Tuesday, 15 November 2016

KETAWA PANJANG BUAT NAJIB....


Kehkehkeh....macam nak ketawa panjang rasanya kali ini...

Ketika berada di Jepun, Najib dilaporkan memberitahu media di sana bahawa beliaulah orang pertama yang mengarahkan siasatan dijalankan terhadap 1MDB.

Katanya, selain mengarahkan beberapa agensi kerajaan menjalankan penyiasatan, beliau juga secara konsisten mahu tindakan undang-undang diambil jika sebarang kesalahan dapat dibuktikan.

Kahkahkah...susah pulak nak berhenti ketawa ini, terasa luar biasa gelihatinya!

Sedapnya Najib bercakap di luar negara seolah-olah beliaulah satu-satunya manusia suci dan benar-benar mahukan kebenaran berkaitan kemelut 1MDB, sedangkan di negara sendiri, beliau seringkali melarikan diri dan tidak membenarkan ditanyakan soalan waima di Parlimen sekali pun.
Benarkah Najib orang pertama mahukan siasatan dijalankan?

Jika tiada desakan kuat daripada pihak pembangkang, media bebas dan rakyat yang saban hari bercakap dan mempersoalkan mengenai 1MDB, apakah mungkin Najib sendiri sedia membuka ruang ke arah itu?

Setelah siasatan dijalankan pula, apa hasilnya?

Kenapa begitu banyak pemecatan dan kacau ganggu berlaku semasa siasatan berkaitan 1MDB sedang berjalan?

Kenapa Najib hanya berani mengatakan tentang penyiasatan 1MDB saja, tetapi tidak hasilnya? 

Bukankah yang lebih penting ialah hasil penyiasatan itu?

Siapa yang sudah didakwa dan dibawa ke mahkamah dan siapa pula yang seolah-olah diberi perlindungan?

Kenapa di Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland sudah ternampak kemajuan dalam penyiasatan 1MDB, malah sudah ada yang didakwa, dibicara dan dihukum, tetapi di Malaysia masih belum ternampak tanda-tanda positifnya lagi?

Mengapa Peguam Negara Malaysia yang baru dilantik enggan memberi kerjasama MLA kepada pihak berkuasa Switzerland dan menolak dua kali permohonan SPRM di bawah kepimpinan lama untuk mendapatkan maklumat dan dokumen di luar negara?

Lebih dari itu, kenapa bukan saja laporan audit 1MDB itu kekal diOSAkan, bahkan yang bercakap tentang kebenaran pula yang dihukum dan dipenjarakan?

Soalnya, kenapa Najib hanya berani menceceh di luar negara, tetapi sering lari dan berselindung di ruang yang sah di negara sendiri?

Najib, Najib...rakyat makin ramai yang tertawa dengan kelakuanmu!! (SH 15/11/2016).

54 comments:

  1. Hancurla bn umno.
    keris pahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaitan sedang berpesta,
      Si Jahil berbohong berdusta,
      Si Alim tersengeh bermuka muka,
      Demi kuasa, harta dan wanita.

      Syaitan sedang berpesta,
      Si Jahil menipu muka bersahaja,
      Si Alim mengangguk muka selamba,
      Rakyat tertipu semakin derita...

      Delete
    2. Telor busuk yang memalukan ibu bapaknya di pentas Dunia; dan menjahanamkan berjuta rakyat jelata kite...ia pendahuluan pada kesyirikan Masehi ad-Dajjal.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. Kamu ini jenis tak retibasa, barangkali satu keturunan dg p.. malaysia. Jenis muka tebal tak tahu malu. Dimaki hamun oleh orang pun selamba sahaja.
      Kamu ingat bila orang maki kamu sedangkan kamj bersalah tidak menjadi apa apa?.
      Kamu silap besar jika kamu beragama islam....kesan akan sampai kpd mu samada cepat atau lambat.
      Lain lah jika kamu ini KAFIR laknatullah.
      Ada faham wak?

