Tuesday 28 March 2017

DIALOG RUU 355


Dialog atau sketsa perbualan mengenai RUU 355 ini diterima melalui grup Whatsapp  dan juga email. Rasanya tentu ramai yang turut sama menerima dan sudah pun membacanya.

Ia amat menarik untuk kita lebih memahami mengenai kemelut pindaan undang-undang tersebut yang sehingga ini masih tertangguh dan tidak diketahui sama ada akan dibentangkan atau terus ditangguhkan lagi.

Saya siarkannya semula untuk tatapan dan perkongsian kita bersama.


USTAZ DIN : "Setiap orang Islam wajib sokong RUU355..."
.
AWANG : "Tak wajib.... RUU355 bukan hukum Allah.... Sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan Rasul, tidak ada siapa pun yang layak mewajibkannya.... Agama Islam ni bukan milik lebai PAS."
.
USTAZ DIN : "Hukuman 100 kali sebatan bagi orang yang melakukan zina, itu hukum Allah..."
.
AWANG : "Saya tak pertikaikan 100 sebatan tu.... Yang saya nak tanya, 30 tahun penjara dan denda RM100,000, adakah itu hukum Allah? Setiap orang Islam wajib sokongkah?"
.
USTAZ DIN : "Tok Guru Haji Hadi kata wajib...."
.
AWANG : "Haji Hadi bukan nabi...!"
.
USTAZ DIN : "Dia seorang ulamak..."
.
AWANG : "Dia pun manusia biasa, bukannya dia terima wahyu dari langit...."
.
USTAZ DIN : "Enta memperlekehkan ulamak....!"
.
AWANG : "Ustaz mengkultuskan dia seperti nabi, itu lebih besar salahnya...."
.
USTAZ DIN : "Rasulullah bersabda, al-ulamak warisatul anbiya'... Para ulamak itu pewaris nabi..."
.
AWANG : "Kalau gitu, confirmlah Haji Hadi bukan ulamak...!"
.
USTAZ DIN : "Kenapa pulak...?"
.
AWANG : "Mana mungkin seorang pewaris nabi berakhlak seperti Haji Hadi...? Bercakap bohong, berbuat khianat, berbahasa kasar, tidak beradab, angkuh, sombong, menyakitkan hati ramai orang, menjadi bahan ketawa orang.... 
Logikkah seorang ulamak memiliki ciri-ciri dan sifat sebegitu...? Pewaris nabi apa gitu...?"
.
USTAZ DIN : "Sebenarnya, kenapa enta ni beria-ria menolak RUU355...? Apa yang enta takutkan...?"
.
AWANG : "Saya tidak menolak RUU355 dan tak ada sebab pun kenapa saya perlu takut.... Yang saya tanya, kenapa Ustaz kata setiap orang Islam wajib sokong RUU355...? Apa dalilnya...?"
.
USTAZ DIN : "Bukankah RUU355 menambahkan bidang kuasa mahkamah syariah...? Dan dicadangkan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah, sesuai dengan hukum Allah....Itu ke arah perlaksananaan undang-undang hudud sepenuhnya...."
.
AWANG : "Ya lah.... tentang nak pinda rang undang-undang ke, nak rombak akta ke, bukankah itu urusan ahli Parlimen...? Pasal apa hukum terkena kepada setiap orang Islam...?
.
USTAZ DIN : "Yang di Parlimen tu, Parlimenlah, itu urusan wakil rakyat.... Tapi iman dalam dada kita masing-masing mesti ada iktiqad sama ada kita sokong atau tak sokong RUU355."
.
AWANG : "Untuk apa...?"
.
USTAZ DIN : "Mungkin sebagai ujian sama ada kita benar-benar beriman atau tidak...."
.
AWANG : "RUU355 nya mana...?"
.
USTAZ DIN : {Diam}
.
AWANG : "Yang ustaz kata setiap orang Islam wajib sokong, untuk menguji sama ada kita beriman atau kafir.... mana bendanya...?"
.
USTAZ DIN : "Usul tersangkut di parlimen.... Itu bukan salah PAS."
.
AWANG : "Bukan salah PAS apa, Haji Hadi yang mintak tangguh sampai dua kali....!"
.
USTAZ DIN : "Mesti ada sebab kenapa Tok Guru tangguhkan...."
.
AWANG : "Saya tak nak tahu pun apa sebab dan alasan PAS tangguhkan pembentangan usul tu.... tapi saya cuma persoalkan kenapa keluarkan fatwa setiap orang Islam wajib sokong RUU355, sedangkan Presiden PAS sendiri yang tangguhkan....?" 
.
USTAZ DIN : "Ish... enta tak faham...."

AWANG : "Saya nak tanya Ustaz, apa jenis kesalahan yang boleh didenda RM100,000 dan 30 tahun penjara...?"
.
USTAZ DIN : "Er...."
.
AWANG : "Di antaranya kesalahan di bawah akta mahkamah syariah ialah menyebarkan fatwa yang bercanggah dengan fatwa negeri.... Nanti ustaz-ustaz sunnah yang digelar wahabi ramai yang kena penjara 30 tahun kerana menyampaikan ilmu Qur'an dan Sunnah yang bercanggah dengan fatwa negeri.... Undang-undang ini yang Ustaz kata wajib sokong...? Ustaz-ustaz yang mengajar agama tanpa tauliah, walaupun dia lebih alim dari orang yang tukang bagi tauliah,  boleh didenda RM100,000 atau penjara 30 tahun, undang-undang ini yang Ustaz kata wajib disokong oleh setiap orang Islam...?"
.
USTAZ DIN : ????? (telan air liur)


Amacam?

Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat dan lebih memahami isu sebenar daripada perbualan Ustaz Din dan Awang di atas. (ShahbudinHusin 28/03/2017).

115 comments:

  1. Inilah bezanya ada ilmu dan dimanafaatkan dan ilmu yang salahgunakan.

    isunya bukan agama tapi guna agama untuk tujuan tertentu. Pelacuran agama oleh Hadi dan sekutu.

    Bagi saya dalam malaysia (negara lain saya tak komen) tiada ulama. Yang ada adalah manusia yang belajar agama dan cuba menterjemahkan apa yang dia belajar untuk tujuan2 agama (pada asalnya) tetapi disalahgunakan untuk kepentingan individu dan puak2 mereka.

    Selagi mereka ini manusia, jangan cuba nak bandingkan dengan manusia yang diangkat Allah sebagai Nabi atau Rasul. Berlagak atau berlakon alim bukan karektor orang islam yang tulin....

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa hukuman kpd pegawai2 jawi yg merempuh bilik2 hotel dan menangkap pasangan suami isteri yg sah dan menuduh mereka berkhalwat.

      Delete
    2. Salam

      YaHADI ahWANG bukan saja lacurkan agama...


      Yahadi bikin satu lagi alkoran baru ciptaan Q7 atakiri atakanan yg hampir serupa tapi berlainan..

