Monday, 7 November 2016

PANDANGAN JUJUR SAYA KEPADA NAJIB


Membaca kenyataan bekas Setiausaha Agung UMNO, Radzi Sheikh Ahmad yang mengatakan PPBM atau lebih senang disebut sebagai Bersatu, mampu memberi cabaran lebih sengit kepada UMNO berbanding Semangat 46, ia membuatkan saya tiba-tiba rasa terpanggil untuk bersikap jujur dan ikhlas kepada Najib Razak.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar Cina, Radzi dipetik sebagai memberi amaran kepada UMNO agar tidak memandang rendah kepada keupayaan Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin yang kini memimpin PPBM.

Katanya, cabaran yang bakal dihadapi UMNO akan lebih sengit berbanding tentangan Semangat 46 pada akhir tahun 80-an dahulu.
Atas rasa jujur dan ikhlas, bagi saya, kenyataan Radzi ini merupakan pandangan paling tidak jujur dan tiada keikhlasan kepada Najib. Dalam bahasa mudah, ia hanya mengarut semata-mata.

Kenyataan yang benar-benar jujur dan ikhlas kepada Najib ialah pendangan menteri-menteri seperti Ismail Sabri Yaakob, Shabery Cheek, Salleh Said Keruak dan beberapa yang lain yang selalu menyebut bahawa PPBM tidak mampu ke mana-mana dan hanya akan menuruti sejarah Semangat 46 sahaja.

Ya...percayalah, PPBM ini kalau pun tidak menyamai sejarah Semangat 46, masa depannya tentu lebih buruk daripada itu. Tidak mungkin ia lebih hebat berbanding Semangat 46.

Bukankah yang memberi pandangan sedemikian adalah menteri-menteri yang hebat lagi bijaksana? 

Jadi, sudah tentu cakap mereka adalah benar semuanya.

Lagi pun, Nazri Aziz, seorang lagi menteri UMNO ada  mengatakan Tun Mahathir sudah tua, berusia 91 tahun, tidak upaya lagi dan baling gelas pun tak pecah.

Muhyiddin pula, kata Nazri, tidak ada pengaruh dan kekuatan pengaruhnya selama ini hanya kerana UMNO.

Maka, mana mungkin PPBM mampu memberi cabaran lebih besar kepada UMNO?

Sekali lagi saya ulang, ini adalah pandangan yang jujur dan ikhlas daripada saya. Saya harap Najib abaikan saja kenyataan Radzi ini, tidak perlu risau atau gundah gulana terhadap PPBM, Tun Mahathir atau Muhyiddin.

Ikut dan dengarlah apa yang dikatakan oleh Ismail Sabri, Shabery Cheek, Salleh Said Keruak, Nazri Aziz dan lain-lain pemimpin UMNO yang sentiasa jujur, ikhlas dan tiada sama sekali kepentingan peribadi mereka terhadap Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Najib juga jangan harus lupa dengan kata-kata ikhlas Nallakaruppan yang baru-baru ini diberi gelaran Tan Sri bahawa beliau mampu menandingi kehebatan Tun Mahathir dalam tempoh 10 tahun akan datang, malah dikatakan ada persamaan dengan Mahatma Ghandi.

Ini tentunya adalah kenyataan paling ikhlas Nalla terhadap kehebatan Najib dan ia dengan sendirinya membuatkan semua cabaran daripada PPBM, Tun Mahathir dan Muhyiddin akan tenggelam dengan sendirinya.

Maka, mahu apa lagi?

Cehh...berbanding Nalla, apa sangatlah dengan kata-kata Radzi itu. (SH 07/11/2016).

39 comments:

  1. Jamal ikan bakar juga bakal dapat Tan Sri.Istana tidak ada masalah untuk memberi darjah kebesaran kepada golongan ini.Daulat King Najib!In Najib We Trust!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Budin,

      Kalau DAP berani kata "PPP" - PENCURI , PEROMPAK dan PENYAMUN

      UMNGOK pun boleh buat "PPP" - PENGHASUT, PENDAKWAAN dan PENJARA kepada DAP

      Delete
    2. Jamal si parang kontot tu nak terbang mcm mana....kalau dok kena balut seluar dalam.

      Pergilah berarak kat depan ibu pejabat DOJ di US tu. Buat apa nak serbu ibu pejabat malaysiakini.
      Mustahil tak mampu. Pergi Dubai boleh. Sanggup taja kesemua ketua2 cawangan.

      Money no problem bagi jamal si parang kontot ni.

