Wednesday 9 November 2016

SIKAP PENGUNDI AMERIKA YANG HARUS KITA CONTOHI KEBERANIANNYA


Tidak ramai yang suka dengan Donald Trump. Berwatak keras, suka cakap lepas, ada sejarah buruk terhadap wanita, anti Asia, anti Islam, sudah tua, tidak menarik dan pelbagai  ketidakwajaran lainnya, banyak yang tidak mahukan beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Lebih-lebih lagi pesaingnya, Hillary Clinton bukan calang-calang ketokohannya. Pernah menjadi First Lady ketika suaminya, Bill Clinton menjadi Presiden Amerika dan kemudian menjadi Setiausaha Negara ketika tempoh awal kepresidenan Barack Obama, ramai penganalisis antarabangsa meramalkan beliaulah yang paling layak memimpin Amerika selepas ini.

Namun Trump dari Republikan akhirnya mengejutkan dunia. Beliau diisytiharkan menang dan akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke 45 sebaik berjaya mencecah perolehan 279 undi berbanding Hillary, calon Demokrat sebanyak 218 undi pada petang tadi.

Kemenangan Trump hakikatnya tidak banyak mengubah dasar Amerika. Amerika tetap Amerika.  Sikap anti dan curiga kepada orang luar dan Islam tetap ada, cuma barangkali dalam bentuk yang berbeza. 

Trump mungkin terlalu berterus-terang memusuhi orang luar, anti Islam dan mahu membina tembok tinggi di sempadan Mexico bagi menghalang kemasukan pendatang, namun Clinton juga sebenarnya tidak jauh berbeza isi hatinya.

Tetapi ada beberapa aspek yang diharap memberi kebaikan kepada kita dengan kemenangan Trumph ini. Trump sebelum ini mengatakan mahu memansuhkan TPPA dan jika kita selama ini merasakan perjanjian itu banyak merugikan negara, terutamanya dari segi peningkatan harga ubat-ubatan dan ketidakmampuan syarikat tempatan besaing dengan syarikat-syarikat besar Amerika, kemenangan beliau sekurang-kurangnya diharapkan ada kebaikannya dari aspek tersebut.

Selain itu, Trump juga seorang yang praktikal, tegas dan keras. Dengan yang demikian, kita tentunya boleh berharap saman Jabatan Kehakiman Amerika berkaitan 1MDB akan dipercepatkan dan kita sama-sama dapat mengetahui kebenaran tentang wang kita yang didakwa disonglap dan dibelanjakan sesuka hati di sana.

Namun, yang paling penting ialah kemenangan beliau itu menunjukkan bagaimana besarnya kuasa pengundi dalam melakukan perubahan di Amerika. Tanpa memperdulikan pelbagai imej buruk yang cuba digambarkan kepada Trump, rakyat Amerika tidak terpikat untuk terus mengekalkan Demokrat menguasai Rumah Putih, sebaliknya lebih ghairah untuk memilih Republikan atas kepercayaan bahawa penggiliran parti mungkin lebih mampu memberi kebaikan kepada mereka.

Begitulah sejarahnya Amerika, sentiasa mudah bertukar ganti parti menguasai Rumah Putih.

Sebelum Obama, Presiden Amerika ialah George W Bush (Republikan) antara 2001-2009, Bill Clinton (Demokrat)  antara 1993-2001, George H W Bush  (Republikan) antara 1989-1993, Ronald Reagan (Republikan)  antara 1981-1989, Jimmy Carter (Demokrat) antara 1977-1981 dan sebelumnya juga demikianlah penggiliran yang telah berlaku antara Demokrat dengan Republikan.

Setelah Obama menguasai Rumah Putih selama dua penggal dan ingin meneruskan penguasaan melalui Clinton, rakyat Amerika nyata lebih mahukan Republikan mengambil alih.

Sikap dan keberanian pengundi Amerika inilah yang seharusnya menjadi contoh ikutan kepada rakyat Malaysia. Tanpa ada skandal besar seperti 1MDB dan kemasukan berbilion wang ke dalam akaun peribadi sesiapapun, iltizam menukar parti  mereka tetap tinggi.

Tidak malu dan terasa lekehkah kita, di sebalik skandal beribu juta dan menjadi cecehan seantero dunia, tetapi masih mahu juga mengekalkan parti yang sama sejak sekian lama?

