Wednesday, 1 March 2017

BESORNYA CITA-CITA TERBARU PAS!!


Dulu Pas hanya mahu bertanding 70 kerusi Parlimen sahaja dan menyasarkan menang sekurang-kurangnya 40 daripadanya. Mereka berkeras jumlah 70 kerusi itu tidak boleh dikacau oleh sesiapa.


Dengan kemampuan menang 40 kerusi, matlamat Pas sekadar memadai mahu jadi "king maker"  atau kuasa penentu di antara BN dan Pakatan Harapan.


Itu cita-cita dulu. Sekarang cita-cita Pas jauh lebih besar lagi daripafa sekadar menjadi kuasa penentu.


Menurut Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, berdasarkan kajian, Pas kini bukan saja cerah untuk mengekalkan pemerintahan di Kelantan, bahkan tidak mustahil mampu menawan Putrajaya.


Bagi tujuan itu, Pas katanya, akan bertanding di semua kawasan Parlimen dalam PRU 14 akan datang, selain sedia bergerak sendirian serta menghadapi pertandingan lebih daripada dua penjuru.


Melalui kajian dibuat, peluang PAS cerah untuk menang bukan hanya di Kelantan, malah tidak mustahil kita akan rampas Malaysia, tambah Timbalan Menteri Besar Kelantan itu lagi.

Daripada "king maker", Pas kini ada cita-cita baru iaitu bertanding sendirian untuk menawan Putrajaya. 


Makanya, Bersatu yang masih ghairah mahu bekerjasama dengan Pas, baiklah lupakan saja hasrat itu.


Besornya cita-cita dan banyaknya modal kewangan Pas untuk bertanding di semua 222 kawasan Parlimen kali ini.


Tetapi, sebelum itu apa kata kita lihat fakta sejarah mengenai jumlah kemenangan yang mampu diraih Pas sama ada ketika bertanding sendirian atau bergabung dengan lain-lain parti.


- Pilihanraya 1974 (bergabung dengan UMNO) - 14 kerusi.


- Pilihanraya 1978 (bersendirian) - 5 kerusi.


- Pilihanraya 1982 (bersendirian) - 5 kerusi.


- Pilihanraya 1986 (bersendirian) - 1 kerusi.


- Pilihanraya 1990 (bergabung dengan Semangat 46) - 7 kerusi.


- Pilihanraya 1995 (bergabung dengan Semangat 46) - 7 kerusi.


- Pilihanraya 1999 (bergabung dalam Barisan Alternatif iaitu Pas, PKR dan DAP) - 27 kerusi.


- Pilihanraya 2004 (bergabung dalam Barisan Alternatif iaitu Pas dan PKR) - 7 kerusi.


- Pilihanraya 2008 (bergabung dalam Pakatan Rakyat iaitu Pas,PKR, DAP) - 23 kerusi.


- Pilihanraya 2013 (bergabung dalam Pakatan Rakyat  iaitu Pas,PKR, DAP) - 21 kerusi.


Berdasarkan fakta sejarah di atas, adakah Pas kuat dan menang banyak kerusi Parlimen ketika bersendirian atau sewaktu bergabung dengan parti-parti lain?


Keajaiban bagaimana yang Pas harapkan untuknya menang sekurang-kurangnya 112 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen untuk membolehkan Putrajaya dapat ditawan?


Sudahkah Pas mengukur baju di badannya sendiri? (Shahbudin 01/03/2017).

86 comments:

  1. Sekarang duit sudak banyak. Hilang deposit pun tak jadi masaalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia lupa cerita mat jenin, cerita si luncai, cerita pak pandir.. woi lupe ke..

      Delete
    2. Sesiapa yang berkerjasama dhn Pas akan tempah jahanam..

      Lihat a46 jahanam bila masuk a.p.u

      Lihat dap pkr jahanam 2004 bila join pas pada 1999.

      Pada 2008 pun tak menang dewan rakyat kerana Allah tak mahu pas berkuasa..

      Sehebat Anwar dan setido pak lah dan diserang mahathir pun pakatan tak menang.. Sebab Pas ada dalam pakatan rakyat

      2013 pun tak menang.. Anwar kata baik aku dok dalam.. Mcm ni sial punya pas.. Turkey ajak lari aku pun malas.. Sebab bukan boleh menang selagi ada itu minafik dlm pakatan.

      Alhamdulilah bila Anwar masuk dalam yaHADI gila kuasa nak jadi ketua pembangkang. Tapi dap tak sokong. Marah dap!

      Gila kuasa tembelang pecah maka pas berpecah makbul doa Anwar!!! Tak sia sia aku masuk dalam. Yahadi gila kuasa dah pecah tembelang..

      JADI MORAL STORY PAKATAN HARAPAN TOLONG LAH JGN CAMPUR SAMA PAS. TAWAKKAL ALALLLAH !!!

      BIAR PAS BAWAK SUEY SAMA NAJIB

      ITU RAJA PANTATTERA SUDAH KENYANG MKN DUIT PERANGSANG SEKS SELANGOR ABANG DIA COBTROL.. SAMA DIN AYAM...

      SAMPAI DUIT 2.6B KATA HALAL BUKAN 1MDB PUNYA.. ELOOOO PENGARAH FELDA PUN DAH KENA... DULU KATA FELDA BERSIH... SKRG GM DIA MASUK SB. MASIH PECAYA 2.6B BUKAN 1MDOBI PUNYA...?

