Thursday 24 November 2016

BERPECAHKAH BN SELEPAS AKTA 355?


Hari ini Presiden Pas, Hadi Awang dijadual membentangkan usul persendirian Akta 355 bagi tujuan memperkasa mahkamah syariah di Parlimen setelah ia mendapat lampu hijau daripada kerajaan.

Usul itu tidak sukar difahami niat politik di sebaliknya kerana biasanya usul berkaitan kerajaan akan dibawa sendiri oleh parti pemerintah, bukan diserahkan kepada parti pembangkang seperti Pas untuk mengusulkannya.
Kenapa UMNO dan kerajaan sendiri selama ini tidak pernah terfikir untuk memperkasa mahkamah syariah sedangkan mereka tentunya lebih tahu dan arif mengenainya?

Lantaran tujuan UMNO dan kerajaan dalam hal ini lebih bersifat politik iaitu untuk memikat hati Pas, maka sudah tentu yang ditunggu-tunggu juga ialah kesan politik daripada usul tersebut?
Apakah selepas ini hubungan UMNO dan Pas menjadi lebih akrab tautannya dan akan saling berganding bahu, secara rasmi atau untuk memastikan berlakunya pertembungan tiga penjuru bagi menghadapi PRU 14 akan datang?

Apakah Pas akan terus menutup pintu rundingan dengan parti-parti pembangkang lain di mana sebelum ini mereka pernah menyatakan sentiasa terbuka dengan matlamat satu lawan satu untuk sama-sama  menumbangkan UMNO dan BN?
Dalam masa yang sama, bagaimana pula dengan dengan kedudukan BN sendiri setelah usul itu dibentangkan, meskipun perbahasan dan pengundian bagi kelulusannya dijangka dianjakkan ke tahun depan?

Apakah parti-parti bukan Islam seperti MCA, MIC, Gerakan, PBS dan SUPP yang selama ini menentang usul itu masih mahu kekal bersama BN?

Jadikah menteri-menteri MCA, MIC dan Gerakan mengundurkan diri daripada kabinet sebagaimana janji mereka sebelum ini?

Sementara beberapa pemimpin komponen BN lain menentang usul itu berasaskan hujah ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Presiden MCA, Liow Tiong Lai pula menganggapnya sebagai "cek kosong" ke arah perlaksanaan hudud.
Tergugatkah sokongan BN daripada pengundi di Sarawak berikutan Ketua Menteri, Adnan Satem telah pun mengarahkan Ahli-Ahli Parliman Bumi Kenyalang tidak memberi sokongan kepada usul Hadi yang mendapat restu UMNO itu?

Di antara Pas dengan rakan-rakan bukan Islam dalam BN, siapakah yang akhirnya lebih menjadi keutamaan bagi Najib dan UMNO? (SH 24/11/2016).

53 comments:

  1. Langkawi - tempat mahathir kononnya

    http://khairulryezal.blogspot.my/2016/11/umno-bakal-tumbang-di-langkawi.html

    pemimpin dtg dah pergi - umno bn tetap gagah perkasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sebat berbilion2 duit rakyat memanglah gagah perkasa. Tah mana duit tu pon kita tak tau....sampai sekarang tak berjawab-jawab.

      Bukak company.....untung tah ke mana....duit lesap kena rembat....rugi yg dapat....hutang bertimbun macam gunong...

      Siasatan tah ke mana....keluar laporan diOSAkan....tanya tak boleh, nak debat lagilah tak boleh....last2 senyap sunyi tak bunyi2.....abes kesah dgn gitu jer....tamat tutup cerita...

      Bijak bijak tahniah...!!

      Delete
    2. Kalau dah gagah perkasa kenapa nak sangat melutut pada Negara China ? Kenapa sangat nak berbaik ngan Obama ? Kenapa pulak rendah diri lintang pukang nak pikat Hadi sama Pas ? Sebab sakit dah tak larat. Siapa pon tak kisah. Main bantai jer bang oi !

      Delete
    3. Gagah perkasa eh ? Umno Bn akan mampos semampos mampos nya . Sekarang ni pun dah lembik nyawa2 ikan.. sampai sanggup jilat bontot PAS ... kahkahkah kerana takut hilang kuasa .

      Delete
    4. para penyokong kepimpanan umnok nie... mmg ak tak paham ape masalah otak korang nie... tu pasal la banyak yg gagal periksa.. takde pemikiran aras tinggi... klu benda semudah merompak tu salah; org suruh saman bagi pembuktian tidak bersalah tak buat; suruh jawab, hanya penafian sahaja... ape lagi yg nak dipertahankan... dah tak tahu la, kebebalan apakah yg telah melanda diri penyokong najisy nie..

      Delete
    5. Woi bangun la woi. Matahari dah atas kepala. Mimpi disiang hari tu. Umno gagah perkasa la konon. Makan pil taik ayah pin ke ko ni.

      Delete
    6. Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menarik diri daripada mempengerusikan Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) atau Jawatankuasa Tanah sementara menunggu perbicaraan dakwaan rasuah terhadap dirinya.


