Monday 7 November 2016

ANCAMAN KITA BUKAN DAP, TAPI "PPP"....


Mereka yang berpijak di bumi nyata dan berpaksi kepada realiti, tentunya bersimpati dengan gaya politik usang Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa ini. 

Lagi-lagi yang dilihatnya sebagai masalah dan ancaman kepada negara dan orang Melayu ialah DAP.

Semalam, beliau berteori bahawa DAP sedang menyusup ke dalam parti-parti pembangkang lain untuk menjadi dominan dengan kuasa di sebaliknya kerananya akan terus menyebabkan orang-orang Melayu berpecah sesama sendiri.

Kenapa DAP perlu dibimbang dan ditakuti?

Sudah berapa banyak duit negara disonglap dan tanah rizab Melayu dijual oleh DAP?

Apakah hutang negara, beban 1MDB, penyeluk saku GST, penarikan subsidi dan segala-galanya yang menyusahkan rakyat selama ini diakibatkan oleh DAP?
Sejak DAP memerintah Pulau Pinang dan menjadi rakan kongsi kerajaan Pakatan Harapan di Selangor, sudah berapa ramai Melayu menderita, tiada makan minum, tanah dan rumah kena rampasan serta bunuh diri kerana menanggung derita dalam kehidupan?

Selain itu, apakah parti-parti lain tidak ada kekuatan dan jumlah pemimpinnya sendiri untuk menjadi calon dalam piliharaya akan datang sehingga terpaksa bergantung kepada "wakil-wakil" DAP yang didakwanya menyusup itu?

Gaya politik usang Annuar ini tidak lain ialah untuk menimbulkan kesangsian kepada kekuatan parti-parti pembangkang yang terus menerus semakin menyerlah di hati rakyat sekarang ini.

Malangnya, Annuar seperti terlupa dengan hakikat bahawa kini adalah zaman millenium, bukan lagi era 70an atau 80an.

Politik perkauman dan percubaan menimbulkan kesangsian kerana warna kulit sudah semakin lupus dan tidak lagi diterima. Jika DAP dilihat sebagai ancaman, Annuar seharusnya lebih bimbang dengan sikap lunak Najib terhadap negara China dengan pergantungan yang tiba-tiba dan keterlaluan kerana walaupun negara tersebut sudah mengamalkan dasar ekonomi bebas, fahaman politiknya masih lagi komunis.

Jika DAP dianggap merbahaya, apakah Jho Low yang merupakan rakan karib Najib tidak lebih lagi bahayanya kepada rakyat dan negara?

Kiranya Annuar masih meletakkan otaknya dalam kepompong era 70an atau 80an, harus diingatkan kepadanya bahawa masalah sebenar yang dihadapi Malaysia sekarang bukanlah DAP atau penyusupan yang mungkin dilakukannya.

Rakyat tidak bodoh untuk menilai wajah sebenar DAP, sejarahnya serta berapa banyak kerusi yang akan ditandinginya.

Masalah seluruh rakyat, seperti kata Lim Kit Siang, ialah  "PPP" iaitu "pencuri, perompak dan penyamun" sehingga hala tuju negara sudah bertukar dan dikenali di seluruh dunia sebagai negara kleptokrasi.

Ancaman "PPP" ini pula tidak mengenal bangsa dan warna kulit. Membujur lalu dan melintang patah, semua disapunya. Adakah ia diakibatkan oleh DAP?  Apakah "PPP"  serta kleptokrasi akan lebih meluas jika penyususan DAP itu berlaku?

Bagi majoriti rakyat, kecuali golongan pendedak, inilah yang mereka rasakan sebagai  ancaman berterusan dan merupakan ketakutan sebenar kepada semua rakyat negara ini. Jika terus diberi kuasa, "PPP" ini dilihat mempunyai kecenderungan untuk semakin bermaharajalela secara lebih berleluasa tanpa ada hadnya.

Ketika Annuar berada di atas sejadah dan kopiah putih di atas kepalanya,  adakah DAP atau "PPP" yang disedarinya sebagai ancaman yang lebih bahaya kepada rakyat dan negara? (SH 07/11/2016).

67 comments:

  1. Anuar musa salah seorang yang
    bekerjasama dengan penyamun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa? DAP ni komunis ker? Kalau komunis kenapa kerajaan tak ambil tindakan?
      Kenapa sehingga hari ini kerajaan masih membayar lagi gaji adun dan mp DAP?
      Kalau DAP komunis dan begitu merbahaya kepada negara terutamanya mengancam orang2 Melayu kenapa adun dan mp DAP bebas masuk ke parlimen dewan yg mulia?
      Dah berapa ramai dah orang Melayu mati dibunuh oleh DAP?
      Kenapa di dewan parlimen yg begitu mulia adun dan mp DAP masih boleh duduk minum semeja dan hisap rokok penuh dengan senda gurau dgn adun dan mp kerajaan?
      Wahai annuar anak pak musang. Adalah lebih baik ko pergi sekolah semula belajar lagi.

      Delete
    2. Kalau dap tu berfahaman komunis, negara cina yg najib duk sembah skrg tu bukan komunis ke??

      Delete
    3. PPP = politik perkauman perasuah.penyamun,perompak

      Delete
    4. Hari ini Shaberry Cheek (Macam "Butt Cheek" larr tuu..) berkata bahawa Dr. M adalah boneka DAP..

      Persoalannya, kenapa apabila sesaorang itu tidak bersetuju dgn kerajaan maka dia adalah boneka DAP..

