Thursday 16 March 2017

AKTA 355 - SUDAH ADA UMNO, BUAT APA LAGI PAS HARAPKAN SOKONGAN PH DAN BERSATU?


Sidang Parlimen penggal pertama tahun 2017 ini sudah masuk minggu yang kedua, tetapi sehingga ini belum ternampak lagi tanda-tanda bahawa pindaan rang undang-undang Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 atau lebih dikenali dengan Akta 355 akan diberi ruang atau tidak untuk dibentang dan dibahaskan.

Segala-galanya masih terawang-awangan dengan pihak kerajaan selalu saja memberi alasan tidak cukup masa atau ada usul lain yang perlu diutamakan terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama, Pas melalui Hadi Awang yang diberi ruang mengemukakan cadangan pindaan itu melalui usul persendirian, lebih sibuk ke sana dan ke mari mencari sokongan, manakala beberapa pihak yang membantah dengan lancang akan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan serta cercaan.

Sejak awal lagi pindaan kepada Akta 355 ini terlihat sangat pelik. Sebagai kerajaan, tanggungjawab meminda sebarang rang undang-undang adalah terletak di tangan mereka, bukan di pihak parti pembangkang.

Tetapi dalam Akta 355 ini, ia diserahkan kepada Hadi untuk membentangkannya sebelum ia akan diambil alih oleh kerajaan. Sudah tentu penyerahan kepada Pas itu dengan janji bahaw Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN akan memberi sokongan kepadanya.

Menyerahkan kepada Pas mengemukakan usul meminda Akta 355 hakikatnya tidak lari daripada motif politik Najjb Razak untuk mengikat Pas agar lebih dekat dengannya. Najib yang sebelum ini secara terbuka menolak hudud, kini menawarkan Akta 355 sebagai kompromi untuk bersahabat dengan Pas berikutan kedudukannya kian terancam, selain diri dan keluarganya diselimuti skandal kewangan, kemewahan dan pembaziran yang berterusan.

Dengan ditawarkan Akta 355, Pas bukan saja semakin intim dengan Najib dan UMNO, malah tidak banyak lagi bercakap mengenai hudud. Jika dulu, ketika bersama Pakatan Rakyat, Pas menggantikan hudud dengan konsep negara kebajikan, kini setelah berdakap mesra dengan Najib dan UMNO, hudud sekali lagi ditukar dengan perjuangan Akta 355.

Banyak pihak enggan menyokong Akta 355, bukan saja kerana ia lebih bermotif politik, tetapi juga kerana dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Motif politik itu lebih jelas apabila Akta 355 ini merupakan satu-satunya rang undang-undang yang dibentangkan di padang awam terlebih dahulu sebelum ia di bawa ke Parlimen. Sebelum ini, sudah dua kali Akta 355 dipinda oleh kerajaan dan oleh kerana ia dibawa oleh wakil kerajaan, tidaklah ia menjadi kecoh hingga ke seluruh alam.

Akta-akta lain yang memerlukan pindaan biasanya akan terus dibawa ke Parlimen untuk dibentang, dibahas dan diundi. Kalau pun kecoh dan panas, ia hanya dalam Parlimen saja dan oleh kerajaan menguasai majoriti, selalunya tidak banyak masalah timbul untuk meluluskannya.

Motif politik juga terserlah apabila DAP yang membantah lebih banyak diperbesar-besarkan, selain sokongan Ahli-Ahli Parlimen Islam daripada Pakatan Harapan dan Bersatu sentiasa didambakan.

Sebarang bantahan atau nada yang berlainan daripada blok pembangkang sentiasa saja membangkitkan kemarahan Pas dengan melabelkan mereka sebagai menolak Islam dan menidakkan hukum-hukum Tuhan.

Tetapi, MCA, MIC dan Gerakan yang membantah Akta 355 dan mengancam mahu meletakkan jawatan tidak pernah sama-sekali menjadi isu besar bagi Pas. Begitu juga dengan pendirian Ahli-Ahli Parlimen Sarawak yang menolak keras pindaan itu, Pas sebaliknya hanya mendiamkan diri saja.

Jika dilihat daripada awal, oleh kerana pindaan Akta 355 ini difahami merupakan kompromi antara Pas dengan kerajaan, sepatutnya sama ada blok pembangkang menyokong atau tidak bukanlah masalah besar. 

Setelah ditolak  6 Ahli Parlimennya yang menyertai Amanah dan seorang menyertai PKR, Pas kini mempunyai jumlah Ahli Parlimen seramai 14 orang.

BN pula, berdasarkan keputusan PRU 2013, mempunyai jumlah wakil di Parlimen seramai 133 orang. Bermakna, sokongan Ahli Parlimen BN campur dengan wakil rakyat Pas, sudah pun memadai untuk membolehkan pindaan Akta 355 itu diluluskan.

Dalam hal ini, Pas seharusnya tidak memperdulikan sama ada Pakatan Harapan atau Bersatu mahu memberi sokongan atau pun tidak. Yang wajib ditekankan oleh Pas, lebih-lebih lagi disebabkan pindaan itu merupakan kompromi  antara Pas dengan UMNO dan kerajaan, ialah memastikan Najib dapat membuktikan semua wakil rakyat BN memberi sokongan yang mutlak.

Kiranya sebelum ini Akta 355 telah dipinda sebanyak dua kali dengan tiada kekecohan dan semua Ahli Parlimen BN menyokongnya, apakah sekarang ini Najib begitu lekeh sehingga tidak mampu mendapatkan sokongan yang serupa?

Yang perlu Pas cabar dan tagih untuk menyokong atau tidak bukannya PKR, DAP, Amanah dan Bersatu, tetapi wakil-wakil BN di Parlimen melalui pengaruh, kedudukan dan kewangan maha hebat daripada sang Perdana Menteri yang bernama Najib. 

Itu pun jika Pas benar-benar ikhlas mahu memperkasakan Mahkamah Syariah dan bukan berpolitik bersama Najib dan UMNO dengan berselindung di sebalik nama agama dan Akta 355. (ShahbudinHusin 16/03/2017).

