Friday 4 November 2016

MENELAH PAS ANTARA AKTA 355 DAN HARAPAN NAJIB TENTANG PERUBAHAN PENGUNDI CINA


Lim Kit Siang menimbulkan persoalan apakah Pas sedang memberi kata dua kepada Najib Razak berikutan sikap Hadi Awang yang tiba-tiba terbuka untuk menjayakan pertandingan satu lawan satu dengan parti pembangkang lain untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Katanya, beliau khuatir kenyataan Hadi itu hanya bertujuan mendesak Putrajaya menyokong usul Akta 355 yang masih menunggu kebenaran kerajaan untuk dibentangkan bagi bacaan kali kedua di Parlimen.

Adakah Hadi cuba memberitahu Najib bahawa ada akibatnya jika beliau  tidak mahu menyokong usul Akta 355 itu? tanya Kit Siang lagi.

Sehubungan itu, kata Kit Siang, pihaknya perlu mengkaji terlebih dahulu dan berharap tiada udang di sebalik batu daripada kenyataan Hadi itu.

Sebenarnya persoalan yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang itu turut bermain di pemikiran ramai orang dan pemerhati politik dalam negara. Ini kerana sikap Hadi dan Hashim Jasin, Muryidul Am Pas dalam soal ini terlihat agak mendadak perubahannya.

Sebelum ini, mereka agak keras dalam soal bekerjasama dengan parti-parti lain dan mahu terus kekal bertanding sendirian sebagai blok ketiga yang dinamakan Gagasan Sejahtera, suatu langkah yang dilihat akan memberi keuntungan kepada UMNO dan BN.
Bagaimanapun langkah Pas yang tiba-tiba terbuka untuk menjayakan formula satu lawan satu, meskipun menimbulkan persoalan, tetap disambut baik kerana keinginan majoriti rakyat lebih mahu melihat UMNO dan BN dapat ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang.

Blog ini juga dalam artikelnya sebelum ini turut mengharapkan Pas akan kekal  istiqamah dan tidak lagi berubah-ubah dengan pendiriannya untuk bersama-sama blok pembangkang bagi tujuan menumbangkan UMNO dan BN.

Memang diakui langkah Najib memberi ruang kepada Hadi Awang membentangkan usul persendirian meminda Akta 355 adalah bertujuan menarik Pas lebih dekat kepada UMNO. Usul tersebut, walaupun hanya bertujuan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah, tetapi gambarannya seolah-olah sama seperti hudud.

Apatah lagi, parti-parti bukan Melayu, termasuk komponen BN, turut secara terbuka menentangnya kerana menganggap ia sebagai laluan awal ke arah hudud. Akibatnya, sementara Akta 355 itu terus merenggangkan hubungan Pas dengan parti-parti pembangkang lain dan dalam masa yang sama menjadikan mereka semakin dekat dengan UMNO, Najib juga berdepan dengan tentangan daripada parti-parti komponen BN kerananya.

Lantaran itu, tidak mustahil usul Akta 355 ini akan terus terpanggang di kedudukan bacaan kali pertama saja dan tidak diberi laluan untuk diteruskan. Meskipun Najib mengharapkan sokongan Pas, beliau juga tentunya tidak sanggup kehilangan sokongan MCA, MIC, Gerakan dan komponen di Sarawak.

Kenyataan Azalina Othman Said, menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen bahawa Dewan Rakyat sesi ini mungkin tidak cukup masa untuk usul Hadi jelas merupakan petanda ia bakal tertangguh lagi. Pas tentu saja sedar hakikat tersebut.

Maka, persoalan bahawa perubahan sikap Pas sebagai kata dua kepada Najib ada logiknya serta tidak boleh ditolak begitu saja.

Tambahan lagi, Najib sekarang ini seperti tidak lagi memerlukan sokongan Pas untuk masa depannya. Najib, melalui pemberian kontrak besar-besaran kepada syarikat China sambil dengan berani memberi amaran kepada Barat agar bersikap adil dan tidak saja pandai bersyarah tentang hak asasi kepada negara-negara kecil, adalah isyarat paling jejas telah meninggalkan Amerika yang telah memalukannya melalui tindakan Jabatan Kehakiman AS menyita harta-harta berkaitan 1MDB.

Dengan menjadikan China sebagai pergantungan barunya beserta kesanggupan kuasa kedua ekonomi dunia itu melambakkan hutang berbilion dolar melalui pelbagai projek infrastruktur negara, harapan Najib tentunya ialah agar sokongan pengundi-pengundi Cina juga akan kembali kepada UMNO dan BN bersama langkah itu.