      “Kebiasaannya, kami menggesa ahli politik mengambil cuti sementara membolehkan siasatan terhadapnya dilengkapkan. Jika cadangan seperti ini susah untuk diterima, maka langkah lebih progresif boleh diambil di mana-mana demi keadilan, pemimpin itu dinasihatkan untuk tidak mempengerusikan dan menguruskan perkara dalam SPC atau Jawatankuasa Tanah buat masa ini sehingga keputusan akhir mahkamah,” kata Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah), merujuk kepada perbicaraan kes rasuah Guan Eng.

      Teh yang membahaskan Bajet 2017 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa turut berkata jika mempunyai peluang, beliau akan membuat perubahan terhadap perlembagaan negeri bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan ketua menteri kepada dua penggal.

      “Kita dalam sistem Westminster yang menjalankan fungsi pemisahan kuasa yang terdiri daripada perundangan, eksekutif dan kehakiman.

      “Dan sekarang kita berada dalam krisis di mana badan kehakiman sedang dalam proses menyiasat eksekutif berkaitan beberapa pertuduhan.

      “Dalam sistem kita, salah satu struktur adalah tanggungjawab. Seorang pemimpin perlu mengamalkan tanggungjawab bersama ketika berdepan kontroversi supaya kepentingan awam selamat dan tadbir urus dipertahankan,” katanya.

      Lim tidak hadir pada persidangan DUN ketika Teh menyampaikan ucapannya.

      Dalam perkembangan berasingan, Teh berkata jawatankuasa transgender yang dibentuk juga melaksanakan dua simposium pada tahun ini.

      “Simposium ini dimasukkan dalam bentuk laporan yang dibentangkan dalam dewan,” katanya.

      “Kalau boleh, saya juga akan membentangkan laporan itu kepada exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk diterima dan dibentangkan di DUN sebagai satu kenyataan dalam mesyuarat pada tahun depan,” katanya

      Delete
    7. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, MCA, MIC, Gerakan dan SUPP disarankan keluar dari BN ekoran sokongan parti itu ke atas usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 yang akan dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang esok.


      Pindaan tersebut melibatkan pertambahan hukuman penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan sebatan sebanyak 100 kali bagi kesalahan syariah.

      ""DAP menentang undang-undang seperti hudud ini kerana ia bercanggah sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

      "Walaupun kami menghormati hak-hak orang Islam untuk menentukan hal-ehwal agama mereka, ia mesti dilakukan dengan betul dalam konteks Perlembagaan Persekutuan.

      "Cadangan tambahan hukuman akan semakin mendekatkan Akta 355 dengan undang-undang seperti hudud dan atas sebab inilah, ia perlu dilakukan melalui pindaan Perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga dan bukan menerusi undang-undang biasa," jelasnya dalam kenyataan.

      Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dan taklimat dengan anggota parlimen beragama Islam bagi menjelaskan usul Abdul Hadi berkenaan.

      Sebentar tadi pula, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, usul berkenaan menjalani sedikit pindaan sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat melibatkan had hukuman yang boleh dikenakan hakim mahkamah syariah.

      Khairuddin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus berkata, pada usul yang akan dibawa presiden PAS itu, mereka meletakkan had untuk hukuman penjara, denda dan sebatan.

      "Perkara yang dipinda ialah hukuman penjara antara tiga hingga 30 tahun, denda antara RM5,000 hingga RM100,000 dan sebatan setakat maksimum 100 kali," katanya.

      Bagaimanapun kata beliau kaedah sebatan itu sama sekali berbeza dengan pelaksanaan hukuman sama untuk mahkamah sivil.

      Kata Khairuddin, sebatan mengikut kaedah syarak adalah pelaksanaan "seperti merotan anak saja".

      Usul itu dijangka dibawa ke Dewan Rakyat selewat-lewatnya pada hari terakhir sidang kali ini, iaitu esok. Bagaimanapun ia bergantung kepada kebenaran diberi oleh speaker.

      Usul itu digelar sesetengah pihak sebagai "undang-undang hudud" kerana didakwa bakal membuka jalan kepada pelaksanaan hukum Islam di peringkat negeri, terutama di Kelantan yang ditadbir PAS.

      Negeri itu tahun lalu meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang antara lain memberi kebenaran untuk hukuman rotan antara 40 hingga 100 kali sebatan.

      Bagaimanapun ia tidak boleh dilaksanakan setakat ini kerana kewujudan had hukuman mengikut Akta 355 masih wujud.

      Mengulas lanjut, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, sementara DAP menghormati pandangan dan kehendak masyarakat Islam dalam menentukan hal-ehwal agama sendiri, semua pihak juga tidak boleh lupa kebimbangan rakyat bukan Islam yang mahu melihat Perlembagaan Persekutuan dipertahankan.

      Perlembagaan Persekutuan adalah berbentuk sekular dengan Islam sebagai agama Persekutuan, jelasnya, dengan tambahan hukuman supaya lebih dekat dengan peruntukan hudud akan melanggar Perlembagaan Persekutuan dari segi semangat dan kriterianya, kata Lim.

