Saturday 25 March 2017

WAYANG DAN DRAMA PAS


Berdasarkan beberapa kenyataan pemimpin Pas, jelas tergambar rasa kecewa mereka kerana gagal menjalin kerjasama dengan Bersatu di mana parti yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir itu terlebih dahulu memutuskan untuk menyertai Pakatan Harapan.

Jangan salah faham, rasa kecewa itu sebenarnya bukanlah kerana Pas benar-benar ingin menjalin ikatan bersama Bersatu dengan matlamat untuk sama-sama menumbangkan Najib Razak, UMNO dan BN. Tidak sama-sekali.

Mereka kecewa kerana tidak dapat memerangkap Bersatu untuk terus melengah-lengahkan masa dalam perundingan yang boleh membuatkan Bersatu jadi terumbang-ambing tanpa sebarang keputusan sama ada menyertai Pakatan Harapan atau bekerjasama dengan parti tersebut.

Jika masa dapat dilengah-lengahkan sehingga tarikh pilihanraya dan Bersatu masih duduk di tengah-tengah antara mahu bekerjasama dengan Pas atau Pakatan Harapan, malah terus berlaku caca-marba dalam pembahagian kerusi sehingga tarikh penamaan calon, yang paling beruntung tentunya ialah Najib, UMNO dan BN.

Maka, dengan berwatak seolah-olah bersama pihak pembangkang tetapi dapat menyebabkan Najib, UMNO dan BN terus berkuasa, itulah kepuasan yang tiada tolok bandingnya bagi Pas yang dipimpin oleh kepimpinan yang ada sekarang.

Jangan lupa, Pas kini bukan lagi sama seperti Pas yang dipimpin oleh Fadzil Noor atau ketika Nik Aziz Nik Mat masih ada bersama mereka. Semua era itu sudah tinggal kenangan.

Namun, dengan Bersatu memutuskan untuk segera menyertai Pakatan Harapan serta menangguhkan sebarang hubungan dengan Pas sehingga Pas sendiri memutuskan pendiriannya, matilah segala langkah Pas untuk terus bermain wayang atau drama.

Sekarang ini, jika Pas mahu terus membantu UMNO, maka mereka perlu bergabung secara langsung dengan parti pimpinan Najib dan ia sudah tentu suatu keputusan yang akan ditolak oleh pengikut serta penyokong akar umbinya sendiri.

Kalau ingin juga bekerjasama dengan Bersatu atau Pakatan Harapan pula, kali ini Pas yang perlu datang kepada Bersatu atau Pakatan Harapan dan bukan lagi Bersatu atau Pakatan yang mencari Pas.

Ini sudah tentu agak memalukan Pas kerana di dalam Pakatan Harapan sudah ada DAP dan Amanah yang sudah diisytiharkannya sebagai musuh  sehingga ke liang lahad.

Bersendirian menghadapi pilihanraya pula bukan mudah bagi Pas, meskipun mereka selalu begitu sebelum ini. Lagi pun Pas tentu sudah menyelak-nyelak helaian sejarah pencapaian mereka sebelum ini. 

Ketika bersendirian, jangankan nak tawan Kelantan, kemampuan menang di peringkat Parlimen juga tidak pernah melebihi 15 kerusi. Jauh sangat dengan angan-angan nak menang 40 kerusi yang selalu didendang-dendangkan selama ini.

Jadi, apa pilihan Pas sekarang ini?

Di sebalik mengatakan kononnya gagah bersendirian, Pas kini terlibat banyak menyalahkan Bersatu atas kegagalan kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama. Yang paling banyak dipersalahkan ialah Tun Mahathir sendiri.

Kononnya kerana beberapa tindakan serta kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itulah yang banyak menyulitkan rundingan. Tun Mahathir juga dipersalahkan kerana dikatakan mempunyai kuasa veto sedangkan hanya berjawatan Pengerusi dalam Bersatu. Dalam masa yang sama, Muhyiddin Yassin yang menjadi Presiden didakwa terlalu tunduk kepada Tun Mahathir.

Kenapa Pas cuba menyalahkan Tun Mahathir?

Kenapa mereka tidak menyalahkan diri sendiri berikutan sering mengeluarkan pendirian yang berbeza dan tak sekata? 