      Demi penyokong pas yg dahagakan ilmu yg pelik dari ayat Allah mahupun sunnah nabi... Pengikut mahu ayat macam ayoh pin macam alarqam dan almaunnah

      Cuba collect semua kenyataan haram dJin dan atakuri dan yahadi maka boleh wujud sebuah lagi alkoran baru abad ke22!!!

      Masyallah akhir zaman yang sesat itu adlah ularrmak pak lebai haji korup!!

      Delete
    3. Masya Allah...Yahadi..Yahadi apa hang nak jadi.

      Delete
    4. Amanat Hadi dolu2 tu apa kabor??? Udah expired ke apa??

      Teman teringat le pulak kesah dolu2....ada laki bini cerai berai.....anak dengan bapak tak bertegor sape.....apa udah expired ke amanat tuuuu....atau masih berkuatkuasa lagi???

      Delete
    5. maka berjayalah ameno meranapkan pas dengan TKO, dan pas hanya pasrah dengan langkah pergabungan songsang yang menjahanamkan... kah3

      makanya... apalagi berlatih la ostat2 dokong bewok... akibat kebodohannya sendiri dalam membuat penelitian, sebelum berkata "YA, kami akan bawa rang tersebut".

      Tamatlah hikayat pas ini akhirnya... lame sikit nnti jadi la kisah dongen pas utk tatapan cicit piut kita...


      Delete
    6. Kikikik.. Si Sabin samitah LHDN gelabah puyuh nk kumpul duit utk bayar brim, supaya bijan leh kaut undi Pru 14 nnti dgn target golongan marhean yg tak tahu onak yg dia buat, maka golongan pekerja yg bayar cukai melalui PCB yg ada lebihan bayaran balik tidak akan dibayar, malah LHDN akan tekan dgn mcm2 hal dan penalti supaya duit LHDN tak mengalir keluar tp utk beli undi melalui brim. Aparat yg dh jd keparat.

      # tangkap AG afundi
      # tangkap barua JASA
      # tangkap barua singapork
      # tangkap barua komunis
      # tangkap barua losemah

      Tapi ada jugak baiknya Si Sabin tekan pembayar cukai, supaya pembayar cukai lg bertambah benci dgn partai Barang Naik@Bn dan mencepatkan lg bijan ke penjara sg buloh pasca Pru 14 insyaallah.

      Ini Kali lah
      Kita ubah PM najib dan pasung
      Kita simen partai barang naik

      Ini Kali lahhh!!!

      Delete
    7. PKR tidak pernah putuskan hubungan dengan sahabat, parti sahabat, itulah mafhum kata-kata azmin ali. Ertinya PKR selalu menjaga hubungan dengan parti sahabat.

      PKR ini memang pandai bermuka-muka. Pandai memutar lidah.



      Azmin ali ini naik jadi MBpun dengan usaha PAS. DAP mati-mati nak wan azizah menjadi MB setelah khalid ibrahim difitnah dengan fitnah busuk lantung musuh politiknya dalam PKR. Anwar disumbat mereput dalam penjara, maka wan azizahlah pilihan DAP untuk menjadi boneka jika menjadi MB selangor. Namun PAS mencadangkan azmin kerana tahu kalau kak jah menjadi MB, kak jah bakal menjadi puppet kepada DAP.

      Sekarang azmin macam kacang lupakan kulit, kaduk naik junjung.

      Pemimpin pas disindir, lebailah, itulah, inilah. Lagilah makcik zuraidah, lebihlah lancang mulutnya mengalahkan murai.

      Mereka ini lupa bahawa PASlah yang bermatian menggerakkan jenteranya membantu memenangkan mereka dalam PRU13. Jentera PAS siang malam berkempen. Nak harapkan jentera PKR, tak adalah. Balik-balik kempennya free anwar, menangis mengugu meminta simpati.

      Bila pemimpin PAS disindir, tetaplah ahli bangkit mempertahankan. Akar umbi bingkas mencadangkan PAS memutuskan hubungan dengan simulut lancang, mulut yang tak bertapis bak kata orang tua-tua. Laaa pandai pulat azmin ali ni bersilat lidah, PKR tidak pernah memutuskan hubungan dengan parti sahabat. Amboi pandainya nak memusing kata, nak cover kalau PAS memutuskan hubungan dengan PKR, PASlah yang salah bukan dia.

      Inilah sikap hi;pokrit, munafik. Diundang kemarahan ahli PAS kemudian kata pulak dia tak bersalah kalau PAS memutuskan hubungan dengan dia.

      Kepala otak sekular memang tidak boleh dipercayai. Sebab sekular adalah ciptaan kafir, metlamat menghalalkan cara. Baling batu sembunyi tangan. pepat diluar rencong di dalam.

      Rasanya azmin ali ni nak cari nahas. Memang nak cari nahas. Sebab orang melayu terutama pendukung parti agama (kata sayuti omar libadi, adik haji ahmad laksamana, hujung jatuh) hampir pasti akan menarik sokongan kepada PKR. Apabila PAS beranding disemua kawasan PKR yang 50:50, jangan harap PKR akan menang, harus terlingkup.

      Tu sebab azmin ali ni macam serba salah. Nak ikut 100% abang tirinya DAP, takut terlingkup dalam PRU14. Nak bersama terus dengan PAS, takut dilempang lim kit siang. Maka ambil jalan hipokrit, sindir-sindir PAS supaya PAS sendiri memutuskan hubungan dengan PKR, maka adalah alasan nak memperbodohkan rakyat bahawa azmin dan PKR suci bersih, PAS yang kotor. Macam PANlah, lidah bercabang.

      Maaflah kerana penulis agak kasar. Sebab kepala batu kena ketuk dengan tukul besi. Tak mampan diketuk dengan tukul kayu. Itupun entah pecah entah tidak. Agaknya kena letupkan dengan granait baru pecah.

      Wassalam.

      Delete
    8. Anon 1514 baik ko jaga partai barang naik @ BN ko dan fikir kan mcm mana nk turunkan harga barang yg naik mencanak dan juga nilai ringgit yg merundum akibatnya daripada sabotaj ekonomi oleh bijan melalui pinjaman tidak produktif 1 mdb dari bank yahudi sebyk USD 50 billion tu. Bayar bunga dlm USD, kopak rakyat yg tanggung. Dan ko sibuk hal rumahtangga org lain... Ahaksss ptui JASA moron jahil lg menyombong diri dan berhati serigala ingin menipu je kerja nya dan nak klepek duit negara utk anak Bini.. Ahaksss ptui faud zakar shit.. Kikikiki

      Delete
    9. INNALILAHIWAINAILAIHIRAJIUUN

      BNM KATA IBFLASI BULAN MAC CECAH 8%

      ANAK BABI HARAM PKMAK HARAMJADAH PUNYA GABEBOR

      CELAKA KO NAJIB !!!

      GILABABI PUNYA MOF KEM. BEBALWANGAN...

      DEMONSTRASI BESAR BESARAN BERSIH 8.0 UNTUK BERSIHKAN

      BABI NEGARA MALAYSIA BNM !!!