      Apa tiadakah orang Melayu yg boleh berfikir dan mengkritik kerajaan pada pandangan UMNONOK?

      - Panglima Jub*h Merah.

      Delete
    5. Sebenarnya tiap kali nak pilihanraya itulah point bagus umno.....DAP nak perintah Malaysia. Jadi bila rakyat takut semua akan pangkah BN.

      Jangan lupa.....yg samun wang rakyat berbilion tu DAP ke?? DAP sendiri pon tak tau duit tu lesap. Bila WSJ, SR & DOJ pecah tembelang barulah semua pihak bukak mata dan baru sedar rupanya wang rakyat dah kena rembat. Tetiba je Msia penuh dgn HUTANG keliling pinggang. Sekarang sape yg tabur hutang ni.....DAP ke?

      Yg duit sedekah Pak Arab bagi 2.6b tu masuk dalam akaun sape??? Akaun peribadi Lim Kit Siang....atau akaun Lim Guan Eng??

      Yg kutip GST hingga harga barang naik melambung tu siapa....?? Tapi yg menjerit2 TAK SETUJU rakyat kena GST ialah pembangkang termasuklah DAP. Yg buat projek dgn Cina baru ni pun DAP ke???

      Kalau betullah DAP ni kuat sangat.....dah 59 tahun Malaysia merdeka....selama 59 tahun pernah ke setengah dari Tanah Melayu ni jatuh dlm tangan dia org?? Bertanding pon setakat 51 kerusi je. Tu pon tak semua DAP menang.

      Selama ni undi kitalah yg bagi peluang pada kumpulan penyamun ni kumpul harta berjuta2...berbilion2......yg 7 keturunan makan tak habis. Ramai yg jadi jutawan dan billlionaire kerana pangkah UNDI KITA tulah. Tu sebab asal bukak mulut tanya je pasal duit juta2 bilion2 tu kena bawak balai. Duit harta dia org ni SENSITIF....TAK BOLEH disoal2..!! Kita ni negara demokrasi tapi mulot kena tutup. Apa kita tak nampak lagi ke permainan dia org???

      Selama ni UNDI kitalah yg jadi TALIAN HAYAT bagi penyamun, perompak dan pencuri. Kalau tak ada talian hayat ni dah lama dia org kena tangkap, kena dakwa. UNDI kita nilah satu2 JALAN nak SELAMATKAN DIRI, KEKAYAAN dan KUASA dia org.

      Cukup2lah kita ni asik kena samun je......sampaikan sejarang ni anak keturunan kita nak beli rumah yg elok2 sebijik pon payah.

      Celikkan mata kita jangan MABOK dgn gula2 penyamun dan jangan takut dgn MOMOKAN perompak. Yg momok tu ialah dia org.....!!

      Delete
    6. Kaum bukan faktor. Kami semua rakyat Malaysia. Begitulah laungan DAP selama ini.
      Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng baru-baru ini berharap DAP menerima Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menggantikan beliau sebagai ketua menteri sekiranya beliau dipenjara.



      Lim tidak menamakan kedua-dua timbalan ketua menterinya, Mohd Rashid Hasnon dari PKR dan P. Ramasamy, dari DAP.

      Tindakan Lim melangkau Rashid boleh difahami, kerana beliau daripada PKR. Sememangnya di sini tiada faktor kaum, lagipun DAP tidak mengamalkan perkauman.

      Tetapi mengapa Lim tidak tergamak pilih Ramasamy sebagai penggantinya?

      Apakah Ramasamy tidak layak? Sekiranya Lim uzur hari ini, yang menjalankan urusan ketua menteri Pulau Pinang sebagai pemangkunya adalah Rashid dan Ramasamy, bukannya Chow.

      Sekiranya Chow layak menjadi ketua menteri, mengapa pula dia tidak diambil sebagai timbalan ketua menteri?

      Rasanya, Lim perlu memberi justifikasi mengapa Chow harus dipilih berbanding Ramasamy sebagai ketua menteri.

      Selepas itu, beliau wajib menjawab mengapa Ramasamy diangkat timbalan ketua menteri, bukannya Chow, sekiranya benar Chow lebih layak daripada Ramasamy.

      Dari sudut satu, bukankah ia akan menggembirakan para pejuang “Kami adalah rakyat Malaysia” sekiranya Ramasamy diangkat menjadi ketua menteri?

      Bukankah ia memberikan harapan setiap ahli dalam DAP mempunyai peluang sama-rata memegang jawatan tertinggi?

      Kalau tidak, apa lagi faktornya? Ingat, jangan terfikir pesong ke arah faktor perkauman. Di dalam DAP, semua orang dianggap rakyat Malaysia dan kaum bukannya faktor penentu.

      Cuma terfikir, apakah Lim juga akan menggesa DAP menerima calon pilihannya untuk menggantikannya sebagai setiausaha agung DAP?

      Ini demokrasi, dan DAP merupakan pejuang demokrasi.

      Kan?

      Delete
    7. parti yang bermula sejak 50 tahun lalu.

      "Di peringkat negeri, penahanan dan pendakwaan Guan Eng kerana rasuah adalah satu cabaran besar terhadap parti dan kerajaan negeri. Namun, ia tidak mematahkan semangat DAP untuk terus berjuang yang bermula sejak 50 tahun lalu.

      "Dalam menghadapi situasi yang tidak menentu, DAP Pulau Pinang tetap yakin dalam kerja-kerja politik dan mengalu-alukan mandat baharu daripada rakyat dalam pilihan raya umum akan datang," katanya ketika berucap di Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang 2016 di sini, hari ini.