      SPRM TUNGGU JER PEGUAM NEGARA BAGI SIGNAL... BILA 7NEGARA DAH TABUR BUKTI ATAS MEJA.. APANDI NAK BUAT APA LAGI..

      BUKANKAH YG RAISE 10B U S BOND TU PUN ORG AMERIKA GOLDMAN SACHS. JADI AMERIKA LAGI TAHU DUIT TU PEGI MANA???

      AYOYO.. BUKAN PANTATERA YG TAGU.. TAPI GOLDMAN SACH PENASIHAT IMDOBI LEBIH TAU DUIT MANA PEGI...

      BAGI PAS IKUT NAJIB MOGA SIAL BADI SUEY PAS BAWAK BIJAN MASUK JAHANAM.....AMIN

      Delete
    3. Terlebih makan dedak, cakap pun merapu-meraban, bodoh tahap gaban al-bijan

      Delete
    4. Abang Mud PenjinakBerok1 March 2017 at 22:52

      Jom gelakkkk...kah kah kahhhh

      Delete
    5. dulu.
      biarkan... biarkan...
      si luncai terjun dengan labu-labunya.
      kini.
      biarkan... biarkan...
      si pas terjun dengan rm90 jutanya.

      Delete
    6. Dulu pas berkata "boleh berkerjasama dg Syaitan untuk menumpaskan umno". Sekarang berkerjasama dg Parti Mamak Kadir yg ahlinya onggota keluarganya sahaja?".
      Barangkali syaitan pun sudah lari sebab TUGASNYA SUDAH SELESAI.
      Skrg pas mengharap umno untuk adi jadi TPM 1.Sebahagian ahli umno memang bangang pas meludah kemuka depa berpuluh tahun pun boleh senyum, kena tipu oleh perti sendiri pun masih boleh senyum sebab mengharap Brim rm100 sebulan.

      Harapan kepada generasi muda melayu dapat 'membebezakan kaca dan intan'

      Delete
    7. Disebabkan sikap angkuh dan tidak boleh bertolak ansur, DAP sanggup menyalahkan Pas dalam semua hal sehingga membandingkan keterbukaan Pas zaman Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan zaman pentadbiran kini.


      Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, DAP sebenarnya ‘lupa’ bahawa parti itu ‘berpengalaman’ memutuskan hubungan dengan Pas, sewaktu keberadaan Almarhum Tok Guru Nik Aziz, sebelum ini.

      “Banyak sejarah yang ada, kalau sikap terbuka, sejak dulu lagi, kita terbuka dari segi kerjasama politik dan sebagainya. Selagi benda itu tidak bercanggah dengan dasar (jika) bercanggah dengan kepentingan dan dasar Pas, memang kita akan bertegas.




      “Kalau nak kata tok guru (Nik Aziz) terbuka dengan DAP, kita pun terbuka. Cuma kita putus ini sebab DAP ambil sikap yang bertentang dengan perjuangan kita. Tok Guru sendiri pernah sebut masa DAP nak keluar (Barisan Alternatif), keluarlah, tidak ada masalah.

      “Putusnya hubungan DAP dengan kita bukan hari ini sahaja, masa Tok Guru ada pun pernah putus dua kali.

      "Jadi amat tidak betul kalau dia kata Pas yang ada kini berbeza dengan dulu,” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco Kelantan, hari ini.

      Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang melihat beberapa perbezaan melibatkan Pas versi Tok Guru Nik Aziz dan Abdul Hadi kerana mendakwa bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak akan merelakan sebarang muslihat atau pengkhianatan politik, terutamanya oleh pemimpin mereka sendiri.

      Mohd Amar berkata, DAP seharusnya lihat pada diri sendiri, bukannya mengambil kesempatan menuding jari kepada Pas, sekali gus mengenang sejarah yang pernah parti itu lakukan terutamanya melibatkan isu negara Islam dan hudud sebelum ini.

      Delete
    8. Sebenarnya, sejak 15 Februari 2017 lagi, saya selaku Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), telah menghubungi Khairuddin dan Mohd Asri bagi menyatakan kesediaan untuk menganjurkan wacana di UUM, yang mempertemukan mereka berdua di dalam isu pindaan Akta 355 ini memandangkan pentingnya isu yang kini mendominasi diskusi politik Malaysia.

      Khairuddin terus sahaja menyatakan persetujuan beliau untuk berwacana dengan Mohd Asri di UUM tanpa meletakkan sebarang syarat kepadanya, malah turut bersetuju dengan mana-mana tarikh yang dipersetujui oleh Mohd Asri. Malangnya, Mohd Asri pula sehingga sekarang langsung tidak menjawab undangan saya ini, sama ada yang dibuat terus kepada beliau mahupun melalui pihak ketiga yang rapat dengan beliau.

      Bagi saya, adalah tidak wajar untuk Maszlee membuat innuendo seolah-olah Khairuddin mahu melarikan diri daripada berdialog mengenai isu pindaan Akta 355 ini memandangkan Khairuddin sejak awal lagi telah menyatakan kesediaan beliau untuk berwacana dengan Mohd Asri. Sebaliknya, keengganan Mohd Asri menyahut undangan menunjukkan beliaulah yang tidak bersedia untuk berwacana dengan Khairuddin.

