Tuesday, 8 November 2016

YANG PENTING DAKWAAN AZMIN DIAKUI BETUL OLEH PMO


Apabila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali baru-baru ini mendakwa bahawa Najib Razak cuba meletakkan bekas pegawai kanannya sebagai timbalan pengerusi SPR, tetapi ditolak oleh Majlis Raja-Raja, beliau barangkali sengaja melakukannya dengan fakta yang tidak begitu tepat.

Mustahil beliau tidak tahu ketepatannya kerana sebagai Menteri Besar, Azmin turut hadir dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja itu mengiringi Sultan Selangor.

Tujuannya ialah untuk melihat sama ada Najib berani menafi atau mengesahkannya bagi membuktikan kesahihan dakwaan wujudnya percubaan campurtangan BN dalam badan pegendali pilihanraya itu.

Tetapi, melalui kenyataan oleh Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad semalam, ia dengan sendirinya mengesahkan dakwaan Azmin itu adalah benar.
Dalam kenyataan medianya, Tengku Sariffuddin memberitahu, kertas cadangan untuk melantik bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Shukry Mohd Salleh sebagai Timbalan Pengerusi SPR tidak dibentang dan dibincang dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Kata beliau, cadangan itu telah ditarik balik sebelum mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan.

Soalnya, mengapa kertas cadangan itu ditarik balik sebelum mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan?

Adakah Najib dapat merasakan cadangan itu sukar diterima oleh Majlis Raja-Raja atau kerana sebab-sebab lain?

Adakah cadangan itu hanya ditarik sementara atau ditarik terus? 

Jika cadangan nama Shukry ditarik balik, kenapa tidak dicadangan nama lain dan jawatan timbalan pengerusi SPR itu dibiarkan kosong sehingga kini?

Tidak mustahilkah cadangan yang sama akan dikemukakan semula di lain masa?

Yang penting ialah dengan kenyataan media itu, PMO dengan sendirinya telah mengesahkan dan mengakui memang benar ada percubaan oleh Najib untuk meletakkan bekas pegawai kanannya di kedudukan penting dalam SPR.

Jerat Azmin ternyata sudah mengena. (SH 08/11/2016)

38 comments:

  1. Ditarik balik?
    Tidak diperkenankan?

    Adalah dua perkara yang berbeza. Tidak perkenan menunjuk ia sudah dibentangkan.
    Tarik balik merujuk kepada tidak dibentangkan.

    Apapun maksud dihati Najib sudah diketahui oleh Majlis Raja Raja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kleptocratic at his best ... najib razak.

      Delete
    2. Mula aku ingat dia nak lantik tan sri datuk seri nallakarupan sebagai timbalan pengerusi spr

      Delete
    3. 1 dari 2
      KENYATAAN AKHBAR
      MENTERI BESAR SELANGOR PERLU JELASKAN LEBIHAN TAWARAN RM2.45B KEPADA SPLASH.
      5 NOVEMBER 2016
      Kerajaan Negeri Selangor di antara 2008 dan 2014 tidak pernah menawarkan RM2.975 bilion untuk mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) seperti yang didakwa oleh Menteri Besar Selangor semalam.
      Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, seperti yang dilaporkan oleh SelangorKini dan Free Malaysia Today, adalah tidak benar, mengelirukan dan cubaan jelas untuk mengalihkan perbincangan mengenai keputusan pentadbiran beliau untuk membayar ekuiti Splash RM2.7billion iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal berjumlah RM250.6 juta.
      Semasa saya menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah membuat beberapa cadangan kepada keempat-empat syarikat konsesi dengan jumlah tawaran seperti yang disenaraikan di bawah:
      1) RM5.709 bilion pada 13 Feb 2009 untuk pengambilalihan aset dan ekuiti
      2) RM9.218 bilion pada 25 Jun 2009 untuk pengambilalihan aset dan ekuiti
      3) RM9.227 bilion pada 6 Jan 2011 untuk pengambilalihan aset dan liabiliti
      4) RM9.6516 bilion pada 20 Februari 2013, 21 Nov 2013, 26 Feb 2014, 1 Ogos 2014 dan 12 Sept 2014. Jumlah ini melibatkan 2 bahagian:
      > RM1.978 bilion bagi pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti dengan pemotongan mana-mana bayaran dividen, jika ada.
      > RM7.6749 bilion bagi liabiliti yang diambilalih
      Seperti yang dinyatakan di atas, kaedah penilaian yang digunakan untuk setiap kumpulan adalah berbeza dan atas sebab inilah nilai tawaran setiap kumpulan berbeza. Dalam tawaran terakhir, kami telah menggunakan kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar. Kami merasakan ini adalah adil memandangkan terma tersebut telah dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk Splash.

