Friday 15 June 2018

PENULIS YANG MEMUJI-MUJI ZAHID HAMIDI MUNGKIN ZAHID HAMIDI SENDIRI


Menjelang 17 Jun ini di mana ia merupakan tarikh akhir untuk mendaftarkan diri bagi merebut jawatan MT UMNO dan pemilihan akan diadakan pada 30 Jun, Tengku Razaleigh Hamzah dilihat mula menunjukkan kesungguhan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.


Jika akhirnya Ku Li mendaftarkan dirinya untuk bertanding jawatan tersebut, bermakna beliau akan berhadapan dengan Pemangku Presiden UMNO, Zahid Hamidi.


Ketika ini juga Ku Li mula mendapat sokongan yang kian memberangsangkan  di mana setiap hari - pagi, petang dan malam - ada saja rombongan pemimpin UMNO daripada seluruh negara yang datang menemuinya.


Hasrat mereka hanya satu, mahu Ku Li menjadi Presiden UMNO untuk menghadapi cabaran PRU15 lima tahun datang kerana hanya imej bersih beliau yang dirasakan mampu menjana kemenangan bagi parti yang baru ditimpa kekalahan itu.


Sokongan yang makin melebar terhadap Ku Li itu sekaligus menggambarkan ramai pimpinan UMNO seluruh negara tiada keyakinan terhadap Zahid Hamidi.

Zahid Hamidi yang dilihat tebal dengan DNA Najib Razak di tubuh dan pembuluh darahnya dianggap hanya menyukarkan usaha untuk menggembalikan kemenangan jika beliau dipilih sebagai Presiden UMNO.


Ramai juga yang beranggapan, setelah Najib meletak jawatan dan Hishammuddin Hussein tidak bertanding apa-apa jawatan, Zahid Hamidi juga sepatutnya mengundurkan diri sebagai tindakan bertanggungjawab bersama terhadap kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya 9 Mei lalu.


Namun demikian, menghadapi kemungkinan besar dicabar oleh Ku Li itu, dalam sehari dua ini tiba-tiba muncul dua artikel atau rencana berturut-turut yang memuji-muji Zahid Hamidi dan memperlekeh bekas Menteri Kewangan itu.


Tulisan pertama yang disiarkan di portal Malaysiakini semalam  bertajuk “Zahid Hamidi ada kelebihan” yang ditulis oleh Johan Iskandar.


Mengikut catatan di penghujung rencana, Johan Iskandar kononnya ialah penganalisis politik tempatan yang mengikuti perkembangan politik Malaysia sejak tahun 1970an.


Oleh kerana saya sendiri adalah penulis, sejujurnya saya tidak pernah mendengar ada penulis bernama Johan Iskandar atau pernah terbaca  tulisannya  di mana-mana media sebelum ini.


Kemudian, carian di google dan wikipedia juga tidak terdapat sebarang maklumat mengenai Johan Iskandar atau ada tulisan-tulisan lamanya yang kononnya beliau adalah penganalisis politik sejak 1970an lagi.


Jika benar Johan Iskandar adalah penganalisis politik sejak tahun 70an, mengapa rencana lama atau namanya tiada kedapatan dalam google dan wikipedia? 


Jadi, siapa Johan Iskandar itu?


Hari ini, juga di portal Malaysiakini, muncul satu lagi tulisan yang memuji-muji Zahid Hamidi dan sekali lagi memperlekeh Ku Li untuk merebut jawatan Presiden UMNO.


Artikel kali ini yang bertajuk “Zahid waris tiga zaman” ditulis oleh penulis yang kononnya bernama Halimah Basiron.


Berdasarkan catatan di hujung rencana, Halimah Basiron dikatakan seorang pemimpin NGO dan kini pemerhati politik tempatan.


Sama seperti Johan Iskandar, carian di google dan wikipedia juga tidak menemui sebarang maklumat mengenai manusia bernama Halimah Basiron itu.


Siapakah beliau sebenarnya?

Ketika saya masih mempunyai hubungan baik dengan Zahid Hamidi dan kerap berkunjung ke pejabatnya suatu ketika dahulu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah memberitahu, beliau sebenarnya kerap menulis di beberapa akhbar tempatan mengenai perkembangan politik semasa (ketika itu belum ada internet lagi) tetapi dengan menggunakan pelbagai nama samaran.


Katanya, beliau menulis itu untuk menzahirkan pandangannya mengenai sesuatu perkara, tetapi tidak sesuai menggunakan nama sebenar berikutan dirinya mempunyai jawatan dalam parti dan juga kerajaan.