      Walaupun Khairuddin di dalam ucapannya pada 12 Februari 2017 menyebutkan kesediaan beliau untuk berwacana dengan sesiapa sahaja yang mempersoalkan pindaan Akta 355 ini, tetapi disebabkan kenyataan Mohd Asri yang paling lantang dan paling mendapat liputan media, dan ucapan Khairuddin juga adalah mengenai kenyataan Mohd Asri, maka lebih wajar jika Mohd Asri yang berwacana dengan Khairuddin.

      Kami di MAPAN, UUM, bersedia pada bila-bila masa untuk menganjurkan wacana mengenai pindaan Akta 355 ini mahupun wacana mengenai apa-apa sahaja isu politik semasa di dalam usaha untuk membantu mewujudkan budaya berpolitik yang sihat di Negara ini. Diharapkan Mohd Asri akan sudi menerima undangan kami ini dan tidak akan melarikan diri daripada berdialog mengenai isu pindaan Akta 355 ini.

      Dr Kamarul Zaman Yusoff,
      Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
      Universiti Utara Malaysia (UUM).

      Delete
    9. Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata beliau kadang kala geram dengan sikap ahli-ahli PKR yang mudah percaya dengan fitnah parti Islam itu menerima RM90 juta yang dilemparkan oleh Penasihat PAN Kelantan Datuk Husam Musa.


      Beliau berkata PAS menolak kes salah laku liwat penasihat umum PKR, Anwar Ibrahim walaupun dua kali telah disabitkan di mahkamah, namun sebaliknya ahli-ahli PKR terus mempercayai dakwaan ‘PAS terima RM90 juta’ walaupun tanpa bukti dan tidak dibicarakan di mahkamah.

      “Saya kadang kala geram juga dengan orang PKR. Datuk Seri Anwar ini dua kali disabit di mahkamah atas kesalahan liwat. Kita (PAS) tidak percaya. Kes itu telah disabitkan di mahkamah, kita masih tidak percaya.

      “Tiba-tiba awak (PKR) boleh percaya orang tuduh ‘PAS ini makan duit UMNO RM90 juta’ dengan tidak ada bukti. Munasabah kah ?, soalnya dalam satu ceramah HARAP 3.5 PGU di Besut, Terengganu pada 25 Februari lalu.

      Mohd Amar berkata dakwaan yang dibuat oleh Husam berhubung isu RM90 juta itu sewajarnya ditolak kerana tidak logik dan Husam sendiri merupakan saksi yang tidak kredibel kerana telah dikenali sebagai pembohong dalam kes-kes lain sebelum ini.

      “PAN ini kalau orang faham, dia hidup dengan fitnah. Seperti contoh kes RM90 juta, sampai dikeluarkan cek dalam internet. Cek itu pula tidak ada tanda tangan. Tahun 2012.

      “Macam mana cek yang tidak ada tangan, orang boleh memasukan duit dalam akuan. Tidak masuk akal.

      “Lepas itu orang yang tukang sampaikan dakwaan itu adalah orang yang biasa berbohong. Macam mana kita boleh percaya,” katanya lagi.

      Delete
    10. SEAKAN menjadi sunnah dalam perjuangan para Nabi dan Rasul alaihimussalam berdepan tuduhan sebagai pendusta, ahli sihir, gila dan pemecah belah masyarakat lantaran seruan mereka kepada mentauhidkan/mengesakan Allah.



      Mereka dihalau dari kampung halaman, dihalang memasuki negara orang, malah dengan cara yang kejam seperti Nabi Muhammad SAW yang dilontarkan batu sehingga berdarah ketika mahu masuk ke Taif.

      Sebahagian Nabi dibunuh seperti perlakuan Bani Israel yang membunuh Nabi-nabi dari kalangan mereka.

      Usaha yang sabar berjaya mengislamkan sebahagian, manakala sebahagian besar yang lain tetap tidak mahu beriman sekalipun mereka tewas apabila berdepan hujah yang benar, malah ditunjukkan mukjizat kenabian yang tertentu.

      Pahala membawa manusia kepada Islam sangat besar. Jika satu orang menjadi Islam kerana usaha kita, Allah janjikan ganjaran begitu besar. Ini pula ribuan yang menjadi Islam oleh usaha para nabi.

      Zakir Naik mengajak manusia kepada Islam dengan jalan menghujahkan secara terbuka dan ilmiah. Beliau membenarkan orang menyoalnya dan dia memberikan jawapan. Dia tidak memaksa bukan Islam hadir ke majlisnya, tetapi memberi layanan baik kepada yang sudi hadir. Beliau tidak memaksa orang menerima jawapannya. Beribu orang menjadi Islam oleh usaha beliau.

      Ada yang menuduh Zakir Naik tidak patut membandingkan agama. Tetapi tugas semua pendakwah mengeluarkan manusia daripada kesesatan. Untuk berbuat demikian sudah tentu seorang itu perlu menjelaskan perkara yang benar dengan perkara yang salah. Yang lurus dengan yang sesat.

      Nabi Ibrahim a.s pernah sampai menggantungkan kapak di patung berhala yang paling besar sehingga ditanya oleh kaumnya siapa yang telah pecahkan semua patung berhala yang ada di keliling patung yg terbesar itu?

      Maka dijawab oleh Nabi Ibrahim "Tanya lah berhala yang besar yang ada kapak itu?