      Delete
    4. 2 dari 2

      Kami tidak pernah bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9billion hanya untuk bayaran ekuiti Splash seperti yang didakwa oleh Menteri Selangor. Walaupun kita menggunakan beberapa kaedah penilaian yang berlainan, nilai ekuiti tidak banyak berbeza. Dalam tawaran terakhir, kami merasakan tawaran yang berpatutan untuk Splash adalah RM250.6juta untuk bayaran ekuiti serta menanggung hutang sejumlah RM1.564 billion
      Splash mempertikaikan tawaran mengambil alih ekuiti berdasarkan 12% ROE setahun serta pemotongan pembayaran dividen. Pada hakikatnya Splash telah membayar RM725.4 juta kepada pemegang sahamnya sebagai dividen manakala Syabas tidak pernah mengeluarkan dividen dan inilah sebab utama mengapa nilai pembayaran ekuiti antara kedua-dua syarikat itu sangat berbeza.
      Berkenaan dakwaan kononnya saya telah cuba menyembunyikan tawaran RM2.975billion kepada Splash yang sebenarnya tidak wujud, saya ingin menyatakan bahawa tidak ada sebab untuk saya berbuat demikian
      Semua keputusan berkenaan air telah dibentangkan kepada EXCO dan Dewan Negeri Selangor apabila perlu. Tambahan pula, memandangkan proses penstrukturan semula air melibatkan beberapa syarikat tersenarai di pasaran, segala butiran tawaran perlu dimaklumkan kepada Bursa Malaysia dan pihak berkuasa yang berkenaan.
      Di samping itu, pejabat Mentei Besar yang saya terajui sering mengadakan sidang akhbar setiap kali ada perkembangan baharu dan telah mengeluarkan ratusan kenyataan media berkenaan air. Kami juga menganjurkan siri taklimat untuk ADUN dan Ahli Parlimen yang juga telah mengambil bahagian dalam taklimat awam diseluruh Selangor untuk memberi kesedaran awam tentang isu rakyat. Kami juga telah memberi pembentangan komprehensif kepada Dewan Negeri Selangor dan saya yakin pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam penyediaan pembentangan juga akan bersetuju.
      Sungguh mendukacitakan apabila kerajaan negeri hari ini seolah-olah tidak mahu meneruskan amalan baik dipelopori pentadbiran terdahulu dan natijahnya, rakyat hari ini dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan negeri telah pun membuat keputusan untuk membayar RM2.7 billion kepada Splash seperti yang disahkan oleh EXCO negeri Selangor YB Zaidy Abdul Talib yang juga telah membayangkan bahawa jumlah tersebut telah ditolak oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
      Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa nilai keseluruhan pengambilalihan industri air tidak boleh melebihi RM9.65 bilion kerana ia akan memberi kesan kepada tarif air di masa hadapan dan usaha untuk mengurangkan air tidak terhasil di Selangor. Saya kira tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa keputusan untuk membayar Splash lebih RM2.45billion daripada yang sepatutnya adalah mengkhianati kepercayaan rakyat Selangor.

      Delete
  2. najib yg memalukan ... setiap hari bangun tidur ... buat perancangan utk curi duit rakyat. shame to you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..tiap2 malam x blh tido agaknya fikirkan cmana nk kaup lg duit rakyat..nk tambah kekayaan diri dgn keluarga...biar smpai kiamat keturunan dapat hidup mewah..malang sungguh jadi rakyat malaysia. .negara makin jahanam dibuatnya..

      Delete
    2. Org macam tu tiap saat duk pikir bagaimana jalan nak survivekan kuasanya sebab hanya dgn terus memegang kuasa saja dia boleh mengelak dari didakwa, dibicarakan dan dipenjarakan.

