Tuesday 13 June 2017

INIKAH KONSEP RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN VERSI NAJIB?


PM Najib telah mengumumkan pemberian dekoder percuma kepada 4.2 juta penerima BR1M. Pemberian dan pengunaan dekoder ini adalah sebahagian dari projek peralihan sistem penyiaran dari analog kepada digital. 

Harga dekoder tersebut ialah sebanyak RM199. Persoalannya apakah pemberian dekoder percuma dengan kos yang besar boleh membantu menyelesaikan hidup rakyat khususnya 4.2 juta penerima BR1M?

Rakyat kini tertekan dengan kenaikan kos sara hidup akibat dari harga barang keperluan meningkat naik angkara GST, tetapi kerajaan UmnoBN seperti langsung tidak menghiraukan penderitaaan rakyat. 

Pemberian BR1M sebanyak RM1200 setahun atau RM3.28 sehari tidak pun dapat merubah kehidupan rakyat yang makin terbeban, inikan pula dekoder yang tidak boleh menjadi juadah berbuka puasa  serta penerima BR1M terpaksa juga menanggung kos pemasangan dengan harga RM180.

Perbelanjaan dekoder percuma yang diberi kerajaan berdasarkan harga RM199 X 4.2 juta bersamaan RM834 juta. Satu angka yang sangat besar tetapi  tidak membantu penerima BR1M keluar dari bebanan hidup yang menghimpit kehidupan mereka sekeluarga. 

Jika Malaysia mempunyai PM yang bijak berfikir untuk rakyat sudah tentu dengan RM834 juta itu, Malaysia boleh mendapatkan 18,533 mesin dialisis bagi membantu pesakit buah pinggang yang memerlukan.

Dengan RM834 juta juga Malaysia boleh membiayai pembinaan 27,800 buah rumah bagi orang miskin yang tiada rumah dengan harga RM30 ribu sebuah atau memberi  bantuan RM10 ribu sebuah bagi membaiki 83,400 buah rumah daif di luar bandar. 

Kerajaan juga sepatutnya memilih menggunakan wang RM834 juta itu untuk membantu pembiayaan pendidikan  kepada pelajar IPT dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah supaya mereka tidak terus terbeban dengan hutang. 

Malang untuk Malaysia kerana memiliki PM umpama musang yang akan menghabiskan ayam satu 'lau' (reban) dan menteri dari 'parti kitchen kebinet' (UmnoBn) yang 'berotak selut dan belemoih dengan korupsi'.

Rakyat pun rasa pelik apabila lain yang diminta dan diharapkan oleh rakyat lain pula yang diberikan oleh kerajaan. 

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena.


Ulasan Blog - Siapa kroni yang dapat projek RM834 juta untuk membekalkan dekoder itu?

Inikah rupa bentuk konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan yang selalu dibanggakan oleh Najib Razak?

Mengapa lain yang rakyat harapkan dalam keadaan kos sara hidup terus meningkat ini, tetapi benda lain yang diberikannya?

Siapa pernah pergi ke Pekan, kawasan Parlimen Najib?

Tak usah lihat rumah-rumah di kawasan perkampungan nelayan yang tersorok daripada pandangan umum, lihat saja keadaan rumah di tepi-tepi jalan menuju ke bandar Pekan itu sendiri, bagaimana keadaannya?

Kalau pun  Najib tidak mahu membantu kawasan-kawasan yang diwakili pembangkang, kenapa beliau tidak menggunakan sebahagian peruntukan RM834 juta itu untuk membantu rumah-rumah yang banyak uzur di tepi-tepi jalan di sekitar Pekan, kawasan yang diwakilinya sendiri sejak puluhan tahun lamanya?

Benar-benar gembirakah pengundi Pekan yang tinggal di rumah yang uzur itu dengan hanya diberikan sebuah dekoder, sedangkan kemiskinan mereka akan jadi tontonan yang lebih nyata dalam paparan televisyen digital nanti? (ShahbudinHusin 13/06/2016).

73 comments:

  1. Ayat last tu mmg terbaik men dalam dan penuh makna
    Well done bro Budin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat ni mg bodoh secara berjemaah Budin. Tambah2 yg beragama Islam. Ko bagi seposen, suruh bersyukur, trus menggelupor sujud kpd BN punyalah.

      Ketahuilah selama ini, UMNO BN lah yg memberi, mengatur dan mendesign rezeki rakyat sehingga trus menjadi bangang berterusan tanpa mampu bangkit dari kejahilan hidup lahiriah juga batiniah.

      Lagi bertambah alim, maka lagi bertambah bodoh la Melayu ni. Konsep2 ibadat dlm Islam adalah sumber utama manipulasi politik utk memperbodohkan bani melayu oleh parti2 melayu. Logik bergini mmg sukar dilawan dgn logik akal. Akhirnya surah2 suci dan hadis ditabur dibaca untuk menguatkan kebodohan bani melayu.

      Jika melawan, ulamak akan dibawa datang dan takut2kan dgn balasan api neraka, azab kubur dan juga tuhan. Ini mmg lawak seram hantu jembalang dan sang kelembai yg menakutkan dlm lingkungan kehidupan hitam bani melayu ribuan tahun Budin. Skrg mmg masa yg sesuai pula apabila ulamak2 PAS pun sama menikmati dedak Najib. Sama2 berperut boyot dan layak untuk disembah bani melayu.