Berkaitan itu dan kebetulan sehari dua ini tiba-tiba muncul dua nama yang agak asing dalam dunia penulisan - Johan Iskandar dan Halimah Basiron - tetapi seolah-olah macam banyak tahu tentang perkembangan politik negara masa lalu dan subjeknya pula memuji-muji Zahid Zahid serta memperlekeh Ku Li yang mungkin mencabarnya bagi merebut jawatan Presiden UMNO, tidak mustahil penulis sebenar kedua-dua artikel itu ialah Zahid Hamidi sendiri.


Zahid Hamidi nampaknya mula rasa kepanasan dengan kemunculan Ku Li, lalu terpaksa menggunakan “Johan Iskandar dan Halimah Basiron” untuk memuji-muji Zahid Hamidi.


Mungkinkah sehingga 30 Jun ini lebih banyak nama samaran lain akan muncul, tetapi isinya semua sama - memuji dan memuja Zahid Hamidi? (ShahbudinHusin 15/06/2018)

27 comments:

  1. Haprak betul lah wak tempe jahit ni... gangster samseng kurabg ajar . Celupar... entahlah banyak lagi yg tak baiknya... macam mana rakyat nak sokong......
    Udah2 lah wak... ngundur2...
    Ngasoh2. .. bagi org lain je... jgn terperasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman tengok Wak Jahid ni teringatkan Najib.......dua2 tu sama ajerrr yeooooppp....macam kembar.......tak derrrr bezanya.

      Cara kepimpinan pon lebih kurang sama jugak.......kalo beza pon terrramat lerrr sikit.

      Delete
    2. Teman ambik kesempatan yg teman kira tidak lerrrr terrrlambat sangat untuk teman ucapkan....

      " Salam Aidil Fitri.....maaf zahir dan batin"......
      kepada sahabat2 yg dikenali dalam blog ni......
      tak lupa kepada Tuan Admin Shahbudin sekeluarga dan semua rakan2 yg sekapal.

      Delete
    3. Klu umno nak hidup semula...buang zahid hamidi jauh jauh. Orang yg memperlekehkn TM x lama hayat politiknya...

      Delete
  2. Lor.. bang budin dok berkempen lagi ker.. ?
    Dah menang tuan.. time buat keje..
    Tk yah nak hentam umno or bn dah..
    Cuba check kerajaan dah ok ker semua in order ke..janji2 camner.. baik bang budin monitor kerajaan bang budin.. dr dok perati org lain.. dah tak yah kempen..

    ReplyDelete
  3. masih lagi ada dedak.......detected!

    ReplyDelete
  4. Zahid Hamidi tidak layak utk pimpin umno sbb wak zahid ni x komit dgn tugasnya. Asik tempelak peribadi pesaingnya...kaki bohong, hujah x berasas, dn byk lg.

    ReplyDelete
  5. Zahid kan juta2wang....tak heran kalo zahid upah penulis untuk lambong dirinye...

    Tapi zahid tak ada bakat memimpin di peringkat paling tinggi...muka dan gaya samsing tak sesuai lagi untuk malaysia...zahid jugak tak ada visi selain nakkan kuasa untuk penuhkan tembolok dan buncitkan perut...

    Umno akan jadi pembangkang seumur hidup...

    ReplyDelete
  6. Lantaklah siapapun terajui UMNO. Parti itu sudah tidak berguna lagi pun...

    ReplyDelete
  7. zahid nk tumpang sejarah akhir berkuburnya umno dn bn. jadilah...

    ReplyDelete
  8. Kalau Zahid maseh berpijak dibumi nyata. Seperti Najib dan Hishamuddin. Dia seharusnya tidak bertanding untuk apa apa jua jawatan dalam Umno. Janganlah gila, segila gilanya pada kuasa wak zahid.

    ReplyDelete
  9. Wak Jahid watak pernah bertumbuk masa dewasa. Memang mungkin menulis komen di news portal memuji diri sendiri.

    Kaya raya punyai wang RM130 juta di declared kpd Tun Dr Mahathir semasa dia Ketua Pemuda Umno. Bagaimana dia dapat begitu banyak duit? Ahem ahem .. di masa itu Anwar pegang jawatan Menteri Kewangan.

    Tengku Razaleigh (takda kaitan keluarga denga TENGKU TIPU Teuku Adenan) tak begitu tua di banding dgn Tun Mmahathir. Tapi sakit lutut sejak 30 tahun lalu. Jalan pun dah tak kuat. Amacam nak kesana ke sini? Nak pimpin Umno masakan dia sendiri perlu di pimpin.

    ReplyDelete
  10. Kalo Umno nak pilih Tengku Razaleigh pun, lantak lah. Mudin "Menteri Amaran" tak mahu tanding sebab rasa bersalah (guilt conscience) sepupu dia curi duit 1MDB dll bertan banyak nya.