Kenapa,  sementara ada pemimpinnya  mahu bekerjasama, pemimpin yang lain pula tidak mahu sebarang bentuk kerjasama?

Mengapa Hadi tidak pernah hadir dalam sebarang perbincangan dengan Bersatu, dan jika pun pernah bersetuju untuk hadir pada peringkat awal, tetapi kemudian menukar pendirian di saat-saat akhir dengan hanya mewakilkan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man saja sedangkan Bersatu diwakili oleh Presidennya sendiri iaitu Muhyiddin?

Jenis apakah juga perundingan yang Pas mahu dengan Bersatu jika awal-awal lagi mereka sudah meletakkan syarat mesti memutuskan hubungan dengan DAP dan Amanah jika ingin bekerjasama dengan mereka?

Kenapa, dalam PRU 2013 lalu, Pas boleh menerima DAP dan menganggap kerjasama pelbagai kaum sebagai pelengkap untuk menjadi kerajaan di mana ia sama seperti dalam BN yang turut ada MCA dan MIC, namun kini semuanya jadi berbeza?

Sekarang, setelah segala-galanya berakhir dan Bersatu sudah pun menyertai Pakatan Harapan, kenapa Pas seolah-olah kecewa kerana gagal bekerjasama dengan banyak meletakkan kesalahan kepada Tun Mahathir?

Sekali lagi, Pas hanya cuba menunjukkan kepada pengikutnya di kampung-kampung yang sudah ditanam jiwa permusuhan dengan UMNO sejak sekian lama bahawa mereka memang ingin bekerjasama dengan Bersatu untuk sama-sama menumbangkan Najib, UMNO dan BN, tetapi terhalang disebabkan beberapa keputusan dan tindakan oleh Tun Mahathir.

Jika dulu, wayang dan dramanya dalam bentuk yang lain, setelah Pakatan Harapan kian besar kukuh dan dilihat satu-satunya alternatif bagi rakyat untuk menyingkirkan Najib, UMNO dan BN, wayang dan drama mereka pastilah berbeza juga. 

Tapi, wayang tetap wayang dan drama tetap drama. Niat besarnya lebih untuk melihat Najib dan Rosmah terus kekal berada di singgahsana Seri Perdana. 

Kini semua kerja menyerang dan membalun Bersatu dan Tun Mahathir seolah-olah sudah menjadi kerja wajib bagi Pas, berbanding UMNO yang banyak beralih menumpukan kepada usaha-usaha memperkuat jentera untuk memenangi pilihanraya.

Inilah wayang dan drama terbaru Pas. Dalam riuh-rendah berceramah dan menyerang, sasarannya bukanlah Najib, UMNO dan BN.

Cuba kita ingat, bila kali terakhir Hadi, Nik Abduh, Takiyuddin, Nasharuddin Tantawi, Dr. Zuhdi dan lain-lain ada menyerang Najib, UMNO dan BN sepertimana bertihnya mulut mereka sekarang menembak Tun Mahathir, Bersatu, DAP, Amanah dan Pakatan Harapan?

Bermula dengan wayang dan drama dan mungkin kerana ada budi-budi yang telah diterima, maka sampai tamat jugalah dengan wayang dan drama hidupnya Pas ini. (ShahbudinHusin 25/03/2017).

63 comments:

  1. Wayang ke apa ke walaun tetap percaya bantah ulama x masuk syurga sekian wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patotlah pas tidak pernah dan tidak akan menang di sabah dan sarawak(malah ilang wang deposit).Walaupun begitu inilah parti yang berlagak hebat, jaguh dan banyak syarat kepada parti lain(kecuali umno) dengan u-turn yang boleh dibanggakan para walaunnya.Nampak sangat pusing keliling membangang sesiapa saja(bukan membangkang)

      Delete
    2. x masuk syurga ... Alamak !!!!
      bukankah syurga neraka tu hak ALLAH yang lebih pengasih lagi lebih penyayang dari ulama ..

      Delete
    3. kunci surga dah tak dak.. dibawa sekali oleh pemegangnya..hhhh

      Delete
    4. Kadang terfikir yang manusia ni bengong, diaorg pikir syurga tu bapak diorg punya ker...