Untuk itu, setidak-tidaknya kita boleh tersenyum dengan kemenangan Trump ini walaupun selama ini kita hanya menonton wajahnya di kaca televisyen saja. (SH 09/11/2016).

56 comments:

  1. Doj bakal masuk archive, hehehe, hancus pembangkang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 20.25,
      apa kau cakap ini ,baru start mabok ka apa ka ..cakap betul sikit.aku ingat najib paling tak senang duduk dengan kemenangan trump ini kerana terpaksa mula dari awal untuk jadi barua..sebab obama dah out dan geng geng obama dalam demokrat pun dah out..nak start balik nama busuk lagi dari taik paria ...jadi tunggu nasib hancus la jawabnya.

      Delete
    2. Janji Trump, kalo Hillary pun dia nak sumbat jel kalo dia menang, lagikan Najib dgn 1mdb.

      Lihat tagline Trump, DRAIN THE SWAMP. Aku harap dlm 100 hari, dia bleh lakukan. Tambah2 I Trey Gowdy yg selalu pijak2 kepala Loretta Lynch setiap kali kene drill, Trump dah awal2 lagi gazette nak dijadikan Attorney General.

      Masak la ko Najib kalo Trey ni yg ganti Loretta.

      Delete
    3. Rakyat Amerika tidak tertipu dengan janji2 DEDAK yg ditaburkan oleh parti yg memerintah ie, DEMOKRAT.

      Delete
    4. Ada benar ulas anon 20:25.

      Trump adalah ahli perniagaan. Kemenangan beliau disebabkan janji-janjinya membawa pulang pelaburan Amerika di luar negara sekaligus mengembalikan peluang pekerjaan kepada rakyat Amerika. Saman DoJ akan dijadikan alat untuk bukan sahaja mengugut sektor ekonomi Malaysia malah mengugut si suami isteri penyamun untuk 'melabur', 'menderma' kepada Amerika? Masih ingat pelaburan hartanah di Detroit USD1 billion yang sehingga sekarang tidak nampak bayang rupa? 'Pelaburan' ini berlaku selepas Obama melawat Malaysia kali pertama dan ketika skandal 1MDB mula terdedah kepada umum.

      Baik Obama, Hilary atau Trump, mereka semua sama sahaja akan menindas negara yang lemah tambah lagi apabila pemimpin negara lemah terpalit skandal dan jenayah. Nantikan malapetaka lebih besar menimpa negara dari Amerika dan China jika Najib jekal sebagai PM.

      Delete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. And what is to be said time and again is this about the Americans: for just about every single one of them from top to bottom which form their society's strata, they love their countries to pieces and shall do everything to maintain its honor (including taking the necessary actions on those laundering dirty money inside their country)!

    Could we say the same thing for our Malaysian society? In particular about some section of the society which lately has brought nothing but shame to Malaysia in eyes of the world?

    So soon on November 19th are we to see the sons and daughters of Malaysia from Perlis to Sabah doing the necessary - to show their undying love for the country?

    ReplyDelete
  3. 20:41 well said DAPig speaker

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 20.48,
      Hang ni suka jilat najib punya pungkoq ka..ya la Dap punya speaker ...hang tu apa yang sakit hati sangat ..dah takda apa nak cakap pi la blog BN sembang hal taik palat Najib

      Delete
    2. Hang tahu tak 20:48 Trump madsudkan segala cerita gossip yg mana pemain akbar yg bias tu dibakul sampahkan sbb semuanya makan dedak.

      Delete
  4. Bila trump menang, dunia dikejutkan dengan kejatuhan saham dan matawang..mungkin ni pun satu petanda kejatuhan najib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trump dibarat Najib ditimur bergandingan sbb punyai idea yg sama, tak caya tgk Bn bakal mng simple majoriti pru14 ironinya pengundi Cina akan kembali menyokong Bn

      Delete
    2. 21.15 Ko dah gila ke apa?? Cina nak balik pada BN?? Ko memgigau kena hempap dgn badak ye??

      Kirim salamlah org cina nak pangkah BN. Dulu belum timbul hal berbilion duit lesap dan GST pun org cina dah meluat dgn BN.

      Masa kempen PRU13 kat Penang....org cina dijemput tengok penyanyi Korea Psy dan dijamu dgn majlis makan....org cina ramai2 angkat placard I Love PM sampai ada org perasan bagai nak rak.

