Friday, 11 November 2016

KALI INI MACAI PUN PENING KEPALA, KENAPA PEGUAM NEGARA ENGGAN BERI KERJASAMA MLA?


Kali ini macai dan pendedak Najib Razak tentu tambah pening kepala kerana sementara perbicaraan di Singapura mula mendedahkan banyak perkara, termasuk secara rasmi menamakan Jho Low untuk disiasat sama, pejabat Peguam Negara Malaysia pula dilaporkan menolak bantuan kerjasama MLA yang dipohon oleh pihak berkuasa Switzerland untuk meneruskan penyiasatan mereka berkaitan 1MDB.

Ini adalah penolakan kali kedua oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia yang diketuai oleh Apandi Ali terhadap permohonan Pejabat Peguam Negara Switzerland. 

Penolakan itu didedahkan oleh Peguam Negar Switzerland, Michael Lauber kepada Financial Times.

MLA atau Bantuan Perundangan Bersama adalah kerjasama antara negara untuk mendapatkan maklumat dan dokumen tertentu berkaitan sesuatu kes yang sedang disiasat. Dalam kes 1MDB, penyiasatan yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa Switzerland adalah berkaitan rasuah dan penggubahan wang haram bernilai berbilion-bilion ringgit.
Kenapa permohonan MLA itu ditolak? Jika benar 1MDB suci lagi bersih dan tiada sebarang kesalahan dilakukan, kenapa takut untuk saling bekerjasama dengan pihak luar yang berusaha mencari kebenaran?

Apakah hanya Switzerland saja yang  mahukan kepada kebenaran, sedangkan kita sebagai negara Islam cuba menutup kebenaran yang sama?

Bukankah kebenaran sepatutnya adalah sama saja di mana-mana pelusuk dunia?

Lagi pun, tidakkah Najib Razak sendiri, selain berulangkali menafikan salah laku dalam 1MDB, turut pernah berjanji sebelum ini untuk memberi sebarang kerjasama kepada mana-mana penyiasatan antarabangsa berkaitan dengannya?

Sekarang, apa sudah jadi beb? Kenapa janji tinggal janji?

Apa lagi hujah yang mahu dipakai oleh macai dan pendedak, termasuk mereka yang terus menjelajah berjumpa pelajar di luar negara untuk "goreng" lagi tentang 1MDB jika memberi kerjasama untuk menyiasat pun Peguam Negara tiada keberaniannya?

Sudah tentu makcik Felda pun mudah faham kali ini. Kalau benar tidak bersalah dan tiada apa-apa yang cuba dilindungi, apa yang ditakuti sangat sekadar memberi kerjasama? 

Contoh mudahnya, kalau dalam rumah kita tiada barang curi dan kita juga bukan pencuri, tentu tiada sebab bagi kita untuk menghalang pihak polis untuk melakukan pemeriksaan.

Sebelum ini, Apandi Ali pernah menolak dua kali permohonan MLA yang dipinta oleh SPRM ketika diketuai oleh Abu Kassim untuk menyiasat Najib berkaitan 1MDB, SRC International dan wang RM2,600 juta yang diterimanya, sebaliknya mengarahkan penyiasatan ditutup.

MLA yang dipohon oleh Switzerland ini juga ditolak sebanyak dua kali oleh Peguam Negara kita.

Bermakna, menolak MLA bukan perkara luar biasa bagi Apandi.

Bagaimanapun Lauber berkata, penolakan MLA itu tidak menjejaskan penyiasatan mereka dan akan berusaha mendapatkan maklumat melalui negara-negara lain seperti Singapura, Amerika Syarikat dan lain-lain negara Eropah yang sudah bekerjasama baik dengan mereka selama ini.

Apa yang pasti, prosiding jenayah kami untuk mengekalkan intergriti sistem kewangan Swiss akan tetap diteruskan, tambah beliau lagi.

Tidakkah semua ini sebenarnya memalu dan menghodohkan lagi wajah negara kita di mata dunia?

Sudahlah kita tidak melakukan penyiasatan dengan sempurna dan cuba tutup sana tutup sini berkaitan 1MDB, tetapi dalam masa yang sama enggan pula memberi kerjasama yang dipinta oleh negara lain.