      Delete
    5. RM90 juta tu duit apa? Bukan rasuah ker. Pas terima rasuah. Pas makan rasuah!!!!

      Delete
    6. Ada 5 ciri-ciri besar ulama pewaris Nabi. Perbandingkanlah dengan apa yang ulamak PAS lakukan.

      Ciri 1. Memiliki keimanan yang kokoh, ketakwaan yang tinggi, berjiwa istiqamah dan konsisten terhadap kebenaran.

      Adakah ulamak PAS memperjuangkan kebenaran? Berapa kerat yang pernah membangkitkan isu ‘kezaliman’ kerajaan sedia ada? Mengapa diam membisu berkaitan rasuah? Mengapa diam membisu berkaitan urus-tadbir GLC yang kucar-kacir? Mengapa masaalah alam sekitar (berpunca dari penebangan hutan) disembunyikan? dll.

      Ciri 2. Memiliki sifat-sifat kerasulan: jujur (shiddiq), amanat (amanah), cerdas (fathanah) dan menyampaikan (tablig).

      Adakah ulamak PAS berlaku jujur kepada ahli akar umbi? Mengapa tidak langsung mengenali sepak-terajang politik sehingga rela dikencing berkali-kali? Bila Muhammad SAW menyampaikan ‘asobiyah’ (menolong bangsanya kepada kezaliman) sehingga sanggup menindas kaum lain? Adakah yang disampaikan dalam ceramah (termasuk caci-maki, sumpah-seranah, mengaibkan kumpulan yang tidak sama pendapat) itu adalah ajaran yang disampaikan Muhammad SAW? dll.

      Ciri 3. Faqih fid-din sampai rasikhun fi al-Ilm’(mendalami agama hingga mendarah daging dalam pengamalannya).

      Adakah ulamak PAS mengamalkan ajaran Islam terutamanya berlagak sombong mempamerkan kekayaan sedangkan rakyat jelata terhimpit dengan kemiskinan? Apakah ‘ponteng dari tugas’ itu wajib dalam Islam? dll.

      Ciri 4. Mengenal situasi dan kondisi masyarakat.

      Adakah ulamak PAS prihatin kepada masaalah rakyat? Apa usaha yang dilakukan untuk mengurangkan beban rakyat? Adakah membina tugu banjir itu meringankan beban rakyat? Adakah dengan menebang balak sehingga gondol itu meringankan beban orang asli? dll.

      Ciri 5. Mengabdikan seluruh hidupnya untuk memperjuangkan dan menegakkan ajaran Allah SWT.

      Adakah ulamak PAS benar-benar yakin RUU355 itu hukum Allah SWT? Adakah perkataan ini benar-benar datang dari ajaran Allah SWT dan RasulNya, ‘negara tidak akan musnah sebab rasuah, tetapi hanya akan terbantut. Negara akan musnah apabila rakyatnya sudah tidak solat, minum arak, berzina, berjudi’? Adakah hukum hudud itu benar-benar 0.001% peratus dari hukum Islam sehingga boleh diketepikan? dll.


      Mungkin apa yang aku tulis ini tidak realistik dalam berpolitik. Namun, pada aku, politik itu lebih rendah nilainya daripada Islam. Berkata benarlah walaupun ianya pahit. Berpeganglah pada kebenaran yang HAQ dan tinggalkanlah yang bathil

      Delete
    7. Lobai menghina pengundi sarawak apabila pengundi lebih bijak tidak mengundi lebai munafik.

      Hadi Awang Pakai Cawat


      DAP Sarawak menganggap tindakan Presiden PAS menggelar orang Sarawak yang berpakaian Cawat sabagai golongan Otak Suku memperlihatkan tabiat PAS yang tidak dapat menerima salah satu budaya masyarakat Bumi Kenyalang.

      Semalam, PRESIDEN PAS HADI AWANG telah menghina beberapa suku kaum di Sarawak yang berpakaian cawat ketika menjalankan Kempen PRU NEGERI itu dan seteusnya juga berpakaian sedemikian semasa mereka pergi Mengundi.

      Menurut beliau,orang2 sebegina dikira sebagai OTAK SUKU dan tidak layak mengundi PAS dan parti2 yang bernaung dibawah Pakatan. Malah, pakaian Iban ini tidak sewajarnya lagi dipakai di saat Negara kini semakin maju.