Walaupun berbelah bagi kerana sementara orang Cina memikirkan soal bisnes dan sebahagian lagi melihat soal kekotoran skandal, tetapi sekiranya perkiraan Najib bahawa pengundi Cina lebih ramai yang akan kembali kepada UMNO dan BN menerusi perubahan dasar pandang ke China itu, maka sudah tentu Pas dan Akta 355 itu tidak diperlukan lagi olehnya.

Soalnya, apakah sokongan pengundi Cina yang diramalkan itu sudah memadai untuk menjamin UMNO dan BN mencapai kemenangan dalam PRU 14 akan datang?

Bagaimana jika sekiranya, lebih-lebih lagi dengan adanya PPBM dan penolakan rakyat terhadap skandal yang melibatkan Najib, sokongan pengundi Cina masih tidak mencukupi untuk memastikan kemenangan BN dan Najib tetap memerlukan bantuan Pas bagi tujuan menjamin kemenangan yang lebih selesa?

Apa akan jadi jika ketika itu Najib tiba-tiba memberi kebenaran kepada Hadi meneruskan pembentangan usul Akta 355 di Parlimen?

Apakah Pas akan kembali berenggang dengan parti-parti pembangkang lain yang sudah didekatinya sebelum ini untuk sekali lagi berpendirian mahu bertanding secara sendirian atau tetap istiqamah dengan kesepakatan satu lawan satu untuk menumbangkan UMNO dan BN? (SH 04/11/2016).

45 comments:

  1. Mari kita buka hijab politik.. PAS tetap akan berusaha menjadikan PR14 pertandingan 3 penjuru. SEBAB :Bila 3 penjuru bermakna BN akan dapat kerusi yg agak banyak walau kalah sekalipun, pada ketika itu, atas nama melayu islam bn akan menjemput pas menyertai mereka menguasai parlimen mengatasi gabungan pembangkang DAN pada masa itu penggabungan antara BiNal & PASik akan benar2 terjadi.
    Situasi hari ni belum lagi setubuh, baru menghampiri zi#*... sehari lepas PRU nanti tengok laaa.. tercabut serban pak lebai... hahahaaa..
    PAS is PAST...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 03:38, pendapat anda ada lojiknya. Pas hanya menunggu Bn kalah untuk diberi bantuan kerusi bagi membentuk kerajaan campuran.
      Agama hanya bagi pas adalah alat untuk menipu oranh melayu, harta dunia dan isteri ramai adalah matlamat mereka.

      Delete
    2. RUU355 adalah umpama memasang paip untuk mengambil wuduk ditengah tengah kolam kumbahan najis (kerajaan yang rasuah, menipu harta rakyat,...). Sesiapa yg berwudu disitu akan terpercik segala air najis yg tidak akan mensucikan badan untuk melakukan solat. Itulah yang akan berlaku kpd walaun walaun PAS.

      Sudah sudahlah bermain di celah kangkang umno/bn yang telah berbelas belas kali kencing terhadap PAS seperti yg diakui sendiri oleh Naib Presiden PAS, YB Idris Ahmad beberapa hari yg lalu.

      Delete
    3. Tiada pilihan..pru14 satu lawan satu.Jika tidak kita hanya bermimpi..Ayahanda Tun pernah jadi pemerintah 22 tahun..Pembangkang perlu bersatu..Gagal usaha kemenangan BN hampir pasti..Kajian secara saintifik pecahan undi..menunjukkan hampir mustahil pembangkang menang kiranya gagal bersatu..prk k.kangsar contoh terbaik...buang ego anda.berubah sekiranya ingin pengundi berubah..ramai org BN disini tiba tiba menyamar jadi komen pembangkang..pecah dan perintah..

      Delete
    4. anon 08.44

      Memang betul pembangkand perlu bersatu, tetapi PAS/hadi terbukti tidak boleh dipercayai, dan jika bekerjasama dengan PAS/hadi sama macam telan pil racun maut walaupun sudah tahu akan akibatnya.

      Lupakan saja PAS/hadi, lupakan.

      Delete
    5. Apa yang nak dibimbangkan, dah pasti parti pas ditolak jika lawan 3 penjuru. Fan pas lebih rela undi Amanah. PRU14 bn pasti tumbang...

      Delete
    6. Masih ada hati lagi utk tumbangkan BN. Poorah..