    Kerry Okspod "budak hingusan" (kata2 Tun Mahathir) Ketua Pemuda Umno pun tak mau tanding jawatan Presiden. Walau pun dulu pernah istiharkan dia nak jadi PM di umur 40. Sekarang dah beberapa tahun terlepas. Dah hilang jati diri, tak cayakan diri nya sendiri boleh jadi pemimpin tertinggi Umno. Nampak nya berjanggut putih le dia sebelom boleh jadi PM.

    Dayus lah Umno, tarak pemimpin yang bercaliber nak lawan PH. Bagus. PH boleh menang di Pru15 dan berikut nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa? Tengku Razaleigh? Orang yang tak habis-habis dengkinya kepada Tun M walaupun selepas puluhan tahun.

      Silakanlah UmNo, Tengku Razaleigh atau siapa saja pun UmNo dah tak mampu nak pulih lagi.

      Tak percaya tanyalah Hishamuddin, Shahrizat mahupun KJ, nescaya mereka akan mengakuinya.

      Delete
    2. John Doe, kalu Ku Li x bertanding sape lagi yg ada sedikit kredibiliti dlm pimpinan umno? Yg tinggal cuma Tajudin Pasir Salak, Rani Kulop, Tok Bomoh Teropong Buloh, Rosyam Nor dan Mat Over saje.

      Delete
  11. Saya sokong sangat sangat pndapat Tengku Putra Haron Aminurrashid (calon anggota Majlis Tertinggi Umno) yang di keluarkan di Malaysiakini ini -

    " .. ia juga harus dilihat sebagai satu wake up call (seruan untuk bangkit) bagi Raja-Raja Melayu, yang mana mereka juga kini dinilai oleh rakyat sebagaimana parti-parti politik dinilai.

    "
Sejak 2015, atas kapasiti saya sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), saya sentiasa menggesa dan menasihati pihak istana agar mereka menjauhkan diri dari politik dan perniagaan, bagi mengelakkan salah guna kuasa, serta kemungkinan penolakan dari rakyat sendiri.

    "Kini, seperti mana yang saya jangkakan, individu-individu yang memegang takhta turut diperhatikan rakyat.

    "Di bawah kerajaan baharu ini, setiap transaksi perniagaan, serta ‘titah’ yang dikelaurkan ke atas penjawat-penjawat awam yang telah melangkaui sempadan undang-undang, tidak akan terlepas dari pemeriksaan.

    
Dan saya pasti, apabila cengkaman politik mereka mula meluas, penjawat awam pun akan membelakangkan tuan mereka demi menyelamatkan diri sendiri, apatah lagi mereka yang sebelum ini menjalankan tugas di bawah tekanan, akan mula bersuara dan memberi keterangan.

    "Di suatu ketika dahulu kaum Melayu lah yang paling kuat mempertahankan institusi raja dari serangan, namun kini ia sudah luntur sedikit, apatah lagi melihat kegagalan sesetengah raja mempertahankan kepercayaan dan kepentingan kaum Melayu dalam isu-isu dan lebih mementingkan kaum lain.

    ReplyDelete
  12. Sambungan pendapat Tengku Putra Haron Aminurrashid (calon anggota Majlis Tertinggi Umno) -

    "Perkara ini telah saya nyatakan dalam blog saya The Patriot, bertajuk “Leave Palace Out Of Politics” pada 25 Ogos, 2015.

    "Perenggan terakhir terang-terang menyatakan keberangkalian perkara yang sedangpun berlaku pada hari ini, dan ianya ditulis tiga tahun yang lepas.

    
"Namun demikian, adalah penting untuk kaum Melayu untuk terus mengekalkan simbol warisan kita, iaitu sistem Raja Berperlembagaan.

    Walaubagaimanpun, jika ada individu-individu yang menyalahgunakan takhta mereka untuk kepentingan diri sendiri, individu itu harus diadili dengan segera dan sebaiknya, bagi menyelamatkan institusi raja dari menjadi mangsa kemarahan rakyat jelata.

    Kerajaan BN dahulu ternyata terlalu berlembut, dan berlebih-lebihan dalam menunjukkan penghormatan kepada istana, hingga beberapa keputusannya telah menyumbang kepada kekalahan kita dalam pilihan raya.

    Adalah penting supaya Kebawah Duli Raja-Raja kini memainkan peranan yang lebih tepat terhadap peruntukan yang telah pun sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mengelakkan keadaan yang kurang senang di kalangan rakyat yang selama ini setia kepada Istana."

    Syabas. Tengku Putra Haron Aminurrashid perlu di undi ke Majlis tertinggi Umno. Begitu penting nya menentukan istana tidak campur tangan atau terlibat dalam hal hal politik, perlu ikut peruntukan di Perlembagaan yang mengatakan mereka perlu bertindak di atas nasihat PM atau MB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Mahathir perlu buat sesuatu pasal ini. Rasa ya dia pun sedar perlu nya begitu.