      "Lalu dijawab kaumnya mustahil patung itu berbuat demikian kerana ia tak boleh buat apa apa kerana cuma patung.

      Dibidas oleh Nabi Ibrahim, "makanya kenapa kalian menyembah patung yang tidak boleh berbuat apa-apa? "

      Zakir Naik dituduh mengganggu keharmonian, memecah belahkan mesyarakat.

      Tidakkah sama seperti yang dituduh kepada para Nabi?

      Naudzubillah, tetapi kelihatannya jika Siti Kasim, Asiah Jalil dan 'Mujahidin" itu berada pada zaman Rasulullah SAW, mereka bagaikan berada di baris hadapan dalam kelompok menghasut masyarakat membenci Nabi atas alasan menggugat keharmonian, memecahbelahkan rakyat .

      Orang Islam yang sejati mempertahankan Zakir Naik.

      Malah saya sendiri ingin sekali menjadi Zakir Naik.
      Kami semua adalah Zakir Naik!

      Delete
    11. Anon 12:21, Syabas dan syukur jika anda ingin menjadi spt Zakir Naik.
      Syarat utama mesti perbetul diri dan berkata benar tanpa ragu dan takut kp manusia.
      Jangan tunggu 4 org saksi baru mempercayai sesuatu berita.
      Islam itu untuk sepanjang zaman dunia dan mudah.
      Salam dari saya semoga anda berjaya.

      Delete
  2. Kelantan pun belum tentu menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS layak utk bercita-cita besar ,keran parti itu sudah lama bergiat,ahlinya pun ratusan ribu.Cuba bandingkan PAS dan PPBM,mana satu yg lebih layak utk bercita-cita besar.Pas pun tak pernah terhegeh-hegeh minta utk berkerjasam dgn mana-mana parti,tapi parti lain lah yg teringin sangat mahukan kerjasam PAS.

      Delete
    2. A,kum. Diakui bahawa pas memang banyak pengalaman, tapi banyak yg kalah. Jika dibanding dgn BERSATU yg baru. Tapi ahlinya ternyata memang ada pengalaman bagaimana mahu menang bukan saja 70 kerusi, tapi sebagai kerajaan. Ada sebab BERSATU masih dikatakan terhegeh hegeh dgn pas, tgk keputusan Sg besar dan Kuala Kangsar yg dihebohkan sebagai menang majoriti besar. Sebabnya undi pecah. Banyak pengalaman tapi tak gunakan sebagai pengalaman. Tentu semua tahu siapa yg gembira jika undi pembangkang berpecah. Betul kata Tun BN sentiasa menang kerana pembangkang asik berpecah. Jadi apa kata buang Ego, tolak benda yg tak membantu rakyat tepi dulu. Bersihkan malaysia dari benda yg merugikan rakyat. Dah menang buka cerita baru. Ha, bincang la nak buat ape pun. Tolong la fahami rakyat. Memang semua tak susah, cukup makan, takde perang. Tapi takkan nak tunggu benda dah jadi baru nak fikir. Dah tua semuanya, ada bapak org, cucu org , cukup akal, agama. Tak payah nak cakap benda same je.

      Delete
    3. 20.13.....simpan sikit action ko tu, boleh?? PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar tahun lepas pon PAS kalah.......ko masih ada hati nak cakap besor. Kalo betol PAS ni hebat, kenapa kalah??

      Yg RUU355 tu apa kabar?? Dah bisu ke??

      Delete
    4. Di Golok boleh ler menang besar..

      Delete
    5. Rakyat rata-rata dah fed up dengan PAS

      Delete
  3. Pas?
    Hahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. exactly...hahahahaha

      Delete
    2. Abang Mud PenjinakBerok1 March 2017 at 22:50

      Pas dah tinggal hampassss

      Delete
    3. Pantun untuk Pemimpin PAS:-

      Jual balak dapat syer,
      Sokong RUU dapat undi;
      Jual agama dapat Porche,
      Amal sunnah kahwin dua dapat Audi.


      Aummmmmmm...Takbeer!!!

      Delete
  4. PAS tawah putrajaya....setuju.

    PAS ada banyak duit sekarang....permulaan ada rm90 juta.

    Rasuah .... aaaahhhh adalah derma demi tegak islam

    Takbiiir.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tawan tu buat apa? Bukankah dulu pas kata nak lelong Putrajaya kpd raja2 yg kaya dalam dunia ni termasuk sultan brunei.
      Dah dapat sebutharga ker?

      Delete
    2. Jika pas menang depa mahu buat bandar baru diMarang Teganu untuk jadi ibu negara ganti Putra Jaya. Sebab dulu depa cakap mahu jual Putra Jaya jika dapat memerintah Malaysia.

      Delete
  5. Kajian pihak nama yg dipetiknya ni?
    Ni mesti kajian pihak Geng Serban Tinggi (GST)
    Ke kajian pakai air jampi kincing lobai ahli sorga dunia?

    ReplyDelete
  6. Duit x JD masalah,,,banker kan ado,,,,,lg pn rakyat m'sia x prlukn duit,,,,duit cm diperlu kan oleh para pemimpin je,,,rakyat cm perlukan sabar&syukur je utk hidup,,,,duit&harta x penting....rakyat disuruh bersederhana sebaliknya puak pemimpin sendiri berebut-rebut sembat harta negara,selagi berkuasa,,,,sbb tu le dorang bermati-matian nak pertahankan kuasa,,kata pihak pmbnkang yg gila kuasa,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat camne. Kite ni timun. Redha je la. Melawan kang tak dpt bantuan. Tak kena lokap pun dah Rahmat. Pahit ke, manis ke telan je la. Keje hingga peluh menitis kebumi (kata arwah mak saye). Tapi yg senang golongan yg main perintah je.