      Biar parti satu donia ni pun bersatu, UMNO tak akan kalah.

      Jika pilihanraya US pun undi boleh ditipu terang2an, inikan pula di Malaysia.

      Anda tak akan sesekali menang punya. Menang sorak, boleh la.

      Terimalah hakikat yg anda orang yg sama berulang2 masuk komen dimana2 blog. Berbelas juta diluar sana x amik port pun.

      Delete
    7. Anon 12:46..Sama UMNO dan Geng Baju Merah yang menang sorok dengan Ketuanan Melayu, tapi realitinya berjuta2 Melayu mengemis kerja dengan China, dilayan macam Kuli Batak, gaji sama macam Bangla dan Indon. Ini bukan Ketuanan Melayu, tapi KEBAHLOLAN MELAYU.

      Delete
    8. BEBERAPA hari lalu Mursyidul Am PAS, TG Hashim Jasin telah memberi pencerahan kepada umat Islam jika mahu amalan masing-masing diterima Allah, gunalah cara hidup Islam.

      Dalam pencerahan terbarunya kepada parti-parti politik yang menyeru kepada satu lawan satu dan penyatuan sesama umah mesti mengikut formula agama Allah.

      Syaratnya halalkan apa yang al-Quran halal dan haramkan apa yang Islam haramkan mengikut kaedah yang ditentukan mengikut hak-hak bagi orang Islam dan hak-hak bagi bukan Islam.

      Jika penghormatan itu dapat dihormati, maka pintu kerjasama semula dengan DAP terbuka.

      Nescaya berulanglah semula dalam PRU14 nanti seperti yang berlaku dalam PRU13 iaitu satu lawan satu. Jika ia tidak diterima, maka jawabnya ialah satu lawan empat.

      Demikian juga dengan dakwaan Umno yang siang malam hendak sangat bersatu dengan PAS, Jika formula itu diterima, maka terbuka penyatuan antara keduanya.

      Pencerahan politik yang disaran oleh Mursyidul Am itu membuka peluang baru bagi kerjasama politik antara PAS dengan DAP dan antara PAS dengan Umno.

      Sebelum ini pintu untuk bersama semula dengan DAP bukan sekadar tertutup, bahkan terkunci. Dengan formula TG Hashim Jasin itu, pintu tertutup juga tapi tidak berkunci. Daun pintu boleh dibuka bila-bila masa.

      Pembatalan tahaluf ada rugi bagi PAS dan ada ruginya bagi DAP dan Pakatan. Rugi PAS tidak sebanyak untungnya. Orang mungkin tidak nampak untungnya tetapi ia dijamin Allah. Hanya yang beriman yakin dan nampak akan janji keuntungan itu. Tetapi bagi DAP dan Pakatan ruginya lebih banyak dari untung.

      Ruginya bukan sekadar dapat menguasai Putrajaya dalam PRU14, bahkan selama-lama tiada harapan berperanan dalam pentadbiran Putrajaya.

      Hak bukan Islam tidak terganggu jika formula itu diikut. Jaminan itu sudah ada sejak hijrah Rasulullah dulu dan ia telah dibuktikan sepanjang pimpinan baginda di Madinah. Tentang parti Mat Sabu belum ada pencerahan. Parti itu adapun justeru hendak mengelakkan pertandingan banyak penjuru dalam PRU.

      Jika formula satu lawan satu diterima keperluan partinya tidak ada lagi. Masakan ia jadi calon ketiga?

      Mungkin parti pembangkang tidak sempat berbincang ketika Parlimen bersidang yang antara kemungkinannya RUU355 dibentangkan.

      Bagi memupuk perpaduan pembangkang supaya satu lawan satu dapat diadakan. Maka RUU355 boleh dijadikan jambatan bagi pelaksanaan satu lawan satu itu. PAS bukan saja mengharapkan sokongan MP Islam dari PKR, DAP dan Bersatu, bahkan PAS mahukan semua MP pembangkang menyokongnya.

      PKR sudah mengumumkan menyokongnya. Jika DAP belum masa untuk menyokongnya, sekurang-kuangnya ia berkecuali.

      Setelah mendapat isyarat baru dari Mursyidul Am itu, semua pembangkang wajar menimbangkan formulanya. Formula beliaulah yang memberi banyak harapan dibanding dengan lain-lain harapan politik.

