Tuesday 29 November 2016

UMNO LEBIH ISLAMIK DARIPADA PAS?


Menurut pemimpin UMNO, Nazri Aziz, tindakan Pas mahu meminda Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikuatkuasakan adalah kerana parti itu selama ini gagal menjadikan Kelantan sebagai negeri Islam.

Katanya, hukuman sedia ada tidak mencukupi untuk memberi pengajaran buat rakyat negeri itu, lalu menyebabkan Hadi Awang mahu menambahnya.

Pas Kelantan gagal nak menjadikan Kelantan negeri Islam sebab itu mereka nak hukuman lebih berat. Hadi waktu dia menjadi Menteri Besar Terengganu, enakman di sana juga turut ditukar.

Maknanya, Pas gagal. Kalau dia berjaya, dia akan turunkan enam sebat jadi kosong sebat. Kalau Pas berjaya, saya rasa semua rakyat negeri Kelantan akan puasa, ini tidak, dia nak tambah lagi hukuman, ujar Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Sehubungan itu, tambah Nazri, tindakan UMNO memberi laluan kepada usul Hadi itu sebenarnya ialah kerana mahu membantu Pas sebab parti itu telah gagal di Kelantan.

Malah, tegasnya,  UMNO tidak minta pun untuk menambah hukuman sedia ada.

Dengan kata lain yang mudah difahami, maksud Nazri ialah UMNO lebih Islamik berbanding Pas dan negeri-negeri yang ditadbir parti itu juga lebih Islamik rakyatnya berbanding di Kelantan yang dikuasai oleh Pas sejak 1990 lagi.

Lebih spesifiknya, barangkali juga ia bermaksud Najib lebih Kuat Islamnya daripada Hadi Awang atau Nazri Aziz sendiri lebih warak berbanding Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Aduhhh...tak sakit jantungkah Hadi Awang, Hashim Jasin, Ahmad Yaakob, Nik Amar Abdullah dan lain-lain pemimpin Pas dengan tamparan hujah "Ustaz Nazri Aziz" kali ini? (SH 29/11/2016).

35 comments:

  1. Kali ini kena sokong Ustaz Nazri, ucapan yang paling ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Islamic org2 Kelantan lg rupeny... tutup kedai la pejabat agama kat sana... pindah masuk dlm pejabat bahagian ameno.. ameno rupeny ade rahsia nak lahirkn islam guna undang2... tahniah, ini sarjana baru nie...

      Delete
    2. Ini lah dia ulama UMNO/BN versi terkini hasil kerjasama dan nasihat dari Tuan Punasihat Lebai Musang Berjanggut....hahahaha...sesat lagi menyesatkan.

      Delete

    3. Untung bukan Islam di Malaysia, nak minum arak ada orang Islam daripada parti kononnya parti Islam generasi kedua tolong pertahankan kenaiakan harga arak. Nak makan babi ada orang Islam tolong lulus RUU BABI tanpa perlu tangguh atau buat perhimpunan RUU BABI. Forum RUU BABI pun tak perlu.

      Kalau awak nak bahas RUU BABI mereka akan berhujah Presiden PAS semasa menjadi Menteri Besar Terengganu meluluskan perternakan babi di Terengganu. Mereka ini akan menyokong TGHH pada isu terpilih, ya lebih kurang macam Yahudi yang memilih ayat-ayat Allah yang mana boleh mendatangkan keseronakkan maka mereka sokong.

      Babi ni bukan perkara baik untuk orang Cina, sama juga dengan arak. Kenapa kita tak ikut macam ahli falsafah cina dulu kala bercakap pasal babi.

      Tokoh-Tokoh Perubatan CHINA juga tidak kurang mengatakan bahayanya babi. Yan Show Tan adalah satu jurnal kesihatan Cina yang terkenal suatu masa dahulu mengatakan: “Semua daging adalah berkhasiat MELAINKAN DAGING BABI.”

