Saturday 2 June 2018

UMNO SELEPAS INI TETAP DIBAYANGI WAJAH NAJIB.....


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini dispekulasikan akan  bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden, akhirnya memutuskan hanya bertanding jawatan Naib Presiden UMNO saja.

Bermakna, beliau menyertai beberapa nama lagi yang turut memutuskan mahu mengisi jawatan nombor tiga dalam hireaki parti, antaranya Johari Ghani, Tajuddin Abdul Rahman, Ismail Sabri Yaakob dan beberapa nama yang lain lagi.

Dengan pengesahan KJ untuk hanya bertanding jawatan Naib Presiden itu juga hampir pasti mengesahkan bahawa UMNO bakal diterajui oleh Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Zahid Hamidi sekarang ialah Pemangku Presiden UMNO dan Hishammuddin memangku jawatan Timbalan Presiden.

Siapa lagi pemimpin UMNO yang berani mencabar mereka?
Mustapha Mohamad dan Mohamad Hassan yang dalam media sosial cuba digandingkan sabagai pasangan yang layak untuk mengambil alih kepimpinan UMNO mungkin tiada keberanian serta kesanggupan untuk memikul tanggungjawab berat menjadi peneraju berikutan beban kewangan UMNO amat besar untuk ditanggung.

Selama ini setiap bahagian UMNO diperuntukkan bayaran bulanan RM10 ribu, manakala Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri diberi sebanyak RM5 ribu agar urusan pentadbiran, sewa pejabat atau tanggungan perkeranian parti di peringkat bahagian tidak berdepan masalah dari segi operas harian.

Dengan UMNO mempunyai 191 bahagian dan setiap bahagian diperuntukkan RM25 ribu sebulan, bermakna sesiapa yang menjadi Presiden UMNO harus bersedia menanggung beban sebanyak RM4.7 juta sebulan atau RM57.3 juta setahun.

Sehingga PRU15 diadakan lima tahun lagi, belanja yang harus dikeluarkan sekurang-kurangnya ialah sebanyak RM286 juta.

Adakah Mustapha dan gandingannya Mohamad Hassan mampu atau sedia menanggung beban sebanyak itu?

Tidak lain, hanya gandingan pemimpin kaya seperti Zahid Hamidi dan Hishammuddin saja yang mampu dari segi kewangan untuk mengeluarkan belanja dengan jumlah sebegitu.

Tun Mahathir beberapa bulan sebelum ini ada mengesahkan Zahid Hamidi pernah membuat perakuan kepada beliau sebagai Perdana Menteri pada tahun 1996 mengenai kekayaan berjumlah RM230 juta yang dimilikinya ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Hakikatnya tiada masalah dari segi kemampuan untuk Zahid Hamidi membiayai kos operasi UMNO, apatah lagi jika Hishammuddin turut sedia membantu sama.

Meskipun dalam surat yang dihantar kepada UMNO bahagian-bahagian oleh Tengku Adnan Tengku Mansor beberapa hari sebelum ini yang menghentikan peruntukan RM25 ribu kepada setiap bahagian itu, tetapi jika pemimpin baru yang mengambil alih nanti tidak menyambungnya semula, ia akan menjadikan UMNO tidak bergerak dan mungkin mati dari segi aktiviti.

Maka, maka mahu tidak mahu, baik secara secara bersendirian atau berkongsi dengan Hishammuddin, Zahid Hamidi harus mencari sumber dana tersebut bagi memastikan UMNO terus hidup dan bernyawa.

Beban tanggungan UMNO ini juga pasti akan menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah membatalkan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden UMNO, meskipun pelbagai kumpulan sudah menemui beliau untuk melobi bagi tujuan itu.

Adalah suatu pembaziran bagi Ku Li untuk bertanding dan jika menang, beliau akhirnya terpaksa menanggung beban kewangan yang besar untuk membiayai urusan parti di sebalik jumlah RM57.3 juta setahun itu bukanlah masalah besar baginya.

Tetapi, tidak mustahil juga Tengku Adnan menghantar surat itu ialah bertujuan untuk mematikan keghairahan pemimpin-pemimpin lain yang berhasrat untuk mencabar kedudukan Zahid Hamidi dan Hishammuddin.
Namun demikian, dalam konteks yang lain, dengan tiada sesiapa mahu bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden dan kepimpinan tertinggi diterajui oleh Zahid Hamidi dan Hishammuddin, UMNO selepas ini tidak dapat lari daripada bayang-bayang Najib Razak yang menjadi sebab utama BN ditolak rakyat sehingga hilang kuasa pada pilihanraya umum  9 Mei lalu.

Zahid Hamidi adalah bekas Setiausaha Politik Najib sebelum menjadi menteri dan kemudian diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas pemecatan Muhyiddin Yassin, sementara Hishammuddin adalah sepupu kepada bekas Perdana Menteri itu.

Dalam keadaan sedemikian, jika ada-apa berlaku kepada Najib berikutan beliau sedang disiasat dan mungkin didakwa serta dipenjarakan selepas ini, dengan adanya Zahid Hamidi dan Hishammuddin menerajui UMNO, ia akan memberi sedikit harapan kepada nasib bekas Perdana Menteri itu andai ditakdirkan BN mampu kembali berkuasa semula selepas PRU15 lima tahun lagi.

Cuma, masih mahukah rakyat memilih dan mengundi calon-calon UMNO dan BN dalam pilihanraya ke-15 akan datang di bawah kepimpinan Zahid Hamidi dan Hishammuddin dan tambah disedari bayang-bayang Najib begitu jelas di sebalik wajah dua pemimpin itu? (ShahbudinHusin 02/06/2018)

57 comments:

  1. Alamat lagi 5 tahun amno bakal jadi parti yg melukut di tepi gantang umpama ppp, myppp atau parti azwan ali

    Tu pun kalau amno wujud lagi pd masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno tinggal sejarah,
      -jgn di sebut sebut lagi
      -ECRL deposit najib dah sapu
      -nak slow talk dgn China belum lagi
      -pala jahanam bapak penghancur
      -jgn harap umno bn boleh hidup, pegi mampus,
      Gampang jahanam umno bn ni
      -aku kira kira selama ni sebulan gst 100 ringgit aku byr, gampang jahanam najib umno bn
      -pala jahanam duit kau tibai sampai kering
      -siapa nak derma bagus, bantu negara, ini najib pukimak condem pulak pasal derma, pala bana kau nak condem, dah jahanam kau buat,
      -umno ni barah, kira mati lah,

      Delete

    2. Kesian Tun Rahah. Najib selalu kena pukimak dia.

      Tapi aku setuju. Jugak kepala bapak dia.