      Bagaimana kalau formula itu diterima sekali gus oleh Umno dan pembangkang? Apa pilihan PAS? Justeru pencerahan Mursyidul Am itu ada mengikut saranan al-Quran, maka PAS boleh memimpin perbincangan denan kedua-duanya yang matlamatnya bagi mendapat mardhatilah hingga ke akhirat, bahkan kita dapat mencapai cita-cita 1Malaysia yang sebenarnya menjadikan Malaysia negara bersih rasuah.

      Jika ia belum terima kita hadapi satu lawan lima atau lima-lima berlawan. Tetapi jika kelima-limanya dapat bergenggam mengikut formula Mursyidul Am nescaya ia jadi buku lima yang sakti. -

      Delete
    9. Assalamuaiaikum,,,

      “Sebarang alasan untuk PAS tidak menyertai Bersih 5 boleh dianggap ingin bersekongkol dengan Umno dan melalui tindakan tersebut rakyat akan ketahui agenda sebenar parti itu,” kata Ahli Parlimen Taiping itu kepada FMT.Kesimpulan haprak dari DAP.Ada ker patut sebarang alasan boleh dengan mudah dianggap ingin bersengkongkol dengan Umno walhal Mursyidul Am dan Presiden PAS sudahpun menyatakan syarat PAS untuk berkerjasama dengan pembangkang.


      Tapi macam biasa, kalau PAN buat pekak badak, DAPpun sama, pekak badak dan mahu memancing PAS menerima mereka tanpa sebarang syarat, mahu PAS sertai Bersih 5.0 yang dah tak bersih, bukan mahu membetulkan bersih supaya benar benar bersih.

      Awal awal lagi mereka dah buat kesimpulan, itulah perangai mereka yang tidak akan memungkinkan mana mana kerja sama dengan PAS.Tambahan dengan kenyataan terbaru dari Nizar Jamaludin yang menyatakan kesediaan partinya PAN bertanding di beberapa kerusi tradisi PAS dan mahu PAS akur dengan keputusan itu dan kalau tidak PAS akan dianggap mengkianati pembangkang dan mahu menyelamatkan Umno.

      Mana mungkin parti pengkianat disandarkan untuk menumpaskan kerajaan yang kianat?Pembangkang cuma ada satu matlamat yakni menumpaskan Umno tanpa diperincikan apa yang kerajaan mereka akan lakukan bila ambil alih nanti.Adakah nak hapuskan GST atau nak teruskan GST, tak tahu lagi, nak turunkan harga minyak dan nak mengembalikan subsidi minyak masak dan lain lain lagi.

      Yang kita dengar sekarang ialah kutukan kaw kaw kepada Najib dan Umno kerana gagal mejadi kerajaan yang prihatin tapi bagaimana pembangkang nak jadi kerajaan prihatin bila ambil alih tak dijelaskan kepada rakyat.Yang dijelaskan kepada rakyat bahawa sekiranya PAS enggan bekerjasama, PAS dianggap nak tolong Umno dan mengkianati perjuangan pembangkang? Mana hala tuju perjuangan pembangkang? Dan yang terlebih penting di mana pembangkang mahu letakkan Islam yang sinonim dengan PAS kalau berjaya bentuk kerajaan.

      Semuanya tidak sepatahpunn disebut DAP, semuannya hanya nak tumpaskan Umno.PAS berpijak di bumi nyata, kalau tiada parti pembangkang mahu mengangkat Islam ke atas, PAS berlepas tangan dari bekerjasama dengan mereka dan dalam masa yang sama PAS dengan sikap rasional menyedari tidak akan mampu membentuk kerajaan secara sendiri, jadi mungkin pilihan yang baik untuk Islam ialah mengekalkan kerajaan Umno yang semakin lemah ini.

      Paling tidak pun Umno tidak akan halang mana mana ibadat persendirian di masjid masjid, di bulan Ramadan dan di bulan bulan haji.Itu kita sudah tahu tapi apabila pembangkang ambil alih, belum tentu, bayangkan kalau sekarang pun berkuasa di 2 negeri, sudah ada komplian pasal speaker masjid............

      Juga mereka mahukan PAS bersama geng liberal dan LGBT dalam bersih 5.0.

      Delete
    10. Assalamualaikum, Bagi orang orang yang buta Al Quran, mereka tidak akan sedar bahawa Hudud itu dari ALLAH, Hudud itu milik ALLAH dan kerana buta AL Quranlah mereka juga buta mata hati lalu dengan mudah mempersendakan setiap halangan yang dihadapi oleh golongan yang mahu merelisasikan hukum ALLAH di bumi bertuah Malaysia ini.


