Saturday 12 November 2016

MEMAHAMI MENGAPA PERJANJIAN PENYERTAAN PPBM KE DALAM PAKATAN HARAPAN DITANGGUHKAN


 1. Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnia-Nya jua kita dapat bersama-sama menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan pada hari ini.
 
2. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Sekretariat Pakatan Harapan yang telah mengundang saya untuk berucap bersama-sama pimpinan parti-parti Pakatan Harapan dalam konvensyen yang diadakan pada hari yang amat bersejarah ini.
 
3.​Ini adalah satu penghargaan dan penghormatan yang amat bermakna buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Pastinya, saya tidak melepaskan peluang untuk hadir bersama-sama dengan rakan-rakan pimpinan daripada PKR, DAP dan Amanah dalam konvensyen ini untuk merangka pembentukan sebuah gabungan parti-parti pembangkang yang mantap dan kuat serta menawarkan masa depan yang lebih baik buat Malaysia dan seluruh warganya.
 
4. ​Keadaan negara kita hari ini tidak bertambah baik. Harga minyak dunia yang rendah menyebabkan pendapatan negara semakin susut. Banyak subsidi yang sebelum ini diberikan untuk meringankan beban rakyat terpaksa ditarik balik. Yang terbaharu ialah penarikan subsidi minyak masak yang pastinya menambahkan beban rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
 
5. ​Semalam, nilai ringgit menjunam ke paras RM4.72 berbanding satu dollar Amerika, iaitu paras paling rendah dalam tempoh 12 tahun. Ini adalah satu amaran awal yang menguji ketahanan Bank Negara dan ketangkasan kerajaan dalam menangani krisis. Saya pernah sebutkan dalam ucapan perbahasan Bajet 2017 di Parlimen baru-baru ini bahawa Malaysia berada dalam keadaan yang amat terdedah kepada serangan spekulator matawang jika langkah-langkah penyelamatan ekonomi negara tidak dilakukan dengan segera. Dengan hutang luar negara kita yang tinggi, harga minyak dunia yang menjunam dan sumber kewangan kerajaan yang terhad, negara kita akan menghadapi satu malapetaka ekonomi yang dahsyat jika ringgit kita diserang oleh penyangak matawang seperti yang dilakukan oleh Soros pada tahun 1997. Nauzubillahi minzalik.
 
6. Dengan kejatuhan nilai ringgit, nilai hutang luar negara kita yang kebanyakannya dalam matawang dollar akan turut meningkat. Selain itu, harga barangan import, terutama barangan makanan akan bertambah mahal dan ini sudah pasti menambahkan beban rakyat yang telah pun sedia terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat, malah ramai yang terdedah kepada risiko kehilangan pekerjaan dan mata pencarian jika ekonomi negara kita terus suram dan kerajaan gagal untuk melaksanakan langkah-langkah rangsangan ekonomi dengan segera.
 
7. Malangnya, tatkala rakyat sedang gundah gulana dan keluh kesah memikirkan nasib hari ini dan esok, Perdana Menteri masih boleh menyanyi dan menari dengan gembira dalam pesta riang ria menyambut tetamu negara. Seolah-olahnya tiada apa yang berlaku. Malah sebelum itu, dia dan keluarganya berkelana ke negara China bukan untuk menarik pelaburan, tetapi menambah hutang negara.
 
8. Ketika kerajaan sepatutnya lebih berhemah dalam berbelanja dan berusaha untuk mengurangkan beban hutang negara, Najib telah menyebabkan kerajaan berhutang lagi sebanyak RM55 bilion dengan bank dari negara China untuk membina landasan keretapi paling mahal di dunia. Tatkala biasiswa mahasiswa dipotong, subsidi minyak ditarik balik dan peruntukan kepada kementerian-kementerian dikurangkan, kontrak pembinaan projek mega bernilai puluhan billion ringgit ini diberikan kepada sebuah syarikat dari negara China tanpa melalui proses tender terbuka.

9.​ Inilah cara pengurusan ekonomi Najib yang langsung tidak menghiraukan kebajikan rakyat. Ini tidak termasuk perjanjian-perjanjian lain yang bernilai RM144 bilion kesemuanya, yang kebanyakannya adalah hutang, bukan pelaburan. Hutang 1MDB pun masih belum nampak jalan penyelesaiannya, Najib menambah lagi hutang negara berjumlah ratusan billion ringgit yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat.
 
