Sunday 15 July 2018

ISU KAUM DAN AGAMA TIDAK AKAN BAWA UMNO ATAU PAS KE MANA-MANA


Apa yang nyata di sebalik keputusan PRU14 ialah sistem politik negara kita telah menemui titik kematangannya dan rakyat menolak amalan perkauman serta agama yang keterlaluan.


Dengan menangnya Pakatan Harapan dan tumbangnya BN, pertukaran kerajaan selepas ini bukan lagi sesuatu yang asing.


Tetapi, perubahan kerajaan tidak mungkin boleh dijayakan dengan momokan isu-isu perkauman atau agama, sebaliknya mesti bertunjangkan sejauh mana hak rakyat dapat diperjuangkan.


Sesiapa yang berjaya memperjuangkan hak dan isu-isu rakyat, maka itulah yang akan menentukan siapa yang mampu menjadi kerajaan. Pakatan Harapan menang adalah kerana isu rakyat yang dibawanya dan UMNO serta Pas ditolak lantaran sentimen kaum serta agama tidak laku lagi untuk meraih undi.


Jika Pakatan Harapan kekal dengan isu-isu rakyat yang diperjuangkannya sebagaimana sebelum PRU14 lalu, maka mereka akan berupaya terus kekal sebagai kerajaan dalam tempoh yang lebih lama lagi.


Sebaliknya, kalau UMNO dan Pas masih terkepung dalam kepompong perkauman dan agama yang dalam waktu yang sama, para pemimpin kedua-dua parti itu turut terpalit dengan pelbagai skandal, salah laku dan kedurjanaan, perjuangan mereka tidak akan ke mana-mana.


Sebaik kehilangan kuasa, UMNO patut sedar hakikat itu. Generasi Malaysia Baru bukan saja tidak terpana, bahkan menolak amalan politik berteraskan kaum dan agama yang keterlaluan.


Malangnya, berbanding sebelum ini, sebaik saja kehilangan kuasa, UMNO sekarang ini terlihat lebih rasis lagi sifatnya. 


Semua isu yang dibantahnya dikaitkan dengan kedudukan kaum dan agama. Siapa jadi menteri kewangan, peguam negara, ketua hakim negara, menteri jaga komunikasi dan undang-undang, semuanya salah di mata UMNO kerana mereka bukan Melayu dan bukan beragama Islam.


Begitu juga dengan Pas, semua jawatan yang sama seperti di atas adalah salah di mata parti itu kerana mereka bukan Islam dan kononnya suatu ancaman kepada kedudukan Islam.


Harus kita ingat bahawa semua perlantikan itu tidak sama sekali bercanggah dengan perlembagaan negara, selain kedudukan individu berkenaan juga dilihat sesuai dari segi  ketokohan, intergiti dan kekananan mereka.


Kalau perlembagaan sendiri tidak menghalang perlantikan itu, maka dari sudut apa lagi UMNO dan Pas mesti terus meniupkan sentimen perkauman dan agama melaluinya?


Sejauh mana benarnya perlantikan mereka itu mengancam kedudukan Melayu dan Islam berbanding perangai setengah pemimpin UMNO yang terpalit skandal, mencuri harta rakyat, membiarkan isteri bermewah dan membazir atau  lagak sebahagian pemimpin Pas yang gemar mencarut serta memaki hamun atas nama agama?


Apakah kemuliaan kedudukan Melayu dan Islam ditentukan oleh penjawat jawatan yang dipertikaikan itu atau melalui perangai kita sendiri?


Jika kita seorang Islam yang baik, tidak melakukan kejahatan dan tidak dibawa ke mahkamah, kenapa kita mesti takut dengan peguam negara, ketua hakim negara atau menteri yang menjaga undang-undang  yang bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam?


Apakah seorang Melayu dan Islam yang jahat yang apabila diheret ke mahkamah, mereka sebenarnya berharap akan mendapat perlindungan daripada seorang peguam negara, ketua hakim negara dan menteri yang menjaga undang-undang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam?


Jika begitu, di mana maruah mereka sebagai orang Melayu dan beragama Islam?


Dalam hal ini,  UMNO dan Pas boleh terus bermain dengan sentimen kaum dan agama, jika itu pilihannya, tetapi ia tidak membawa mereka ke mana-mana, jauh sekali untuk mampu menawan Putrajaya.


Dalam kelompok Melayu dan Islam sendiri, mereka kini berpecah kepada beberapa kumpulan seperti UMNO, Pas, Bersatu, PKR, Amanah dan pelbagai pecahan kecil yang lain.


Daripada semua itu, yang masih terpegun dengan amalan perkauman dan agama yang keterlaluan hanyalah UMNO dan Pas saja, itu pun tidak semua. 


Selebihnya adalah mereka yang sederhana dan melihat isu rakyat seperti rasuah, penyelewengan, tata kelola ekomomi dan urus tadbir yang baik sebagai keutamaan.


Bagi golongan sederhana ini, peguam negara atau ketua hakim negara bukan melayu tidaklah isu yang terlalu besar asalkan mereka boleh berlaku adil, bertindak atas kebenaran dan tidak mempertahan, membela atau melindungi siapa pun yang menjadi penyamun dan merompak wang rakyat.


Juga bukanlah isu bagi golongan sederhana dalam mempertahankan ketua hakim negara dan menteri undang-undang bukan Melayu berbanding malu membela Jho Low yang jelas-jelas merosak dan membawa bencana kepada negara.


Hakikatnya, tiada guna pun jika Melayu yang beragama Islam duduk di kerusi penting itu sedangkan di mata rakyat mereka terlihat terang-terang bersekongkol dengan penyamun, melindungi perbuatan salah serta menyembunyikan kebenaran.


Mereka yang berpencak atas nama kaum dan agama ini bukan saja makin mengecil, bahkan tidak lagi mendapat sokongan daripada kaum-kaum lain. Itulah sebabnya, kaum lain sudah lama menolak

MCA dan MIC yang turut mengamalkan politik perkauman.


Tanpa sokongan menyeluruh daripada kaum-kaum lain, mainan sentiimen perkauman dan agama yang keterlaluan itu akhirnya hanya menjadikan UMNO dan Pas syok sendiri bersama pentaksub mereka saja.


Percayalah, mereka akan kekal sebagai pembangkang untuk tempoh yang lebih lama dengan isu-isu kaum dan agama itu. (ShahbudinHusin 15/07/2018)

68 comments:


  1. Tahun Enam Puluhan - Alleycat

    Cuba kau ingatkan tahun enam puluhan
    Masa remaja masa yang indah
    Bulan dan kati jadi kegemaran
    Takbir dan derma bahan remaja

    PAS, UMNO, Jeffryalin dan lainnya
    Menjadi pujaan yang muda pujaan yang muda
    Jubah dan serban serta kaca mata
    Ada yang terkoyak ditengah jalan

    Kala ku ingatkan tahun enam puluhan
    Ku tertawa sendiri lucu sekali
    Bagai tak terasa risau dan resah
    Masa itu juga cintaku yang pertama oh cinta pertama

    Kini semuanya sudah berubah
    Musik dan pakaian banyak berbeza semua berbeza
    Mari kita tinggalkan kisah kisah yang lama
    Kisah yang telah terjadi ditahun enam puluhan
    Kisah yang telah terjadi ditahun enam puluhan
    Kisah yang telah terjadi ditahun enam puluhan


    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

    2. BUAT UMNO TERSAYANG

      Hatiku hancur mengenang dikau
      Berkeping-keping jadinya
      Kini air mata jatuh bercucuran


      Yang tinggal hanya HARAPAN

      Tiada seindah waktu itu
      Dunia berseri-seri
      Malam bagai siang seterang hatiku
      Penuh HARAPAN padamu

      Kini hancur berderai
      Kesedihan berantai
      Kuncup di hatiku yang lama kusimpan
      Kini hancur sebelum berkembang

      Mengapa ini harus terjadi
      Di tengah kebahagiaan
      Ingin kurasakan lebih lama lagi
      Hidup bersama denganmu

      Tiada seindah waktu itu
      Dunia berseri-seri
      Malam bagai siang seterang hatiku
      Penuh HARAPAN padamu

      Kini hancur berderai
      Kesedihan berantai
      Kuncup di hatiku yang lama kusimpan
      Kini hancur sebelum berkembang

      Mengapa ini harus terjadi
      Di tengah kebahagiaan
      Ingin kurasakan lebih lama lagi
      Hidup bersama kamu

      Delete
    3. Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Delete
    4. Hahaha.... Sabotaj, sabotaj, sabotaj. Nampaknya bukan setakat jadi pembangkang aje Budin, tapi turut jadi pembangang.

      Delete
    5. atever,politik, politik juga, tukar topik jap yer beralih kepada sukan pula yg hangat FIFA World Cp 2018 ...France menang 4-2 vs Croatia yey : )... Kami mmng sokong Pernacis dari mula2, malah dari dulu2 di era kegemilangan 19980 yg mana Zinadine Zidan rangkul Pial Juara utk Perancis... Croatia underdog, tpi sbb mereka main dgn cemerlang hingga berjaya ke pusingan akhir, ramai penyokong2 Brazil, Portugal, German, SPain, Argentina dll pasukan beralih pula pada Croatia setelah pasukan dan pemain2 pujaan mereka tewas di pusingan awal perlawanan).

