Saturday 14 July 2018

RAKYAT DAN RAJA - SIAPA YANG LEBIH BERKUASA?


1.  Tiada rakyat maka tiada Raja, inilah keadaan yang sebenarnya.


2.  Jika kita kembali kepada sejarah, ia jelas menampakkan bahawa rakyatlah di suatu masa dahulu yang memilih siapa di kalangan mereka untuk diangkat sebagai Ketua yang kemudiannya ditukar gelaran sebagai Raja atau Sultan.


3.  Apabila tiada persefahaman,  maka jalan terbaik ialah menjemput mereka sama ada dari Sumatra ( Minangkabau) mahu pun dari Kepulauan Sulawesi atau lebih tepat orang Bugis sebagai Ketua atau Raja mereka.


4.  Raja atau Sultan Negeri Sembilan berasal dari Pagar Ruyong, Sumatra sementara Sultan Selangor dan Johor pula berasal dari keturunan Bugis,  di Sulawesi, Indonesia.


5.  Ibu Sultan Perak berasal dari keturunan rakyat biasa Pulau Pinang sementara ibu Sultan Ibrahim Johor pula adalah seorang rakyat biasa keturunan  Inggeris dari England, beliau baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini. Raja Muda Selangor pula adalah kacukan Bugis dan rakyat biasa dari Amerika Syarikat.


6.  Keturunan apa pun mereka ini, yang sahih mereka telah diberi peluang diangkat sebagai Raja atau Sultan oleh rakyat.


7. Hanya ADAT sahaja yang mengizinkan keturunan mereka dari asal ke cucu cicit untuk terus mewarisi tempat tersebut tanpa disoal oleh rakyat kini.


8. Istilah Raja berasal dari perkataan Sanskrit, India yang bermaksud Rajan atau Ketua Puak.


9. Sultan pula merupakan istilah Bahasa Arab yang berasal daripada perkataan   'Salatha' yang bererti yang berkuasa.


10. Sejak Merdeka keadaan mula berubah. Raja atau Sultan TIDAK lagi bertindak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. ‘Sekali air bah, sekali pantai berubah’.


11. Mengikut hikayat lama, Laksamana Bentan, Megat Sri Rama telah melafazkan kata - kata yang sehingga kini masih bermain di kepala sebahagian rakyat iaitu 'Raja Adil Raja DiSembah , Raja Zalim Raja DiSanggah'.


12. Kezaliman Sultan membunuh Dang Anum, isteri Laksamana Bentan itu berakhir dengan apa yang dikenang sehingga sekarang sebagai -  ‘Sultan Mahmud Mangkat Di Julang'.


13. Peristiwa tersebut mengingatkan kita khasnya Sultan bahawa mereka tidak boleh bertindak sesuka hati.


14. Menjelang PRU 14 yang berlangsung pada 9hb Mei yang baru lepas, beberapa orang Sultan telah bertindak diluar batasan.


15. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menarik Darjah DK daripada Tun Mahathir. Darjah ini dianugerahkan kepada Tun oleh ayahanda beliau, Sultan Ismail Petra.


16. Sebelum arahan diberi atau dikeluarkan, Tun Mahathir sendiri telah memulangkan pingat yang sama taraf  kepada Sultan Selangor.


17. Di Johor pula Sultan Ibrahim dan anaknya Tunku Ismail   bersungguh - sungguh berkempen bagi mengalahkan Tun Mahathir dan parti beliau dengan alasan- alasan yang tak masuk akal.


18. Sultan harus menerima hakikat bahawa usaha mereka telah ditolak oleh majoriti rakyat, justeru ia dengan sendiri membawa makna bahawa rakyat lebih cerdik dari mereka.


19. Rakyat berasa lega apabila Pakatan Harapan yang diberi amanah memerintah telah melaksanakan beberapa perubahan atau reform apabila beberapa agensi seperti SPRM , SPR dan lain-lain yang selama ini berada dibawah kawalan Pejabat Perdana Menteri ( PMO ) diletakkan terus dibawah kawalan Parlimen.