      Umat melayu pula sentiasa mencari2 idea untuk memperbodohkan diri didepan tuhan. Ini mmg konsep ibadah. Tiada tuhan yg suka hambanya cerdik dan mengecohkannya pula. Begitu juga UMNO ini. Jika cerdik pun, mestilah sujud sembah kepadanya sahaja. Konsep ampuh ini sukar dipecahkan bani melayu sampai bila2, termasuk kita semua.

      Ada wujudkah bani melayu mampu mempertikaikan ayat2 agama yg dihidangkan pemimpin dan agamawan melayu? Berapa kerat sgt yg ada. Selagi wujud ayat2 suci untuk memperbodohkan umat, selagi itulah umat melayu tidak akan mampu bangkit melawan UMNO.

      Modal UMNO BN juga PAS juga raja2 adalah ayat2 agama dan ketahuilah mereka telahpun mengambilalih tugas2 nabi dan arahan2 Allah, demi memperkayakan diri, orang sekeliling dan kroni sambil berterusan membodohkan Melayu.

      Ini yg Melayu tak mampu berpikir dan renung2kan. Jika dipikir, mereka khuatir akan menjadi kapir. Sbb apa, sbb tuhan melayu sudah bukan Allah lagi. Tuhan dan nabi2 juga rasul2 melayu kini telahpun berubah kpd UMNO, PAS dan raja2.

      Sampai bila kita nak sedar yg kita sudah menyembah para haramjadah ini ya?

      Delete
    2. Sementara sebilangan besar umat Islam berduka cita atas kejatuhan Baitul Maqdis (Jerusalem) tanggal 7 Jun 1967 semasa Perang Enam Hari. Ada yang berduka cita kerana ‘Jerusalem Jubilee’ tak dapat dilangsungkan.

      Para apologis main cakap ‘Jerusalem Jubilee’ itu sambutan orang Kristian. Itu sikap buat-buat tahu yang menimbulkan fitnah kepada ajaran Kristian yang murni. Wakil gereja sendiri menafikan Jerusalem Jubilee itu acara rasmi komuniti Kristian tempatan.

      Benar, istilah ‘jubilee’ (perayaan ulang tahun) ada asas dalam Book of Leviticus, Bible. Pope Katolik pun selalu mengisytiharkan tahun sekian sekian sebagai jubilee (seperti tahun 2000 sebagai The Great Jubilee). Tahun 2017, Protestan menyambut jubilee ke-500 Reformasi Protestan yang dibawa oleh Martin Luther.

      Tapi apakah itu ‘Jerusalem Jubilee 2017’? Apa yang ‘special’ pasal Jerusalem dan 2017? Apa yang tahun ke-50?

      Anda takkan jumpa Jerusalem Jubilee 2016 atau Jerusalem Jubilee 2015, tahun depan pun tak akan ada. Jerusalem Jubilee 2017 adalah kempen antarabangsa untuk meraikan ulang tahun ke-50 kejatuhan Jerusalem Timur ke tangan Israel, peristiwa yang membolehkan Israel menguasai keseluruhan Jerusalem sebagai ‘undivided capital of Israel’ (cuba lihat website http://jerusalemjubilee.com/).

      Orang Islam bantah bukan sebab sensitif, paranoia atau overreact. Pendudukan Israel ke atas Jerusalem adalah bertentangan dengan pendirian Malaysia dalam konflik Israel-Palestin. Malah United Nations sendiri mengharamkan penaklukan Israel ke atas Jerusalem melalui Resolusi 478 (tahun 1980) dan Resolusi 242 (tahun 1967).

      Pendudukan Israel ke atas Jerusalem adalah satu kezaliman besar dan pencerobohan ke atas hak Bangsa Palestin. Meraikan kezaliman ibarat bersorak atas keruntuhan WTC pada 11 September, atau bersorak atas serangan Pearl Harbor pada 7 Disember. Ini adalah soal kemanusiaan dan keadilan.

      Kristian yang sebenar tidak obses dengan Jerusalem. Bagi orang Kristian, Jerusalem hanya tempat untuk mengenang Jesus (Nabi Isa) disalib dan dibangkitkan semula. Simbol-simbol Yahudi seperti Solomon’s Temple tidak memberi makna kepada Kristian.

      Dalam fahaman Kristian, Jerusalem yang disebut sebagai ibu kota ‘God’s Kingdom’ yang bakal didirikan selepas ‘Second Coming of Jesus’ bukanlah Jerusalem yang fizikal tetapi ‘New Jerusalem’. Jesus kata ‘my kingdom is not of this world’ (John 18:36 KJV), St. John pula melihat ‘New Jerusalem’ turun dari langit (Revelation 21:2). Jadi, fahaman Kristian yang murni tidak akan mencampur aduk simbol Judaism (lampu menorah), tarikh penaklukan Jerusalem oleh rejim duniawi dengan konsep Jerusalem dalam Bible.

      Yang obses dengan Jerusalem cumalah Zionis. Mereka memerlukan Jerusalem untuk mengabsahkan penaklukan mereka ke atas Palestin. Zionis mendakwa mereka memenuhi ramalan Kitab Torah (Old Testament, Bible) dalam Book of Ezekiel yang mengatakan Bani Israel akan kembali ke Palestin dan mendirikan semula kuil suci.

