Friday 18 November 2016

RENUNGAN SEBELUM BERSIH 5


Di bawah ini adalah tulisan yang sudah agak lama oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Tetapi menjelang perhimpunan aman Bersih 5 esok, tulisan beliau itu mungkin bermanfaat bagi kita semua.

Mudah-mudahan kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. (SH 18/11/2016).

Demonstrasi

Hari ini sesetengah pihak membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. 

Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?

Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid’ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. 

Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: “Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).
Demonstrasi Aman

Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. 

Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

Dr MAZA.

28 comments:

  1. Apa dah jadi dgn admin..seronok sangat ke nak menghuru-hara kan negara..dimana kewarasan otak kau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PEACE WITHOUT JUSTICE IS TYRANNY

      Delete
    2. Kenapa ko tak tanya najib kenapa curi duit rakyat..org marah la.

      Delete
    3. Najip curik duit satu kapal

      Anon 2124 tu merasa la sikit2 duit tu

      Tu yg dia jadi bodoh bin bangang tu

      Delete
    4. 21.24 sape yg huru harakan negara??

      Punca sebab rakyat marah ialah kerana berbilion duit rakyat dirompak tapi kita tak boleh soalkan mana pergi duit tu.

      Dahlah duit kena samun pastu langsung tak boleh tanya siapa dalang yg menyamun duit tu.

      Kemudian buat siasatan tapi didiamkan terus sunyi sepi.....alih-alih tetiba diOSAkan pulak langsung tak bunyi2.....bukak mulot tanya pon tak boeh weeii...!!

      Rakyat nak tahu apa hasil siasatan 1MDB dgn detail.

      Pastu guna undang2 dan akta jadi benteng utk lindungkan diri dari didedahkan penyelewengan yg dibuat.

      Langsung tak boleh nak tanya....bukak je mulot kena bawak balai disoal kenapa langgar akta rahsia.

      Ko tak heran ke apekebenda yg nak dirahsiakan sangat tu?? Kalo benda yg lurus bersih lagi suci buat apa ye ye nak dirahsiakan bebenor?? Apa salahnya bentang tunjukkan terang2 pada rakyat??

      Duit yg dirembat tu duit rakyat....apa hal sekarang nak cakap rakyat tak de hak nak tau hasil siasatan laporan audit 1MDB tu..???

      21.24 ko celikkan mata ko....jangan rabun manjang jer hokayy..!

      Delete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    6. Anon 21:24,
      Kamu jenis manusia yg 'kurang akai'bn curi tanah kamu pun kamu masih boleh relex ye?

      Delete
    7. Anon 21.24
      Kau ni bangsat ke apa. Kau stim gam ke sampai boleh jadi bahlol macam ni. Kau sokong pm binatang kau tu yg samun duit pasai apa ..nak makan tapak kaki aku ni ke

      Delete
    8. The United Nations (UN) recently released a statement requesting that the Malaysian government follow the international human rights obligations and let the Bersih 5 Rally to proceed.

      http://www.worldofbuzz.com/united-nations-tells-malaysian-government-let-bersih-5-rally-continue-peace/

      Delete
  2. Maria chin dan mandeep di tangkap sapa lagi??revolusi bermula untuk perubahan dgn aman bkn dgn keganasan.Gandhi civil disobedience is the way to go now.the fight for justice

    ReplyDelete
  3. Tabek hormat saya pada Dr.Maza.Orang yang macam nilah yang kita nak berada dalam kabinet Najin ,bukan macam mufti Perak tu yang asyik dok makan dedak aja sehingga sanggup mempermainkan agama dengan fathwa2 karut dan mengampu.

    ReplyDelete
  4. dah pun diharamkan mana ada peluang lagi, saksikan esok gaimana pihak berkuasa beri dedak special. no more bersih from now and forever.

    ReplyDelete
  5. Penyangak penyamun perasuah bknatang2 politik tidak akan peduli dgn agama yg penting bagi mereka ialah kuasa kayaraya anak bini hidup dgn duit haram itu saja yg mereka mahu semoga diturunkan bala kratas mereka ini aammmiiinnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa suku sakat tali barut yahudi tak kan dimakbul..

      Delete
    2. Mana kau tau dia suku sakat yahudi?

      Mana kau tau DOA dia x makbul?

      ..Dan..

      Mana agaknya kau nyorok 5 tahun lg?

      Delete
    3. Lama tak komen Tajul, ingatkan komen menasihatkan tompi mengapi-apikan lagi, doman ko layi? ��

      Delete
    4. 02.21 ko yg menghalalkan duit rakyat dirompak tu lebih yahudi dari yahudi sebenar.

      Delete
    5. 02.21 tali barut penyamun harta rakyat.

      Delete
    6. Menyokong pencuri, kamu dapat share juga harta curi disisi Allah.
      Bodohnya kamu semua menanggong dosa kering. Duit tak dapat, dosa dapat.

      Delete
  6. Dr. Maza ni pi tak Bersih 5?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik diyo buat tahi mato ... membuto.

      Delete
  7. Latest info..
    KUALA LUMPUR - Pengerusi dan aktivis Bersih, Maria Chin Abdullah serta Mandeep Singh Karpall ditahan polis di Pejabat Bersih, sebentar tadi.

    Perkara ini disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

    Memetik laporan sebuah portal, difahamkan, Bersih disiasat susulan dakwaan mereka menerima dana besar daripada Open Society Foundation, yang diasaskan hartawan George Soros.

    Selain menuntut pilihan raya bersih dan adil, Bersih turut menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam himpunannya esok.

    Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile...polis-1.587867

    Kenapa kuning jer yg kena?..merah tak kena?
    Najib dapat dana Pak arab tak kena tahan?..

    A.C.A.B-fight for your right

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tukang tahan pun dapat dana..

      Delete
    2. Org boleh ditahan tapi semangat org macam mana nak tahan?

      Delete
  8. Ki sudah sampai...
    BANGKIT RAKYAT
    BERSIH 5

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://youtu.be/47f5SG7eQgE

      Delete
    2. https://youtu.be/p8Ux5b6YM9A

      Delete
    3. https://youtu.be/1sE9J9Fdm_Q

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...