      Last2 bila keluar keputusan PRU, DAP yg menang. Hah ambek kauuu!!! Bukan setakat Penang je tapi seluruh negara...sampai disebut tsunami Cina.

      21.15....sekarang dgn bangkai pekong 1MDB, dgn GST, dgn penyalahgunaan kuasa dan lain2....termasuklah hal org cina tengok Guan Eng disiasat tapi bapak penyamun terlepas hingga bukak mulut nak tanya pun tak boleh.....ko ingat dgn semua hal tu org cina lapar sangat "kembali sokong BN"???

      Kesian dgn hotak biol ko tu. Lain kali jangan mimpi badak. Tulah dah kena keteguran. Pegi makan ubat ler......

      Delete
    3. Undi cina tk susah bro.....dtg duit dari china tongsan..jumpa taiko taiko cina msia....alasan...now chinese era....tgk 14bil projek coming....chinese wl control msia...bila,lagi....so...undi cina,nk p mana..depa kira depa,senang....bangkai pun depa,makan ...yg rugui..melayu...all cos,najib n 1mdb...najib satu je,matlamat....ada kuasa...segalanya,bersih ...Bersih la,brapa,kali pun..najib gelak je....dunia ana,yg punya

      Delete
    4. Majoriti undi kaum Cina akan kembali kepada BN. Kaum Cina bukan seperti kaum Melayu yang terlalu bersentimen. Kaum Cina adalah opportunis, seperti rakyat Amerika. Mereka tidak takut tukar kerajaan asalkan periuk nasi mereka terbela.

      90% perusahaan-perniagaan di Malaysia dimiliki kaum. Hampir 8 tahun semenjak Najib berkuasa perniagaan kaum Cina tidak berkembang kerana ekonomi juga malap. Keadaan ekonomi lembab turut terkesan ke aras perniagaan di negeri-negeri dikuasai Pakatan kerana polisi ekonomi negara ditentukan Pusat. Kemasukan pelaburan baharu dari China yang dianggarkan bernilai lebih MYR100 billion akan merancakkan sektor ekonomi biarpon hanya untuk jangka masa pendek. Kaum Cina tidak perduli kesan jangka masa panjang dasar pandang ke China Najib. Kaum Cina tidak perduli kelicikkan pelabur China. Kaum Cina juga tidak ambil kisah jika China menguasai negara ini melalui ekonomi. Cina Malaysia tetap bangsa China!

      Pelaburan gergasi China dalam sektor hartanah, pengangkutan dan teknologi di Malaysia bakal merancakkan semula ekonomi, itu adalah pasti. Perniagaan kaum Cina pasti mendapat manfaat secara langsung mahupon tidak langsung dari kerancakkan ini. Kaum Cina terkenal beroleh hasil (keuntungan) dalam masa yang singkat disebabkan kerajinan dan ketekunan berniaga. Tempoh lima tahun mencukupi mereka mengumpul dana untuk berhijrah ke luar negara selepas PRU15. Maka mereka tiada masalah memberi mandat sepenggl lagi untuk Najib dan Regimnya pada PRU14 nanti asalkan akaun wang mereka tidak kering. Ini adalah fakta. Orang Melayu khususnya penyokong Pakatan dan Regim sila buka mata dan minda.

      Delete
    5. Wooit sohai 7:00..lu apa crita? Pagi-pagi sulah manyak kuat nyalak.. Lu punya dedak suda abis ka? Pegi sana salak depan itu Najib punya lumah lorr!!

      Delete
  5. satu keputusan yg amat tidak d duga olih sesiapa.

    'trump the looney' akan membuat dunia lebih kurang selamat adalah d harapkan Russia dpt mengawal nya.

    namun sebagai seorang 'business man', semuanya bisa d atur jika 'd price is right'.

    kita lihat saja sama ada kepimpinan FBI n DOJ yg baru akan meneruskan process merampas harta2 yg tlh d beli dgn wang rakyat Malaysia.

    cash is king.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Rahman jpc satu saya bagitahu Soros penglobi terbesar Hillary termasuk Bershit, jadi tu pasal awal2 sudah nyatakan Doj buat M'sia masuk archive.