      "MCA, MIC, Gerakan dan SUPP layak untuk menerima kutukan kerana mengkhianati prinsip dan janji untuk menegakkan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

      "Demi kepentingan politik, mereka terus menipu rakyat dengan menyokong Umno yang sanggup bekerjasama dengan PAS untuk memintas Persekutuan Perlembagaan bagi membolehkan undang-undang ini berkuat kuasa.

      "DAP mengingatkan MCA, MIC, Gerakan dan SUPP bahawa untuk AKTA 355 diluluskan, ia hanya memerlukan majoriti mudah dan bukan 112 daripada 222 ahli Parlimen manakala bagi pindaan Perlembagaan diluluskan pula, 148 ahli Parlimen mesti mengundi menyokongnya.


      Delete
    8. Rakyat Malaysia perlu menghormati usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika masyarakat Islam negara ini percaya ia sebahagian daripada tanggungjawab mereka, kata Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj.


      Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi Parlimen, Jeyakumar mengingatkan ia menjadi hak setiap masyarakat di Malaysia untuk membuat keputusan mengenai bagaimana mahu mengamalkan agama mereka.

      “Berdasarkan prinsip ini, jika masyarakat Islam di Malaysia percaya dengan memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah di negara inih merupakan sebahagian tanggungjawab sebagai seorang Islam, maka kaum lain tidak harus menghalang mereka berbuat demikian.

      “Bagaimanapun golongan bukan Islam di negara ini perlu diberi taklimat mengenai RUU itu bagi memastikan hak mereka tidak dilanggar.”

      Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan sesi taklimat khas mengenai RUU 355, di mana setiap Ahli Parlimen Islam dijemput menghadirinya.

      Ini mendorong respons daripada wakil Amanah, Khalid Samad yang menegaskan sepatutnya bukan Islam turut dijemput ke sesi taklimat itu dalam usaha membersihkan kekeliruan terhadap RUU itu.




      Jeyakumar juga berkongsi sentimen sama dengan Khalid, mengatakan bukan Islam perlu diberitahu mengenai implikasi RUU itu untuk memastikan adanya pemisahan kuasa antara mahkamah Syariah dan sivil.

      Beliau turut menekankan keperluan lebih banyak perbincangan mengenai RUU 355, kerana terdapat beberapa ahli Parlimen yang prihatin terhadap kemungkinan implikasinya ke atas orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

      Apabila ditanya pemberita sama ada beliau akan mengundi menyokong terhadap RUU itu, Jeyakumar berkata beliau perlu merujuk kepada rakan-rakan parti dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM).

      “Saya berbelah bahagi kerana tidak boleh mengundi berdasarkan apa yang saya rasa sebagai India. Saya perlu mengambil kira yang saya mewakili 1/3 Melayu dan 1/3 Cina di kawasan saya.

      “Jadi saya perlu mengundi berdasarkan apa yang orang saya mahu.”

      Semalam, Zahid berkata pindaan RUU 355 akan dibaca untuk kali pertama sebelum akhir sesi Parlimen pada Khamis ini.

      Zahid juga berkata Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam akan ditubuhkan untuk mengkajinya lebih lanjut.

      RUU yang dibawa Hadi pada 26 Mei bertujuan meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah untuk mengenakan penalti lebih berat terhadap kesalahan di bawah undang-undang Syariah bagi kesalahan Islam yang disenaraikan di bawah bidang kuasa negeri dalam Perlembagaan Persekutuan

      Delete
    9. Assalamualaikum...
      Kenyataan terbaru Anuar Musa boleh mengecutkan perut ramai penentang Najib terutamanya dari PH atau lebih khusus PAN sebabnya kerjasama PAS dan Umno boleh menyelamatkan kerajaan persekutuan Umno dan peluang untuk PH atau PAN menguasai Kelantan akan hancur.Siapa tidak takut?Kalau segala taburan dan rekaan cerita Husam kuasa 10 akan berkubur begitu saja.Walau bagaimanapun PAS tidak mudah melatah dengan taktik pujukan Anuar Musa kerana PAS cukup tahu PAS tidak sama dengan Umno.


      Oleh itu apa yang Anuar Musa kata PAS dan Umno mempunyai persamaan buat masa sekarang tidak benar sama sekali.Dasar PAS adalah menjunjung Islam dengan erti meletakkan AL Quran, sunnah dan ijmak ulamak di atas pemikiran manusia sedangkan Umno dasarnya pragmatis yang sekular yakni meletakkan akal manusia mengatasi petunjuk agama.

      Sebab itu kita lihat sekarang Umno tetap berpegang dengan ajaran Islam dalam setengah hal dan menolak perintah Islam dalam hal yang lain terutama dalam hukum jinayah serta penduan individu supaya tidak rasuah atau menindas dengan kuasa yang ada.Umno memilih untuk ikut akal dalam bab hukum jinayah dan tarbiyah individu supaya jangan rasuah dan menindas orang yang tak sehaluan.Itu beza yang jelas antara PAS dan Umno tetapi persamaannya, kedua dua pihak masih seagama yang boeh memungkinkan PAS dan Umno jadi sama di masa hadapan.