84 comments:

  1. Kikikiki.. Pas itu Islam,Islam tu pas wo.. RUU 355 utk perkasa ialam wo.. Sape ttg RUU 355 pas sama mcm ttg Islam, sape ttg Islam masuk neraka wo.. Lg presideng pas tu ulamak pewaris nabi, Klu ttg dia sama mcm ttg rasullullah wo.. Tu yg pas nk jaja.. Label Islam tu bahan jajaan yg Sgt untung wo.. X caya tanya tuang presideng.. Burpp sedawa..dosa g mekah minta ampun.. Kawtim.. Bkn ke tuhan tu maha pengampun dan maha pemurah.. Tak gitu wahai pak lebai dan pentabsub bijan spt unknown aka sahabat dan akak langsuir??? Tp kalian lupa yg Dia adalah Raja pada hari pembalasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, teman nak tanya tuang presideng pas tu satu aje..mana yang wujud dulu..islam ke pas? Kalo pas takde pun, islam dah ade.. kikiki

      Delete
    2. Akta 335 boleh buat Najib masuk penjara tak?..

      Boleh dakwa Najib curi duit src? Dan hudud 30tahun?

      Kalau tak boleh dan setakat hudud Brunei mcm tak payah.. Sultan boleh lepas .haramjadah apa punya undang undang cilaka nih?

      Ruu335 untuk tangkap makcik Felda curi coklat utk anak..penjara 30tahun tapi Najib curi 27juta bebas????

      Pak lebai haji korup punya barang. .ruu3tolol5

      Delete
    3. Berbeda pendapat dan berbeda pendekatan mengenai RUU355 tidak boleh dituduh dan di lebelkan dengan tuduhan menentang undang undang islam.....

      Pendekatan yang emosional dan ekstrim telah merosakkan imej jambatan daawah islam yg telah dibina oleh pimpinan PAS yg dibawah pimpinan al marhum Ustaz Fadhil Nor dan al marhum TGNA.

      Berfikir dan bertindaklah lah secara bijaksana mingikut kaedah perjuangan Rasulullah SAW.

      Delete
    4. Buat peringatan tentang KESESATAN fatwa2 PAS (Parti Ajaran Sesat)

      20 Fatwa Terkenal Mursyidul Am PAS Yang Wajib Orang PAS Hafal

      1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam."
      - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

      2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."
      - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.


      3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir."
      - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.


      4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
      - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

      5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."
      - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

      6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
      - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

      7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."
      - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

      8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."
      - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

      9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"
      - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

      10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."
      - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

      Delete
    5. 11. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."
      - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

      12. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam."
      - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

      13. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."
      - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

      14. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."
      - Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.


      15. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."
      –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

      16. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga."
      – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

      17. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."
      – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.


      18. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."
      – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

      19. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."
      – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


      20. "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."
      - jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.


      Delete
    6. Ini betul2 bukan AKTA355 tapi AUTA355 .

      Delete
    7. Oh..herankan cemana anaknya nik abduh boleh baik ngan umno skang ni...mmm

      Delete
    8. Itulah namanya sambil.menyelam minum air..... disampaing kehebatan mencium keris gergasi... pak lebai dapat memperbodohkan ahli ahlinya..... wala tak bertempat.. sanggup kena tipu berkali kali...... 90M bila mau saman itu husam dan SR

      Delete
    9. Saya nak masuk rumah kamu, tapi saya minta nama rumah diubah daripada "A House" kepada satu nama baru (cadangan "M House") dan selepas ini, semua kena ikut cakap saya.



      "Tuan dah beli rumah itu ke," tanya seorang pengikutnya.

      "Sesen pun tak bayar. Saya tak akan masuk rumah orang lain. Saya nak mereka bubar dan masuk rumah saya," jawab tuan.

      "Hebatnya politik tuan. Luar nampak macam kita masuk rumah mereka tapi sebenarnya mereka yang masuk rumah kita," kata pengikutnya.

      "Mereka semua itu tewas di tangan saya dulu. Masa saya ada kuasa mereka satu negeri pun tak ada. Hanya orang hijau itu kalahkan saya dan sampai sekarang saya tak dapat nak buat mereka dengar arahan saya," jawab tuan dengan nada yang sedih.

      "Oleh itu walau ada rumah baru kita masih kena terus bincang dengan orang hijau," kata tuan.

      "Mengapa?" Tanya pengikutnya.

      "Jangan bagitahu orang... sebab orang hijau ini kingmaker. Kita tak boleh sebut sekarang nanti tiga budak di rumah baru kita akan merajuk," jawab tuan.

      Delete
    10. BIADAP! Kita mendengar ucapan perbahasan Ahli Parlimen DAP (Kuching) yang secara terang terangan menunjukkan sikap anti kepada guru-guru Islam di dalam negara Malaysia.


      Ini memberi gambaran sikap sebenar DAP dan sekutunya apabila berjaya menawan Putrajaya kelak.
      Jika DAP diberi peluang kelak, perbalahan agama boleh tercetus. Dan kita yakin semua masyarakat termasuk Tionghua tidak bersetuju dengan provokasi DAP ini.

      Kita minta DAP jangan bermain isu agama dan perkauman kerana boleh mengundang suasana yang tidak elok.

      DAP dilihat tidak pernah cuba berbaik-baik dalam isu agama Islam sedang mereka sedar inilah agama Persekutuan.

      Apakah ini polisi sebenar Pakatan Harapan? Kita mahu mendengar pendirian dari rakan Pakatan Harapan yang lain.

      Kenyataan DAP itu telah menimbulkan rasa marah di kalangan masyarakat Melayu Islam dalam negara ini.

      Delete
    11. BARISAN Nasional, dilihat menindas rakyat sejak merampas pemerintahan kerajaan Terengganu dari tangan PAS dalam pilihan raya umum ke-11 (PRU 11) pada tahun 2004.


      Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu, Dr. Haji Alias Razak berkata, sejak itu tanah yang dianugerahkan kepada rakyat dirampas semula oleh kerajaan BN negeri berkenaan selepas mengambilalih tampuk pemerintahan dari PAS apabila memenangi PRU tersebut.
      Serentak itu beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya lima tawaran awal manifesto PAS negeri itu meniru manifesto BN negeri tersebut.

      “Saya tidak nampak lima tawaran manifesto PAS meniru BN, parti itu tiru PAS adalah,” katanya.

      Beliau berkata demikifan ketika diwawancara dalam Segmen Bualbicara Bersama Harap TV di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, di sini pada Selasa.

