Ahmad Zahid Hamidi yang baru-baru ini mengusulkan agar Perlembagaan UMNO dipinda untuk memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden yang sudah tentu dengan maksud agar jawatan itu mesti disandang oleh Naib Presiden yang mempunyai undi tertinggi, kini tiba-tiba menegaskan kesetiaannya kepada Najib Razak adalah 101 peratus.
Kata Timbalan Perdana Menteri itu, beliau setia 101 peratus kepada Najib dan sentiasa bersedia untuk membantu Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam kerajaan dan juga parti.
Dalam waktu yang sama, Zahid juga berkata, beliau tidak memikirkan soal jawatan, sebaliknya berserah kepada ketentuan Allah dalam menentukan perjalanan kejaya politiknya.
"Saya hanya makan di pinggan yang ada di depan saya, nasi dan lauk yang dihidangkan kepada saya saja. Saya tidak akan pergi ke meja lain untuk mengambil lauk dan nasi, walaupun nasi dan lauk di pinggan saya tidak cukup.
"Ertinya saya akan berada di suatu keadaan di mana saya harus hormati institusi yang ada, dan jika berlaku ia adalah mengikut ketentuan Allah," ujar Zahid berfalsafah.
Mengapa tiba-tiba saja Zahid menyatakan kesetiaannya kepada Najib adalah 101 peratus?
Tidakkah ia ternampak berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa beliau seorang yang benar-benar setia kepada Najib?
Mengapa Zahid tidak mengatakan kesetiaannya hanya mutlak 100 peratus saja?
Bolehkah dipercayai sepenuhnya orang yang menyatakan kesetiaan secara berlebih-lebihan itu?
Jika diumpamakan seperti gelas, mengisi air sehingga 101 peratus bermakna melebihi muatan dan pasti akan menyebabkan ia melimpah serta akhirnya mengotorkan meja makan?
Jadi, apa maksud Zahid dengan setia 101 peratus itu - pernyataan rasa bimbang kehilangan jawatan atau cuba-cuba memberi amaran?
Selain itu, apakah Zahid mula merasakan dirinya semakin kurang dipercayai oleh Najib sehingga perlu mencetuskan idea mahu jawatan Pemangku Timbalan Presiden UMNO segera dimaktubkan dan kemudian berlindung pula dengan kesetiaan yang digembar-gemburkan sehingga 101 peratus bertujuan untuk memastikan kedudukannya lebih selamat?
Kenapa sehingga ini Najib dan Hishammuddin yang merupakan Naib Presiden UMNO dengan undi nombor tiga masih tidak memberi apa-apa reaksi berhubung cadangan mahu memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden itu?
Setujukah dua saudara sepupu itu terhadap usul yang mahu dicadangkan Zahid?
Sementara Zahid mengatakan beliau tidak akan pergi ke meja lain untuk mengambil nasi dan lauk, walaupun nasi dan lauk di pinggannya tidak cukup, tidakkah cadangan meminda Perlembagaan yang dicetuskannya itu menunjukkan beliau juga "teringin" kepada nasi dan lauk di pinggan lain yang tidak bertuan? (SH 25/11/2016).
Poyo...bentangkan forum RUU 355 tanpa restu NAJIB
ReplyDeleteRUU 355 DIKUATKUASAKAN TANPA SOAL TERUS TAAT - NAJIB SERAHKAN KEPADA PEMIMPIN UMMAH ... TUNGGU.
Deletenampak sgt mcm ada yg x kena. mcm dsai dlu hari2 akhir sbgai tpm pun berikrar taat setia pada tun m. akhirnya kena pecat gak. tunggu masa je tu.
ReplyDeleteTunggu je la.hisham akan lawan jg jwtan tim presiden.
DeleteSelepas pru14 dan umno tersungkur menyembah bumi tiada siapa pun kisah siapa presiden dan tim presiden.
ReplyDeleteMelayu dah hilang kesetiaan kepada UMNO dan PAS..Hanya PEKASA yang boleh mengembalikan kegemilangan Melayu dan Islam,Ibrahim Ali akan jadi PM.
DeleteShima bapok pun bukan main teringin nak jadi pm.
DeleteWoiiii bapok ko ni hanya layak jadi menteri kebudayaan saja.