      Aku rasa yang dalang besar dalam kamelut ini ia lah Rosmah.

      Pukimak dia. Kepala Bapak Dia.

      Moral of the story: Ajar lah anak2 kita. Supaya isteri tak kena pukimak dan kita tak kena kepala bapak kita.

      Delete
    3. Sabenar nya ada orang mengatakan bahawa Tun Rahah ada kata dulu tak bagus Najib jadi PM.

      Tapi si budak kepala batu itu bukan hiraukan dia.

      Mencuri, menyamun, melanun mcm negara ini bapak dia punya.

      Kesian bapak dia Tun Razak yang dulu pun rasa nya ada bayangkan si anak tak akan jadi PM yang bagus.

      "Skirt chaser", kata dia. Kejar apa saja in a skirt including Scotsmen.

      Skang berbilion sudah di ranapkan nya.

      Kalo aku boleh jumpa Rosmah, aku tahu apa nak buat nya.

      Aku pujuk, aku pujuk, aku tuntut semua nya.

      hehe

      Delete
    4. PERLANTIKAN AG BARU

      1. BERCANGGAH DENGAN SEMANGAT PERLEMBAGAAN MENGUTAMAKAN ISLAM MELAYU DI MANA LANTIKAN BUKAN ISLAM MELAYU
      TELAH MENGGURIS KEUTUHAN INSTITUSI RAJA DAN MELAYU

      2. WALAUPUN ISLAM HANYA DINYATAKAN SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA. TAPI PINDAAN TERBARU TIDAK DIBUAT UNTUK MENJELASKAN ISLAM
      SEBAGAI ADDIN MENCAKUPI SEGENAP KEHIDUPAN IBADAT, MUNAKAHAT, MUAMALAT DAN SIASAH. SETAKAT PERUNTUKAN YANG ADA HANYA DIFAHAMI SEBAGAI RELIGION
      BERBENTUK RITUAL. OLEH ITU KEMUNGKINAN DIPERKOTAK-KATIK KAN OLEH BUKAN ISLAM MELAYU ADALAH TERLALU BESAR.

      3. KERAJAAN PH TIDAK MENGHORMATI RAJA-RAJA MELAYU DENGAN MENGEMUKAKAN CADANGAN HANYA SATU NAMA SAHAJA. KEADAAN YANG SAMA INI DIMULAKAN SEMASA LANGKAH KAJANG
      OLEH PKR.

      4. KERAJAAN PH MEMANG DARI AWAL LAGI DIKESAN MENGAMALKAN POLITIK PERCANGGAHAN KEPENTINGAN DI MANA TELAH MELANTIK MENTERI KEWANGAN YANG SEDANG DIBICARAKAN
      DI MAHKAMAH. TOMMY THOMAS ADALAH PASUKAN PEGUAM MENTERI TERSEBUT. KEADAAN INI DIHALALKAN OLEH MAHATHIR YANG TERNYATA MENUNJUKKAN SIKAP DIKTATOR SEPERTI DULU.

      5. TOMMY JUGA LEMAH BERBAHASA MELAYU DAN INI MENAMBAHKAN LAGI KEKUKUSUTAN HUBUNGAN DENGAN RAJA-RAJA MELAYU.

      6. SATU PERSATU SIRI-SIRI MENYAKITKAN DAN MEROBEK-ROBEKKAN INSTITUSI RAJA DAN MELAYU DILAKUKAN OLEH PH BERMULA DENGAN MELAKUKAN TOHMAHAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU MELENGAH-LENGAHKAN PERLANTIKAN MAHATHIR KETIKA MALAM PRU. ROBEKAN TERUS DILAKUKAN DENGAN MENYERAHKAN MENTERI KANAN BUKAN ISLAM MELAYU YANG MASIH DALAM PERBICARAAN.

      Delete
  2. nama dh busuk seluruh dunia

    ReplyDelete
  3. Tak payah buat liputan tentang parti ni lagi...hidup ke mati lantak depa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat, Bang. Sebab kalo Umno tak mamposss, nanti dia naik melanda, kita miss tak balon dia.

      Kalo liputan berterusan, kot boleh nakutkan Wak Jahid. Kot dia tak akan coba sebat berbilion juga.

      Dia dah ada RM230 juta cukup ler.

      Delete
    2. Setju bro isa3. Pencuri semua dalam umno/bn dan parti umno mesti di bakitkan nonstop.pParti mic,mca dan gerakan sudah terkubur tuda oerlu lah. Klip2 video mereka yang menunjuk kan cara samseng, PC menjilat punggung boss, isu perkauman dan agama, komen2 menutup skandal, komen2 memarah dan memaki TDM dan pembangkang, klip2 video kemewahan mereka sehingga cucu cicit kita dapat melihat bila mereka besar nanti kerana mereka terpaksa membayar hutang negara kerana duit rakyat yang telah diselewengkan oleh pengkianat bangsa,agama dan negara. Supaya anak,cucu,cucut mereka dapat melihat klip video2 ini betapa jahanamnya bapa2,atuk2 dan nenek2 mereka kelak. Macam wayang Tan Sri P Ramlee. Slogan beliau " takkan melayu hilang dari dunia,cuma penyamun tarbus lupus dari dunia"

      Delete
  4. Semoga umno di sokong oleh semua rakyat malaysia agar
    Menjadi pembangkang selama lama nya...... amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya pas dan umno bersatu sbg pembangang. hadi duduk seblh pok jib bisik2. sedondon lg.

      Delete
  5. tak mustahil umno akan terima nasib seperti umno disingapura yang hidup segan mati tak mahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooooooo, terima kasih beri tahu, Bang.

      Gua tak tahu pun ada Umno di Spore.

      Kalo lah bole transferkan penyakit korapsi Umno di sini ke depa di Spore, alangkah ...

      Delete
    2. bro isa..kalau ikut sejarah,parti PKMS(pertubuhan kebangsaan melayu singapura)tu adalah cabang umno.tinggal nama dgn bangunan je dan tak berapa kerat je ahli depa.
      nak tahu lebih lanjut pegi ar google.