10. Apabila pemimpin yang korup salah urus ekonomi negara, rakyatlah yang menderita. Hasil kutipan GST dan cukai pendapatan tidak dikembalikan kepada rakyat, sebaliknya terpaksa digunakan untuk membayar hutang negara dan menampung pembaziran oleh pemimpin yang boros dan rasuah.
 
11. Dalam keadaan ini, rakyat tiada banyak pilihan. Ke mana sahaja saya pergi, mereka kata tunggu pilihanraya. Mereka tidak mahu lagi mengundi Barisan Nasional. Mereka mahu mengundi parti yang diyakini boleh membentuk sebuah kerajaan yang bersih, beramanah dan bertanggunjawab serta mampu untuk menyelamatkan negara dan membela nasib masa depan mereka.
 
12. Rakyat sebenarnya meletakkan harapan yang tinggi kepada parti-parti pembangkang untuk mengalahkan Barisan Nasional dalam PRU 14. Mereka melihat parti-parti pembangkang sebagai pilihan utama untuk menerajui negara selepas PRU 14.
 
13.​Namun, kita tidak boleh berasa selesa dengan sentimen rakyat yang nampaknya menyebelahi kita pada masa ini. Kerana pada masa yang sama mereka juga bertanya bolehkah parti-parti pembangkang membentuk satu gabungan politik yang mantap dan kuat untuk menewaskan Barisan Nasional? Atau mungkinkah parti-parti pembangkang gagal mencapai kata sepakat dan akhirnya terpaksa bertanding melawan sesama sendiri dalam pilihanraya.
 
14.​Seperti yang telah berlaku dalam dua pilihanraya kecil baru-baru ini, pertandingan tiga penjuru melawan Barisan Nasional telah menyebabkan kekalahan parti pembangkang dan memberikan kemenangan mudah kepada Barisan Nasional, walaupun parti itu dilihat terbelenggu dengan seribu satu macam permasalahan.
 
15. Ingin saya tegaskan bahawa pertandingan tiga penjuru akan membawa malapetaka politik yang besar kepada parti-parti pembangkang. Ia ibarat jerangkap samar yang dipasang oleh rejim Najib  untuk memecah-belahkan pembangkang dan mengekalkan kuasa Barisan Nasional dengan cara yang amat kotor.
 
16. Justeru, penting bagi kita sesama parti pembangkang untuk mencapai kata sepakat dan mengadakan perjanjian untuk bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional. Kita perlu mencari satu formula terbaik untuk mengelakkan pertembungan antara parti-parti pembangkang, khususnya dalam pembahagian kerusi pilihanraya.
 
17. Pastinya perlu ada sedikit pengorbanan dalam kalangan parti-parti pembangkang untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri di dalam pilihanraya demi mencapai matlamat yang lebih besar iaitu untuk menyelamatkan Malaysia daripada belenggu sebuah rejim yang jahat dan khianat. Dalam keadaan ini, kita tentunya perlu meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan parti. Satukan barisan pembangkang. Barulah rakyat ada keyakinan bahawa kita boleh membentuk kerajaan yang lebih baik berbanding BN.
 
18. Untuk tujuan ini, PPBM bersedia dan komited untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan. Saya tahu bahawa PPBM tidak boleh berjuang secara sendirian. Jika kita bertanding secara bersendirian tidak mungkin kita boleh menang dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan.

19.​ Parti-parti dalam Pakatan Harapan pun tidak mungkin boleh menang dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan jika bertanding secara bersendirian tanpa mewujudkan suatu muafakat politik sesama kita. Apatah lagi jika kita bertanding melawan sesama sendiri. Kita pasti akan tewas sebelum sempat masuk ke gelanggang. Kita sebenarnya amat memerlukan antara satu sama lain.
 
20. ​Cuma saya ingin memberikan sedikit penjelasan. Ada yang kata saya 'back-out" atau tarik diri daripada menandatangani perjanjian kerjasama antara PPBM dan PH yang sepatutnya dimeterai pada hari ini.
 