      Sun See Mao ialah seorang TABIB TERKENAL DINASTI TANG menulis dalam bukunya Sheh Shen Lu (Catatan-catatan Kesihatan) mengatakan: “Daging babi MERANGSANG PENYAKIT-PENYAKIT LAMA, menyebabkan KEMANDULAN, PENYAKIT TULANG dan ASMA.” Satu lagi penyakit ialah GAGAP dan PEMALAS.

      Lee Shih Ch’en pula seorang TABIB TERKENAL DINASTI MING yang mengarang lebih kurang 50 jilid buku-buku perubatan. Pendapatnya tentang daging babi adalah: “Ia boleh MENDATANGKAN KESAN BAHAYA.”

      Rashid Shamsi dalam The Muslim World League Journal, Rajab 1420 - October 1999. Beliau juga ada memetik pepatah Inggeris yang berbunyi 'a man becomes what he eats'.

      Dalam kontek keagamaan pula, agama-agama samawi iaitu Islam, Yahudi (Jew) dan Kristian (Old Testament) begitu jelas memperkatakan tentang pengharaman babi. Tetapi ramai penganut-penganut Kristian telah mengabaikan perintah itu. Dalam kontek Islam, segala bentuk pengharaman termasuk babi adalah berkait rapat secara ilmiah dan saintifik dan kita diperintah untuk mendalami dan mencari hikmah-hikmah di sebalik apa yang diperintahkan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan.

      Saya tulis banyak perkara di atas bukanlah nak mengatakan PAS tak setuju orang bukan Islam minum arak atau makan babi tetapi PAS memperjuangkan kebaikan umat manusia tak kira dia itu Melayu, Cina, India atau apa-apa bangsa.

      Perkara yang tidak baik sepatutnya kita war-warkan dan kurangkan risiko dan berikan pendedahan ilmu kepada mereka. Sama kita memberikan pendedahan kepada orang yang tidak kawal makan untuk penyakit diabestis. Just itu normal.

      Kita sedar orang makan babi perangai buruk dan kita tak mahu masyarakat Malaysia berperangai buruk.


      Delete
    4. Anon 17:13....babi aje kau nak heboh....makan rasuah kau tak heboh lak...ooooo...ketua pemuda kau kata tak apa makan rasuahkan?....bingai betul la.

      Delete
    5. Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menyatakan beliau tidak mengkhianati Cina apabila menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - Akta 355.


      King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) berkata, pindaan akta tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pelaksanaan hukum hudud dan beliau berharap masyarakat Cina termasuk pemimpin parti politik mendalami kandungan akta itu.

      Keadaan itu, menurut King Sing, bagi mengelakkan kekecohan dan perpecahan dalam masyarakat.

      "Kami tidak boleh terlalu pentingkan diri, pindaan akta bertujuan meningkatkan hukuman oleh Mahkamah Syariah.

      "Sasaran dalam pindaan akta ini bukan orang Cina," katanya seperti dipetik Sinchew Daily.

      Berlainan dengan pemimpin bukan Islam yang lain, King Sing sebelum ini menyatakan sokongannya terhadap pindaan Akta 355.

      Dalam perkembangan berkaitan, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pendirian MCA tidak pernah berubah iaitu membantah rang undang-undang persendirian yang diusulkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

      Katanya melalui satu kenyataan, rang undang-undang itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara.

      Dalam majlis berlainan di Johor Bahru, Tiong Lai berkata, Malaysia mungkin sudah mengamalkan dasar asimilasi jika MCA tidak ditubuhkan di negara ini.

      Beliau menyeru orang muda supaya tidak mengambil mudah masyarakat majmuk yang wujud di Malaysia.

      Delete
    6. Tanpa penyertaan PAS, perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November lalu menjadi anti-klimaks, ulas Perspektif Antarapos.


      Perhimpunan BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu telah mula menampakkan bibit-bibit anti-klimaks apabila PAS menarik diri sehingga menonjolkan dominasi kaum Cina perhimpunan tersebut.