      Delete
  6. Umno sudah berkubur sejak najib ambik alih,
    -umno sudah hancur
    -tidak Ada dlm lintasan fikiran pun
    -

    ReplyDelete
  7. Umno akan mati beragan. Nak hidup pun segan.

    ReplyDelete
  8. Tinggal Geng najis dan lobaikuno yg kekal hidup di blog ni..hihihi

    ReplyDelete
  9. PH kena kukuhkan perpaduan dan buat ikut kehendak rakyat jika nak kekal berkuasa pru 15... Jangan pandang rendah umno...

    Buang tabiat buruk umno dari PH..

    Jika PH asik nak bergaduh berebut jawatan dan nak buncitkan perut aku akan kempen umno dan pas...

    ReplyDelete
  10. saya tak kisah sgt siapa yg akan memimpin UMNO kali ini. biarlah ahli2 mereka (jika masih mempunyai ahli2,hi hi) memilih yg terbaik,terpengaruh serta 'terkaya' d antara mereka.

    yg lebih penting adalah kemampuan kumpulan ini utk menjadi pembangkang yg berkesan (effective). lebih menguntungkan rakyat jika mereka mampu juga menawarakan cabinet bayangan (shadow cabinet) yg lengkap serta mantap.

    kerajaan yg mampu mentadbir dgn telus n tulus serta senentiasa d perhati olih pembangkang yg credible (sebagai check n balance) akan sudah tentu menguntungkan Negara - insya'allah.

    ReplyDelete
  11. Zahid mungkin lupa soklan tun madey..

    Tun msdey tak lupa wak zahid pernah hina tun madey...

    ReplyDelete
  12. Saya akan berkelakuan baik dan insyaAllah tidak akan lari ke ladang kelapa sawit,” kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli selepas permohonannya untuk mengetepikan hukuman penjara 18 bulan dibenarkan.

    Jamal samsing umno dah lari lintang pukang menyorok dlm ladang kepapa sawit di indonesia....penakut sangat samsing tai koo cing ni..

    Jamal jamban tak mau tanding jawatan umno?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Fizi ckp gitu selepas dapat hukuman penjara nya di ketepikan. Kalo dia kata di dalam mahkamah, berat padah nya.

      Sebab Hakim pun mesti terasa meluat - mcm seorang bekas Hakim ada kata - samseng Umno Jamal Ikan Bakar lari dari kawalan Polis melesap ke ladang sawit.

      Bagus Muhyiddin dah marah Polis sebab Jamal gengster Umno lepas dari kawalan di spital Ampang tuh. Lama bahru nak dapatkan waran tangkap. Dah berapa lama sekang belom dapat tangkap. Muhyiddin kata akan kejar samseng Jamal itu hingga ke lobang cacing.

      Aku nak tengok dia di gari tangan nya dan di sumbat ke lokap mcm a common criminal.

      Delete
    2. Nampak nya kotor lah imej Polis skang nih. Menteri Dalam Negeri Muhyiddin dah marah pasal lepaskan samsemg Jamal dari kawalan. Ini pulak 2 pegawai Polis di tangkap SPRM dengan wang RM1.5 juta -

      Dua pegawai Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama wang tunai secara keseluruhannya kira-kira RM1.5 juta, Khamis lepas. M'kini

      Delete
    3. Pasukan anti maksiat buat maksiat...

      Delete
    4. jgn lupa ketua CID yang menabung di australia tu.

      Delete
    5. Nampak nya Najib dah ajaq depa buat keroje - korapsi. Bedebah.

      Cukup besaq dan remeh tugas nak basmikan depa.

      Tu pasai Chedet buat satu lagi pertubuhan suruh Mohammad Kassim ex-SPRM boss jadi Pengerusi.

      Gamak nya 5 tahun keroje pun tak dapat bring back korapsi to acceptable levels.

      Delete
  13. Laporan: Zahid sah bertanding presiden, Mohamad Hasan timbalan
    Diterbitkan 2 Jun 2018, 2:40 petang | Dikemaskini 2 Jun 2018, 4:20 petang

    Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal bertanding jawatan presiden pada pemilihan Umno akan datang, manakala bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan bagi jawatan timbalan presiden.

    Menurut laporan Utusan Malaysia, Zahid sudah menghantar borang pencalonannya semalam.

    "Beliau akan bertanding jawatan Presiden dan menjadi individu pertama yang mengisi serta menghantar borang pencalonan di ibu pejabat Umno semalam," kata setiausaha akhbarnya Mejar Jeneral Datuk Fadzlette Othman Merican seperti dipetik.

    Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) dilaporkan mengumumkan akan bertanding jawatan itu dalam satu majlis di Seremban, hari ini.

    Menurut laporan Utusan Malaysia, Mohamad berkata mengambil keputusan itu ekoran permintaan ahli dan hala tuju parti selepas PRU.

    "Saya akan menghantar pencalonan secara online pada petang ini untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno," katanya yang bertekad memberikan nafas baru kepada Umno dan kembali kepada asas penubuhannya.

    Hishmuddin di laporkan belom buat keputusan. Dia sedang menunaikan umrah.

    Laporan Malaysiakini yang memetik sumber 30 Mei lalu menyatakan beliau mungkin menolak untuk dicalonkan bagi mana-mana jawatan, dan tidak akan mempertahankan jawatan naib presiden yang dipegang.

    ReplyDelete
  14. Tok Pa diminta bertanding jawatan presiden Umno - M'kini

    Belom ada jawapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi baguih. Kot Tun M boleh suruh dia buat 1-2 keroje untuk kita. hehe

      Delete
    2. Mufti bantah kerajaan buat Tabung kutip duit rakyat.


      Kerajaan tidak perlu menubuhkan Tabung Harapan Malaysia (THM) bagi mengutip derma rakyat untuk meringankan bebanan hutang negara, ujar Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman.

      Menurutnya walaupun tindakan mengutip derma bagi membantu negara tidak dilarang oleh syarak, namun perkara tersebut perlu merujuk kepada konteks semasa dan situasi yang tertentu.

      "Dari segi syarak memang dibolehkan, tidak salah untuk membantu macam zaman Rasulullah SAW masa di Madinah, masyarakat menghulurkan derma bagi membantu negara.