      SIAP KO RAMBUT PUTIH CELUP!!!

      Delete
    10. orang cakap pasal RUU355 nie... cer fokus sikit korang nie...

      tak yah cakap banyak, klu ade link pasal ruu355 mohon share... tak pun puak pas yang handal2 undang2 tolong sambung dan jawabkan soalan mamat AWANG nie...

      Delete
  2. Minta pandangan orang yang pandai agama,

    Apa beza antara KHALWAT, RASUAH DAN TAK PUASA dari hukum syariah? Yang mana SEKARANG di malaysia kesalahan diatas hanya mahkamah syariah digunakan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa hukuman untuk orang2 lslam yg memenuhi kedai2 4 ekor, cai nombor dan tikam ekor sampai jalanraya pun jem dan menyusahkan orang lain

      Delete
    2. TAK PAYAB CERITA PANJANG

      ADAKAH RUU INI BOLEH PENJARAKAN NAJIB?

      ATAU MANA MANA PM? YG TELAH MASUK DUIT 27JUTA XALAM AKAUN DAN MAKAN ANAK BINI..

      JUKA RUJ INI TUDAK BOLEH MENDAKWA BAJIB MAKA RUU INI ADALAH

      H. A. R A. M J. A D A H !

      macam di brunei

      Delete
    3. Masya Allah...Yahadi..Yahadi.

      Delete
    4. Salam bro.

      Jawapan ringkas.

      Rasuah tak masuk di bawah bidangkuasa mahkamah syariah di Malaysia spt khalwat dan makan di khalayak ramai pada bulan Ramadhan.

      Delete
    5. Bro John Doe......OOoo teman baru tau ropenye di Msia ni rasuah tak masuk bawah bidangkuasa mahkamah syariah ye.......jadi ada ke dimasuk bawah kategori halal toiyyiban bersih lagi suci??

      Delete
    6. Bro phantom.

      Ia tntg pembahagian bidangkuasa di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah. Rasuah di bawah bidangkuasa mahkamah sivil. Khalwat dan seumpamanya pula di bawah bidangkuasa mahkamah syariah.

      Ia isu berlainan dengan hukum rasuah itu sendiri di dalam fiqh Islam.

      Delete
  3. NAK DIALG APA

    RUU INI ADALAH BARANG BUATAN PUAK LEBAI HAJO KORUP

    DEMI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT MEREKA

    DALAM ALKORAN TAKDE SEBUT PENJARA ATAU DENDA 1000 DIRHAM

    INI RUU AJARAN SESAT KOMBINASI UMBO DAN PAS. !!!! ( di sokong melayu baghal )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Malaysiabaru,,,jika boleh mintak diskaun ok gak,,, ingatkan harga barang jer naik ,,tak sangka denda dan hukuman pun akan naik mendadak,,,tapi mutu pencegahan nya menurun,,,anak2 kat sekolah tak boleh di cuit,,

      Delete
    2. Masya Allah ...Yahadi..Yahadi

      Delete
  4. Theedge

    In short petrinas has to borrow to Pay dividends if it does not want to disturb its capex flow


    WEIII PETRINAS NAK BANKRAP DAH WEIII

    PATUT LAH MINTA ARAMCO BAIL OUT!!

    RUPANYA RAHMAN DAHLAN DAYAK PEGI SAUDI WAHABI GILABABI MINTAK SEDEKAH LAGIII

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori tuan budin, lari tajuk, tapi nak komen sikit apa bro malaysiabaru cakap:

      Pertama; aramco (pembeli saham) pun belum bayar usd7b, malah tak mention langsung nilai usd7b, bila mau bayar, macam mana nak bayar, ect. Petronas (penjual saham) jerr yg kata usd7b, aramco diam.

      Kedua; laporan thestar 2 minggu lepas, aramco dan petronas sedang berunding terma dan syarat JV ni....SELEPAS perjanjian jual beli saham RAPID ditandatangani!! Selalunya orang berunding terma dan syarat SEBELUM tandatangan perjanjian.

      Tak pernah orang buat perjanjian business camni ehhh. Tapi mungkin ni cara business kota belud, sbb rahman dahlan terlibat dalam rundingan. Sahabat, ko tak payah sibuk komen, nanti kena gasak lagi.

      Delete
    2. janganlah marah Bro 09:50

      Aku kena komen juga.. Kadang-kadang fakta Sahabat BN tu jelas ke longkang. Selalunya tak ada fakta pun.

      Apa pun aku sokong pandangan Bro. Tuan punya badan (ARAMCO) dah jelas tak sebut apa-apa nilai, orang lain (sahabat BN, terutamanya) pulak mengatakan yang berlainan. Siapa yang kita harus percaya???? Tentulah tuan punya badan.


      Unknown aka Sahabat JR

      Delete
    3. Agaknya haramconk hidu mat dahilang nak buat jolo2.0 atau/dan mat dahilang hidu haramconk nak buat alkebasi2.0 kot. Hasilnya stalemate, sebab dua-dua dog eat dog. Selepas 1mdb, felda dan entah apa lagi depa buat kat belakang tabir, maka salah kah sapa sapa buat andaian, walaupun a figment of his/her imagination?

      This gomen shdnt be allow to transact anything on msia behalf without the thieves of 1mdb being locked up in bamboo river first.

      This country is a joke. Kenapa petronas di belakang tabir dlm negotiation?

      Delete
    4. Petrinas nak beli tiket jumpa aramco pun tarak wang..

      Hotel di riyadh mahal.. Duit Saudi 3.80

      ALL OF YOU WILL SURPRISED THE DAY MACC MASUK PETRINAS..

      LUBOK RASUAB JPM

      PETRBRASIL SCBANDAL ALSO KNOWNED AS OPERATION CAR WASH HAD NETTED A DOZEN TOP OFFICER WITH BILLIONS OF BRIBE INCLUDING THE BRAZILIAN PRESIDENT !!! WHO WAS IMPEACHED AND REPLACED !!!

      malaysiaL ada ini macam..

      Delete
  5. Apa hukuman kpd ulama besar yg membuat amanat mengkafirkan orang umno dulu hingga sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak org kafir DLM umno, org asli,siam, murut, kadazan dll .

      Delete
    2. hehehe ameno tu melayu... melayu tu islam (klu ikut perlembagaan)... klu tak islam tu bukan melayu..

      kalau bawak gaya hidup bukan islam nie yang tak tahu nak diketegorikan apa tah... maka apakah kena wujudkan sebuah lagi etnik tak berbangsa di sini... keh3

      Delete
    3. Bro Zack

      Jawapannya sudah terang lagi bersuluh tapi mereka akan sembunyikan jawapan ini di bawah karpet.

      Bagaimanalah mereka boleh menyangka Allah lupa atau lalai drpd apa2 yang pernah mereka kerjakan.

      Wal'ayazubillah..

      Delete
    4. Bro Zack.........lama bebenor teman tak dengor bunyi amanat kafir mengkafir dolu2 tuuu....