      Pindaan Perlembagaan berkaitan fungsi Agong dan Raja2, kot. Dengan sokong parti2 pembangkang bagi mendapatkan suara majoriti 2/3 di Parlimen.

      Delete
    2. Kembali kpd satu kalimah yang telah berkali-kali saya gunakan iaitulah 'klimaks'.

      Dengan izin dan kehendak Allah Tun M akan memenangi kesemua pertempurannya termasuklah pertempuran klimkas.

      In shaa Allah.

      Delete
    3. Kalo "Pindaan Perlembagaan berkaitan fungsi Agong dan Raja2", tak perlu panjang lebar.

      Ha nya spell out the details of the wording "shall act on the advice of the PM".

      Contoh nya, tambah the wording "On matters of aappointments and oath taking, the YDP Agong shall carry out the appointment of the person nominated by the Prime Minister".

      That would avoid asking for alternative names or delaying giving the consent and witnessing the oath taking.

      And, when the YDP Agong does that, no reason for Rulers of the states concerned not to follow suit.

      Delete
  13. Seperti tuan Budin saya juga ada pengalaman peribadi dengan wak Jahid. Sejak pengalaman itu saya tidak pernah berminat dengan wak ni.

    Pada masa itu wak Jahid baru saja menang kerusi ketua pemuda mengalahkan penyandangnya TS Rahim Tamby Chik.

    DSAI yang pada masa itu adalah 'Godfather' kpd wak Jahid telah menjemput lebih kurang 100 orang pemuda dan saya termasuk di dalam jemputan, untuk hadir majlis makan malam bersama wak Jahid sempena meraikan kemenangannya.

    Pada masa itu saya melihat dan mendengar sendiri wak Jahid dengan penuh sombongnya di hadapan sekitar seratus orang pemuda telah memberi ucapan dengan berkata 'kalau saya kalah, I was killed by the giant, tapi ini saya menang, I am a giant killer", sejurus itu wak Jahid terus gelak besar dengan amat kuat sekali dan penuh kesombongan sama seperti adegan-adegan yang kita selalu lihat di dalam filem apabila crook ketawa selepas saja ia merasa dirinya telah 'menang', walaupun kemenangan itu amat ciput sekali.

    Dari situ saya telah melihat wak Jahid bukan saja sombong malah juga tidak ikhlas di dalam perjuangannya. Dia hanya mahukan kerusi yang boleh menjadi sumber ia mencipta kekayaannya. Orang yang ikhlas akan merasa rendah diri dengan kemenangan mahupun perlantikannya ke sesuatu jawatan dan tidak akan kelihatan teruja apatah lagi ketawa berdekah-dekah dengan kuat sekali disebabkan rasa takutnya untuk menggalas amanah yang datang bersama jawatan itu.

    Bandingkan kisah wak Jahid ini dengan komen Encik Tommy Thomas apabila ditanya wartawan tentang pelantikannya sebagai peguam negara dan jawapannya "Ia am humbled by this appoinment".

    Maka sekiranya tuan Budin mengesyaki bahawasanya penulis yang memuji-muji Zahid itu adalah dirinya sendiri, saya tidak akan merasa pelik sebab wak Jahid ni memang telah terbukti mempunyai satu penyakit kronik iaitu merasa takjub kepada diri sendiri walaupun ketika orang lain melihatnya tidak bernilai. Tidak hairanlah sekiranya dia menulis sesuatu yang memuji-muji dirinya sendiri sebab itulah dirinya yang sebenar.

    Kasihaaaaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang pernah bertumbuk, atau mahu bertumbuk di masa dewasa, memang begitu lah perangai nya.

      Kalo di pilih Presiden Umno, alamat lebih ramai lah rakyat bencikan Umno. Dari segi PH, lantak lah.

      Delete
  14. Bro Phantom,Selamat Hari Raya
    Rakan2 Pakatan,far and near
    Singkir Klepto,alhamdulilah berjaya
    Parti Klepto meninggal dunia!

    'Hantu Tak Bertuan' bro dikata
    Hantu sebenar GN semata
    Perut boncit matanya buta
    Tertonggeng,penangan si'Tua Renta'!

    Hantu baru banyak dah muncul
    'Albalaci'cuba menonjol
    Dedak ciput beban nak pikul
    Macam kojola,pastinya kojol!

    ReplyDelete
  15. Baik pilih Zahid jadi presiden umno supaya senang umno hancur terus.

    ReplyDelete
  16. Mana najib? Tak bertanding ka jawatan presiden umno? Kata masih ada sokongan kuat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...