      Youare teh Best France! Tout Felicatation Les Blues

      Delete
    6. Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Delete

    7. Bila otak dia sudah kosong, dia mengkopipes lah, mengsabotaj.

      Sila baca penerangan2 lanjut pasal nate' itu di komen2 saya jam 07:05 dan berikut nya.

      Delete
  2. Salam saudara. Tolong ulas isu UEC sikit boleh? Macam nak on je. Bukan ni akan mengkucar-kacirkan sistem pendidikan kalau dibenarkan.

    Ulas jugak rasional kenaikan takrif elektrik sektor komersial yang akan beri kesan berantai pada harga barangan.
    Rasional kenaikan harga gula. Tolong ulas sikit.

    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde yang kucar kacir kalau UEC jadi diktiraf. Hujah mereka kalau UEC diiktiraf akan menidakkan lepasan SPM utk cari kerja. come on lah, kalau camtu la hujahnya makan pertingkatkan lah mutu pembelajaran sekolah kebangsaan. Teringat kata kata TMJ,mereka yang berkuasa dulu dulu memang suka pelajar tak bijak pandai supaya senang dihasut,tak intelek dalam pemikiran.

      Delete
    2. Mengarut. Baca lah komen komen dalam blog post Shahbudin yang lalu, berjodol: RAKYAT DAN RAJA - SIAPA YANG LEBIH BERKUASA?

      Pada hal, yang menghasut supaya Tun Mahathir dan PH kalah di Pru14, siapa dia? Baca lah di situ.

      Delete
    3. Pengiktirafan UEC menggalakan merecup nya sekolah Cina. Mana boleh.

      Perkara 152 Perlembagaan kata: Bahasa negara ini ia lah Bahasa Melayu. Bahasa ibunda boleh digunakan ha nya selain dari untuk urusan resmi. Dan sekolah ada lah urusan resmi mana2 negara.

      Kalo UEC di iktiraf, nak ketepikan Perlembagaan negara ke?

      Kalo UEC diiktiraf, habis lah sokongan saya kpd PH.

      Delete
    4. Sokong isa3 komen 2102..

      kata semangat malaysiabaru..mau jadi warga patriotik..elak perkauman..utk ape UEC..?sikit hari kaum tamil pun mau peperiksaan tamil sendiri..
      Lps tu iban,kadazan dan org asal semua mahu peperiksaan bahasa ibunda sendiri..

      Aparaaa..

      Hapuskan sekolah vernakular dulu..
      Ada berani..??

      Delete
    5. Tun Mahathir pernah kata disuatu masa dahulu bahawa sejak Bretes kolonial celaka benarkan sekolah Cina dizaman depa merintah dulu, sudah begitu rumit masalah ini dan amat sukar mahu menghapus nya.

      Sekarang Tun terikat dengan perlu nya berterusan dengan parti2 komponen PH selepas berjaya membenam Umno di PRU14. Celaka Najib. Celaka = bawa malang, kata Kamus. Najib membawa berbagi malang sehingga perlu PH di tubuhkan bagi menjatuhkan Umno/Bn di Pru14.

      Kita perlu teruskan kondem depa dengan menanya "apa lagi lu mau" seperti dibuat sejak dulu - tak cukup dengan sudah dapat hak kerakyatan dinegara ini yang telah dipersetujukan kaum Melayu dimasa Merdeka.

      Dan perlu kita sentiasa menuding depa yang tidak hormatkan Perlembagaan negara Perkara 152 berkenaan Bahasa Malaysia, tidak mengguna BM dlm setiap urusan resmi.

      Delete
    6. pada pandangan saya tak yah nak ulas isu uec, tapi di masa ini ler kiter kena buat tuntutan untuk memperkasakan sijil agama islam yang lain seperti stam contoh .

      sebab mereka dah menang mereka pru dari parti komponen ph akan buat tuntutan , parti komponen dalam tue pon tertekan . jadi sebagai nak mengimbangi kena buat ler tuntutan sijil s.t.a.m di perakui oleh kementerian pendidikan boleh menlanjutkan pelajaran di ipta.


      memang kementerian kan perketatkan syarat berkenaan uec, termasuk kena kredit bahasa malaysia dan kredit mata pelajaran yang lain diperingkat s.pm untuk lanjutkan pelajaran di ipta.

      jadi sesiapa dah ader sijil uec kena ada bahasa malaysia kredit dan mata pelajaran lain kredit . dan bukan semua pelajar nak amek uec.

      tak yah nak kondem mereka yang buat tuntutan . yang nak kena tanya bersedia kah kita semua nak hadapi perkara ini . hidup ini berubah , perubahan datang,jika tak berubah contoh dah ada kerajaan bn tumbang kerana tidak mahu berubah .

      jangan lah anggap ia adalah ancaman , anggap lah cabaran kena usaha lebih lagi ler

      Delete
  3. Tak salah ada isu kaum. Asalkan jangan melampau. Pergaduhan kaum 13 Mei mesti dielakkan.

    Bretes kolonial celaka bawak malang ke negara ini. Bawak pendatang masuk negara ini sebagai coolies. Di Amerika depa pun bawak masuk coolies dari China untuk binaan Trans-America Railway. Tapi selepas selesai, depa hantar pulang by the ship loads.

    Mana yang melesap, nak tinggal tetap di Amerika, depa adakan The Chinese Exclusion Act, haramkan dan hambat depa yang melesap di Amerika itu.

    Bretes celaka pulak twisted the arms of Malay leaders, suruh setujukan hak kerakyatan untuk kaum pendatang. Dimasukkan ke dalam derap Perlembagaan negara, dah jadi law sekarang.

    Pulak nya sekarang nak itu ini lagi. Padan lah dulu ada ditanya "Apa lagi depa mau?"

    Celaka Najib pulak bikin pasal hingga PH ditubuhkan bagi menjatuhkan dia. Dan sekarang ada puak dalam PH nak eksploitasi keadaan, mahukan pengiktirafan UEC.

    Mana boleh. Tak boleh. Gua bantah. Demi kepentingan Perkara 152 Perlembagaan. Jatuh kerajaan PH pun jatuh lah. Gua bantah pengiktirafan UEC sesangat. Subversif kpd Perkara 152 Perlembagaan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. isa3..kalau kau tanya majoriti rakyat Msia,,mereka setuju sesangat UEC ni diiktiraf oleh kerajaan PH. Ini kan dah dipersetujui dalam manifestomato mereka sebelaum PRU lagi. Atas dasar keadilan dan kesamarataan hak setiap kaum di Msia... UEC ni WAJIB diiktiraf. Inikan kehendak penyokong2 dan pengundi2 Ph dulu masa mereka memangkah calon2 PH.

      Jadi tak perlulah dibantah dan digalang hasrat murni PH dalam isu ni. Inikan era baru Kerajaan PH...segala hak dan keistimewaan Melayu dan Islam bisa dikompromikan demi mengekalkan kuasa rakyat..betul tak bhai ????

      Delete
    2. Iktiraf UEC ada dlm manipestol BN..tak usah putarbelit lah Geng Najis.

      Delete
    3. Manifestolol BN pun iktiraf UEC lah bhai. Lagi mahu spin. Hancin....

      Delete
  4. Rakyat Msia yang waras dan berfikiran jauh lagi terbuka nampak sebenarnya isu perkauman dan agama ni dah lama berakar umbi dalam DAP sejak dulu lagi. Kini bila mereka dah memegang kuasa memerintah dalam PH, agenda tersebut kini dilihat lebih mudah untuk mereka terus menyemarakkannya. Kita tengok aje lah, bagaimana isu UEC dan Dr Zakir Naik kini ditonjolkan oleh mereka dengan begitu radikal sekali hingga membelakangkan hak bahasa melayu dan Jslam dalam perlembagaan.

    Suara2 sumbang tersebut..malangnya disambut dengan tangan terbuka oleh pimpinan melayu dan Islam dalam PH atas dasar kesamarataan hak dan kebebasan bersuara seperti yang diperjuankan oleh kerajaan era baru ni. boleh ke kita percaya janaji2 pemimpin2 melayu ni yang mengatakan dengan pengiktirafan UEC, kedaulatan bahasa melayu takkan dikompromikan? Jika dalam BN dulu, isu2 ni takkan mendapat tempat atau dilayan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO. Mereka tau betapa isu sepeti ni tiada tempatnya dalam BN dan negara.

    Janganlah kerana untuk mendapat secebis untung dunia bagi diri sendiri, maka agama dan bahasa sanggup dikorbankan. berfikirlah di luar kotak untuk memastikan agar kelangsungan banu melayu dan agama Islam terus kekal kukuh dan subur di Msia ni. Janganlah kamu semua nanti dikincinkan kubur oleh generasi akan datang kerana sanggup menggadaikan hak2 bangsa sendiri. Ingatlah...terlajak perahu boleh diundur..terlajak tindakan kamu, punah ranahlah agama dan bangsa nanti !!!!