      "Tapi itu dalam keadaan negara baru yang tidak mempunyai apa-apa selain sesama umat Islam. Tetapi jika kita lihat dalam konteks (Malaysia) sekarang tidak perlu (kutip derma) sebab kekuatan ekonomi kita bukan berada pada tahap yang sangat lemah,” katanya kepada media.

      Mengulas lanjut, beliau yakin sumber cukai dan perolehan kewangan negara yang sedia ada masih memadai untuk menggerakkan ekonomi dan melunaskan hutang negara yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

      "Tapi kalau kita lihat sekarang ini bagi saya kita dah kutip cukai, itupun salah satu cara untuk bantu kerajaan, makna cukai itu sepatutnya sudah mencukupi,” katanya.

      Abdul Rahman turut mempersoalkan tindakan kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018.

      Menurut beliau, perkara tersebut dilihat bertentangan dengan masalah hutang negara yang dialami sehingga perlu mewujudkan tabung derma tersebut.

      "Kita nampak mereka keluar peruntukan besar untuk siarkan perlawanan bola sepak. Sepatutnya tak payah dalam keadaan sekarang.

      "Peruntukan untuk bola sepak dan hiburan lain itu sahaja sudah mampu selamatkan jumlah wang yang besar untuk disalurkan kepada hutang negara tadi,” katanya yang merujuk kepada pengumuman Menteri Kementerian dan Komunikasi, Gobind Singh Deo mengenai penyiaran 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018 di RTM yang menelan belanja sebanyak RM40 juta.

      Delete
  15. Dana 1MDB diseleweng di Singapura akan dipulangkan

    Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2018

    Sejumlah wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Singapura akan dipulangkan semula kepada kerajaan Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Mei, 2018.

    PASUKAN Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Malaysia dan Singapura bersetuju bekerjasama untuk membawa pulang sejumlah wang kepada kerajaan Malaysia yang dipercayai telah diseleweng daripada 1MDB.

    Persetujuan itu dicapai dalam satu mesyuarat antara pasukan petugas khas Malaysia dan Singapura itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya, hari ini.

    Menurut kenyataan Pasukan Petugas Khas 1MDB Malaysia, kerjasama antara kedua-dua pihak juga bertujuan bagi mengumpul bahan bukti serta mengesan saksi-saksi di Singapura secepat mungkin.

    "Pasukan ini juga akan melakukan ‘money trail’ (jejak aliran wang) bagi mengesan wang serta aset-aset yang masih wujud," menurut kenyataan itu.

    Macai umnu buduus dulu kata tiada kaitan wang 1 mdb..

    ReplyDelete
  16. Najib lawyers up with top US attorneys

    Najib Tun Razak has armed himself with a team of top American lawyers, possibly due to concern that the global probe into 1Malaysia Development Bhd (1MDB) could soon implicate him, now that he's no longer prime minister.

    Ooooooo, aku takuuut ... Najib monang, jahonam ler kito

    https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/06/02/najib-turning-to-top-us-lawyers/#EZEqGSfyxXjMrO2p.99

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia mampu ambil peguam luar, bermakna dia masih banyak duit rompakan.

      follow the money.

      Delete
    2. Dia boleh lantik berape ramai loyar dia suka...semua loyar nak duit...menang kalah tak penting bagi loyar....

      Yg penting bukti dari siasatan money trail oleh fbi untuk dakwa najib...

      Delete
    3. Pasukan petugas khas 1 mdb dapat kerjasama dari singapore...money trail dari jho lo ke akaun najib sangat mustahak...

      Money trail dari 1 mdb kpd akaun jho lo dan petrosaudi kpd jho lo disiasat oleh fbi termasuk money trail dari bank yahudi amerika kpd Aabar palsu yg kemudian masuk keakaun jho lo riza aziz dan 2 ekor arab abu dhabi ...

      Delete
    4. Loyar US Najib lantik tu bekas FBI boss satu masa dulu.

      Tapi sistem di US FBI (DoJ?) boss Jeff Sissons pun tak peduli apa stupido Donaldo Trumpo mahukan dia buat.

      Delete
    5. PEGUAM NEGARA : Ketegangan Antara Kerajaan Dengan Pihak Istana?
      Diterbitkan Belia Bangkit Pada 10:49:00 PTG


      KRISIS perlembagaan kini menunggu kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) yang dipilih oleh rakyat dengan Raja-Raja Melayu berhubung pelantikan peguam negara yang baharu.

      Lebih 10 hari lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas.

      Tommy adalah pilihan sebulat suara pemimpin PH.

      Empat parti gabungan dalam PH merasakan pelantikan tokoh yang dihormati dalam bidang perundangan itu akan menghantar isyarat jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan baru ini serius hendak membetulkan institusi negara yang cacat.

      Pelantikan itu juga diharap akan menjamin adanya seorang peguam yang cekap dalam perbicaraan yang boleh mengendalikan kes tumpuan termasuk pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.

      Namun surat perdana menteri kepada Seri Paduka itu tidak ada tindakan selanjutnya, membawa kepada ketegangan antara kerajaan dan istana.

      Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas. Beberapa calon lain dikemukakan kepada Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.

      The Malaysian Insight difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam.

      Kebuntuan dan kemungkinan krisis perlembagaan ini disentuh oleh dua blogger yang dekat dengan PH. Dalam satu tulisannya, Syed Akbar Ali menyebut calon peguam negara pilihan Dr Mahathir disekat kerana beliau bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

      "Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara," tulisnya.

      Beliau juga menulis pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah budi bicara mutlak Perdana Menteri.

      Tokoh wartawan A Kadir Jasin juga menulis di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.

      Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu juga menjawab pandangan tentang jawatan utama mesti disandang orang Melayu.

      "Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri," tulisnya. – 2 Jun, 2018.

      Delete
    6. Aiiiik... Dalam ramai2 bijak pandai melayu dalam bidang perundangan takde langsung ke calon Melayu yg sesuai? Adakah Tun Mahathir bakal mengulangi krisis Raja-Raja yg berlaku di zaman pentadbiran dulu? Betul lah orang cakap...Tun M ni kejenya takde lain...asyik2 nak cari gaduh dengan orang aje. Tengok ajelah..baru2 ni bila diumumkannya untuk bina pualu di batuan tengah di perairan Johor, dah tentu akan menimbulkan kemarahan Spore..begitu juga pembatalan HSR..tak pasal2 kena bayar pampasan RM 500 juta, free2 aje beri kat negara tu...kata negara dah nak bangkrap..ada pulak duit nak bayar tu eeerk ????

      keh..keh..ke.. Haak..Tuuuiii!!!