Lalu, masihkah  ada lagi yang tidak malu berkokok ke sana sini mempertahankan 1MDB dan mengatakan Malaysia di bawah Najib sedang diurus dengan baik dan sempurna? (SH 11/11/2016).

57 comments:

  1. Sdr budin,
    Perpatah berkata : Berani kerana BENAR kalau takut bukan kerana setakat BERSALAH malah dah peringkat celaka besar la najib penyamun ini...dan yang paling celaka besar adalah barua barua yang mempertahankan penyelewengan ini mereka celaka besar pada negara ,agama dan bangsa dan tak sedar dek untung.

    Yang menteri haram jadah dan ketua bahagian umno tu kita boleh faham sebab masuk dedak juta jutaan yang celaka ini barua barua yang masuk pun tak tau la tapi macam paria mempertahankan najib dan rejim perasuah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam Islam, jangan buka aib orang.

      Untuk UMNO, kalo aib sendiri, mmg x boleh dedahkan. Aib orang xder dia pedulik punya.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Tuan Shah
      Secara tak langsung......perbuatan MENOLAK KERJASAMA dalam siasatan pihak Swiss itu MENUNJUKKAN memang benarlah 1MDB terlibat dgn wang haram.

      Kalau tidak kenapa ENGGAN BEKERJASAMA dengan sisatan Swiss??
      Sedangkan dari siasatan itulah kita dapat mengesan ke mana perginya berbilion2 wang rakyat yg lesap tu dan siapa DALANG yg terlibat.

      Sepatutnya kitalah yg terlebih dulu mahu bersihkan nama dari sebarang salah laku pecah amanah tapi malangnya kita dah TERBALIK.
      Kita pula yg MENGELAK.

      Bukankah dengan bekerjasama dgn Swiss tu boleh mengesan ke mana duit rakyat hilang??
      Nampaknya pihak kerajaan TAK PEDULI nak tahu siapa DALANG yg melesapkan berbilion2 wang rakyat dan ke manakah perginya wang tersebut.
      Inikah yg dikatakan AMANAH dan BERTANGGUNGJAWAB kepada rakyat??

      Kepada saudara2 sekelian...masihkah kita nak butakan mata, pekakkan telinga dan bisukan mulut apabila PETANDA sudah ada DI DEPAN MATA??
      Fikir-fikirkan dan renungkanlah...

      Delete
    4. Apa pandangan Tuan Punasihat Lebai Musang Berjanggut???
      Perlu 4 saksi lagi ke???

      Delete
    5. Macai ngan Walaunta Punaisihat, derang apa pedulik sumer ini??? Janji dapat solat, puasa dan makan dedak, cukup la nak bersyukur.

      #BNexit

      Delete
  2. Replies
    1. Ancaman ‘Kepala Maria Chin Dipancung’ Satu Propaganda Soros?

      KINI semua pihak tahu bahawa perhimpunan haram Bersih menerima dana daripada penyangak matawang George Soros. Dengan sendirinya rakyat faham bahawa “perjuangan” Bersih yang pro pembangkang pimpinan DAP berkiblatkan Yahudi.

      Perhimpunan haram BERSIH5 yang dijadualkan Sabtu depan dijangka tidak mendapat sambutan memandangkan parti PAS tidak akan turut serta. Mungkinkah ini menjadi punca “cerita” Pengerusi perhimpunan haram BERSIH Maria Chin Abdullah menerima satu lagi ancaman ke atas nyawanya?

      Ancaman tersebut dikatakan berbeza daripada yang diterima pada bulan lalu melalui sekeping gambar yang memapar seorang lelaki yang memegang pisau berdekatan ‘lehernya’. Kali ini, gambar yang dihantar menunjukkan ‘kepalanya’ telah dipancung.

      Menurut Maria Chin yang dikatakan proksi Soros , memandangkan gambar tersebut begitu ngeri yang diterima melaui Whatsapp maka Maria enggan berkongsinya dengan media.

      Selain Maria, gambar tiga anak lelaki beliau serta ahli sekretariat perhimpunan haram BERSIH, Mandeep Singh dan Pengerusi Persatuan Hak Asasi (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan juga dipaparkan dengan ‘kepala’ mereka dipancung.

      Sebelum ini Maria Chin mengakui menerima dana daripada yayasan Yahudi, George Soros ekoran pendedahan dokumen minit mesyuarat ‘Program Malaysia’ oleh Open Society Foundation (OSF) dibocorkan oleh penggodam DC Leaks.

