Monday, 28 November 2016

NAJIB, JEMPUTLAH HADI AWANG JADI TETAMU PERHIMPUNAN AGUNG UMNO!!


Setelah tampil sedondon berbaju merah jambu beberapa bulan yang lalu, Najib Razak dan Hadi Awang sekali lagi akan duduk di atas pentas yang sama - kali ini dalam suatu perhimpunan raksasa berkaitan Rohingya pada 4 Disember akan datang nanti.

Sebelum itu, ikatan kemesraan antara UMNO dan Pas yang menghadapi pelbagai cemuhan, turut dirapatkan lagi dengan persetujuan kerajaan memberi lampu hijau kepada Hadi Awang membawa  usul Akta 355 bagi tujuan memperkasa kuasa Mahkamah Syariah.

Meskipun usul tersebut sudah dibaca sebanyak dua kali, ia tetap ditangguhkan jua akhirnya. Tetapi, usul itu nyata telah merapatkan lagi hubungan antara mereka.
Dengan itu, bibit-bibit ke arah "perkahwinan" antara UMNO dengan Pas, sama ada secara "sembunyi-sembunyi" atau "terbuka rasmi", nampaknya sukar untuk dielakkan lagi.

Terutama bagi Najib dan UMNO, mereka terlihat ingin benar menunjukkan kepada umum dan jika boleh, mahu mengadakan "kenduri besar-besaran" mengenai "perkahwinan" dengan Pas itu.

Jika pada majlis Multaqa Ulama yang lalu, Najib dan Hadi berpakaian sedondon merah jambu, dalam perhimpunan Rohingya kali ini tidak mustahil kedua-dua pemimpin itu akan bersedondon sekali lagi.

Mungkin kali ini sama-sama berpakaian merah atau hijau atau barangkali juga  seperti kebanyakan "pengantin", warna tema putih yang menjadi pilihan.

Tetapi, yang pastinya Najib dan Hadi tidak mungkin memilih pakaian berwarna kuning hari tersebut.

Sebelum 4 Disember di mana Najib dan Hadi akan bergandingan di atas pentas Rohingya, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agungnya bermula 29 November hingga 3 Disember.

Ramai kawan-kawan dalam UMNO, termasuk yang pernah menjadi Ketua Bahagian, Ahli Parlimen dan menteri, mencadangkan adalah amat molek jika Najib menjemput Hadi Awang untuk hadir sebagai tetamu rasmi Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

Kata mereka, dengan kehadiran Hadi Awang ke Perhimpunan Agung UMNO itu nanti, perhimpunan raksasa Rohingya sehari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO pasti lebih meriah jadinya.

Dalam masa yang sama, dengan hadirnya Hadi Awang juga,  nama Najib sudah tentu akan melonjak sebagai lambang penyatuan Melayu, di sebalik isu 1MDB dan kemasukan wang beribu-ribu juta ke dalam akaun peribadinya.

Dengan kedudukan Hadi sebagai ulama besar dan seterusnya pemimpin nombor dua Kesatuan Ulama Sedunia, kehadiran beliau secara tidak langsung akan turut membersih dan menyucikan lagi Najib daripada segala kekotoran skandal yang pernah terpalit kepadanya.

Bersama dengan kenyataan Peguam Negara yang sudah membersihkan Najib dari sudut perundangan sebelum ini, sudinya Hadi Awang hadir,  jelas kawan-kawan dalam UMNO itu lagi, bukan setakat mampu membersih dan menyucikan, bahkan juga mewangi serta mengharumkan lagi nama Perdana Menteri.

Maka, saran mereka kepada Najib, jangan lepaskan peluang membawa Hadi Awang ke Perhimpunan Agung kali ini. (SH 28/11/2016).

41 comments:

  1. hahah...lobai lontoih ni,tak sorik sorik,digelembong oleh penyamun bertaraf dunia ni.Dah berapa kali ru355 ni ditanguhkan.Dah jadi macam buku hutang buku555.kalu aku jadi penghanut pas,dah lama aku tinggalkan lobai hadi ni.mENHABIHKAN BOREH je..Lobai hadi ni,nak experementkan ajaran islam ala hadi,1981 Amanat Hadi-FAILED.2014----Experiment dgn DAP---FAILED.2015---Experiment dgn UMNO...

    kATA IKUT AL-QURAN DN HADITH..
    Tapi dlm al-quran dah bagitahu; Agama islam dah sempurna dah/ surah al-maidah.tak boleh ubah-ubah atau experiment lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Pendekar mustar tak ikut ke? Ke dah demam tengok lebai musang berjanggut punya perangai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai pakain pahlawan melayu lama...ada tengkolok dan ketis

      Delete
    2. haha ... elok sgt tu

      Delete
    3. pahlawan naik kuda ka kereta lembu?

