Sunday, 27 November 2016

PPBM TIDAK HARUS BERTANGGUH LAGI UNTUK SERTAI PAKATAN HARAPAN


Konvensyen Pakatan Harapan pada 12 November lalu sepatutnya antara lain menyaksikan penyertaan PPBM ke dalam gabungan parti-parti pembangkang itu.

Tetapi, oleh kerana PPBM memerlukan lebih masa untuk berbincang lebih lanjut, maka kemasukan itu ditangguhkan dahulu meskipun Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin yang hadir berucap di konvensyen secara dasarnya bersetuju untuk menyertainya.

Sebenarnya sebab lain PPBM memerlukan lebih masa sebelum menyertai Pakatan Harapan ialah kerana parti itu mahu berunding terlebih dahulu dengan Pas mengenai persetujuan formula satu lawan satu menentang BN.

Ketika itu Pas memang menunjukkan tanda-tanda positif ke arah itu, namun perkembangan mutakhir ini, terutama setelah usul Akta 355 seolah-olah diberi lampu hijau oleh kerajaan dan kemudian Hadi Awang turut setuju sepentas dalam satu lagi opera politik berkaitan Rohingya pada 4 Disember, rundingan PPBM dengan parti Islam itu pasti lebih melalui jalan sukar lagi.

Pas, terutamanya kelompok pro Hadi Awang dan Hashim Jasin, tentu saja sedang seronok dan tidak sabar menunggu sidang Parlimen Mac tahun depan untul usul penuh Akta 355 dibentang, dibahas dan diundi.

Namun, bagaimana jika tarikh PRU 14 diadakan sebelum Mac 2017?
Bermakna, terus menunggu hasil perundingan dengan Pas sebelum PPBM memutuskan untuk menyertai Pakatan Harapan sudah menjadi tidak praktikal dan membuang masa.

Dalam hal ini, PPBM tidak harus menunggu lagi untuk berunding dengan Pas. Jalan terbaik ialah sertai Pakatan Harapan terlebih dahulu dan jadikan gabungan itu benar-benar kuat dan mantap untuk mengalahkan BN pada pilihanraya nanti.

PPBM patut lupakan Pas buat sementara waktu. Muktamadkan dahulu untuk menyertai Pakatan Harapan dan jadikan tarikh 13 Disember ini sebagai detik penting untuk membawa perubahan kepada negara ini.

Sekiranya selepas menyertai Pakatan Harapan, PPBM masih mahu mengadakan perundingan bersama Pas, ia masih boleh dilakukan dalam konteks yang berasingan.

Pas tentu saja tidak mahu berunding dengan Pakatan Harapan kerana adanya DAP dan Amanah dalam gabungan itu. Tetapi, perundingan antara PBBM dengan Pas selepas itu tidak menjadi sebarang kesalahan sekiranya parti Islam itu benar-benar ingin berlawan satu lawan satu menentang BN.

Tidak mustahil bukan saja PPBM, malah PKR juga mungkin turut sama akan mengadakan rundingan dengan maksud yang sama dengan Pas, malah di Selangor sekarang pun PKR dengan Pas sudah ada kerjasama dalam kerajaan negeri.

Bagaimanapun, sama ada perundingan itu menghasilkan sesuatu yang positif atau sebaliknya, ia akhirnya lebih terletak kepada pendirian Pas sendiri sama ada mereka benar-benar mahu berlawan dengan BN atau ingin memberi kelebihan kepada Najib dan UMNO untuk terus berkuasa.

Jika Pas ingin sama-sama menentang BN, maka mereka haruslah lebih berlembut dan tidak membiarkan berlakunya pertandingan tiga penjuru. Sebaliknya, jika Pas enggan, Pakatan Harapan tetap wujud sebagai alternatif yang kuat dan lebih gagah untuk menandingi BN.