      Dalam konvensyen itu, seramai 328 daripada 1,027 delegasi hadir dengan 80 daripada mereka adalah ahli veteran DAP Pulau Pinang.

      Antara pemimpin tertinggi DAP yang hadir adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Mohd Taufek Abd Rahman dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

      Kon Yeow turut mengakui tahun ini adalah tahun paling mencabar untuk DAP dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

      "Parti juga menggerakkan jentera untuk melancarkan kempen “Simpati, Solidariti dan Sokongan kepada Guan Eng” apabila beliau ditahan dan didakwa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 30 Jun lalu. Parti merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli, penyokong dan mereka yang mengambil berat dengan isu ini.

      "Kita menghargai mandat dan aspirasi rakyat untuk menggerakkan parti ke hadapan dan mencapai kejayaan lebih besar dalam misi politik kita. Pada masa ini, Pakatan Harapan masih cuba untuk bertindak bersama ketika berhadapan senario politik yang pantas berubah," katanya.

      Menurutnya, pembentukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin telah meningkatkan ketegangan politik dalam kalangan masyarakat Melayu.

      "Negara ini juga dicengkam keresahan akibat ketidaktentuan sikap Pas dalam keadaan politik semasa. Mereka juga dilihat bergerak seiring dengan Umno dalam agenda Islam.

      "Ketegaran mereka dalam mendesak pelaksanaan undang-undang Hudud di Parlimen telah menimbulkan banyak ketegangan dalam kalangan parti-parti politik sama ada dari BN atau barisan pembangkang," katanya.

      Kon Yeow berkata, sebagai parti utama dalam Kerajaan Pulau Pinang, DAP perlu bekerja keras dalam menunjukkan kepimpinan politik dalam memimpin negeri ke hadapan walaupun berdepan dengan sumber dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang terbatas.

      "Parti perlu kuat dalam menghadapi cabaran politik dari parti komponen BN dan organisasi masyarakat awam yang semakin lantang menyerang prestasi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

      "Sehubungan itu, parti kini bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan membentuk sebuah jawatankuasa kempen pilihan raya yang diketuai Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying," katanya.

      Delete
    8. DAP mengakui pendakwaan dua kes rasuah Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng adalah cabaran besar bagi parti demokratik itu.


      Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, walaupun kes itu sudah dibawa ke mahkamah, parti akan terus berjuang dalam memastikan parti tidak terjejas dengan dakwaan kes Guan Eng yang juga Ketua Menteri itu.

      Menurutnya, selain menghadapi kes itu, parti turut memberi tumpuan terhadap kerja politik dan meneruskan perjuangan parti yang bermula sejak 50 tahun lalu.

      "Di peringkat negeri, penahanan dan pendakwaan Guan Eng kerana rasuah adalah satu cabaran besar terhadap parti dan kerajaan negeri. Namun, ia tidak mematahkan semangat DAP untuk terus berjuang yang bermula sejak 50 tahun lalu.

      "Dalam menghadapi situasi yang tidak menentu, DAP Pulau Pinang tetap yakin dalam kerja-kerja politik dan mengalu-alukan mandat baharu daripada rakyat dalam pilihan raya umum akan datang," katanya ketika berucap di Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang 2016 di sini, hari ini.

      Dalam konvensyen itu, seramai 328 daripada 1,027 delegasi hadir dengan 80 daripada mereka adalah ahli veteran DAP Pulau Pinang.

      Antara pemimpin tertinggi DAP yang hadir adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Mohd Taufek Abd Rahman dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

      Kon Yeow turut mengakui tahun ini adalah tahun paling mencabar untuk DAP dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

      "Parti juga menggerakkan jentera untuk melancarkan kempen “Simpati, Solidariti dan Sokongan kepada Guan Eng” apabila beliau ditahan dan didakwa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 30 Jun lalu. Parti merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli, penyokong dan mereka yang mengambil berat dengan isu ini.

      "Kita menghargai mandat dan aspirasi rakyat untuk menggerakkan parti ke hadapan dan mencapai kejayaan lebih besar dalam misi politik kita. Pada masa ini, Pakatan Harapan masih cuba untuk bertindak bersama ketika berhadapan senario politik yang pantas berubah," katanya.

      Menurutnya, pembentukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin telah meningkatkan ketegangan politik dalam kalangan masyarakat Melayu.

      "Negara ini juga dicengkam keresahan akibat ketidaktentuan sikap Pas dalam keadaan politik semasa. Mereka juga dilihat bergerak seiring dengan Umno dalam agenda Islam.

      "Ketegaran mereka dalam mendesak pelaksanaan undang-undang Hudud di Parlimen telah menimbulkan banyak ketegangan dalam kalangan parti-parti politik sama ada dari BN atau barisan pembangkang," katanya.

      Kon Yeow berkata, sebagai parti utama dalam Kerajaan Pulau Pinang, DAP perlu bekerja keras dalam menunjukkan kepimpinan politik dalam memimpin negeri ke hadapan walaupun berdepan dengan sumber dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang terbatas.

      "Parti perlu kuat dalam menghadapi cabaran politik dari parti komponen BN dan organisasi masyarakat awam yang semakin lantang menyerang prestasi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

      "Sehubungan itu, parti kini bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan membentuk sebuah jawatankuasa kempen pilihan raya yang diketuai Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying," katanya.