21. ​Saya tidak sekali-kali “back out” atau berundur. Saya amat serius dan teliti dalam mengurus hal-hal yang penting seperti perjanjian dengan PH. Saya minta majlis menandatangani perjanjian ditangguhkan dahulu untuk memberikan masa yang cukup kepada semua kepimpinan PPBM dan PH untuk berbincang. Bukan hanya antara Presiden tetapi semua pemimpin kanan parti perlu duduk berbincang secara bersama untuk mencapai persetujuan atas setiap satu terma yang terkandung di dalam perjanjian itu.
 
22.​ Ini termasuk pendirian bersama dalam hal-hal yang berkait dengan kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan hak para penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing secara aman dan harmoni, kedudukan istimewa kaum Melayu dan Bumiputera serta hak-hak yang sah bagi semua kaum, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.
 
23.​ Selain itu, perjanjian ini juga perlu merangkumi komitmen semua pihak untuk melakukan reformasi institusi, memerangi rasuah dan mewujudkan tadbir urus negara yang baik di samping kesediaan untuk merangka dasar-dasar bersama yang berpaksikan kepentingan rakyat dalam semua bidang termasuk ekonomi, pendidikan, sosial, agama, hubungan kaum, hubungan luar negara, keselamatan dan lain-lain. Dasar bersama ini akan dijadikan asas pembuatan dasar-dasar negara apabila kita membentuk kerajaan. Saya mencadangkan satu kumpulan pakar yang mewakili semua parti dibentuk untuk merangka dasar-dasar bersama ini. PPBM bersedia untuk terlibat dan mengambil bahagian dalam kumpulan pakar ini apabila ia diwujudkan kelak.
 
24.​ Saya mahu supaya keputusan untuk mengadakan kerjasama dibuat secara kolektif dan komprehensif. Ini memerlukan satu proses engagement yang lebih meluas dan menyeluruh dibuat di dalam parti dan di antara parti dalam merangka terma-terma perjanjian.
 
25. ​Saya telah minta Sekretariat PH tentukan tarikh dan masa yang sesuai dalam waktu yang terdekat ini untuk kepimpinan kanan PH dan PPBM duduk berbincang. Setelah semua terma perjanjian dipersetujui dalam perbincangan itu, saya mewakili PPBM akan menandatangani perjanjian kerjasama dengan PH.
 
26.​ Di pihak PPBM, kita akan mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Khas dalam sehari dua ini untuk membincangkan hubungan kerjasama dengan PH. Pandangan dalam mesyuarat ini akan dibawa dalam pertemuan bersama pimpinan kanan parti-parti PH. Saya mahu supaya semua pihak dilibatkan dalam perbincangan supaya setiap terma yang dipersetujui itu mendapat input yang sewajarnya daripada barisan kepimpinan semua parti.
 
27. ​Ini selaras dengan amalan Rasulullah s.a.w yang sentiasa bermusyarah dengan sahabat-sahabat sebelum mengambil sesuatu keputusan penting, sejajar dengan firman Allah s.w.t:
 
Yang bermaksud:
 
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."
 
28. Melalui musyawarah yang lebih menyeluruh ini, insyaAllah kita boleh selesaikan semua isu secara kolektif dan mencapai kata sepakat dalam semua perkara. Kita juga mesti melakar satu roadmap yang jelas untuk membentuk sebuah gabungan politik yang kuat dan mantap sebelum PRU 14 dan insyaAllah, dengan sokongan padu rakyat, kita akan membentuk kerajaan selepas pilihanraya!
 
29. ​Kita mempunyai harapan yang amat cerah untuk memenangi PRU 14 jika kita berjaya membentuk gabungan parti-parti politik pembangkang yang padu untuk menentang BN secara satu lawan satu. Saya yakin, 'the ground is fertile'. Rakyat sedang menunggu-nunggu kewujudan satu gabungan parti politik alternatif yang viable untuk menggantikan BN yang korup dan menindas rakyat.
 
30.​Kerana itu, di samping komited untuk membentuk kerjasama dan pemuafakatan yang jitu dengan Pakatan Harapan, PPBM juga bersedia untuk menjalin kerjasama dengan parti-parti politik lain yang tidak berada di dalam PH, termasuk parti-parti di Sabah dan Sarawak, untuk menawarkan kepada rakyat sebuah gabungan parti politik yang kuat dan mantap serta mampu membentuk kerajaan dan membela nasib mereka.
 