      Namun Maria menegaskan bahawa penerimaan sumbangan daripada yayasan Soros, iaitu Open Society Institute (OSI) hanya sekali sahaja di antara tahun 2010 dan 2011 yang berjumlah RM70,000. OSI adalah nama lain kepada OSF.

      Secara logiknya, Maria Chin sebagai pengerusi perhimpunan haram Bersih tidak akan mengakui menerima dana dari George Soros untuk kesemua perhimpunan haram yang beliau anjurkan kerana ianya bakal memberi kesan amat negatif terhadap beliau dan pembangkang pimpinan DAP.

      Maria hanya membuat pengakuan tersebut susulan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memaklumkan pihak polis telah menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menyemak kesahihan dokumen yang bocor mendakwa NGO tempatan telah menerima dana asing George Soros.

      Walaupun Maria Chin cuba menafikan dengan hanya mengaku bahawa hanya sekali sahaja menerima sumbangan daripada yayasan Soros, iaitu Open Society Institute (OSI) namun kini Bersih dan Soros amat sinonim. Menyokong perhimpunan haram Bersih seolah-olah menyokong penyangak Yahudi George Soros.

      Delete
    2. Sekurang2nya maria BERANI mengaku walau pun jumlahnya tak banyak mana, cuma RM70K. Jumlah banyak tu aku pun boleh derma, bukan nak cakap besar. Ini jumlah berBILLION tapi sipondan najib tak berani mengaku. Balik kpd isu dlm rencana, KENAPA takut nak kerjasama dgn pihak Swiss ? Bukankah itu JELAS tanda berSALAH

      Delete
    3. Yang menolak tu la antara yg dh kenyang dek duit wan embdibi

      Delete
  3. kerana mempertahankan pencuri, aag dapat tan sri. khaahkk ptuui

    ReplyDelete
  4. Ini dilapurkan oleh bukan Media kita tetapi agensi berita British Financial Times dan juga South China Morning Post (HK) dipetik dari Reuter melapurkan. Alangkah malunya kita..dipersada antarabangsa cakap satu..dlm negara buat yg lain...maruah kita semakin hilang kerana cuma seorg ini..setitk nila, rosak sebelanga susu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setitik nila...satu tong drum punya nila. Bukan susu jerr yg rosak, lembu yg kasi susu pun dah sakit...penyakit depression, kencing manis, darah tinggi, etc.

      Tapi kenyataan ag swiss bahawa spore dan us bagi kerjasama dengan mereka sudah cukup untuk meyakinkan bahawa prosiding jenayah swiss ni on track, no prblm no hal. Data electronic banking org luar ada copy. Sebab tu nazir cimb awal2 dah disassociate diri dia dari kerajaan dan umno. Dia banker, dia tau la. Paling best banker Ambank, senyap semacam. Probably he knows its game over, just a matter of timing.

      Delete
    2. Wassatiyah ala najib. Kemut duit rakyat!!!
      Orang orang Kuala Kangsar dgn Sg besar kamu sedarkah apa yg kamu sokong apa yg kamu semua pilih?
      Apa pun kamu telah mengukir nama kamu sendiri di pintu negara.

      Delete
  5. Kerana kebiadapan peguam Negara mama keyakinan pelabir kpd keluhuran undamg undang pun takde lagi

    Rinngit dah cecah rm4.58 semalam

    Esok kita had Mexico atau Zimbabwe... Rm10,kpd 1dollar

    Nak pg amerika org kaya Petronas pun tak Lampu!!!

    ReplyDelete
  6. Nak goreng apa lepas ni....tahun lepas goreng nasi...dgn mat salleh kena goreng fish and chips (ikan tongkol ngan kerepek pisang)...malu abih cam ni. Media perdana semua senyap. Patut la hari ni nilai ringgit huru hara.

    ReplyDelete
  7. Bencana lah ros jib bn umno
    Keris pahang

    ReplyDelete
  8. Tangkap Najib ! Seret dia keluar dari Putrajaya ! Ikat dia kat pokok bubuh semut kerengga dlm seluar dia !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam seluar tu dah tak ada benda yg nak digigit. Telor pun dah lama hilang

      Delete
  9. Setuju dengan analogi tuan kalau tiiada apa kesalahan dilakukan kenapa takut penguatkuasa membuat pemeriksaan. Berani kerana benar takut kerana salah. Apa lagi alasan pemakan dedak utk perkara ini. Campur tangan asing, nak bunuh melayu? Hairan betul.