      Dalam wawancara tersebut beliau mengupas lima tawaran awal PAS negeri itu kepada rakyat jika menang dan memerintah Terengganu semula selepas PRU 14 dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

      Ini termasuk, pemberian satu lot tanah bergeran kekal untuk tapak rumah kepada rakyat negeri itu, mengurniakan rumah mampu milik kepada rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri, khususnya kepada mereka yang sudah berkahwin, bayaran wad percuma untuk kelas ketiga di hospital kerajaan dan karnival perkahwinan kali pertama percuma kepada pengantin baru.

      Dr Haji Alias berkata, BN tidak pernah menawarkan satu lot tanah bergeran kekal kepada rakyat Terengganu seperti yang ditawarkan PAS tetapi kerajaan parti itu telah merampas pemberian tanah oleh kerajaan PAS kepada rakyat negeri itu sebelum ini.

      “Saya telah melantik surveyer kanan untuk mengenal pasti tanah kosong milik kerajaan, Di seluruh negeri.

      “Dengan cara itu kita dapati sebanyak 30,000 ekar tanah kosong masih ada di Daerah Setiu, Besut dan Hulu Terengganu dan juga di Kuala Nerus, termasuk di Dun saya, Dun Bukit Tunggal,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal.

      Semasa pemerintahan PAS mulai tahun 1999 hingga tahun 2004, kerajaan telah memberi sebanyak 65 ribu lot tanah berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) untuk perumahan dan pertanian tanpa mengira fahaman politik dan kaum kepada rakyat negeri Terengganu.

      Dalam tempoh itu juga kerajaan itu telah memproses sebanyak 120,000 permohonan tanah rakyat negeri tersebut.

      Manakala premium tanah pula diturunkan dari 20 peratus kepada lima hingga 10 peratus dan dibenarkan rakyat negeri itu membayar secara ansuran.

      Delete
    12. Salam.

      Ada yang bertanya tentang PAS & Pan, ini jawapan saya :

      1. Yang hendak masuk Pan, bagi saya ini negara demokrasi. Silakan. Sebelum mengambil apa-apa langkah, fikirkan setiap gerak perbuatan itu ada hukumnya. Renungkan juga memperjuangkan Islam itu tuntutan dan bukan hanya sekadar perkataan.


      2. Bagi yang masuk PAN, bawa sekali kerusi atas apa alasan pun adalah perbuatan khianat.
      3. Bagi yang masuk PAN, kutuk balik parti lamanya (PAS), jelas pengkhianat. Ada yang koba, dia tahu selok-belok PAS dan boleh ranapkannya sekelip mata, lebih jelas khianatnya.

      4. Masuk PAN kerjanya asyik nak tanamkan perasaan ragu-ragu dalam hati orang PAS dan nak tarik ahli PAS masuk Pan, juga pengkhianat.

      5. Bagi yang simpati dengan Pan dan yakin Pan lebih benar, lebih baik masuk Pan. Tidak menghalau pergi tetapi di dalam PAS hanya berbuat onar, baik pergi. Berbuat onar dengan hanya berkata PAS bersalah kerana mengabaikan undi ahli-ahli Pan yang khianat.

      6. Yang beranggapan Pan pun parti Islam sama macam PAS, kena bekerjasama & tidak boleh bertelagah, sila meninggal.

      7. Siapa rasa kena rampas Putrajaya dulu baru boleh bersuara untuk tegakkan syariat, baik meninggal juga.

      8. Bagi pasangan atau ahli keluarga yang masuk Pan, anda pasti diragui. Ini terpaksa dihadapi disamping dugaan lain. Cuma jika ikhlas dan tabah, kemuliaan anda tidak terjejas kerana Aishah (isteri Firaun), Nabi Luth r. a. Nabi Ayub r. a. dan Nabi Noh r. a. juga tidak dituruti oleh anak & pasangannya. Bapa saudara Nabi Muhammad saw pun tidak ikut dakwah baginda. Tidak perlu letak jawatan tetapi kena tunjukkan keikhlasan sehingga ahli dan pemimpin PAS yakin sesungguhnya anda tetap istiqomah walau pasangan atau ahli keluarga masuk Pan.

      8. Bagi ahli biasa Pan yang sudah menyesal, ingin bertaubat dan kembali ke PAS, patut benar dialu-alukan. Tidak cukup tapak tangan, nyiru patut ditadahkan.

      9. Bagi pemimpin Pan yang hendak kembali, harap jangan diangkat kembali sebagai pemimpin. Kena duduk di cawangan & buktikan keikhlasan dulu utk beberapa penggal.

      Delete
  2. Shah,,

    Maaf.....AUTA355 bukan AKTA355

    PAS......biasalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia org selama ni suka bersikap berkecuali dlm pembangkang di parlimen. Jadi cuba pulak rasa mcm mane rasanya usul mereka tidak disokong pembangkang lain. Padahal usul pembangkang jelas utk kebaikan rakyat.

      Delete
  3. Tak de jadi nya..kalau bentang dan dapat pula sokong dari PH..kelam kabut lah pulak nak pusing..

    ReplyDelete
  4. Yg pelik nya sibengong pecacai pas ni mcm tak blh pk yg mana betul mana salah.. mcm lembu dicucuk hidung..

    ReplyDelete
  5. Syabas anon 13;39

    Ini semua auta unta unta gila pas dan umno sahaja. Sebab itulah dilancarkan di Padang Merbok. Sebab di sana byk rumput.

    Memang Auta 355. Sebab itulah tuhan turunkan hujan lebat pada ketika itu agar unta unta gila tersedar daripada mimpi mereka di tengah hari.

    Namun unta tetap unta. Yg leher panjang pun ada. Yg leher pendek pun ada. Ajak penceramah hindu datang untuk bertanya dan menyeru unta unta yg lain yg datang dalam penuh kebingungan.

    Apa kena mengena penceramah hindu dgn hukum hakam agama lslam?

    Namun itulah faktanya. Penceramah hindu didatangkan untuk mentarbiahkan unta unta pas dan umno yg dalam kebigungan dgn agama mereka sendiri.