      Untuk recalled, walaupun Umno tak mahu ikut Islam seluruhnya, Umno masih menguat kuasakan undnag undang Islam dalam beberapa aspek kehidupan.Undang undang munakahaq terutama melibatkan nikah kahwin masih lagi teguh dengan undang undang Islam, undang undang pesaka masih lagi ikut undang undang yang ditetapkan Islam dan yang terbaru undang undang perbankan Islam sudah dikuatkuasakan untuk orang Islam dan pilihan untuk bukan Islam.

      Sambil itu pemantauan kepada amalan Islam juga bagus, Umno mengujudkan satu pasukan dalam KDN yang diberi kuasa untuk memantau dan mengawal penerbitan dan penjualan Al Quran menyebabkan kita semua boleh yakin dengan Quran yang kita baca dan beli.Pengawalan bahan makanan halal ditugaskan kepada JAKIM yang juga boleh kita harapkan untuk lebih yakin setiap kali kita membeli belah.

      Begitu juga memantauan ajaran sesat, semuanya disediakan Umno tetapi bila sampai kepada undang undang jinayah dan perlakuan rasuah dan penindasan kedapa penentang mereka, Umno tak mahu ikut Islam.Di sinilah kerosakan yang besar yang dilakukan oleh Umno, bukan Najib seorang sahaja tetapi kerosakan itu bermula dari Mahathir, orang yang kuat menentang Najib hari ini sehingga sanggup bercakap sampah bahawa siapa yang tak mahu joint PH dan Bersatu untuk lawan Najib dianggap makan dedak Najib.Ngok punya kenyataan, tak siuman langsung.

      Berbalik kepada kenyataan Anuar Musa, suka dinyatakan PAS dan Umno masih tak sama dan boleh jadi sama hanya dengan satu syarat, syarat yang pernah dinyatakan oleh ATGNA ia itu Umno kena masuk Islam seluruhnya.Kalau ini berlaku, maka seperti kata ATGNA kita akan bubar PAS dan masuk UMNO keseluruhannya.

      Itu syarat mutlak yang masih terpakai sehingga hari ni tetapi sebagai relatifnya, kalau Umno masih gagal menukarkan dirinya kepada Islam sepenuhnya dan ini merupakan kemungkinan yang besar memandangkan kepakaran yang dalam Umno lebih kepada kepakaran sekular, maka PAS mungin juga akan berada pada situasi memilih dua keadaan mudharat dan yang kurang mudharat akan jadi pilihan.

      Apa dia dua keadaab mudharat? Situasi politik hari ini, Umno dan PH serta bersatu merupakan dua keadaan mudharat yang terpaksa dihadapi PAS, jadi PAS terpaksa memilih antara keduanya.PH dan bersatu tidak menunjukkan minat untuk menjadikan Islam sebagai panduan carahidup, dan kita bimbang kalau mereka berjaya menjadi kerajaan, banyak perkara perkara yang sudah dilaksanakan Umno dalam Islam akan dihapuskan.Mungkin tiada lagi pemantauan penerbitan dan penjualan Al Quran, pemantauan produk halal dan mungkin juga akan ada pindaan hukum kepada hukum kekeluargaan Islam yang melibatkan rukun rukun nikah yang amat penting kepada penjagaan nasab keturunan kita orang Islam, siapa tahu!



      Delete
    10. Saya ingin menyatakan seperti berikut :-
      1. Datuk Seri Liow Tiong Lai & Datuk Seri Mah Siew Keong pernah atau tidak melawat Amerika Syarikat & Kanada? Boleh teliti sistem perundangan di sana. Kanada umpamanya, mengamalkan sistem perundangan Inggeris dan Perancis. Seluruh Kanada mengamalkan English Common Law melainkan Quebec mengamalkan Civil Law selepas 1759 Battle of Quebec.

      Amerika Syarikat pula memiliki dual court systems (federal & states). Malah antara setiap negeri di Amerika Syarikat terdapat undang-undang yg berbeza di antara satu sama lain.
      2. Tan Sri Adenan Satem perlu tahu bahawa melalui RUU 355 jika berjaya sekalipun, hudud yang boleh dijalankan hanyalah kesalahan zina (100x rotan), tuduh zina (80x rotan) dan minum arak (40-80x rotan). Apa masalahnya Tan Sri? Tiada seoang pun manusia dalam dunia ini sama ada muslim atau non muslim yang mengatakan 3 kesalahan tersebut sebagai perkara baik. Semuanya setuju bahawa 3 kesalahan itu memang buruk. Rotan mengikut undang-undang Islam mudah & ringan. Tidak mencederakan dan tidak dibuka aurat. Ini jauh lebih bertamadun berbanding dengan hukuman rotan jabatan penjara sekarang. Boleh saya tahu, apa masalah Tan Sri?

      3. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Janganlah Tan Sri samakan agama Kristian dengan agama Islam. Dalam Bible (Mark 12:17) "And Jesus said unto them, Render unto Caesar the things that are Caesar's, and unto God the things that are God's. And they marveled greatly at him". Ini hanya sesuai untuk agama Kristian. Tetapi dalam ajaran Islam, kami orang Islam tunduk kepada perintah ALLAH & Rasul dalam segenap kehidupan, sewaktu makan, dalam tandas, bilik tidur, di stadium, mahkamah, politik dan segenap aspek kehidupan. Harap Tan Sri tidak samakan Kristian & Islam.