Auwww..
Bertanding jawatan naib presiden dulu pun hampir hampir dah nak kalah dgn muka baru ia itu Datuk Mukriz Mahathir
Sedarlah sikit bapok diri oiiii
Istana Johor pun tak suka dgn sepupu kau tu.
Jgn nak berlagaklah. Sedangkan datuk kau sendiri datuk onn jaafar pun keluar parti dan tubuh parti negara lawan dgn umno.
Bapa kau hussein onn pun keluar umno. Skrng ko nak kata kat Tun Mahathir pula ker?
Bodoh punya bapok
Org yg declare ni selalunya rasa diri dia dah tak dipercayai lagi. Kenalah umum satu malaya yg dia setia. Bacalah sejarah umno dulu. Musa dan Anwar dulu pun pada akhir2 melaungkan kesetian jugak. Dua2 masuk longkang. Zahid ni aku ingat dah kena tekan dengan group Hisham ni. Tak payah gabra cicak cik Zahid, lepas pilihanraya ni nanti umno pun dah takde dah. Enjoy jelah apa yg ada ni ...
ReplyDeletePi Mampos ah dgn UMNO. Menteri2 melayu buat sial je hari2 bukan nya tolong rakyat pun ! Haramjadah !
ReplyDeleteSebagai org Islam kita boleh sokong ketua kita yg bersih beragama bertanggungjawab tetapi kalau ketua kita itu perasuah penyangak penyamun pembunuh pembelit tak kan kita nak patuh kut tak kan tak tegur biarkan saja itu namanya pengampu nak main selamat itu saja allahhuakbarr aa nak jadi pemimpin sebegini kesian kesian demi kuasa dan jawatan
ReplyDeletePemimpin umno mmg begitu, lemah matematiknya, 101 peratus, maknenya sokong 1 peratus aje..bak kate org perok..ate kalo nak ngipah, jgnle sampe ribut anginnye..kipasan yg laju amat merbahaya kepada pengipas maupun orang yg dikipas..zahid, ko tunggu ler waktu dicantas..u reap what u sow..
ReplyDeleteUMNO yang ada sekarang adalah parti dimiliki pemimpin pemimpin lemah , munafiq dan tiada barakah kebijaksanaan ..mereka nak teruskan nyawa politik hanya bergantung dengan isu isu rekaan kebencian antara kaum terutama melayu dan cina yang mana DAP menjadi kambing berwarna gelap..sekarang nak tumpang jaja hal agama yang dah lama dilacurkan oleh PAS ...sekiranya parti seperti sampah ini masih diberi kuasa maka malaysia tak kemana orang melayu sentiasa dibodoh dan dilemahkan sampai bila bila...ini lah umno dengan barisan pemimpin berkualiti seperti zahid Apatah lagi najib dan hisham dua individu tak berguna
ReplyDelete101% tak cukup untuk jadi PM. Masuk kelas bahasa inggeris dulu zahid. Buat master dulu langsung tak hadir kelas. Phd tak tau la pulak dtg dari mana. Projek kdn abis bagi kroni & sedara mara. Tu pasal laki bini mampu pakai jam ratusan ribu. Richard mille, franck muller. Anak tak payah keje muda2 dpt datuk.
ReplyDeleteIni lah sifat semua PEMIMPIN UMNO sekarang ini. Depa sudah anggap negara Malaysia pusaka bapak dia.
DeleteJadi sudah tiba masa kita tendang MEREKA SEMUA dari menguasai negara kita.
Kita terpaksa berkerja tanpa upah menjadi MENTERI PENERANGAN kepada semua keluarga dan kawan kita.
Insha Allah penderitaan rakyat akan berakhir bilamana 'Pengikut Al Masih Ad Dajjal' ini dapat kita singkir dalam pru 14 nanti.
Orang felda bolehlah mereka tipu. Mcm keruak dok tipu orang kota belud.
ReplyDeleteMaklumlah drp 30 juta rakyat Malaysia hanya keruak sorang saja yg faham bahasa english.
Saya hanya makan nasik yg dihidang depan saya saya saja tapi saya juga jeling-jeling dan meleleh air liur tengok lauk-lauk kat sebelah saya..Saya lapar..