      Takut tak boleh cakap english ker. Atau takut parang terbang tak boleh terbang.

      Delete
    3. Orang yg lemah memang suka dipuji puja dan diampu-bodek sebab dgn pujian itu dia dapat buat dirinya konon dipandang tinggi, bijak dan berjaya.

      Padahalnya dalam setiap pujian ada kekejian.

      Orang yg bijak dia tak perlukan piji-pujian atau ampu-bidek sebab dari hasil kerja dan tindak-tanduknya pun orang boleh nampak akan kebijaksanaannya.

      Penilaian insan yg sebenar letaknya dalam pandangan dan fikiran orang....bukannya letak di mulut lidah orang.

      Orang yg suka dipuji-puja dan diampu-bodek ialah orang yg lemah.

      Delete
    4. 00:24 exactly correct PPP divert back to Dap.

      Delete
    5. Apa kata Tuan Punasihat Lebai Musang Berjanggut???

      Ke guaner Din...

      Delete
    6. Budak Jamal gila tu nak jadi hero.
      Dia pun gila glamour mcm tuannya juga.
      Cari publicity murahan untuk semua orang kenal dia asalkan muka dia keluar kat tv3 suku setiap malam.
      Selagi najib berkuasa selagi tu lah dia boleh cari makan.

      Delete
    7. UMNONGOK lagi BANYAK P...PENDATANG INDON, PENGOR, P**K M**K, PEMALAS, PARASITE, PENIPU, PEMUTAR ALAM, PEM**NTAT ARTIS, PONDAN, PENGEMIS...

      Delete
    8. Kentut Tun Mahathir pun Najib(MO1) tak ada.......!!

      Delete
  2. Sampai kapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapan kapan kita berjumpa lagi
      Kapan kapan kita bersenda gurau
      Mungkin lusa atau dilain hari 2x
      Bila kita pergi harapan ku disinar oh oh oh
      Kapan kapan ... (bila2)
      Lengendaries Koes Plus 23:04

      Delete
  3. Salam Tuan Shahbudin,

    Mungkin orang Pas dah lupa ucapan Tuan Guru Nik Aziz (Sinar :11 Mei 2013). Jawapan untuk Bekas Menteri Penerangan TS Zainudin Maidin menyarankan parti DAP menyertai BN....

    "sedarlah ideologi perjuangan UMNO hari ini sudah ketinggalan zaman, sudah sampai masanya BN dan UMNO akan dibuang terus dari pentas politik negara. Pada masa itu tiada akan sudi menerima jatuh di tanah, ayam tidak patuk, itik tidak sudu" - Tuan Guru Nik Aziz.

    Parti politik UMNO perlu sedar bahawa parti politik masa depan adalah parti politik yang mampu dapat sokongan semua rakyat Malaysia tanpa kira ras dan agama.

    Pemimpin Melayu yang dikatakan hebat bukanlah yang melaungkan, "Hidup Melayu", pemimpin Melayu seperti inilah orang yang korup dan berpura-pura,dan hakikatnya mereka ini sebenarnya pijak orang Melayu supaya tidak ada Melayu yang boleh menentang mereka.

    Pemimpin Melayu yang seluruh rakyat kehendaki ialah pemimpin yang progresif, dapat majukan negara, berjiwa rakyat, adil dan tidak korup. Orang Melayu perlu keluar dari dogma bahawa, "UMNO saja mewakili orang Melayu".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jelaskan perbezaan antara PPBM dengan Umno.Mejoriti pemimpinnya pun bekasa pemimpin Umno yg kepalanya karat Umno.Sekarang mereka berbaik dgn DAP,PKR dan PAN bukan keran mereka berubah ,tapi keran mereka terdesak perlukan bantuan.Jadi bagaimana mungkin PPBM tidak mengalami nasib yg sama dgn Umno ,jika boleh di lupakan seperti ucapam Nik Aziz tersebut?.

      Delete
    2. Ada org peraga dedak kat sini..

      Delete
    3. Anoy 06.37
      Perbezaan PPBM dgn umnok ia lah hurufnya..hehehe
      Cuba bagi peluang dan ruang PPBM Jadi gov dulu..
      Baru dirasa perbezaan nya..
      If sama dgn umnok..rakyat jelata akan lawan..
      Kita sudah tengok and rasa 7thn najib memerintah..
      Dgn permainan silap matanya mampu mengumpul kekayaan luar biasa 3.6b..sekarang Kita bagi peluang PPBM menyelesaikan silap mata najib as government..
      It just simple as that..