    ReplyDelete
  6. Labu jual Melayu,
    Labi jual Islam
    Beli satu 1 tiket Sarkas percuma pas masok ceramah makian Lobai Pis Kingcin.
    Merdeka dah 60tahun tapi, Persoalannya , Apakah Melayu masih dibawah tempurong? Jhn keluar tempurong tanah dah jd Nanyang,kesian cicit kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dgn cerita petronas jual 50% rapid pada aramco usd7b. Riuh bising kata pelaburan pak arab ni hebat.

      Hari ni bloomberg lapor aramco nak jual 5% saham aramco menerusi IPO, value diantara usd400b ke usd2trillion! ...aramco sedang bincang dgn china national petroleum. Yg masih dibawah tempurung tu , sedar lah, ekonomi arab saudi parah. Dia perlukan ratusan billion usd, bukan takat billion. Labur usd7b di sini tu berapa sen sangat masuk kantung dia. Jadi soalnya, kenapa dia labur di rapid? Askar dia lawan koboi houthi di yamen pun carca marba.

      Delete
    2. Betul

      Bajst defisit Saudi 330% banding Iran syiah 4.3% dan iraq 3.8%

      Saudi wahabi gilababee nib bukan tak reti urus ekonomi..bunuh kanak di Yemen dia pandai..

      5% aramco baru dapat 100 billion.. Mana cukup.. Aramco kena jual aset 2trillion baru bajet Saudi hidup.. Alamak betul ker aset 2trillion? Rupanyer oil gas Reserve zaman 70an punya valuation..macam tu lah penipu wahabi nii

      Kalau dapat 100billiin (5% aramco) makna 7billion bagi Rapid? ..

      Alamak cash flow petrinas tinggal 50b saja..dek tuang dalam rapid.. Mcmna petronas nak berniaga dgn cashflow 50b? Korek lubang dara di Sarawak beli tentu ada minyak.. Rupanyer betul kata merican ceo dulu yg Reserve Malaysia dah kering.. MONOPUASE.. sbb umno konkek sampai vagina freeze telaga minyak dara kita..

      Nak tau Malaysia bankrap mai kita pakat tengok petronas ... Kalau dia jual aset dan isue bond makna dia tenat.. Ye lah korek korek.. Tak kluar lendir hitam..

      Delete
    3. Dan riuh sekampong bila kuota haji kita dinaikkan semula selepas datangnya raja arab. Hasil keakraban kedua dua negara konon.

      Rupanya kjaan saudi restore semula kuota haji utk semua negara. Akhbar Saudi Gazzette yg melaporkan....pakistan dan india pun happy, bukan setakat kita. Saudi dah tak cukup duit, jadi dia restore la kuota haji dari seluruh dunia. Yg terperangkap dalam tempurung kat sini mana tau ni semua.

      Delete
    4. Kalau dah akrab sangat knp raja arab saudi tu tak umumkan bahawa dialah penderma 2.6 bilion ke akaun peribadi najib?
      Bukankan zahid hamidi dah pi berjumpa dgn raja arab ni untuk mengesahkan derma tu.
      Jadi knp raja tu tak buat pengakuan secara tulus ikhlas sedangkan 4 hari dia berada di Malaysia.

      Delete
    5. Saudi bukan saja setakat tak cukup duit , tetapi aliran wang tunai nya dah hampir kering kontang ... se kering padang pasir nya yang terdampar luas .

      Projek "redevelopment " di sekitar Madinah dan Mekah tidak se gah dua tahun dulu . Infact , banyak kerja telah di tangguhkan atau di berhentikan terus . Ini adalah akibat terlalu bergantung pada hasil minyak serta penglibatan secara terus di dalam peperangan di Yaman .

      Se kitar penghujong tahun 2016 , saya ada menyatakan di blog Syedsoutsidethebox , Saudi mengalami deficit sekitar US300 billion dalam belanjawan 2017 Negara itu .

      Walau pun dalam 'sesak sesak nafas' tu , Saudi masih bolih memberi derma US 680 juta kepada Najib ? Alhamdullillah , Najib yang baik hati ,jujur dan berhemah tinggi telah memulangkan lebihan derma se banyak US 620 juta ( kata AG Apundik Ali ). Khabarnya duit itu tenggelam di Selat Tebrau sebab destinasi di tuju , Tanore Finance , di paksa tutup pintu .

      Aramco ... satu satunya syarikat yang ada nilai milik kerajaan , telah di ura urakan buat sandaran 'to raise money '. Jurunilai telah menilai Aramco sekitar US 2tr . So, lihat dan tunggu sama ada IPO Aramco atau Saudi menerbitkan bon bersandarkan Aramco .

      Sementara itu ,kuota haji yang dikurangkan 20% sedikit masa dulu kerana pembangunan semula Mekah , kini di kembalikan . Penambahan ini bukan sahaja untuk Malaysia malahan untuk semua Negara . Pengembalian kuota sebanyak 20% ini di jangka memberi pulangan sekitar US 8 billion kepada Saudi !

      Iran , sehingga tahun lepas , jemaahnya dilarang menunaikan Haji juga kini di peringkat akhir rundingan untuk di beri kebenaran semula . Saya baru saja kembali dari Iran selepas melakukan lebih kurang '12000 km road tour'. Rata rata rakyat Negara tersebut berpendapat Saudi sedang terdesak .. terdesak untuk menjana duit untuk menampong perang di Yaman dan Syria .

      Jadi , apabila ada pak menteri ni bilang , kuota tambahan di beri atas persahabatan Najib/Raja Saudi , I label him as a Fool and those who believe him as idiots !!

      Sdra Zack . ketiadaan saya di sini ketika Raja Saudi berkunjung , se bagaimana anda , saya pun teruja untuk mendengar/membaca pengumuman Raja itu tentang derma 2.6 billion sekembali ke Tanah air .... tapi hampa !

      Delete
    6. Agak agaknya sudah sampai masanya

      IRAN AMBIL ALIH PENTADBIRAN DUA TEMPAT SUCI IMAT ISLAM INI?..

      SAMPAI BILA KELYARGA AL SAUD BOLEH BERTAHAN..

      Jadikan Saudi Republik milik semua unat islam dan perlantikan pemerintahan dua kota suci di undi oleh 2b imat islam ? Baru adil... Nabi s.a.w tak pernah lantik anak beliau untuk menerajui pemerintahan islam !!!

      Ini amalan khurafat British mansion.. Dynasty haram bukan islamic

      Delete
  7. Baru2 ni bila admin menulis tentang pas berjela2 komen orang pas..