      Delete
  2. Logik, mmg lah semua pemuka negara sokong pemuka negara mcm biasa lah menjaga kepentingan pemuka2 negara sayugianya negara msg2 sama juga senario dimana akan ada juga masalah biasa yg keciwa ada isu basi yg nak dimainkan, mana logiknya mereka nak sokong lebib baik bincangkan yg membawa kepada keutuhan msg2 terutama bab perniagaan pelaburan situasi mng2 kedua dua negara dan pasti pihak keciwa cemburu tiada mempunyai kuasa cuma kuasa gossip shj diketengahkan isu yg tak boleh diguna pakai melainkan hanya mengabaikan suara minoriti tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak akan Najib tak rasa malu dengan menipu diluar sana ya didalam negara dia boleh tipu banyak orang melayu kampong ..tapi diluar sana tak akan tak rasa malu bila lihat beberapa negara membicarkan dan menyiasat kes bersabit MDB..kalau macam ini bermakna betul la kata orang malaysia negara malang mempunyai pemimpin utama yang tak tau malu dan tiada maruah diri...ini bukan gossip ini fakta

      Delete
    2. Anon 23.23,
      Ya pemuka negara akan berbincang dengan pemuka negara untuk bab perniagaan pelaburan tapi najib bincang nak tambah hutang dan bebankan rakyat masa depan kau buta ka pekak ka.

      Delete
    3. Dari dulu Kit Siang siap terbitkan buku TIME BOMB menyelar kerajaan M'sia sampai skrg org2 Melayu yang keciwa asalnya dari perikatan/bn menyambung lidah Dap mengatakan kerajaan bankrap dan bagai2. Asal pembangkang satu sahaja itulah sejarah bermula dari Kuan Yew dah dapat Singapura, kemudian diteruskan Kit Siang untuk menyambung peranan. Lain2 parti yg keciwa keluar dari perikatan/bn tubuh lah bagai2 nama dan terkini pan pecahan pas dan pas pecahan perikatan/bn & ppbm pecahan umno bn. Andaikata kata kalau ppbm menang (tak akan menang) akan dinamakan semula Umno terbaru. Bab kroni, rasuah, klekto apanama koprotasa hehe, kerajaan tiris la bagai2. Pembangkang Dap tidak suka Umno bn perentah kalau boleh (memang tak boleh) nak jadikan M'sia republik serupa Singapura. M'sia tidak akan bangkrap selagi urus niaga mcm biasa dan berkembang dan aman. Melainkan baju merah boleh rancak serupa di Thailand turunkan Najib dan rasa2nya majoriti semua kaum lebih suka duduk rumah tgh gelagat kartun di kaca TV.

      Delete
    4. Anon 11.06,
      Kamu ini golongan umno pemakan dedak tegar.Tak rasa bersalahkah pada masyarakat?

      Delete
    5. anon 14.07.....kalau nak tahu anon 11.06 tuh telah dibutakan hati utk menerima kebenaran...sebab terlalu banyak makan dedak....kalau makan dedak mahal takpe laaa...ni dedak murah utk burung gagak jer...sebab tuh jadi macam tuh...sel-sel otak dia tak bersambung sebab makan dedak...kih kih kih

      Delete
    6. 11.06 dh kedarah dedak expire sbb tu tulisan mcm org tak sekolah...mana noktah pun tak tau.

      Delete
  3. Bercakap bohong dah sebati dalam diri. Dia fikir media Jepun tiada maklumat mengenai dirinya. Dah busuk ke mana pergi pun baunya hapak.

    ReplyDelete
  4. mat salleh kata 'what a load of rubbish'.

    mungkin lepas ini dia akan maklum kpd orang asli d kawasan Pekan bahawa dia lah yg mengesyorkan kpd almarhum tunku abd Rahman utk menubuh Malaysia n memberi ilham kpd arwah tun razak utk mengujud kan gagasan BN.

    kita berhak utk ketawa bersama sama beliau kerana tangisan kita hanya d tertawakan saja olih beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh bertingkek-tingkek rupanya.....tak ada common sense ke?? Akal mana....akal...??

