Sunday, 13 November 2016

SALAHKAH BILA TUN M, MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ MAHU ANWAR DIBEBASKAN?


Salahkah bila Tun Mahathir Mohamad memakai lencana "Free Anwar Now"  pada bajunya?

Salahkah juga apabila Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir memegang plakad yang tertulis "Free Anwar"?

Sejak petang semalam terlihat meriah sungguh serangan dan persendaan terhadap tindakan Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz itu sambil mereka turut dilabel dengan bermacam-macam tanggapan seolah-olah telah melakukan dosa yang sangat besar.
Apakah tindakan mereka itu suatu dosa dan melambangkan sikap hipokrasi dalam perjuangan?

Jika diperhalusi, tiada apa-apa yang salah sebenarnya. Tun Mahathir dengan Anwar sudah pun berbaik, bertemu dan bersalam antara satu sama lain. Begitu juga dengan Muhyiddin.

Mereka juga sudah sepakat dalam beberapa perkara dan bersetuju dengan hakikat perlunya Najib Razak disingkirkan atas kesalahan yang dilakukannya yang bukan saja merosakkan negara, malah menjadi perbualan di seluruh dunia.

Maka, setelah sealiran begitu, apakah salahnya lagi jika mereka mahu Anwar dibebaskan dalam penjara?

Lagi pun Anwar dipenjara sekarang bukan kerana Tun Mahathir, sebaliknya berlaku di era Najib di mana Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat itu didapati telah pun bertemu Najib dua hari sebelum membuat laporan polisnya.

Sama ada Anwar benar-benar melakukan seperti apa yang didakwa Saiful, biarlah Tuhan yang menentukannya. Bukan kerja kita menentukannya.

Tetapi, dalam proses mahkamah, keadilan adalah penting. Sebab itu, dalam kes bunuh atau rasuah misalnya, banyak yang akhirnya didapati tidak bersalah kerana wujudnya beberapa kecurigaan berkaitan kejadian dan bukannya kerana tidak melakukan kesalahan. 

Itulah keadilan dalam mahkamah dan ia diakui di seluruh dunia, selebihnya bukan lagi kerja manusia. 

Dan jika pun Tun Mahathir ada kesalahan-kesalahan lampau terhadap Anwar, kita juga seharusnya berbangga kerana bekas Perdana Menteri selama 22 tahun juga sedia berbaik dan menebusnya kembali.
Tidakkah ia sikap terpuji yang harus sama-sama kita hargai? Adakah kita turut menpunyai sikap seperti itu?

Dari segi perjuangan pula, kiranya mahu dikata hipokrit dan berdosa, sebenarnya adalah jauh lebih hipokrit dan berdosa kiranya Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz terus bersama Najib sekarang ini.

Tidak ada mana-mana tamadun yang dapat menerima apa yang dilakukan Najib sekarang merupakan suatu kebaikan dan amalan yang boleh dipuji.

Dengan itu, kesanggupan mereka berjuang melawan Najib, ia adalah lambang sikap progresif dan sedia berkorban demi kepentingan rakyat dan negara.

Filipina, Indonesia, Thailand dan beberapa negara Arab telah pun lebih dulu menghalau pemimpin mereka yang tidak amanah dan  bersikap kleptorat. Kita masih dikira terlambat dalam hal ini.

Apakah mereka yang sedang mempertahankan Najib sekarang tidak rasa bersalah atas perbuatan mereka sedangkan bukan saja Malaysian Official 1 disebut dalam pendakwaan Jabatan Kehakiman AS, bahkan juga kes penggubahan wang haram berkaitan 1MDB yang sedang dan akan  dibicarakan di beberapa negara lain?

Siapa yang sebenarnya hipokrit dan sedang melakukan dosa? (SH 13/11/2016).

42 comments:

  1. Apakata Tuan Punasihat Lebai Musang Berjanggut???

    Tuduhan skandal 1MDB ditolak kerana tiada 4saksi...

    Tuduhan Liwat keatas Anwar boleh diterima walaupun tiada 4saksi.

    Apa kitab lu pakai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebai musang berjanggut berangan-angan juai ruu Dari PUTARJAYA.

      Delete
    2. Lebai malang PIS tak sedar sedang dijual. Bodoh tak boleh diajar.

      Delete
    3. Dia pakai kitab pas ler apa lagi.

      Delete
  2. Tak setuju pun tak apa, tapi ikut suara ramai. Itu politik. Tapi sekarang ni, isu anwar pun dah turun ranking. Isu pm, isu 1mdb, isu hutang, isu negara lebih banyak dibincangkan dan ranking lebih tinggi dan lebih dapat tumpuan. Harap pemimpin bijak menggunakan isu dan mengutamakan rakyat, negara dan agama lebih daripada pemimpin. Sekarang rakyat yg tertekan dan pemimpin perlu korban kepentingan diri.