      Yang simpati dengan Zionis ialah golongan yang dikenali sebagai Christian Zionist. Mereka bukan berasal dari aliran Kristian yang tradisional tetapi dari gerakan Evangelis di Amerika. Mereka suka menafsir ayat-ayat Bible tanpa merujuk kepada autoriti ilmu. Hasilnya, mereka mengaitkan ramalan Bible tentang ‘akhir zaman’ (end times) dengan Israel. Peristiwa 1967 buat mereka bertambah yakin bahawa Israel moden lah Bani Israel yang disebut dalam Book of Ezekiel. Jadi mereka tak mau ingkar takdir Tuhan dan memberi sokongan penuh kepada Israel.

      George W. Bush juga seorang Christian Zionist. Bush pernah menyebut tentang ‘Gog and Magog’ (Yakjuj dan Makjuj) semasa menelefon presiden Perancis, Jacques Chirac untuk memujuknya menyertai Perang Iraq. Bush menganggap Rusia, Iraq, Syria sebagai Gog and Magog yang mengancam keselamatan Bani Israel. Pendirian pro-Israel Bush adalah dibentuk oleh tafsiran Evangelis terhadap Book of Ezekiel.

      Delete
    3. Saya tak mampu berkata apa-apa bila baca komen saudara. Tepat dan bernas. Terutamanya ayat " rakyat ni memang bodoh secara berjemaah. Bika diberi 10 sen, terua sujud syukur di kaki Umno/BN'.
      Teruskan usaha tuan memberi komen bernas dalam menyedarkan rakyat.

      Delete
    4. Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin hari ini mengemukakan permohonan maaf kepada Istana Selangor berhubung kenyataannya yang mendakwa sebuah surau di negeri ini telah digunakan bagi acara politik.

      Bagaimanapun Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard hanya menarik sebahagian daripada tulisannya yang 'tersalah fakta', dan mempertahankan tulisan selebihnya dalam artikel bertajuk 'Pertanyaan Terbuka Buat Istana Selangor' di blognya itu.
      "Setelah mendapat respon dan diperiksa dengan penduduk setempat disahkan bahawa gambar tersebut merupakan ruang solat sebuah surau yang tidak digunakan lagi sebagai surau sejak Mac 2017 setelah Masjid Al Falah Jalan Kebun yang terletak berdekatan mula beroperasi.

      "Sehubungan dengan itu saya menarik sebahagian dari tulisan tersebut yang salah fakta dan memohon maaf kepada pihak berkenaan.

      "Saya memohon maaf juga kepada Istana Selangor berkenaan kesilapan fakta dalam persoalan yang dibangkitkan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan respon berkenaan persoalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam blognya.

      Tinjauan Antarapos dalam artikel asal bertajuk 'Pertanyaan Terbuka Buat Istana Selangor' bertarikh 6 Jun di blognya itu, didapati Chegubard menggariskan ayat yang 'tersalah fakta' sebagai tanda ia ditarik balik, dan kemudian memaparkan kenyataan terbaru selepas 'pembetulan' dilakukan.

      Ayat yang ditarik semula itu adalah:

      "Kini jelas gambar program jentera pilihanraya PAS tersebar kelihatan seolah di ruang solat juga dalam masjid / surau / madrasah di negeri Selangor , adakah Istana Selangor akan turut diam kerana PAS sudah mesra Umno ? Ini bukan tuduhan tapi pertanyaan yang harus mendapat respon pihak penganjur dan Istana juga"

      Terdahulu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi tempoh 24 jam kepada Chegubard untuk menarik balik kenyataannya yang berbaur fitnah terhadap Istana Selangor atau berdepan tindakan undang-undang.

      Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, jika aktivis politik itu gagal berbuat demikian, MAIS akan mengambil tindakan mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia atau didakwa mengikut Akta Fitnah 1957.

      Kata Adzib juga, MAIS sudah mengarahkan satu siasatan dijalankan terhadap dakwaan itu, dan mendapati surau itu sudah ditutup selepas Masjid Al Falah Jalan Kebun mula beroperasi sejak 30 Mac lalu.

      Menerusi artikel yang disiarkan di blognya 6 Jun lalu itu, Chegubard mendakwa PAS kawasan Kota Raja telah menyalahgunakan kemudahan di Surau Al-Falah di Jalan Kebun dengan mengadakan progam pemukiman untuk pilihan raya umum akan datang.

      Bagaimanapun, PAS kawasan itu menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai fitnah.

      Delete
    5. Parti Harapan Malaysia (PHM) hari ini menghantar surat kepada ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) Datuk Mohammad Razin Abdullah memohon supaya kelulusan pendaftaran parti berkenaan dipercepatkan.

      Timbalan presiden jawatankuasa penaja PHM, Johari Musa berkata, permohonan untuk mendaftarkan PHM dihantar pada 10 Disember 2015 dan pada 6 Mac tahun lepas pihaknya membayar wang pendaftaran atas nama Parti Harapan Malaysia.

      “Sejak 6 Mac, kami tidak menerima apa-apa berita dari pihak JPPM dan semakan terakhir beberapa bulan lalu mendapati status parti ini adalah menunggu kelulusan,”katanya kepada pemberita selepas menghantar surat berkenaan kepada JPPM di sini.