      Apa tak tau ke sekarang informasi dihujung jari jer. Ni bukan zaman lepas perang brader...

      Nak tipu org Jepun....ingat org Jepun sume tak reti bahasa omputih ke.....ada yg reti baca English woiii....

      Maknanya mesti ada org Jepun yg baca info2 dari luar dalam English yg kata Malaysia tak nak bagi kerjasama dalam siasatan Swiss. Kat depan memang org tak cakap apa2....tapi kat belakang tentu org berkata.

      Apalaaaa bangang...!! Dgn teknologi canggih macam zaman sekarang memang susah nak menipu....segalanya dihujung jari.

      Pakai common senselah sikitttt.....satu dunia tak bodoh....

      Delete
  5. Tuan shah,
    Apa hukum pada pemimpin yang sana sini suka BERDUSTA..ikut syariat wajib ditolak itu belum lagi masuk bab AMANAH dan ZALIM tapi kita buat la apa pun masih ramai orang melayu buta hati akan pangkah BN dan UMNO yang pelik semua cukup obses nak jadi penganut islam tulin tapi dalam masa yang sama boleh buta dalam memilih pemimpin mengikut syariat...tak semestinya mesti cari lebai atau PAS.

    ReplyDelete
  6. Mapudulong ingat org Jepun tak pergi sekolah agaknya. Kerana fikiran kacau dan bingunglah tu. Kalau PM Jepun ada kes sama mcm Mapudulong, dah lama dia harakiri cucuk perut dgn pedang kontot. Apa nak buat dah namanya Mapudulong, akalnya kontot nafsunya besar kulit mukanya tebal. Biawak negara.

    ReplyDelete
  7. adey mr syed albudin..
    tok mat kata .. omak den beposan mat kalu ko tak boleh mnjd garam jgn ko mnjd langao..
    mat najib sepisis supa spesial. jd garam pon dia ,jd langao pon dia jugak.
    pada mentri-mentri mlayu amno najib ibarat garam..pada rakyat mlayu najib ibarat langao..
    benda yg baik tak semestinya bagus dan benda yg tidak baik tak semestinya tidak bagus..
    pemimpin bekata bahawa mereka tetap menjd garam selamanya..rakyat mlayu tetap menjd langao sampe mampuih..

    ReplyDelete
  8. Jamal pak tongkol lebih layak jdi Presiden UMNO...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada dalam UMNO sekarang yg layak jadi Presiden.

      UMNO tumbang ramai haramjadah yg berkepentingan tidakakan ada peluang lagi nak sauk lagi duit rakyat.

      Kerajaan yg baru mesti tangkap dan bicarakan semua
      ahli UMNO yg di-syaki kekayaan yg meragukan.

      Delete
    2. Jgn main2 datuk sri jamban jenderal tentera merah umno tu.
      Yg tua tua kutuk pun ikut sekali.
      Punya tak ada akal.
      Tua buat cara tualah.
      Yg dok pi ikut budak yg lulus SRP tu buat apa.
      Mustahil anak2 ko orang tak ada yg lulus spm atau yg berijazah.

      Delete
  9. He's the one initiate the probe..he's the one that will not stop until he get the truth..he's also the one vow to punish the man behind all this..but alas the criminal he hunting is no other than Himself...What a Perfect Crime.Bijan never failed to amazed me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well-said Sir...!!

      Only the fools can be fooled by the fools....the Japanese are not fools.

      Delete
    2. Resakse otromen pun tak sebudus dia

      Delete
  10. His the one who initiate all of this 1mdb mess because his the one they called mo1..the one and only big fat liar!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hellfire must be made hotter to penetrate that thick skin of his.

      Delete
  11. Anoneh...watashi nampak tapi takdah dengar....watashi rasa tapi takdah bau!!!!
    Najis mughalizah....