20. Banyak lagi Akta yang akan dimansuhkan dalam masa terdekat ini.


21. Bagi menguatkan lagi Institusi Raja Berperlembagaan dan dalam masa yang sama bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham antara Raja dan Rakyat, maka perkara berikut adalah dicadangkan:-


1.  Setiap tahun semasa Pembentangan Belanjawan sama ada di peringkat Parlimen ( Agong ) dan Negeri ( Sultan ), segala kos perkhidmatan, perbelanjaan dan penyelenggaraan mereka dan keluarga  MESTI dibentang bagi mendapat kelulusan. Ini kerana setiap sen yang dibelanjakan adalah hasil titik peluh rakyat, maka rakyat berhak diberitahu ke mana wang mereka dibelanjakan.


2.  Parlimen MESTI meluluskan garis panduan yang jelas berkenaan perkara - perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka, sebagai contoh jumlah kereta yang dikecualikan dari sebarang cukai,  tidak boleh berniaga dan menggunakan pengaruh untuk sebarang projek, tidak boleh  'menjual' sebarang Darjah Kebesaran,  tidak boleh mencampuri hal ehwal politik sama ada secara tersurat dan tersirat. Begitu juga tidak boleh terlibat dalam urusan pentadbiran seperti hal ehwal tanah dan pembangunan seperti yang dilakukan di Johor. Kuasa ini MESTI dibatalkan serta merta.


22. Cadangan diatas adalah amalan biasa yang dilaksanakan di England dan di beberapa negara yang mempunyai Raja di Eropah.


23. Semoga  'Reformasi' ini berani dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.


24. Tindakan ini tidak sekali - kali menjejaskan kedudukan Sultan, malah ia akan memastikan mereka terus hidup di istana yang disumbangkan oleh rakyat jelata tanpa perlu menitiskan walau setitik peluh pun.


25. Sila kongsi bersama pandangan saya ini.


Terima Kasih.


TAMRIN TUN GHAFAR

Sabtu 14/07/18.

34 comments:

  1. Ade sultan yg tidak paham ato tidak ikut konsep raja berpelembagaan...itu lah yg terjadi konfliks...

    Sultan yg nampaknye paham konsep ini sultan perak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak lain, tidak bukan.

      Sistem politik kitq ia lah Raja BerPerlembagaan - "constitutional monarchy".

      "Raja bertindak diatas nasihat PM", atau MB.

      Perlembagaan yang diderap Bretes Kolonialist celaka, banyak bawak malang kpd kita.

      Tapi derap Perlembagaan itu telah dibincang dan diluluskan diParlimen 2 kali - sekali dimasa Merdeka, sekalai lagi dimasa penubuhan Malaysia.

      Berdasarkan konsep demokrasi yang dipraktik di UK. Ratu England pun "bertindak diatas nasihat PM" depa.

      Delete
    2. Sudah cukup terang. Kalo masih ada pihak berkenaan yang tak faham, pinda Perlembagaan itu.

      Sebutkan dengan terperinci. Contoh nya, tambah kata2 "Calon apa2 jawatan yang dikemukakan" ada lah muktamad. Tidak perlu ada nama2 alternatif."

      Jugak: Selepas PRU, adakan upacara angkat sumpah Perdana Menteri apabila keputusan PRU diumumkan. Jika perlu menunggu keputusan diberi tahu Pengarah SPR sendiri, beri tahu calon PM itu supaya tidak terpaksa menunggu 5 jam dalam dewan yang sejuk.

      Delete
    3. Pilihan ha nya di pilihanraya.

      Bagi merestukan calon jawatan2 yang mahu dilantik, tiada pilihan bagi Raja2. Ha nya PM atau MB yang memilih.

      Pernicikan juga begitu jika perlu di buat pindaan kpd Perlembagaan berkenaan dengan nya.

      Delete
    4. Masalah besar nya ia lah bila ada yang menceburi dalam politik. Seperti berkata dan bertindak supaya Tun Dr Mahathir dan PH kalah diPru14.

      Itu adalah "a big NO NO" kepada rakyat. Sekarang sudah dilihat perasaan rakyat terhadap tingkah laku seperti itu.

      Delete
    5. Negara sudah Merdeka 60 tahun. Keadaan sudah bertukar. Politik bukan lagi seperti dahulu kala dimana Raja boleh buat sesuka hati mereka.