      Delete
  17. Wee: Era MCA tanggung kesalahan Umno sudah tamat
    2 Jun 2018, 10:08 pagi (Dikemaskini 2 Jun 2018, 10:12 pagi)

    MCA tidak akan lagi memikul tanggungjawab atas kesalahan Umno, kata timbalan presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong.

    Dalam wawancara bersama Sin Che Daily semalam, Wee membayangkan BN tidak lagi seperti dulu dan berkata MCA kini akan membuat keputusan sendiri.

    "Bawah pimpinan sekarang, apa saja yang diperkatakan Umno bukan lagi tanggungjawab kami.

    "Apa saja (hal salah) yang dikatakan bekas menteri dan pemimpin dulu, saya tidak akan 'membayar' bagi pihak mereka. Maaf, kami tidak akan lagi berbuat demikian," katanya.

    Pada masa lalu, parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan Gerakan banyak kali dituduh sebagai tunduk dan menjadi alat kepada Umno.

    Selepas PRU ke-14, MCA kini hanya tiggal satu kerusi Parlimen, MIC dua dan Gerakan kalah secara keseluruhan.

    "Daripada 15 kerusi kepada tujuh, kini kami hanya ada satu," kata anggota parlimen Ayer Hitam itu.

    Dalam Perikatan - pendahulu BN - Umno, MCA dan MIC membentuk kerajaan persekutuan Malaysia yang pertama, sebelum menjadi teras kepada BN pada 1973.

    Berhubung sama ada MCA akan kekal dalam BN, Wee berkata hanya masa yang akan menentukan.

    "BN menanggung kekalahan besar. Jika anda tanya apa yang akan berlaku esok, tiada siapa tahu.

    "MCA kini dalam proses pemulihan...kami kini terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak. Apakah asas kepada kerjasama kami? Ia tidak akan lagi menggunakan bentuk lama.

    "(Tiada lagi yang boleh berkata) menurut tradisi kita perlu berbuat itu dan ini," katanya sambil menambah masa depan bagi Umno dan BN kini tidak dapat dijangka.

    Bentangkan minit kabinet

    Katanya lagi, beliau berharap kerajaan baru akan membentangkan minit kabinet berkaitan 1MDB kepada umum, untuk menunjukkan apakah yang telah dikatakan pemimpin MCA tentang isu itu.

    Beliau berkata kabinet kerajaan dulu pernah berbincang untuk mengarahkan Ketua Audit Negara menyiasat 1MDB dan menyerahkan hasil siasatan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

    Namun hasil siasatan itu tidak pernah dibentangkan kepada kabinet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno sudah hilang taring...anuar muso sangat marah tapi tak boleh buat ape2...mca pikul biawak hidup big brother dari tahun 2008..

      Delete
    2. abtu, 2 Jun 2018
      KERAJAAN MULA KELAM KABUT AKIBAT HARGA BARANG TIDAK TERKAWAL @chedetofficial @MuhyiddinYassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi
      Sejak semalam kadar cukai GST telah diturunkan kadar daripada 6% kepada 0%. Penurunan kadar ini kononnya akan membuatkan harga barang menjadi lebih murah berbanding semasa cukai GST dilaksanakan.

      Namun nampaknya situasi tidak berlaku seperti yang diharapkan apabila ramai dikalangan netizen merungut bahawa barang mengalami kenaikan dan ini sudah pastinya memeningkan kepala pihak kerajaan PH.



      Kalau dulu semasa pemerintahan Barisan Nasional, kenaikan harga barang ini kerap kali dikaitkan dengan kerajaan dan kini nampaknya kerajaan Pakatan cuba untuk mengalih isu apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baharu mengeluarkan kenyataan berupa ayat selamat.



      Ayat yang dikeluarkan oleh Salahudin Ayub ini keluarkan kerap kali diberitahu dizaman kerajaan Barisan Nasional memerintah dulu dan ianya dinafikan oleh Pakatan Harapan dengan mengatakan bahawa kenaikan harga barang ini berpunca daripada kerajaan.

      Ramai pengguna media sosial telah memuat naik harga barangan yang dilihat agak tinggi berbanding sebelum GST diturunkan kadar.






      Ini sebenarnya melambangkan kegagalan Pakatan Harapan dalam menangani isu kenaikan harga barang sepertimana yang mereka sebut sebut selama ini.

      Rakyat Malaysia pula rata rata mempercayai Pakatan Harapan mampu untuk menangani krisis kenaikan harga tambahan pula dimasa musim perayaan yang bakal berlangsung lebih kurang 2 minggu lagi.

      Berbeza dengan pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dulu, harga barang keperluan akan dipantau dan diikat oleh kerajaan bagi mengelak kenaikan melampau ekoran peniaga yang akan mengambil kesempatan.

      Nampak dah beza bagaimana kerajaan Barisan Nasional memerintah berbanding dengan Pakatan Harapan memerintah, banyak perkara mampu diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional walaupun semasa menerima kecaman hebat namun kebajikan rakyat tidak pernah terabai.

      Delete
  18. Masa menang semua sibuk nak berkongsi kuasa, berkongsi harta. Bila terlingkup, siapa pun tak pandang. Dslam keadaan papa kedana, hilang kawan, hilang harta, adakah umno boleh bangkit seperti sediakala?
    Ahhh... Dari fikir sama ada umno bakal bangkit atau sebaliknya, baik makan kuih bangkit masa raya nanti.

    ReplyDelete
  19. Siakap senohong gelama ikan duri , najib suko membohong lama2 dia mencuri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia curi dulu, pastu bohong, Bang.

      Delete
    2. Sabtu, 2 Jun 2018
      ASTAGHFIRULLAH !!! RAKYAT DAH NAMPAK SIAPA MAHATHIR YANG SEBENAR !!! @chedetofficial @MuhyiddinYassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi
      Selama 22 tahun memerintah mungkin karektor Mahathir Muhamad yang menjawat jawatan Perdana Menteri hari ini tidak dapat dikesan kerana pada waktu itu rangkaian media sosial tidsk lagi wujud di Malaysia.