      Delete
    2. maaf, saya tak faham maksud sdr

      Delete
    3. Anon 21:42 Malaysia tak takut SOROS, tapi takut dengan BADAK BOROS yang akan membuat rakyat Malaysia hudup sengsara dan papa kedana

      Delete
    4. Sama2 la kita lihat nanti perkembangan FBI n DOJ dibawah Trump dan dia sadar Soros dibelakang Hillary dan kaitan Soros rantau timur segala pembiayaannya.

      Delete
    5. 23:17 awat tak tahu ka M"sia antara tertinggi didunia terlebih makan.

      Delete
    6. Kebahlolan Melayu hasil didikan PERMATA K*L**T*T MAK KAU..obese itu sebab diet tak betul, makan berlemak dan tak bersenam, masak pakai Minyak Sawit dan santam yang akhirnya buat badan kau macam BADAK..

      Delete
    7. Jadilah pengomen beradap sikit jgn emosi sgt relax, tarik nafas pjg2 dan hembuskan perlahan lahan. Depa ateh semua pulun sama saja, kita dok gaduh2 apa hal.

      Delete
  6. Tuan Budin,

    Di USA dedak tak laku. 50% Mentaliti rakyat Malaysia lebih rendah drp mentaliti rakyat Zimbabwe.

    So jangan berharaplah untuk berubah. Tabur saja dedak habis mabuk.

    ReplyDelete
  7. Tak mungkin, Din.

    Ada sebahagian kecil rakyat Malaysia yang berani ikut sikap begitu. Tapi sebahagian besar tak bermoral dan pengecut. Asalkan bagi dedak, apa-apa pun boleh. Tambah lagi, guna alasan agama dan kaum, mereka akan pastikan kaum sendiri yang masih memerintah, walaupun pemimpin tersebut merompak dan meliwat mereka.

    ReplyDelete
  8. Kejatuhan khazarian. 1mdb berurusan duit haram menggunakan US Dollar, tak mungkin akan ditolak tepi.

    ReplyDelete
  9. MO1 ckp he knows Trump personally. Boleh caya ke? Maybe betul kot. Dia ckp Trump is a billionaire and well-know businessman. Kita pun ada org yg dah billionaire n pandai buat bisness deal. Untung berbillion apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini beri signal najib sudah 2 langkah kedepan akrab dgn trump

      Delete
    2. The DOJ-MO1 case is too big to cover up, tak boleh kautim punya. The americans need to protect their intergrity and maruah too. WSJ, CNBC, Bloomberg, FT, CNN, Fox , NYT and others dont mudah lupa, and will persue the news.

      Delete
    3. 00:38 awat tak dgr speech trumph depa2 ni semuanye terlebey mkn dedak selalu bias sepatutnya neutral.

      Delete
    4. Sekarang prosiding mahkamah bank yg ditutup BSI singapura sedang berjalan. Tak mungkin DOJ dan Trump nak pandang ringan. Tambah pula banyak negara lain pun terlibat dgn siasatan wang haram dan salah satunya Swiss.

      Perkara wang haram ni tak dapat ditutup dgn mudah sebab satu dunia menyebutnya sebagai skandal wang terbesar di dunia.

      Yg jelas skandal ni dah menarik perhatian dunia.

      Delete
    5. Kalau BN Menang, perpecahan dijangka berlaku dalam UMNO..Najib dipaksa berundur oleh musuh2nya dalam UMNO, dia akan buat parti baru, tapi sayang pengikutnya cuma bini dan anak beranak dia.

      Delete
  10. Drain the swamp...lock her up...oh yeahh that's the way to go, get rid of those corrupt people, and those who protect them, and those who want to be associated with them. Better still get rudolf gulianni on board as AG. This guy brought down the mafia, gotti & co, the gambino family...he shouldnt have prblm handling 1MDB related cases.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha that quote to be remenbered...

      Delete
    2. 23.42...what exactly you are trying to say?

      Delete
    3. I only quote Trumph say "Drain ..... associated with them"

      Delete
    4. Ok 00.55 got it...drain the swamp, catch those damn big crocs.

      Delete
    5. Yupp...go catch the big jaws.

      Delete
  11. Kemenangan Trump merupakan suatu yg amat tidak diduga. Media sudah menunjukkan reputasi Trump yang kian pudar akibat kontroversinya. Ramalan Hillary Clinton menang adalah malap sama sekali.