      Delete
    9. Di antara perkara menarik adalah kritikan hebat pendukung Pakatan Harapan terhadap kebangkitan rakyat di Indonesia itu. Ironinya PH juga sedang berhempas pulas menyeru rakyat ke jalanan menjayakan Bersih 5. Sebab kritikan mereka adalah kebangkitan rakyat ini lahir dari kesedaran agama, sedangkan perjuangan Bersih 5 bukan atas nama agama.

      Pemikiran Ahok juga boleh disamakan dengan pendirian DAP dan beberapa NGO pendukung Bersih 5 lain. Jadi untuk tidak menyinggung DAP dan sekutu, amat tidak wajar mereka untuk menyokong kebangkitan rakyat ini. Bezanya DAP belum menjadi pemerintah. Entah apa pula nasib umat Islam negara ini andai parti cauvinis itu berkuasa.

      Bersih 5 perlu tahu bahawa kebangkitan rakyat di negara ini hanya boleh berlaku dengan kesedaran agama. Kalau Indonesia yang memiliki beratus kumpulan, parti dan jemaah Islam boleh bersatu dalam aksi damai ini, tentulah Malaysia yang tidak begitu banyak pecahan dan didominasi oleh PAS lebih mudah dilakukan. Kesedaran dan perkembangan Islam di negara kita berlipat kali lebih baik dari negara jiran.

      Mungkin kerana itulah mereka masih mengharap agar PAS menyertai himpunan ini. Berbagai cara digunakan daripada mengajak, berunding, merayu, mencabar, mengugut sehinggalah menggunakan kaedah syarat semata-mata mahu PAS bersama. Mereka sedar tanpa PAS, Bersih 5 tiada makna. Sehingga kini tarikh Bersih 5 pun masih ramai yang belum tahu.

      Mungkin juga ajakan ini kerana membutuhkan khidmat Jabatan Amal Malaysia yang terbukti cemerlang dalam mengawal selia demonstran. Setakat ini belum ada jentera sukarelawan yang mampu menyaingi khidmat Jabatan Amal. Atau mungkin juga kerana mahu memerangkap PAS. Sejarah telah menunjukkan, gerakan Islam sering kali menjadi kambing hitam sementara pihak lain pula dengan senang mencuci tangan atau mengecapi kejayaan tanpa perlu bersusah payah.

      Kesimpulannya kepada Indonesia atau Malaysia, dalam keadaan dunia yang genting ini umat Islam wajib bersatu di bawah kepimpinan yang berlandaskan agama. Hanya Islam yang boleh menyatukan umat Islam. Tanpa kesatuan, amat mudah bagi musuh untuk menyelinap dan memporak perandakan kita.

      Tempoh ini bukan lagi untuk berbalah soal wahhabi sunni. Bukan lagi masanya untuk berada di zon selesa tanpa mempeduli isu politik. Inilah zaman fitnah yang pernah ditanya oleh Huzaifah al-Yaman, sehingga Nabi SAW meninggalkan sebuah pesanan berharga sebagai solusi:تلزم جماعة المسلمين وإمامهم
      "Wajiblah kamu bersama jemaah Islam dan pemimpin mereka."

      Delete
  2. Salam Sdra Shah

    Apa nak diheran...SiNuar Mosa ni pong ahli PPP...tak kan dia nak mengaku PPP satu ancaman kepada negara.

    Jangan dihirau siNuar dedak ni! dedak tercemar...sebab tu akal boleh terencat.

    Amalkan amalan mesra alam...baja organik (walaupun campuran taik ayam/lembu) adalah terbaik!

    ReplyDelete
  3. Masalah seluruh rakyat, seperti kata Lim Kit Siang, ialah "PPP" iaitu "pencuri, perompak dan penyamun" sehingga hala tuju negara sudah bertukar dan dikenali di seluruh dunia sebagai negara kleptokrasi.

    Sah twisted sebab P Pinang bakal dapat KM baru, aiya
    lu lang aa anak sendiri bikin hal lu lang mau sebok2 bikin cerita kosong. Apek2, elok la Melayu bangang sanjung serupa tokong serupa raja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:35,

      Umpama bapak ko telah rogol adik ko, tapi ko masih sibuk2 pasal jiran cina makan babi sebelah rumah ko..

      Huhuhu...

      - Jeronggos Hensem

      Delete
    2. Aaa umpama doa tu, Mr Jenggos..

      bapak ko telah rogol adik ko satu jari tuding sdgkan empat jari ditunding. moga kau Slmt.

      Delete
    3. Umpama nak rogol buaya, tapi tak boleh...pi rogol biawak, pas tu salahkan tenggiling.

      Delete
    4. Cina MCA Chua Soing Leg lebih berakhlak dan beradab dari Cina DAP Lim Kit Siang......

      Ha ha ha ha ha... Lawak Lebai Musang Berjanggut.

      Delete
    5. Chua Soing Ling makan babi tapi tidak makan rasuah....Tapi UMNO cakap Babi itu haram, Wang Rasuah itu rezeki , bodoh kalau tak ambil.
      Hahahahah...Lawak Mak Badak Berjembut

      Delete
    6. Woiii 11.35.....apa ko dah kena hempap dgn badak je?? Ko tak sedar ke bapak penyamun dah rogol berbilion2 duit rakyat??? Dah berkepok duit negara kena tarah.

      Rakyat disuruh ikat perut tapi perut dia sendiri dia tak ikat...aku tengok makin hari perut dia makin boncit....sedap makan duit haram.

      Delete
  4. Dah lupa ke kita semua kes Anuar Musa dengan PPRT dulu??? Dia pun dalam kumpulan yang sama PPP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda pernah dengar peribahasa musang berbulu ayam?
      Kalau anda nak tahu contoh yg terbaik adalah annuar musa

      Delete
  5. Kalau menolak keburukan umngok ITU menghasut

    Kalau menghasut untuk kebaikan umngok tiada masaalah.