      Dgn kuasa itulah dia dapat mencatur supaya hampir semua perkara berjalan mengikut cara kehendaknya.

      Kuasa itu merupakan TALIAN HAYATNYA.

      Yg memberi TALIAN HAYAT kepadanya ialah UNDI KITA.

      Oleh itu dah sampai masanya untuk kita bersatu MENGUBAH lanskap politik negara kita yg penuh korup dan rosak ni pada PRU14 nanti.

      Delete
  3. Sekarang ni dia kelangkabut sikit sbb naj fikir mcmana nak kambus hutang 1MDB yg making meningkat dibuatnya.
    Sbb tu dia kelangkabut pergi ke China dan bagi projek mengejut (tanpa tender) ke syarikat CCCC tu. Projek anggaran dlm RM30B bila bagi projek direct award terus naik hampir RM60B.
    Projek direct award ni tanyalah sapa2 contractor..sure akan mark-up gila2 punya. DAn biasanya yg terima contract akan buat profit...yg bagi projek akan dpt habuan.

    So..dlm keadaan 1MDB yg mxm ni...dan pemberian projek yg tergesa2.sudah pasti rakyat akan jangka ada udang disebalik batu.


    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya sama bro ada udang disebalik batu

      Delete
    2. Udang sebalik batu tu dah memang dijangka. Kalau tak untung pada dirinya, dia takkan buat.

      Delete
  4. Admin punya pandai

    Tidak cukup berbalas debat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini bertikam lidah dan meneruskan perbalahan mereka di laman sosial Twitter.

    Kelmarin, Abdul Khalid telah memuat naik status dalam akaun Twitternya mahu Mohamed Azmin memberi penjelasan berhubung lebihan tawaran bernilai RM2.4 bilion kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn.Bhd. (Splash) dan berhenti untuk mengalihkan isu.

    Kenyataan itu turut mendapat perhatian pengguna laman twitter apabila status milik Abdul Khalid itu telah menerima like sebanyak 120 kali dan pengulangan status (retweet) sebanyak 143 kali di laman sosial itu.

    Dalam pada itu, soalan yang diajukan Abdul Khalid pada 4 November pukul 11.30 malam itu dibalas oleh Mohamed Azmin pada pukul 12.57 tengah malam yang mempersoalkan kembali tentang pinjaman Bank Islam dan mahu penjelasan juga dibuat berkaitan perkara itu.

    Bagaimanapun, jawapan Mohamed Azmin itu dikecam oleh pengguna Twitter yang lain kerana disifatkan tidak menjawab soalan, sebaliknya cuba mengalihkan isu.

    Namun selang seminit, Mohamed Azmin memuat naik status mahu Abdul Khalid menghentikan kelantangannya di luar sidang DUN serta mengingatkan bekas Menteri Besar itu supaya hadir ke sidang DUN kerana beliau dibayar oleh rakyat.

    Semalam seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia, Abdul Khalid dalam kenyataanya membidas Mohamed Azmin yang didakwa akan membayar pengambilalihan ekuiti Splash berjumlah RM2.975 bilion iaitu 10 kali ganda lebih tinggi daripada tawaran asal sebanyak RM250.6 juta.

    Isu itu dibangkitkan selepas Mohamed Azmin dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah tawaran RM2.975 bilion itu sebenarnya telah dibuat kepada Splash semasa pentadbiran negeri sebelum ini menerusi dua surat rasmi bertarikh 25 Jun dan 19 Julai 2009.

    Sebaliknya, Abdul Khalid menjelaskan, dakwaan yang dibuat oleh Mohamed Azmin itu tidak benar dan tidak wujud sama sekali kerana kerajaan negeri menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah menerima cadangan untuk mengambil alih aset serta ekuiti empat syarikat konsesi air di Selangor iaitu Puncak Niaga Sdn. Bhd., Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Splash dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oop Maaf Tuan Shahbudin

      Should be Azmin punya pandai

      Delete
  5. Kesian Selangor gendung ayaq naik turun tangga gara2 Azmin.

    PERTENGKARAN di Twitter antara mantan dan MB semasa Selangor asal PKR ini mengenai penjualan syarikat air Splash yang menelan duit rakyat Selangor 10 kali ganda lebih tinggi dari harga asal, memang menarik perhatian.