31. Saya percaya rakyat pastinya teruja untuk melihat semua parti pembangkang sepakat untuk bekerjasama membebaskan Malaysia daripada rejim BN yang mengkhianati mandat rakyat. Rakyat lebih yakin dengan kita jika kita semua bersatu. Sebaliknya, rakyat akan kecewa dan putus harap jika kita berseteru.
 
32. Untuk mewujudkan satu gabungan politik pembangkang yang mantap dan kuat, saya mencadangkan supaya satu jawatankuasa teknikal  dibentuk untuk menghasilkan formula kerjasama dan pembahagian kerusi yang terbaik berasaskan prinsip kebolehmenangan (winnability) parti dan calon. Satu jentera pilihanraya dan war room pilihanraya bersama juga perlu diwujudkan di mana maklumat mengenai pilihanraya boleh dikongsi secara bersama dan strategi pilihanraya juga boleh dirangka secara bersama.
 
33. Saya juga mencadangkan supaya dalam waktu yang terdekat ini, sementara kita masih dalam proses membina hubungan dengan parti-parti politik di dalam dan di luar PH, satu bentuk 'gencatan senjata' dibuat di antara parti-parti pembangkang supaya kita dapat bertenang dan mencari jalan untuk berunding dan bekerjasama. Selain itu, satu jawatankuasa bersama juga boleh dibentuk untuk menyelesaikan pertikaian yang mungkin timbul antara parti-parti pembangkang.
 
34. Pastinya yang lebih utama ialah bagaimana kita boleh menawarkan kepada rakyat satu manifesto yang menepati kehendak mereka. Kita perlu menyantuni kehendak rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik, pekerjaan dengan pendapatan yang lebih lumayan, kediaman yang mampu dimiliki, pendidikan yang lebih berkualiti,  persekitaran yang lebih selamat untuk diri, anak-anak dan keluarga serta sebuah kerajaan yang telus, adil, amanah dan demokratik.
 
35.​Semua ini boleh dicapai apabila parti-parti pembangkang dapat mengenepikan perbezaan sesama sendiri serta bersedia untuk berbincang dan bekerjasama untuk satu matlamat, iaitu menyelamatkan Malaysia dan membela nasib rakyat.
 
36.​Saya yakin matlamat ini boleh kita capai jika kita semua berjiwa besar. Apabila kita dapat meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan parti kita, maka kitalah pejuang rakyat yang berjiwa besar.
 
37.​ Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Sekretariat Pakatan Harapan yang telah sudi mengundang saya untuk berucap dalam konvensyen ini. Mudah-mudahan dengan semangat pemufakatan dan setiakawan antara kita semua, kita akan dapat mewujudkan sebuah gabungan pembangkang yang kuat dan mantap untuk menewaskan Barisan Nasional dalam PRU 14 dan membentuk kerajaan, insyaAllah.

(Di atas adalah teks ucapan Muhyiddin Yassin di Konvensyen Pakatan Harapan petang tadi di Shah Alam. Walaupun beliau menyentuh banyak perkara, tetapi tentunya yang penting  untuk difahami daripada ucapan beliau ialah mengapa majlis menandatangani penyertaan PPBM ke dalam Pakatan Harapan ditangguhkan. 

Ia hanya ditangguhkan ke suatu tarikh lain setelah semua isu-isu berbangkit dapat diselesaikan dan tidak sama-sekali dibatalkan.

Diharapkan tiada lagi kekeliruan selepas ini kerana yang penting ialah Najib, UMNO dan BN perlu ditamatkan riwayatnya dalam PRU 14 akan datang. - SH 12/11/2016).

39 comments:

  1. No 22 tu,bahagian raja2 tu tak payah pun takpe sbb diaorg bkn jaga rakyat pun..kenapa rakyat perlu bimbang pasal diaorg.dah kaya raya nak apa lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja2 ni jaga mentekendarah anak beranak derang ja.

      Delete
    2. Stuju berjuta peratus. Dh byk kali aku komen, bab org kuning tu..cukup cukuplah kita org melayu ni daulahkan diaorang. Ada mcm tak ada.

      Delete
    3. Hati-hati komen bro. Kang tak pasal Tuan Budin pulak yang kena..

      Delete
    4. Dulu najib kata kalau bn menang rakyat senang.
      La ni aku tengok najib sorang saja yg hidup senang lenang.