    ReplyDelete
  10. Kepada Peguam Negara Switzerland En.Michael Lauber,kami kat Mesia nak anda dengar lagu ...and justice for all dari Metallica banyak2.Itu jelah saya nak cakap.

    ReplyDelete
  11. Malu..bermaruah..memalukan negara..khianati amanah rakyat..pengkhianat negara.. Ade aku kesah sbb mereka senang dilembukan aka GOYIM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadir Jasin makin hilang akal

      “I challenge Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Johari Abdul Ghani and Datuk Muhammad Ibrahim to show us the pay-in slips to prove that the China companies are actually bringing in the capital.” – A Kadir Jasin (beliau menulis demikian ketika mengulas nilai RM 143 Bilion MOU dan perjanjian pelaburan yang ditandatangani ketika Perdana Menteri Najib Razak melawat China).

      Sayang seseorang seperti Datuk Kadir yang suatu ketika dahulu mempunyai kekuatan penghujahan dan penaakulan logik kini menulis macam budak-budak kurang ilmu hanya kerana mahu menjatuhkan Najib Razak.

      Inilah kali pertama saya dengar orang minta bukti resit duit pelaburan yang masuk hasil MOU yang ditandatangani ketika lawatan Perdana Menteri ke luar negara.

      Pelaburan berbilion ringgit seperti yang diumumkan ketika lawatan ke China ialah dalam bentuk jangka panjang.

      Untuk kelulusan MITI dan projek yang mahu dijalankan pun makan masa berbulan, malah mungkin bertahun.

      Kita cari pelaburan hari ini, tahun hadapan mungkin pelaburan mula masuk. Malah mungkin dua tahun. Ini soal perniagaan bukan cerita simpan duit dalam bank.

      Lebih melucukan, gila apa minta “pay in slip”? pelaburan ini akan dibuat oleh pelbagai syarikat kepada pelbagai industri bukannya kerajaan China masukkan wang dalam akaun kerajaan.

      Zaman Mahathir dulu pernah NST bawah Kadir minta resit bank dari Kerajaan untuk buktikan pelaburan masuk?

      Oh ya, membawa masuk pelaburan asing bukanlah semudah dapat kontrak Janakuasa Bebas (IPP) atau ambil alih syarikat dengan harga RM 1.

      Saya tahu Dato Kadir tahu semua ini. Namun beliau memilih untuk mengelirukan rakyat demi kepentingan Tun Mahathir.

      Kita tidak bolehlah menyalahkan beliau sepenuhnya. Dengan segala kemewahan beliau dapat dari Tun Mahathir dan Tun Daim Zainudin, adalah tidak wajar beliau mahu mengkhianati mantan PM tersebut.

      Delete
    2. Copy paste je ni

      SOP macai amno gred C

      Delete
  12. Kalau ada masa sila tonton filem P Ramlee berjodol Nujum Pak Belang dan Ali Baba Bujang Lapok, terutama watak yg dipegang oleh aktor pelawak S Samsudin dlm kedua2 filem tersebut.

    Jika Allahyarham Tan Sri P Ramlee masih hidup pada hari ini, beliau pasti terkejut kerana watak2 ciptaan beliau benar2 wujud dlm dunia realiti Malaysia pada hari ini.

    Pihak berwajib mesti memberi penjelasan kpd rakyat Malaysia sebab2 penolakan kerjasama tersebut. Kegagalan memberi penjelasan yg munasabah secara terang2an membuktikan Malaysia sedang diperintah oleh sebuah kerajaan yg tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak memeranjatkan jika alasan yg diberi ialah Switzerland adalah sebuah negara Yahudi yg ingin menghancurkan Islam. Ketegasan Najib dlm memperjuangkan Islam amat menakutkan pihak Barat.

      Delete
    2. Alasan sebenar ialah takut pecah tembelang, pekong terbukak

      Delete
    3. Nak harapkan pelaburan luar masuk ke negara kita?
      Boleh terus mengharaplah!!
      Najib boleh buat bermacam macam cerita yg menarik dan menyedap hati rakyat kita.
      Kamu orang ingat orang putih tu bodoh ker. China tu bodoh ker.
      Teruskan mengharap dan percayakan najib sehingga hari kiamat.
      Sesal dulu pendapatan. Sesal kemudian tidak berguna.