      Pakaian Cawat seperti orang2 Iban adalah pakaian orang ketinggalan zaman dan tidak sewajarnya dijadikan pakaian utama masyarakat Suku2 Kaum tersebut.

      "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek,undi PAS," katanya.

      HADI AWANG turut menfatwakan bahawa mana2 pemimpin yang mengundi PAS dengan berpakaian CAWAT sebagai HARAM.

      PENGHINAAN Hadi Awang terhadap suku kaum ini telah menimbulkan kemarahan kemuncak terhadap Ahli Parlimen Marang tersebut. Mereka juga mendesak agar Hadi Awang diharamkan menjelaki bumi Sarawak seta merta.

      Delete
    8. .

      Ada orang fikir dapat masuk syurga sebab mereka yakin dengan menyerahkan kepercayaan penuh pada se orang ulamak sudah memadai.

      Samada ulama tersebut mengikut jalan yang betul atau tidak tidak ada sesiapa boleh menentukan kebenarannya melainkan Allah. Walaupun tindak-tanduk ulama tersebut boleh di persoalakan biar lah Allah yang menguruskan nya.

      Jadi lah se orang Hamba yang telah di merdeka kan.

      Delete
    9. Kalau mcm tu lebih baik pergi mengangkang kat ulama pas

      Delete
    10. Kihkihkih...anak kunci syurga pas yg berbentuk kapal selam pun ada berbentuk curut dan pisang emas pun ada...dipersilakan kpd semua muslimah pas. Boleh pilih bentuk yg mana enteh suka. Tok tok guru pas sedia membantu.

      Delete
    11. Para Alim Ulama sendiri belum ada jaminan lagi akan masuk syurga,, ulama bukan maksum tidak terpelihara dari membuat dosa apatah lagi ulama yang melakukan kemungkaran seperti menerima rasuah,bercakap bohong, membela orang-orang yang bersalah melakukan jenayah & sebagainya,, ini sebagai contoh.........!!

      Delete
    12. Betul ke ceramah pas skrg dh x serang umno LG Tuan Budin..sbb saya sendiri dh x dengar ceramah pas lama dah..nti Sy Cuba pi tgk ceramah depa kt youtube plak

      Delete
  2. Ada baca dlm blog gigitan kerengge, yg haji hadi kata bergabung dgn umno ni mcm pikul biawak hidup dan bergabung dgn PH lagi bahaya. Tapi pikul biawak hidup lagi mulia dari tikam kawan dari depan belakang. Depan2 boleh sedondon baju sama. Siap tersenyum mesra. Jamal pun ada masa tu. Sampai telinga senyum jamal. Hilang segala kegangsteran dia. Tapi bile takde depan mata, biawak hidup dikatanya. Org mcm ni jgn kata kawan, nak buat org gaji pun kena taruk CCTV satu rumah. Bahaya.

    ReplyDelete
  3. Anehnya pas tak kisah bersekongkol dgn umno bilamana sekutu umno, mca yg paling riuh menyalak menentang ruu355. Tapi dap pula yg dianggap seteru yg menentang islam. Sudah-sudah la, ulemak cari makan semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudahkas pis letak syarat utk umno putuskan hubungan dgn mca dan gerakan?

      Delete
    2. Tepat sekali anon 00:34, jangan lupa mic dan parti sabah & sarawak.Sedondon boleh dan letak syarat bila umno setuju berkahwin dengan pas.kahkahkahkah, umnok dalam pada masa yang sama meraih keuntungan politik pabila lebai-lebai sekalian bangang tidak menentang kerakusan puak umnok.

      Delete
  4. Profesor serba tau!!!!
    Mengalahkan ahli Majlis Profesor Negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serba tau lebih baik dari tak tahu mcm ko...selalu kena klentong..

      Delete
    2. Anon 00:39
      Serba tau lebih baik dari hadi serba betul dan najib serba kelentong serta ko serba tak kena...kihkihkih, panas punggung ke bro..

      Delete
    3. Annoying 00:39

      Adakah kamu engkar dengan hadis nabi SAW 'sampaikanlah walau sepotong ayat'?