    Senario sebegini sebenarnya juga turut berlaku di Malaysia yg mana reputasi Dato Sri Najib yg kian jatuh dgn konon2nya skandal 1mdb ler aper ler...juga sentiasa kedengaran di mana2 BN akan akan kalah spt mana yg berlaku pd Trump. Sy begitu yakin sekali BN akan terus menang dlm PRU14 nanti. Media sosial kutuk BN. Namun, undi PRU14 tetap mnjadi penentunya...Hidup BN...Semoga terus berkhidmat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senario jauh beza...tok sah buat lawak la. Apa maksud kau "kononnya skandal 1mdb"?...skandal 1mdb memang ujud, tarak konon konon. Satu lagi pengundi di US adalah golongan yg informed, maksudnya berpengetahuan, berpendidikan, dan mampu menilai berita...bukan macam mat rempit dan org2 felda kat sini....US ngan msia jauh beza kawan, analisa kau tersasar.

      Delete
    2. Aik Byk org buat perbandingan Trumph macam Bn, Hillary macam Pakatan sbb yg memenangkan Trumph di luar bandar serupa disini felda/kg2 kononnnnya, pembangkang mmg sering puji diri isi bukul angkat ....

      Delete
    3. 00.21 tak payah bandingkan Trump dgn najib. Trump walau mulut bisa tapi dia tak ada skandal duit. Senario di US dan Msia tak sama, jauh bezanya.

      Tak payahlah nak riyak. Kita tengok sajalah nanti apa kesudahannya skandal wang di Msia ni...Allah tetap kata yg batil tu akan jatuh. Yg haram tetap haram. Yg salah tetap salah. Jadi Allah yg akan tentukan kebenarannya sebab Dia yg maha tahu apa yg disembunyikan dan apa yg diselewengkan.

      Dgn manusia bolehlah berlakon tapi dgn Allah macam mana??

      Delete
  12. Antara Trump dgn Clinton,saya lebih suka Trump lagi drpd Clinton sbb tiba masanya parti politik merah akan menerajui negara tersebut pd 20 Januari 2017 slepas Obama dari parti biru D mntadbir White House dari 20 Januari 2009 sehingga 20 Januari 2017.trump yg bakal jd potus akan mengurangkan pendatang asing sdh banjir dkt Amerika Syarikat.jika clinton menang ia akan brtambah negatif terhadap amerika dgn ngara luar tetapi xpe mereka kekal diri mereka USA tetap USA.ngara amerika brtukar parti politik tetap sama sbb ekonomi saham tetap dikuasai oleh bangsa exodus.tetapi di malaysia brbeza masa pru bn menang pembangkang menang tetap org melayu mundur sbb ekonomi dipegang org cinaki dgn maindia.bnyak lagi calon presiden dari republican dgn democrat yg hebat2 tetapi hillary dgn donald mmpunyai prsamaan dgn prbezaan:

    1) Hillary-Democrat Donald-Republican
    2) dua calon ini lahir slepas perang dunia 2 sebagai baby boomer
    3) Mereka mnjadi satu heboh di dunia
    4) Mereka bnyak skandal
    5) Hillary-Support perkahwinan sejenis
    -Support pengangguran
    Donald -Support prkhahwinan sejenis
    -Menolak pengangguran

    Kita perlu mngikut contoh teladan terhadap kedua2 calon presiden sama ada menang atau kalah.dlm hati mereka "Amerika tetap Amerika".

    From Governor Vermont analysis

    ReplyDelete
  13. tuan budin.
    malaisa negara demokrasi. mlayu nak bwat demo gomen tak kasi. kalu mlayu mau keras gomen mesti kasi..
    gomen mlayu yg menjadi pelingkop mlayu
    asai talibarut penjajah...kepalahotak pon ikot serupa penjajah juge. orang mlayu gomen kawal tak bg bebas.
    kaum pendatang bebas buat sukahati. gomen layan dgn baik. takada kampong. gomen kasi kampong. bwat pernigaan haram gomen bg lesen dan modai.takada tempat gomen bg tempat.sampe depa bwat demo pun boleh.siap bg polis mengawal. cina mampuih polis eskot.. cina bwat demo pon polis eskot juge..
    mlayu memali yg dok dlm kampong pun gomen hantag polis masuk bunoh mlayu..
    nak tangkap dua tiga orang satu kampong mlayu gomen serang.
    mlayu mampuih gomen tak rugi.. kalu cina mampuih mlayu berasa sangat besag kerugian pada kerajaan dan pemeritahan.