      4. Encik S. K. Devamany, boleh tuan tunjukkan saya apa masalah dengan two contradictory legal systems? Saya ingin cadangkan tuan agar ketika melancong di luar negara cuba ambil kesempatan mengkaji sistem perundangan negara maju termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain. Kenapa negara maju boleh lakukan, tetapi negara kita tidak boleh? Malah negara kita sudah ada dual banking system yang juga boleh disebut "contradictory". Tetapi pengalaman peribadi saya ramai client saya yg non Muslim lebih suka menggunakan Islamic banking / finance.

      5. Kesimpulan saya, jika boleh memberi peluang sebaiknya kepada undang-undang Islam di Malaysia tanpa sebarang usaha sabotaj, saya yakin ramai akan memilih undang-undang Islam dan mereka akan bertanya, "kenapa kita tidak melaksanakannya lebih awal?".

      Delete
    11. mengucapkan setingi-tinggi terima kasih atas sifat “prihatin” Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak pernah berhenti menyatukan PAS dengan UMNO melalui kenyataan-kenyataan beliau.


      Namun, PAS amat jelas dan faham akan tahap meroyan beliau yang dilihat masih kecewa kerana impiannya untuk melihat Presiden PAS dijatuhkan dalam Muktamar lepas melalui rakan-rakan politiknya dalam parti Amanah sekarang telah menemui kegagalan.

      Serangan LGE atas nama DAP kepada PAS bukanlah perkara baru. Malah setiap minggu jika beliau tidak sebut PAS mahu bergabung dengan UMNO memang tidak sah dan nampak pelik. Pemuda PAS sungguh terhibur dengan lawak PAS-UMNO yang tiada berkesudahan sejak 2008. Hampir 7 tahun berlalu, gossip PAS bergabung dengan UMNO dimainkan daripada PAS bersama dalam Pakatan Rakyat hingga bersendirian.

      PAS kekal istiqmah dengan perjuangannya tanpa sedikit pun ruang untuk bergabung dengan UMNO seperti yang dicita-citakan oleh LGE. Memang pelik bila DAP lebih bersungguh mahu PAS bergabung dengan UMNO berbanding orang PAS sendiri, mereka pula yang lebih ghairah bermimpi hingga melupakan tanggungjawab mereka dalam menguruskan amanah rakyat dan parti mereka sendiri.

      Kini mereka mahu membuang PAS di Pulau Pinang dan Selangor. Sepanjang 7 tahun difitnah, PAS kekal bersama mempertahankan Kerajaan Selangor, berjuang mempertahankan Kerajaan Perak yang digulingkan, menyokong dasar-dasar positif Kerajaan Pulau Pinang.

      Namun, semua itu mereka padamkan dari sejarah, hanya kerana dendam selepas PAS menolak calon MB Selangor dari DAP dan PKR. Selepas PAS mengisytiharkan untuk membawa undang-undang hudud Kelantan ke Parlimen. Selepas PAS umumkan sikap berkecuali bagi cadangan Bajet 2016.

      DAP memang suka dilihat sebagai parti yang suka cari gaduh dengan rakan-rakan sekutu mereka dan cuba menunjukan perangai “Abang Besar” dalam Pakatan. Tidak cukup dengan PAS, kini DAP mula menyerang PKR di Pulau Pinang pula dan menuduh 5 Adun PKR yang mengambil keputusan berkecuali dari menolak usul tebus guna tanah seluas 2,600 hektar untuk diperdebatkan secara umum. Sekaligus DAP menuduh bahawa 5 Adun PKR ini menyokong dan bersekongkol dengan UMNO yang mengemukakan Usul berkenaan. Asal berkecuali atau tidak menyokong mereka, pasti akan dikatakan menyokong UMNO.

      Sebelum itu, pada persidangan DUN Pulau Pinang Mei lepas Kerajaan DAP telah mengugurkan 4 dari 5 usul yang dikemukakan oleh Adun PKR (Penanti), Norlela Ariffin hingga mencetuskan rasa ketidakpuasanhati dan menunjukan sikap ‘double standard’ DAP Pulau Pinang terhadap usul-usul yang dikemukakan oleh Adun-adun selain dari DAP. DAP semakin angkuh khususnya di Pulau Pinang dan cuba membolot semua keputusan-keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri hingga mengenepikan hak parti-parti Pakatan lain untuk bersuara.

      Sikap DAP inilah yang merosakkan hubungan Pakatan Rakyat selama ini dan pasti akan terus menjadi duri dalam daging dalam Pakatan Harapan yang menjadi pentas lakonan baru mereka. Mereka sanggup bergabung untuk dapatkan kuasa, dan bila sudah dapat kuasa mereka akan tunjuk perangai besar kepala.