      Namun kini apabila beliau kembali menjadi Perdana Menteri buat kali ke 2, situasi sudah berlainan dimana kritikan bukan dibuat melalui media elektronik atau media cetak tapi ianya dilakukan menerusi akan media sosial masih masih dan boleh dilihat oleh jutaan rakyat melalui perkongsian.

      Boleh dikatakan 90% rakyat Malaysia mempunyai akaun media sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya yang mampu untuk menyampaikan berita dalam masa yang amat singkat.

      Hari ini Mahathir dilihat sekali lagi mengulangi pembohongan bersiri beliau kepada rakyat dan kali ini rakyat sendiri sudah boleh menilai siapa Mahathir Muhamad seperti mana yang dikatakan oleh Dato M Nasir satu ketika dulu.

      Menifesto 100 hari yang disebut oleh Mahathir untuk memenangi pilihanraya yang lepas jelas telah dicabuli dengan pelbagai alasan dan yang terbaru kononnya kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu (BN) membuatkan kerajaan hari ini sukar melaksanakan menifesto mereka.



      Ayat yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri ini seolah olah orang yang tidak berakal dan tidak akan menemui Tuhan dengan cara menipu setiap hari.

      Semasa Mahathir meninggalkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke 4, Mahathir juga meninggalkan hutang kepada negara dan pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyelesaikan satu persatu hutang berkenaan tanpa mengeluarkan apa apa kenyataan bodoh sepertimana yang beliau keluarkan sekarang ni.

      Kerajaan hari ini melalui Mahathir juga menipu rakyat dengan cara membuka tabung kononnya untuk membantu kerajaan membayar hutang dan kononnya juga jutaan ringgit dikumpul melalui tabung berkenaan atas sumbangan rakyat Malaysia.

      Nampak sangat takde standard kerajaan Mahathir apabila terpaksa meminta sedekah kepada rakyat demi untuk mengelak daripada melaksanakan atau melunaskan janji janji mereka.

      Sangkakala harap rakyat Malaysia khususnya anak anak muda yang masih lagi berhingus semasa Mahathir memerintah sedar bahawa pemerintahan Mahathir selama 22 tahun hanya indah khabar dari rupa dan kamu semua selaku pengundi muda yang mengundi Pakatan baru baru ini akan lihat lebih banyak kerosakan akan berlaku.

      Delete
  20. Gerakan “Third Force” dan Kalimullah dikesan bagi halang Anwar menjadi PM
    Catatan Umum

    2 Jun 2018

    Sebelum ini saya ada membuat catatan dalam blog ini mengenai wujud satu team yang diseliakan oleh Kalimullah yang mana dia awal sebelum ini porpular sebagai orang KJ yang menjadi antara punca kejatuhan Abdullah Badawi. http://chegubard.blogspot.com/2018/05/hello-kalimullah-jentik-jentik-cubaan.html Untuk pengetahuan semua , ramai tidak mengetahui selepas pengunduran Abdullah Kalimulah selain terus rapat dengan KJ , dia juga berteduh dibawah payung Muhiyuddin.

    Dari sumber dalaman yang sahih saya difahamkan dan sangat percaya wujud satu gerakan yang dinamakan “Third Force” oleh pihak yang bercita tinggi dalam politik dan golongan ini bertujuan untuk melaga - lagakan Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim supaya peralihan kuasa untuk Anwar jadi PM dalam masa 2 tahun ini gagal. Puak ini juga sedang merancang untuk melengahkan serta menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Ahli Parlimen. Kumpulan ini juga dengan dana yang besar telah mengumpulkan 'cybertrooper' berbayar mereka yang terdiri dari muka baru dan lama. Sasaran mereka menghancurkan imej Anwar Ibrahim dengan menggambarkan Anwar lemah dan tamak. Malah kumpulan ini mula menyusun gerakan dalam PKR itu sendiri khususnya dalam pemilihan parti.

    Setelah diselidiki 'cap jari' Kalimullah dikesan dibanyak tempat. Ramai merasakan kurang senang dan meminta Kalimullah Hassan supaya jangan campur tangan secara melampau khususnya dalam pemilihan parti PKR yang akan datang. Gerakan “Third Force” ini mula dihidu oleh beberapa kelompok khususnya yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Namun tanpa menafikan mereka sangat licik.

    Ramai anggota PKR dan aktivis reformasi 1998 mahu kekal kedudukan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di dalam parti PKR. Kami juga mahu kekal kedudukan 3 pemimpin tertinggi didalam Pakatan Harapan iaitu Anwar sebagai Ketua Umum, Wan Azizah sebagai Presiden dan Mahathir sebagai Pengerusi.

    Kalimullah dan anggota juga perlu tahu bahawa janji Pilihanraya PH kepada rakyat adalah Mahathir cuma sebagai PM sementara sehingga Anwar ambil alih. Ini janji Pilihanraya yang dibuat kepada rakyat sama saperti janji GST dan lain lain.

    Ramai sebenarnya sokong penuh dengan pendapat Rafizi Ramli bahawa PH menang bukan atas faktor Mahathir semata - mata. Jika faktor Mahathir maka sudah pasti Pribumi menang 50 kerusi Parliamen dan bukan hanya 12 kerusi Parliamen saja. Pihak Kalimullah dan “Third Force” nya perlu terima hakikat sebenar dan jangan ingat yang jawatan Perdana Menteri hak mutlak parti Pribumi.

    Memahami demokrasi yang semakin terbuka maka tiada halangan jikalau Kalimullah mahu jadi business agent atau media hitman kepada Lim Guan Eng, Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin selepas KJ bakal kosong kantung terkapai kapai berlawan pemilihan Umno.

    Semua perlu berhati - hati supaya memastikan Kalimullah dan agen pemodal tua tidak terlibat dalam urusan pemilihan parti PKR yang akan diadakan pada tahun ini. Ramai mahu peralihan kuasa Perdana Menteri dari Mahathir kepada Anwar berjalan lancar tanpa apa2 gangguan dari mana2 pihak lain seperti yang ramai cita - citakan ke arah perubahan Malaysia.

    Ingat dalam 'kejutan kemenangan' kumpulan pemodal tua sedang membuat kerja bagi memastikan perubahan terhenti sekadar bertukar parti tetapi kelompok pemodal sama terus dilindungi.