      Lebih baik bukan profesor tapi menyampaikan dari profesor yang dah jadi 'syaitan bisu' senyap terhadap kemungkaran

      Delete
  5. HEBAT SANGAT KA BERSATU TUHHH..? GEBANG JER LELEBIH....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hebat tapi bisa...bisanye buat najib sakit kepala....saloran dedak dah tun madey sekat...
      Orang otak kat lutut tak tau...

      Delete
    2. LEBIH BAIK MENYOKONG BERSATU DARI MENYOKONG GOLONGAN MUNAFIK. MEREKA INI SEJAK DULU MENABUR FITNAH TERHADAP TUN.
      SEKARANG INI MEREKA MULAI BUAT FITNAH KPD TUN DGN MELETAK KESALAHAN YANG MENJADI PENYEBAB RUNDINGAN GAGAL.

      INI LAH SIFAT SIFAT ORANG MUNAFIK YANG MELONTAR BATU SEMBUNYI TANGAN.

      Delete
    3. yg tak pernah sokong azmin jd mb pun.. buley nak mengaku bagi sokongan ko nak cakap ape...

      gile isem dia orang nie...


      Delete
  6. Inikah yang dimaksudkan ade bawang , pis pig tidak mahu menang ke putrajaya dan hanya mahu menjadi penasihat potarjaya.Tiada syarat kepada komponen kapir umngok malah boleh sedondon monkey atas pentas.Hebat dan hebatnya dan dah lama gila manusia tuang punya amanat 1981.

    ReplyDelete
  7. Lobai hadi semakin pening...
    Oopss
    Tapi dia ni ulamak
    Dia ada strategi
    Kita mesti sokong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. strategi madu tiga memang tahap gaban .. berbekal ubat kuat klentong pemimpin pas..

      Delete
  8. Orang PAS kata, seolah-olah PAS ini sepertimana gadis perawan, Bersatu dan BN bersaing untuk meminang.

    Sekarang ini, Bersatu dah buat keputusan. Sudah tak berminat.

    Tinggallah BN untuk melamar PAS?

    BN pulak parti komponen tidak sanggup untuk bersama PAS.

    Maka tinggallah PAS keseorangan dan kesunyian.

    Oleh kerana tidak ada modal lagi hendak berpolitik, Tun M pulak disalahkan.

    Tumpukanlah pada 355, bila nak terlaksana atau nak tangguh lagii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas perawan?

      Lagi teruk dari janda miang anak 10 adalah

      Bagi free pun takde sapa nak

      Delete
    2. Pas ni perawan ke perasan..kihkihkih

      Delete
  9. PAS cuba nak tipu rakyat malaysia dengan wayamg nya tapi sayang wayang mereka tak berkualiti. Rakyat Malaysia tidak lah sebodoh yang mereka fikirkan wayang yang mainkan langsung tak laku. Akar umbi sendiri pun tak minat dengan wayang ni. Jadi lah serupa sekarang pemimpin PAS bodoh kan diri sendiri. Wayang yang dimainkan sepatut nya serius dah jadi lawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah kalah, siap ugut2 pengundi kelantan kahkahkah. Zaman bapak ko dulu bole la nak kafir sana sini. Buat mcm sorga ciptaan korg tu mcm bapak ko yg punya.

      Geng yg masih sokong PAS utk dapat sorga PAS confirm kaki menantat! Sekian


      p/s: Walaun Takmalun Nak Fulusikum

      Delete
  10. Kekalahan teruk Nik Abduh di Pengkalan Chepa adalah amaran awal akar umbi Pas terhadap kepimpinan Pas yg seolah2 sedang mengkhianati inspirasi dan aspirasi mereka serta agama Islam itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong PAS nanti dapat memantat bidadari dlm sorga...yabedabedu!!!

      Delete
  11. Padan dengan muka PAS ,kononnya sebuah parti yang memperjuangkan Islam sedangkan sebuah parti sesat yang sanggup mempermainkan agama.Demi ALLAH saya sebagai seorang Islam menyeru kepada saudara2ku semua marilah ramai2 kita meninggalkan parti sesat ini....kerana parti ini telah terpesong begitu jauh dari landasan Islam yang sebenar....kita boleb tengok dengan jelas sekarang bertapa sombongnya pemimpin2 parti ini sekarang.....seolah2 dialah paling bagus dan paling ikhlas dalam perjuangan padahal yang sebenarnya merekalah paling jahat dan tak berhati perut....suka mengambil kesempatan diatas kesempitan orang lain.Aku mendoakan semuga parti sesat(PAS)ini akan kalah terok dalam PRU14 nanti.