      PAS juga mengingatkan agar DAP turut melihat kepincangan dalam organisasi mereka sendiri, dimana amalan demokrasi yang gagal begitu terserlah sebelum mempersoalkan dasar-dasar PAS. Jika pemilihan PAS mengangkat dan menolak pemimpin yang sepatutnya, pemilihan DAP Selangor pula berlaku sebaliknya. Tony Pua yang menduduki carta undian nombor 8, jauh dibelakang Gobind Singh Deo diangkat sebagai sebagai Pengerusi DAP Selangor sekaligus menidakkan mandat perwakilan yang memilih pemimpin terbaik mereka. Nampaknya nama parti itu, “DAP - Parti Tindakan Demokratik” perlu ditukar sebagai Parti Tindakan Kuku Besi!

      Delete
    12. Budak2 Babi Neraka melaknat DAPigs. BABi dengan BABI bergaduh, Kita orang tak masuk campur. Dua2 species BABI dan NAJIS Mughallazah

      Delete
    13. Hadi minta tangguh lagi, kali kedua! Selepas setahun canang pemerkasaan mahkamah shariah dan selepas 3 kali persidangan Dewan Rakyat PAS kencing jemaahnya dan umat Islam negara ini. Geng Ustaz siap bawa sepanduk buat demo depan Parlimen untuk ugut wakil rakyat Islam yang menolak usul Hadi. Malangnya sia-sia lakonan mereka. Sekarang mana anjing-anjing Hadi? Teruskan melalak bagi pihak 'ulama' anda untung dapat habuan dari bahagian MYR90 juta derma Najib dan pendapatan lombong.

      Celakalah manusia-manusia yang menggunakan ayat-ayat Allah untuk menipu daya. Celakalah manusia-manusia yang mengambil dari bukan haknya!

      Delete
    14. Datok Leo Tiong Lai bertegas mahu meletakkan jawatan dalam kabinet jika RRU355 diluluskan pindaannya.

      Pada penulis, kalau dia mahu melatakkan jawatan apapun dalam kerajaan, letaklah. Sebab apa? Sebab MCA telah ditolak majority kaum Cina. Tinggal berapa kerat aja kerusi MCA, itupun di kawasan majority Melayu. Kalau kawasan majority Cina, MCA dah tenggelam.


      Jadi apa ada hal kalau Tiong Lai letak jawatan kabinet? Jawatan dia boleh diisi oleh orang lain yang lebih daya fikirnya. Tiong Lai lemah daya fikir bagi penulis. Sebab dia tak faham maksud bahasa Melayu "RRU355 tidak melibatkan orang bukan Islam". Dia tak boleh memikir untuk faham. Jadi kerajaan Malaysia tak perlulah menyimpan lagi menteri yang kurang daya berfikir untuk memahamkan ayat tersebut.

      Menteri yang kurang daya faham tidak memberi faedah kepada negara. Bak kata orang, buat sibuk aja. Datok Jamil Khir tidak perlulah mengambil perduli kritikan atau ugutan letak jawatan Tiong Lai. Dia tidak ada hak dalam urusan agama Islam sebab dia bukan Islam. Dia tidak ada kepentingan sedikitpun.

      Rugi pengundi Melayu mengundi Tiong Lai dalam PRU13 yang lalu.

      Wassalam.

      Delete
    15. Mengapa hairan dengan DAP dan MCA. Mereka orang kafir yang Allah telah sebut secara nyata bahawa mereka tidak akan setuju dan redha atau suka dengan Agama Islam.



      Penulis tidak hairan kerana Allah telah nyatakan sejelas jelasnya.Sebaliknya ada orang Islam yang mengaku beriman dengan Allah pun tidak setuju dengan RUU 355 yang dibentang oleh Presiden Pas.
      Bukan setakat tidak bersetuju, malah ada sesetengah mempersenda senda presiden Pas yang berusaha bersungguh untuk membentang RUU 355 di Parlimen.
      Demikian tindak tanduk mereka yang kafir.Pada hal RUU 355 tidak ada kena mengena dengan batang tubuh mereka.

      Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan terhadap hukuman semasa Mahkamah Syariah adalah maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

      Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS - Marang) hari ini membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

      Oleh itu, yang paliknya orang Islam sendiri semacam tidak percaya dengan apa yang dinyatakan di dalam Al Quran.

      Mereka seolah olah tidak percaya dengan cakap cakap Allah yang mencipta kita.Kita kata kita beriman dengan Allah dan Rasulullah SAW, akan tetapi tidak percaya dengan kata Allah yang kafir itu tidak bersetuju dengan Islam.

      Allah telah menyatakan dengan sejelas jelasnya bahawa orang kafir sekali sekali tidak akan bersetuju dan suka dengan agama Islam.

      Bayangkan, diutus nabi kepada mereka membunuh para nabi dan Rasul. Itu nabi dan rasul. Apatah lagi hendak memperkasakan undang undang Islam di Mahkamah Syariah di Bumi Malaysia ini yang agama Islam adalah agama persekutuan.

      Delete
    16. Assalamualaikum, Berjela jela PKR memberi alasan untuk terus bersikap tunggu dan lihat kepada RUU 355.Kalau dulu PKR mendakwa RUU 355 dibiarkan tergantung tanpa penjelasan , kinipun mereka tetap menggunakan alasan tersebut.Kalau dulu PKR menegaskan perlu memastikan keadilan Islam, sekarangpun alasan yang sama untuk menangguhkan pendirian mereka.Kalau dulu PKR mahu perlembagaan negara diletakkan di atas alquran, sekarangpun sama.Saya pernah menjawab apa yang dijadikan alasan PRK serta pendokong mereka tetapi kali ini saya tak mahu bercakap banyak, cukup sekadar meminta PRK menoleh ke sebelah sekejap untuk melihat bagaimana reaksi banyak NGO Islam dan beberapa orang mufti terhadap RUU 355.