    ReplyDelete
  21. Najib dah jadi penulis di <'Kini? Atau dia menulis surat sbb dia dah tak di layan dek media prima?

    You won GE14, now safeguard economy, stop politicking
    The finance minister should stop ‘guesstimating’ figures and do his job.

    Dia tak kasi kita whack the dog lama sangat. Kasi lah, Jibo. Ko buat jahanam konomi negara tu lama. Kita nak whack ko lama sikit larr

    ReplyDelete
    Replies
    1. PULAK DAH! MAHATHIR AKUI SUKAR TUNAI JANJI 100 HARI
      at 4:00 PM
      Posted by Admin PahangKu






      Kantoi… Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya kini mengakui bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinannya sukar untuk menunaikan Janji 100 Hari yang menjadi manifesto gabungan itu.

      Perdana Menteri usia tertua di dunia itu sebaliknya beri dalih konon keadaan tersebut disebabkan status kewangan negara ketika ini yang agak teruk diwarisi daripada pihak pentadbiran terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN)

      Walaupun pernah buat janji tersebut kepada rakyat ketika Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, kata beliau, ia namun tidak bersandarkan kepada keadaan kewangan negara pada masa ini yang disifatkan sebagai terlalu buruk.

      “Kemenangan ini (PH pada PRU lalu) telah membawa beban yang amat besar kerana kita membuat pelbagai janji manis kepada rakyat Malaysia supaya kehidupan rakyat akan menjadi lebih bahagia daripada zaman sebelumnya.

      “Kita buat janji berasaskan pengetahuan tidak cukup kerana tidak tahu setakat mana kerosakan berlaku dan hari ini kita dapati walaupun sudah janji dalam masa 100 hari akan tunai 10 perkara, malangnya ia tidak mudah ditangani.

      “Sebab itu kita terpaksa mengakui bahawa kita mungkin akan mengambil masa lebih daripada 100 hari,” dalih Mahathir sebagai merujuk kritikan pelbagai pihak bahawa kerajaan PH cuba menipu rakyat dengan pelbagai alasan.

      Pengerusi PH dan juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan serta Berbuka Puasa di Masjid Al-Hana, Kuah di pulau legenda Mahsuri tersebut malam tadi.

      Media tempatan melaporkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut mengakui bahawa kerajaan PH mungkin terpaksa menangguhkan 10 inisiatif yang dijanjikan mereka kononnya kerana isu kekangan kewangan negara.

      Kata Setiausaha Agung DAP yang terpalit dengan kes skandal rasuah di mahkamah itu, kerajaan PH memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif tersebut sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik.

      Berucap lanjut, Mahathir berharap rakyat akan memahami situasi itu dan seterusnya memberi peluang serta kepercayaan kepada kerajaan PH untuk melaksanakan janji tersebut walaupun ia bakal mengambil masa panjang.

      Namun banyak pihak kritik beliau termasuk isu bonus Aidilfitri penjawat awam dan pesara kerajaan dipotong serta terhad gred 41 ke bawah walhal ia sudah diluluskan Parlimen pada akhir tahun lalu.

      Delete
  22. Setakat ni nampak tok mat je yg boleh pegi..MT lain semua melingkup..
    Wak ponorogo takde kredibiliti jd presiden..buat kena gelak je..

    ReplyDelete
  23. Kengkawan semua....fuhhh...makin hangat dan panas membara cuaca politik Msia masa ni, walaupun banyak negeri dilanda banjir kilat. Rupa2nya memang betul lah pandangan para penganalisa politik tempatan yang mengatakan memang ada berlaku perpecahan yang tak 'nampak' dek mata kasar dalam PKR sekarang ni.

    Dari makluman yang disampaikan oleh orang dalam PKR sendiri, terdapat 2 kem besar yang kini sedang 'membina' kekuatan dan pengaruh mereka dalam kalangan penyokong2 mereka. Kem pertama ialah kem DSAI dan Pizi, termasuklah DS Wan Zizah dan Nurul Izzah. Kem ini pun sebenarnya masih goyang lagi kerana DSAI dilihat tak mampu untuk mengawal tindak tanduk Pizi yang main'langgar' semacam aje jika dirasakan ada sesuatu yang tidak berkenan di hatinya. Walaupun dah berkali2 ditegur oleh DSAI, tapi nampaknya tak diendahkan Pizi..dan ini menimbulkan isu besar dalam kem ini. Ingat..Pizi pun ada penyokongnya seperti MP JB dan juga YB Faizal Fahmi, yang merupakan suara anak2 muda yang tegas lagi lantang.

    Kem kedua pula ialah kem Azmin, menteri hal ehwal ekonomi baru tu. Track record Azmin memang terserlah kerana kemampuannya untuk mengangkat Selangor menjadi negeri yang terkaya di Msia dan berjaya menerapkan urus tadbir yang telus dan baik di negeri tu. Ini dah tentu memberinya satu kelebihan yang besar. Apatah lagi..dengan mendapat sokongan kuat dari YB Zuraidah yang kini menteri perumahan dan kerajaan tempatan, gandingan ini dilihat semakin kukuh dengan jawatan dalam kabinet. Perlu diingat...Azmin masih memnjalankan tugas sebagai MB Selangor, dan dah tentu dia ada kelebihan untuk memilih'orangnya' untuk menggantikannya sebagai MB. DSAI sebenarnya dah ada calonnya sendiri untuk jadi MB..tapi nampak gayanya itu hanya tinggal angan2 saja. Dah tentu Azmin takkan membiarkan calonnya tu untuk menduduki kerusi'bertuah' tu dengan sebegitu mudah..kita pun tau, hubungan Azmin dengan DYMM Sultan Selangor adalah sangat2 rapat dan akrab.

    Mengikut info dari dalam PKR juga, sebenarnya sebelum dipersetujui Tun M menjadi PM interim PH dahulu, Azmin telah disebut2 sebagai bakal PM, tapi telah disanggah dengan hebatnya oleh DSAI...pelikkan takkanlah ketua umum PKR sendiri membantah pencalonan Timbalan presidennya sendiri ke jawatan tersebut..ini menunjukkan dah ada bibit2 awal ujudnya kem dalam PKR. Kedudukan Azmin dan Zuraidah sebagai menteri kabinet memberi kelebihan yang amat2 besar dalam percaturan politik dalam PKR.