ReplyDeleteLauk kat sebelah ni sedap,saya tak kira saya nak bedal lauk sebelah..Cakap straight forward macam ni kan senang.Ni nak berfalsampah berkias-kias bagai..Nak makan jangan malu
Jib : aku tak setuju usul kau tu hid.
ReplyDeleteHid : kenape ?
Syam : ginilah, kalau kami setuju usul kau, seumpama kami bagi tiket kau untuk menjatuhkan pm selepas itu dan kau terus diangkat jadi pm. Habislah
Jib : ye, betul tu dan lupakanlah hasrat kau tu hid. Ok ?
Hid : (cantik catur korang ye)
Jib: Kali ni hang ambil terus tpm lain tahun kita bincang ok
Deletedlm malaisa ada dua kampong mlayu.
ReplyDeletesatu kampong mlayu yg mlayu, satu lg kg amno yg mlayu,
yg depa dok jaga hak cuma kg amno yg mlayu.hisham ckp bila pwtc belangsung persidangan kg amno yg mlayu. ahli d nasihatkan agar jgn suka bersorak-sorak
nnti yg menang sorak kg amno yg mlayu kena gadai .
tergadai mcm kg mlayu yg mlayu..
100 peratus bahasa kg mlayu yg mlayu.
101 peratus bahasa kg amno yg mlayu.
bila meja mkn, kg amno yg mlayu dah kurang mknan.
kg mlayu yg mlayu yg telah tergadai jgn kata mknan , sampe meja mkn pon habih mlayu mentekedarah buat mknan..
Kau org jgn ganggu Kelantan
ReplyDeleteKelantan adalah hak Pas
Dan
Pas adalah hak Kelantan
Kami tak benarkan siapa2 pun ganggu gugat Pas Kelantan
Kau org nak ambil negeri lain ambil lah
Kami tak kisah
Tapi
Kalau kalu org ambil Kelantan
Kelantan akan jadi padang jarak padan tekukur.
Ada faham
Bukankah annuar musa nak jadi MB kelantan?
DeleteTok pa pun nak
Ibrahim ali pun nak.
Bagi kat diaorang sajalah.
Orang2 pas dah boleh pindah masuk ke syurga mereka di golok.
Kahkahkah...amik la kelantan tu. "Serambi Maksiat" mmg sesuai dipimpin oleh lebai2 sewel. Ore2 tua kelate dah tak sabar2 nak dapat bidadari sebab dah beli tiket ke sorga seat VIP..yabedabedu!!!
DeleteKau ambik la kelantan kau tu...tiap2 tahun banjir besar kau berdikari dan tongdiri lah (tolong diri sendiri), jangan jerit tongbasah ( tolong bang, saya susah). Mu pahe ka gua kecek ni?
Deletepas atau umno sama je. Pemimpin melayu yg korup, bengap, bodoh piang kalau Bab tolong melayu utk maju, tapi cerdik tang tembolok dia ja. Melayu Kelantan akn tetap miskin melarat hina dgn dadah, maksiat, bodoh tak boleh ajar Dan yg sewaktu dgn nya.
DeleteGro gro melayu dari kelantan bersepah sepah cari makan di kl.
DeleteDuduk di kl bertelanjang
Balik kelantan bertudung.
Ini ker serambi mekah?
Ini lah negeri yg ditadbir ulama?
atas2 ni semua cina bukit dapig menyama kalau tak masakan mencela perkara kearah penyatuan ummah kalau islam tu cepat2 lah bertaubat.
DeleteJalan hamzah cukup porpular di serambi mekah tu.
DeleteSama seperti lorong haji taib di kl satu masa dulu.
Skrng lorong haji taib dah lama bebas drp pelacuran
Inilah wajah sebenar negeri yg ditadbir oleh ulama di serambi mekah.
4 ekor pun masih dijual secara sorok2
Toto magnum ada runner yg pergi beli di Terengganu.
