah anak emas Anwar, Azmin Ali menggunakan segala syarikat kerajaan negeri Selangor untuk mencari wang bagi tabung parti kamu seperti permainan politik Umno.

    Cukuplah kamu mangsakan pemimpin kamu sendiri untuk melindungi kepentingan seorang insan. Cukup!

    Untuk semua pemimpin pembangkang Malaysia, kami tidak memerlukan kamu. Kamu bukan aspirasi kami. Kamu bukan harapan kami. Bahkan dengan kamu yang meniru segala permainan Umno/BN kamu merosakkan peluang kami anak muda untuk melihat Malaysia baharu.

    Rakyat Malaysia yang inginkan kepada perubahan. terhalang oleh kedangkalan politik perkauman dan agama walaupun kamu sendiri membenci politik perkauman dan agama Umno.

    Adakah kamu berfikiran waras dengan meniru segala apa yang Umno/BN amalkan selama 60 tahun, kamu berpeluang mengalahkan Umno/BN?

    Kamulah masalah pada Malaysia, bukan penyelesaian. Undur!

    ReplyDelete
  21. BEKAS PENGERUSI 5 PENGGAL UMNO INI
    OTOMAN AMAT MEROYAN GILO BABI ARI NI
    DASAR MANUSIA TAK TAU MEMBALAS BUDI
    DULU PLURALIS DI LAWAN SEKARANG DIJILATI


    PANTEKKKKK LA HAIII........


    BERAMBUS MACAI CAP BUNG BARUA DAP@SINGAPORK.....

    ALAHAIIIIIII....!!!!


    INI KALI LAH YER.....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat singapork meroyan lagi
      Peristiwa lama diungkit kembali
      Apa kena plak dijolok bro othaman pada dia kali ini
      Sehingga menggila bagai terkena virus h1n1 cifut babi..

      Mat sedar le ini bulan puasa
      Apa yang mat tak puas hatinya
      Budi telah bro othaman balas dengan jasa
      Bukan macam mat yang ntah apa sumbangannya..

      Banyak banyak bersabar ye mat,
      Kalo tak puasa naik van mayat..






      Delete
  22. Terjemahkan dalam bentuk UNDI anda pada PRU-14 nanti. Berbuih mulut pun tiada berguna kalau tiada tindakan. Kuasa di tangan kita rakyat Malaysia. Kali ini dengan azam dan tekad kita mampu mengubah masa depan, dengan syarat kita stop bickering and start working.

    ReplyDelete
  23. Yg memalukan ialah bila ada yg mencarut berbuih atas bawahnya sawan babi tapi tidak turun mengundi atas apa juga alasan seperti tak update alamat atau apa juga, ataupun, tak mendaftar langsung sebagai pemilih. Malang.

    ReplyDelete
  24. Menteri2 bodoh berbalah Najib yang punya angkara senang lenang pakai perisai menteri2 yg bodoh itu. Tak nampak ke sijahanam bijan tu hanya duduk tersenyum sebab macai2 dia ada tolong dia uruskan mess yg dia yg buat. Inilah yg digelar tukang cuci tahi. Kalau taek jholow tukang cuci duit Najib, menteri2 Najib adalah tukang cuci taik Najib. Yes, and directly from his butthole.

    ReplyDelete
  25. Bro Othaman Mat nak tibai
    konon Mat merasa pandai
    Othaman berilmu Mat keldai
    kerana dedak negara Mat gadai!

    Mat Singapork tak ada nama
    bro Othaman umno dah lama
    dalam umno ada jasanya
    Mat hanya pencuci belanga!

    Zaman Mahathir takde gst
    tapi berjaya kawal ekonomi
    boleh pulak KLIA berdiri
    kerana wawasan Perdana Menteri..

    Proton hasil idea tempatan
    Tun Mahathir jadi pahlawan
    anak Melayu bersingsing lengan
    industry automotif didalam tangan..

    Proton, KLCC dan banyak lagi
    Peruntukan pelajaran letak tertinggi
    Anak2 Melayu keluar negeri
    Pulang berjasa tanahair sendiri..

    tapi kini melihat sedih
    Pemimpin Negara kuat berdalih
    diberi sedikit diambil lebih
    emdibi tempat wang dikalih..

    kalau Mahathir pelajaran utama
    tapi Bijan memotong dana
    berbillion hilang entah dimana
    suka hiburan bagi decoder!

    ramai pelajar sudah bersungut
    nak bayar elaun seperti semut
    melebih tempoh belajar tersangkut
    kalau begitu, kasi dia out!!





    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun..