    ReplyDelete
  12. PM: I was the first to iniate the probe you know..
    Japanese media: Then what happened to all those probes?
    PM: All if them had wrap up their investigations and the evidences had been tendered to AG office. The AG, the new AG declared no case. I'm clean like a new born baby.
    Japanese media: What happen to police investigation?
    PM: They're still investigating..
    Japanese Media: Until when? It has been almost 2 years already..
    PM: They had just completed their first phase. Give them time..
    Japanese Media: What happened to Auditor General report?
    PM: The have completed their report but I have OSA it.
    Japanese Media: Why?
    PM: You ask me why? It doesn't really matter because like I said before I iniated the probe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Does najib said probe as it mean problem..if that so..its a bull eye..damned,what a bold and honest statement from him..

      Delete
  13. Kah!...Kah!...Kah!....tergelak bila mendengar munafik berkatax

    ReplyDelete
  14. 1mdb di malaysia dijaga oleh malaikat sebab ini negara islam jadi sebab itu semua perasuah penyamun penyangak pendedak selamat yg lain itu negara kafir takkan org islam nak rasuah bangang sungguh

    ReplyDelete
  15. inilh tanda2 kiamat dh hampir tiba bla amanah dilacuri ramai pla yg menyokong dgn berbagai alasan demi kepentingan trmasok dedak.

    ReplyDelete
  16. Aku rasa macm nak penampar je. Geram sangat2 ni. Kita dibangangkan hari2. ingat kita ni makan taik ke. dia sorang je yang makan nasi.

    ReplyDelete
  17. kadang-kadang aku terfikir, apakah pm aku ini sakit mental?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah pun.....malam pun tak tidur terpaksa telan pil tidur.

      Delete
  18. Kena baca dan aminkan doa ini.

    Musuh Islam dan bangsa berada dalam rumah kita setiap hari. Mereka berlindung disebalik nama dan watak Islamik.

    Laqnatullah ini mencarit-carit agama wahyu saban hari dengan bersahabat dengan kafir yang memusuhi Islam (Israel, China, Myammar). Laqnatullah ini membiar masuk jutaan kafir dan munafiq melalui jalan halal dan memberi mereka pekerjaan, kemudahan dan perlindungan. Laqnatullah ini mengambil hasil yatim piatu dan fakir miskin untuk menyenangkan para munafiq dan kufar. Laqnatullah ini berbohong siang malam dan membenarkan pembohongan dan perompakan berleluasa dan berkuasa. Laqnatullah ini menipu daya dan menundukkan 'ulama-ulama'. Fir'aun millennium ini memang layak didoakan kecelakaan ke atasnya.

    Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Maha Pengasih

    Ya Allah sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan Mohd Najib Abd Razak, Rosmah Mansor dan pengikut-pengikutnya

    Ya Allah hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Mu

    Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
    Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka
    Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah

    Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran
    Wahai Tuhan yang menggerakkan awan
    Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab
    Kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka

    Maqbulkan doa kami Wahai Tuhan Sekalian Alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agama apa ni? Mahzab apa ni? Kenapa penganut agama ini ada banyak kebencian dan dendam kesumat?
      Siapa yang dipersalahkan bila ada mereka berperangai bergini? Agamanya anutannya ? Atau pemimpinnya yang bebal dan berperangai setan yang menyebabkan rakyatnya sakit mental dan jiwa? Atau Mak Bapaknya atau Guru Agamanya atau Mufti yang gagal menjadi pengikut mereka bebas sakit mental dan jiwa?
      Apa solusinya? Patutkah ada hudud mengharamakan Doa Laknat? Berkesankah pulak hudud itu dalam mententeramkan jiwa dan rohani mereka sebab doa itu antara hamba dan tuhan? Kalau diharam terang2anpun, mereka tetap berbuat sendirian dengan Tuhan mereka !

      Delete
  19. Negara luar sedang mengambil peluang dengan kebodohan Jibby... China telah pun mendapat habuannya... aduhai..

    ReplyDelete
  20. Negara luar sedang mengambil peluang dengan kebodohan Jibby... China telah pun mendapat habuannya... aduhai..

    ReplyDelete
  21. Sudah ke tahap kronik dah Pm ni.