      NGO NGO dan mufti ini tidak pula menyatakan RUU 355 dibiarkan tergantung sebaliknya tanpa bantahan terhadap apa yang dibentang kali pertama oleh TGHH terus menyokongnya.Ada NGO seperti Isma dan PPIM yang sebelum ini sering mengkritik PAS kerana bergabung dengan DAP dalam PR, kini sudah memberi sokongannya bukan sahaja kepada RUU 355 tetapi kepada PAS secara keseluhannya.Mereka sekarang percaya dan yakin dengan wadah perjuangan PAS untuk Islam yang syumul.Jadi apa sebenarnya masalah PKR? Apakah benar dakwaan mereka atau sekadar mencari alasan kerana ada sebab lain?

      RUU 355 mengatasi kepentingan politik sebab itu TPM Zahid Hamidi sendiri menjemput MP yang berugama Islam bukan menjemput MP Umno dan PAS sahaja ke taklimatnya.Apatah lagi LGE turut menyeru MCA, MIC dan parti bukan Islam lain untuk keluar dari BN kerana RUU 355 ini.Bukankah itu satu tanda jelas betapa sakit hatinya LGE yang mewakili DAP kepada RUU 355? Kenapa PKR mahu turut bersubahat dengan mereka dengan tidak menyatakan pendirian? PKR sepatutnya didominasikan oleh orang Islam dan perlu tampil menyatakan sokongan kepada RUU tanpa alasan.

      PKR perlu belajar dari NGO NGO Islam yang lebih 500 semuanya yang kini telahpun membentuk seketariat untuk ke Parlimen bagi menyokong RUU 355.

      Ugama sepatutnya berada di atas, Al Quran sepatutnya berada di atas perlembagaan dan untuk keadilan Islam RUU 355 adalah penyelesaian awal kepadanya.PKR harus mengakui seperti pengakuan 2 orang mufti yang ilmunya terlalu tinggi dari ilmu yang ada dalam PKR.Kalau kita tak nak ikut orang berilmu, siapa yang kita ikut?

      Delete
  2. Replies
    1. Tiada tempat untuk KATAK, Lompat si Katak Lompat, Lompat dalam Jamban.

      Delete
  3. Replies
    1. Mu pon waspadalah sebab otak mu dah karat !

      Delete
    2. Hanya KATAK yang takut China, kalau China jumpa KATAK, Mampao kau KATAK, China suka makan Katak..Katak ini kalau dimasak Stem Onion & Garlic..Ngam Ngam Choi kalau dimakan dengan Bubur Nasi

      Delete
    3. Nama jer mlayu isle. Makan duit rasuah sama la makan babi.

      Delete
    4. Silap tu, Babi Neraka (BN) tak makan BABI, sebab BABI dan BN itu anak-beranak dan dua2nya najis mughallazah !

      Delete
  4. Replies
    1. Agen fair n pink, agen jamban...eh maaf jamkho, agen korset munafie, agen fair pink ialah org yg sama. Itu jugak orgnya.

      Tak payahlah ko bertubi-tubi nak menyamar jadi lain2 org. Boleh blaaaahh kalo ko ingat org bodoh tak boleh tau. Kalo nak bangang......ko bangang jer sorang2 beb. Org ada common sense kak oooiiii.....org belomlah bodoh lagiiii.....

      Delete
    2. Ko tau warna pink tu untuk apa ? Waspada kerana mungkin badan kamu pon ada. Agen konon !

      Delete
    3. Jangan layan anak2 Katak yang berselindung belakang Babi Neraka (BN)

      Delete
  5. dah siapa khianat, pas juga ke? ngaku Islam, Islam hang semua ni Islam kapal selam ado lah.

    ReplyDelete
  6. Adakah MCA mempunyai teloq macam DAP ? MIC, Gerakan DSB tak payahlah saya Tanya sebab mmg sudah tahu TIADA !!

    Walau apapun, saya tetap hormat DAP kerana ada pendirian. MCA seakan tiada tulang belakang. Ikut telunjuk tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. poyi tanyo pan lagi hilang telo kono pongap dek dapig

      Delete
    2. Liow tiang lai berani cakap nak undur kabinet sebab dia tau ruu tak lulus punya. Bravo adnan satem, hebat berpendirian, org cam ni la baru roti telur.

      Delete
    3. 13.03...ada pongap dek poyi ado tanyo kuih kuaci apo dayo kerbao mandi mando telok komang den beramboi

      Delete
    4. Kenapa Mahathir langsung tidak berbunyi tentang pembayaran besar yang perlu dibuat oleh Kerajaan kerana nafsunya membela salah satu kroninya, YTL?