      Nak juge teman tau masih valid lagi ke amanat yg dulu tu? Dulu kata sembelihan orang umno tu haram.....solat berimamkan orang umno pon tak sah......yg teman ingat berderet le points amanat tu.........ate sekarang apa ceritanya???

      Apa amanat dulu tu udah tolak bawah karpet ke (bak kata Bro John Doe)?? OOoooo.....udah expired ke?? Amanat pon ada tarikh luput ropenye......hhmmmmm teman baru tauuuuu........


      Delete
    5. Bro phantom..

      Memang deme ni menyangka-nyangka Allah dah lupa apa-apa yang pernah deme kerjakan.

      Dalam bahasa pasar bg deme ia dah 'expired' mcm kalimah yg bro gunakan.

      Hakikatnya sampai masa deme akan tetap dipertanggungkan.

      AlQuran menyebut situasi sebegini sbg 'mereka hanya diberi tempoh' (ikut terjemahan paling tepat ke BM).

      Wallahu a'lam .

      Delete



  6. Sokomgan ada 3 perengkat
    1 Dengan tangan/kuasa
    2 Dengan hersuara
    3 Dengan hati, selemah2 iman

    Jangan Jadi org yg tak kisah seperti org yang tiada beriman, atau lebih teruk lagi org yg membenci nya seperti sifat org munafik/kafir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejap bentang, lepas tu tarik balik, nak bentang lagi, mungkin tarik balik lagi. Semuanya berdasarkan jumlah undi yg boleh dikaut di parlimen. Ini politik namanya, ruu ni ruu PAS cari makan politik.

      Delete
    2. Hello Bro 09:31,,,
      Menghukum nya mudah macam sifir 1x1,,,tapi tranformasi pencegahan amat sukar,,,,
      Patut nya adakan pusat pembentukan ahlak anak2 seawal tahun 6 hingga menengah 3,,,
      di korantin 3 bulan ke 6 bulan untuk menjalani kaunseling, pemantapan kerohanian sambil belajar,,,Guru2 disiplin boleh mencadangkan nama pelajar yang bermasalah,,,guru tak perlu lagi risaukan resiko mendisiplinkan dengan merotan dan mendenda pelajar ,,,dan ibu bapa akan mula lebih sedar keutamaan mendisiplinkan anak, apabila merasa malu anak mereka terpaksa di korantin di pusat pembentukan akhlak yang di tubuhkan pihak berwajib

      Delete
    3. Masya Allah..Yahadi..Yahadi

      Delete
    4. 9.59,

      saya kurang bersetuju dengan approach quarantined counselling especially young pupils or students. Psychologically boleh @merencat akal" mereka berfikiran secara rasional.

      Sebenarnya leadership by example is the best solution for malaysians moreso the muslim malays. The parents, the governing leaders, the community leaders, the religious leaders etc....all have their roles to play.

      Guru agama bercakap pasal halal haram macam bertih jahung pada anak2 namun bisu seribu bahasa pasal penyamunan dan kezaliman....

      Sebenarnya permasalahan kita sekarang adalah sumbangan segolongan agamawan yang bukan berkhidmat kerana Allah swt tetapi berapa penuh poket mereka dipenuhi.

      Wallhuallam

      Delete
    5. Bukan agamawan tp Agamawang..

      Delete
    6. Jangan memandai-mandai meletakkan hukum yang manusia gubal setaraf dgn hukum yang Allah tetapkan, ditakuti terjatuh ke dalam perangkap dosa besar 'menulis kitab dgn tangan sendiri dan mendakwanya drpd Allah.

      Bukan kecil dosa sebegini. Harap berhati-hati dan mohon disimpangkan Allah.

      Delete
    7. Sedikit tambahan.

      Itupun buat hukum baru. 3 perkara tersebut adalah bersabit hadith melihat kemungkaran dan bagaimana sdr boleh memandai-mandai sabitkannya dengan sokongan ke atas sesuatu tindakan manusia.

      Ulamak bukan sumber hukum. Hanya AlQuran dan hadith sahaja sumber hukum dan perkara yang tidak sabit dalam hadith atau sabit utk perkara lain adalah lebih wajar kita hindarkan daripada menyabitkannya pula dengan perkara selain dari yang disebut dalam hadith.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    8. Teman setuju dgn Bro John Doe.....
      "Jangan memandai-mandai meletakkan hukum yang manusia gubal setaraf dgn hukum yang Allah tetapkan, ditakuti terjatuh ke dalam perangkap dosa besar 'menulis kitab dgn tangan sendiri dan mendakwanya drpd Allah."

      Benar.......jangan sampai jadi bida'ah mengada-adakan atau menokok-nambah dari perkara dasar.

      Delete
  7. Pencacai BN mula main peranan dalam PAS

    Lihat apa Raja Petra tulis:

    "The Youth Movement (Dewan Pemuda PAS) will have to play a big role in the coming general election. So it must choose wisely who will lead that Youth Movement because it is going to be the backbone of the election machinery. People like Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz or Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi should lead the Youth Movement. Of course, PAS’s enemies are going to scream nepotism to ensure that those two do not continue to lead the Youth Movement. But that is their psywar, which PAS must ignore."

    Belum pun PAS masuk BN, urusan dalaman PAS sudah cuba diambil alih oleh pencacai BN. Kalau dah masuk, lagilah hebat 'rasukan' mereka...

    Belum terlambat untuk ahli akar umbi PAS buat keputusan yang berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko hanya memberi sebahagian kecil sahaja dp apa yang di tulis oleh Raja Petra, dan Ini tidak melambang apa yg yang sebenarnya di maksudkan oleh beliau....

      Delete
    2. .
      .

      Dulu Mahathir orang jahat dan kini bila dia jadi baik lawan Najib si penyamun bugis di kutuk habis-habisan.

      Raja Petra dulu baik dan lawan Mahathir pun di kutuk habis-habisan tapi kini di puja dan di jadikan modal oleh pendedak.

      Apa yang dikatakan oleh Raja Petra jangan di pakai.

      Delete
    3. Anon 10:37

      Aku cuma ikut cara Unknown aka Sahabat BN ambil isi dalam sesuatu rencana.

      Any how... Bukankah itu cubaan campurtangan????

      Delete
    4. Anon 10:37,

      Ada lagi manusia baghal yg percaya cerita Raja Putar Alam kahkahkah


      Delete
    5. Itu Raja Putaq

      Delete


    6. Raja petra ini consistance dalam pendapat2 yang anti Mahathir. Dahu Mahathir mempunyai pengaruh kuat dlm
      Umno ,so dia anti Umno, Sekarang Mahathir sudah tukar kem , so sekarang dia pro Umno dan dia tetap anti Mahathir.
      Itu saja.

      Delete
    7. 10:53
      2.6 B melalak
      40.0 B Dieg bisu
      2.9 B Splash bisu
      30.0 B Forex bisu

      Delete
    8. Dah ada balik mamat ni... lama juga tak post.