    ReplyDelete
  5. Walau bagimana pun, Najib perlu disingkirkan dari gelanggang politik. Perlu di kikis dari dunia politik Malaysia.
    \
    Dia yang bawak banyak celaka kpd rakyat Malaysia. Sepaling kurang ny RM2.6 bilion duit rakyat disebat nya dari 1MDB.

    DoJ kata dia seleweng dan songlap US$4.5 billion = RM20 bilion (approx.)

    Celaka bebenor si Najib nate' tuh. Kalo tak kerana dia, isu UEC tak ketara. Damn.

    ReplyDelete
  6. Isu perkauman selalu dirayu
    Bertegang leher kita tak mahu
    Bertolak ansur orang Melayu
    Bangsa lain diambil tahu...

    Sejarah pernah di depan mata
    Miskin Melayu di tanah tercinta
    Hanya kuasa dapat berkata
    Kalah jika dibanding harta..

    Sejak dulu hingga sekarang
    Bangsa Melayu tak suka berperang
    Masih tersimpan golok dan parang
    Asal jangan dimula orang..

    Pemimpin Melayu harusnya bijak
    Dalam lembut jangan terpijak
    Jika tanah habis dibajak
    Bangsa tinggal puisi dan sajak..

    Bukan salah ibu mengandung
    Salah pemimpin tempat berlindung
    Diberi sokong berbondong bondang
    Peranap bangsa si Ular Tedung!

    Kita berkongsi kita beralah
    Berpada pada janganlah lemah
    Di beranda, buah sama digalah
    Mana mungkin diambil rumah..

    Buat baik berpada pada
    Buat jahat jangan sekali
    Sayangi pusaka tanah ibunda
    Jangan sampai terjerut tali..!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh..mantap bro fan tun..

      Teringat lirik lagu kumpulan kembara 70an dulu.. "kami orang melayu"..

      Beringat lah ye..
      Asal muasal kita..

      Delete
    2. Fan Tat...kau persan tak berita yang terhangat di pasaran sekarang ni haah????

      Tun M dah tegaskan Kerajaan dah setuju untuk melantik bekas hakim, Dato Muhammad Ariff menjadi speaker Parlimen berkuatkuasa esok. Rakyat Msia pun tau, sebelum ni sudah main dihebohkan oleh PKR bahawa MP mereeka, Dato Johari Abdul bakal dilantik ke jawatan tu kerana dah dipersetujui sebulat suara oleh majlis kepimpinan presidan PH.

      Tiba2 nama lain yang takde langsung dalam senarai pulak yang dapat. Ini menandakan era diktatorship dan kukubesi Tun dah kembali semula..kalau dia nakkan seseorang tu, takde sapa pun ynag boleh menghalang kehendaknya. Pastinya DSAI dan PKR takkan berdiam diri aje..nampak seolah2 banyak MP2 PKR dah dicantas dan dipinggirkan. Dahlah masa pengagihan menteri2 dan timbalam menteri kabinet tempoh hari, Bersatu dan Amanah yang mempunyai MP2 yang terendah bilanngannya dalam pakatan tu dapat membolot jawatan2 yang cukup bnayak, kementerian2 kana pulak tu. Adik ke kalau parti2 ynag sikit MP2nya dalam gabungan dapat jawatan banyak macam tu...jika dibnadingkan dengan PKR dan DAP. Memang ada asasnyalah mereka semua mengamuk dan tak puas hati. Dahlah kat Perak hari tu...YB Siti Aisyah dari PKR diberi tekanan oleh DAP untuk menarik diri dari jawatan speaker DUN..kini Bersatu dan Amanah pulak merampas hak mutlak mereka dalam kabinet.

      Nampak gayanya...dari dulu sampai sekarang ni, PKR dan DAP ni tak abis kena kincin sampai basah lencun dengan Tun aje. Ingatkan DSAI bila dah keluar dari Bamboo River Inn ni lebih keras dan tegas prinsipnya membela PKR, rupa2nya masih lagi takut dan gentar dengan Tun lagi. Tak berani bersura sepatah pun bila hak PKR dirampas dan diperkotak katikkan begitu aje oleh Tun. Kalau acam ni...memang harapannya nak jadi PM in waiting semakin tipislah...setuju tak Fan Tat dan Berak Man ????

      Delete
    3. Hebat pantutan Tuan Fan Tun, but Whatever,politik, politik juga, tukar topik jap yer beralih kepada sukan pula yg hangat FIFA World Cp 2018 ...France menang 4-2 vs Croatia yey : )... Kami mmng sokong Pernacis dari mula2, malah dari dulu2 di era kegemilangan 19980 yg mana Zinadine Zidan rangkul Pial Juara utk Perancis... Croatia underdog, tpi sbb mereka main dgn cemerlang hingga berjaya ke pusingan akhir, ramai penyokong2 Brazil, Portugal, German, SPain, Argentina dll pasukan beralih pula pada Croatia setelah pasukan dan pemain2 pujaan mereka tewas di pusingan awal perlawanan).

      You are the Best France! Tout Felicitation Les Blues

      Delete
    4. Diam tak diam dah 67 hari kerajaaan PH memerintah. Cuba kita sama2 tengok apa kejayaan yang mereka dah lakukan...Harga minyak masih tak turun, Tol kata nak hapus tapi tidak lagi...kakitangan awam seramai 17 ribu dah ditamatkan perkhidmatan mereka...CEO2 Melayu di GLC dan GLIC dipaksa letak jawatan. ..saham di BSKL turun lebih 200 mata...Nilai Rm terus lemah berbanding USD...pelabur2 asing berebut2 keluar dari pasaran...bantuan bulanan kepada nelayan dihentikan...perlantikan 3 orang bukan melayu dan islam jadi menteri undang2, AG dan ketua hakim negara...Msia bakal berhutang lagi dengan pinjaman kredit Yen...Pembaziran nyata dengan projek kereta nasional kedua ...Kata ECRL dan HSR nak ditamatkan kerana negara rugi, tapi teruskan jugak...tarif letrik naik...lepas zero rated GST, harga barangan keperluan harian akan turun 30-50%, takde pun , naik adalah, baru2 ni harga susu tepong dan gula pasir naik...penyokong kuat LGBT nyaris2 jadi pegawai khas pak menteri...sekolah tahfiz nak ditutup...institusi kesultanan dihina...jalur lebar kata janji turun harga 50%, tapi mampu 25% aje ...takde dasar2 dan polisi2 baru yang diperkenalkan, hanya ciplak dan kitar semula dari kerajaan lama...Fuhhh!!!! Memang hebat tul lah kerajaan era baru ni kan....persoalannya boleh ke mereka bertahan hingga PRU15 nanti, takut2 hancur lebih awal lagi!!!!

      Delete


    5. Bedebah itu mengata orang "tak diam", pada hal dia tak tidur pun, menkomen pukul 3:19 pagi. Lidah bercabang punya nate'.


      Delete
    6. bagi masa mereka memerintah sebab mereka dah menang pru . terbaik bro fantun

      Delete
  7. Fan Tat dan Berak Man....tentu kau tau yang DSAI dah konpom nak bertanding jawatan Presiden PKR. Selama ni ia dipegang oleh Kak Wan..lebih 20 tahun. DSAI dah nampak jawatan ketua umum tu bukan ada kuasa pun..setakat gelaran aje. Memanglah dia jadi ahli dalam majlis kepikpinan, tapi suaranya tak laku sangat. Kalau menang jawatan tu, barulah ada uuumph.

    Dah tentu Tun akan lebih respek dirinya sebagai presiden PKR. Tak bolehlah main2 dan buli dia lagi...suaranya makin didengari dalam kepimpinan perdana. Sebenarnya DSAI tak de masaalah nak menang ..bahkan ada kemungkinan Kak Wan takkan bertanding pun. Logiknya..takkanlah isteri nak melawan suami sendiri.

    Tapi perlu diingat..belum tentu DSAI akan mendapat jawatan tu dengan percuma. Sekarang ni pun, dah ada suara2 proksi DSAI dalam PKR yang mahu jawatan timbalan presiden tu dipertandingkan. Azmin sebagai penyandang dah nampak kedudukannya dalam parti dah goyah...kemungkinan besar Rafizi, orang kuat DSAI akan mencabarnya. Semua tau memang ujud dua kem besar dalam PKR. Dah tentu setiap satu akan menggunakan pemilihan Jawatan dalam PKR kali ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Azmin nampak DSAI memang nak membunuh karier politiknya..jadi satu cara untuk memastikan perkara tu tak berlaku ialah dengan mencabar DSAI untuk jawatan Presiden.

    DSAI dari dulu lagi dah nampak Azmin adalah proksi Tun M. Dia kini digroom oleh Tun untuk jadi PM in waiting. apatah lagi jawatan sebagai menteri hal ehwal ekonomi diberi kuasa yang amat besar oleh Tun untuk jaga perbendaharaan negara...PNB, Khazanah,EPF, KWAP, Petronas, Tabung Haji, GLC dan GLIC.