      Delete
    2. Bro pomen
      Ada masanya timun pun boleh jadi senjata

      Delete
  7. Diversion
    ---------

    Semua peguam melayu umno bodoh macam nazri ke? Baca komen dia pasal lawatan raja arab. Tak kan peguam melayu umno ni bangang sangat...between evidences (money trail) and false arab letters!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ate......semua udah ke laut peginye......jangan diharap lagi.....sia2 jer.

      Delete
  8. Apa nak jadi dengan parti lobai ni. Pertama bertanding bukan nak nak menang, lepas tu nak jadi king maker ahkir sekali nak tawan putrajaya. Punggok rindukan bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik bukan Tun yg cakap. Kalau tak jadi berita 3 4 bulan. Nyanyuk dah Tun ni. Bahaya dgr cakap dia, jadi JGN undi BERSATU. Mcm tu la gamaknya yg akan kita dgr dari TV3 sampai mengundi nanti. Tapi ayatnya akan berlapik sikit la. Nak cover pasal depa tau tak semua org percaya.

      Delete
  9. Ni cakap cakap orang kaya.

    ReplyDelete
  10. Dia Garu ponggong tangan kiri dia cium tangan kanan sbb tu jadi can tu tk dak rasa pa2 sbb tu bingai semakin menjadi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmglah nik amar tu dah gatal punggong. Dia dah dok terbayang bayang mangkuk tandas yg rosmah duduk skrng ni.

      Delete
  11. Pas nak tawan putra jaya? Apa gamaknya komen bn...takkan nak biar pas mendabik dada dengan megah berkata kata, mana dia pahlawan umno? Takkan xde komen balas...kalo nak tahu ..ni semua penangan dedak..geng umno bila makan dedak x sedar diri..ingin memerintah selama lamanya..yg pas pula, mula bercakap besar seolah2 sudah lupa diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak juga Eddie Ah Wang tinggal di bekas kediaman resmi rosmah ya.

      Delete
    2. Memang sifat manusia, bila ada wang dia rasa besar dan hebat. Dulu pas takdak pitis, dia tidak bercita cita tinggi. Sekarang duit sedekah tok arab dia juga dapat habuann, jadi dia sudah pasang angan angan untuk takluk malaysia.
      Dia ingat dengan duit 90sen boleh beli Malaysia?
      Orang umno takdak batu kah nak serah pada pas jadi PM.
      Beruk beruk yg dok bertempik hari hari tu nak makan apa bila hadi jadi pm?
      Umknown hilang kerja le....
      Kesian...harapan untuk jadi s/u politik tidak kesampaian.
      Putra Jaya dipenuhi 'puak taliban' jika tok seh arab datang boleh 'terkejut beruk'.

      Delete
  12. Biarkan PAS terus berangan-angannya.

    Yang penting Pakatan Harapan teruskan usaha merampas Malaysia dari penyamun-penyamun dan penyagak.

    Kuatkan perpaduan antara PKR,PBBM,AMANAH dan DAP supaya tiada perebutan kerusi sesama gabungan.

    ReplyDelete
  13. Putrajaya, here comes PAS
    Tentu Kunan sesaknya nafas
    Bulan yakin Putrajaya dirampas
    Cakap begini semuanya hampas

    Kalau Tok Guru masih ada
    Lebai lain mendengar kata
    Dengan umno mesti waspada
    Lebai kini memandu Cooper

    Terasa diri gadis rupawan
    Dua parti jadi rebutan
    Zaman Tok Guru Islam amalkan
    Diberi 90j mana boleh tahan

    Betul ke dia ingin sendiri
    Dengan Ikatan kata dah agree
    Lawan umno mesti tak jadi
    Baju sedondon sure tak kasi

    Kalau betul nak tegak agama
    Carilah pemimpin adil saksama
    Dibukti songlap billion terima
    Nak tahu lanjut tanya Singapura

    Pemimpin Bulan kacak dan lawa
    Dulu kata umno tak guna
    Kafir mengafir diberi fatwa
    Kini sedondon apanya makna?

    Pada Pakatan dan juga BERSATU
    Orang bulan kita tak mahu
    Islam diguna lain nawaitu
    Sokong penyamun Islamkah itu?

    Kalau betul nak tegak Islam
    Haruslah jernih janganlah kelam
    Perompak penipu dijabat salam
    Pemimpin dihotel berseluar dalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro fan tun,

      Kalau bro tak ada kurang seri sungguh.

      Pantun cemerlang, teman bagi 5 Bintang..

      Keep it up bro..

      Delete
    2. Bro fan tun, kipidap!

      Pemimpin dihotel berseluar dalam
      Bergaris belang berwarna biru
      Inilah penangan dedak yg haram
      Tak peduli hukum dok rase malu...

      Terbaik bro..

      Delete
    3. PS: oleh kerana bro john doe, dah kasi 5 bintang, Untuk bro fantun, saya bagi 5 bulan penuh...kihkih
      Terbaik bro..

      Delete
    4. Nak join boleh. Saya bagi 5 plenet.