      Sebelum ini telah didedahkan bagaimana pentadbiran Mahathir telah meluluskan bahagian besar ccukai lapangan terbang bagi setiap penumpang yang menggunakan KLIA atau KLIA2 kepada ERL. Julah tersebut meningkat setiap beberapa tahun tanpa mengira sama ada penumpang pesawat menggunakan ERL atau sebaliknya.

      Delete
  7. alo latok mo1... ha... nak main api sangat kannn... mendapat la dengan ko punya pandai...

    lepas nie nak tengok pulak api yang ko main dengan negara2 besar...


    ReplyDelete
  8. Bravo Adenan Satem... bulat maufakat sebulat suara. Jangan jadi bengong...RU355 tu satu sandiwara....menghikayatkan kisah cinta UMNO dan PAS. Tak kenal maka tak cinta?...sape tak kenal UMNO dan PAS?...bersekongkol dan berasmara di khalayak ramai...perkara pokok dan asas semua tolak tepi asalkan drama cinta mereka umpama sinetron yang tiada penghujungnya.

    Parti BN, MCA, MIC, Gerakan...mereka juga sebahagian dari plot drama tersebut berperanan menyuntik provokasi untuk menghangatkan sambutan. Tiada yang berubah...segalanya tetap seperti status quo yang ade sekarang. RU355 hanya gempak umpama guruh di tengahari dalam panas terik sang matahari.

    RU355...PAS dan hududnya...UMNO dan kleptokrasinya...heh!...kedua duanya amat hodoh sekali.

    Kita jangan ambil peduli sinetron ini...fokuskan kepada PRU 14 dimana segalanya akan berubah...Kita yang membawa perubahan yang kita mahukan.

    PERUBAHAN...Segalanya bermula dari diri kita sendiri dan SEKARANG adalah masanya.

    ReplyDelete
  9. Peringatan buat PAS dan ahli2 yg masih bikeh fikir:
    *Fakta-Najis/UMNO/BN sah penyangak..setuju? setuju.
    *Matlamat 355 menghalalkan cara?..setuju? mampos la kamu.Tak percaya?!
    **Kalau wang yg diberi oleh pencuri boleh bina masjid..Boleh? Boleh. Maka, tak perlu berhujah..mampos pi la kamu semua!!

    ReplyDelete
  10. PAS bila mau saman sarawak report ni? Ari tu bukan main lagi nak ambik loyar.

    ReplyDelete
  11. So, with hudud (and Jamban and the geng so called Najis 7) coming back to the front and center, people's attention have been diverted from the false imprisonment of Maria! Just what the boss has ordered to be the case?

    Only in Malaysia where the same gain is played over and over again...

    Have we not had enough already?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unlike dedak eaters, ordinary msians dont get diverted or swayed so easily. Umno still thinks that the people are stupid. Let them be. Thanks to the relentless and uncompromising principle, the people stand united in opposing them. The manufactured feel good factor from the china mega billion "investments" is lost within days. Utusan continues to bleed. Jamal is a laughing stock. So is that old man from pasir salak. The hudud deal is being dealt with a big blow by adenan satem. Umno is running out of ideas now, so expect more bizarre stuffs from them. One good thing is...ahmad maslan dah diam, elok jugak la.

      Delete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia masuk lagi.....haram jadah menyemak betul...!!!

      Tuan Shah tolong DELETE posting judi ni.

      Delete
  13. Amat ketara Najib semakin terdesak selepas Bersih 5.0 sehingga dipaksa melamar semula PAS. Parti-parti bukan Islam dalam BN semua tak berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yo la ko o'ang kecewa solja melayu bershit takdo

      Delete
  14. mano macai2 PIS....adenan satim yang Islam pun tolak....inikan pulak MP Umno....wait and see...drama baru nak bermula....tak tau pulak berapa episod...sepatut dah habis bulan oktober nih...rupa-rupanya belum habis lagih...

    ReplyDelete
  15. Ada tak dalam ruu tu kata org yg cakap tak serupa bikin akan kena sumbat mulut ngan taik orang? Contoh: nak saman sarawak report pasal duit rm90 juta tapi tak saman saman. Kalau ada hukuman sumbat taik, aku sokong.

    ReplyDelete
  16. Umno parti gangster. Tahan anak tajuddin ikut sosma

    ReplyDelete
  17. Anak Tajudin pengikut General Jamban ancam Parlimen. Apa reaksi Raja Twitter? Nama baik Pasir Salak masok longkang. Melayu otak selut yg bangsatkan bangsa melayu..tepok lutut tanya siku

    ReplyDelete
  18. Tuang amanat 1981 dah kapirkan puak yang dia berikan kepercayaan untuk bentang undang2 ala Ade bawang.Kalau orang kapirkan saya, jangan haraplah saya bentangkan ruu udut pis, apatahlagi udut pis tu mendapat tentangan dari rakan kongsi kuasa.Dulu ludah umngok sekarang jilat balik, APA hukumnya wahai ularmak, bagus lagi preview video cantat sotong.

    ReplyDelete
  19. "Kok" sial kau udin???

    ReplyDelete
  20. Anak kok "sial" maki cina...tapi bapanya berkalwat dgn cina utk sapu projek perumahan Gen-2 di Seb. Perak..takpa pulak??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...