    Azmin dan penyokong kuatnya YB Zuraida dah tentu akan merangka strategi untk meletakkan orang2 mereka dalam jawatan2 penting parti nanti. Kini terserlahlah kepada rakyat Msia bahawa PKR ni taklah sekukuh seperti yang disangka..ia juga tidak terlepas dari persengketaan dalaman untuk merebut kuasa. Ahli2 PKR nampak bahawa aad kemun gkinan besar Azmin mampu untuk menewaskan DSAI untuk jawatan presiden tu. perlu diingat..Tun dan pimipinan tertinggi parti2 komponen PH yang lain akan menyebelahi Azmin, khususnya Mat syabu dan AH Beng. Tak mustahil...Azmin akan menjadi proksi Tun seperti yang dilakukannya kepada Ku Li dalam pemilihan presiden UMNO yang lepas.

    Kemenangan Azmin amat2 penting dan bermakna untuk Tun. Dengan Azmin sebagai presiden PKR..mudahlah Tun untuk menguasai PKR dan memastikan parti tu mengikut kehendaknya. Janji Tun untuk menyerahkan PM kepada DSAI tu takkan berlaku dalam masa yang dijanjikan. Dendam lama antara mereka berdua sebenarnya masih tebal lagi. Tun kini di kedudukan yang terkuat...dan pastinya kuasa tersebut takkan diserahkan kepada DSAI. Itu umpama menyerahkan lehernya untuk disembelih.

    Hakikatnya pewmilihan dalam PKR kali ni adalah amat2 getir..ia bakal menentukan hidup matinya karier politik DSAI dan Azmin. pastinya..Tun juga menanti outcomenya dengan penuh debaran. Tempias darinya pasti akan dirasai oleh parti2 komponen PH yang lain dan secara tak langsung akan memberi kesan kepada pola dan corak politik negara kita. Malah impak pemilihan kali ni dilihat lebih penting dari pemilihan UMNO yang baru lepas. Secara peribadi, majoriti rakyat yang aku temui berharap sangat agar Azmin dan timnya mampu menggalas harapan mereka untuk menerajui PKR. Sudah sampai masanya untuk PKR juga melakukan reformasi dalam hairaki parti tu seperti yang telah dilaksanakan oleh UMNO.Tak sabar rasanya menunggu pemilihan tersebut...pertembungan antara DSAI sebagai mentor dan Azmin sebagai mentee politiknya. Jangan terperanjat jika mentee bakal menjinakkan mentornya, dalam politik tidak ada istilah mustahil !!!!

    ReplyDelete
  8. DSAI bukan macam GN. Dia sedar diri selepas keluar penjara dan diberikan pengampunan diraja. Kalau tak silap dulu GN bukan main hentam lagi kat DSAI ...berbagai celaan dan makian yang dihamburkan. Sekarang nak lagakan DSAI dan TM pulak. DSAI cuma ketua umum PKR. Dia bukan ketua PH ... dia tau had2nya sebagai ketua umum PKR... bukan main langgar aje...

    ReplyDelete
  9. whatever,politik, politik juga, tukar topik jap yer beralih kepada sukan pula yg hangat FIFA World Cp 2018 ...France menang 4-2 vs Croatia yey : )... Kami mmng sokong Pernacis dari mula2, malah dari dulu2 di era kegemilangan 19980 yg mana Zinadine Zidan rangkul Pial Juara utk Perancis... Croatia underdog, tpi sbb mereka main dgn cemerlang hingga berjaya ke pusingan akhir, ramai penyokong2 Brazil, Portugal, German, SPain, Argentina dll pasukan beralih pula pada Croatia setelah pasukan dan pemain2 pujaan mereka tewas di pusingan awal perlawanan).

    Youare teh Best France! Tout Felicatation Les Blues

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diam tak diam dah 67 hari kerajaaan PH memerintah. Cuba kita sama2 tengok apa kejayaan yang mereka dah lakukan...Harga minyak masih tak turun, Tol kata nak hapus tapi tidak lagi...kakitangan awam seramai 17 ribu dah ditamatkan perkhidmatan mereka...CEO2 Melayu di GLC dan GLIC dipaksa letak jawatan. ..saham di BSKL turun lebih 200 mata...Nilai Rm terus lemah berbanding USD...pelabur2 asing berebut2 keluar dari pasaran...bantuan bulanan kepada nelayan dihentikan...perlantikan 3 orang bukan melayu dan islam jadi menteri undang2, AG dan ketua hakim negara...Msia bakal berhutang lagi dengan pinjaman kredit Yen...Pembaziran nyata dengan projek kereta nasional kedua ...Kata ECRL dan HSR nak ditamatkan kerana negara rugi, tapi teruskan jugak...tarif letrik naik...lepas zero rated GST, harga barangan keperluan harian akan turun 30-50%, takde pun , naik adalah, baru2 ni harga susu tepong dan gula pasir naik...penyokong kuat LGBT nyaris2 jadi pegawai khas pak menteri...sekolah tahfiz nak ditutup...institusi kesultanan dihina...jalur lebar kata janji turun harga 50%, tapi mampu 25% aje ...takde dasar2 dan polisi2 baru yang diperkenalkan, hanya ciplak dan kitar semula dari kerajaan lama...Fuhhh!!!! Memang hebat tul lah kerajaan era baru ni kan....persoalannya boleh ke mereka bertahan hingga PRU15 nanti, takut2 hancur lebih awal lagi!!!!

      Delete
  10. Sdr Shahbudin kata, "Siapa jadi menteri kewangan, peguam negara, ketua hakim negara, menteri jaga komunikasi dan undang-undang, semuanya salah di mata UMNO kerana mereka bukan Melayu dan bukan beragama Islam."

    Pada saya, bukan kerana mereka bukan Melayu.

    Tapi kerana Lim Guan Eng tidak hormatkan Perlembagaan, gunakan bahasa Mandarin masa berurus dalam kerja resmi.

    Dan Terry Thomas tidak fasih dalam Bahasa Melayu, ia itu Bahasa Kebangsaan negara ini. Mulakan ucapan di mahkamah dengan Bahasa Inggeris. Juga menunjukkan dia tidak hormat kapada Perlembagaan negara berkenaan BM.

    ReplyDelete
  11. Umno memang sudah terjerumus diarena politik negara. Akibat kepincangan Najib.

    Pakatan Harapan sekarang meneraju pemerintahan negara. Tetapi belom pun 100 hari memerintah, sudah bising puak Pembangkang. Namun demikian, itu ada lah dijangka. Mereka tiada kerja lain, selain membangkang. Jadi, dicari apa sahaja yang boleh mengkelamkan imej Kerajaan PH.

    Walau bagaimana pun, imej itu tidak begitu terjejas. Terutama bila rakyat mengingatkan betapa buruk nya keadaan dibawah Najib, betapa keji nya tabiat nya mencuri wang Kerajaan dan rakyat, membohong dan mencoba bodohkan rakyat. Dia coba, tetapi rakyat tidak bodoh - rakyat singkirkan dia dan Umno, pilih PH.

    ReplyDelete
  12. TongGeng Najib macam biasa
    Takde modal nak buat apa
    Kutuk Fan Tat,Berak Man,Isa
    Carut mencarut tak pernah lupa!

    Dari kecik diajar mencarut
    Masa masih memakai barut
    Ajaran sesat jadi pak turut
    Sampai tua cakap mengarut!

    Memang kaki kuat melaga
    Orang Melayu dilaga Cina
    Tun Mahathir dia curiga
    Bijan dipuja entah di mana?

    Marah kat Anwar, TongGeng berapi
    Tapi sokong di lain hari
    Hari ni pulak simpati DAP
    Cari salah Perdana Menteri!

    Bangsa Melayu dia takutkan
    China komunis diberi makan
    Parti kalah tercengang sakan
    macam beruk turun ke pekan!

    Masih melekat muka di bontot
    Jilat Bijan mulut dah herot
    Tak pernah reti akal pun bantut
    Sampai mati jadi pak turut!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Fan Tun,

      Bedebah yang pakai nama GENG NAJIB dll itu rasa pedas, berdesing telinga nya, tertekan jiwa nya bila kita hentam dia.

      Dalam bentuk prose, jugak verse.

      Mesej dalam pantun Sdr amat tepat, berkesan, sehingga dia terasa perlu "menjawab", walau pun jawapan nya biasa nya berbentuk kopipes atau komen bertaraf tahi, najis. Najis Najib, boss lama dia, kesayangan dia yang menunggu masa masuk penjara.

      Delete
    2. Fan Tat dan isa3...Aku berkesempatan bertanya kepada seorang rakan ku yang menjadi Timbalam Canag PKR di tempat ku. Soalan ku...kenapa pulak DSAI nak bertanding jawatan Presiden tu, sedangkan Ketua Umum lebih tinggi darjat dari presiden.

      Jawbnya sampil tersengih...DSAI dah dengar khabar2 sahih lagi boleh dipercayai bahawa Azmin ada kemungkinan bakal menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden melawan Kak Wan. Ini adalah hasrat dan desakan kuat dari penyokong2 Azmin yang hendak melihatnya menyandang jawatan lebih tinggi dalam parti. Sudah sampai masanya Azmin duduk di tempat tu, setelah sekian lama menjadi Timbalan presiden. Sambungnya lagi...pemilihan kali ni adalah peluang keemasan untuk Azmin menjadi presiden..apatah lagi kedudukan dan pengaruh DSAi dilihat masih belum kukuh dalam kalangan penyokon2 PKR, setelah lama disejuk bekukan kat dalam.