    ReplyDelete
  6. Najib joind komunis china boleh?

    Dap buat pembangunan tak boleh

    Apa punya balaci macai umno bn
    Keris pahang

    ReplyDelete
  7. Tengok jer la muka annuar. Berapa sen ko mau kasi ? Ataupon langsung tak nak kasi ? Derma pun tak layak !

    ReplyDelete
  8. Aku heran bila dapat tahu yang sudah ada yang jangkakan yang China akan menguasai banyak sector ekonomi di Negara ini. Bila aku Tanya bagaimana dia orang tau, jawapan senang saja. Sesiapa yang mintak bantuan pasti ada ganjarannya. Tengok saja Sri Lanka !

    ReplyDelete
  9. Tanya nuar musang ni...musang mana yg buat untung jual beli bangunan di australia. Agak2 musang mana yg pegang mara masa tu

    ReplyDelete
  10. Mana mahasiswa di negara lain mahasiswa yang berjuang sebagai pemimpin masa depan.tetapi disini semua kecut telor.di mana penerus perjuangan dsai Dan hishamudin raid???

    ReplyDelete
  11. Ingat ke Nuar Ni...ingat ke perojek yg biNi dia buat koNtrek dngan kementerian dia dulu...

    PROJEK PPRT... DIA N BINI DIA TERLEPAS, HANYA KETE DIA JJE KONO TAHAN KEJAP.... AKHIRNYA PEG KERAJAAN YG KONO JADI KAMBING HITAM....

    PEROJEK RM42JUTA...HAK RAYAT TERMISKIN PUN DIA NI BALUN....

    MMG DIA NI KAKI PENDEDAK TEGAR...

    ReplyDelete
  12. DAPIGS is dirty,ugly and greddy animal....They has a hidden and longterm agendas....so be carefull with them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAPIGS are...not is. Greedy...not greddy. They have...not they has. Long term...not longterm. Agenda..not agendas. Careful...not carefull.

      Delete
    2. Anon 16:52...kan dia bangang..yg kau ajar orang bangang apa hal??????? bukan dia tahu apa dia komen pun...orang bangang.

      Delete
    3. double triple thump up well said 16:38.

      Delete
    4. Umnopigs lagi bahaya oiiii....sekali makan dedak berbilion bilion ringgit

      Delete
    5. 17.28 thumbs up...not thump up.

      17.06 aku sekadar sedekah ilmu, tu jerr pon yg aku ada...duit tak leh sedekah, komitmen banyak.

      Delete
    6. Mr Bangang.....welcome back.
      I guess u have commented in this blog before.

      Mr Bangang, memang tepat ko pakai nama tu. Well....just like before....your bloody English is like shit!! Is that the way u learn your English in school?? Mengabiskan duit mak bapak ko jer anta ko sekolah.

      I want to story u one story....today I eat little cow curry with rice only. Because I dont want to be greddy so I swallow 1 bowl of rice only. Last time I add many many plates. This time no more.

      I dont want to be fat. Eat many food, longterm can be fat. So better dont be greddy. My mother have said greddy can be ugly. Longterm greddy is bad for people.

      Get my message Mr Bangang? Two thump up for u.

      Delete
    7. This whole bangang thingy goes to show that umno no longer has the support of the middle class malays. Mr bangang is probably trying to prove otherwise...trying too hard. Tu laa masa korang berkuasa korang arrogant , tak boleh ditegur. Laaa ni dok harap mac rempits and pac chik and mac chik felda jerr lerr. The moral of the story is never eat many foods if you can only chew little little, because if your stomach got windy windy, nobody symphetisers with you but laugh ha ha. Match face (padan muka).

      Delete
    8. 22.18...
      Yesssss....seconded !!
      Bravo, well-said Bro!!

      Delete
  13. Annaur Musa sewel kerana terlebeh makan duit yg dia curi dari PPRT semasa jadi Rural & Development Minister. PPRT..Program Pembangunan Rakyat Termiskin...Duit utk rakyat miskin pun dia sapu..tu fasal support pencuri dan penyamun 1MDB.

    Tu fasal Annur Musa nyanyok terlampau makan duit haram..mcm Najib makan duit haram curi 1MDB.

    ReplyDelete
  14. Bangkrap idea dah sinuar ni!!!

    ReplyDelete
  15. Siapa cina nama 'Ooi Kee Siang' semasa RM47juta duit PPRT hilang semasa Annuar Musa jadi Menteri.

    Zaman Najib,dia guna atau digunakan olih JLOw utk curi US$3.5-5billion duit 1MDB. Masa Annuar, dia guna atau digunakan olih Ooi Kee Siang utk curi duit PPRT.

    Adakah cina2 ni ahli atau pemimpin DAP??? Mcm JLow, Ooi Kee Siang jugak melarikan diri semasa siasata BPR terhadap Annuar.

    ReplyDelete
  16. Kaya betul Rafizi pecah rekod.

    Sesuatu yang boleh dibanggakan oleh macai-macai pembangkang apabila tokoh politik kesayangan mereka, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah memecahkan rekod Malaysia apabila berjaya dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak 3 kali dalam masa setahun akibat kesalahan jenayah.

    Pertama, pada 26/01/2016, Rafizi Ramli dikenakan denda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen kerana menghina dan membuat provokasi terhadap anggota UMNO. Baca di sini.