      Delete
    5. Bro Fan Tun......teman nok nanya sikit ni.....rangkap yg last tu......ye ke seluor dalam??? Aiiiikk.....lain macam jer teman nengok lebornye......idok ke bendera tu..???
      Hehehe

      Salam perjuangan kepada Bro Fan Tun, Bro John Doe, Bro Pomen Smart......dan bro2 yg sehaluan sekalian.



      Delete
    6. Bro phantom,itu 2 in 1 lah kalau pakai dari bawah jadi spender kalau pakai kat atas ar jadilah bendera pas...

      Delete
    7. Bro Mat Noor......Oooo gitu ke.....2 in 1 ropenye.....teman baru tau.

      Delete
  14. Tak bolih salahkan lobai Amar. Dia ckp bagitu utk menyedapkan hati walaun2'shj supaya tk tinggalksn Pas.
    Mana ads ealaun yg cerdik. Semua bleh stupid olih lobai Hadi n gang.

    ReplyDelete
  15. Biarkanlah PAS bercita-cita besar, dna ghairah lagi.

    Pada akhirnya manusia hanya mampu merancang...

    Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.

    Sunnatullah mengatakan yang haq akan kekal yang bathil pasti akan lenyap.

    Hanya masa dan tempoh sahaja yang tidak diketahui..


    Allahu akbar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro john doe
      Tiada sapa yg kisah kalo pas nak bercita cita besar cuma yg di hairankan andaikata pas menawan putra jaya..apa yg depa nak buat..saya tak nampak hala tuju pas ni...yg saya nampak depa ni syok sendiri sahaja...bolehkah agamawan pas menyelamatkan ekonomi negara, meninggikan nilai matawang kita atau menangkap pengklepet negara sekiranya menawan putra jaya..rasanya tidak..sampai sekarang pun presidengnya tidak percaya wang emdibi di klepet..
      Seperti kata org2 tua dulu, ukurle baju dibadan sendiri..kelantan dan trengganu menjadi bukti kecerdikan pas dlm bidang ekonomi..

      Delete
    2. Saya pernah baca satu benda lawak la bagi saya. Masa tu tahun 1999 tak silap. Satu buku komik kutuk2 pas la. Soalan= apa PAS nak buat jika menang PRU. Jawapan= tak tau apa nak buat. Walaupun saya org anwar. Tapi bagi saya memang lawak.

      Delete
    3. Jgn marah kalau tak lawak.

      Delete
    4. Bro John Doe.....PAS ni angan angan lekat celah berangan jer.....maksudnya celah pokok berangan....

      Delete
    5. Setuju dgn bro anon, bro pomen dan bro phantom.

      Delete
  16. Ada masalah mental .. sama mcm tuang oresideng

    ReplyDelete
  17. Dh mkn duit haram 90juta ty la hukuman tuhan gamaknya melalut Dan merapu he yg dia tahu

    ReplyDelete
  18. Kalau nak kira menang Putrajaya. Itu adalah mustahil.

    Tapi kalau nak menang 70 kerusi, itu dalam tangan.

    Dekat Sg Besar dan Kuala Kangsar, PAS kalah kedua-dua kerusi.

    Tapi, mengikut PAS , PAS masih menang di akhirat.

    Oleh itu , walaupun PAS kalah kesemua kerusi dan dapat telur.

    PAS menang di akhirat.

    Saya mendoakan semoga Allah taala benamkan PAS dalam muka bumi ini. Ini akan menjadi kemenangan paling besar bagi PAS.

    Pindaan 355 tersenarai dalam parlimen hari isnin ini.

    Adakah 355 akan ditangguhkan lagi kerana pilihanraya belum sampai lagi?

    ReplyDelete
  19. Usul tanpa pindaan Hadi dalam peraturan mesyuarat parlimen..Apa cerita...?Berjayakah Hadi tu..Ruu355 tak pinda..adakah masih guna akta yang lama..Kena main...ngan kawan sekapal...

    ReplyDelete
  20. Ya, betul PAS akan MENANG di kesemua kerusi yang ditandinginya tetapi bukan menang tu tapi MENANGGUNG kekalahan kih..kih..kih..

    ReplyDelete
  21. Memanglah pas bercita2 besar sebab dah semakin berahi dgn umno.
    Cuma nak menikah dgn umno saja tak boleh kerana umno tu kafir.
    Pas juga yg mengkafirkan umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju bro....!!

      Delete
  22. Ingat Perak, pas mng 6 kerusi dari pulohan kursi, then nape Pas jadi MB?

    ReplyDelete
  23. Dedak RM90M banyak,jd blh la tanding semua kerusi.

    Dedak penuh dlm serban tu.

    ReplyDelete
  24. Pas tidak kelihatan memperjuangkan Islam lagi dgn pemimpin2 bodoh sombong.

    Mengapa Pas membisu setelah ditegur mufti Perlis? Khususnya ulamak Audi Q7?

    Mengapa ulamak Audi Q7 yg nak sekeh kepala mufti (inikah ciri2 ulamak) diam utk berdebat dgn seorang pensyarah universiti?

    ReplyDelete
  25. SI BUDIN bongokKENAPA TAK FIKIR SEBALIKNYA ?????