      Di United Kingdom pun sudah lama keluar desas desus rakyat nya tidak senang hati dengan institusi Raja mereka. Ramai yang tidak suka cara cara Prince Charles, Tengku Mahkota nya.

      Ratu England, Elizabeth II, telah bersusah payah coba mengelakkan ketidak senang hati rakyat nya, contoh nya, perbelanjaan wang berlebihan dipihak Istana Buckingham dan sebagai nya. Khuatirkan hilang nya institusi Raja yang sudah 1,000 tahun lama nya di England.

      Di Malaysia, institusi Raja bahru 600 tahun. Di harap Raja Raja jangan coba menceburi diri nya didalam politik dan ha nya bertindak mengikut Perlembagaan negara.

      Delete
    6. Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Delete
  2. Replies
    1. Depa kluag ikot pintu dan tingkap makdia jugak.

      Delete
    2. Tanya Tamrin tuhan itu dari mana pulak keturunan bukan kah dari raja2 sampai masa esok ketahui lah siapa kah orgnya dan dari mana asal usulnya.baharu hanya Shahbudin kensampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunatkena bersunat sampai ke telor kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.jauhari mengenal manikam. Dari dia kita dikembang biak kepadanya lah kita dihimpunkan.

      Delete
  3. Sultan mesti ikut perlembagaan negara

    ReplyDelete
  4. duit elaun raja dibayar oleh PEMBAYAR CUKAI!!!

    ReplyDelete
  5. Nak tambah Lagi . Sultan berpangkat Datuk Tak bole kahwin orang Muda .kena Kasi chance orang lain. Kalau nak kahwin biar dgn orang seumur(Tak Mau pulak !)

    ReplyDelete
  6. Soklan yg sonang mcm mkn kacang.
    Tepapi sangat sosah nak jawap.
    Kalu ikot patik pacal yg hina ,coma allah yg kuwasa.
    Raja dan soltan pong power jugak sbb rakyat byk jadi dia punya gundik.
    Rakyat yg kulibatak dari jawab soklan tak manasaad lebeh baik aku p reja lebeh faedah.
    Hang tengok masa soltan nak lalu.polis eskod sampe kubog.
    Cina mampuih pong polis eskod juga.
    Kalu rakyat nak power mcmmana nak mentekedarah pong payah sampe tesasag.
    Mcm ayag hujan sikit dia bwat siram pokok dan stok minuman.
    Byk sampe bah tengelam sana sini dan hanyut.
    Rakyat dok hanyut dgn impian yg tak timboi-timboi.
    Raja dgn soltan dok hanyut dgn duit ringit dan gundit-gundit.
    Ada yg hanyud timboi sbb yg timboi saja nampak hanyud.ada juga yg hanyud tengelam timboi ada juga yg hanyud tengelam tak timboi-timboi.
    Sedari moda p ke toa sampe ke mampuih.

    ReplyDelete
  7. Para 21.1,2 tu saya setuju sangat dlaksanakan dgn segera.

    ReplyDelete
  8. berani tulis cadangan ni.kalau org lain bkn bumi yg tulis sdh tentu ada setengah org ckp nak hapuskan raja dan islam dr proganda rocket.

    ReplyDelete
  9. Kita lihat saja sama ada masih terdpt pihak istana yg bertindak d luar sempadan yg tlh d tentu olih perlembagaan Negara.

    If they do, than d momentum questioning their contd existence may gather speed.

    D days where might is right hv long passed.

    "IT IS BRAIN OVER BRAWN NOW"

    (kepintaran otak sudah memintas kebolihan bersilat sekarang).

    So 'WASPADA !!!. D rakyat is watching n assessing.

    Dirgahayu tanah air ku.

    ReplyDelete
  10. Ye ke? Sultan Melaka lagi sempoi! Kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa maksud kamu, Dol?

      Mahu kena tundol?

      Delete
  11. Malaysia serta semua rakyatnya tidak memerlukan sultan raja untuk perlindungan. Noktah.

    ReplyDelete
  12. Berapa ramai kaum kerabat sultan dan raja yg bergelar tengku, raja, megat, wan dan sebagainya hidup hanya menjadi rakyat biasa sahaja.

    Tetapi masih memakai gelaran istana Tengku Raja dan sebagainya.