Kiranya Pas berdegil dan kekal dengan hasrat sendirian mereka itu, maka pengundi akan memahami niat dan keinginan sebenar parti itu serta tidak mustahil akan menghukumnya dengan lebih teruk lagi kerana rakyat secara umumnya inginkan perubahan dan sudah cukup meluat dengan BN dan pemimpin-pemimpin yang ada sekarang. 

Malah, tidak mustahil ramai ahli Pas sendiri enggan menyokong parti itu jika ia bertanding bersendirian dan tidak lagi bersungguh-sungguh mahu melawan UMNO dan BN yang sudah ditanam dalam keyakinan mereka sebagai musuh yang harus dikalahkan.

Yang penting, dengan penyertaan PPBM ke dalam Pakatan Harapan, gabungan itu mampu terus mantap untuk memberi keyakinan kepada rakyat untuk membuat pilihan. 

Menangguhkan lagi selepas 13 Disember untuk menyertai Pakatan Harapan hanya akan menambahkan kecurigaan dan ketidakyakinan pengundi terhadap PPBM untuk sama-sama membawa perubahan. (SH 27/11/2016).

19 comments:

  1. Bodoh lagikah PPBM ketika PAS dah tunjuk belang sendiri!!! Rakyat terus dan terok ditindas REJIM UMNO MCA MIC :* PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah dah tunjukkan belang PAS dgn terang lagi bersuluh, masih tak reti2 lagi?

      Inilah ciri2 kaum yg telah ditinggalkan oleh Allah SWT..

      Nasib kaulah labi...

      Delete
    2. Mamak kutty bukan kah dulu suka jilat bontot UMNO yang penuh taik? nenek, tok, mak dan bapak gay kau tu semua kaki jilat umno, mamak macam kau memang paria lupa daratan, suka berpura@, hari ini kononnya anti UMNO, sudahlah lah tak boleh dipercayaikan lagi. HIDUP BN!

      Delete
    3. Anon 0747,

      Kalau tengok dalam kebanyakan filem tamil, mesti ada satu watak tukang hasut orang kampung untuk meracun fikiran orang2 kampung supaya watak jahat kekal berkuasa.

      Ayat2 kau memang tepat menggambarkan watak tukang hasut cerita Tamil tu.

      Berapa sen la kau dapat agaknya jadi tukang hasut ni ya?

      Delete
  2. akhirnya bukan pas yg kena kencing tpi ppbm ,pkr dn pakatan yg kena kencing.mereka yg berkawan dn bersedondon akan ketawa besar, perangkap mereka mengena. memang betul lh mereka mnggunakn politik yg matang . malang bgi ppbm dn pkr ,cerdil macam kancil tpi tk kenal jerat.

    ReplyDelete
  3. Seriously, lupakan PAS. Keseluruhan pakatan harapan perlu mula kempen utk rakyat tidak kira dari parti mana sekalipun mahupun tidak berparti untuk hanya mengundi calon yg diiktiraf oleh PH jika serius mahu tukar kerajaan pd PRU-14 nanti. Tak kiralah walau 7 penjuru sekslipun.

    ReplyDelete
  4. Penangguhan sementara bukan sekadar faktor PAS tetapi PPBM perlu meneliti akujanji Pakatan Harapan supaya tidak ada kepentingan DAP diselit hingga menjadi bahan tohmahan umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Saya sangat-sangat bersetuju dengan pendapat kluangman oleh Tun M dan TSMY sangat teliti dan berhati hati dalam setiap langkah yang mereka lakukan.....!!

      Delete
  5. 13 Disember bersempena hari pertabalan SPB Yang diPertuan Agong satu tarijg yang amat tepat.