    Ini kali kita tunggu ade tak lagi komen dari orang pas..

    ReplyDelete
  8. saya pernah memberi ulasan mengenai perkara ini di sini melalui beberapa artikel yg lalu.

    najib berada dlm keadaan amat tersepit sekarang - d telan mati emak, di luah mati bapa.

    mat salleh kata "between the devil and the deep blue sea".

    jika d laksanakan , UMNO/BN jadi 'allah yarham' (almarhum).

    jika d gugurkan UMNO/BN akan tetap hancur tanpa sokongan PAS.

    ini lah akibat nya jika kita bermain dgn 'api agama' yg suci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dua dua dato. Yg satu Dah terlajak cakap. Kalau tak buat nanti totok tak percaya lagi. Perhimpunan dah buat, ramai, tapi diangkut dari serata negeri. Tak mcm zaman arwah. Dtg dgn rela hati. Keluar duit sendiri lagi. Yg satu ni pulak perlukan utk kuatkan parti yg makin ditolak. Bila terima, yg lain pulak memberontak. Nasib badan. Mainkan lagi agama. Tu tuhan tunjuk sikit je.

      Delete
    2. Salam pak rahman jpc..itulah kalo kita perhatikan pada awalnya such a huge commotion for this act ruu 355 from pas n umno team tapi kenapa sampai sekarang akta ni di drag drag akan perlaksanaannya..ini mungkin kerana najib tak nak hilang sokongan pas dan parti2 komponen bn...tentang almarhum bn tu pada pendapat saya,auta ruu355 ni takde impact sangat untuk pembangkang pasal ni semua hal bn dan pas aje..pas pun tidak lagi mirip pada pembangkang, so ni kira hal dalam kain diaorg je..apa2 pun selepas bersatu join ph, dengan auta ni atau tanpanya pun bn dah nazak..cuma tunggu dikapankan sahaja..

      Delete
    3. Mesti lah drag drag sebab screw longgar!!!
      Itu pun sikit punya ramai dok pi percaya. Pakat sewa bas express mai sokong. Perkara yg depa nak sokong pun depa belum tahu hujung pangkalnya.

      Delete
    4. Lawan tarik tali

      Delete
    5. Mengapa Aramco bersetuju melabur sebanyak US 7 billion ke dalam Rapid walau pun sebelum ini menarik diri ??

      Wait till I put forward my analysis base on the corporate point of view . I am in the mid of gathering more information and details .

      Currently , many things are still not clear . Otherwise too many presumption will come out base on an announcement ... so wait....

      Delete
  9. Takut sangat umno pas bekerjasama. Macam2 andaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 90J freidship, brotherhood...anna garu belaken ente, ente garu belaken anna laa.
      Woi, Melayu , 1419, kurangkan totokan aribica ente tu sikit sikit le, malu kak cucu

      Delete
    2. Takut?. Tolong lah. Kami mintak sgt2. Tolonglah bawa pas join umno. Kami tak perlukan lalat. Merayu sgt. Tolonglah ambik. Pas sekarang bukan mcm zaman arwah yg ada arah tujuan. Lagi sekali. Tolonglah ambik.

      Delete
    3. tak takut langsung pun nak bekerjasama...perangai pun dah sama...rakyat pun dah muak...sedondon tapi malu2 nak bersama....lepas nih boleh tarik balik amanat tahun 1981 tuang presideng...baru boleh bersama wooo.....

      Delete
    4. Apa mau takut? Kita harap pas cepat2 masuk BN...supaya orang iban, kadazan, dusun, murut, bidayuh, dll cepat2 keluar BN.

      Delete
    5. Bukankah ada persefahaman antara pas umno... tidak timbul pas masuk bn. Asalkan tidak ada kerjasama dengan dap.

      Delete
    6. DAP lagi. Gst, tanjung pagar kena lelong, kembung $20 sekilo, lagi ape, Haa kat johor skandal tanah , tak tersebut rasenye. Dari sape tu semua.

      Delete
    7. Ada pas bersuara dgn masaalah yg membebankan rakyat. Malas nak cakap. Dah pesan, cari kerja. Bancuh air kat kedai mamak pun tak pe. Time sembahyang, pegi sembahyang. Insyaallah berkat.

      Delete
    8. Woiiii budak 14:19 ko nak kena kongkek ker

      Delete
  10. Mcm komen saya sebelum ni. Kita bagi pas je yg buat pembangkang kelam kabut. Bila dah takde dlm PH. Biar dia buat umno pulak jadi tak tentu arah. Mereka perlu pilih, pas, atau BN. Parti dlm bn terang2 dah tolak akta ni. Kalau umno terima, silap2 sabah serawak berlayar. Mcm mca,mic dan gerakkan ni mcm kutu dlm seekor kucing. Tak nampak, tapi ada. Cakap mereka pun cuma nak penuhkan slot dlm berita je.

    ReplyDelete
  11. Disaat najib ketekutan tumbang dlm pru yg akan membawa dia ke sungai buluh inn pas menjadi sandaran yg sesuai untuk menjamin dirinye dan umno

    Mca,gerakan dan Mic sudah longlai tidak boleh diharapkan

    Najib umpan Hadi RUU 355 dan bayaran persahabatan 90 juta secara senyap...

    Hadi dan olamak mula syok sendiri merasakan pas sangat kuat sehingga pecahbelah PR


    Perangkap umno mengena bila pas tidak lagi bersama pembangkang dan PH...Hadi dan olamak bimbang golongan professional tidak senang kerjadama dan ug umno pas...jadi tersingkirlah golongan professional dari pas hingga tertubuh Amanah..

    Hadi dan olamak mencipta slogan politik sejahtera.pas nak jadi penasihat kerajaan dan bertanding bukan untuk menang...Pimpinan olamak cuba mengabui penyokong pas dengan slogan2 ini ditambah perpaduan ummah bagi mengekalkan kuasa melayu islam...untuk menguatkan lagi kepetcayaan ahli pas ..pas tubuhkan blok ketiga dengan parti nnyamok..

    Perkara2 ini ujud setelah kematian TG Nik Aziz yg menentang keras sebarang kerjasama dengan umno kerana arwah tak percaya permainan politik umno..