      UMNO bahagian bawak melancung ke หาดใหญ่ ke??? Itu sebab nak melalak, nak bisu, nak melalak, nak bisu tak habis-habis

      มีหีเพียงพอในวันหยุดของคุณหรือไม่

      Delete
    9. Mamat tahi simen.. 30 tahun barubnak melalak forex dan bmf..

      Delete
    10. 11:31 - saya tak tahu la apa yg sebanar berlaku dalam semua kes, tp yg saya faham semua kes dah ke mahkamah, kecuali yg "2.6 B melalak"... cer singgahkan kejap dekat mahkamah dulu kes tu...

      lepas, tak lepas, tu belakang cerita...


      Delete
  8. Terbaru dari Malay Mail tentang RUU355

    "Once the bill is adopted by the Parliament, Muslims in Malaysia will be divided into two different camps, whereby those in Peninsular Malaysia will be subjected to the RUU355 amendment bill while those in East Malaysia will not be affected."

    http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/pivotal-role-sin-chew-daily#sthash.zuTyzSQi.dpuf

    Apa yang kita boleh fahami ialah RUU355 memang untuk tujuan politik.

    ReplyDelete
  9. Hmmm.....

    Pas hanya akan menjadi ‘budak nakal’ yang dilihat mudah merajuk dan sukar dipujuk bila berada dalam BN, kata Setiausaha BN Negeri, Senator Datuk Hanafi Mamat.

    Menurutnya, isu biawak hidup yang dibawa Pas itu bukan perkara baharu malah sebelum ini banyak pihak berpendapat mengatakan BN sebenarnya menyokong biawak hidup jika Pas berada bersama dengan parti pemerintah itu.

    http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pas-hanya-budak-nakal-dalam-bn-1.650120

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak jahat yg selalu buat onar..

      Delete
  10. RUU boleh sebut Ayoyo...

    ReplyDelete
  11. Betul tu tuan,,,Kedua2 pihak curiga mencurigai dalam senyuman ,,
    pas terasa fobia kalau2 di kasutkan sekali lagi,,,BN pula fobia kalau2 sekali lagi terpaksa sebantal dengan biawak hidup

    ReplyDelete
  12. Pas hanye bergantung kpd RUU untuk menunjukkan perjuangan islam...Pas dah tak ade modal lain ...isu dlm RUU terlalu kecil hanye pindaan hukuman...tak ade ape yg boleh nembantu meningkatkan syiar dan pengembangam uslam...

    ReplyDelete
  13. Yg dok hantam tun ni, adalah org yg sebenarnya paham isu2 semasa, tetapi terpaksa spin demi kepentingan dan masa parti masing2. Tun sebenarnya nak berkhidmat semula utk rakyat, full stop. Kalu demi mukhriz, dah lama dia sokong najib atau dok diam2 berlakon sakit ka, dalam 2 tahun ni mungkin mukhriz dah jadai tpm.

    Walau apa mereka spin pun, saya yakin rakyat tak akan terpengaruh dgn dakyah2 umno dan pas.

    ReplyDelete
  14. RUU355 terus menjadi batu yang digalas di setiap lidah' golongan yang jahil lagi menyombong diri.

    Si jahil itu berkata - hukuman 30tahun penjara dan 100rm denda didalam RUU355 bukan hukum Allahswt. lalu lidahnya memberi prasangka buruk RUU355 akan menzalimi umat Islam yg melakukan kesalahan - Nauzubillahimzalik.

    Kepada golongan yang mencari redha puak2 kafir ingin sekali aku khabarkan
    bahawasanya matlamat utama RUU355 adalah untuk memperkasa undang-undang syariah agar ia terpisah dari sabitan undang-undang sivil.

    Terutamanya bila melibatkan urusan kematian muallaf, pembahagian harta pusaka saudara baru, hak penjagaan akidah anak-anak muallaf etc. bukan sedikit kisah bagaimana Non Muslim mencabar keputusan mahkamah syariah sehingga melibatkan akidah, harta hatta pada urusan pengebumian.

    Masih ingatkah pada kisah Lina Joy - bagaimana dia menggunakan undang-undang sivil untuk membatalkan hukum makamah syariah, tulang belakangnya adalah dari pertubuhan Kristian, NGO2, Bar Council, serta DAP.

    masih ingatkah pada kisah penyebaran Bible dalam bahasa Melayu yang mana para politikus berhati serigala itu membantah pada keputusan mahkamah syariah lalu mencabarnya melalui undang-undang sivil melalui proksinya ?

    Masih ingatkah pada kisah pondan yang mencabar keputusan mahkamah syariah dengan membawanya kepada makamah konvensional dan sekali lagi para politikus berhati serigala itu menjadi pelindung kepada NGO2 yang mempromosi gaya hidup LBGT (NGO2 inilah yg membimbing si pondan itu).

    Masih ingatkah pada kisah seorang gadis yg didenda sebanyak 25rm oleh makamah syariah atas kesalahan meminum arak dan bekerja sebagai penari tiang disebuah kelab malam ?

    Demi Allahswt - RUU355 adalah wajib untuk disokong oleh semua umat Islam bukan kerana ia diusulkan oleh PAS atau UMNO tetapi ikatlah pada niat kerana Allahswt.

    sebagai muslim bersangka baik pada urusan AGAMA sendiri lebih mulia dari terus menjunjung redha puak kafir yang jelas memusuhi ISLAM.

    Kepada lidah' penyampai (Shahbudin.com)
    Dan ingatlah akan datang waktunya kamu bakal dikerumuni golongan yang jahil lagi menyombong diri yg menuntut "pembebasan" dengan amal pahala kamu sebagai ganti akibat dari tipu daya yg disebarkan berkait kisah RUU355.

    Salam ya salam
    Ikhlas dariku unknown aka sahabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbetulkan dulu fahaman kamu terhadap perkataan 'Nauzubillahimzalik' lepas tu baru kita bincang pasal urusan agama.

      Kalau satu perkataan 'Nauzubillahimzalik' ini pun kamu tak tahu ejaannya, bagaimana kamu nak bawa hujah agama yang lagi besar asasnya dan lagi luas perbezaan pendapat antara mazhabnya.

      Delete
    2. Ko sahabat masih jahil...RUU ni hanye pindaan hukuman sediada tak ade yg baru...hanye modal untuk politik...

      RUU ini tidak boleh menghalang murtad ,pondan lgbt dan serupa dengannye selagi perlembagaan tidak dipinda...
      Tak usahlah ko tunjuk pandai kalo ko sendiri jahil dengan undang2 dan perlembagaan..

      Umno yg berkuasa yg patut perjelaskan islam agama rasmi yg membolehkan menghukum murtad dan lgbt..tetapi umno membisukan perkara ini untuk mendapat sokongan bukan uslam...

      Jadi sahabat yg jahil lagi sombong jangan ko menambahkan kejahilan kamu dan menjahilkan plak yg lain..sedarlah diti ko dulu..