    Antara lain, inilah kali pertama sesama pembangkang mengajak tuduhan dilakukan dalam dewan (ada imuniti), berbanding yang biasa bila tuduhan dicabar diulang di luar dewan (takdak imuniti) supaya tindakan saman boleh dikenakan.

    Begitupun, dengan Azmin mengelak dari menjawab isu ini secara terus (siap divert divert lagi) dan tidak pula ada ugutan saman menyaman seperti mana biasa, dapatlah diagak bahawa macam ada suatu yang tidak kena.

    Sebaiknya perkara ini diselesaikan di Mahkamah bagi mencari siapa betul dan siapa salah. Lagipun kita tahu Khalid Ibrahim seorang yang berintergriti tinggi, sanggup melepas jawatan MB walaupun mandatnya lama lagi sebab tak mahu rakyat terbabit dengan pertelingkahan dalaman PKR.

    Dengan latar belakang yang begitu, tak mungkin Khalid nak menuduh kalau ‘kosong’.

    Ini bukan perkara main-main sebab duit yang terlibat bukan sikit – lebih RM 2 billion, dikirakan banyak dalam konteks sebuah negeri (bukan negara). Belum lagi kita sebut bagaimana masalah ini boleh dikaitkan dengan bekalan air yang manjang saja terputus di Selangor sekarang.

    Kes ini tak sama macam 1MDB. Konon berpuluh billion yang hilang tapi apa kesan langsungnya kepada rakyat? Tidak ada, sedangkan ketika pertelingkahan ini berlaku, rakyat kerap mengalami masalah gangguan air.

    Hari ini umum loji akan beroperasi semula, esok dah tututp balik, berulang-ulang macam itu. Pulak lagi, semuanya salah orang, tak satu pun yang salah diri sendiri. Walhal dunia pun tahu tanggungjawab menjaga sumber air adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1MDB tak ada kesan langsung kepada rakyat...
      Hehehe...win statement sedara..
      Hehehe

      Delete
    2. Gst adalah kesan langsung kepada rakyat..

      Tuan anon 11.59 dan 12.01 (mungkin org yg sama) salah tajuk ni.. Org bincang tajuk lain..
      Jgn baca utusan..

      Delete
    3. tahap pemakan dedak...dedak mana...entah laaa...dedak 90 juta kah...dedak dacing senget kah...tapi bila makan dedak sel sel otak tak bersambung...itu hakikat...

      Delete
    4. Intentionally... cubaan alih tiang gol

      Delete
  6. Pembangkang cuba buat perbandingan

    Tanzania Railway Project:
    1. Single Track Rail
    2. Conventional Track (Non-Electric)
    3. Support only conventional train
    4. No tunnel digging through mountain
    Projected Price: USD7.6b

    Malaysia ECRL Project:
    1. Double Track Rail
    2. Electrical Track
    3. Support current domestic train fleet, conventional & electrical
    4. Tunnel digging through Titiwangsa Mountain Range
    Projected price: RM55b=USD13b

    Kos yang agak berbaloi sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan projek di Tanzania. Kos untuk trek kembar bereletrik dengan masuk terowong tembus banjaran Titiwangsa bukanlah sesuatu yang murah.

    Boleh bandingkan dengan Gotthard Base Tunnel, trek keretapi terowong yang menembusi Banjaran Alps. Trek terowong yang sepanjang 57.09km ni disiapkan pada 5 Jun 2016 dengan kos sebanyak USD12b = RM48b. Spesifikasi lebih kurang macam ECRL. Buat terowong sahaja dah cecah RM48b.

    Bila kita rajin membaca dari pelbagai sumber dengan terbuka, banyak maklumat yang kita boleh tahu dan lebih neutral

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan keadaan ekonomi Malaysia....perlukah berhutang 55B lagi ?

      Delete
    2. Masalah harga barang naik.. Tol naik... Kepimpinan teruk.. Korup lagi penting utk diutamakan dari bina landasan ketapi... Ada ketapi tapi tak mampu nak guna buatpa.. Kemajuan biarlah seiring dgn defisit negara.. Bukan tambah hutang biar rakyat yg byr hutang2 atas kelemahan tadbir urus harta negara..