      Terbaru halangan kerana RUU 355 dapat masuk parlimen kerana alasan yang diberikan kerajaan telah dikatakan Umno telah kencing PAS.Sindiran kencing ini dipolupori oleh segelintir orang Islam juga yang selama ini mengganggap tugas mengenegahkan hukum ALLAH itu hanya tugas PAS dan PASlah yang bertanggungjawab di hadapan ALLAH nanti, bukan mereka.Lantaran itu mereka bebas menyindir dan mempersendakan PAS kerana membiarkan diri dipermainkan Umno.Itu anggapan mereka, tetapi siapa yang beri kebenaran kepada mereka untuk menyindir dan mempersendakan PAS?

      Ada pula bertanya apakah benar RUU 355 itu milik ALLAH, kerana tak terdapatpun dalam Quran tentang itu, tanpa mahu meneliti lebih dalam tentang isi RUU 355 itu sendiri.Orang bebal sahaja yang akan mendakwa RUU 355 tak ada dalam Quran kerana umum yang mahir al Quran sudahpun jelas bahawa RUU 355 memang tidak disebut dalam quran, tetapi isinya sedikitpun tidak terlepas dari panduan Al Quran.RUU 355 menyenaraikan bentuk hukuman kepada pesalah syariah di mana hukuman hukuman tersebut di senaraikan mengikut kehendak Al Quran, seorang yang waras dan berfikiran terbuka dapat melihat perkara ini tetapi seorang yang menutup mindanya kepada perjuangan menegakkan hukum ALLH oleh PAS akan sentiasa mencari salah dan silap PAS dan halangan yang baru terjadi ini telah dimanupulasi oleh mereka dengan dakwaan ikut suka mereka, PAS kena kencing. TGHH kena kencing dan nampaknya laungan lantang mereka masih kedengaran.

      Ada pula yang lebih berani mendakwa ALLAH akan tanya PAS nanti mengapa tidak bentang Hudud pada ketika speaker beri laluan ,Alah tanya kenapa bodoh sangat sehingga berkali kali kena kencing tetapi seolah olah ALLAH tidak tanya mereka tentang kenapa mereka tidak menolong agama ALLAH dan kenapa mereka membiarkan PAS kena kencing.Pendeknya akal mereka ini kerana boleh membuat andaian sedemikian dan seolah mereka suka pulak PAS kena kencing walhal PAS bawa hukum ALLAH untuk dilaksanankan.Bodohlah mereka ini kalau berpendapat mereka akan dapat pengecualian dari soalan ALLAH nanti.Kalau PAS kena kencing, mereka pasti perlu menjawab kenapa mereka mambiarkan PAS kena kencing malah bukan itu saja, mereka sebenarnya suka melihat PAS kena kencing.Jawablah kau nanti............

      Yang pasti bagi kita orang Islam, tiada istilah kena kencing dalam menegakkan hukum ALLAH.Tiada juga had masa diberikan kepada usaha menengakkan hukum ALLAH ini, ianya satu usaha berterusan dan istiqmah sehingga kemenangan.Selagi tidak berjaya selagi itu usaha terus dijalankan sambil berharap dengan pertolongan ALLAH.

      Bagi yang mengatakan Hudud tidak ada, harap anda boleh kembali kepada Al Quran dan baca dari mana Hudud itu datang............

      Delete
    11. Kerajaan tidak seharusnya menangguhkan lagi usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 daripada dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat penggal ini, kata Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.

      Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya lebih bersikap serius dalam pelaksanaan undang-undang Islam, khususnya menaik taraf perundangan syariah di Malaysia.
      "Ia sudah pun disenaraikan dan kita tidak mahu nanti ada persepsi bahawa apa yang dibawa oleh PAS itu bukan sahaja ditentang oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri.

      "Malah, kita bimbang akan wujud persepsi bahawa UMNO dan kerajaan yang tidak suka terhadap perundangan syariah dinaik taraf di negara ini. Jadi kita tak perlu tunggu lagi. Segerakan ia supaya boleh dibahaskan bagi penggal kali ini," katanya ketika dihubungi Ismaweb.

      Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kemungkinan usul RUU 355 yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sempat untuk dibahas pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

      Ia berikutan usul pindaan yang sepatutnya dibahaskan telah diturun daripada senarai nombor 4 kepada nombor 7 di dalam kertas perintah mesyuarat pada sesi terakhir Dewan Rakyat tahun ini.