      Beliau berkata PHM ingin menyertai pilihan raya umum yang akan datang dengan bergerak secara sah di sisi undang-undang pertubuhan.

      Menurutnya, lebih 40,000 individu dari seluruh negara berhasrat menyertai parti itu.

      Johari turut mengingatkan pakatan pembangkang yang menggunakan nama Pakatan Harapan bahawa PHM sudah menghantar permohonan untuk mendaftarkan nama “Parti Harapan Malaysia” sejak 2015 ketika pakatan pembangkang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

      Delete
    6. Politik Malaysia hari ini sangat menghairankan. Tahap pragmatisme yang mendasari pemikiran politikus berada pada tahap yang sangat mengelirukan. Yang dulu musuh kini menjadi kawan. Yang dulu kroni kini menjadi pesaing. Dulu sokong sekarang bantah. Dulu menentang sekarang mendokongnya pula. Walaupun tindakan tersebut jelas membuktikan mereka sedang jilat ludah sendiri, mereka tetap lakukan. U-Turn dibuat dalam bermacam versi.



      Antara tokoh yang paling jelas melakukan u-turn hari ini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau kini disanjung oleh anggota PH sebagai wira yang suci murni. Sikap beliau yang menentang pentadbiran Dato Sri Najib sehingga mengambil tindakan keluar Umno dan menubuhkan parti baharu, PPBM, dianggap oleh PH sebagai satu keikhlasan dan telah kembali ke pangkal jalan.

      Benarkah sebegitu?
      Sebelum menjawab hal ini, imbas dahulu beberapa pendirian u-turn beliau yang sangat terkenal. Pertama adalah sikapnya terhadap himpunan demonstrasi. Pada tahun 2012 (sebelum PRU13) ketika masih dalam Umno, beliau menganggap bersih sebagai himpunan yang mencetuskan huru hara kepada negara. Pada tahun 2016, beliau menyokong pula himpunan tersebut dan menganggap ia cara terbaik untuk menjatuhkan Dato Sri Najib.


      Padahal jika kita masih belum lupa, Dr Mahathir sebelum ini adalah penyokong kuat Najib Tun Razak. Ketika Dr Mahathir didesak hebat untuk meletak jawatan setelah menyebabkan Umno menghadapi kekalahan terburuk sepanjang sejarah pada PRU 1999, beliau mensyaratkan kepada bakal PM selepasnya iaitu Tun Abdullah Badawi, supaya menamakan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri, sekaligus melobi Najib untuk jawatan Timbalan Presiden Umno.

      http://malaysianreview.com/119584/tun-mahathir-dedah-surat-kepada-pak-lah-lantik-najib-tpm/

      Selepas Tun Abdullah membawa Umno lebih gagal pada PRU 2008 sehingga menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen, Dr Mahathir mengkritik Abdullah dan bertindak keluar Umno. Ia sebagai satu tekanan agar Abdullah turun dan segera diganti oleh timbalannya Najib. Umum mengetahui Najib adalah orang kepercayaan Mahathir sejak zaman pemerintah beliau lagi.

      http://www.malaysia-today.net/why-then-did-pak-lah-and-mahathir-make-najib-pm/

      Kini Najib gagal memulihkan Umno sebaliknya membawa kekalahan yang lebih teruk. Dr Mahathir mengulang skrip yang sama. Selepas mengkritik kepimpinan Najib, beliau mengambil tindakan populis meletakkan jawatan. Malangnya Najib tidak selemah Tun Abdullah. Najib bertindak balas dengan menyingkirkan hampir semua kroni-kroni Mahathir dan sebarang pihak yang mengancamnya. Maka kita saksikanlah episod-episod seperti pemecatan Muhyidin Yasin, Shapie Apdal, dan terbaru menamakan Hisyamudin sebagai Menteri Tugas-tugas Khas bagi mengambil alih peranan Timbalan Perdana Menteri.

      Mahathir meneruskan agenda menyingkir Najib. Bagi Mahathir, selagi Najib di situ selagi itulah Umno tidak akan pulih. Beliau mahu selamatkan Umno dari terus jatuh:

      http://malaysianreview.com/118116/tun-mahathir-gesa-singkir-najib-untuk-selamatkan-umno/

      Nyata beliau tidak pernah berubah. Pendiriannya semasa menekan kepimpinan Abdullah Badawi masih tetap sama seperti dulu. Selepas berjaya menjatuhkan Najib, tidak mustahil beliau akan kembali bersama Umno semula.

      Soalan seterusnya yang perlu dijawab, kenapakah Mahathir terlalu sayangkan Umno? Atau benarkah tindakan itu kerana sayangnya terhadap masa depan Umno? Kita jawab pada siri akan datang.

      Delete
    7. DOJ rampas hartanah london milik cinapek jholok puki tembam paris

      Anak angkat rosmah nih dah bankrap..

      Harta di london disewakan kpd syarikat menjual coli dan spender....

      Habis harta malaysia 10b di rampas amerika...

      Bdo Rosmah ingat budak TKC cerdik rupenyer bodoh KTK seremban nib

      Delete
    8. Boleh baca dan menulis jawi? Kalau boleh anda termasuk di dalam golongan-golongan manusia special yang masih hidup di bumi Malaysia.

      Kenapa saya kata begitu?