      Kalo dah takde fakta
      Hujah mat adalah mengata
      Dari dulu, kini dah selama lama
      Modus operandi mat tetap sama..

      Sepatutnya setiap pemimpin yang baru
      Meneruskan agenda baik orang terdahulu
      Memperbaiki khidmat meningkatkan mutu
      Bukan hanya gah dengan slogan kecemerlangan di utamakan, rakyat didahulu..


      Delete
  26. Tulisan jawi mesti diperkasa...dgn tulusan jawi bisa hapuskan gst dll..ayuh baca jawi..jawi penting...masuk jawi lagi pentong....pekan jawi ada tak....nak hantarpok jib baca jawi...

    ReplyDelete
  27. BN ni memang dah berniat nak kalah PRU akan datang. Presiden nya kalau nak berundur malu. Jadi kena strategize..wakawakawaka...
    Nazri, Ku Nan dan beberapa ahli BN yang mulut celupar sangat sangat membantu menjaya kan niat BN ni.
    Mudah mudah mencapai kejayaan yang diidam.


    ReplyDelete
  28. Dh laa budin oii. tunggu jer laa pru nti. jgn x caya plak. Kahkahkah..

    #hidupatoktua
    #hidupatokliwat
    #hidupapektua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno menipu pru memanglah kau yakin menang. Tunggu saja la.

      #hidupkleptokrat
      #hiduppenyangak
      #hidupmukataktaumalu

      Delete
  29. MEMACAM LA ALASAN PUAK NAK KALAH NI
    NAK LAYAN KERENAH MACAM CIPAN SAJA
    KEKUATAN PAKATAN YANG TAK ADA KINI
    USAHA DICARI SALAH ORANG ITU INI SEMUANYA
    SENDIRI PUNYA BANGANG LANSUNG X DI PEDULI


    kkkikiki.... BERAMVUSSS SAJA INI KALI LAH...

    ORANG DAH NAK KALAH MEMACAM LA PERANGAI DIBUATNYA... PUIIIII..



    BERAMBUSSS..

    ReplyDelete
  30. http://mymassa.blogspot.my/2017/06/pkr-sangat-marah-tun-m-hijack-pkr-kata.html?m=1

    LINK ATAS ... KIKIKI NGATA ORANG DIA YG LEBIH.. KIKIKKIKIKI..

    ALAHAII PAKU DOLANG PAKU SERPIH
    NGATA ORANG PUAK SANA YG LELEBIH
    PANTUN DUA KERAT TU PANTUN LAMA WEEHH..!!!
    JAGA TEPI KAIN ORANG KAIN SENDIRI DAH LONDEH

    KIKIKIKIKIKI.... PUIIIIIII.....!!!

    BERAMBUSSSS.... KIKIKIKI

    ReplyDelete
  31. Rupanya masih ada SAKI BAKI INSAN yang masih tak dapat terima hakikat..wahlal skrg ni nmpak makcik felda pun dah pandai tolak bijan,sahabat di sarawak,sahabat di sabah pun sama.dh pandai tolak bijan. Tapi saki baki ni tetap kekal tak berubah....sampai masuk kubur dh ni aku rasa tak berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak akan berubah punya walaupun dah jadi jenazah. Malah akan bangkit semula jadi pocong toing toing bawa plakad I♥PM. Tak perasan yg dia dah meninggal.

      Delete
    2. Aduyaiiiiiii sampai cmtu punya la sayang sgt kat melayu bijan kau mat singapork hahahahahahaha

      Delete
  32. Buat masa kini , di Malaysia terdapat dua kumpulan samseng ...

    Satu kumpulan samseng , buat apa pun okey . PDRM , SPRM atau apa EM sekali pun tak bolih usik . Kumpulan ini lah yang sedang memerintah Malaysia .

    Satu kumpulan lagi , buat kesalahan ciput pun pasti esok keluar berita yang besar . Anda fikirkan lah siapa mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini ???

    ReplyDelete
  33. Kumpulan rakyat marhaen le yg jadi mangsa samada dikambinghitamkan atau tidak, target pada kumpulan rakyat biasa. Yg miskin papa kedana sampai mencuri kerna tak makan ditangkap dipenjara tak lama lg dipotong tangan dan kaki bersilang ikut tradisi yahudi orthodok. Tapi yahudi juga tetap dipersalahkan hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa bangang punya melayu umno dan pussypas rupanya amalan dicedok drpd amalan yahudi. Patut le kita dilarang drpd membaca kitab2 lain spt injil rupanya dlm perjanjian lama itu banyak persamaan dgn apa yg dicedok oleh ulama arab juge ulama melayu. Haih pathetic sgt3.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...