      Mengulas perkara itu, Ismail berkata, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk meletakkan usul RUU 355 sebagai keutamaan supaya ia dapat segera diputuskan.

      "Soal sempat tidak sempat dibuat oleh manusia. Kita yang menentukan sempat atau tidak. Kita faham, usul kerajaan itu perlu didahulukan, tetapi apakah usul kerajaan mahu didahulukan itu tidak boleh ditangguh bagi beri ruang kepada RUU 355 ini. Ia juga adalah ‘urgent' untuk maslahah orang Islam.

      "PAS mungkin tidak akan merasa tekanan kerana ‘bola ada di kaki kerajaan'. Kerajaan yang sepatutnya lebih serius dengan perkara ini. Jangan turun, turun nanti terus hilang usul itu.

      "Jika kerajaan membiarkan ia ditangguhkan lagi bermakna ia jelas kerajaan tidak serius mahu ia terlaksana. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada mereka," katanya.

      Usul itu menjadi kontroversi selepas beberapa pemimpin bukan Islam dari kalangan parti rasis dan cauvinis, DAP termasuk rakan komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA serta MIC menentang dan menyifatkan ia sebagai undang-undang Hudud.

      Perkara itu mencetuskan beberapa siri ugutan dari pemimpin MCA dan MIC untuk meletakkan jawatan mereka sekiranya undang-undang itu diluluskan di Parlimen.

      Delete
  2. Setuju dgn 03:38
    Tak usah hrp pas, ppbm kena lead pkr, amanah & dap kena semeja berkejarsama.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul Huduh..

      Kamu dah makan tahik? Jangan banyak banget makan tahi tu ya mbak. Nanti bisa jadi gile kok...kah kah kah

      Delete
    2. pokoknya kelapa sawitt ... buahnya tembikaiii .. nurul huduh, huduh maksud disini buruk.. adik beradik berok.

      Delete
    3. Saudara Shahbudin
      Tolong padam posting judi atas tu. Cakap syukur pada Allah tapi promote nombor ekor. Apa punya bangangla.

      Delete
  4. Lantak kau lah Labu...orang dh beritahu lama dh Hadi dan lebai2 Pas ni adalah munafik..ckp berbelit2 dan suka khianati kawan2..cukup ciri2 seorang munafik..nk terima ke??? bolih terima asalkan Pas diketuai olih Brahim Tuam Man..

    Tuan dia Najib, pencuri 1MDB tak layan, mcm 'anjing' terhegeh2 nk cari pelindung/tuan lain sedangkan selama ni lebai2 Pas ni lah yg 'mengigit' Dap dan Amanah.

    ReplyDelete
  5. Takkan undi cina yg mewakili penduduk malaysia tak sampai 30%, boleh bantu bn unless najib pinjam skit penduduk negara china yg hampir 2 billion tuh..1% dah cukup dah penuhkan negara kita ni..

    ReplyDelete
  6. Kalau ada di antara rakyat Malaysia yang masih tak mempercayai bahawa Olamak Donia PAS tidak terima rasuah kereta, rasuah banglo, tidak makan dedak dan tidak kahwin lebih dari satu maka mereka ini sebenarnya masih hidup di zaman Kesultanan Melaka Kurun ke-15.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. diorang ni xdop tablet, phablet etc. Guna gak komputer tapi model pentium 486. Rasa2 kalu hari ni tok janggut masih hidup dia pon guna telefon pintar.. nak bagitau korang ag adi dilantik timbalan ulama dunia tu atas kapasiti penghormatan sdr anwar ibrahim yg byk jasa kpd dunia islam... info : dato' seri anwar yg cadang nama ag adi... belagak giler... hahahaa

      Delete
  7. Pengundi cina tak akan undi bn...mimpi la bn. Pi tanya kenalan/rakan cina anda, mereka akan bagi jawapan tahap khaark ptuihhh tentang MCA. Pelaburan China di malaysia bukan faktor, mereka tak terbeliak biji mata pon. Org cina pandai matematik dan perniagaan, mereka lebih peka angka2 pelaburan...tahu berapa nilai FDI, apa faedahnya atau autanya dan bohongnya, tahu aset mana dibiayai pelabur china tapi akhirnya dibayar kerajaan malaysia (oleh rakyat kita laaa tu), mereka pandai disect the figure; atau kaji selidik fakta sebenar di sebalik pengumuman pelaburan. Bursa saham pon tak excited dgn pengumuman fdi billion2 dari china. Duit ringgit pon tak naik...mungkin lagi turun ada la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata-kata mu kawan. Sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina, saya boleh confirm bahawa majoriti kaum Cina tidak akan menyokong Bn yang rasuah dan mempermainkan unsur-unsur bangsa dan agama untuk mendapat undi. Lagi pun lawatan beliau ke China dan memeterai MoU yang berbillion-billion hanyalah untuk menyelamatkan diri sendiri dan kroni-kroni beliau sahaja.