      Tapi katanya lagi...DSAI menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan tu lebih kepada strategi politik semata2. Dia dah dapat hidu rancangan Azmin untuk melawan Kak Wan nanti...jadi dengan pengumuman tu, DSAI berharap agar Azmin akan mengundur diri atas kapisiti menghormati mentornya, DSAI. Bila Azmin dah konpom takkan bertanding jawatan tu,
      iaitu setelah pencalonan ditutup...DSAI akan mengumumkan bahawa dia menarik diri dari betanding jawatan presiden tu dan Kak wan aakn kekal dengan menang tanpa bertanding.

      Tapi DSAI lupa, Azmin sekarang bukannya yang dulu...senang digertak dan dicucuk hidungnya. Dia kini dah ada sokongan dan pengaruh yang kuat dalam kalangan ahli2 serta pimipnan tertinggi PKR , khususnya di Selangor, N9, Johor, Penang, Melaka dan Pahang. Apatah lagi dengan dokongan kuat dari segi moral dan kewangan dari Tun M, dah tentu semangatnyan dalam tahap yang tertinggi.

      Azmin tau..macam mana pun, jawatannya sebagai timbalan presiden bakal dicabar oleh Pizi..proksi kepada DSAI. Jadi takdelah salahnya dia bertanding melawan DSAI sebagai proksi Tun M pulak. Barulah fair and square...sambung rakan ku tu.

      Aku terfikir..ada betul jugak apa ang diperkatakannya...pertandingan jawatan presiden nanti sebenarnya adalah pertembungan berterusan antara DSAI dan Tun M. Dah tentu ada yang bakal menjadi collateral damage..tak pasti sapa pulak kan.

      Walaupun adlam medai2 heboh melaporkan tawaran DSAI untuk betanding presiden dipersetujui oleh barisan kepimpinan tertinggi PKR termasuklah Kak Wan dan Azmin, tapi kita tak boleh percaya 100% kepada berita tu. itu hanya kenyataan untuk mengula2kan akar umbi PKR untuk menunjukkan tidak terdapat konflik dalaman. Hakikat yang sebenarnya kem DSAI dan kem Azmin sedang sibuk mengasah parang dan pedang untuk turun gelanggang. Aku sempat bertanya kepaad rakan ku tu..kau orang mana??? Dia terdiam sejenak sebelum menjawab...dah tentu aku orang Azmin..nak buat apa sokong mantan banduan tegar yang dah hilang sokongan di mata ahli2 parti..sambil meneguk teh tarik di warung kegemaran kami melepak !!!!

      Delete
  13. Tidak ada kebodohan sebanding dengan yang di buat Najib. Tidak ada pelampauan mencuri seperti yang dilakukan nya.

    Oleh itu, penuh justifikasi lah dia dihumban ke longkang di Pru14. Dan rakyat perlu bersabar di masa PH bahru mula memerintah. Amerika pun selalu mengetawakan tindak tanduk Donald Trump, walau pun sudah bertahun memerintah.

    ReplyDelete

  14. Bulat Ken 15 July 2018 at 19:59,

    Memang sabotaj, Bang. Dibuat nate' yang di bayor UMNO Dirty Tricks Department (DTD). Dia takde keroje lain melainkan itu.

    Berikut ia lah apa yang teman tulis pasai si kudut ini di masa lalu:

    UNTUK MAKLUMAN PEMBACA YANG TIDAK REGULAR DIBLOG NI:

    Yang pakai nama GENG NAJIB, Kojolla, justice league, lebaimodern dan berbagai nama lain itu ia lah petugas Umno yang dijangka bekerja diUmno Dirty Tricks Departmnt (DTD), dibayar gaji cara biasa atau berdasarkan berapa banyak komen dimasukkan nya ke sini.

    Dia masuk siang dan malam, tak kira pukul berapa, ada masa nampak seperti dia tidur ha nya 3-4 jam sehari sahaja.

    Tujuan nya ia lah seperti diarah Umno DTD: propaganda, misinformation, disinformation, twists, spins, sabotaj, dan apa sahaja yang boleh menjatuhkan imej PH, menaikkan imej UMNO/BN.

    Cara2 nya termasuk mengcewakan (frustrate), menyakitkan hati pembaca dengan mengkopipes apa saja, laporan2 yang panjang lebar, sebanyak mana yang boleh, untuk mencapai tujuan itu. Maka diletakkan nya komen2 dan/atau kopipes tersebut sebagai jawpan kepada setiap komen pro-PH. Biasa nya, tidak berkaitan dengan tajuk pos atau komen2 pro-PH itu.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Bila bendaklah yang menggunakan nama GENG NAJIB, justice league dll itu masukkan kopipes hingga seminit tiap satu, maka nampak lah dia gunakan cara Internet Bots atau Robot. Definasi nya ada di komen berikut ini.

      Siapa yang ada masa melayan nya, sila lah. Kalau tidak, biorkan aje, boikot dia. Siapa yang sebut sahaja nama dia, tentu akan menyebabkan dia masuk. Jenis keras kepala, jenis kejarkan bayaran bagi komen2 dia dari Umno DTD.

      Bila dia masuk, letih lah kita mengscroll atas bawah. Ada masa kita bosan, tak dapat ikut perbincangan diantara kita, peserta pro-PH diblog ini. Bila itu berlaku, menang lah dia, tercapai lah sebahagian dari tujuan Umno DTD. Jadi, bergantung lah diatas sesiapa yang mahu melayan nya.

      Melayan dia sudah tentu membikin dia masuk dengan lebih banyak kopipes lagi. Gamak nya membunyikan alarm dilaptop nya yang dia kaitkan dengan komen2 kita yang menyebut dia.

      Saya boikot dia. Ha nya sesekali menjawab, bila yang dikomen atau dikopipes nya nampak bodoh sangat, mahu tunjukkan pembaca bahawa dia mengarut. Tak salah meng-ounter comment. Tapi dia mengarut.

      Delete

    2. DIA SUDAH KENA TANGKAP RED HANDED MENGGUNA MULTIPLE NICS, saperti dibuktikan berikut:

      Kopipes2 berikut ditarikh yang sama, dimasa yang berbeza 1,2,3 minit sahaja, menunjukkan dimasukkan orang yang sama tapi menggunakan nama yang berlainan:

      GENG NAJIB13 July 2018 at 08:08
      Apa citer pulak ni..

      lebaimodern13 July 2018 at 08:12
      APA HEBAT NYA BANGSA MELAYU

      lebaimodern13 July 2018 at 08:13
      APA HEBATNYA HUDUD

      lebaimodern13 July 2018 at 08:15
      KENAPA SISTEM BERAJA PERLU DIPERTAHANKAN

      GENG NAJIB13 July 2018 at 08:17
      Dulu masa era Reformasi

      lebaimodern13 July 2018 at 08:23
      KENAPA INSTITUSI ISLAM WAJIB DIPERTAHANKAN

      lebaimodern13 July 2018 at 08:27
      APA ERTINYA ANDA MENGAKU MUSLIM

      lebaimodern13 July 2018 at 08:28
      APA ERTINYA ANDA MENGAKU SEORANG BERIMAN

      lebaimodern13 July 2018 at 08:31
      APA HEBATNYA ALQURAN

      Bodoh nya dia - tunjukkan pattern pulak dengan beberapa perkataan permulaan kopipes tu saperti

      "Apa citer .. APA HEBATNYA .. APA ERTINYA .."

      Apa saja dibuat nate' yang dibayar Umno Dirty Tricks Dept nih. Untuk mempropaganda Najib/Umno, sabotaj PH, dll.

      KEPALA BAPAK DIA. PMD (yang nih tak boleh dieja, censored).

      Delete
  15. Isu kaum dan agama memang isu2 yang ampuh sebagai senjata tetapi malang bagi UMNO dan PAS, keduanya sudah dilihat oleh rakyat sebagai munafik politik. UMNO adalah munafik kebangsaan manakala PAS adalah munafik keagamaan. Sebagai parti politik yang sudah terpalit sebagai hipokrit/munafik, isu2 agama dan kaum yang dibawa UMNO dan PAS tidak akan lekat dalam fikiran rakyat.

    Umno sebagai pejuang isu2 berkaitan dengan ketuanan melayu? Meh... taik kucing! Orang melayu sedar bahawa UMNO adalah kecelakaan buat orang melayu kerana selama berdekad2 memerintah, orang melayu masih lagi merempat dan termiskin dalam negara. Dibawah UMNO, melayu tetap terpinggir, jadi bagaimanakah rakyat mahu menerima UMNO sebagai pejuang bangsa? Malahan dibawah Najib, melayu merupakan bangsa yang paling ramai menerima BRIM, yang jelas menunjukkan bahawa melayu dibawah UMNO merupakan bangsa yang paling ramai berada dibawah paras kemiskinan. Melayu yang diperintah oleh parti ketuanan melayu merupakan bangsa yang paling ramai miskin dan fakir? Bukankah itu satu kejanggalan atau dalam bahasa orang putih "irony"? UMNO yang selalu memekik tentang ketuanan melayu tetapi melayu yang diperintah UMNO tetap miskin dan duduk dibawah kemiskinan! Siapa yang jadi tuan? Melayu atau UMNO sebenarnya?