      Delete
    3. bila makan dedak...sel sel otak tak bersambung...makan laa dedak banyak banyak...menunjukkan kebebalan...

      Delete
    4. Nak tanya sikit....bukan ke company China yg nak buat projek kat Msia nanti tu dah diblacklistedkan oleh beberapa negara dan World Bank??

      Projek mahal tapi kualiti tak ada.

      Cuba tengok kemalangan keretapi laju China dalam You Tube....menakutkan.

      Delete
  7. 12:01 & 12:03..are you troll(s)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12:01 & 12:03 si bahalol yg claim byk membaca tp x dpt hadam apa yg dibaca...

      Delete
  8. Saya berhrap kalian semua berbicara mengikut topik yang diutarakan oleh Tuan Shahbudin iaitu persoalan perlantikan Timbalan SPR. Bukannya melencong kepada bab pintu rumah Dato najib ke mangkuk tandas rumah Dato Najib ke.

    Baru semalam saya berbincang di Cafe Ali Maju dengan rakan Baju Merah yang mana merupakan setiausaha sulit kepada Dato Rosmah mengenai perlantikan Timbalan SPR. Beliau menyatakan memang tidak munasabah jika dilantik drp kalangan orang politik. That's why kenapa usul perlantikan tersebut tidak diutarakan. Namun, dilihat yang lebih sesuai untuk dilantik sebagai Timbalan SPR adalah anak saudara Dato Rosmah yang mana beliau tidak terlibat sama sekali dalam politik dan juga UMNO-BN. Memang Dato Najib amat bersetuju untuk mengusulkannya ke atasan.

    Laporan Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lg win laporan sedara...
      "Yang paling sesuai anak sedara dato tanah"
      Dah tak ada insan lain yang lebih layak ker daripada orang mempunyai hubungan persaudaraan dgn rosmah?
      Itu lah contoh mudah maksud "kronisma"..
      Tambah celaka lah masib rakyat jelata sekiranya anak sedara rosmah yang Jadi timbalan SPR..

      Delete
  9. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyelar Mahathir tidak layak bercakap soal hak kebebasan

    Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan bahawa Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak untuk bercakap soal hak kebebasan ekoran negara dipenuhi pelbagai sekatan sewaktu pemerintahannya sebelum ini.

    Menurut Menteri Pertanian itu, selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pelbagai sekatan dilakukan oleh Dr Mahathir termasuk menghadkan kebebasan akhbar yang dinikmati kini.

    "Apakah bentuk kebebasan yang diberikan oleh beliau. Kebebasan Akhbar, adakah siaran langsung bahas parlimen, ada tak zaman dia?
    "Ada tak zaman dia orang yang disyaki terus dikenakan ISA, sekarang ni sudah tiada, zaman dia ada tak? Jadi, kita nak bandingkan bentuk kebebasan yang diberikan oleh Tun Mahathir berbanding yang ada sekarang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

    Ujarnya, Pengerusi parti serpihan UMNO - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) -itu paling banyak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) untuk menahan individu tertentu yang menentangnya.

    "Jadi, kalau hari ini dia (Mahathir) bercakap pasal kebebasan, eloklah dia menyuluh diri sendiri, apakah bentuk kebebasan yang pernah ditawarkan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri," ujarnya lagi.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Dr Mahathir untuk bertemu dengan ahli parlimen berkenaan imuniti Dewan Rakya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan Alhamdullilah 22 thn tun memerintah..
      Ekonomi org melayu meningkat,pendapatan Negara bertambah,
      Malaysia mampu mwmgelak krisis kewangan 1997..nama Malaysia harum dan dikagumi seantero Dunia..diakui oleh kawan mahupun lawan..
      Br7thn najib memerintah..
      Huhuhu,huru hara ekonomi negara and we are the laughing stock around the world..

      Delete
    2. Selama 22 tahun jadi PM, tak pernah sekali pun berbilion duit derma masuk akaun peribadi Tun Mahathir.

      Kalau derma untuk kegunaan parti, kenapa tak masuk terus ke akaun parti??? Kan parti ada akaunnya sendiri.