      Walaupun penganjur perhimpunan BERSIH cuba menafikan fakta itu dengan menganjurkan sekali lagi BERSIH 5, namun bilangan penyertaannya jatuh merundum, malah ia sudah dianggap anti-klimaks berbanding dengan BERSIH 4 dan perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

      “Saya setuju. Dulu masa BERSIH 4 misalnya, semua parti pembangkang bergabung, lepas itu PAS tarik diri.

      “Jadi, kita dapati di situ, pemuda-pemuda PAS tidak lagi bersama. Dan Haji Hadi sudah minta pemudanya, jangan campur tangan, ” ulas Prof Datuk Dr Ramlah Adam.

      Delete
  2. Masih sudi kah Pas bekerjasama dengan Umno setelah dihina sedemikian rupa.??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas mana ada teloq.
      Dalam ertikata lain Hadi@Pas
      sudah di'sial'kan oleh Nazri...

      Delete
    2. PIS tak kisah....walaupun dah hancing kena kencing...rela dikencing berkali-kali oleh umno....dedak dah dapat...tak kisah pun...

      Delete
  3. Lepas ni nik beduh dgn hadi awang boleh nuntut ilmu nak dapat bini hot & seksi kat nazri

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Outsyedthebox dah xboleh access sejak bila ya?

    ReplyDelete
  5. Aku pun sokong siNazri ni kali ni,padan dengan muka pas tu......pendek kata yang aku nampak orang yang paling berkuasa sekali dalam umno la ni ialah Nazri.Kalu tak percaya cuba perhati kebelakangan ni apa saja yang Nazri kata memang sah tak ada siapa yang berani lawan....tengok hari tu dia bedal MCA dan hari ni dia bedal pas pula....sonyap aja tak ada siapa yang berani berkokok....hebat betul siNazri nih!!....

    ReplyDelete
  6. I have to agree with nazri on this one
    seriously I don't think the severity of punishment is the pièce de résistance in hadi's bill otherwise even the death penalty for drugs traffickers would have given them an indication of its undeterent,
    with the lack of understanding of what are the factors that actually causes a crime and what are the appropriate solution to solve it the easiest way out is to be seen as having implemented God's law, now who can argue with that if it doesn't work

    ReplyDelete
  7. umno bukannya tahu nak lindung hak melayu

    https://telcogila.wordpress.com/2016/11/22/celcom-bergolak/

    celcom pun dia nak bagi orang luar jaga..

    ReplyDelete
  8. Dah lama En Tajul. Skrg nk guna proxy utk access pun susah juga. Mungkin ada org yg pandai masih boleh access ke situ.

    ReplyDelete
  9. Budin..hadi bawang org ganu..awat lak yg dia sibuk pasal kelantan..ingat ganu tu suci sangat ker..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat pelombong Kelantan kena byr komisen kat pejabat presiden pas?

      Delete
  10. Punishment bkn petunjuk setakat mn islamnya negeri tu. Itu sbb kena bangunkan kehidupan islam dulu...baru focus kpd hukuman. Dah si presiden ni degil sgt. Ini la habuannye..sedangkan hukuman mati utk pengedar dadah pun masih ada pengedar..X takut ke? Rsnya lebih kpd desakan hidup

    ReplyDelete
  11. Saya sudah lama hilang percaya pada Geng Taliban semenjak mereka kembali menguasai Jawatankuasa Pusat. Bukan kerana pakaian mereka ala Taliban tetapi kerana sikap dan perlakuan mereka yang keras tanpa ekor pangkal. Guna emosi semata-mata dalam tindakan. Memang standard 'pondok'. Sebab itu mereka naikkan sepanduk berdemo depan Parlimen mengugut MP beragama Islam supaya menyokong RUU Hadi (yang ditangguhkan sekali lagi oleh pengusul) jika tidak mahu diboikot sedangkan mereka bisu pekak ketika Speaker menolak usul MP Pakatan Harapan menentang genocide regim Burma ke atas etnik Rohingya. Politik matang dan sejahtera di kepala siku dan lutut agaknya!