      Berani saya kata, pengetahuan bahasa jawi terutama di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia kini sebenarnya semakin tenat. Buktinya, pada tahun 2012 seorang pakar dalam bidang tulisan jawi berbangsa Korea pernah menzahirkan kebimbangannya terhadap tulisan jawi yang dikatakan semakin dilupakan terutama golongan muda di Malaysia.

      Cuba tengok, orang luar pun risau terhadap tulisan jawi di Malaysia. Tidak mustahil suatu hari nanti hendak cari orang yang mahir membaca dan menulis jawi di Malaysia susah. Sedangkan, dahulu inilah tulisan yang menjadi sebahagian daripada sumber ilmu.
      Seperti yang kita tahu, tulisan jawi dahulunya merupakan salah satu medium komunikasi penting yang digunakan zaman sebelum dan selepas merdeka.

      Buktinya sangat banyak, contoh seperti penemuan semula batu bersurat, surat beranak datuk anda, surat-surat jual beli dan sebagainya. Selain itu, dulu terdapat juga surat khabar yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Generasi 90an pasti masih ingat lagi.

      Dahulu, tulisan jawi merupakan satu pelajaran wajib di sekolah. Namun, sejak kebelakangan ini minat dan penguasaan masyarakat terhadap tulisan jawi dilihat semakin berkurangan.

      Mungkin kerana setelah semua mata pelajaran di sekolah secara rasminya sudah di alih ke bahasa rumi termasuk Pendidikan Islam. Apa yang boleh saya kata, tulisan jawi kini seperti dianak tirikan.
      Perkara ini pernah saya bincang bersama kawan dahulu. Antara faktor penyumbang kepada masalah ini mungkin kerana:

      1. Kurangnya pendedahan tulisan jawi kepada generasi sekarang. Ibu bapa yang pandai mungkin tidak lagi mahu mengajar atau melatih anaknya kemahiran bahasa jawi.

      2. Seperti yang dinyatakan di atas, selepas bahasa rumi secara rasminya mengganti tulisan jawi.

      3. Kurang sumber bacaan dalam bahasa jawi. Ialah, sekarang Vocket sendiri pun ditulis dalam bahasa rumi. Tetapi jangan lupa, buat anda yang mahu teruskan membaca jawi masih boleh layari portal Utasan Melayu. Laman web berbahasa jawi sepenuhnya yang masih wujud.

      Oleh itu, demi mengelak bahasa jawi terus terkubur saya kira masih belum terlambat untuk kita sama-sama menyemarakkan semula bahasa warisan Melayu ini.

      Buat anda yang berminat, pada peringkat awal boleh cuba layari laman web Ejawi. Di situ anda boleh mengalih tulisan rumi kepada jawi sebagai pengenalan dan pembelajaran.

      Tidak dinafikan, terdapat banyak perkataan jawi yang telah berubah ejaan. Semuanya dikemaskini mengikut peredaran zaman supaya bersesuaian dengan masyarakat dan lebih mudah untuk dieja dan dibaca.

      Saya tahu, mungkin sekarang masih ramai lagi masyarakat Malaysia yang boleh dan pandai dalam tulisan jawi. Tapi, bagaimana dengan nasib tulisan jawi dikalangan generasi akan datang? Maksud saya 30 tahun ke hadapan mungkin.

      Jawapannya ada pada kita hari ini.

      Sekurangnya, nanti taklah malu nak mengaku ‘pejuang melayu’ tapi tak reti jawi.

      Delete
    9. Betul, seawal 60an lagi orang melayu dah failed jawi.

      Ada betul ke si Sudin tu bila dia kata turutan huruf-huruf jawi alif-mim-nun-wau (tendang) ialah ejaan bagi sarkas?

      Delete
  2. Dekoder dapat menurunkan harga minyak dan harga barang.mungkin pelancong asing boleh usung dekoder sekarang supaya x nampak sangat barusetahun jagung sebagai pelancong

    ReplyDelete
  3. Orang yg cerdik akan bertindak bijak.....tapi orang yg bangang akan bertindak bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn bro the phantom

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  4. REALITI VS TAHIK GIGI

    Ramai sahabat dan keluarga yg terima BR1M tak layak setelah diperoksan diwebsite mytv.
    Telefon call centre sendiri,dan dibertahu cuma BR1M "terbawah(?)" yg layak iaitu dlm 2 juta shj.
    Hmmm ,singlap atas songlap kot...

    ReplyDelete
  5. Di india, filwm tamil dan hindustan yang durasinya 4-5 jam dapat membantu rakyar melupakan soal kemiskinan dan kelaparan.

    Tak percaya, tanya Rajnikand

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.

      tapi di malaysia tenguk drama melayu boleh jadi lapar.


      peminat filem tamil Singam

      Delete
  6. Di india filem tamil dan hindustan durasi 4-5 jam membantu rakyat india lupa seketika tentang kemiskinan dan kelaparan

    Tak percaya, tanya Rajnikand..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib dapat idea bagi dekoder kat rakyat miskin daripada Sivaji ni lah masa dia pi India hari tu. Sivaji tu bagai dewa tau kat India tu. Tak terkejut kalau Najib bawa masuk ke Malaysia jadi ahli politik BN selain Zakir Naik.