      Delete
    4. Naik mercedez

      Delete
  3. Jangan malu malu la Hadi...Tak payah lah nak fikir panjang.
    Declare je bergabung dgn UMNO/BN ni.
    Rakyat pun tak pening dah nak fikir pilih yang mana satu.
    Dulu kata puak umno ni kafir,tarik balik la pasal ko boleh tolong sunatkan puak puak ni.Lagi pun elok sangat la pasal sekarang cuti sekolah. Musim orang bersunat.Apa macam Hadi?
    Penyokong Hadi/pas fikir fikirkan lah dengan Tuan Presiden ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu la nak declare...
      Nnt pengundi lari..
      Skrg ni lebai2 pas tengah cari ayat2 dan hadis2 supya jd halal utk bergabung dgn umno
      Sabor lah ye

      Delete
    2. Ahli2 pas ni lembu belaka. Cukup senang diperbodohkan oleh hadi

      Delete
    3. Dah sekian lama diperbodohkan..!!

      Delete
  4. Kaum Rohingya telah terceroboh oleh anasir Wahhabiyah yang mengamal ideologi seleweng dan tindakan ganas terhadap orang yang tak ikut saloran mereka - baik muslim atau bukan muslim.

    CELAKA AHLI TAKFIRI!

    ReplyDelete
  5. Kalau UMNO boleh jemput wakil Parti Komunis China untuk hadir kat PAU, takkanlah tak boleh jemput Hj Hadi Tuang Presideng PAS yang sama agama, sama melayu, sama warna baju, sama2 kata RM 2.6 billion tu tak dak kes dan sama2 bermusuhan dengan Amanah dan DAP. Bila lagi nak ishtihar secara rasmi wei? Apa2 pun, bagi saya, apa saja yang dilakukan oleh kedua2 tuan presiden tu adalah demi kepentingan peribadi. Mereka bukannya mendahulukankan kepentingan rakyat, bukan benar2 mempertahankan Islam dan melayu dan bukan juga terkesan kepada nasib malang kaum Rohingya. Kesemuanya adalah demi kuasa, political milage dan tembolok. Next PRU, I will not vote either of them! ABU dan ABUK (asalkan bukan ulamak konar).

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  6. Siapa Kata hadi kena kelentong dgn UMNO?
    Kalau diselusuri dari awal percubaan mengahwinkan PAS dgn UMNO sebenarnya walaun yg kena gelembong dgn kepimpinan PAS sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa
      Kena kencing banyak kali dgn umno pun masih no problem
      Kalau sampai minum air kencing pun boleh.

      Delete
  7. Hadi Awang kencing ahli2 Pas yg tolol dulu, kini dan selamanya..

    ReplyDelete
  8. Lebai hadi jgn malu2 nak pi perhimpunan agung umno nnt ye. Pakai la tengkolok..keris...sampin...pakaian melayu lama.
    Baru la nampak melayu sepertimana yg diagung2kan.
    Lepas tu hulur la keris yg panjang dan sebut .."hidup melayu"
    Lebai2 tentu teruja sbb mada pethimpunan agung pas yg lps lebai2 ni pskai pakaian pahlawan melayu.

    ReplyDelete
  9. Jangan lupa jemput sekali ketua Pemuda pas nik abduh.boleh cium mulut dengan kj.

    ReplyDelete
  10. JEMPUT HADIR SAMA 4 HB AHAD NI, JGN LUPA WALAUPUN BERLAINAN PARTI, OK JUPA DISANA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankan pas dah kata demonstrasi tu haram

      Delete
    2. Nak demo kat sapa?

      Delete
    3. Tanya eddie ah wang

      Delete
    4. Mana fungsi/kuasa Hadi sbg naib presiden ulamak dunia dan Najib salah seorg pemimpin Asean? Knp nak heret serta bodohkan rakyat msia dlm isu antarabangsa mcm ni..?

      Delete
    5. Nak jemput, jemput la ikhlas sikit. Tempat tu kat mana? Jam berapa? Kumpul naik bas free kat mana? T shirt? Takkan air sirap ngan nasi lemak tak ada kot? Skrg musim hujan, tak leh motong, duit pun tarak, macam la tak paham...

      Delete
    6. ado bro, nescaya tuan2 dan puan2 menyokong usaha murni balasan kebahagian di kemudian hari, hanya bawa la air suam dan cokodok dari umah habis2 pun duit tambang lrt, bas je. max pun 10 iggt je gi & balik ... bro ... bro

      Delete
    7. Weakkkkkkkkk...
      Nak muntah dengar lobai hadi nak buat demo.
      Mimpi ka lobai ni.
      Atau..
      Mabuk air ketum..

      Delete
  11. Kenapa tiba-tiba pembangkang diam mengenai kroni IPP dan isu kehilangan beratus bilion?

    Allahyarham Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan, beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah kerana keengganannya untuk 'mengikut telunjuk' Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu masih lagi Perdana Menteri bagi memeterai perjanjian berat sebelah dengan pengendali Penjana Tenaga Bebas (IPP).