    Begitu juga PAS yang mendabik dada sebagai pewaris nabi dan pejuang Islam. Umat Islam dan orang melayu melihat bahawa PAS dibawah Hj Hadi dan geng2 Chainya adalah pejuang yang lemah malahan jahil dalam kefahaman Islam yang sebenar. Rakyat melihat bahawa Hj hadi dan lebai2nya sebagai guru2 yang mengajar mukaddam dan hanya mampu mengajar mukaddam sahaja tanpa memiliki keupayaan mahupun bakat sebagai guru agama apatah lagi sebagai pemimpin masyarakat. Kegagalan Hj hadi dan orang2 bawahannya yang hanya pandai berceramah, memaki hamun dan cakap besar tanpa ada rekod yang baik sebagai pemimpin organisasi apatah lagi kerajaan negeri, meletakkan PAS sebagai parti kedai kopi yang hanya mampu bercakap besar tapi tak mampu berbuat apa2 bila di berikan tanggungjawab.

    Pendek kata, UMNO dan PAS diyakini oleh rakyat sebagai parti2 yang langsung tak layak memperkatakan hal2 bangsa melayu dan islam. Isu perkauman dan agama jika dibawa oleh pihak yang layak memperjuangkannya adalah senjata yang sangat berkesan tetapi ditangan UMNO dan PAS kedua2 isu itu adalah ibarat penyapu bulu ayam yang digunakan untuk memukul gajah. Tiada kesan malahan hanya kerja yang sia2. A cat flap in an elephant house.

    Nick.
    cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua parti melayu umno pas perjuangan kearah nilai2 kebendaan melampau serta memperalat agama kearah nilai2 kemunduran..
      Tiadalah baik keduanya hanya kecundang hancuss demi masa berlalu..
      Sokong pandangan bro nick.

      Delete
    2. Najib telah mengexploitasi isu 3R ini semaksimum mungkin utk tutup semua kecelekaan dan bala musibah yg dihadiahkan kpd bangsa Melayu.

      Tup.tup bila kalah tersungkor PRU 14, KJ dan majoriti apologis dlm UMNO akui faktor Najib yalah pencetus dan polisi 3R Najib yalah katalis utama yg mengkuborkan pemerintah legasi 60 tahun lebih ini. Malah KJ pergi lebih jauh Umno self-destruct kerana dilanda sindrom mabok KoolAid atau sindrom wala kpd Penyamun hingga terkunci mulut, Kaki dan tangan.

      Malangnya, yg maseh Wala dan mabok dgn tajuk2 3R ini yalah semua penjilat tegar Najib. Lokman Adam adalah simbolik parasit2 yg membuncit dgn duit curi Najib. Tak heran lah sibodoh ni mengambilaleh kerja2 kotor Jamban bila kehilangan besar habuan kerusi empuk Pengarah Komunikasi Strategik MOF. Dlm bahasa pasar sbg pemandu kereta SiKeling Botak round seMalaya jual air lior basi Najib suci dari dosa2 1MDB.

      Tidak hairan Tontowi dan Zuhdi juga hidupkan tema Asobiyyah ini kerana Zuhdi bukan saja dari dulu tertera jelas cop UMNO didahi tetapi juga mengaku disogok oleh "penderma", ehem ehem sumber cek tidak menipu. Si pasu bunga Tontowi mungkin mengidam lagi lawatan payperview MP2 ke Jerman tapi apa kan daya? Kedua2nya tiada karisma langsong utk jadi pejuang rakyat kalau dibelit dgn fengsuil menjadi pembela tegar Penyamun Negara.

      3R adalah smoking gun yang paling ampuh Klepto dan Diktator dunia ketiga utk rais populariti dikalangan marhaen yg menadah tangan spt pernah berlaku diMexico, Indonesia, Phillipines, Zimbabwe, Uganda, Tunisia

      Syabas, rakyat Malaysia bangkit dan menolak bs ini dan memilih utk menghukum Penyamun Negara!

      Delete


  16. Kupra work depa di Malaysiakini yang terbitkan komen mengarut:

    Yoursay: UEC a non-issue created by Umno to incite Malays

    YOURSAY | 'Prior to the election, both sides made the same commitment to recognise it.'

    Saya tak suka Umno. Tapi tidak sokong, malah bantah, cobaan memperkecilkan isu UEC itu. Isu besar sebab mencanggah Perlembagaan negara.

    Malaysiakini dipunyai dan dikendalikan bukan Melayu, yang juga perlu sedar bahawa Melayu sudah setujukan hak kerakyatan mereka di masa Merdeka. Betul soalan yang telah dikeluarkan lama dahulu: apa lagi lu mau?

    Pengiktirafan UEC menggalakkan sekolah Cina yang menggunakan Mandarin sebagai bahasa pengantar, yang tidak selari dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan negara.

    Perkara 152 mengata Bahasa negara ini ia lah Bahasa Melayu, bahasa ibunda boleh di gunakan ha nya selain dari untuk tujuan resmi. Dan sekolah ada lah tujuan resmi mana2 negara,


    Tambah pula, bahasa ada lah alat perpaduan negara. Di China pun, gomen di Beijing dari masa ke masa keluarkan arahan menggunakan Mandarin bagi tujuan perpaduan, kapada depa di selatan China dll.

    Di Malaysia, bagimana kah boleh timbul perpaduan bila bahasa pun bercampur aduk, kecelaruan?

    Pandangan ini mesti dikeluarkan beberapa selalu, di ulang sebanyak kali yang boleh, hingga pihak berkuasa sedar ketidak bijak nya mempertimbanhgkan pun isu pengiktirafan UEC itu.

    Tidak boleh diiktiraf. Pengiktirafan bermakna tidak menghormatkan Perlembagaan negara. Kerajaan mesti bertindak berdasarkan dan selaras dengan Perlembagaan negara. Tidak boleh mencanggah atau mengenepikan nya.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Menteri Pelajaran akan dikeji, sehingga masuk dalam sejarah, jika membuat nya.

      Delete
    2. Kata2 Menteri Pelajaran yang berikut menyenangkan hati sedikit -

      Isu UEC: Keputusan k'jaan akan bersifat menyeluruh, holistik

      Pengiktirafan sijil itu akan mengambil kira kedudukan bahasa Melayu dan kemungkinan kesan kepada perpaduan negara, kata menteri.

      Walau bagaimana pun, selagi belom lihat keputusan UEC tidak di iktirafkan, selagi itu kita perlu laungkan bantahan ke atas apa yang diura urakan.

      Delete
    3. Istilah Kementerian ditukar - dulu Kementrian Pelajaran, sekarang Kementerian Pelajaran.

      Daripada menukar nama yang melibatkan tukar papan tanda dan seagainya, mengapa kah mereka tidak pusatkan perhatian kapada memberi penerangan - propaganda jika perlu - berkenaan penting nya Bahasa Melayu, seperti disebut di Perlembagaan negara?

      Mengapa tidak arahkan Dewan Bahasa Dan Pustaka buat demikian? DBP nampak nya membisu beberapa tahun yang lalu. Apa kah sebab tiada arahan dibawah pemerintahan Najib? Pengarah DBP dan Menteri Pendidekan tidak menggunakan kebijaksanaan mereka?

      Delete
    4. Pembetulan:

      .. sekarang Kementerian Pendidekan.

      Delete

    5. Seorang rakan karib ku juga mengatakan cara pendidikan di sekolah2 cina banyak kelebihannya berbanding di sekolah2 kebangsaa, Ini adalah kerana budaya menimba ilmu ni memang dah sinonim dengan depa semua sejak xzaman berzaman lagi. Persaingan untuk menduduki tempat tertinggi samaada dalam pep[eriksaan dalaman atau peringkat kebangsaan sangat2 iberikan keutamaan. Kalau kita belajar sejarah negara China sebelum komunisme bertapak di situ, dah tentu kita akan terjumpa dengan peperiksaan Awam semasa pemerintahan maharaja2 China dulu untuk menjadi pegawai Awam di peringkat daerah maupun pusat. Mereka berlumba2 untuk mendapat kedudukan terbaik dalam peperiksaan tersebut kerana pegawai Awam mendapat penghormtaan tinggi dari pemerintah dan juga masyarakat..di samping gaji dan keistimewaan2 lain.

      Jadi...jangan terperanjat jika ada ibu bapa melayu yang anaknya bersekolah di sekolah2 cina baik rendah maupun menengah akan menyokong penuh pengiktirafan UEC tersebut..dan bilangannya semakin bertambah setiap tshun. Apatah lagi Msia kini semakin banyak menjalinkan hubungan perdagangan dan politik dengan negara2 yang menjadikan mandarin sebagai bahasa utama mereka...jadi dah tentulah kita mendapat kelebihan jika pegawai2 melayu dalam bidang2 tersebut fasih dalam bahasa itu.