      Delete
    5. Memang kita semua kena pelihara blog bang din kita ni. Tapi hakikatnya takde rakyat takde raja bro.

      Delete
    6. Nak buat apa raja2 lagi?? Hidup rakyat dah x ketahuan hala. Raja dan anak beranak mereka, apa yg depa jaga rakyat?? Depa jaga kepentingan depa yg dijamin perlembagaan.

      Skrg Madey yg anti raja dah join pembangkang. Lagilah raja2 kalut siot. Lihat perangai Sultan Johor. Mmg malaun ni kalut siot.

      Tanpa raja, gelaran Datuk Tan Sri x laku la.. untung siot jual gelaran ni.. peluang bisnes jadi raja..

      Delete
    7. Bigot meleis mmg hidup bergantung menyembah raja. Apalagi nak diharap, belajar tak pandai. Semakin hari semakin benak. Raja claim hak rakyat bodoh dijaga, kurang-kurang bigot melayu terasa lega.

      Hakikatnya, setiap sen duit poket raja datang dari titik peluh rakyat. Dan setiap sen tu jugak, takde raja nak masukkan ke akaun rakyat. Duit zakat pun depa ni la yang rembat. Ada pejabat zakat berani cakap???

      Sudah-sudah la mabuk hidup beraja. Tuhan hantar ke dunia ni untuk beramal. Bukan menyembah raja.

      Mana meleis bigot, tolong explain sikik kenapa nak jaga sangat raja ni?

      Delete
    8. Belajar sejarah semua Raja-Raja kita berasal dari pada Lanun

      Delete
  2. Bagi macam2 alasan.macam mana
    nak menang.masih percaya dengan
    pas pis pus yang suka uturn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas pis pus masuk angin keluar asap
      Depa tu mana tahu buat kerja apa pun
      Kaki menutuh saja depa semua tu.

      Delete
  3. PAS egonya besar, kerusi yg PAS menang, status qou, kerusi yg UMNO menang, bg kat PPBM/Warisan, kerusi yg DAP dan PKR menang status quo, PAN boleh pujuk kerusi DAP.
    Mudah mudahan berjaya, PAS, DAP, PKR, Warisan jaga negeri, PPBM secara bersama dgn PAS, DAP/PAN, PKR jaga pusat.

    ReplyDelete
  4. PAS tk perlu dalam PH. PAS dah kuat bila bersedirian. PAS akan tubuh kerajaan pusat dan kerajaan di semua negeri dalam Malaysia selepas PRU14. Tak percaya tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas PRU14 nanti;

      PM - Presiden UMNO
      TPM- Presiden PAS

      Hidup pepaduang melayu.....
      hahahaha!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Delete
    2. Kalau pas menang dlm pru 14 ni dia akan lelong Putrajaya. Itulah yg mereka katakan dulu.

      Delete
    3. Hidup perpaduan lembu!!!!!!

      Delete
  5. Semasa pakatan rakyat kuat dan hebat gah dimata rakyat PAS dibuat umpama daun kari hanya untuk menyedapkan masakan sahaja. Apabila masakan dah siap dimasak disedia untuk dihidang daun kari diasingkan dan dibuang dalam bakul sampah . Itulah realitinya. Presiden PAS dihina dicerca diaibkan siang dan malam. Apabila Presiden diperlakukan sedemikian rupa hamba selaku ahli biasa terasa amat hiba dan dukacita melihat presiden diaibkan. Hati menjadi panas membara namun apabila melihat presiden dengan tenang menangani situasi hati hamba jadi sejuk tetapi kita harus ingat bila hati dah terluka tercalar keadaannya tidak sama seperti sebelumnya.walaupun dalam pru 14 akan terjadi nya pertandingan 2 penjuru akan pasti kah atau yakin kah undi hamba akan hamba beri pada orang atau parti yang menghina dan mengaibkan presiden hamba. Menghina dan mengaibkan presiden sama seperti menghina dan mengaibkan ahli ahli parti.kemungkinan juga ahli ahli PAS diluar sana sependapat dengan amba.bila hati sakit tidak mungkin undi akan diberi .bagi pendapat hamba biarlah PAS seperti sekarang mana mana parti yang bersetuju dengan dasar dan matlamat PAS silalah bersama sekira tidak mahu bersama biarlah. Biarlah PAS bersendirian meneruskan perjuangan yang diredai oleh Allah itu yang utama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali buat perenggan bro, senang sikit nak baca. Tak pun letak nombor macam blog che det. Kalau tak rugi nanti. Penat tulis panjang-panjang tak ada orang baca..