      Delete
    3. I wish you could say the same on thievery by najib. Kalau benar kerana ALLAH swt.

      Kalau berdalih....go to hell

      Delete
    4. Pasti sahabat kecualikan najib dari hukuman

      Loyar buruk negara Apandir bebaskan najib dari kes rasuah src pon sahabat bisu..Apandir tak mao siasat najib sonlap duit 1 mdb pon sahabat jadi jahil dengan nengatakan ini fitnah...fitnah tak fitnah jena siasat dan bicara dulu..hskim yg layak yg layak buat keputusan..

      Delete
    5. Unknown aka sahabat bn, aku nak ulang soalan awang diatas
      AWANG : "RUU355 nya mana...?"
      Cer ko jawab...

      Delete
    6. Unkbown zahabt

      Kes qazaf Anwar apa cerita

      Mahkamah cipap apa nih yg kata takde kuas nak dengar

      Cipap punya hakeem ...

      Esok ada RUJ hakim cipap ni kata duit curi src takde dalam RUJ...

      Kes curi pegi Civil

      Jadi syariah ni hanya kes suami tak bagi nafkah kena penjara 30tahun?

      Kes zina Najib pun tak de kuasa..

      Kes liwat takde kuasa

      Bubarkan saja mahkamah syariab kalau kes liwat pun takde kuasa..

      Delete
    7. Unknown aka sahabat bijan pegawai JASA Cari makan yg bkn sahaja jahil lg menyombong diri juga berhati serigala dgn segala tipu daya utk menang kan partai barang naik @ BN.. Ahaksss ptui JASA moron.. Ahaksss ptui zakar shit.. He he

      Delete
    8. Unknown sahabat yang jahil lagi menyombong diri telah jatuh ke dalam perangkap dosa besar menulis kitab Allah dgn tangan sendiri diakibatkan oleh kejahilan dan kesombongannya.

      Ringkas tapi tepat. Malas nak ulas bagi orang yang sudah jelas blurrr..

      Delete
    9. Unknown:-

      Terutamanya bila melibatkan urusan kematian muallaf, pembahagian harta pusaka saudara baru, hak penjagaan akidah anak-anak muallaf etc. bukan sedikit kisah bagaimana Non Muslim mencabar keputusan mahkamah syariah sehingga melibatkan akidah, harta hatta pada urusan pengebumian.

      Ulasan :-

      Ingatkan hanya jahil fiqh dan usul fiqh sahaja rupanya jahil fakta dan pentadbiran undang-undang syariah di Malaysia juga hingga tak dapat bezakan di antara kes-kes jenayah dan kes-kes mal juga...

      Camnilah taraf penulis JASA.

      Hmmmmm...

      Delete
    10. Unknown aka nakhoda kapal korek ni hebat dalam mengecop-mohorkan orang lain sebagai jahil. Tapi dia lupa cerminkan dirinya.......tak abes putarrrr belit jer. Benda lain dia cakap tapi hal penyamun dia tutup mata. Seolah-olah samun menyamun dan pecah amanah ni halal bagi orang VVIP tapi haram bagi orang bawahan.

      Diputarrrrrr........selagi boleh demi nak selamatkan chief lanunnya.

      Delete
    11. Anon 11:18, bodoh tapi hendak menjadi ketua, bijak tapi hendak menipu orang.

      Delete
    12. Unknown aka sahabat syaitan aka Mr.Tong Sam Pah

      Delete
    13. RUU355 adalah langkah pertama didalam mengembalikan setiap hukum syara' (termasuklah hudud) untuk diteruskan generasi akan datang - in Shaa Allah.

      Maka rugi dan celaka lah sebahagian dari kamu yang memberikan pelbagai alasan demi mendapatkan redha puak kafir.

      Di waktu pemerintah mencari kekuatan dari ummat Islam demi menjayakan RUU355 - ada golongan yang lidah' nya jauh lebih buruk dari bunyi seekor keldai.

      Sesungguhnya aku merasa simpati dengan keadaan mereka-mereka​yang membantah pada usul RUU355 - apakah habuan dunia mampu dibawa keliang lahad kamu ?

      Aku juga merasa lucu melihatkan keadaan kamu yang berjemaah mencari hujah demi menggagalkan pada urusan AGAMA mu sendiri.

      Ada yg menyuruh agar memperbetulkan ejaan kalimah Nauzubillahiminzalik - aku menghargainya.

      Selebihnya hanya memberi komentar tanpa hujah (penuh adu domba dan fitnah) - kini aku disahkan sebagai cybertrooper JASA.

      Dan kepada sahabatku John Doe - masih lagikah kamu bermimpi akan tipu daya Pakatan Harapan laksana kisahnya Bani Abbasiyah didalam usaha mereka untuk mengembalikan kuasa khalifah di tangan Bani Hashim (keturunan Muhammad saw).

      Sedangkan seorang tua yang masih menongkat langit (Tun Mahathir) menyeru agar Pakatan Harapan BAHARU mengikut resam dan fitrah manusia di dalam bertahaluf (bekerjasama) dengan mencontohi UMNO/BN.

      Malah presiden PPBM juga masih waras akal dan imannya tatkala turut menyeru agar PPBM menjadi pemegang bai'ah di dalam Pakatan Harapan BAHARU atas nasab AGAMA dan BANGSA partinya adalah ISLAM dan MELAYU.

      Sahabatku John Doe - kamu begitu malu untuk mengakui Pakatan Harapan BAHARU adalah bersifat alam haiwan dan percayalah di masa yang akan datang tangan-tangan kafir didalamnya akan menggoncang bahkan meruntuhkan Pakatan Harapan BAHARU tatkala tiba saatnya kamu berbicara akan perihal urusan AGAMA dan BANGSA mu sendiri.

      Allahurabbi - tidak aku melihat kamu melainkan aku melihat betapa jahil dan sombongnya keadaan kalian

      Salam ya salam
      Ikhlas dariku unknown aka sahabat

      Delete
  15. Apa yg pasti, hadi nak kekalkan najib. Hadi nak jadi penasihat najib. Tuan penasihat pun nak persen juga cerita pramli. Oleh itu, ruu tak penting, hanya 3 penjuru sahaja najib mampu kekal kuasa dan hadi tercapai maksud tuan penasihat.

    ReplyDelete
  16. RUU 355 adalah modal kempen PAS untuk PRU nanti..kalau sudah dibentang dan diundi diparlimen apa lagi modal PAS untuk berkempen dlm PRU.

    ReplyDelete
  17. PAS tidak ada isu untuk PRU14. Mereka tahu PAS was badly bruised by Parti Amanah. On their own....they lose.. no 2 ways about it

    Umno has been and is still battered very very badly because of 1MDB. They are at the crossroad...Bersatu has caused damaged to its supporters. The only way to survive is to ride on PAS' injury. They hope to create a 3 cornered fight that would put them to the advantage.