    Pas dah berangan untuk mendapat laluan dari umno bagi 5 negeri termasuk selangor yg paling dikehendakki oleh umno..

    Kerjasama umno pas adalah untuk 3 penjuru mengikut kehendak umno bagi memecah undi dan menjamin kemenangan umno seperti di prk sg besar dan kuala kangsar..

    Najib telah membayangkan 3 penjuru semasa di kelantan...kata najib kita serah kpd pengundi..umno yg untung pas yg rugi...umno tidak mau beri laluan kpd pas untuk kuasai 5 negeri yg dihajati pas dan 40 kerusi parlimen..

    Jika umno menang besar pas akan dibiarkan begitu sahaja...

    Bagi pimpinan pas ...pas tak rugi ape2 kerana pimpinan dah dapat 90 juta...seumor hidup tak mungkin dapat wang sebanyak itu..

    Ahli2 pas yg rugi dikincin oleh pimpinan olamak sendiri..

    Kepada pH tak perlu gusar sangat 3 penjuru kerana undi penyokong umno dah pas telah berpecah dengan adenye Amanah Dan Bersatu...dikawasan yg ade pengudi bukan melayu undi akan pergi kpd PH..

    Dikawasan majoriti melayu PH kena kerja kuat sikit...

    Di sabah syafei dah boleh ubah sentimen orsng sabah...




    ReplyDelete
  12. PAS sebenarnya yang kelam kabut. kalau dah mengaku UMNO/Najib rakanya dalam konsep politik sejahtera, Hadi perlu beri kata putus atau pujukan kepada Najib, bawa semua MP BN (MIC, Gerakan, MIC dan dari Sabah dan Sarawak) supaya sokong RRU355. Habis cerita, dan RRU 355 boleh diluluskan dan dilaksanakan. Tetapi kalau permintaan ini pun Hadi takut nak suarakan kepada Najib, alamatnya seperti yang banayaka diperkatakan orang, PAS dah kena main dengan Najib. Tapi Hadi tak mahu menerima hakikat ini. Kerana apa, kerana Hadipun dah termakan `dedak' yang diberi Najib. maka hanya diam atau buat tidak mengaku. UMNO sudah tahu kelemahan PAS. Dengan hanya 14 kerusi MP (belum tentu akan bertambah pada PRU14 nanti) bagi UMNO PAS adalah kecil. UMNO pula pintar bermain strategi. apa-apun yang telah diberi kepada PAS, UMNO menyimpan segala bukti. Semuanya akan didedahkan kalau PAS keras dengan UMNO. Inilah padahnya apabila menerima sesuatu hadiah dari puak yang jahat, akhirnya akan memekan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah permainan politik umno yg najib dah awal2 kata dia tak boleh paksa mp sokong Auta 355..

      Pas bimbang modal pilitik terkubur ..Ahli2 pas akan kecewa dan hilang kepercayaan kpd pimpinan olamak..

      Jadi perlu dapat sokongan mp melayu dari PH..sehingga pas sanggup main kasar cabar sesiapa yg tak setuju boleh debat..last Q7 cabut lari..

      Inilah masanye PH kenakan Pas plak yg terdesak dan takbur..

      Delete
  13. Fati Fas dafit fulus suda dh rusak, cuma tinggal after taste kofi arabica.
    Fas is now Fineez wal Kinceen.

    ReplyDelete
  14. Jika ruu355 ini berjaya dibentang, dibahas kemudian diundi. Tindakan yg perlu diambil oleh DAP, PKR, AMANAH dan BERSATU ialah BERKECUALI...

    Berkecuali ialah tindakan politik matang yg diturunkan oleh Pas. Maka tidak salah jika ianya diguna pakai. Tindakan berkecuali parti Harapan juga boleh menumpulkan serangan pas...!!

    ReplyDelete
  15. ASAL PAS MULA LA BARUA TEEKINJA KINJA
    UMNO BAIK DNG PAS ITU HAK MEREKA LAAA
    DAP MCA MIC GERAKAN YANGJADI BARUA
    MEH LA "BERSATU" KITA SEMUA BELA AGAMA


    KIKIKKKIKKI.......

    Pssstttt....: ADA GAK BARUA YG MAKI HAMUN PANTUN TU NNTI

    UBAH & SIMEN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bela ugama untuk kepentingan politik tak boleh..ugama bukan untuk dijual beli...kalo umno kuat umno tak perlukan pas dan takkan benarkan pas bawak usul Auta 355..jahil sangat budak umno...Auta 355 dah lebih 3 tahun blm selesai lagi..
      .

      Delete
    2. KUAT LEMAH BUKAN ALASAN
      ISLAM TERTEGAK JADIKAN PILIHAN
      DAP MCA MIC DAN GERAKAN
      KITA "BERSATU" MEREKA KETAKUTAN

      Psssttt....... pantun kat atas mcm tu pun barua tetap cari alasan maki hamun.....

      kikikikikiki......

      JOM..... INI KALI LAH

      UBAH DAN SIMEN

      Delete
    3. Auta lebih ko...nsk berdatu dengan prompak dan penipu..no way man..mcm ko lah budak kuat putarbelit..
      Kalo najib ikhlas dengan pas najib arahkan semua mp bn sokong tak perlu pas tethegrh2 mintak mp melayu ph sokong..

      Najib pon pecat ahli yg tanye 1 mdb.. ..macam ni nak bersatu...puii lo..

      Delete
    4. Yg kau nak takut2kan dap mca mic dan gerakan tu kenapa?
      Kau tu siapa?
      Pernah ker dap mca mic dan gerakan jolok punggong kau?

      Delete
    5. 16:23
      Bersatu atas tiket islam lah konon
      Rasuah dan klepet kamu tak peduli
      Jangan dok buat lawak bodo ler bro anon
      Masakan kami nak bersekongkol dengan pencuri..


      Delete
  16. Kedudukan Kerusi Parlimen

    1.Parti Angkut Najis.....6 Kerusi
    2.Parti Kaki Rodok.......26 Kerusi
    3.Parti Dapigs...........36 Kerusi
    4.Parti Ciput cap Bunga...1 kerusi

    Tapi Chairman cap bunga perasan dia boss...Dapigs gelak sakan ada ke Parti Ciput yg ada satu kerusi saja yg punya demanding tinggi melambung...nak minta boboinya jadi future PM....tengok bilangan kerusi,nanti siapa makan siapa agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengada 2 ko buat analisa bodo..pakatan politik sekarang bukan bersandar bilangan kerusi dari pru yh lalu..