      Delete
  8. Please look into this issue bro -

    http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/filipino-rebel-accuses-malaysia-of-hiring-moros-for-sipadan-kidnappings

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju! Bukan kah Tian Chua dan Nurul Izah berpeluk cium dengan anak Kiram recently? Mesti masa tu dah buat rancangan menculik untuk burukkan kerajaan BN. Bila dah culik merekalah antara orang pertama yang berpekik Kerajaan BN tak jaga keselamatan rakyat.

      Alamak sorry....pecah ke tembelang?

      Delete
    2. Khalid samad....ni cerita basi bn sejak 2013. Tak ada siapa didakwa pon. Selesa depan?

      Delete
    3. Khalid samad.ini adaah ajen rismah untuk mencelah disini.
      Berhatihati lah...

      Delete
  9. bang shah.. bahaya dengan kumpulan yang berubah nie... kepada matlamat menghalalkan cara nie... baik dijauhkan... banyak putar belit alam puak2 nie sekarang...

    woi pak lebai, mu ingat otai2 dalam bn tu makan ke taktik acah2 korang nie... malu la, hidung tak mancung, pipi tesorong-sorong... berdiri tu, jgn pikir diri sendiri aje, biarla ade telor... klu takat acah-acah cengitu, pergi jalan la... dah dapat gula2 dedak, dok tepi diam2 la...


    ReplyDelete
  10. Tuan Shah
    Rasanya ini semua gimik saja. Ini hanya satu STRATEGI utk KALAHKAN pakatan pembangkang yg lain.

    Sebenarnya hati PAS ni dah melekat dgn UMNO. Banyak kali kita tengok PAS langsung tak bagi apa2 tentangan pada UMNO. Hal 1MDB pun dia org tak bangkitkan secara serius.

    Masa pembentangan bajet hari tu pun dia org tak keluar dewan, mereka tetap sokong UMNO. Alasan hormatkan sidang parlimen tu action je tu. Bukan dia org tak biasa keluar dewan masa dlm pakatan rakyat dulu. Tapi sejak sedondon ni, tak tergamak pulak nak tinggalkan dewan.

    Strategi utk menang PRU mestilah dimulakan dati SEKARANG. Takkan 3 bulan sebelum PRU baru nak mula. Dari hubungan PAS dan umno ni akan hasilkan satu gabungan u help me I help u, seandainya salah satu lemah atau kalah.

    Susah sangat bagi kita nak percayakan PAS ni.

    Macam kata P Ramlee....eehhhhh berapa punya banyak U Turn daaaaa.

    ReplyDelete
  11. Satu perkara yang puak pendokong pis pus tidak akan faham sampai bila-bila ,

    Bila hendak mengubal/menambah undang-undang hendaklah menjadi pihak pemerintah.

    Pembangkang hanya boleh bantah atau setuju.

    ReplyDelete
  12. Haddy a.k.a Ayoh Chik dah nak masuk 2 bulan lebih ni...bile nok samang Serawak Report nung? Saje je nnanye..jangang maroh ke ambe deh...kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembetulang

      Haddy a.k.a Ayoh Chik dah nak masuk 2 bulang lebih ni...bile nok samang Serawak Report nung? Saje je nanye..jangang maroh ke ambe deh...
      Ayoh Chik jawab
      Bile pulok ambo samang, ambo tak goyah macang tu, gi tanyo Pok Brahim mu, die yang samang bukang ambo. tok seh belawok mu weih.
      Mu ni ambo ngaso2 sepecang minte ngokok sebatang hisap belah jalang gi kuala be'ang.

      Delete
    2. Mung tunggula ari selase. Hari ning jemaak ni boh. Aii...guane tok ingak hari neh.

      Delete
  13. Ucapan2 dr lebai2 Pas ni kita blh baca apa niat mereka. Yg paling penting ialah dpd lebai Hadi. Lebai Hadi dh kata mereka rela kalah asalkan UMNO menang sbb benak lebai hadi sudah tertanam sifat Assobiah dan menganggap parti yg bukan Islam itu Toghut.