      Delete
  7. Dgn dekoder kan dpt siaran tv3 n tv1 dgn lebih jelas. Namoaklah wajah pm kesayangan n menteri2 bijaksaana ditambah lebai2 serban yg tersimpul kemas dikepala dgn lebih jelas fan terang. Kalau dekoder diiringi dgn beras n gula lagi rakyat suka. Hidup PM yang amat prihatin. Penat ke lapar ke bila tgk tv dgn gamba yg jelas terubat jg lah hidup ini ya

    ReplyDelete
  8. Jika mengikut otak lembu Wan Rosli, decoder itu sememangnya amat bermanfaat. Jika penerima BR1M telah menerima decoder itu tiada wang untuk membeli lauk di pasar, maka decorder itu boleh dibuat masak sup atau kari nak masak kurma pun boleh, tapi hirup kuah sahajalah. Kemudian basuh decoder itu untuk dimasak berkali-kali lagi. Bagus betul idea Wan Rosli itu, kan...

    ReplyDelete
  9. Woi kome..bersukor le Piem kome perihatin bagi kome merase makan dekoder selain beras ato megi. Dekoder tu ade ke gamaknye rase cam piza?

    ReplyDelete
  10. Biar miskin atap berlubang rumah tinggal dinding dek banjir, dekoder Najib wajib ada dalam setiap rumah. Hujan ribut petir asal dapat tengok auta bijan hari2. Biar mati anak tak makan asal jangan mati bijan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa???

      Kenapa????

      Kenapa????

      Kenapa bagi dekoder ??

      Aku lapar ni..anak bini nak makan sedap2. Bagi lah vaucher tesco ke,vaucher giant ke ?
      Dapat jugak aku beli makanan berkhasiat untuk keluarga ku

      Delete
  11. Takpe...

    Bila perut lapar nanti...pegi nonton. Bila dah leka menonton sinetron...confirm tak rasa lapar lagi.

    Penat balik kerja...terus nonton hindustan..confirm hilang penat.

    Bila harga minyak naik...takpe..nonton drama cinta2...confirm lupa pasal minyak naik...

    Bla bla bla
    Hehe

    ReplyDelete
  12. Aku bertugas Kat pekan..
    Terus terang aku rasa org pekan happy sesangat dgn najib..
    Selama aku duk kawasan najib ni,susah nak jumpa yg tolak najib..
    Sapa yg Tak syg najib
    Gula2 byk diberikan
    Internet pree Ada
    Majlis penbandaran Tak sibuk nak collect Duit parking
    Jgn ditgk pada umah buruk tepi jln sbb org pekan ni Kebanyakan dari golongan senang.
    Bak kata sepanjang duk Kat pekan Ni..terasa ditatang Dan dipuja oleh najib..
    Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau duduk kat mana?....orang pekan tak puashati dengan pendatang kemboja dan burma yg dapat tanah di sekukuh pasir panjang dan kg baru cenderawasih dibatu 7 dan di nenasi...... Orang pekan susah dapat tanah...kalo duduk di temai gancong serambi hingga tanah merah tak kisah ape2... Janji banjir dapat bantuan...secara keseluruhan orang pekan masih dhaif...wakil rakyat kena selalu kluarkan duit poket...dlm pru 13 calon pembangkang pas/ pkr tidak hilang deposit..

      Delete
    2. Cadangan kutip parking oleh majlis daerah tak dipersetujui istana kerana di pekan ramai kaum keluarga tuanku..pekerja industri kete dipekan majoriti datang dari luar...

      Delete
  13. Aku bertugas Kat pekan..
    Terus terang aku rasa org pekan happy sesangat dgn najib..
    Selama aku duk kawasan najib ni,susah nak jumpa yg tolak najib..
    Sapa yg Tak syg najib
    Gula2 byk diberikan
    Internet pree Ada
    Majlis penbandaran Tak sibuk nak collect Duit parking
    Jgn ditgk pada umah buruk tepi jln sbb org pekan ni Kebanyakan dari golongan senang.
    Bak kata sepanjang duk Kat pekan Ni..terasa ditatang Dan dipuja oleh najib..
    Hahaha

    ReplyDelete
  14. Raya nnt kurangkan lah tv. Lebih Afdal berukhwah bersama2 keluarga soal spt kueh2 popular tahun ni.
    Ketupat daun la'PAS 90j,
    Sampret Shafie 9.5j,
    Baulu Dekoder 870j
    Tart Tangkup Felda,
    Almond London Tin Milo
    Dll.

    Tapi kepala hidang bertahan adalah,

    BUTIR TAHIK LOW.

    Moga bertambah meriah Syawal tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa khabar taek low ni ek lama tak dengar berita. Agaknya butir taik low ni diiktiraf tak oleh haji hadi sebagai halal?

      Delete
    2. Hadi tak pernah cakap najib melakukan kemungkaran....bahkan nak pertahankan ketuanan melayu di putrajaya...hadi nak tumpang semangkuk dengsn najib...
      Cuma hadi rancang nak jadi king maker supaya mudah demand
      jawatan tpm bila mana2 pihak perlukan pas untuk bentuk kerajaan.

      Delete
    3. Kenapa???

      Kenapa????

      Kenapa????

      Kenapa bagi dekoder ??

      Aku sendiri lapar ni..anak bini nak makan sedap2. Bagi lah vaucher tesco ke,vaucher giant ke ?
      Dapat jugak aku beli makanan berkhasiat untuk keluarga ku.