    Kerja pun tak menentu sehinggakan ada yg menjadi peneroka felda, menoreh getah mata mata, jual ikan dan buruh kasar. Ramai juga yg hidup dalam penjara.

    Hanya yg duduk di lstana saja yg bernasib baik.

    Ada pernah mereka ambil peduli kaum kerabat mereka yg merempat.

    Inikah yg dinamakan keadilan?

    Sudah sudahlah TMJ cukup cukuplah kalau nak berlagak kaya sangat pun.

    Kaum kerabat pun terpaksa mohon zakat dan mengharapkan Brim

    ReplyDelete
    Replies
    1. "berlagak kaya sangat" itu satu hal. Tapi sombong angkuh itu tidak membayangkan seorang yang sedar bahawa

      "Tiada rakyat maka tiada Raja ... rakyatlah di suatu masa dahulu yang memilih siapa di kalangan mereka untuk diangkat sebagai Ketua yang kemudiannya ditukar gelaran sebagai Raja atau Sultan."

      Delete
  13. Cuma di masjid sahaja rakyat berpeluang berdiri satu saf dengan Raja dan Sultan. Lepas itu, 'Ampun Tuanku', 'Daulat Tuanku' semua rakyat seolah mempertuhankan mereka. Sebab itulah cuma para ulamak dan para arifbillah menjauhi mereka dan jelas hari ini kita dapat saksikan bagaimana terbantut perkembangan dan pertumbuhan kerohanian kebanyakan mereka. Maka benarlah firman Allah Ta'ala bahawa kebanyakan manusia itu sentiasa dalam kerugian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan "mempertuhankan" mereka tetapi menunjuk hormat kepada mereka yang berpangkat dan bergelar Raja.

      Mereka sebalik nya mesti menunjuk hormat juga kepada rakyat, contoh nya, jangan membikin calon PM menunggu 5 jam kesejukan dalam balai sebelom diadakan majlis angkat sumpah.

      Delete
  14. Biarkan institusi Raja Raja berterusan, ha nya dapatkan Raja Raja bertindak mengikut Perlembagaan sepenuh nya.

    Boleh dipindakan lagi Perkara Perkara berkaitan fungsi dan peranan Raja Raja didalam Perlembagaan seperti dibuat Tun Dr Mahathir dizaman pemerintahan nya 22 tahun yang lalu.

    Masih ada lagi peranan Raja Raja diMajlis Raja Raja bagi menjaga hak dan kepentingan orang Melayu.

    Jangan lupa, negara ini dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu. Sekarang ada yang tidak hormatkan Bahasa Melayu pun. Ini tidak boleh dibenarkan.

    ReplyDelete
  15. Pendapat yang sangat bernas. Sokong 100%

    ReplyDelete
  16. Sultan Johor berasal dari Temenggong dan Sultan Pahang berasal dari Bendahara.
    Temenggong ni macam Minister of Finance sekarang. Bendahara macam Prime Minister.
    Asal usul dari rakyat biasa..pegang jawatan penting..dan lepas tu istihar Sultan.

    ReplyDelete
  17. Pandangan Tamrin Baba amat baik. Semoga Menteri Kewangan mengemukan cadangan mengenai Aturcara dan had perbelanjaan Pihak Istana sama ada Agong atau Negeri-negeri (kerajaan negeri mading masing) di Parlimen ztau ADUN.
    Juga perlu dipastikan bahawa hanya ahli keluarga Diraja yang terdekat sahaja yang layak mendapat elaun seperti isteri,anak dan emak. Ahli keluarga Diraja yang lain kena bekerja seperti orang lain dan sara hidup mereka tidak ditanggung oleh rakyat.
    Welcome to the Modern World - the Rakyat had been hood-winked for a long time.

    ReplyDelete
  18. Saya ingin kongsi cerita
    Tidaklah penting cuma berita
    Di sebuah negeri tengku mahkota
    Program sosial ramai yg minta..

    Alhamdulilah, saya di terima
    Dadah, sosial ditangani bersama
    Ceramah, aktiviti diberi percuma
    Bagi buku umpama derma..

    Tibalah saya ke sebuah negeri
    Sebelum itu e mail dah bagi
    Pegawai tengku maklum diberi
    Hasrat mengadap tengku sendiri..