    Pilihanraya 2008 (bergabung dalam Pakatan Rakyat iaitu Pas,PKR, DAP) - PAS 23 kerusi @ PKR 31 KERUSI @ DAP 28 vs UMNO ONLY 78

    - Pilihanraya 2013 (bergabung dalam Pakatan Rakyat iaitu Pas,PKR, DAP) - 21 kerusi @ PKR 30 KERUSI @ DAP 37 KERUSI VS UMNO ONLY 88

    KENAPA TENGOK KALAU IMPAK KAT PAS SAJA>>>> KERUSI PKR dan DAP kalau tak bergabung dengan PAS boleh dapat menang banyak tu ker ???
    tapi takdir dah nampak...PKR dan bersatu dan DAP tanpa
    PAS yg akan lost banyak...PAS insyaALLAH ...

    ReplyDelete
  26. Abang Mud PenjinakBerok1 March 2017 at 22:48

    Sebanggg derahhh...tuiii

    ReplyDelete
  27. daripada kebanyakan ulasan diatas
    terserlah...anda tidak mempunyai ilmu asas
    permainan/sifir/strategi politik malaysia
    =basik pun tak lepas...
    patut pun pengikut PH dan seumpamannya kekal jadi pembangkang= basik tak lepas = ada hati nak komen pasal
    menang/kalah pilihanraya...
    agaknya petugas masa pRU14 pun nanti tak der orang kot..

    ReplyDelete
  28. Hubungan 69 didalam Pakatan Harapan plus PPBM sangat memualkan. kini PPBM terpaksa melupakan hasrat untuk mencantas PAN dengan menakluki PAS.

    Kisah perebutan kerusi kini tertumpu diantara PPBM dan PAN (parti budak suruhan DAP). Sudah banyak peringatan dan amaran yg dikeluarkan agar PPBM tidak menuntut kerusi milik PKR atau DAP.

    terbaru, kenyataan dari simata sepet (Tian Chua) yg memberikan peringatan terbaru agar PPBM dan PAN berunding sesama mereka sekiranya PAS kekal berada diluar kem Pakatan Harapan plus PPBM. Dan sebelum itu PAN, sesuai dengan tarafnya sebagai budak suruhan DAP mengeluarkan seruan agar kerusi milik DAP tidak diusik oleh mana-mana "rakan" (ditujukan kepada PPBM).

    Mesyuarat Pakatan Harapan plus PPBM baru2 ini gagal tatkala PPBM mengelak dari untuk menghadirinya (mesyuarat yg menyentuh pembahagian kerusi) - selagi mana mereka belum dapat menghadirkan PAS sebagai "sekutunya" kerana PPBM sangat mengetahui ia keseorangan dan bakal disembelih dengan konsesus 3 menentang 1.

    Allahurabbi - demikianlah betapa buruknya tipu daya mereka yang tak akan mampu mereka selindungkan tatkala ia melibatkan pembahagian kuasa (kerusi) - kerana mereka terikat bersandar pada hukum alam binatang (hukum rimba).

    Lucunya si jahil yang menyombong diri terus diperbodohkan dengan janji manis.

    Salam ya salam
    Ikhlas dariku unknown aka sahabat

    pst .. apa khabar sahabatku John Doe ??

    ReplyDelete
  29. http://theflyingkick.blogspot.my/2017/03/dap-sakit-hati-apabila-arab-saudi.html?m=1

    link atas... khas untuk barua2 dan anjing belaan Singapore... lu baca fakta kamu wahai barua Singapore...

    Akhbar Utama di Singapork hati ini menyatakan keresahan ekonomi Spork akan kehilangan 60billion setiap tahun disebabkan prlaburan Arab Saudi sebanyak 31 billion dengan Petronas di Pengerang Johor... memberi impak pada ekonomi Spork... Proksi Spork di Malaysia DAP dulu berjaya menghasut kerajaan Macau supaya menarik pelaburan di Pengerang sebanyak 35 billion. ..hari ini Singapore mengakui keresahan akan kehilangan pendapatan 60 billion setiap tahun...
    Anjing2 Singapork di Malaysia spt PKR. .Cap Bunga dan PAN melalui proksi barua Spork DAP sedaya upaya untuk mengfitnah rakyat malaysia berkenaan Arab Saudi dan Malaysia dan WSJ mula memfitnah pelaburan di Pengerang Johor. ...

    Pada rakyat malaysia yg bermaruah dan jati diri kini sudah faham agenda Singapore melalui barua 2 yg ditaja oleh Singapore utk sabotaj dan fitnah berkenaan ekonomi di Malaysia...

    PRU14 masa terbaik utk rakyat malaysia dan rakyat Srlangor untuk menghancurkan barua barua tajaan Singapore ini....

    JOM INI KALI LAH



    UBAH DAN SIMEN

    ReplyDelete
    Replies
    1. ....dan pilihlah lebai2 pas dan penyamun2 umno supaya mrk dapat meratah segala kekayaan yg dimilikki selangor skrg ini. Boleh beli lebih banyak porsche,audi,bmw,mercedez dsb

      Delete
  30. Si nakhoda yang genius dan selalu melabelkan orang yang tak sealiran dengan nya sebagai jahil dah muncul lagi. Aku nak tanya kau sikit la wahai si nakhoda genius, apa pendapat kau tentang penyelewengan panglima bugis tu? Sebagai pemimpin ulul amri kau,boleh kah dia buat begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro..ko ni baru ikut blog ni rasanya. Kalau ikut fahaman nakhoda sewel tu..panglima bugis tak bersalah sebab masih tiada mahkamah dalam dunia ni yg menghukum dia. So takde jatuh hukum = tak salah.