      Delete
    4. Lobai..kau mintak la hadi tegur bijan watpe bagi dekoder. Ade keperluan penting ke dalam islam bagi dekoder untuk hiburan.atau dah abis keperluan umat islam kat malaysia untuk dilaksanakan.haaaaaaaaaaaa (bak kata nasir bilal khan)

      Delete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. Dapat brim 300 hinggit...dapat dekider...bayar upah pasang 180... Beli barang dapor...lepas raya tengok tv jer lah..

    ReplyDelete
  18. Bila diberikan dekoder percuma kepada penerima Brim, mereka dapat menerima siaran media arus perdana seperti TV1,TV2,TV3 secara terus tanpa gangguan siaran. Maka propaganda kerajaan UmNoBN akan dapat diperhebatkan lagi dan disampaikan secara terus ke rumah-rumah mereka yang menerima Brim.

    ReplyDelete
  19. Bermula 1 Julai ni, satu lagi cukai akan dibayar oleh rakyat Malaysia..tahniah semua..

    ReplyDelete
  20. Time dia reti pula sorok duit yang dicuri di negara-negara bebas cukai seperti Seychelles islands, Cayman islands dan British Virgin islands semata-mata nak elak cukai. Bini shopping tak bayar cukai kastam. Rakyat dicukainya sampai nak mati. Mana-mana rakyat yang tak bayar cukai dicari sampai lubang cacing..kepala hotak kau berjambul la Jibby!...

    ReplyDelete
  21. Taktik baru decoder sebagai candy
    Pada rakyat marhaen mengambil hati
    Yang tak syoknya bukan sepenuhnya free
    Ada pula lagi caj pemasangan yang tersembunyi..

    Apa faedahnya siaran digital tv
    Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi
    Tak pasal pasal bil letrik melambung lagi
    Dari makan nasi dah tukar maggi..

    Dulu notebook free satu malaysia
    Diberi kepada warga yang layak secara percuma
    Sekarang pulak dekoder tvnya
    Yang sebenarnya untung adalah company pembekalnya..

    Betulkah pemberian membantu rakyat
    Atau wayang untuk wang diserbat
    Kalau difikir tiada di perolehi banyak manfaat
    Inilah masalahnya kalo dah kaki kleptokrat..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro....nak tau juge company pembekal dekodet tu siapa punya dan siapa share partnernya??

      Sedekah dekoder ialah satu jalan untuk kurangkan kos sara hidop rakyat dan kurangkan hutang negara........bijak bijak.

      Delete
  22. Malaysian Cybertrooper13 June 2017 at 08:22

    Seperti mana yg kita semua kenali BN ini mempunyai Modus Operdi bagi tangan kiri dan kaut balik dari tangan kanan.
    Maka tidak mustahil pemberian Dekoder ini juga mengandungi muslihat disebaliknya. Tidak mustahil selepas pemberian dekoder percuma ini maka akan dikenakan pula cukai-cukai lain bagi mengaut dan membebankan lagi kehidupan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarikat pembekal pemasang dekoder yg untung besar...tapi biasanye untung kena agih sikit kpd pengurus yg membeli...ini projek 2 dlm satu...tembak 2 burung dengan satu peluru...
      .

      Delete
    2. Cukai pelancung dikenakan kerana nak civer kis beli dekider ker...cukai ni bukan saja kpd pelancung asing malah orang mesia yg menginap dihotel kena bayar cukai gila ni...gst dah kena bayar tambah tibai lagi cukai tido hotel...pelancung asing gst dikemabalikan di lapangan terbang.

      Delete
  23. DIVERSION

    I am happy that all involved in the spat between federal minister and those from sabah and sarawak federal and state ministers are ESSENTIALLY LEGALLY TRAINED.

    Now i realise the federal guys are keen to pour cool water over the issue but nazri's actions are too hot to put behind us east malaysians. Fine......we know what we will dom and we are happy to do it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kluar jer dari bn najib...kasi ajar sikit najib...gst dah sapu tambah lagi cukai pelancung plak...tamak betool najib ni...kalo dibiarkan makin naik tocang nak mencekik jer...

      Delete
    2. We from the semenanjung have rejected bn twice in the last 2 GEs. Bn is still in power today because of supports from borneons. No semenanjung politicians are defending the setahun jagung minister from sarawak. I know you guys are angry with this sort of treatment from your bn "partners". I could have said serves you guys right, padan muka, etc. But thats not the point. The point is....there is no reason whatsoever for you guys to be with bn anymore. I wish you well that you and all borneons will succeed in ditching bn. Good luck bro.

      Delete
  24. Lge kenakan cukai tilam sebab gst semua masuk kerajaan pusat....negeri yg gst masuk pusat kena tambah lagi cukai pelancong...tamak betol najib...kata ekonomi kukuh...kdnk tambah tinggi..india dan cina dan arab datang melabor...najib kuat klentong...macai kuat auta.