    Kedua, pada 31/10/2016, Rafizi Ramli Rafizi, yang juga Setiausaha Agong dan Naib Presiden PKR, diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar RM150,000 kepada Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) DS Mohamad Salleh Ismail dan RM50,000 kepada NFC dan kos mahkamah sebanyak RM100,000 kerana memfitnah NFC menggunakan dana kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman bagi lapan harta tanahnya. Baca di sini.

    Ketiga, pada 01/11/2016, Rafizi Ramli telah dikenakan denda sebanyak RM1,950 kerana menyertai dan mengadakan Perhimpunan 505. Baca di sini.

    Rekod ini bakal dipecahkan tidak lama lagi kerana banyak kes fitnah Rafizi Ramli yang masih belum atau dalam perbicaraan seperti:

    1. Saman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di atas putar belit politik Rafizi Ramli yang cuba mengaitkan LTAT dengan 1MDB.

    2. Laporan polis yang dibuat oleh Tabung Haji (TH) semalam di mana TH meminta Rafizi Ramli disiasat di bawah undang-undang jenayah. Ini berikutan Lembaga TH menafikan tuduhan tidak berasas Rafizi Ramli bahawa agensi itu memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

    3. Kes lama Rafizi Ramli yang masih dalam perbicaraan iaitu melibatkan Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama kerana mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Mohamad Salleh kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star Erle Martin Carvalho.

    Hebat Mat Lembut Pandan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaru Kwsp dah htr saman lagi. Mana dia dapat duit membayar tu.

      Delete
    2. Rafizi kaya sebab dia menabung dari zaman sekolah, kau tak tahu ker? Setakat beg BERKIN, dia ada boleh 10, semua beg BERKIN dia buat simpan resit ATM ja. Class Rafizi !

      Delete
    3. Tanpa rafizi, kita masih tak tahu apa2 pasal NFC. Terima kasih rafizi, pejuang rakyat yg 100% bersih (kalau dia korup dsh lama kena cekup)

      Delete
    4. Mahkamah Putar Jaya ker? Masih relevant lagi ker?

      Wak Nyeh
      Sekinchan

      Delete
    5. Kalau tak ada pembangkang lagi teruk habis licin duit rakyat kena sapu. Pasal ada pembangkanglah yg jadi payah sikit nak songlap licin sebab asyik kena soal oleh pembangkang itu ini. Tu yg tak boleh buat sesuka hati sangat.

      Tapi dalam pada tu pun dapat juga belit rakyat, dapat juga cekau bilion2.

      Delete
    6. Wak Nyeh Sekinchan,
      Bukan PutarJaya tapi PenyamunJaya le.

      Delete
    7. Ada yang lagi hebat sedara..
      Najib tetiba ada 3.6b dalam personal account basil sedekah Pak Arab..
      Rossey shopping bagai nak rak Kat oversea dgn beg,barang kemas harga riban2 sedangkan tak berkerja dan gaji laki sebagai PM berapa sen la Sgt..
      Jawab persoalan ni dulu..misteri nusantara tu..
      Chia,chia,chia..

      Delete
    8. Sedara 22.10.....jangan jealous....tu duit magik tu sedara.

      Cuba malam ni sedara buat solat hajat minta ada org terbukak hati nak derma 2.6 bilion kat sedara......pastu tido sambil berwirid USD, RM, pound sterling.......esok pagi2 cuba check tengok ada duit magik masuk dalam akaun peribadi sedara tak??

      Amalan ni dah terbukti mujarab sedara......dah ada yg jadi dapat jadi billionaire dah.....eloklah dicuba amalan ni.

      Delete
    9. Sedara 22:27 nih Tok Guru yang megajar Lanun-Bugis ke yang berjaya memelihara segala macam Toyol, Jembalang, Saka dan segala jelmaan Anjing dan Keldai....???$%##@????

      Tanya jer......atau kamu sekali dalam mangkuk si Penyamun Bugis tuh ?????

      Delete
    10. 3.33....jangan tembak kawan sekapal bro. Pukul anak sindir menantu ko tak paham ke bro???

      Aku turunkan ilmu samun tu sebab dah terbukti mujarab.....ada yg dah jadi billionaire. Mujarab giler bro sampai boleh bershopping sakan penuh gerabak. Tak payah keje duduk riba tangan, goyang kaki, makan sedap, tido lena kalo guna ilmu samun ni bro.

      Kalo keje biasa lambat nak senang. Jadi dgn ilmu samun ni jalan pintas omputih kats shortcut nak jadi jutawan bro.

      Delete
  17. Wahai seluruh rakyat di Pekan,Pahang.Apakah anda semua masih punya maruah dan harga diri?Tidakkah kamu semua sayangkan tanahair tercinta ini?Sekiranya benar kamu beriman dengan Allah,maka kamu tahu apa yang nak dilakukan pada PRU 14 nanti.Tetapi,sekiranya kamu menyembah Najib,maka teruskanlah sokongan anda semua kepada kepala pencuri yang telah melakukan rompakan terancang yang terbesar dalam sejarah dunia itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah saya beri anjaran satu Pekan sudah di lembukan olih Najib ! ( Ma'afkan saya jika tersilap Tuan Rahman Jpc ) .

      Mengapa tidak nya :
      Pada Hari Raya Korban 2015 , Najib korbankan 200 (dua ratus ) lembu di Pekan .
      Pada Hari Raya Korban 2016 , Najib korbankan 2000 (dua ribu ) lembu di Pekan ,
      Pada Hari Raya Korban 2017 di mana PRU telah hampir sangat , jangan terperanjat kemungkinan Najib korbankan 20000 (dua puloh ribu ) lembu . Sementelah itu Najib berani berkata takbur bahawa dia bolih menang di Pekan dengan majority lebih 50000 undi .