      Itulah pegangan si nakhoda sewel dalam golongan ahli sunnah wal rasuah diriwayatkan oleh Shahbudin.net & disanadkan oleh saya pendosa akhir zaman.

      Delete
  31. Angan-angan mestilah beso, sebab serban pun dah beso-beso belaka......

    ReplyDelete
  32. Selagi tiada tuduhan dibawa ke mahkamah dan belum dijatuh hukum bersalah maka tertuduh belum bersalah...DoJ bila mau saman laaaa...sudah lama tunggu.....

    Pada barua2 dan anjing belaan Singapore melalui proksi DAP. ... game kamu sudah boleh dibaca.. mudah faham dan dihadam... Masa terbaik utk menjatuhkan barua2 Singapore ini makin hampir...
    PRU14 masa terbaik untuk hapuskan anjing dan barua2 tajaan Singapore ini...

    Masa untuk hancurkan ekonomi Singapore sudah bermula..... Bukti akhbar utama Singapore mulai bimbang sikap Kiasu mereka mrmakan diri mereka semula....

    Ayuh bangun dan hancurkan barua2 Singapore dan masa bertindakbalas pada Singapore. ..

    UBAH & SIMEN....

    ReplyDelete
  33. Pas akan pechah macam pinggan pecah selepas PRU nanti, semuanya angkara tuan president yg memilih off road

    ReplyDelete
  34. cakap pemimpin pas hanya penglipurlara belaka..dengar boleh .. nak percaya jangan sekali ..

    musang berjanggut boleh tawan putrajaya jika semua pengundi asal dari keturunan musang juga..

    ReplyDelete
  35. Wahyu Nabi saw dulu (dgn izin Allah), lalu bulan terbelah dua.
    Yg parti bulan terbelah dua zaman hadi ni wahyu jugak ker atau 'wangyou'..?
    Fakta matematik + geografi + sejaran + pengajian am menunjukkan pas akan menang tidak lebih 3 kerusi..
    Tak percaya kita tengok malam umum result pru14..
    Pokok Sena - kalah
    Langat - kalah
    Temerloh - kalah
    Bukit Gantang - 50/50
    Dungun - kalah
    Kuala Nerus - kalah (maj 6++)
    Marang - bagi la menang, kesian hadi
    Pasir Puteh - kalah
    Bachok - kalah (maj 2++)
    Kubang Kerian - kalah
    Kota Bharu - kalah
    Pasir Mas - kalah
    Rantau Panjang - 50/50
    Pkl Chepa - 50/50

    Sabah - hilang deposit
    Sarawak - hilang deposit
    Pagoh & Jerlun - YEYYY... PAS MENANG.. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap besaur

      1 Anwar kasi belah itu bulan
      2.Kajian menunjukkkan PAS akan menang di kawasan2
      P019
      P020
      P021
      P022
      P023
      P024
      P028
      P031
      P035
      P036
      P037
      P039
      P057
      P059
      P108
      P111
      P113

      Sebaliknya PKR hanya menang di 4 kawasan saja
      P100
      P104
      P105
      P130

      Delete
    2. Sapo la buat kajian yg tuan rujuk... data beremosi tanpa fakta... lagipun semua kaw P yg tuan rujuk tu kaw mana...? Tulis la nama...

      Delete
  36. Ya...dulu PAS bersama PR...boleh la sy dan keluarga mengundi depa...YB Zaidy PAS Tmn Templer menang...jd Exco di Selangoq skrg ni...tapi lepas nih maaf la...dah keluaq dari PH kan...tak dpt nak mengundi PAS lg...pi mampuih la PAS...bukan depa nak mebantu rakyat pon...hahaaa

    ReplyDelete
  37. Apabila Raja bersiong mula rasa darah ...
    A0abila dh rasa Porshe,Audi...
    Apabila dh rasa golf simulator berjuta...
    Apabila jual lior sj d ceramah,tp hasil bayaran lumayan...
    Apabika tempahan penuh kalender.....
    A0abila penonton khusyuk akur angguk tawa riang,tanpa soal..
    Apabila hadirin sanggup serah bulat lertimbangan dan akal...
    Apabila soalbalas dicop disekat label liberal,murtad bermacam..
    Apabila berlaku taksub label,agama dah jadi dagangan...
    Apabila PAS dah rasa 90j....



    ReplyDelete
  38. ...Apabila Permainan Bolasepak boleh khusuk bertukar menjadi bak ubah agama,
    ...Agama juga boleh bertukar khusyuk menjadi tak ubah Permainan Bolasepak.
    ..Apabila permainan dimulakan, Jika akal diserah,
    ..Pasukan lain terus dilabel musuh, walaupun permaianan persahabatan.

    ReplyDelete
  39. Zaman bermadah2 tak ada dah.

    Sekarang zaman berdambel2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa madah 909 ?
      Aku tulis, kau baca, apa yg kau faham ,apa aku peduli.
      Ko nak dambel kote kau, suka ko la haha

      Delete
  40. Nak negeri jd papa kedana hutang keliling pinggang, pilihlah umno sbg pemerintah
    Nak negeri jd mundur, miskin tak maju pilihlah pas sbg pemerintah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...