      Delete
    2. cerita bodoh macam tu sapa yang nak baca? pengkhianat marah bila orang campak dia dalam tong sampah...lain kali fikir dulu sebelum khianat...sign watikah bagi bertindih, fitnah, ug & banyak lagi...memang patut kena buang dalam tong sampah & dihina...

      Delete
    3. Mu hamba lah diri jadi hamba pada presideng mu...DUN kota damansara jatuh pd BN sebab presideng mu lawan kerusi PSM. PH tumbang sebab presideng mu nak hudud, masa sign buku jingga tak nak pulok hudud...hambalah diri sebagai org bangang pd parti bangang. Memang patut kena hina pong...bangang sangat.

      Delete
    4. Gua nak test saja kasi sengat sikit.. baru lu orang sedar ...time kuat lu tak sedar diri .. buang org yang yang sama sama nak bangunkan itu Pakatan Rakyat. .. bila dah dah kuat badan pun lenguh sana sini penyakit sudah mari baru lu mahu ingat mahu bersatu mahu berpakat balik . Lu pikirlah sendiri.

      Delete
  6. Pasal pakai guna pakai singkatan Bersatu pun nak jadi isu. Ros ni dah tak ada kerja lain ke? Siap ugut nak batalkan pendaftaran lagi. Janganlah menjadi begitu zalim. Jika hendak menghukum, hukumlah dengan adil. Doa orang yang dizalimi sangat makbul disisi tuhan.
    Selagi tidak digunakan dalam urusan rasmi seperti majlis dan surat-menyurat aku ingat tak jadi hal. Lagi pun parti-parti lain tidak menjadikan Bersatu sebagai singkatan mereka.
    Sebagai contoh Parti Bersatu Sabah (PBS). Mereka tidak menggunakan singkatan Bersatu sebagai identiti mereka tetapi menggunakan singkatan PBS. Jadi alasan Bersatu mengelirukan orang ramai memang tidak boleh diterima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno patut pakai Umno Baru.
      Kan Umno lama dah diharamkan.
      Tak pula Ros ugut batalkan pendaftaran.
      Ros oh Ros...

      Delete
    2. Ros kan singkatan untuk Rosmah, apa la korang ni..tu pun tak tau...hahaha

      Delete
  7. Replies
    1. 1 RM = 5 Taka( Mayban Ext Rate)
      Zaman Mahathir 1 RM = 15 Taka
      Tidak Mustahil dalam 10 tahun lagi 1 RM = 1 Takka.
      Kalau tak percaya, boleh archive exchange rate bagi takka tahun 1986 to 1996

      Delete
    2. Anon 01:29 ...hang bangang hari ini rate 1RM = 18 Takka..Penipu betul budak ini

      Delete
  8. Salam Bro

    WE ARE GOING TO WAR!
    Satu statement yang menyemarakkan semangat juang rakyat.

    Saya setuju dengan penagguhan tanda tangan perjanjian PH dan PPBM kerana masih banyak yang perlu dihalusi. Jangan gopah gapah...Kita ada Ketua yang berpengalaman mengetuai "PEPERANGAN" dengan rekod menawan lebih 2/3 kerusi Parlimen selama beliau memimpin kerajaan...Itu satu asset yang tak dapat kita abaikan. YAB Tun M adalah sebenar Panglima dalam "PEPERANGAN' ini. Walaupun Lim Kit Siang, Hadi Awang dan lain lain senior politician ada...namun mereka tiada pengalaman seperti Tun M.

    Yang penting kesepakatan dan perpaduan semua pihak untuk mencapai matlamat memenangi pilihan raya demi kepentingan rakyat semua. Hanya itu yang kita mahu.

    Peduli dengan MO1...penghujung harinya semakin jelas dan dekat sekali...(His days are numbered)

    Syabas dan teruskan perjuangan. Satu undi dari saya memang pasti.

    ReplyDelete
  9. Apa guna berbincang kalau tidak ada persetujuan untuk satu muafakatan dan kesepakatan ? Kena setuju satu lawan satu. Bukan sekadar retrotik.