    ReplyDelete
  22. Tak usah kelentong dan buat dusta. Matang2 orang jepon kata pandai cakap melayu, tapi ini zaman serba canggih, berita boleh dialih bahasa. Munafik punya MO1. Buat lawak, tak rasa bersalah langsung, dimalaysi sisiapa saja membicarakan kes 1MDB semua disoal siasat polis, apa kah ini menunjukkan MO1 manusia paling pendusta dan jahanam.

    ReplyDelete
  23. Salam Bro

    Ptuiihhh!...nah ambik ko Najib....Apa ko cakap?
    Ptuiihhh! sekali lagi.

    Memang ko ni dah OTC (Otak Tak Centre)...MEMALUKAN bangsa dan negara.

    Orang Jepun penuh budi bahasa dan berbudaya...ko tak tau ke ada yang pecah perut ketawa dalam jamban selepas ko cakap macam tu?...mereka tak akan ketawa depan ko...tapi dalam tunduk tu mereka senak perut tau tak?...Orang Jepun paling tinggi tahap KEHORMATANnya...Lebih baik mati dari menanggung aib...HaraKiri...Kalau ko dalam masyarakat Jepun...dah lama ko mati kalau tak mengundur diri...Budaya Samurai bukan macam budaya keturunan bugis celup macam ko...atau budaya minang kerbau sebelah bini ko.

    MANA HASIL SIASATAN?...kenapa laporan Ketua Audit Negara diOSAkan?

    DAMNED YOU NAJIB!




    ReplyDelete
    Replies
    1. Otak sudah tak betul.
      Di kertas tulis lain, baca bunyi lain. Tanda apa lagi? Mungkinnsudah mulai sewel.

      Delete
  24. Correct me if I am wrong, but if I am not mistaken there is the Malay saying: kalau sudah boleh menipu seterusnya akan mencuri dan kalau boleh mencuri seterusnya membunuh!

    And from the Al Qur'an there is worse sin than murdering someone! Yes, involving in fitnah (which appears to have more than one meaning?). So, the question now is this: Do we now have fitnah perpetrated in this beloved land ours Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1mdb bukan fitnah. Ia pencurian terancang.

      Delete
    2. siakap senohong
      gelama ikan duri
      bercakap bohong
      lama lama jadi pencuri

      Delete
  25. Saleh SK, selamatkan bos kamu dari diketawakn........ Hehehehe

    ReplyDelete
  26. Kesan kepada orang yang suka makan Nasi Kangkang:di luar dia cakap lain, di dalam dia buat lain.

    ReplyDelete
  27. Takper laa..semua org tak kira di tanah kafir atau tanah islam, mereka semua dh maklum yg najib ni penipu dan munafikin.
    Marilah sama2 kita berdoa semoga tuhan cpt cpr tamatkan nyawanya sebelum malaysia lebur.

    ReplyDelete
  28. BIJAN cuma berani bercakap satu hala saja. Telor simpan kat losmah. Sang bugis sedang berjuang menegakkan benang basahnya. Kita bersabar sikit saja lagi. Sang bugis sekor ni mmg sudah tahap terdesak. Kebenaran dan keadilan sedikit demi sedikit sudah mula menjelma. Orang kampung pun dah mula berbicara menentang BIJAN. Allah Maha Besar. BIJAN PEMIMPIN NEGARA KAKI KELENTONG TERSOHOR.

    ReplyDelete
  29. Di Tanah Melayu ini saya percaya masih lagi ramai yang mukmin.
    Kamu pemimpin umno terlalu berani mengkhianati negara kami, sedangkan kamu juga beragama islam. Kamu ingat rakyat rakyat biarkan saja perbuatan kamu?
    Kami ada ALLAH tempat mengadu.

    ReplyDelete
  30. Ada lapuran Najib tawarkan Malaysia sebagai penasihat halal kepada pihak Jepun. Tapi orang Jepun kebanyakan makan ikan .... kahkahkah.
    Mengapa tak tawar kepada pihak China ...

    ReplyDelete
  31. Nak tunjuk pandai di negara asing ? Kalau kat Timbuktu mungkin boleh tapi kat Jepun ?? Aduhai memang bahalol !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...