      Delete
    4. bgs x perlu nak komen la..klu komen mcm tu baik suruh umno ne perintah lg..mana tau kan lps ne baik plak dgn pemimpin baru dilantik menggantikan najib.kan??kan??kan???cuba bg peluang dgn pemimpin baru umno plak kan???bullshit..klu nak komen biar la masuk akal sikit...rakyat da cukup menderita..x kan nak menderita lg..bodoh...sungguh bodoh....

      Delete
    5. Cuba beza bini2 PM dulu dengan Bini PM sekarang BINI PM dulu2 slim, sopan-santun dan anggun...Jauh sekali menjadi pelahap dan melantak duit rakyat...Mereka tidak pernah sekali menjadi bahan ejekan TV2 Negara asing..
      Bini Najib kena bahan lagi...TV Korea cakap MAK BADAK habiskan 24 juta untuk shopping...

      Delete
  4. Sdr budin,
    Teringat saya satu cerita zaman dulu ,di sebuah negeri yang pemimpinnya suka kepada kata kata memuji dan nasihat yang dia rasa ajaib. satu hari pemimpin ini keluar dari istana bersama sama isterinya pergi bersiar siar lalu mereka berselisih dengan seorang tua menonggang keldai, orang tua menasihat pemimpin itu pulang kerana nanti petang hujan turun lebat serta cuaca juga tidak elok.kebetulan petang itu hujan lebat dan ribut, pemimpin berkenaan sungguh terkejut dengan ramalan orang tua itu lalu terus mengarah orang orangnya mendapatkan si tua dan kaldainya untuk bawa mengadap.

    Setelah mengadap pemimpin tersebut , pemimpin itu terus bercadang agar orang tua tersebut dilantik sebagai penasihat beliau untuk meramal keadaan masa depan. Orang tua berkenaan menolak permintaan pemimpin berkenaan dengan mengatakan bahawa beliau meramalkan keadaan cuaca dan keadaan masa depan berpandu kepada telinga kaldai nya iaitu sekiranya telinga kaldai itu berubah maka akan memberi isyarat keadaan tertentu akan berlaku dimasa depan. Lalu pemimpin tersebut terus mengarah pihak berkuasa negeri itu melantik kaldai tersebut sebagai penasihat beliau untuk memberitahu hal ehwal masa depan.Jadi dilantik lah sikaldai dengan bayaran yang mahal dan hanya merugikan harta rakyat dan negara.

    Pengajaran cerita : begitu lah juga dengan pemimpin bernama Najib serta kerajaan era beliau , terlalu obses orang dapat memuji dan menyedap hatinya akhirnya dilantik lah manusia berotak kaldai menteri dan penasihat yang dibayar dengan harga mahal sehingga membazir wang rakyat dan merugikan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib diceritakan sebagai keldai tapi mengapa dikatakan wang (bermakna licik serta cerdik) berbandingkan keldai yg bodoh hanya jadi kuli tak punya/dapat apa2 jadi amat jauh persamaan penceritaan mahu dibuat perbandingan ini.

      Delete
    2. Anon 3.35,
      Kamu jangan bodoh nak faham cerita roslan itu maksud roslan itu melantik punasihat tahap membodek dan mamacm kaldai bila buka mulut ..membazir wang rakyat bukan najib kaldai dia ini penyamun ..kamu jangan nak jadi kaldai.

      Delete
  5. Pendapat paling TOP ialah dari adenan satem mengharapkan najib jadi pm sampai kiamat.

    Tolong betulkan kalau statement itu tidak ujud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adenan stim dah terlampau stim bila najib nak bagi kuasa otonomi kpd sarawak masa pilihanraya negeri sarawak dulu.

      Puji najib melambung lambung sehinggakan memberi cadangan supaya najib kahwin dgn gadis sarawak.

      Bagaimana sekarang ni adenan stim. Dah dapat kah apa yg kau mahu untuk rakyat sarawak.

      Delete
    2. Bila dpt kuasa otonomi sampai kucing bertanduk pun kuasa politik atau berita serupa Sarawak report org sana tak layan akan diberakan kertas report tu apa lagi penghasut mahu makan angin pun tak boleh, cakap la apa pasal itu la kuasa otonomi. Pan Borneo siap paling kurang pun 10 tahun baru siap menjadi deposit kekal pada Bn. Bagaimana pula alasan org sana mahu buang Bn?