    ReplyDelete
  3. Hidup Anwar!
    Hidup Tun!
    Buang yang keruh...ambil yg jernih.

    Rasanya yg masih jd batu api sekarang ialah geng² shaitooon yg dikenali.

    Semoga Tun dan Anwar bergabung. Semoga parti Tun dan parti Anwar bersekutu. Semoga penyokong Tun dan penyokong Anwar berpadu.

    Demi negara. Demi rakyat dan demi masa depan Malaysia.

    Tiada faedah sikit pun...mempersendakan perkara baik yg dibuat oleh tokoh yg masih berbisa spt Tun.

    Hidup Tun dan Anwar...!! Kami mahu perubahan dan pemulihan total negara dipimpin oleh anda berdua..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. The umnopigs lah yg sentiasa jadi batu api

      Delete
  4. Tak kisah sapa pun yg jd PM selepas PH menang dlm pru 14 nnt...!!

    Asal bukan penyamun tarbus dari parti hamnoo dan pigs boleh aje jd PM.

    Beruk dlm hutan pun kalau layak jd PM pun ...aku sokong!! Hahaha

    ReplyDelete
  5. Pakai lencana jer pun, tu pun nak kecoh. Bukannya bawak anak tiri naik jet kerajaan atau bawa bini masuk mesyuarat bersama pegawai-pegawai kerajaan..

    ReplyDelete
  6. Sekurang-kurangnya Bang Non tidak lari atau mengelak daripada Kedaulatan Undang-Undang.Sedangkan Najib merosakkannya untuk tujuan menyamun.

    ReplyDelete
  7. Biasa ler umno, bukan boleh tengok kebaikan, diaorg rasa panas punggung..pakai badge pun jadi isu, mcm dah bangkrap idea nak alih isu bos diaorg yg bermasalah tu..kesian,kesian

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna nama bersatu jadi isu.
      guna nama umno, sepatutnya umno baru,
      (umno lama sudah diharamkan)
      tidak pula jadi isu.

      Delete
    2. Tak ada beza Umnopigs dgn Paspigs sama2 makan dedak.
      Rasuah berleluasa skrng ni.
      Orang2 Melayu skrng bukan macam orang2 Melayu dulu.
      Asalkan duit.
      Tok haji tok lebai dah tak kenal haram halal lagi dah
      Telan semacam saja.
      Maklumlah rezeki terpijak

      Delete
  8. Di atas setiap kesabaran ada ganjaran dari Pemilik Hari Pembalasan. Semoga Anwar Ibrahim dan keluarga mendapat pembelaan sewajarnya. Semoga yang melakukan kesilapan akan membetulkan kesilapannya sebelum terlewat. Semoga Allah s.w.t menyelamatkan kita semua dari bencana penjajahan asing dan pergolakan saudara. Bantulah kami Yang Maha Kekal.

    ReplyDelete
  9. Yang sibuk pula kini ialah budak Tingkat 4 yang bergegas menghantar pasport antarabngasa kepada Anwar sebaik sahaja ia dibebskan dari penjara. Ingat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat.
      Budi baik dikenang jua.
      Tentang itu aku salut KJ...

      Delete
    2. Semua orang ingat cerita ni. Laju saja budak cerdik tingkat 4 tu pi hantar pasport kpd anwar.

      Delete
  10. Assalam Tuan Shahbudin,

    Dalam politik negara ini jangan pandang rendah keupayaan DS Anwar Ibrahim. Lim Kit Siang dan Tun perlukan DS Anwar bukan disebabkan mereka ini kesian atau sayang Anwar.. Mereka perlukan Anwar utk "Political Mass Mobilization" atau Mobilasikan Rakyat untuk kepentingan politik. Dalam era demokrasi baru ini, perlukan rakyat atau ahli parti aktif dalam proses politik sekali gus pada hari mengundi mereka keluar ramai-ramai utk mengundi parti yg mereka sokong.

    Tanpa mobilisasi pengundi, walau pun ramai yg menyokong tetapi kalau tidak mengundi pada hari mengundi tidak berguna juga. Maksud konsep mobilisasi yg mudah ialah, persuasikan (Persuation) rakyat melakukan sesuatu dengan beramai-ramai. Teknik persuasi yang terbaik ialah dengan cara bangkitkan emosi rakyat dengan ucapan-ucapan atau pidato. Hanya seorang yg boleh lakukan ini ialah, "DS Anwar Ibrahim".