    RUU355 is actually a joint venture between these 2 parties. Sarawak is certain to object.....good boy joe.
    RUU355 is just like game of pokemon....it will died down after a few hoohaa

    ReplyDelete
  18. Kalo puak puak pas ni memerintah depa la nanti yang akan mengulangi sejarah islam terdahulu, memenjarakan ulama yg tak sealiran, menghalau ulama2 dari negara dan mungkin menjatuhkan hukuman mati hanya kerana tidak bersetuju dengan mereka..adakah ideologi syiah sudah meresap dalam diri mereka...rasa rasanya sudah banyak ciri2 yg ada pada hadi pemimpin mereka..
    Wallahua'lam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak haram lobai kata halal...kalo dah bantai rasuah blm berkuasa...

      Delete
    2. Hanya hukum Allah yg kekal, tp hukum PAS boleh berubah ikut untung mereka. Yang penting menang kerusi dan duniawi terutama lobai kepala yg kapirkan sesama Islam dgn amanat nya tahun 1981.krn amanat dia lah isteri hilang suami, anak jd yatim piatu. Lps tu dia mainkan isu simpati buat kutipan tin Milo. Berapa ratus ribu kaut wallahualam. Tp yg patut dapat hanya sikit buat cover line. Lain masuk kocek sendiri modal air liur.

      Delete
  19. Boleh ibaratkan parti politik sebagai gerai jual makanan.

    Pakatan Harapan, gerainya menawarkan pentadbiran yang lebih baik, kos sarahidup diturunkan, rasuah dikurangkan, pakej kesihatan ditawarkan, toll dikurangkan. Modelnya adalah negeri Selangor.

    Sultan Selangor baru-baru ini puji kerajaan negeri Selangor kerana banyak projek untuk manfaat rakyat negeri Selangor.

    BN menawarkan BR1M, bukan DAP perintah, janji ditepati, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

    PAS menawarkan Malaysia hukuman sebat 100 kali di khalayak ramai. Untuk bagi sedap sikit bunyinya, diletakkan nama memartabatkan hukum syariah.

    Dalam Mazhab Syafie tak ada akta 355.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daulat tuanku sultan Selangor darul ehsan

      # tangkap Jamal jamban yg derhaka pada tuanku sultan Selangor.

      Merafak sembah.

      Delete
    2. Dalam mazhab Yahadi sahaja yg ada akta 355

      Delete
    3. Memang untong duduk dekat negeri Selangor.

      Biasiswa dapat, pakej kesihatan dapat.

      Negeri Selangor, hutang kurang, simpanan makin bertambah.

      Orang Melayu duduk Selangor, masa depan memang lebih baik.

      Delete
    4. 14.02....itulah buktinya Pakatan layak untuk menerajui Putrajaya. Orang buta hati jer yg tak nampak. Yg patuk dedak jer yg laparkan duit samun.

      Delete
  20. http://taipingmali.blogspot.my/2017/03/luahan-hati-para-pemimpin-ahli-ahli.html?m=1

    Link atas sapa pengkhianat PAKATON RAKYAT...sendiri mau ingat maaaa..... puiiiiii...

    ubah dan simen .... ini kali lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi tak sape minat nk baca cerita dongeng dan karut link ko tu.

      Ahaksss ptui ini kalilah!!!
      Kita ubah PM najib
      Kita simen partai barang naik @ BN.. Ini Kali lah!!!

      Ahaksss ptui JASA moron!!!

      Delete
    2. Kalo budak tukang simen bagi link tak payah bukak....memang blog sewel putar alam..

      Delete
    3. Tukang bancuh simen dan yg sewaktu dengannya......kalo ada link apa2......kome baca syok sendiri ajerlah.....kami di sini tak sudi nak bukak semua link2 yg kome bagi tu. Harap maklum.
      Bye Bye........

      Delete
  21. http://theflyingkick.blogspot.my/2017/03/selepas-dr-mahathir-anthony-loke.html?m=1

    ari tu ntoni loke anjingkan mamak.... ari ni jidin pulak dianjingkan DAP..... tak ada abang beso haaahhh...

    kikikiki... kesiannnn oooo kesiannnnn teringat citer madu 3......


    kesiannnnn. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikikiki.. Meh abg picit tetek ciput ko tu.. Dh la Ciput lesbi pulak tu.. Kesian kan... Kikikiki.. JASA moron he he

      Delete
  22. Ruu355 mungkin satu masa dulu ramai anggap modal politik pas...

    Alhamdulillah... Ruu355 kini selain memperkasakan mahkamah  shariah... nampaknya jadi modal perpaduan umat Islam di negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkssa ape cune tambah hukuman rotan dan denda..tapibmana ayoyo 355... Ayoyo 355 kat mana?

      Delete
    2. RUU355 adalah modal untuk membiawakkan orang lain.Ada biawak kecil ada biawak besar, tapi siapa sebenarnya biawak bangkai iaitu biawak pelahap bangkai rasuah.Kalau rasuah itu salah kenapa diam-diam tidak nyatakan hukuman mengamal/menyokong perbuatan rasuah dalam ruu355.Undang-undang bangang puak yang mengaku lebai.

      Delete
  23. Setuju dgn Awang akan character lebai Hadi....sombong, cakap kasar dn berbelit, khianat, kurang adab, riak dn merasa dirinya baik dari semua orang...dn paling buruk bersekongkol dan menyokong Najib, pencuri duit 1mdb dn kaki rasuah. Hadi, ulamak????? Ular dlm semak munkin...

    ReplyDelete

  24. Jumlah Ahli UMNO 3,577,719
    Jumlah Ahli PAS 2,000,000 +
    Jumlah Ahli DAP 2,000,000 +
    Jumlah Ahli PKR 1,000,000 +
    Jumlah Ahli AMANAH 40,000
    Jumlah Ahli PPBM...10,000

    ReplyDelete
    Replies
    1. David vs Goliath memang gitu aturannya. Yang kelihatan lebuh gagah itu yang akan kalah..


      Tak caya? Tungguuuuuu...

      In shaa Allah. Aamiin...

      Delete
    2. Bro John Doe,

      I am a strong supporter of change in government come pru14. I am praying hard that Allah grants our main wish.....to save Malaysia from totally going to the dogs.

      However, I am very disturbed and discouraged when realising that the oppositions aare not in complete trust of each other. Muhyiddin from start wanted a malay led coalition. DAP's Anthony awal2 dah tak nak an Umno like led coalition. Have not heard much from mat sabu dan lain2. Terus a move to register PAKATAN HARAPAN (PH).

      Allow me to run my wild thoughts of the name PH viz Barisan National (BN).

      BN has been a household political coalition after Alliance Party that has led Malaya/Malaysia since 1957/1963.

      The word PAKATAN, in my view has negative connotation.....along the line of conspiracy. Yes, it could also have its positive meaning. Wheras HARAPAN oozes out weak hopes or an effort of give a try. Its not strong...still hoping for miracles to happen. When combining these two words, PAKATAN HARAPAN......a conspiracy of hopefuls to challenge BN..not giving a positive vibes at all.