      Delete
  6. Andaikata; Najib masih setia dgn isteri pertamanya puteri kerabat kelantan,dan dia berkawan dgn geng2 lobai..ketika dia jadi PM..Malaysia tentu menjadi negara terhebat di asia tenggara.

    Andaikata;Altantuya yg menukarkan nama islamnya jadi Amina,hasil bersama dgn Najib,perutnya sudahpun berisi 3bulan,jadi isteri PM.Tentu rakyat Malaysia,tidak menanggung bebenan hutang negara,seprti GST.

    Andaikata;Semasa tertengkapnya najib di ming court di P.D dulu bersama ziana zain,Si Mat isa pendek buat amal jariah,menyuruh mazlis agama N9, menikahkan kedua mempelai jadi suami isteri.Agak2nya Malaysia taklah seteruk begini.
    Di sebabkan kesemua di atas tak MENJADI,Si Mak Badak yg dapat Najib,seperti Kata adik lelaki mak badak itu,Malaysia akan punah-ranah dan kacau bilau dibuatnya.Anak tiri mak badak dapat habuan,kenduri-kendara mak badak habis sedozen kapal terbang negara di bawa ka Kazahkistan,hari -jadi mak dato;macam-mak bapak dia punya,shoppinh di calirfornia terpaksa chattered kapal terbang mas mak badak dan family sahaja,tak kira shopping di italy ,europe,australia,dan sewa ship yarth di monaco.si mak badak ni peminat hindustan,entah darimana datangnya jasa shah rukh khan,ditabalkan dato,direcomend oleh mk badak ni.Tak pernah isteri PM terdahulu terhegeh-hegeh di parlimen,sewa jet peribadi,dan memandai-mandai kata dia THE 1ST LADY OF MALAYSIA.Hanya layak utk permaisuri agong sahaja.Di pegang telor tok jib,nak set-up 'PERMATA'SEMATA-MATA NAK KELEPET DUIT BUDGET TAHUNAN.didepn rakyat,wulamak tunjuk alim,pakai tudung sejemput nampak rambut.PEKA pada kanak-kanak,tapi semuanya lakonan sahaja,anaknya yg berkahwin dgn dr.Fazli sendiripun tak diakui anaknya.Ibu-bapanya sendiri,cuba nak dipadamkan kesah2 mereka.INILAH PUNCANYA,KENAPA MALAYSIA JADI BEGINI,KERANA NAK MEMUASKAN NAFSU MAK BADAK SORANG INI..najib sebenarnya isteri Mak badak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sahaja telor bijaN dipulasnya, telor Punasihat Lebai Musang Berjanggut juga dipulas pulas untuk mengeluarkan fatwa fatwa karut menghalalkan segala penipuan/kejahatan yg dia lakukan.

      Delete
  7. He he he!! Camana bapak ayam pun boleh dapat Tan Sri ye?? APA pun congratulation Mr Nalla .You are the best actor and heroe

    ReplyDelete
  8. Belum tambah 2 lagi, Ahmad Maslan, Hassan Malek, legend kepada pembaca yang disayangi.... kepada periang dan pecinta 3.85....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu sering menyebut Trio Pelawak Bodoh Abadi Ahmad maslan,hassan malik dalam komem.

      Ingatlah pelawak - pelawak sengal ini lah juga yang menyumbang unsur unsur humor kepada kita rakyat malaysia.

      Delete
    2. Tak baik cakap bodoh.... kalau bodoh pun dikurniakan... bersyukur kerana bodoh, kerana bodoh dapat juta2... setuju?

      Delete
  9. Antara "kejayaan" dap meningkatkan ekonomi P Pinang

    Antara projek-projek “berjaya” yang telah Kerajaan DAP Pulau Pinang lancarkan untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi Pulau Pinang.

    Selepas 8 bulan lebih taman tema air dilancarkan untuk menggalakkan pelancongan di Pulau Pinang, taman tema air itu bungkus.

    Selepas setahun melancarkan projek golf resort untuk meningkatkan pelancongan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi, projek ini telah dibatalkan kerana tanah itu tidak cukup besar untuk padang golf.

    Selepas 6 tahun menganugerahkan projek untuk membantu membangunkan Pulau Pinang sebagai hab pelancongan perubatan, tanah Taman Manggis itu masih lagi kosong.

    Tempat letak kereta ‘kancil’ akhirnya siap pada tahun 2015 selepas 7 tahun pembinaan dan menelan belanja 3 kali ganda daripada bajet asal. KLIA2 yang mula dibina selepas tempat letak kereta ‘kancil’ itu mula dibina, telah diselesaikan sebelum tempat letak kereta ‘kancil’ selesai.