      Jahil tp nak tunjukn lagak bodooh..budak ni..

      Delete
    2. Analisa tahap longkang selalunya datang dari orang yang mempunyai percakapan longkang hasil dari otak yang busuk seperti bau longkang dan sepatutnya kelongkang jualah tempatnya analisa tersebut..kihkihkiok

      Delete
    3. Betul betul betul kata upin ipin..setuju bro.. Budak baru belajar berhujjah hal politik..

      Delete
    4. Budak tu bodoh. Tulisannya pun bodoh jugalah.

      Delete
    5. Bodoh melantun lantun sbb bnyak makn taek low dan air semah badak

      Delete
  17. http://www.amenoworld.org/2017/03/eh-kenapa-status-pengundi-saya-dibantah.html?m=1

    Main kotor terdesak nak menang

    ReplyDelete
  18. PAS AKAN SAMAN SR!
    Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


    Sudah 6 bulan kata nak saman, baru nak lancar
    tabung biaya kos saman?
    1. Pihak pertama yg dedah Pas terima RM90j ialah SR. Husam hanya perkukuh fakta bahawa transaksi berlaku melalui akaun di Affin Bank. Sehingga kini, SR tidak berundur drpd dakwaannya dan sedia disaman. Husam juga sanggup ke mahkamah utk kes ini.

    2. Jawapan menteri, bahawa SPRM tiada bukti Pas terlibat bukan muktamad. Adakah siasatan sudah menyeluruh? Sanggupkah menteri BN menjawab, memang SPRM ada bukti Pas terlibat? Jika itu jawapannya, Najib dan Umno juga terheret. Bodoh benarlah menteri mengheret PM terlibat dgn kes ini. Jika itu jawapannya, terjun tingkaplah menteri itu.

    3. Jawapan itu tidak menyucikan Pas. Bahkan menambahkan lagi keyakinan umum, memang Umno dan Pas sama-sama terlibat. Jawapan menteri menjadi bukti, Pas tukang makan, Umno tukang hulur umpan. Mulut Pas sudah terjangkit kail Umno. Nak telan tak lepas, nak luah tak boleh.

    4. Cara utk Pas bersihkan diri ialah saman SR. Soalnya, jika Umno turut terlibat, sanggupkah Pas saman? Takkanlah Pas nak gigit jari Najib yg masukkan duit ke dalam koceknya? RM90j sudah terima, mustahil Pas akan khianati Najib dan Umno. Bukankah Pas parti Islam? Parti Islam tidak khianati kawan...!

    5. Pada tahun 2007, Pas saman Mirror Daily (MD) apabila akhbar itu kaitkan Presiden Pas sekarang dgn pengganas. Pas menang bergaya. Presiden Pas bergambar girang bersama Hanifa dan Dr Dzulkefli di London. Cepat saja Pas saman, tanpa ragu-ragu, tangguh-tangguh dan berduit jenuh pula.

    6. Kenapa dalam kes SR, masih tangguh, nak kumpul duit dulu, padahal dakwaan SR sama teruk dgn dakwaan MD kpd batang tubuh presiden Pas yg sama? Pas tak cukup duit, tak ada peguam handal, tak tahu nak berurusan? Ini mustahil. Bukankah Pas semakin hebat selepas singkirkan kelompok Anwarinas?

    7. Jawapan kepada semua soalan itu ialah, Pas 2017 bukan Pas 2007. Pas dulu berani saman sebab konsisten lawan Umno. Pas kini tak berani saman sebab sudah makan kail Umno. Kalau saman juga, alamat 'miss syorula...', kata anak-anak muda.

    ReplyDelete
  19. BERWASPADA BELI BELAH ON LINE DARI SYARIKAT INI ,PENIPU,BARANGAN DARI KATELOGNYA AD TERJUAL DIPASARAN BIASA,BRG RM 22.00 DIA JUAL RM 79.00 SEMUA BRG NYA 200-300% LABIH MAHAL DARI ORG LAIN.CILAKA PUNYA PENIPU!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah bertempat la labu....syarikat apa, website mana, barang apa, harga berapa?

      Delete
    2. Syarikat milik orang umno kot

      Delete
    3. Aku tau nih company apa, kalo tak src mesti 1mdb nih...

      Delete
  20. Lobai Hadi dah terang2 kata..Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak PAS yg mahu. Negeri2 yg lain serah pada UMNO.
    Jadi...CLEAR TAK maksud lebai hadi tu.

    Maknanya bila bg pada Umno negeri2 yg lain, bererti lobai Hadi merelakan negara ini terus diperintah oleh UMNO-BN.

    Lebai Hadi lebih sanggup PEROMPAK memerintah negara ini.

    Sekarang kami ahli2 PAS sudah faham betapa libai Hadi ini lebih mementingkan kuasa dpd AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR yg dilaung2kannya.

    KAMI AHLI BAWAHAN AKAN TOLAK PAS KALI INI selagi fahaman haji hadi dan haji hadi ini menguasai PAS.
    Beliau telah membuat pusingan 360 darjah dan berlawan dgn perjuangan sebelum ini. BERSEKONGKOL DGN MUSUH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al Headi Wal Marengue suda feeneen , mo juwal agama. Malyu ala Erebika fun tak berafa fandaii mo nampa. Sumua tifu tifu juwal jamfi. Ada faham, kingcin jamfi. Najis , najis

      Abd Salman
      Aluminum Kilang packing Kurma Oldcastle, Eden,
      Yaman

      Delete
    2. Tertinggal satu negeri..negeri kaye selangor..

      Hj hadi dan olamak tak peduli kalah menang sebab dia dan olamak dah dspat 90 juta...

      Sekarang pun dia tak pedulinmasalah ahli2 pas yg tertekan dengan kenaikan harga barang...masalah perumahan mangsa banjir besar 2014 yg blm selesai di kelantan..

      Masalah balak dan orang asli di hulu kelantan...rompakan 1 mdb oleh najib dan konco2 nye..hingga aset stretegik negara bertuksrbmilik kpd vina kominis...kalo dia tidak bersekongkol dengan najib tentu pas akan bersuara

      ..tp bisu semua olamak pas diparlimen...najib hanye nak guna pas demi keselamatan dia...