    Jadi, bg aku tak payah lah nak merenget2 dgn parti lebai2 malang ni. Buang masa dan tak blh dipercayai. Pakai aja lebai..tapi..khianat dlm politik terhadap rakan.

    Jenis lebai2 mcm ni tak boleh pakai dlm politik. Saat2 akhir lebai2 nilah yg akan belot dan memburukkan kawan

    ReplyDelete
  14. Berape kali hari selasa doh ni.....pah cerohhhhh....bhase jenih sutong....lok lek lok lek....pitis 90 milliung pah mane doh...buleh wat belanje skit....

    ReplyDelete
  15. Umno can forget about the chinese votes, as the chinese couldnt be bothered about them anymore. The chinese are more excited about tun and bersatu taking the lead. PAS or no PAS, it dont make no difference to the chinese. Now, the real battleground will be sabah. Sabahans will rock the umno boat so badly that umno should start swimming back to malaya like, now. Rahman dahlan can plan to tanam jagung soon.

    ReplyDelete
  16. Masih x dengar saman terhadap SR, maka untuk sementara waktu mungkin keadaan mengizinkan. Tetapi sampai bila.

    Lambat-laun PAS akan menghadapi masalah kekeringan dana jua. Inilah hakikat PAS: miskin, tetapi dalam masa yang ada asyik menjaja hudud/ruu355 seolah-olah itu lah sahaja yang diperlukan untuk hidup. PAS khayal dan lemah untuk berpijak di bumi nyata.

    UMNO hanya perlu mengoncang tin milo penuh dengan syiling sahaja, mereka akan datang berkerumun macam semut.

    Saya juga tidak yakin yang TGHA tidak akan bersendiwara lagi di kemudian hari sebab asas-asas yang beliau ada untuk berdikari amat lah lemah.

    Minta maaf jika bahasa saya terlalu kasar.

    ReplyDelete
  17. Janganlah percaya dgn parti islam ini masih tak sedar diri dimaikan oleh umno saja apa dah jadi dgn akta 355 keba main lagi org umno lagi sayangkan mca mic dan gerakan kita saja org islam yg bodoh sampai kiamat pun akta355 itu dimainkan oleh umno bn itu sebab sokong DAP lagi baik ada pula melayu tolol kata dapig itu org melayu lagi bahalol tak tahu apa ingat dedak je kan kan

    ReplyDelete
  18. sebab tu lah pimpinan PAS sedar dah berapa kali kena kencing dengan UMNO....masih tak serik2 lagi...kalaulah TGNA masih ada lagi....ramai pemimpin PAs yang kena ludah oleh TGNA...jangan marah saja nak flashback...

    ReplyDelete
  19. Din,
    kalau aku jumpa hadi aku akan tarik serban dia and buang dlm tong sampah...tak guna pakai lebai and warak tapi dok sokong penyamun no 1 dalam dunia najib bangsat and umno harami.
    rakyat dok susah tapi pak lebai bkt gantang kata pas memamng dok kena kencing dah 13 kali dah....apa punya MP and pemimpin pas yg bahalol nie ???
    arwah nik aziz dah kata jng dok percaya dng umno nie tapi pas tetap bahalol jugak and sanggup bersekongkol dng penyamun duit rakyat.
    mana maruah pas nie ? mana maruah lebai kat atas kepala ?
    apa jadi dng saman 90 juta ? mana nak bentangkan ruu .
    wahai pemimpin pas, tolong sedaq sikit yg umno and najib dok bangsatkan hampa semua la nie....tak malu ka ???




    ReplyDelete
  20. Bye-bye Umno/Bn.Welcome PPBM....ex BN Suppoters.

    ReplyDelete
  21. Pak Hadi, walaupun mempunyai berbagai anugerah dan tauliah agama, bukan seorang yang boleh dipercayai.

    Jika dibanding dengan Tok Him, Tok Him lebih "mulia" kerana pendirian beliau tetap sama, sungguhpun ramai yang tidak setuju dengannya.

    ReplyDelete
  22. U-TURN..U-TURN..U-TURN…jangan perchaya ooo..ini bukan lagi lidah biawak daa..ini lidah JIN..hang pechaya hang bodo..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab aper ag adi suka u-turn..?
      Sebab u-turn oghang ganu baca UTONG @ untung..
      Hahahaaa 90 juta pokcik weiii....

      Delete
  23. Pas bereal politik.... kira kira, apa yg pas dan politikus nyer akan manfaat ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...