    ReplyDelete
  12. Maaf brader, ikut hati PAS dgn Hadi ni gua nak carutkan jer...

    ReplyDelete
  13. Kalau Tun M dikatakan pijak tahi sending.HadI Awang makan taik sendiri. Jgn buat lupa dgn amanat sesat yg menyebabkan pepecahan umat melayu. Kesian arwah Ibrahim Libya.sia sia je mati katak.

    ReplyDelete
  14. Setuju 100% dgn ulasan Tuan Budin tntg perkara ini.

    PAS sejak awal rundingan lagi telah menunjukkan sikap mahu bermain-main. Tu pun bila PPBM buka semula pintu rundingan di atas permintaan PAS sendiri, depa boleh pi jaja kononnya PPBM yang teringin kat depa.

    Kan saya pernah cakap tindakan PPBM memberi tempoh adalah untuk membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa PAS memang hanya bermain-main.

    Dan percayalah bahawa sikap main-main ini bukan baru, malah adalah sikap mereka sejak asal kejadiannya.

    Jaja kepada para penyokong mereka mahu memerintah negara mengikut acuan Islam tafisran mereka, padahal bertanding pun hanya bbrp kerusi sahaja. Sekadar cukup untuk memberikan kemewahan kpd pemimpin tanpa perlu menunaikan janji yang ditabur kepada penyokong mereka.

    Eeh eh lupa plak. Memang depa pernah menang di Terengganu tapi janji telah diketepikan dgn kenyataan 'hudud hanyalah 0.001% drpd hukum Islam'.

    Pemimpin PAS bolah cakap dan buat apa saja yang mereka mahu. Seperti pemimpin UMNO do bawah Najib, para pemimpin PAS ini juga punya ketetapan sendiri.

    Marilah kita tunggu dan lihat kesudahan kisah mereka ni semua.

    ReplyDelete
  15. Pas berketuakan hadi bawang buta kehendak rakyat.kehendak rakyat malaysia sekarang ialah mencari pemimpin yang dapat memakmurkan ekonomi negara,mengurangkan kos sara hidup rakyat dan menolak sentimen agama dan bangsa.

    ReplyDelete
  16. Pas tak mau bergabong dengan umno...pemimpin pas takut kehilangan jawatan...Hardi Wang tak boleh jadi presiden lagi...lobai2 jugak tak boleh pegang jawatan lagi...

    Yg berserban pon pandai main wayang politik kerana wang..

    ReplyDelete
  17. Lebai Hadi tk de charisma: Mahathir.
    Tu sbb Najib bleh control dia.
    Apa 2 meeting atau himpunan, klau Najib arah lebai Hadi dtg, baru dia akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 90 jota beb...kena ikut perintah...

      Delete
  18. Tidak kah PAS ni berperangai macam DAJJAL?

    Nauzubillah Min Zalik.

    ReplyDelete
  19. PAS kini tesepit dalam permaianan sendiri. Juga umno.

    Jerat dan perangkap memakan diri. Kamu mengorek lubang kamu sendiri. Jangan cuba menyalahkan orang lain. Rakyat sedang perhatikan kegagalan kamu bukan kesalahan orang lain.

    Setiap perkataan yg kelauq dari mulut mulut kamu menunjukan kebodohan kamu. Jika kamu tidak mau berubah, kamu akan diubah.

    ReplyDelete
  20. I feel sad no one from Bersatu makes a move to visit abg jo, discrete or indiscrete. You have nothing to hide or lose.

    Who knows, a change of cm could lead toa change of heart viz new coalition. This is in the light of sarawak and sabah yearning for autonomy....give it a try.

    Umno is never allowed in sarawak.