    Selagi ada yang tak setuju selagi itu lah tidak di tanda tangani.

    Ini masalah kepercayaan dan keyakinan.

    Jika Muhyiddin yakin, sila ketemukan pemimpin PAS dan AMANAH dulu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tetap aku.
      pas perlu ditalqinkan.
      selagi pemimpi2nya flip flop
      tak guna di bawa berunding.
      jangan sampai ke peringkat aku benci
      muhyiddin, wan azizah dan azmin
      kemudian aku berkata,
      pergi mampus korang semua, sudahlah...

      Delete
  10. Political alignment ni perkara biasa, diperlukan mengikut keadaan semasa. Kenyataan tdm di mesyuarat ph hari ni bahawa yg sabotaj ph adalah penyokong najib; adalah warning pada pas. Soal dedak dibangkitkan tdm. Jelas dia ada bukti, mungkin pasal rm90 juta, tdm dia punya statement berkias ni memang boleh goncang.

    PAS dah terperangkap...dah terlambat untuk pas nak saman sarawak report, dah terlambat jugak nak nafi atau ngaku, dan tak boleh lagi buat derk. Jalan terbaik ialah join ph jadi junior partner. Kalau nak tunjuk gah, pi main solo, kena tibai pasal isu rm90 juta nanti sure lingkup, boleh survive kat kelantan dan ganu jerrr kot. Tengok la mat said ganu, kejap in, kejap out, last last umno pon buat donno, pas pon buat donno, bersatu pon meluat ngan dia...habis dah riwayat politik dia.

    ReplyDelete
  11. Pak budin sebenarnay PH yang dok pujuk sangat PAS tu bukan kerana PH tak kuat tapi mereka hanya kuat bercakap yang PAS pula mereka tu memang kuat pendirian dan gerak kerja tapi bodoh dalam perancangan mak kedua-dua belah pehak ada kelemahan itulah sebabnya PH yang didukongi oleh PPBM,PKR,DAP dan Amanah hendak sangat PAS bergabung dalam PH dengan gabungan ini nanti semua tenaga gerak kerja dalam masa berkempen PRU nanti akan diserahkan pada PAS untuk melaksanakan dan gabungan selebihnya akan main peanan sebai porakperanda itulah sebabnya PAS berkeras kepala minta jadi sebagai ketua supaya senang mengarah siapa saja dalam gabungan PH untuk bekerja.

    ReplyDelete
  12. Muhyideen termakan hasutan Azmin kot???? Geng Azmin lebih pentingkan Pas dari Amanah. Tu sebab Muhyideen bercelaru. Perkara 22 tu sudah pun dipersetujui olih Dap & PKR semasa PR lg.

    Muhyideen was2 tetapi dicheckmate olih Mahathir yg kata Bersatu akan join PH dan ckp Pas trak mahu kerana munkin termakan dedak.

    Kalau Pas dh makan dedak RM90juta mustahil mereka bolih join PH sbb kalau dia belot Tuan dedak akan dedahkan kpd dunia.

    ReplyDelete
  13. Aji Adi ni orang Ganu kate 'bodoh sombong', ' cerdik tak leh tupang bodoh tak leh ajor'......nasiblah pas buleh presideng macang ni.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Ini TAHI JUDI LAKNATULLAH selalu menyibut kat sini. Nama saja islam, menyebut nama Allah tapi MUNAFIK PENYEMBAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  16. Klu btl pas terlibat dlm isu 90juta tu,mmg ckp malang buat pas..
    Mana lu mau,lu mau selamat atau ini kes gua kasi viral....kho...kho..

    ReplyDelete
  17. Malsysia ini negara raduah nrgara penyangak anak baranak perangai sama saja iaitu menghabiskan duit rakyat duit 1mdb dibalun bersama cina laknat tu maka org umno melayu ug bodoh bangang masih naksokong bn umno bodoh bodo melayu ni

    ReplyDelete
  18. Demi utk perpaduan utk hancurkan bn umno dlm pru14 amatlah didokong tetapi jika ada parti ug tidak ada pendirian jadi hamba bn umno talam dya muka musang berbulu ayam maka dicadangkan agar parti itu birlah dia bersama umno kerana mereka suka jadi barua umno

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...