    Semenjak 2013 Undang-Undang Syariah/Pemerkasaan Mahkamah Syariah/RUU Hadi lebih besar dari kesejahteraan ummah, lebih besar dari bencana banjir, lebih besar dari kemusnahan alam sekitar. RUU Hadi lebih lebih penting dari malapetaka ekonomi, lebih penting dari campurtangan kuasa asing dalam sosio politik negara, lebih penting dari keselamatan masyarakat dan negara. Rujuk hansard Parlimen, apa hujah dan usaha lebai-lebai PAS dalam isu-isu penting nasional dan setempat? Kosong! Namun Geng Taliban merasakan mereka layak bertanding semua kerusi Parlimen dan menjadi wakil rakyat. Mereka ini yang kita mahu serahkan kepercayaan untuk menjaga masa depan anak cucu kita?

    Saya setuju dengan Pesuruhjaya PAS Selangor yang mahu digelar pendakwah bukan penghukum. Kerja dakwah pon tak sempurna walau PAS sudah wujud 60 tahun, sekarang Geng Taliban terkinja-kinja mahu menjadi penghukum. Rentak mereka lewat ini saling tidak tumpah Neapolitan UMNO. Tidak hairanlah jika kelayakkan Haji Hadi menjawat Naib Ketua wilayah Asia Tenggara Kesatuan Ulama Sedunia dipertikai. Memang tidak layak seorang bergelar 'ulama' yang bersubahat dengan penjenayah rasuah menjawat jawatan sebesar itu.

    ReplyDelete
  12. Yang sebetulnya kedua2 UMNO dan PAS mempergunakan agama dan perkauamn untuk tujuan politik. Islam tu bagi UMNO dan PAS adalah alat. Bila perlu, pakai tapi tak perlu terus dipijak. RUU tu adalah bukti terbaik yang menjelaskan taraf sebenar Islam bagi UMNO dan PAS. RUU yang telah 2 kali diusulkan dalam Parlimen dan 2 kali gak telah ditangguhkan. Kalau RUU tu betul2 penting dan betul merupakan satu "kewajipan" mustahil ianya asyik ditangguh2kan. Macam Solat lah juga. Orang2 yang benar2 yakin dan ikhlas menlaksanakan solat tidak akan sesekali bertangguh melakukannya tetapi pada orang yang malas, tidak yakin malah benci, mereka akan tangguh, berdalih dan paling teruk, hanya solat depan orang ramai demi menunjukkan "kealiman" mereka. Agak2nya dari kes RUU ni, PAS dan UMNO ni masuk dalam golongan mana?

    Nick.
    Cape Tiger

    ReplyDelete
  13. Eloklah tu YB Dato' Nazeri, jika hukum hudud dilakna diKelantan, mu tak leh gi kelate lagi,,,,,
    Hukuman rotan 100x sebatan menunggu mu.....mapuslah mu...

    ReplyDelete
  14. Islam bukan untuk di takut-takutkan tetapi untuk di kasihi dan di sayangi.

    Orang Islam jadi baik sebab adanya hukuman yang berat sampai denda 100,000, rotan 100 kali dan penjara sampai 30 tahun.

    Bukannya jadi baik sebab menyambut seruan Nabi Muhammad saw dan ikhlas kerana Allah.

    Hj Hadi telah memesong tujuan amal ibadat yang di lakukan oleh orang Islam demi cinta pada Allah dan Rasul kepada takut kepada hudud PAS.

    Ya memang dalam Islam telah ada hukuman tersebut tetapi orang Islam lebih inginkan kasih dari Rasul dan keampunan dari Allah.