    ReplyDelete
  21. "Money is king" inilah yang membuat kaki perisident pas tertambat.Perangkap/jeratnya ialah takala terpaksa bayar jumlah yang besar atas kis pil kuda setelah dihukum,apabila rayuan dibuat semua denda itu terburai(kosong),mulai dari sinilah perisident pas mula tukar arah mengikut apa yang najib hendak.dukacitalah olih sesetengah pengikut pas terhadap apa yang terjadi dan malang atas nasi ahli2.

    ReplyDelete
  22. Krnyataan terbaru jutawan lobai 37 menjawab sindiran Azmin..... Kenyataan labai37 maksud nak tawan selangir ditujukan kpd Ammanah sebagai membalas kenyataan Amanah nak rampas kelantan..
    Pandai jugak lobai37 main wayang putar belit...pkr perintah selangor bukan Amanah..
    Bangkali lobai37 bimbang nasib orang2 pas yg pegang jawatan atas ehsan pkr...mcm nasib orang pas di penang...ini puncanye pas tak mau putuskan hubungan dengan pkr...tapi gertak keling...

    Kalo umno yg pegang selangor jangan harap pas dapat jawatan...

    Yg kuat main wayang pacak tidak boleh dilantik memimpin...putar serban putar lidah..lagi bahaya..
    .

    ReplyDelete

  23. Sebab2 PAS sangat bencikan UMNO ialah:

    1. Menyumbat Ahli PAS ke dalam penjara tanpa bicara
    2. Membunuh Ulamak yg tak berdosa di Mamali
    3. Menghentikan royalty minyak kepada Terangganu setelahh PAS menang pada PRU 2001
    4. Dan banyak lagi penipuan yang di buat oleh UMNO dari tahun 1981 hingga tahun 2003

    Lu fikir la sendiri siapa Presiden UMNO masa itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo begitu pas benci umno ke benci tun mahathir..tak pernah dengar plak nik aziz kata benci tun mahathir bahkan kalo tun mahathir nak masuk pas pun dialu alukan...

      Lu jangan nak spin cerita le bro...atas tajuk lain bawah soalan lain..Pas sudah Sesat..itu hakikat..

      Delete
    2. Masa tu najib tak masuk lagi dlm umno...najib duduk port dickson...najib tak tau apa2 pon kezaliman umno kpd pas...

      Kalo umno dan najib kuat najib pon tak pandang sebelah mata pon pas ni...najib naikkan harga barang tak kena ahli2 pas?..ko jer tak sedar diri kena klentong dengan najib..

      Delete
  24. Kesian ahli ahli Pas diperbodohkan oleh Geng15 yg menguasai parti.

    Ahli ahli kena istiqomah,
    Pemimpin pekena ghonimah.

    Cayang Abang Somi.....hahahaha kikikik.

    Apa kabor lebuhraya rakyat,
    Apa kabor tanah di Rantau Panjang,
    Apa kabor ladang sawit NEP BKT BESI,
    Apa kabor kohilal,
    Apa kabor wala'un wala'un semua???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape khabar balak di hulu kelantan
      Ape khabar orang asli di hulu kelantan
      Ape khabar mangsa banjir 2014... Semua dah dapat rumah?

      Delete
  25. Kalau benar PAS ada 'kote' kenapa tak putuskan terus hubungan dengan PKR?
    * Dah dok bising yang PAS tak mahu ada hubungan dengan mana parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah tapi kerana kedudukan dan kuasa di Selangor, PAS hilang 'kote', cakap Presidengnya dah jadi merapu

    PKR tak ada hubungan dengan DAP dan Amanahkah?
    Lagi satu kenapa kecut dan gelabah bewak sangat bila Amanah kata nak tawan Kelantan? Katanya PAS semakin kuat bila bersendirian?
    Aku rasa di Pasir Mas pun dia sendiri akan hanyut

    Bukankah satu kenyataan 'ngok' bila libatkan Selangor yang ditadbir bersama dengan PKR dengan hasrat Amanah nak rampas Kelantan?

    Rampas Selangor: Azmin dinasihat jangan emosi, tegur dulu Amanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rampas merampas puncanya ialah pas.Pas bermusuh dengan sesiapa sahaja termasuklah parti yang ingin berkerjasama dengan pas.Kalau umno sekalipun yang bergabung dengan pas, setelah pas menang dalam gabungan umno dan umno pun akan diserang sampai putus hubungan.Umno akan diberi kata dua, pas tidak mahu kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan mca,mic,gerakan dan parti sabah&sarawak kerana mereka menentang undang2 persendirian tok lebai.