    Projek Terowong Pulau Pinang telah ditandatangani untuk dibina pada tahun 2013 tetapi 3 tahun kemudian, laporan yang mahal yang bernilai RM305 juta itu masih tidak lengkap. Sementara itu, projek Xiamen University kampus Malaysia yang ditandatangani pada masa yang sama telah pun siap dan mula menerima pelajar pada awal tahun ini.

    Begitu cekap sekali Tokong dan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang.

    Tidak hairanlah pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang sama ada paling rendah di kalangan semua 15 negeri (mengikut Gerakan) atau ke-3 paling rendah (mengikut Institut Pulau Pinang) bagi tahun 2008 hingga 2015.

    Sementara itu, PM Najib baru sahaja membawa masuk RM144 bilion pelaburan dan projek dari China.

    Satu-satunya perkara yang DAP mahu membawa masuk dari luar negara adalah abu Chin Peng –malah ini pun mereka telah gagal.

    satu lagi kejayaan pulau pinang – robohkan gerai gerai dan rumah rumah serta tapak bersejarah kat fort cornwalis tokong kaya luarbiasa sebab broker yg menjual tanah kepada entiti asing terutama dari singapura.

    tak percaya pergi goggle atau terus ke P Pinang ini la yg byk Melayu tertipu termasuk Cina dan lain bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dia pemakan dedak datang lagih...dah cukup posting ker hari nih...dua hinggit satu posting...tambah GST jadi 2.12....selamat memakan dedak....

      Delete
    2. Anon 9.11,
      Nak jilat pungkoq najib aka Rosmah itu patut patut la sikit ,aku tak nafi ada projek yang gagal dan ada juga projek di pulau pinang ini yang berjaya di jalankan yang gagal tu tidak lah rugi sampai generasi akan datang terpaksa tanggung beban kalau banding dengan lanun najib yang melesapkan hampir 50 billion wang jaminan kerajaan melalui MDB samapai anak cucu hang pun terpaksa tanggung .

      Yang roboh gerai gerai itu cuma yang tak ada lesen sekarang depa dah berniaga balik bila perniagaan tak dibuat secara haram itu saja..kami melayu di penang pun tak la semua mati kebuloq dan papa kedana macam ada sesetengah negeri BN dan PAS perintah banyak juga bawah tahap kemiskinan.

      Yang nak menipu dan kena tipu adalah hang dan geng geng hang yang dok sanyang punkoq najib ..UMNO dipenang pun sejak BN memerintah tu bukan ada buat perubahan pun atas orang melayu yang berubah pemimpin pemimpin bahagian umno saja kaut harta pasang bini muda itu saja...semua kejadah macam hang dan najib...Bawa masuk RM 144 billion pelaburan konon tapi pelik negara pula kena tanggung hutang dari pelaburan ini komisen mak datuk berbillion billion masuk penyamun yang tanggung rakyat generasi akan datang ...sudah la paria jangan merepek.

      Delete
    3. Yg parkir bertingkat, Eco Marina di Batu Kawan, Penang Wet World Wild, Fesibility studies habis 305 mil projek tunnel apa cerita?

      Delete
    4. RM 144 billion pelaburan

      This is an easier way to understand that the claims by the opposition leaders that 60% of Bandar Malaysia was sold to China is incorrect.
      The Bandar Malaysia project is still 76% owned by Malaysian, with 54.4% owned by Federal and Johor Govt while only 24% is owned by a China company.
      Local Malaysian company Credence Resources owns the remaining 21.6%.

      Delete
    5. Ya la tu BN cakap yg loan bagai nak gila sampai generasi akan datang tanggung tu tak nak cakap komisen berbillion diam diam masuk kerana projek harga lebih dari sepatutnya.

      Delete
    6. Apa guna "kejayaan" 144b najib jika nk dibandingkan dengan "kejayaan" najib menyusahkan rakyat Malaysia..

      Delete
  10. semua sudah jelas ... siapa yg jahat dan siapa yg baik. lu fikir sendiri.

    ReplyDelete
  11. semua sudah jelas ... siapa yg jahat dan siapa yg baik. lu fikir sendiri.

    ReplyDelete
  12. Sejak malaysia merdeka belum ada pemimlin negara yg dikutuk rakyat teemasuk anak beranak jadi sedar2lah sedikit betapa hinanya didepan mata rakyat itu baru didunia diakhirat jawablah didepan allah aammmiiinnn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...