      I would agree if the coalition uses BARISAN RAKYAT (BR)....peolple's front. A SOLID FRONT LINE WITH RAKYAT AS THE FOUNDATION....strong, commanding, from the people, by the people for the people. No negativity

      Personally BR vs BN is more appropriate..........

      What say you, bro? I have put these comments in celah gelegar blog but there was no returning comments.

      Delete
    3. Itulah jumlah manusia yang cuba dibiawakkan yahadi wang.Kalau betul yahadi ulamak aka lebai, mulutnya dijaga dengan akhlak berpendirian.Kalau perangai macam lalang, mulut pula celupar , tiada apa yang boleh diharap daripada manusia yang bernama yahadi wang.

      Delete
    4. Insyallah ini Kali partai barang naik @ BN akan temu buku dgn ruas. We will make sure bijan and his husband will pay dearly at penjara sg buloh for economic sabotage via 1mdb..ini kalilah!!! Moron JASA he he Kikikiki

      Delete
    5. 15:28, Saya menyokong pendapat anda.

      Delete
    6. Anonymous28 March 2017 at 15:28
      Bro John Doe,

      Reply:-

      Bro anon, thank you for asking.

      A very interesting topic and coincidentally I had brought up something related to this matter to one of the G7 before PPBM was officially registered.

      Now the dispute is on the choice of name between pakatan or barisan.

      I am in the middle of something and am rushing to ensure that the task I am currently doing is completed before the relevant office closes at 6 pm.

      I will try my best to allocate and spend a bit of my time to share my opinion with u and d others thereafter, in shaa Allah.

      But in brief my answer would be I am totally in agreement with what u have just said. Ur point hits the bull's eye bro.

      Delete
    7. Ketua dlm pakatan ialah untuk lantikan jadi pm...konsep pakatan keputusan ikut suara majoriti bukan ketua seperti bn yg didominasi oleh umno.....dap sendiri umum setuju anwar jadi pm...tun madey pon dah nyatakan tak kisah lah siapa pun...yg penting perjuangan untuk jatuhkan najib dan umno korup..

      Delete
  25. Yahadi ahWANG jika nak tangguh bentang ruu355 dia seharusnya bentang pula amanat 1981.Bolehlah dibahaskan amanat 1981 diparlimen, rakyat marhaen nak juga tahu apa kesudahan isu amanat 1981 kafir mengkafir sesama islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia belum bentang lagi asyik tangguh dan monteng.Dia mahu orang sokong dahulu biawak 355, itulah permainan licik si lobak ahwang.Kalau betul dia mengaku sebagai agamawan, apa hukumnya menyokong tanpa usul periksa suatu perkara yang tidak difahami/diketahui

      Delete
  26. Sekadar renungan...


    Wanita (An-Nisā'):138 - Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih,

    Wanita (An-Nisā'):139 - (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.

    Kalimah Allah masih dalam ingatan. ...

    Muĥammad:26 - Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka (orang-orang munafik) itu berkata kepada orang-orang yang benci kepada apa yang diturunkan Allah (orang-orang Yahudi): "Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan", sedang Allah mengetahui rahasia mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Mengambil orang kafir menjadi teman",....PAS sendiri sejak dulu lagi adalah kafir.

      Delete
    2. Kalo jerjasama dengan umno tu bn laa..dlm bn pon ade jafir...dlm umno pon ade kafir jadi ahli...

      Pas pon ade kapir sokong..

      Delete
  27. ...lama-lama jadi mcm taliban.... budak-budak lelaki belasan tahun disuruh bergincu dan berpakaian pompuan dan pas tu dipaksa menari depan depa punya hulubalang...bukan kesalahan bawah hoodoo kot..

    ReplyDelete
  28. 16.13, Siapa kah orang2 mukmin. Beza mukmin dan muslim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imam Syafi’i berkata, “Iman itu meliputi perkataan dan perbuatan, bisa bertambah dan bisa berkurang. Bertambah dengan sebab ketaatan dan berkurang dengan sebab kemaksiatan.” Imam Ahmad berkata, “Iman bisa bertambah dan bisa berkurang. Ia bertambah dengan melakukan amal, dan ia berkurang dengan sebab meninggalkan amal.” Imam Bukhari mengatakan, “Aku telah bertemu dengan lebih dari seribu orang ulama dari berbagai penjuru negeri, aku tidak pernah melihat mereka berselisih bahwasanya iman adalah perkataan dan perbuatan, bisa bertambah dan berkurang.”

      Apapun itu perbedaan antara Mukmin dan Muslim, tidak menjamin diri mereka selamat dari panasnya siksaan api neraka. Orang muslim ada kalanya melanggar ajaran islam sama dengan secara sengaja ataupun tidak, tetapi orang mukmin senantiasa takut untuk melanggar hukum Allah SWT. Karena bagaimanapun hal tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerena sebagai manusia banyak salah dan khilafnya. Manusia senantiasa diuji oleh Allah atau dari diri mereka sendiri dalam menghadapi kehidupan yang sementara.

      Al-Ĥujurāt:14 - Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

      Berusaha mencari kebenaran

      Saba':46 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)". Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).


      BERUSAHA memperbaiki amalannya.

      An-Nisā':28 - Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan BERKEADAAN LEMAH.

      An-Naĥl:128 - Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang BERUSAHA memperbaiki amalannya.

      Delete
    2. Nabi Ibrahim masih mengharapkan pengampunanNya  kerana tidak pasti diterima amalannya spt dalam ayat 82 Ash-Shu`arā') dibawah. Maka  janganlah kita pula begitu yakin kita akan masuk syurga dan berharap saudara kita masuk neraka.

      Penyair (Ash-Shu`arā'):82 - dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat.

      Nabi kita Muhammad saw yang maksum juga beristigfar setiap hari. Untuk mennghakimi seseorang itu telah beriman atau tidak... itu Milik Allah.

      Sebab itu Al-Ĥujurāt:14 - bermula dengan "Katakanlah..." membuktikan bukanlah Nabi kita yang  menghakimi keimanan kaum bedouin  tetapi kata2 itu datang dari Allah.

      Delete
  29. Abg johari kata Sarawak confirm dah reject hudud: msiakini ptg ni. So maksudnya muslim kat sarawak ni kurang islamiknya dari mudlim kelantan...gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I am a muslim malay from swak and we support joe...no hudud in sarawak. It does not make less muslim than harussaini, shukri or dr rahman. We call a spade a spade...no hypocrisy.

      Delete
  30. Melayu originally, are SZUNNIS.
    Arabised Camel dung tainted Malyoos are heading to becone SZIONIS.
    ..It is a no brainer that,churning out brown-neck racist is great for retaining polirical power.

    ReplyDelete
  31. Hahaha, sakit perut ketawa baca skrip diatas, patut buat drama radio, dah terang ru355 bukan hudud lagi, cuma sebagai short cut pas saja walhal distinasi masih jauh lagi, sepatutnya pas tawan Putrajaya dulu bukannya cium buntut UMNO najib

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...