      Delete
    3. tuang presideng tertinggal dua buah negeri i.e

      1)negeri pasir berdengung n

      2)negeri pasir dua butir,

      dlm felim laksamana do re mi.

      LUCU !

      Delete
    4. Hahaha..berdengon pas

      Delete
    5. Ada syatu lagi negara lah datuk.
      Itu negara Fening lalat laaa dia punya nama.
      Jhubah hijau dan fakai cermin mata hitam punya lalat
      Dia terbang syana dia terbang syini cari cake lah

      Delete
  21. cepat2 lah luluskan ruu 355!! gue dah x sabar nih! jgn dibiarkan lama2 lobai HADI di AWANG-awangan. the conclusion is ruu355 xkan lulus. komponen BN sendiri yg tolak tapi yg akan dicanangkan pd org2 melayu ialah parti harapan yg menolak kononnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chef TV3 sedang ramas2 adunan ini utk hidangan. Dan laung dgn gah bhw 2 juta warga MelayuTotok menikmati kek palsu.

      Tapi kurang 6% yg makan. 6% ini akn sakit perut cirit beret, sebab adunan termasok ketulan Taek Low dan percikan Kingcin Lobai.
      Kesiaan.

      Delete
  22. Ulamak dan ustaz akhir zaman memang cam tu perangainye. Cinta pada dunia . Serban , jubah , quran dan hadis jadi sandaran untuk perjuangan dunia. Berceramah dan berkuliah pd jamaah agar bersederhana dlm urusan dunia. Tapi diri sendiri hampeh.
    PAS dah x relevan.
    COMFM. AHLI 2 BAWAHAN PAS X PANGKAH MASA PRU.
    INGATLAH. KEKUATAN PAS BKN SEKADAR PD YG BERJAWATAN DLM PAS. KEKUATAN PAS ADALAH DARI AHLI2 NYA.
    TUNGGU PRU

    ReplyDelete
  23. .
    .

    Orang yang ingin sekali menjadi orang Islam yang beriman tanpa memerlukan pengunaan akal fikiran berpandukan keimanan syahadah nya akan menyerahkan syurga neraka nya pada seseorang yang di anggap begitu tinggi ilmu nya.

    Dengan menyokong RUU mereka sudah selesa sekurang-kurangnya selangkah kaki telah masuk ke syurga.

    Padahal yang mendorong hudud ruu di bentang ialah RM 90 juta bukan kerana keimanan pada Allah.

    Wallahhuallam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo islam ikut ikutan, begitu lah ceritanya bro...sedih!

      Delete
  24. Yo yo o jer pas ni,cam dia jer lah orang isl m tulen

    ReplyDelete
  25. Pas ooo pas,makin mwnyimpang,dah masyuk banyak laa katakan

    ReplyDelete
  26. Lobai2 Malyu Kingcin ala Arebikeh dh feeneen lalat.
    Kita fakat2 berdoa janggan la fulak ada tambaa wufacara saferti ,bai'ah kena maso teko raksasa yg suci sebagaynya...mashaaalaaa, kacau la.

    Iklas,
    Abdul Salman
    Alumininum Packing Kurma Factory
    Oldcastle, Eden
    Yaman

    ReplyDelete
  27. PAS UGUT TS MUHYIDDIN? ANCAM GUGAT KERUSI PARLIMEN P143 PAGOH.
    Oleh Khairudin Damhoeri


    Alasan untuk ugut? Kalau TSMY tidak sokong RUU355.

    Sengal betul PAS. Seramai ramai wakil BN dari Sabah dan Sarawak dalam parlimen yg tidak sokong RUU355, TSMY yang disasarnya.

    Seolah olah sokongan TSMY seorang boleh menentukan hidup matinya RUU355.

    Untuk makluman, kerusi parlimen P143 Pagoh dibentuk oleh dua DUN, Jorak dan Bukit Serampang. Secara tradisi, PAS bertanding di kedua-dua kerusi DUN tersebut. Namun, rekod sokongan yang PAS dapat di kerusi² tersebut untuk 3 PRU yang lepas, ialah purata 35% sahaja.

    Dari segi komposisi kaum, pengundi Cina membentuk 40% dari keseluruhan pengundi Pagoh.

    Sejujurnya, saya tidak nampak dari sudut kelemahan mana, kelemahan apa, yg memberanikan PAS ugut kedudukan TSMY di kerusi parlimen Pagoh.

    Diberi natijah di atas, setuju tak, kalau saya rumus bahawa PAS sekarang sedang berada dalam fasa "gila talak"? ��

    (Tu laa ... rasakan. TSMY buat baik dengan penuh hemah dan lemah lembut ajak bersatu, PAS gonjengkan TSMY. Sekarang bila pintu rundingan dah ditutup dan dikunci, dengan kunci dibuang dalam jamban, barulah PAS nak melalak meroyan. Semuanya dah terlambat. Heh heh.)

    ReplyDelete
  28. Pas tanding 3 penjuru bila tidak sertai PH....pas sudah terdesak nak sokongan mp melayu shingga lupa dia tanding menentang tan sri muyidin...

    Kalo Auta 355 gagal diluluskan pas akan bagitau penyokongnye kegagalan kerana mp melsyu PH - puncanye yg tidak sokong..

    Meletakkan kegagalan kpd PH

    Oleh itu elok sekarang di war warkan pas sudah ade rakan umno bn..menjadi tanggonjawab pas umno dan bn mempastikan ruu pas diluluskan kerana jumlah mp telah mencukupi...pas bukan rakan PH...tanggongjawab najib mengarahkan rakan bn menyokong kerana ruu ini tidak melibatkan non muslim..

    Pas takut kpd penyokong jika ruu gagal diluluskan..pas sudah berjanji ruu ini akan diluluskan...cume seblm ini ditanggohkan atas sebab perlu penerengan kpd banyak pihak..sekarang pas tiada alasan lagi..

    ReplyDelete
  29. PRU14 menjadi rancak setelah masuk mahathir dgn iltizam membetulkan negara yg kucar kacir, justeru pengundi telah memimpikan perubahan dan kemenangan mana2 cubaan menghalang harapan rakyat Akan gagal dan tersisih dari kehendak rskyat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...