    Ini dibuktikan pada PRU yg lepas dimana beribu-ribu pengundi yg bermastautin di luar Negara dtg beramai-ramai mengundi Pakatan rakyat.

    BERSIH Berjaya melakukan ini pada BERSIH 2. Kerajaan pemerintah bukan bodoh, mereka tahu dan juga lakukan perkara sama, cuma mereka tak selitkan dapat "emosi" seperti Anwar Ibrahim. Dengan sebab itu kerajaan ingin gagalkan perhimpunan bersih 5 dengan berbagai cara seperti dengan kumpulan "Baju Merah" diketuai Jamal Ikan bakar. Cara ugutan diwujudkan kononnya, Kuala Lumpur akan mandi merah. dan cuba beri persepsi Ibu kota akan kacau bilau. Baru-baru ini dikatakan Bersih telah terima Dana dari Soros untuk jatuhkan kerajaan diperbesarkan media utama kerajaan.Wal hal Najib sendiri mengaku terima dana dari Pak Arab utk PRU. Terima dana dari luar Negara bukanlah satu kesalahan dibawah undang-undang Negara. Tetapi mereka putar kepada "ingin menjatuhkan kerajaan."

    Adalah satu kesilapan dalam demokratik moden ini smelarang rakyat berhimpun beramai-ramai. Ini sebenarnya akan suburkan Demokratik itu sendiri. Melarang rakyat berkumpul ini seperti melarang rakyat utk partisipasi dlm politik seperti Negara tidak ada parlimen tetapi dimemerintah cara Monarki.

    Mobilisasi ini sekiranya ia dilakukan oleh parti pembangkang kerajaan ia digelar demonstrasi, kalau dilakukan oleh kerajaan yg memerintah ia digelar sebagai,"konvensyen"/ perjumpaan dan lain-lain nama sedap dan sesuai dengar utk kita.

    Mobilisasi rakyat utk mengambil bahagian dalam system demokrasi berparlimen sgt penting untuk meraih undi dan suburkan system demokrasi.

    ReplyDelete
  11. Free Anwar tidak akan wujud
    sekirannya Najib memimpin Malaysia
    dilandasan yang betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersatu pun tak akan wujud jika najib tak mencuri dan merompak

      Delete
  12. Salam,
    Parti Pas juga amat diperlukan bukan kerana Pas ini hebat berpolitik tetapi pemimpin-pemimpin Parti Pas punyai kehebatan boleh "kumpulkan ahli-ahlinya sekuarang-kurang 1/2 juta ahlinya anytime dan any where". jadi jgn pandang rendah juga keupayaan Parti Pas dlm Mass Mobilization dan dlm politik negara.Kejayaan Bersih 2 ialah disebabkan penyertaan PAS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pppooorrraaahhh.....
      itu dulu samdol masa nik aziz masih ada.
      sekarang no morelah.
      sejak hadi@ularsemak rapat dengan umno
      pas@haramjadah dah berpecah sepuluh.
      lagi lu anon 13:52 mau tujuk aksyen.....
      nak tanya, sr dah saman ke belum?

      Delete
    2. Kumpul 90 jota ker?

      Delete
    3. Mana ada dah pemimpin2 pas yg hebat semua golongan professional dah angkat kaki tinggalkan pas.

      Hanya lebai2 kulub dan yg bodoh bodoh yg masih tinggal dalam pas

      Pas saja yg dok syok sendiri.

      Delete
    4. Tapi ahli tak lari walaupun ular mak tu dah lari perjuangan. Ini boleh dilihat dalam 2 prk yg lepas. Masih boleh dapat banyak undi untuk menangkan bn. Kalu pas tak masuk geng, boleh lihat keputusan macam prk dalam pru 14. Kita hanya boleh bersorak tapi suara tak boleh runtuhkan bukit

      Delete
  13. Penganjur sudah tubuh unit keselamatan ke
    untuk melindungi para peserta Bersih5 kalau
    Jamal@PakTongkol dan Ali@BontotDance buat
    huru@hara dan kacau@bilau nanti...

    ReplyDelete
  14. Tun bkn dlm umngok.. sukahati dia la nk sokong sapa pun.. yg bising2 pasai apa.. ada yg terasa la tu... xleh trima hakikat la tu..

    ReplyDelete
  15. Jangan gundah-gulana.
    Jika Kun Fayakun diambil kira.
    Insyaalah Anwar akan jadi PM.
    Jika Kun Fayakun diambil kira
    Insyaalah Najib akan tumbang.
    Anytime from now...