    Tugas Hj Hadi sebagai ulamak ialah membawa manusia kepada kasih sayang dan tugas kerajaan yang meletakkan hukuman atas apa-apa kesalahan.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  15. Memamg betullah umno itu lebih islamik dari mana2 parti islam didunia ini cuba kita lihat pd umno rasuah itu balal merompak nenyamun membunuh itu halal buat ganas dan pukul zubar dipenang itu halal abak org umno jadi samseng diparlimen itu halal vaju merah yg diketuai org umno pun halal itu sebab umno itu lebih islamik hailah bodohnya melayu yg masih nak sokong umno tu

    ReplyDelete
  16. wauuuuuu,Mursidul Am Umno,Najibul al-altantuya,menjadi contoh tajdid ala masa kini.wauuuuu berbillion duit dalam account contoh terbaik,duit menabung sejak dlm dlm perut puan rahah lagi.Bini bertudung lingkup.Pegi kesana sini,naik beca aje.Anak tiri boleh menguasai hollywood dgn filem2 keislaman.Buat kenduri-kendara,kawin dan hari-jadi kat dewan orang-ramai aje.beli beg-tangan kat pasar malam.Menjemput ustaz yahana dari indon,sebab najib suka berdancing lagu shala..lala..,menderma sekolah tahfiz berjuta2 dari hasil derma arab.Geng baju merah adalah usta2 tarbiah najibul najib,cukup mesra reakyat.


    idup,Amirul mukminin Najibul-altantuya.Jealous, lobai hadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jasa najib untuk malaysia.

      masa remajanya;banyak habiskan masa berpoya-poya di london,bertukar2 pasangan,mat-salehka,negroka semuanya ditibai.
      balik ka malaysia;umno mengangkatnya jadi mb,termuda di pahang;perjuangannya di oversea dibawa pulang.Menibai artis2 malaysia pula,Azean idrawati sehingga melahikan anak cacat binzi,lepas tu belasah,ziana zain,dan seterusnya al-tantuya..dan kena jerat oleh bikmama,melekat sampai sekarang.

      Jadi menteri pertahanan.
      Beli jet,engine takada.
      Beli kapal selam tak-boleh selam.
      C4 digunakakan mengebom orang.
      Jadi TPM;BODEK PAKLAH,SUPAYA DAPAT JADI pm;
      JADI pm; Duit berbillion lingkup,negara berhutang berbilion2,belanja anak bini,macam negara ini atok dia punya,bini naik jet suka hati dia aja,anak tiripun boleh join sekali.HADIAH YG PALING BESAR UNTUK RAKYAT IALAH GST.

      Delete
  17. kedua2 nya haprak..satu jual bangsa, satu jual agama. Tak boleh pakai

    ReplyDelete
  18. Chief the best. Bab ugama pandai. Bab politik hebat. Bab betina tak payah ceritalah. Kalau dah org macam dia cerita bab agama. Memanglah tak lama lagi umur Umno ni. Harap sangat nak tengok pemimpin umno kena siasat dan kepala penyamun duduk dalam lokap. Insyaallah akan berlaku jugak tak lama lagi.

    ReplyDelete
  19. Dulu Haji Hadi kafirkan UMNO, sampai sekarang dia tak pernah tarik balik. Sekarang dia kalut dgn RUU355 pula. Anehnya apa yang dia kalut sangat sednagkan dia yang minta penangguhan. Sandiwara kuat ni.

    Sekarang Nazri Aziz plak cakap PAS gagal dalam dakwah Islamiah mereka di Kelantan sehinggakan mereka perlukan RUU355 untuk menaikkan bidangkuasa hukuman yang lebih untuk membendung jenayah syariah. Dakwah dah tak berkesan la tu.

    Pong pang pong pang pun keduanya sedang intim hanya belum menikah.

    Kalau Tun M sanggup bekerjasama dengan DAP dikatakan jilat ludah, kahak dan sebagainya, keintiman PAS dan UMNO ni plak apa cita? Mengkafirkan tu, bukan main-main.

    Inilah yang berlaku bila agama jadi alat dan bukan matlamat.

    ReplyDelete
  20. Si lobai hadi tu ckp berdegar2...
    Tapi negeri sendiri pong terlopas kek bn. Sepenggal jo merasa jd mb. Lopas tu hancus....tak dapet2. Org mcm ni yg nak dipilih jd pemimpin?

    ReplyDelete
  21. Tahniah ostaz nazri umnok original. Mad yakob nik amar nik beduh hadi awe. Apo mu nk jawab? Pas gagal islam kan kelantan. Kikikiki

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...