      Delete
  13. Apakah kes 1mdb ini tidak boleh didakwa di mahkamah dunia di Belanda? Najib tak boleh didakwa jika didapati bersalah?, sesiapa peguan disini tolong beri pencerahan.

    ReplyDelete
  14. Dalam sejarah dunia, rasanya belum ada lagi kes yg dituduh mencuri boleh menidakkan siasatan terhadap dirinya. Ini juga rekod dunia.

    ReplyDelete
  15. Pertama ; Mak chik Felda tak faham atau tidak sedar akan perkara penolakan oleh AGC Malaysia . Berita ini tidak di siarkan dalam akhbar2 utama saperti Utusan , NST atau Harian Metro . Ianya tidak di warwar kan menerusi TV 3 suku , TV9 apatah lagi TV1 atau TV2 .

    Kedua ; Mak chik /Pak chik Felda , saya pasti hampir semua tidak mengikuti berita yang di siarkan olih akhbar2 luar . Golongan muda pula lebih berminat kepada K Pop serta Meletop .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang politik dinegara kita apabila mereka keluar dari kerajaan, samaada dipaksa keluar, ditolak keluar, dibuang keluar atau dilucut keluar mereka secara paksarela akan terus memihak pada pembangkang. Samaada masok kedalam kandang yang sedia ada atau buka kandang baru untuk duduk dan memekak dari situ.

      Itu proses yang lazim, Saperti lazimnya menghafal adjad a,b,c,d. Yang menarik nya mereka serta merta akan jadi bersih. Itulah kelaziman paling menarik. Mereka seolah2 sebaik saja keluar kerajaan terus terjun dalam kolam yang didalamnya penuh dengan bahan peluntur warna. Naik dari kolam jadi putih bersih seputih MIdin dan lain2 yang sewaktu dengan nya.

      Merasai diri putih seputih2nya mulalah mereka menyanyi lagu merdu yang skrip nya mudah sekali dihafal. Dan mereka akan ada audience yang bertepok/bersorak penuh taksub.

      Delete
  16. najib sudah putus 'urat malu'.

    jika najib gagal utk mendapatkan ehsan n perlindungan trump, maka hayat politik nya akan berakhir tidak lama lagi.

    zahid sedang menunggu n menghitung hari ukt d beri tahta dlm dulang emas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Rahman,
      Jika Trump bertindak selamatkan MO1 maka reputasinya yg baru jadi Presiden US akan jatuh menjunam sebab siasatan DOJ sendiri, Singapura dan Swiss menunjukkan sebaliknya.

      Jadi apa yg Trump akan jawab pada DOJ, Singapura dan Swiss?? Kalau Trump seorang yg waras dia akan jauhkan diri (stay away) dari kes 1MDB tu dari sama2 terjerut leher dan masuk jerat.

      Delete
    2. Trump akan minta cepatkan siasatan..dakwa terus..Trump jugak dapat nama...sebelum ni bawah Obama, lembab...

      Delete
    3. kita tidak tahu sebenar nya pendirian trump. dia ni 'unpredictable' n d kenali sebagai 'looney' trump.

      dia bukan politikus tetapi ahli perniagaan - bermakna semua nya d nilai dari segi 'dollars n cents' n perkiraan lain ia lah 'nonsense'.

      perlantika AG baru akan d lakukan olih beliau. dengar kata rudy gulliani tlh d kenal pasti.

      percaya lah d USA konsep'cash is king' berluluasa. lobbyist mereka nak cari makan juga.

      kpd najib tiada harga yg terlalu mahal utk menyelamatkan nya.(serupa lah mcm bayaran wang tebusan).

      Delete
    4. jika najib gagal utk mendapatkan ehsan n perlindungan trump, maka hayat politik nya akan berakhir tidak lama lagi.

      kpd najib tiada harga yg terlalu mahal utk menyelamatkan nya.(serupa lah mcm bayaran wang tebusan).

      mana satu en rahman pc

      najib dah 2 langkah kedepan berkawan dgn trump sejak 2014 lagi ... kata lah apa dedak ke suapan ke

      Delete
    5. itu lah saya katakana yg trump ini 'unpredictable'.

      dia kenali najib sebagai ahli perniagaan. kita belum tahu sikap nya selaku presiden USA.

      dia pernah menuduh china sebagai'd dirtiest currency manupilator ever'.

      jika dia tahu kiblat najib sudah bertukar k arah china, maka sikap 'friendly' nya terhadap najib mungkin bertukar. jika itu berlaku, maka najib wil b in deep trouble.