Perdana menteri.malaysia pemimpin paling haprak kat dunia...totally no class..buat sesuatu lepas tu tweet nak minta rakyat puji dia..tiada keikhlasan langsung..salah tun dr Mahathir sbb memulakan kroni utk dijadikan pemimpin di malaysia..apa2 pun aku sokong tun mahathir utk cuba membetulkan kesilapannya walaupun nampak.mustahil.buat masa ni
ReplyDeleteSalahnya melayu yg majoriti miskin Dan bodoh. Kemiskinan boleh menyebabkan org bertindak bodoh, krn apa yg dia fikir hnya camna nk mkn arini. Otak jd biol takleh nk fikir lain dah. Najib & umno Cuba sedaya upaya membodohkn rakyat agar dia dpt merintah selamanya.
DeleteDulu dia setia 102% kat dsai lpas tu kat tun 103% skrg setia 101 da sedia jadi Dalmatian untuk jilat dan angguk nanti klu waktu dia sampai akn tikam Dari belakang caya tak?
ReplyDeleteMemang rata rata melayu masih di tahap pemikiran third class cthya macam so jamal..sokong sebab dedak dan Seabrook...pasal tu pemimpin umno yakin masih boleh menang masa pilihanraya nanti..ini terbukti masa pilihanraya kecil dahulu
ReplyDeleteSembrono...maaf kesilapan ejaan
DeleteApa yang bolih kita tafsirkan adalah jawatan Menteri Dalam Negeri hanya pada nama sahaja. Zahid ni cuma Menteri dalam negeri (salah seorang Menteri didalam Mesia ni). Kalau dia betul ada kuasa KDN pasti dia sudah bertindak sewajarnya. Sayang ada 'tangan ghaib' yang melebehi kuasanya.
ReplyDeleteSaya hanya makan di pinggan yang ada di depan saya, kadang-kadang ada waiter hulur nasi tambah, saya ambil nasi tambah tu dan letakkan depan pinggan saya. Lauk pun saya ambil yang ada hadapan saya saja. Lauk-lauk yang jauh dari pinggang saya, saya terpaksa berdiri untuk ambil. Kalau selalu sangat berdiri rasa segan pula sebab di meja saya tu ramai VVIP jadi saya banyak ambil lauk yang ada depan saya saja.
ReplyDeleteWalaupun lauk-lauk tu pun bukan taste saya tapi saya redha. Itulah protokol yang terpaksa saya ikuti kalau menghadiri majlis makan malam rasmi. Okay tak ada kaitan.
Ini semua poyo...
ReplyDeleteKeris pahang
101% ... Inilah mentaliti menteri UMNO termasuklah puak yang dok gelar DAPig pagi, petang dan malam seolah-olah mereka sedang berwirid.
ReplyDeleteMentaliti yang tak ada logik Metamtik langsung. Nak kata tak cerdik ... memang tak cerdik. Bercakap sesuatu yang tidak logik, masih diberi tepukan gemuruh seolah-olah orang yang meraikan ucapan ni pun SERUPA shj. Memang benar SENTIMEN tiada logikalnya.
Dari percakapan depa ni, kita dah boleh membuat rumusan kenapa mereka begitu takut dengan DAP? Rupa-rupanya depa ni tak pandai matematik dan orang yang mendengar ucapan mereka pun tak erti matematik juga.Dengan bertanding 55 kerusi daripada 222 kerusi, DAP boleh memerintah Malaysia. Keupayaan manusia iaitu KESETIAAN boleh melampaui 100% sehingga 101%. Kalau nak bohong pun, tak kan sampai begitu jadinya. TPM Malaysia berhujah sedemikian. Tiada logik langsung.
Di Malaysia hari ini, logik adalah hanya untuk orang yang CERDIK sahaja tetapi puak ni tak mungkin akan dilantik sebagai Menteri. Bukan seorang Menteri Malaysia yang berhujah sedemikian tetapi majoriti sedemikian.
Melayu ... Melayu ... Melayu ... bila lagi nak sedar dari lamunan? Yang dok jahanamkan Melayu bukannya orang lain tapi Melayu itu sendiri. Islam menganjurkan kita meletakkan orang yang sepatutnya (pakar) di tempat yang sepatutnya dan kalau tidak, tunggulah masa binasanya.
Saya dok tunggu bilakah Tanah Perkuburan Melayu akan didirikan di Tanah Melayu Tercinta ni? Sudah tentu Sabah dan Sarawak tidak akan berbuat sedemikian.