    ReplyDelete
  16. Lebai2 kata kalau nak bebas kan DSAI kena ada 4 orang saksi jugak

    Ha5

    Tak caya tanya walaunta2nya

    ReplyDelete
  17. bepakat-pakat dgn bebagai bangsa dlm malaisa bkn pekara mudah.bila dah dlm pesepakatan nak mendapat kata sepakat pula jadi payah..
    kalu sesama bangsa pon begadoh sbb tak pueh hati .kalu byk bangsa lg byk dia punya haramjadah..
    mlayu boleh terima cina, adakah cina boleh terima mlayu.
    contoh cina malaisa jd apa d sini, mlayu singapork jd apa d sana.
    himponan bersih terang-terang tidak suka kerajaan mlayu dan orang mlayu tetapi ada pula mlayu dok tehegeh hegeh nak ikot demo bersih.
    bila ada geng jamal baju merah becampog pula geng bersih baju kuning akan menjd mak ko ijo, mak hang ijo, mak bapak hangpa ijo . hadi awe mesti suka..
    polis cina boleh sokong geng kuning.
    polis mlayu boleh sokong geng merah..
    bila keadaan mnjd tak terkawal boleh pange baju ijo masok campog..
    demo yg sangat berjaya dmalaisa..



    ReplyDelete
  18. Ketakutan hilang kuasa duit projek rasuah.....
    Keris pahang

    ReplyDelete
  19. Di zaman umno tun, melayu mampu beli hartanah kat kl. Hari ni thestar lapor dbkl launches new portal to list unsold bumi units. Ni lah zaman umno skrg, pemimpin kaya, rakyat tak mampu beli rumah direct dari developer, walau siap ada bumi diskaun. Lagi nak tunjuk gah ekonomi tumbuh 4% suku ke 3 tahun ni. Macai umno, apa komen korang?

    ReplyDelete
  20. ketibaan duli yang maha mulia seri paduka baginda junjungan besar tuhan amerulmukminiin mengambil alih kepimpinan bn membawa obor islam mengislamkan dunia. Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn nak merapu kat sini. Nabi isa turun dari langit pimpin bn? Kalu di Teganu org pis pernag percaya hedy wangnaik kelangit masa tahun 80s.

      Delete
    2. mana la tahu yenggedey valikopo punya ramlan kalu2 betoi diya mai, kita sama2 la sokong demi agama.

      Delete
  21. Parti pak lebai skrg ni dipandu oleh pemandu tua. Pegang stering pun ngetar2. Mata pun dh kabur. Cakap pun dah tak mcm masa muda..terketar2. Selalu ponteng. Penumpang nak naik pun takut.
    Bila penumpang kata jalan yg di lalui salah...berlawan arus...dia blh keluarkan hadith dan ayat quran. Tak da kena mengena langsung..
    He3
    Dah nyanyok lebai tua ni.
    Dah tak kenal halatuju jln yg nak di pandu.

    Tukar lah pemandu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak khianat katanya.
      http://bicaramindamerdeka.blogspot.my/2016/11/tidak-khianat.html?m=1

      Delete
  22. Biar mati anak jangan mati adat.
    Ertinya kalau Pas bersama Pakatan Harapan (PH)
    aku akan undi BN/Umno walaupun selama ini
    (sepanjang PRU diadakan) aku pengundi setia Pas.
    Entah mengapa kini, sebelah mata pun aku tak
    boleh pandang Hadi@Ularmak@UTurn tu...

    ReplyDelete
  23. Anon 20:40, kamu ini graduan kelly castle universiti ka?
    Pariah Umno nak berlakon disini?
    Pi jumpa tok guru belajar lagi...

    ReplyDelete
  24. Yang larang pakai lencana tu orang UMNO/BN . Adalah satu 'taboo' atau kesalahan maha dahsyat jika pengampu dan penjilat UMNO/BN lekatkan lencana itu .
    Tapi harus sedar Tun , Muhyiddin , Mukhriz bukan orang UMNO lagi . Mereka juga bukannya ahli komponen BN .

    Jadi , ngapa penjilat penjilat UMNO bising bisingkan ???

    Mereka seharus nya 'bisingkan' itu Jamal Terbakar yang berperangai tak ubah macam gangster berlesen di Negara ini . Tolong lah TV 3 ...jangan siarkan lagi muka JIMBAOK ini lagi .

    Kalau buat rating survey , saya jamin rating TV3 ni terletak di bawah saluran Thangathirai !

    ReplyDelete
  25. Weiii.
    Jamal pak tongkol berdarah hidung pulak
    Keh4
    Konon kata org pukul dia
    Tapi sebenarnya dia yg pukul hidung dia sendiri.
    Ha3
    Sendiri buat kecoh..sendiri pukul..sendiri tanggung la..
    Ni la org melayu kata

    Melayu jenis haprak.
    Specis seitannnn.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...