    ReplyDelete
  14. Buat macam manapun Bos soros malaysiakini dah kalah, mengaku je korang dah kalah walau pun 100media icij milik Soros sokong tun m cakap ITU mehina najib, tetapi najib tetap dihati Rakyat Malaysia ini.
    Ingat lagi situasi berlaku media amerika Dan media seluruh dunia sokong Hillary ITU akhirnya di kalahkan oleh Trump ITU, tun m disokong media dunia akhir dikalahkan oleh najib ITU
    He.he.he.
    Korang boleh buruk najib ITU tapi dikalangan Rakyat miskin dedak ITU mereka terima dan mengHargainya, tun m begitu sombong Dan bongkak menghina rakyat miskin sebab cakap mereka terima dedak, ingat kami kami haiwan ke makan dedak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Shah
      Ini langau dari Putra Merdeka dah masuk hurung blog ni pulak. Tak cukup memekak kat Putra Merdeka dia datang menyalak kat sini pulak jual cerita haram jadahnya.

      Apa pun yg salah tak dapat bertahan lama. Allah akan jatuhkan org yg tak amanah.

      Delete
    2. Dia menyemak kat sini sebab tarak sapa layan dia kat zamkata.blog tan sri zainuddin maidin punya.

      Delete
    3. Hahaha,
      Banyak auta dari fakta..
      Najib dihati rakyat miskin..hahaha .lawak antarabangsa bai..
      Najib beri apa BR1M?..dah org bagi duit siapa tak nak?..org bodo jer yang tak nak bila ko bagi duit..
      If nk komen bagi fact..bukan auta,

      Delete
    4. 08:04..Hasil Arak, Judi dan Babi, Ustaz kau cakap HARAM DAN SUBAHAT, tapi taukeh Babi, Judi dan Kilang Arak bayar cukai kepada UMNO, UMNO bagi BRIM, UMNOGOK cakap Alhamdulillah, orang yang BODOH ajer tak nak

      Delete
    5. Setuju BRO, Duit Haram yang ditanggung halal toyiban oleh Maulena Wal Dunia Wal Narsamun

      Delete
  15. Keputusaan ni sebenarnya dah dijangka..cuma kat Malaysia ni kita disumbat dgn laporan yang mempaerlihatkan Trump is bad,clinton good..
    Laporan yang kat Malaysia ni lebih memjurus kepada peribadi calon..bukanya aspek pertandingan antara dasar Republican vs Democrats..
    Rakyat US menolak clinton sebab beliau dilihat sebagai puppet kepada company besar+ sekandal peribadi bila menggunakan email rasmi gov for personal use..
    Faktor kemenangan Trump bila slogan America untuk rakyat america digunakan..
    Jika kita lihat slogan ni berkesan semasa Britain menjalankan pungutan suara mengenai isu "BRITAIN EXIT".
    Republican or Democrat sebenarnya sama sahaja,umat Islam tetap ditindas sebab dasar US tak akan berubah..cuma good news utk rakyat Malaysia yang cintakan negara dan bad news utk najib dan kuncu 2..
    Sebab hubungan dua buah negara akan slow .najib tidak ada dapat privilege sama seperti bila Democrats memerintah sebab tu media Malaysia lebih memihak kepada clinton supaya legasi Obama dapat diteruskan..
    Which mean kebarangkalian besar hal 1MDB akan disiasat sebab skrang isu tu ditutup oleh Obama utk menjaga hubungan negara disebabkan TPPA..isu 1MDB ni diiktiraf sebagai Kes moneylondering terbesar di Dunia..

    ReplyDelete
  16. Ada lagi yang wajar dicontohi la.....ularmak PAS, kah kah kah kah....

    ReplyDelete
  17. Org US in walaupun bukan islam fia org undi ikut otak tak seperti org melayu dimalaysia undi tak ikut otak tapi ikut dedak dpt rasuah sijit undi umno n bn itulah dah tu panggil DAP itu dapig lagi tak ada otak apa dia org ingat umno tolong melayu ke sudahlah dia org umno yg kat atas itu buat harta je untuk anakbini justru orgmelayu memang tak ada otak

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...