      Delete
  17. Memalukan.
    Dilantik jd AG rupanya utk melindungi penjenayah dan menutup kes jenayah bosnya.

    Semoga Allah bg balasan paling pedih pd manusia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlaknatlah sesiapa yg terlibat menghalakan duit rakyat diselewengkan, ameen

      Delete
    2. Dia tetap ke surga kerana makan budu,...sama macam AM #2.

      Delete
  18. Some good news: NYT hari ni lapor chuck schumer , incoming Democrat leader and republican majority leader both said TPPA wont be approved by Congress. Now you see Trump means business, walks the talk. And guiliani dilaporkan bakal AG baru...bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trump dah bertahu jauhkan diri dari 1mdb...hmmm.

      Delete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. Saya 'takut' orang Melayu ni kebanyakan berketurunan 'alien' atau makhluk asing. Pada dasar rupa memang muka di depan dan kepala di belakang. Tetapi pada hakikat sebaliknya. Tu sebab bila orag lain kata putih, dia kata hitam.
    Sangat takut bila difikirkan.

    ReplyDelete
  22. Apa kena mengena dengan AG Swiss tu? MLA? Apa yang dia boleh bantu? Bantu fitnah? Conduct dia sebelum ni pun dah meragukan, lagi nak percaya orang macam tu? Takde apa maklumat yang AG Swiss boleh bagi pun! Takde kepentingan & takde kena mengena langsung!

    ReplyDelete
  23. Replies
    1. Asal usul 1mdb (disabotaj dan dimalukan setelah keciwa)

      Pada January 2009, kerajaan Malaysia telah mengambil alih Lembaga Pelaburan Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 2008 dan menjadikan lembaga tersebut sebagai sebuah syarikat berhad yang dinamakan 1 Malaysia Developement Berhad.

      Tujuan pengambilalihan tersebut bertujuan untuk melibatkan lembaga tersebut ke dalam sektor pelaburan “Sovereign Wealth Fund” iaitu perniagaan berkaitan pelaburan milik negeri ataupun negara.

      Kebiasaannya pelaburan yang dibuat melalui dana negeri ataupun negara adalah dalam sektor hartanah, saham, bon, tenaga dan sebagainya.
      Secara am, modal niaga untuk “Sovereign Wealth Fund” ini adalah daripada dana keuntungan hasil komoditi negeri.

      Lembaga Pelaburan Terengganu yang sebelumnya diambilalih oleh kerajaan pusat dan dijadikan sebuah syarikat berhad melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan “Sovereign Wealth Fund” daripada hasil royalti minyak negeri itu.

      Penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu ketika itu ialah Jho Low.

      Ketika Lembaga Pelaburan Terengganu diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan dijadikan 1MD, Lembaga Pelaburan Terengganu mempunyai cadangan portfolio dana pelaburan bernilai RM1billion dengan cagaran bernilai RM6billion hasil royalti minyak untuk mendapatkan dana pelaburan bernilai RM5billion.

      Pengambilalihan Lembaga Pelaburan Terenganu oleh kerajaan pusat direstui oleh DYMM SPB YDP Agong ketika itu yang juga adalah Sultan Terengganu.

      Tarikh Penting Yang Berkaitan

      1MDB ditubuhkan pada january 2009 sebelum DS Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

      Lembaga Pelaburan Terengganu ditubuhkan pada tahun 2008 ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

      Jho Low menjadi penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu pada tahun 2008 ketika era pentadbiran Tun Abdullah.

      Siapakah Jho Low ?

      Jho Low ialah anak kepada Datuk Low, pemilik MWR Berhad yang terlibat dalam sektor kejuruteraan kontraktor.

      Jho Low adalah pelajar di universiti terkenal USA dan berkawan baik dengan keluarga diraja Jordan dan Arab yang belajar di universiti yang sama dengan beliau.