    DSAI sedar masa tidak menyebelahinya sekarang ni...tengok ajelah. dalam tak sampai pun sebulan kerajaan PH berkuasa, dah berlaku banyak tindakan2 Tun M yang dilihat oleh ramai sebagai mampu membawa balik Msia kepada era kegemilangannya seperti dahulu. GST sifar...pembatalan projek2 mega yang tidak menguntungkan negara..nilai RM semakin kukuh, FDI meningkat...dan ini dah tentu menggusarkan DSAI. Tidak ada sebarang perjanjian bertulis yang mewajibkan Tun M menyerahkan tampuk pentadbiran negaar dalam masa 2 tahun kepaad DSAI..itu hanyalah cakap lisan saja. Tun M dah pun menegaskan ada banyak perkara yang perlu diperbetulkannya dulu untuk menyelesaikan isu2 negara dan berkemungkinan ia akan memakan masa yang agak lama..bukan 2 tahun. DSAI tau Tun M memang ada agenda untuk terus berkuasa dan tidak akan semudah itu untuk menyerahkan jawatan PM kepadanya....dan pastinya DSAI tak sanggup untuk menunggu selama itu...jika dia nak merasa kerusi PM..perlulah bertindak dalam masa yang terdekat.





    ReplyDelete
    Replies
    1. Trkini..cakap2 penggabungan PKR+UMNO/BN + PAS semakin kuat kedengarannya. Kalau betul DSAI berjaya membawa PKR keluar dari PH..dah tentu gabungan tersebut bakal membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah. Cuma isunya, mahukah MP2 PKR menurut kehendak dan arahan DSAI...apatah lagi majoriti MP2 PKR adalah dari kaum cina dan India. Kalau mereka membantah... apa yang DSAI mampu buat haah???? makin kalutlah kemelut politik dalaman PKR. Harapan rakyat ialah jangan sampai yang kalah jadi abu dan yag ,enang jadi arang...menang sabung, kampung pulak tergadai. nasiaht ikhlas untuk DSAI...alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..alang2 mandi biar sampai basah...teruskan dengan perjuangan suci DS...jangan buat keje setengah jalan aje yee DS !!!!!

      keh..keh..keh...Haak..Tuuuiii!!!

      Delete
  24. Pendedahan Rafizi mengenai kehilangan Pulau Batu Putih dan skandal yg melibatkan Gani Patail. Lihat laporan media http://bit.ly/ganiduithongkong.

    So.. tak pelik lah kalau tetiba je tuntutan kita utk semakan semula dibatalkan.

    ReplyDelete
  25. SATURDAY, JUNE 2, 2018
    @NajibRazak : Politically-motivated "guesstimates" should be avoided #MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru #MalaysiaTertipu

    1, The Finance Minister of a country should provide accurate figures as the financial markets depend of these in their decisions. Accurate figures should also be given in order not to confuse or mislead the people.

    2. In the past week, our new Finance Minister Lim Guan Eng has continued to cite various figures that are not accurate and can only be viewed to be politically-motivated.



    3. Earlier, he had spooked the financial market by stating that our national debt is RM1 trillion without giving details. It was only after various parties including myself had questioned did he clarify that the official government debt remains at RM686.8 billion or 50.8% of our GDP.

    4. The figure of 50.8% is also the lowest it has been for the past 10 years and is significantly lower than the 103.4% reached in the past under Tun Mahathir.

    5. As a result of the unnecessary spooking, the stock market has experienced 18 consecutive days of foreign outflows.

    6. The Finance Minister continues to insist that the now-cancelled Singapore-Kuala Lumpur High Speed Rail project cost RM110 billion although the Singapore and Malaysian government had previously estimated it will cost a maximum of RM72 billion including land acquisition cost.

    7. The Finance Minister claims his inflated figure of RM110 billion includes interest costs. How he arrived at this figure is unclear as the international tender which requires those participating to propose their financing packages only closes in December 2018. In the course of previous discussions, various participating parties had earlier indicated that they are able to propose low-interest or even no interest financing packages similar to what was offered to India.

    8. The finance minister continues to ignore requests by multiple parties to reveal the feasibility and economic impact studies for the HSR project. In the interest of transparency, these reports should be revealed to the public to determine if the best interest of Malaysia is served by cancelling the project.

    9. Yesterday, the Finance Minister has continued with his inaccurate "guesstimates" when he said that 1MDB's current debt is RM50 billion - which he vaguely says "includes interest" - a figure higher than the RM30 billion and RM38 billion that he had given in the past week.

    10. When giving these figures, the Finance Minister should also mention that the debt is backed by assets that can be worth up to RM30 billion or that US$3.5 billion (RM14 billion) of that debt is guaranteed by a foreign government and is the subject of further good-faith negotiations as part of a settlement agreement.

    11. Instead of continuing to use 1MDB as political capital, the new PH government should ensure the rationalization plan for 1MDB is continued. It's previous asset values should be enhanced and monetized to pay down the debt.

    12. The elections are over. You have won and we have lost. The focus should now be to safeguard our country's economic growth, jobs and financial stability - not playing politics with inflated "guesstimates" to provide an excuse for not delivering on PH's manifesto as per your promised timeline.

    13. A few months ago, the World Bank and IMF had reported that the BN-led Malaysia then will reach high-income income nation status in as early as in 3 years time. The PH government should ensure we remain on course to meet this target.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mustahil untuk Malaysia maju kalau punya pemimpin kerajaan PH yang tak ikhlas dan gila kuasa dan syok sendiri . Yang jadi mangsa adalah rakyat marhein maacm kita semua . Projek pembangunan seperti MRT3 dan HSR di batalkan . Sedikit demi sedikit Malaysia kearah zaman kegelapan . LGE ni pun satu hal jugak...dendam kesumat masih kukuh bersarang dalam hati, macam2 cara dibuatnya untuk mengenakan DSNR...bukti yang takde diada2kan..benda yang betul disorokkan dari pengetahuan ramai. Mentang2lah dah jadi menteri kabinet...untunglah, kes di mahkamah tu bakal dighaibkan begitu saja. Bangun aje pagi...takde keje lain..minda berputar untuk mensabitkan DSNR dengan 1 MDB...ini macam punya olang boleh jadi mintili ke haah ???

      keh..keh..keh...Haak Tuiiiiii !!!!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...