      Delete
    2. Parti yg dipimpin orang bongok yg sangka diri dah pandai...jadi lag wayang pacak dan silap mata..

      Delete
  26. Dalam banyak2 label-label jelek (barua,pil kuda, jebon,broker dan banyak sangat yang pernah disebut/carut) tak pula ade aWANG sebut pasai dedak @ cash is king.

    ReplyDelete
  27. PAS IN TROUBLE BECAUSE HADI’S NOT UP TO MARK COMPARED TO NIK AZIZ, ASRI & FADZIL NOOR: MAHATHIR HITS BULLSEYE WITH RARE PERSONAL COMMENT ON ‘UNCHARISMATIC’ PAS CHIEF
    Politics | March 25, 2017 by | 0 Comments

    Former prime minister Dr Mahathir Mohamad has attributed to PAS’ confused stand on working with Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) to its president Abdul Hadi Awang, whom he said lacked charisma.

    “I sensed that that PAS is pretty much confused, like I have said recently.

    “Sometimes it seems that they are keen to join us (Pakatan Harapan) but other times they are not.

    “They (PAS) asked us to organise a joint-meeting but when we set the date, they said they did not ask for it, so there is no proper coordination in PAS,” New Straits Times reported Mahathir saying at a press conference after attending a meeting between Bersatu and Harapan leaders in Kedah at the party’s headquarters in Stargate, Alor Setar.

    “The party led by Hadi is uncoordinated, especially when it keeps changing stand on cooperation with Bersatu.

    “Yes, there is a difference (with the past). Hadi has less charisma than (former presidents) Fadzil Noor, Nik Aziz Nik Mat and Mohamad Asri Muda.

    “People are making all sort of allegations against him (Hadi) but he is incapable of responding to the accusations,” he was reported saying.

    PAS leaders have contradicted one another on whether they intend to cooperate with Bersatu in the coming general election.

    While Hadi claims the party will not work with Bersatu since the latter has ties with DAP and Amanah, his deputy Tuan Ibrahim Tuan Man has indicated discussions are still in progress.

    Meanwhile Bersatu supreme council member Muhammad Faiz Na’aman in a statement today blamed the failure to rope in PAS to factional differences within the Islamist party.

    ReplyDelete
  28. Hadi bodoh nak perangkap tun? Silap terjerat kontol sendiri..

    ReplyDelete
  29. Sebenarnya pas perasan kuat. Bila ceramah, ramai datang nak beri derma. Hadi kentut, ahli pakat berebut nak bau kentut hadi kononnya bau kentut ahli sorga pas. Pemimpin pakat zuhud depan orang kampung yg miskin, tapi hidup mewah di bandar. Pemimpin ular mak, perasan pewaris nabi kepada orang yg bodoh dan tak mampu berfikir. Sebenarnya pewaris syaitan kerana berkawan dgn syatan. Perasan ada ramai yg sokong bila menang, tapi lupa dan buat bodoh bahawa kemenangan itu adalah sokongan daripada orang lain juga. Mereka gagal memahami sesuatu fakta kerana mental dan minda mereka macam bendera mereka, pusing kot mana pun, mereka jer yg betul.

    ReplyDelete
  30. Time change and people change..but for better not for worst..Pas have change a lot..from opposition coalition team into umno bn lover..all because lust of power and money..too bad, so sad, pas dead...

    ReplyDelete
  31. .
    .

    Orang lah kalau nak bersendirian bukan minta orang jangan kacau tapi dia pun tak nak kacau orang.

    PAS buat hal sendiri sahaja. Biar UMNO BN dengan PH PPBM yang ber lawan sesama mereka.

    Kerja PAS ia lah berbuat baik pada semua orang dan bercakap yang baik pasal semua orang.

    ReplyDelete
  32. Pas akan pupus. Pertelingkahan bah 2 akan bermula selepas muktamar. Pas akan sekali lagi berpecah dua. Inilah sumpahan yang sudah diturunkan sejak tiada TGNA dan Fadzil Noor.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...