      Pada usia 20 tahun, Jho Low telah memiliki sebuah syarikat pelaburan bernilai USD25juta dan mempunyai rangkaian perniagaan berasaskan pelaburan yang agak kuat dan berpengaruh di timur tengah dan atas faktor tersebut, Jho Low mendapat jawatan sebagai Penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu.

      Asas perniagaan 1MDB ialah ;
      1. Sektor pelaburan
      2. Sektor tenaga
      3. Sektor hartanah
      4. Sektor pelancongan
      5. Sektor pertanian; dan sebagainya.

      Projek 1MDB ialah ;
      1. TRX
      TRX (Tun Razak Exchange) ialah sebuah projek Zon Kewangan Antarabangsa seperti Wall Street di New York, Singapura, Hong Kong, Dubai, Tokyo dan lain-lain.
      Aktiviti perkhidmatan kewangan antarabangsa adalah perniagaan teras di zon ini.

      2. Bandar Malaysia
      Sebuah kawasan 162hektar yang dulunya pengakalan TUDM Sungai Besi akan dibangunkan sebagai ;
      a. Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dengan rakan niaga utama ialah Qatar Investment Authority .
      b. Pusat Komersial
      c. Perumahan mewah; Dan sebagainya.

      3. Pelaburan dalam sektor tenaga IPP dan pelaburan IPP dalam SCORE Sarawak.

      4. Aktiviti membawa pelaburan asing ke Malaysia dengan perkongsian modal melalui Petrosaudi Ltd.

      Dan lain-lain.

      Teras perniagaan 1MDB ialah sektor pembangunan strategik dimana ianya sebagai penyedia infrastruktur kepada pelabur yang berminat untuk melabur di Malaysia dalam sektor kewangan, bon, saham, sukuk, dan sabagainya, sektor tenaga, sektor hartanah dan sektor pelaburan berkaitan.

      Keseluruhan tempoh fasa pembangunan 1MDB ialah selama 15 tahun dan ianya adalah satu aktiviti pelaburan jangka panjang.

      Itulah rumusan mudah tentang 1MDB.

      Delete
    2. Anon 10:13 ni bangang ke apa. Org dok cerita PENYELEWANGAN 1MDB, dia dok cerita panjang lebar ttg 1MDB. Stick to the topic of this article, u dumbass

      Delete
  24. tahun bertahun orang melayu tersisihkan

    ReplyDelete
  25. awas kejadian zimbabwe terulkang di malaysia

    ReplyDelete
  26. DENGAN PENOLAKAN KERJASAMA MLA SWISS INI MEMBUKTIKAN MEMANG MO1 MENYAMUN WANG RAKYAT MELALUI 1MDB. TUN KATA DIA PENCURI, WSJ KATA DIA SELEWENG DAN SR JUGA SAMA KATA MO1 SONGLAP. MO1 TAK BERANI SAMAN MALU MENANDAKAN DIA BERSALAH. CAKAP BERGEGAR TAPI EKOR BERGELUMBANG DENGAN TAIK. LAGI JAHANAM, KENAPA PN, KPN DAN MACAI MASIH PERTAHANKAN DIA. TIDAK KAH MEREKA TAKUT DENGAN HUKUM ALLAH. MEREKA TAHU MO1 SALAH DALAM BANYAK KES YSNG INGIN DIKETAHUI RAKYAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak mana yg terlibat secara langsung dlm pendakwaan salahlaku kes 1MDB?
      1 Peguam Negara PN
      2 SPRM
      3 Gabenor Bank Negara
      4 Ketua Polis Negara KP
      Jk najib bersalah semua ketua di atas akan dipecat jk cuba mendakwa dia. Sebaliknya mrk akan kekal jk cuba melindungi dia
      1,2,3 telah dipecat
      4 masih kekal
      Jd najib bersalah atau tidak?

      Delete
  27. Nampak benar dia bukan diamanahkan bertugas sebagai Peguam Negara (PN) tetapi Peguam Najib (PN).

    ReplyDelete
  28. Mana ada macai2 umno pemakan dedak kaki penyamun penyangak akan kata ini semua fitnah yg buat cerita ini disokong israel itu saja cakap apa pun yg bahalol tetap bahalol untunglah sekor cina ini semua org 1mdb sayang kat dia hailah luncai org melayu umno pakailah cucai itu yg mampus he he he

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...