      Kita kena buka mata dan minda...toksah lah jumudkan sangat. Dunia kini dah berpaksi kepada the Asian Dragon iaitu China dan Taiwan. Kelebihan UEC yang kini diiktiraf oleh negara2 tersebut pasti memberi banyak menafaat kepada rakyat Msia. Apatah lagi sekarang ni..kesamarataan hak untuk keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama menjadi prinsip serta teras utama kerajaan Era Baru ni. Kini dah sampai masanya untuk Msia membuka seluas2nya peluang untuk memasuki PPTA dan menjadi sebhagian dari keluarga besar PA kepada pemegang2 sijil lulusan UEC. Inikan kehendak rakyat seperti kau orang bila memenangkan calon2 PH di tempat kau orang dulu.

      Jadi apa perlunya nak merintih bagai dalam isu ni. Takkanlah kau orang sebagai penyokong tegar PH tak baca manifestomato pra PRU14 tu. Dah terang2 pengiktirafan UEC tercatit dengan terang lagi nyata. Jadi dah WAJIBLAH DAPigs dan yang sewaktu dengannya menuntut janji2 tu...itukan hak mereka. Dan WAJIB jugak kerajaan PH menunaikannya..lebih2 lagi MP2 DAPigs memang ramai bilangan mereka dalam PH. Kalau tak iktiraf...bakal memberi impak negatif yang amat2 besar dalam kerajaan. Bayangkn jika DAPigs keluar dari pakatan kerana isu ni..takke haru namanya tu???

      Tun M nampak inilah saja cara untuk memujuk kembali hati DAPigs bila ramai MP2 mereka tidak dilantik memegang jawatan dalam kabinet. Kita pun tau betapa dah keluar cakap2 tidak menyenangkan dalam keadilan pengagihan jawatan2 tersebut dalam kalangan pimpinan CEC DAP berbanding ratio MP2 mereka tu. Dalam kerajaan bukan semua penyelesaian yang diambil boleh memuaskan hati semua pihak..perlu ada give and take demi mengujudkan win-win situation. Takepa lah...apalah sangat mengorbankan kedaulatan bahasa Melayu jika dibandingkan dengan kuas . pangkat dan jawatan yang diterima. Teringat pulak lirik lagu P. Ramlee dulu...Berkorban apa saja.... harta ataupun nyawa. Inilah kerajaan PH ku era baru. Melayu mesti bertolak ansur...ditolak beransur2 jatuh ke dalam gaung !!!!!

      Delete
  17. Majoriti rakyat malaysia tidak peduli pon dengan hasutan umno dan Pas...rakyat bertambah yakin dgn PH

    2,000 anggota Umno Kalabakan keluar parti, sertai WARISAN
    Bernama
    15 Jul 2018, 9:36 malam (Dikemaskini 15 Jul 2018, 9:41 malam)

    A A
    Kira-kira 2,000 anggota Umno di kawasan Parlimen Kalabakan, hari ini sebulat hati mengumumkan keluar parti bagi menyertai Parti Warisan Sabah.

    Tindakan tersebut diketuai tujuh Anggota Jawatankuasa Bahagian Umno Kalabakan yang baru dilantik pada pemilihan mesyuarat bahagian lalu, termasuk Pengerusi Tetap Umno kawasan iaitu Mohd Nazri Durahman.

    Dalam pada itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho berkata perkara itu membuktikan rakyat mahukan angin perubahan kepimpinan selain memastikan kebajikan penduduk terbela.
    "Saya yakin lebih ramai lagi anggota Umno membabitkan anggota jawatankuasa dan di cawangan akan keluar parti untuk menyertai Warisan dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada pemberita dalam majlis pemimpin bersama rakyat di Tawau, hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perlis telah menerima hampir 4,000 orang bekas anggota Umno sebagai ahli biasa parti itu sejak Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas, kata Pengerusinya Ameir Hassan.

      Delete

  18. Apa kah Nazir Razak berpendirian "nak hidup"? Tidak disuruh letak jawatan, walau pun dia ada mengata (kalau saya tak silap) bersedia mengosongkan kerusi nya di CIMB. Jadi, sekarang nampak berbaik dengan PPBM/PH? -

    Nazir Razak hadir di Rumah Terbuka BERSATU

    Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak malam ini dilihat hadir di rumah terbuka anjuran Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

    Majlis yang dihoskan oleh ketua strategi BERSATU Rais Hussin, yang juga ketua BERSATU bahagian Klang.

    Hadir bersama Nazir ialah isterinya Azlina Aziz dan anak mereka.

    Beliau dilihat duduk bersebelahan dengan Timbalan Ketua strategi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan.

    Nazir sebelum ini pernah beberapa kali mengkritik kerajaan BN walaupun beliau merupakan adik kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Pada Februari 2015, beliau bersama adik beradik yang lain mengeluarkan kenyataan keluarga untuk menafikan dakwaan bahawa kekayaan abangnya berpunca daripada harta warisan keluarga mereka.

    Kenyataan itu juga menyebut dakwaan tersebut mencemarkan nama bapa mereka, Tun Abdul Razak Hussein, yang juga merupakan perdana menteri kedua Malaysia.

    Kenyataan itu muncul lima bulan sebelum Wall Street Journal mendedahkan deposit berbilion ringgit dalam akaun bank peribadi Najib, yang mana penyiasat mendakwa ia berasal daripada dana 1MDB milik kerajaan Malaysia.
    Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk keuntungan peribadi.

    Pada pilihan raya umum lalu, BN yang diketuai Najib mengalami kekalahan pertama dan terburuk dalam tempoh 61 tahun sejak negara mencapai kemerdekaan.

    Nazir juga sebelum ini memuji Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengatakan perdana menteri itu tidak pernah lupa terhadap pengorbanan bapanya.

    "Kedua-dua mereka berkongsi kesungguhan yang sama iaitu membangunkan negara sebaik mungkin dan melangkaui pengorbanan peribadi," kata Nazir.

    ReplyDelete
  19. "Badan pendidikan Cina Dong Jiao Zong berkata SMPC sentiasa menghormati bahasa Melayu melalui kedudukannya sebagai mata pelajaran wajib dan pelbagai program penggalakan lain." - Malaysiakini.

    Tidak cukup.

    Mereka perlu baca Perkara 152 Perlembagaan negara. Sekolah Cina yang bahasa penghantar nya Mandarin bercanggah dengan Perkara 152 itu.

    Mencanggah Perlembagaan negara bermakna tidak menghormatkan Perlembagaan. Sudah banyak diperkatakan mereka yang tidak menghormatkan Perlembagaan negara perlu hijrah, tinggal di negara yang Perlembagaan nya mereka hormati.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Isu ini tercetus pada 8 Jun lalu apabila timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching berkata kerajaan akan berusaha menyelesaikan isu itu sebelum hujung tahun ini.

      Tidak boleh.

      Selesaikan dari segi buat keputusan UEC tidak boleh diiktirafkan, boleh.

      Delete
    2. Sekolah cina diluluskan oleh kerajaan masa umno lagi...kerajaan sendiri yg buat salah..

      Delete
    3. KBB..jangan nak sombong kepada kaum cina di Msia..tanpa undi mereka dalam PRU yang lepas, jangan mimpilah PH nak berkuasa macam sekarang ni. Takkan kau tak tau... hampir 95% kaum cina memangkah calon PH tanpa mengira parti. Tak sampai pun 40% pun orang melayu yang memangkah calon PH.

      Yang pasti..majoriti cina tu adalah lulusan SRJK(C). kau pun kena kaji sejarah...apakah syarat yng diberikan oleh British untuk tanah Melayu mendapatkan kemerdekaan dulu...hak2 kaum pemdatang seperti cian dan India mestilah dipenhi oleh UMNO dan Tunku..iaitu kebebasan beragama , mengamalkan budaya mereka, serta sisitem persekolahan vernakular dipastikan terus ujud dan diperkukuhi serta diberikan bantuan yang sepatutnya oleh kerajaan.

      Oleh kerana datuk nenek kita nakkan sangat kemerdekaan..syarat2 tu terpaksa dipenuhi. kerajaan waktu tu melihat isu merdeka ni lebih penting dari segala2nya. Agak2 kaulah..kalau pejuang2 dalam UMNO dulu tak akur kepada syarat dari British tu..dapat tak kita diberikan kemerdekaan ????? mungkin boleh..tapi kenalah angkat senjata seperti yang dilakukan oleh negara2 jiran seperti revolusi bamboo di Indonesia, Filipina, Burma dan Filipina tu. Kita beruntung kerana merdeka dengan hanya titisan dari tinta2 pena ..dan bukannya titisan darah seperti niran2 kat !!!!!

      Delete
    4. Ko pernah tak setuju UEC diiktiraf walopun BN setuju dlm manifesto....sekarang u turn plak....hihihi

      Delete
  20. Ini ulasan yang menarik -

    Lelucon Umno, DBP di bawah Malaysia baru

    Forum pada malam itu agak mengejutkan. Ada banyak sebab untuk terkejut - walaupun tidaklah terlalu besar.