      Delete
  18. Hari ini Shaberry Cheek (Macam "Butt Cheek" larr tuu..) berkata bahawa Dr. M adalah boneka DAP..

    Persoalannya, kenapa apabila sesaorang itu tidak bersetuju dgn kerajaan maka dia adalah boneka DAP..

    Apa tiadakah orang Melayu yg boleh berfikir dan mengkritik kerajaan pada pandangan UMNONOK?

    - Panglima Jub*h Merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sisabri chik pandai je kata tun boneka dap...x sedar ke yg awak tu boneka najib PPP..kepala letak kat lutut..

      Delete
    2. Tun M jadi boneka??? Gila ke apa?? Kalau Tun tu lemah takkan dapat tadbir Msia 22 tahun. 22 tahun Msia membangun maju. Satu dunia pandang tinggi, hormat kat Msia. Tun tak tunduk pada kuasa asing, lantang kritik George Bush dan Margaret Tatcher. Tun tak main golf pun dgn Bush.

      Kalau Tun tu mudah jadi boneka, 22 tahun dulu lagi Msia ni dah tergadai.

      Tengok sekarang nama Msia dah jadi apa?? Bangga ke majalah Time kata Msia negara ke2 tinggi rasuah? Satu negara Islam boleh jadi no. 2 negara rasuah. Tahniah.

      Tu tak masuk cerita dermala, duit lesapla, bayar duit kat syarikat ciplakla, samseng pukul orgla. Buat malu je habis nama baik Msia dulu dipuji tapi sekarang satu dunia bercakap terpalit tahik badak.

      Delete
  19. Mantan CM Sarawak yg skarang dah jd TYT pun, pernah dgn tegas keluarkan statement - UMNO parti racist...!

    Komponen BN tu, yg ungkapkan begitu...

    ReplyDelete
  20. masa zaman british mlayu kerja dgn british mnjd pakturot dan talibarot penjajah .asai keturonan pakturot dan talibarot ankcucu mnjd butaperot.depa dok pekena mlayu..
    cina kaum pendatang mnjd kuli ingeris, kuli mlayu talibarot,menjd komeneh, jd perompak,penyamun dan penyanyak..
    zaman amno. ankcucu bekas pakturot dan talibarut penjajah.. pakat jd butaperot habih-habisan,amno gadai tanah mlayu bg cina mnjd toke, mlayu mnjd kulibatak cina..
    zaman milinium mlayu mesken jd penyamon perompak dan penyangak kecil-kecilan..
    mlayu amno jd penyangak,penyamon,peromp ak.bersekala besag-besaran.sampe tingai gusi sama lidah.
    pemimpin nk mnjd qarun dan firaun sbb taraf dan darojat yg sangat tingi dan mulia..sbb bila mampuih nk guna kain songket nak buat kapan dgn baju kott amno ckp aku tipu bkn harta bapak orang mlayu..aku tipu harta bapak british aku juga...

    ReplyDelete
  21. Apa yang buat Najib Si Pencuri yang terkenal sebagai pengecut ada keberanian luarbiasa untuk melanggar Kedaulatan Undang-Undang?Sudah tentu ada satu kuasa tertinggi di Malaysia ini di belakangnya.Apakah kuasa tertinggi itu?Jawapannya adalah satu perkataan yang terdapat pada 'Kedaulatan Undang-Undang' itu sendiri.Ya,....'Daulat'.Siapakah yang rakyat daulatkan?Siapakah si pemberi pingat kebesaran di negara ini,....rakyat kepada istana ke,atau istana kepada rakyat?Aku akan dilihat cuma mengheret istana dalam masalah Najib ini.Tetapi yang benar tetap benar.Belum pernah dalam sejarah Tanah Melayu,negara menjadi kaya raya dan maju kerana usaha dari istana.Mereka adalah ketua agama.Ini sangat tidak Islamik.Jadi kita sebenarnya menyembah siapa?Atas sebab ini orang melayu sesat selamanya.Di negara-negara yang kita panggil kafir,pemimpin pecah amanah dijatuhkan.Pemimpin Sri Lanka dijatuhkan kerana rasuah dalam urusniaga berbillion dollar dengan China.Sekarang siapa lebih kafir?Saudara Shahbudin,terima kasih saya ucapkan kerana demi keselamatan,tidak siarkan komen saya ini,termasuk juga yang lepas-lepas.Ramai rakyat yang jelas pemikiran sudah sedar akan hakikat ini.Apa makna PDRM?Semua rakyat tahu jawapannya,.....Polis DIRAJA Malaysia.Definasi kebenaran bukan lagi kebenaran yang sebenar-benarnya di sisi Tuhan.Kebenaran kita adalah mengikut telunjuk golongan bodoh semulajadi.Masa depan Malaysia sangat gelap.

    ReplyDelete
  22. Syukur alhamdulilah parti DAP adalah lebih baik dari umno sejak dia perintah Pulau Pinang ia menunjukan keadilan tiada rasuah sebenarnya umno lah yg latih org melayu jadi peminta sedekah selekeh bodoh dan tolol pemimpin umno memang suka tengok org nelayu papakedana dgn bodohnya org melayu pemimlin umno akan lebih rasuah rompak duit rakyat anak bini hidup mewah dgn wang haram itulah petjuangan umno bhat org melayu tolol DAP adalah paryi yg adil dan jujur tetapi ada melayu tolol kata DAPig itu lagi bangang

    ReplyDelete
  23. Tuan Budin,

    Kalau DAP berani kata "PPP" - PENCURI , PEROMPAK dan PENYAMUN

    UMNGOK pun boleh buat "PPP" - PENGHASUT, PENDAKWAAN dan PENJARA kepada DAP

    ReplyDelete
  24. DAP boleh disiasat, didakwa dan dikutuk dlm media kerajaan. PPP? Jadi siapa yang lebih ditakuti sebagai ancaman?