      Delete
    3. Andaikata benarlah dakwaan sabri cheek tu, at least tun dah berubah sekarang...yg korang puak2 umngok bila lg??nak tunggu mati ker baru nak berubah?? Hidup bersatu

      Delete
  10. Kutuk2 Najib pun,bnyak org malaysia terutama org kita pegi membeli belah kt pavilion dgn klcc lagi harga mahal.lps dok kutuk bising naik minyak 15 sen jalan raya brlambak ada kereta sapa yg bwk org melayu jugak.ni yg kata malaysia kebuluran xde duit dh.mna x sakit kencing manis darah tinggi pegi mkn kt luar tiap hari tapi komplen harga mknan naik.sama rokok nk boikot rokok ada cukai tapi hisap rokok jugak walaupun ada 6%.org malaysia dgn pemimpin malaysia sama ada kerajaan dgn pembangkang tidak boleh dipercayai.tetapi pemimpin yg saya respect dn sanjung lg ialah Tun M sbb Tun M tdk prnah brbohong dlm politik.Tun M msuk pembangkang sbb nk bg Najib berundur.dari Sturmnberg Kohl,Bundeswehr 55

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1549 @stumnberg kohl, ak cdgkan ko pegi kilang tanah liat. Mintak dia buatkan patung madey. Lpas tu ko gi sembah patung tu. Buh colok ngan pulut sekali. Tak sedar dek untung korang ni kat kerajaan. Kerajaan bina keretapi korang bising...kerajaan tak bina keretapi korang kutuk kerajaan..harga minyak naik korang kutuk kerajaan...harga kangkung turun korang kutuk kerajaan...

      Delete
    2. Anoy 15.56
      Untung ker bawah gov skrang?
      Tambah hutang 55b nk bina ketapi..dgn tanah Malaysia dogadaikan Kat China..
      55b tu siapa nk bayar?..gov yang bayar..gov dapat duit dari mana?..kederat rakyat diperah..
      Dgn gstnya..subsidi dimansuhkan,tol dinaikkan..
      Yang tu baru hutang keretapi..hutang 1mdb?..siapa nk bayar?..najib nk bayar?nk korek celah mana duit?..main silap mata atau tunggu Pak Arab sedekah..
      Kejayaan najib yang paling diingati sepanjang 7thn ni.menurunkan rega kangkung..ko takperlah sepsis makan kangkung tiap Hari..
      Dan sesungguhnya Aku tak beruntung dgn kerajaan najib...
      Jangan ko tanya apa rakyat buat untuk kerajaan,sepatutnya ko tanya apa kerajaan buat untuk rakyat..sebab apa yang kerajaan buat bukan ihsan atau pemberiaan tapi sebagai tanggungjawab as a government..
      Bukan dgn cara songlap duit rakyat,tambah hutang then hapuskan subsidi,kenakan cukai..

      Delete
    3. otak peminat Mahathir dah glue gam kuat melekat tak boleh cabut dah .. bye kita ke topik baru plak, ok.

      Delete
    4. Hahaha..
      Anoy 17.18
      Biar otak melekat kena glue gam..tapi Masih waras pk right and wrong..
      Najib ni la topic baru..tun M tu topic lama..dah lama tun lepas jawatan as PM .
      All problem now create by najib that why semua sibuk bercakap pasal najib..coz najib ni topic baru..golongan penjilat telur najib jer sibuk bercakap pasal tun..
      Move on all,see the mess najib create now..
      Chia,chia,chia

      Delete
    5. Topik baru....the latest topics ialah 1MDB.....laporan audit 1MDB yg diOSAkan....kesah wang rakyat yg lesap....duit bayar Aabar ciplak...etc.

      Apa tindakan kerajaan atas semua perkara di atas...??
      DIAM dan BISU jer??

      Topik Tun M topik lapok. Dah lama Tun letak jawatan sejak 2009....ni dah 2016 nak masuk 2017.

      Kita berjalan ke depan bukan gostan ke belakang...jadi tak payah alih tiag gol, hadap masalah terkini negara...korupsi, pecah amanah dan penyelewengan wang rakyat.

      Delete
  11. Berani kerana benar maka dgn itu terbuktilah pilihan untuk PKR dan DAP itu tepat sekali janganlah nak percaya xgn bn dan umno ternyata ianya perlu dikuburkan dlm pru14 ini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...