    Misalnya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan majlis yang terang-terang mahu menyembelih leher sendiri. Ia sudah dapat dirasakan ketika poster mengenai majlis itu mula ditularkan lagi.

    Majlis itu juga menunjukkan sebenarnya ramai orang masih cakna kepada DBP, khususnya bahasa Melayu itu sendiri.

    Ada ramai yang dikenali sebelum ini yang kelihatan semacam tidak peduli pun tentang bahasa Melayu. Lantaklah apa nak jadi pun, sebab ada hal-hal lain yang lebih penting, mendesak atau menggiurkan.

    Komen saya: hal hal akibat pemerintahan Najib yang merosakkan. Termasuk dia mencuri wang Kerajaan di 1MDB dll.

    (bersambong)

    ReplyDelete
    Replies
    1. (sambungan)

      Namun pada malam itu di dewan bankuet di tingkat satu menara DBP mereka hadir beramai-ramai.

      Dan kemudian sesi forum itu pun berlangsunglah. Pada pengamatan saya, forum itu sebenarnya lebih kepada sesi meluahkan perasaan rindu dan dendam para penalisnya.

      Dalam kata-kata yang diucapkan berbaur rasa rindu, juga dendam. Rindu adalah nostalgia yang dihuraikan dengan ayat-ayat bagaimana DBP pernah begitu dekat dengan mereka, sama ada secara fizikal atau di hati.

      Dendam pula berakar daripada perkembangan-perkembangan yang berlaku selama puluhan tahun.

      "Kena tubuh RCI kalau gini," kata Noor Azam berjenaka selepas kami mendengar labun panelis yang berkisah tentang kisah silam masing-masing.

      Mengenang cerita-cerita lampau pada majlis forum untuk memperkasa masa depan DBP.

      (Berambung)

      Delete
    2. (Sambungan)

      Kemudian ada khabar mendakwa - kononnya - forum berkenaan dianjurkan bukan dengan hati yang sepenuhnya. "Kerna terpaksa..." bak kata Francissca Peter semasa dia mengalunkan lagu itu puluhan tahun silam.

      Datang bertimpa-timpa

      Dengan perkembangan terkini dalam negara, nasib dialami DBP itu sedikit sebanyak ada persamaan dengan takdir yang menimpa Umno.

      Kesilapan pertama DBP ialah merelakan ia menjadi tempat pemimpin meletakkan sesiapa yang mereka suka supaya nanti boleh menjadi tukang angguk.

      Kesilapan kedua ialah membenarkan amalan itu berakar umbi sehingga badan itu seolah-olah tidak ada fungsi apa-apa selain untuk ada.

      (Bersambung)

      Delete
    3. (Sambungan)

      Maka pada malam itu DBP pasrah terhadap apa saja yang ingin dilakukan orang padanya.

      Umno pun kira-kira begitulah. Ketika semua orang mengakui ia perlu berubah, majoriti bahagian di seluruh negara memilih Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden.

      Itu baru kesilapan pertama. Ahmad Zahid kemudian melantik Apandi Ali sebagai antara orang yang akan mengelilinginya sebagai presiden parti. Kalau itu bukan kesilapan kedua, pastilah ia lelucon utama daripada Umno selepas PRU lalu.

      Namun yang pikun itu jugalah menjadi pujaan hati majoriti bahagian Umno. Demokrasi yang diamalkan dalam acuan itu memungkinkan Ahmad Zahid menang.

      Maka satu lelucon melahirkan lelucon yang lain. Melantik Apandi misalnya. Dan apabila Apandi - yang sebelum itu dilaporkan menganggap penyertaannya seperti ikan pulang ke lubuk - menolak pelantikannya, ia bukan lagi misalan, sebaliknya mengesahkan babak itu sebuah lelucon mutlak.

      Memang wajar begitulah yang berlaku supaya sebuah kisah lucu dari sebuah parti usang dapat dilengkapkan.

      (Bersambung)

      Delete
    4. (Sambungan)

      Sebenarnya bukanlah terlalu asing untuk Apandi menolak jawatan yang diberi. Sebelum ini pun pernah pelawaan seumpama itu tidak diterima, iaitu apabila Najib Razak menjemput Kazim Elias menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno.

      Namun penolakan itu tidaklah selucu semalam kerana ketika itu Umno masih gah berkuasa.

      Kelucuan sebenar pada Kazim hanya berlaku apabila dia dikhabarkan menghadapi kesulitan untuk berceramah dan bercadang menjual sekolah tahfiz yang dikelolanya.

      Harapan supaya Umno menjadi entiti yang dihormati bukanlah kerana kita sayang kepada parti itu, bahkan sebaliknya. Kasih cinta kita yang utama tentulah kepada negara yang bertuah ini.

      Hanya dengan kewujudan Umno secara bermaruah barulah kerajaan sedia ada boleh berdepan dengan amalan semak dan imbang yang menguntungkan rakyat.

      Nak berharap kepada parti pembangkang yang satu lagi itu, mereka pun memang berada dalam kelas kepandiran yang tersendiri.

      Siapa yang perlu dipersalahkan? Tentulah anggota Umno sendiri. Hal yang sama dapat dilihat pada DBP. Ketika badan itu mesti diwaraskan, yang kekal ialah para penghuni dunia penafian yang tekal mempertahankan status quo lagi dan lagi.

      Ketika mereka dikeroyok beramai-ramai, sebahagian yang lain kekal dengan sikap tidak endah dan berkulit tebal enggan ke belakang.

      Justeru apa yang perlu dilakukan?

      Kata orang bestari kontemporari, orang yang menang menulis sejarah, yang kalah menulis sajak.

      Justeru, apa salahnya tokoh seperti Apandi dan pengarah-pengarah serta ketua pengarah DBP mula bersajak, berseloka atau berpantun menzahirkan rasa jiwa masing-masing, kan?

      Delete
    5. Komen aku kepada ulasan di atas:

      Nak bersajak, silakan lah.

      Tapi tugas orang DBP bukan saja bersajak. Lebih penting lagi: Murtabatkkan Bahasa Melayu.

      Kalo tak, apekejadahnya pakai nama "Dewan Bahasa"?

      Buat lah kempen2 bagi semua rakyat faham sepenuh nya Perkara 152 Perlembagaan.

      Kalo dah faham, tarak isu pengiktirafn UEC. Depa nak terus di sekolah Cina, lantak lah. Tak dapat masuk unibasiti awam dsb nya itu risiko depa.

      DBP perlu disekel kepala depa. Secara lisan le.

      Delete
  21. Najib tarik balik saman AG, KP SPRM, pengarah CCID

    Hafiz Yatim
    16 Jul 2018, 11:18 tengahari (Dikemaskini 16 Jul 2018, 11:23 tengahari)

    A A
    Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menarik balik tiga saman yang difailkannya bulan lalu terhadap Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman Datuk Amar Singh.

    Penarikan saman berkenaan dibuat peguam Badrul Hisham Abdullah yang mewakili Najib di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi.

    Bagaimanapun, sebab-sebab penarikan balik saman itu tidak dijelaskan.


    Peguam kanan persekutuan Alice Yoke dan Suzana Atan yang mewakili tiga pegawai kerajaan yang disaman Najib itu memberitahu pemberita mengenai penarikan saman tersebut.

    "Tiada perintah berhubung kos," kata Loke.

    Pada 30 Jun lalu, Najib memohon mahkamah untuk membatalkan Thomas daripada mengetuai pendakwaan terhadapnya. Hal ini berikutan sebuah tulisan Thomas, terbit di Malaysiakini mengenai 1MDB ketika Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman untuk melucutkan hak aset syarikat itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib u turn...adekah kerana dah bangsat tak berduit nak bayar upah peguam?...

      Lokeman edem patut bukak tun milo semula...wanita umno masih nanyak barang kemas...

      Cai2 pon masihkaye boleh bantu...

      Aku setuju mcm Tony Pua tak benarkan Najib tarik balik supaya najib kena kluar banyak duit...

      Ato saman najib hanye nak buat gempak aje..

      Delete
  22. 'Malanjum lonjak nama dan wibawa UiTM'

    Bernama
    16 Jul 2018, 9:18 pagi (Dikemaskini 16 Jul 2018, 9:25 pagi)

    A A
    Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) menyambut baik dan melahirkan rasa bangga atas pelantikan alumni Fakulti Undang-Undang (FUU) Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara, Rabu lepas.

    Presiden PAUiTM Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pelantikan Malanjum itu sekali gus melonjakkan lagi nama, prestasi serta kewibawaan produk institusi pengajian tinggi Bumiputera tersebut.

    Beliau turut berharap Malanjum dapat menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.

    "Kami berharap rakyat dapat menyokong pelantikan anak Sabah itu dan memberi peluang kepada beliau menjalankan tugasnya demi negara tercinta ini," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman sesawang PAUiTM hari ini.

    Sementara itu, Dekan FUU UiTM, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad menyifatkan Malanjum sebagai seorang alumni yang sangat rapat dengan fakulti tersebut.

    Mentor, contoh pelajar

    "Sebagai seorang hakim kanan di negara ini, Richard (Malanjum) dilihat sebagai mentor dan contoh baik bagi semua pelajar di universiti berkenaan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...