    ReplyDelete
  25. Nak tanya KPN tuh KETUA POLIS NAJIB ke apa......? Sampai surat beradab Syed Sadeq kepada Sultan Johor nak disiasat atas Akta Hasutan???#$@!!???

    BNM,
    AGC,
    MACC,
    PAC,
    LHDN,
    AG-JAN,

    and ...........

    PDRM????.......jualan lelong sudah ada pembeli....gaya semacam jer......

    Adakah Malaysia Tanah Ayer Ku masih BERDAULAT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang rakyat selalu laungkan iaitu,..."Daulat T.....",sudah ditukar jadi "Palat T.....".

      Delete
    2. Untuk KPN drama banglo 5.5j ada menanti..
      Kemarin baru ep1..
      Kita sama2 tunggu ep seterusnya..
      Adakah SPRM akan siasat?
      Adakah laporan akan berkulat dan berhabuk..
      Cabaran kepada pengurusan baru SPRM..
      Let wait n see..drama terbaru dan bagaimana plot drama ini..
      Saksikan Di TV3 dan ulasan terkini Di utusan..

      Delete
  26. Orang Melayu....mari kita fikir sejenak...tentang seribu satu macam kemungkinan yg bakal berlaku dlm negara kita...selalu sangat kita membuat anggapan dan telahan..tentang itu ini ...terutamanya ttg parti kerajaan dan parti pembangkang...isu perkauman terutamanya....Melayu .cina dan india...tiga kaum besar Malaysia.. hampir kesemua kaum mempunyai parti yg lebih daripada satu..Melayu ada umno,pas,pkr,bersatu.cina pula ada mca,gerakan,dap,pkr dan india begitu juga.Cuma kita terlupa satu perkara...hari ini hanya cina DAP yg dijadikan isu...bahayanya dap dlm negara..dap itu dap ini...jual itu jual ini...tipu ini tipu itu...tak betul itu tak betul ini...semuanya tentang buruk saja parti dap ini...pernah tidak terlintas difikiran kita..dap cina..mca cina..gerakan cina...pkr ada cina..pendek kata cina...walaupun kaum ini terpecah kepada beberapa bahagian...bila mereka sembahyang besar di tokong mereka tidak bersembahyang di tokong berasingan ...mereka tetap pergi ke tokong yg sama...sepatutnya mereka boleh berasingan kerana tokong mereka berbeda tuhan...mcm india berbeda..tetapi yg jelas...cina tidak berpecah dari sudut kebangsaan dan adat mereka...kita org Melayu solat satu masjid sampai dua imam...sedangkan masjid kita semua sama..Ahlulsunnah Waljamaah...kita sanggup berpecah...sanggup bergaduh dalam rumah ALLAH...cuba kita lihat pru 13 mca dan gerakan ..boleh dikatakan kalah semua..satu kerusi pun tak menang? kenapa?..kerana kaum cina hanya berbeza parti..tetapi bersatu hati... waktu pru semua cina memilih dap..tak kira dap..mca..gerakan..pkr...sbb tu cina parti kerajaan kalah teruk...malah memberi impak hebat pada BN...pernah kita dgr liow tiong lye atau presiden gerakan maki caci dap? ada kita dengar? tak pernah pun saya dengar...jadi kita masih lg nak tunggu dan lihat permainan kaum cina dari berbeza parti ni terus membolot semua..yg berada dlm barisan kerajaan...menggali segala keuntungan...yg diluar mengedarkan...yang didalam jadi gunting dlm lipatan...saya sampai mati tidak akan percaya kpd mca dan gerakan...inilah sebenarnya duri dlm daging MALAYSIA.Pemegang watak utama dalam kebangkitan cina di MALAYSIA...ingat lagikah kata2 Dato Ali Rustam...bila kaum cina kenakan dia....dan sekarang dgn termeterainya perjanjian besar dengan china...lg bertambah kuat semua kaum cina di MALAYSIA..Kekuatan ekonomi..kekuatan teknologi...kekuatan kepakaran..kekuatan tenaga ...segalanya...ditambah lg dengan kemudahan pelancungan yg khusus untuk pelancung china...lesen besar untuk bermaharajalela di MALAYSIA. Tunggu dan lihat sajalah wahai bangsa Melayu... angin kiamat ekonomi sudah mula bertiup menghampiri...dan malangnya kita tidak ada satu pun perisai yg mampu untuk menghalang dan melindungi diri dan kaum kita...kalau dulu...waktu zaman jepun dan penjajah lain...mengalir darah dari kedua pihak...berbunuhan...demi sebuah kemenangan...tetapi hari ini...sedarkah kita...bahawa kita akan bakal dijajah lagi...malah akan kehilangan semua yang kita ada ada...bezanya dulu kita dijajah dengan darah...tetapi hari ini...kita bakal dijajah keseluruhan hanya disebabkan sebatang pen dan beberapa helaian kertas....kuatkah kita Melayu...banggakah kita Melayu...hebatkah kita Melayu..MARI KITA CARI JAWAPANNYA...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...