    Melalui satu wawancara sebelum pemergian beliau ke Rahmatullah pada 2014, Tan Sri Ani Arope berkata:
    Pada masa itu, TNB menjana elektrik pada harga 8 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh), kata Ani. Mengambil kira kos pengagihan dan penyaluran, iaitu masing-masing kira-kira 6 sen dan 3 sen pada masa itu, penyedia tenaga boleh mengagihkan elektrik kepada pengguna pada harga 17 sen bagi setiap kWh.
    Bagi membolehkan IPP memasuki pasaran, aras harga bagi penjanaan elektrik adalah pada harga 12 sen bagi setiap kWh, kata Ani kepada Kinibiz, di mana kedua-dua pihak iaitu TNB dan IPP boleh mengadakan rundingan.
    Namun Unit Perancang Ekonomi (di bawah Jabatan Perdana Menteri dan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir), telah menetapkan sendiri harga adalah 16 sen bagi setiap kWh. Dan dengan klausa terima atau bayar, kos itu meningkat kepada 23 sen, dan saya kata kadar itu adalah mengarut.
    Satu lagi klausa yang dianggap berat sebelah adalah harga kekal yang ditetapkan dalam perjanjian itu biarpun berlaku penurunan harga minyak di pasaran terbuka.
    Perjanjian itu menetapkan IPP akan dibayar satu harga tetap bagi kapasiti elektrik yang dibekalkan.
    Biarpun kita tidak menggunakan bekalan yang disalurkan, TNB perlu menerimanya atau membayarnya. Malah pada masa itu, kita mempunyai lebihan elektrik yang tidak digunakan.
    Menganggapnya sebagai perjanjian yang mengarut, Ani enggan menandatangani perjanjian itu dan meletak jawatan.
    Terlalu banyak klausa yang menjejaskan TNB yang saya tidak persetujui. Jika saya menandatanganinya, orang akan anggap saya juga 'sapu' atau terima bahagian saya.
    Pemimpin Pakatan sebelum ini menggunakan isu ini bertahun lamanya dengan mengatakan negara ini kerugian berpuluh bilion Ringgit setiap tahun dan mendakwa pemilik IPP ini juga rakan rapat kepada Dr Mahathir atau kroni beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pecacai copy paste amno dikesan.

      Tun dh lama cakap yg kalau betul dia bersalah then dakwalah dia.

      Sampai skg apa pun tarak

      Kesian nengok kebodohan kau

      Sikit hari esok boleh jadi timbalan Saleh keruak

      Delete
    2. Mamat ini mimpi di siang hari agaknya.please focus our discussion alright.

      Delete
  12. Terus je declare PAS parti komponen BN.. Baju pun dah sedondon dah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas dgn umno dah kena tangkap basah

      Delete
    2. ....di musim hujan

      Delete
    3. Dengan keadaan sekarang, yang makin menampakkan kenyataan, tak payah PAS 'munafik' pura-pura lagi nak berbaik dengan UMNO. 'Kepala gerombolan' semua sudah terang-terang mahu sertai UMNO..apa tunggu lagi masuklah kem yang itu dan bubar saja PAS...ramai yang sudah meluat dengan PAS!

      Delete
  13. Hj Hadi + Ds Najib = Munafiq politik gampang.

    ReplyDelete
  14. semasa pas dlm pembangkang dulu, ingat tak "amanat hj. hadi awang?" atau "fatwa hj.hadi awang?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toghut.....
      Assyabiah....
      Fasik...
      Kafir

      Benda ni la yg menyebabkan rakyat Msia berpecah belah...bergaduh...bercerai-berai...sampai ada berbunuhan

      Alih-alih....fatwa2 yg dibuatnya dinodai olehnya.

      Delete
    2. Hadi akan datang ke PAU untuk membaptiskan amno

      Geng2 pas pun boleh tahan samsengnya

      Lepas ni jamal tongkol dah takleh carik makan

      Delete
  15. RUU dan Rohingya dah benda lama...tapi perlu sebagai ramuan Pengawit utk hilangkan bau 1mdb da 90j. Rakyat bodoh akan terus disajikan hidalngan sebegini secara berterusan. Dasar PASUMNO -Amal Mungkar Nahi Makruf layukan melayuuu

    ReplyDelete
  16. Kalau ramai yang hadir pada 4hb nanti maka boleh tunjuk ada sokongan dari rakyat itu yang sebenarnya perkara tersirat. Dari buat perhimpunan adalah lebih baik panggil duta myanmar mengadap dan usir ja duta keluar sebagai tanda protes. Banyak lagi boleh buat untuk beri tekanan kepada kerajaan myanmar.

    ReplyDelete
  17. Akhirnya Hadi "iman kulit"Bawang tewas juga dgn bisikan pujuk rayu godaan Bijan the Satan..
    Kita sanggup berkawan dgn syaitan dan DOJ semua itu tak boleh pakai kerana video itu besi..islam kita adalah dgn politik suku,agama suku..3suku..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...