    ReplyDelete
  6. Ppbm cepat sertai pakatan harapan janganlah mengharapkan guruh dilangit air ditempayan dicurahkan jgnlah petcaya dgn org islam dan parti islam ini kadang2 mereka lidah bercabang cakap siang lain malam lain lebih baik bekerjadama dgn org bukan islam org kapir lagi ada prinsip tak makan dedak sebab itu org yahudi itu kuat kerana mereka bersatu tetapi org islam ini hanya heboh dengan serban dan jubah sahaja tetai hati busuk dengki dan tak boleh bersatu

    ReplyDelete
  7. Lobai2 dongan angkuh dah kato...
    Parti lobai blh bersama PPBM tetapi bukan dongan Amanah dan DAP.
    Mmg udh niat parti lobai nak pecahkan PH. So, apo lg yg nak diharapkan pada parti Lobai2 tu.
    Harap PPBM sertai segera PH dan kuatkan jentera parti utk tarik pengundi. Jgn tunggu last minit baru nak bersama. Rakyat akan hilang keyakinan.
    Lobai2 dan umno akn memainkan peranan utk pecahkan PH. Lobai akan main tarik tali dgn PPBM dan PKR utk matlamat ini. Manakala umno akan main tarik tali dgn parti lobai dlm issu RUU355 utk tagih simpati ahli parti lobai pada mereka dan menjadikan parti lobai berbelah bagi dan terus memecahkan mereka.

    Saranan ku..
    Kuatkan PH yg ada...dan sesudah itu..kalau parti lobai mahu bersama..mereka kena ikut apa yg dipersetujui dlm PH.

    Kuatkan PH...
    Yakin kan pengundi
    Tambah ahli
    Tunjukkan kesepakatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa PAS .. BN x kan jatuh
      Itu hakikat nya.. semua tahu
      PAS pon tahu
      Sila bijak sikit berpolitik.

      Delete
  8. Percaturan yang teragak-agak. Pembangkang sepatutnya lebih berani. PAS akan terkontang-kantung apabila PH dan PPBM kuat kan kerjasama.

    UMNO apabila melihat PAS sudah tidak ada pilihan akan membuat berbagai helah memperlekehkan PAS dan menekeh-nekeh kepala Hj Hadi.

    Apabila demand Hj Hadi terlalu tinggi, UMNO akan buat tak reti je.

    Sekarang Hj Hadi sudah di beri kesempatan membaca hudud di parlimen. Ini berbeza jika PH PPBM melupakan PAS semasa Hj Hadi minta hudud di tangguhkan.


    ReplyDelete
  9. Dlm kita mendesak parti2 pembangkang utk menubuhkan blok pembangkang yg kuat, kita juga kena bersabar kerana org2 politik ni mereka tau dan menunggu masa yg sesuai utk meubuhkan satu gabungan dn kesepakatan yg kuat. Pemuafakatan kena ambil masa sedikit bagi memahami situasi dan kehendak akar umbi parti masing2. Pas memang tidak boleh dipercayai lg. Sandiwara puak2 sarbanhadik ni sudah jelas..

    ReplyDelete
  10. Lupakan PAS yang sejak dari dulu lagi adalah munafik.

    ReplyDelete
  11. Jangan gopoh. Perlahan-lahan. Nilailah yang terbaik.

    ReplyDelete
  12. PPBM jgn bergabung dgn pakatan tapi cukup sekadar bekerjasama. Tapi bergabung bwh 1 bendera dengan PAS, PKR adalah lgkah bijak. DAP biarkan dgn bendera mrk sendiri.

    ReplyDelete
  13. Tak dinafikan ppbm buat masa ni merasakan perlu ajak pas bgabung bersama ph untuk tebang najip n amnonya. Sebab pemimpin pas pun xcerdik mana (apatah lagi pengikutnya yg mengejar short-cut ke syorga) dan bilangan mereka juga agak ramai.

    Namun dengan situasi skg (tuduhan 90 jota yg xbjawab, baju sedondon, Dan yg tbaru nak join najip berhimpun sedangkan bersih 5 dia ponteng) maka adalah lebih baik ditinggalkan pas ni biar dia ranap ditanam seliang dengan amno.

    Umpama isteri Nabi Luth a.s. yg dok tertoleh2 ke belakang ketika mengikut baginda melarikan diri dari kota Sadum sampai tercicir jauh sudahnya terkambus sekali dgn umat2 tercela bila Allah terbalikkan bumi Sadum (skg ni dh jadi Laut Mati).

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...