    Bukan untuk mencari nama
    Atau untuk meminta derma
    Khidmat nak bagi secara percuma
    Sayangi bangsa, negara, agama..

    Lagipun negerinya gejala bergolak
    Remaja diketahui membuang anak
    Dadah, rempit bertambah galak
    Sedih hati remaja rosak!

    Hajat nak temu bukannya apa
    Nak 'tumpang lalu' negeri baginda
    Nanti di kata main terpa
    Diberi sokongan semangat berganda..

    Malang sungguh pegawai maklumi
    Tengku tak minat perkara begini
    Mungkin Mat Salleh, Cina layani
    Bisnes masuk untung berguni..

    Kata 'sayang kepada rakyat'
    Program sosial saya nak buat
    Takde politik, tak niat jahat
    Membantu negara semangat kuat..

    Saya teruskan juga usaha
    Yang lebih penting anak bangsa
    Nak jumpa saya membuang masa
    Jumpa businessmen, hidup selesa!

    Bro Perak Man..where are you..
    Saya di Perak sudah seminggu
    Masuk kampung semangat tak layu
    Remaja rosak, bangsa terganggu!

    ReplyDelete
  19. Argument yang bagus. Tetapi orang melayu belum confident lagi. Masih mentality feudal beranggapan Raja2 melindungi orang melayu dan insitusi agama. Walaupun mungkin yang sebaliknya berlaku. Orang melayu possessive terhadap Raja. Raja hanya raja utk melayu saja. Walaupun nama negara Malaysia yg terdiri dari pelbagai kaum. Raja bukan dianggap raja utk kaum bukan melayu. Walaupun bukan melayu rakyat berdaftar Malaysia. Orang melayu dilindungi dan diberikan kelebihan dlm perlembagaan, 60% majority penduduk adalah melayu, majority dlm pentadbiran kerajaan, pemegang saham2 dlm perniagaan besar, dilindungi dlm hak agama yg dikawal oleh org melayu, majority keahlian dlm sektor keselamatan - tentera & polis, pendidikan yg melebihkan keistimewaan melayu dan melayu juga suara yg terbesar/terkuat dlm segala hal. Dengan semua kelebihan dan majority ini org melayu masih takut dan tidak confident. Ditambah pula institusi raja2 setiap negeri x 9 negeri utk "mempertahankan & melindungi" hak melayu. Semua mekanisma melindungi melayu dah terkunci walaupun tanpa institusi raja tapi melayu masih tak confident. Ada yg tak kena dgn orang melayu ni yg kerap mudah ketakutan. Aneh tapi benar. Selalunya kaun yg majority tak takutkan apa2 tapi di sini kaun majority takutkan minority. Ada yg tak kena dgn org melayu.

    ReplyDelete
  20. Sdr Shahbudin.. ..
    Jika anda fikir anda seorang yg patriotik, dimasa mendatang anda hendaklah menyeru orang melayu supaya kembali sedar dari kesesatan yang menyembah selain dari Allah.
    JANGAN MENYEMBAH BATU, JANGAN MENYEMBAH TUNGGUL KAYU DAN JANGAN MENYEMBAH MANUSIA. INI KESESATAN YANG NYATA.
    SERULAH SEMBAH ALLAH SAHAJA.

    ReplyDelete
  21. Ini plk komen dn cadangan aku ye tp jgn sentap plk budin..mlysia negara islm yg msti diurus hnya oleh org yg beragama islam dgn undng2 islm di dlmnye..org yg bkn beragama islm x boleh mncmpori urusan politik tp mereka bebas utk beragama dn brniaga bekerja yg tidk mncabar kedaulatn islam..utk raja2 msti mnjadi raja yg benar2 takotkn allah..bukan rj yg mngumpol hrta..sebagai ktua agama raja msti mngetuai sembyg jumaat di setiap ngri masing2..mn rj atau kluarga trlibt dlm pekara mngkr..raja trsebut mesti ditukar..boleh ke idea aku ni? Hihi

    ReplyDelete
  22. Tanya Tamrin tuhan itu dari mana pulak keturunan bukan kah dari raja2 sampai masa esok ketahui lah siapa kah orgnya dan dari mana asal usulnya baharu ketahui hanya jauhari mengenal manikam ... Dari dia kita dikembang biak kepada nya kita dihimpunkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...