    ReplyDelete
  25. Decoder tu direbus airnya diminum hilang kesusahan dunia 199 hari harga decoder

    ReplyDelete
  26. Bro Perak Man apa nak dikata
    memang perompak itu caranya
    konon decoder rakyat ceria
    180 nak cari mana?

    konon siaran bertambah terang
    Nampak jelas cincin dan subang
    pembekal siapa adik ke abang
    atau saudara orang Minang?

    berjuta wang untuk hiburan
    tentang pelajaran, potong peruntukan
    pelajar dipotong elaun makan
    pemimpin menari bergoyang badan!

    apa guna diberi dekoder
    sedangkan rakyat kurang belanja
    wang berjuta dibazir sahaja
    untuk sokongan semata-mata!

    bagi sikit ku sauk banyak
    bagi brim dah tidur nyenyak
    esok ku naik harga minyak
    sokonglah aku pasti terhenyak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Fan Tun.....orang kaya tambah2 billionaire selalu pikir campak apa je orang susah mesti berebut.....umpama ikan makan umpan.....yg kenyangnya pengail.

      Delete
    2. Terbaik bro fan tun..

      Apakah ada dalam pikiran
      Pimpinan dalam kerajaan
      Asyik dengan benda hiburan
      Realitinya marhaen sibuk mencari makan..

      Ada yang heboh tido tak cukup 7 jam
      Sedangkan ada rakyat langsung tak tido malam
      Kalo tido pun tak lena, dok terbayang bayang
      Berapa banyak duit yang tinggal lepas dibayar hutang..


      Delete
  27. Simiskin-miskin rakyat walaupun tidur bergelimpangan dan makan sehari sekali berlauk ikan masin, ada juga dekoder.

    Dan bila buat kajian rambang sekali pandang, miskin rakyat dengan negara luar tahap nya miskin rakyat Malaysia ada kelas !

    ReplyDelete
  28. bro Phantom cakapnya betul
    rakyat jelata dianggap biul
    campak umpan kononnya unggul
    ingatnya rakyat semua tunggul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju bro fan tun..

      Zaman dulu bolehlah rakyat dihimpit
      Sehelai kain duit 50 hinggit
      Sekarang mana maunya,ekonomi dah teruk meleset
      Rakyat hanya nak tukarkan kerajaan yang sakit..

      Delete
  29. Saya ada cadangan...apa kata kita tolong bapak dedak (Najib) dengan cara kita saman DOJ, Switzerland & Singapore sebab memburukkan Malaysia dengan 1MDB, kita buat cara terbalik, kita minta dia saman, dia buat tak tahu, kita pula tolong saman...agak-agak bapak dedak buat apa nanti? hihihi...

    ReplyDelete
  30. DoJ dah mula saman rampas harta jho lho di london. Ini lah maknanya rakyat malaysia didahulukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...betul...betul....

      Delete
  31. dekoder untuk Bangsa Melayu jadi lebih khayal?

    ReplyDelete
  32. dekoder harga rm5 saja..declare sampai ratus ratus..najib biasa la..taktik sama berulang kali..bkn dia x tau..nak cari duit tampung ooerasi dedak dia yg makin susutt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga dedak dah naik ke turun? najib simpan dedak kat mana?hihihi......

      Delete
    2. Orang semenanjung tak nak ke tong biru?

      Delete
    3. Dekoder dibaginya saat org susah2 nk cari rexeki..tetap nak sogok melayu dengan hiburan dunia jgk bijan ni.dah teruk alpa dan hanyut sebahagian umat kita nakkkkkkkk dibagi lagi hiburan.kasi lagi clear siaran kabornyer ek

      Delete
    4. Ansuran umah sewa dh 2 bulan tertunggak dibaginya dekoder la pulak.nak wat haper dollllllllllllll

      Delete



  33. PHM ape ke bende, parti baru atau gabungan parti2 pembangkang Sekarang?..... Dah jadi rojak habis pembangkang nih!!!!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Rojak pun sodappppp...rakyat suka makan

      Delete
    2. Aku pkul 8 keluar rumah cari rezeki.pkul 12 malam baru sampai ru rumah.alih2 dapat dekoder kasi channel tv cantik.ikut hati nak rebus je dekoder buat makan malam.huhuhu

      Delete
  34. Rakyat Bangkit seluruh. Negara bubar gegar. Guling and umno bn

    ReplyDelete
  35. Si Rahman dn Fadilah Baru nk berbunyi sblm Ni kenapa diam..ponteng sesi parlimen atau tkt dgn abg Nazri ka?

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  37. Melayu bongok pemals byk dlm ni..asik mengeluh ssh cari rezki.bangla Pndtg asing pn mewah Kat sini. Bangang dsr pemalas NK kritik 24 JM.cilaka pnya man usia

    ReplyDelete
  38. Ini adalah untuk memberitahu orang awam Lelaki atau Perempuan yang sihat dan 100% serius
    dalam mendermakan buah pinggang mereka harus menghubungi Dr.
    johnson, saya seorang ahli nefrologi di Hospital Umum ..
    Kerana kita mempunyai banyak pesakit yang berada di sini untuk pemindahan buah pinggang, Adakah
    anda mencari peluang untuk menderma buah pinggang anda untuk wang kerana
    Kerosakan kewangan, Hospital kami khusus dalam Pembedahan / Pemindahan Buah Pinggang
    dan rawatan organ lain, kami juga berurusan dengan membeli dan pemindahan buah pinggang
    dengan donor.we yang hidup dan sihat menawarkan $ 400,000.00 USD untuk buah pinggang anda Jika
    anda berminat untuk menderma buah pinggang anda jangan teragak-agak
    hubungi kami melalui E-mel; generalhospital121@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...